Le Food at Colmar Tropicale? Brace yourself for overpriced meals and bad, bad service. The reviews that I have read before we took this trip, are almost 100% true. We had a late check-in because our room are not ready. The front-desk officer promised to give us a call when our room is ready but never did made that call.
While waiting for that call, we went for our late lunch. It's already 3.00 something in the afternoon and kids were very hungry. Ada beberapa restoran di tingkat bawah setiap bangunan penginapan. We picked Le Poulet Roti yang menghidangkan ayam panggang berserta salad. Masa mula-mula tengok harga pada buku menu rasa nak terjojol biji mata. Nak makan kat luar memang tiada tempat makan berdekatan. So kita hentam saja. The quarter chicken meal sangat mengecewakan. We were expecting something like Kenny Rogers punya quarter meal tapi yang dapat adalah ayam panggang yang sangat kering dan saiz hidangan juga kecil. Dari segi rasa pun jauh lebih sedap ayam panggang saya buat kat rumah. Le Poulet Roti memang overpriced dan tak setanding harga.
Selepas 1 jam baru dapat check in. Itupun Mr Hubby yang pergi sendiri check dekat kaunter. The Girl cakap dia cuba call tapi tak dapat. Owh tak payah lah menipu, signal was very good... no missed call pun. Our room terletak di bangunan at the far end of Colmar Tropicale village. Memang jauh juga berjalan. Room was nicely decorated sama seperti yang dilihat dalam website mereka. We got the village street view tapi disebabkan bangunan kami paling belakang jadi terlindung daripada hustle bustle. Sunyi at the far end. Cuma dapat intai menara pandang di sebelah bangunan kami saja. But that's ok.
Kami berehat je dalam bilik while waiting for dinner time.
Siang tadi dah ikut selera anak-anak makan ayam panggang. Kali ini ikut selera saya pula. Mahu makan pasta. Ada sebuah restoran Itali di sini yang menghidangkan pizza dan pasta. It's called La Flamme.
Sampai kat restoran sungguhpun sudah agak lewat jam 9.00 malam tapi restoran masih penuh. I guess that's because semua orang pun makan kat sini. Ada beberapa restoran lain - La Cigogne, La Blason dan La Vin tapi saya rasa ramai yang takut nak masuk La Cigogne dan La Blason kerana harga makanan yang lebih mahal ala fine dining.
Fahmi nak makan pizza. Tapi malam itu mesin pembancuh doh pizza mereka rosak. Jadi huru-hara crew restoran semua. Hinggakan crew yang bertugas ambil order pun sibuk masuk dapur sekali. So many customers were left unattended. Mr Hubby pergi panggil seorang crew tapi dengan kasar crew tadi suruh kami tunggu je hingga mereka datang. Bila Mr Hubby kata dah lama tunggu, dengan kurang ajarnya dia menjawab "... orang lain pun lama jugak tunggu". Saya tak sangka crew berbangsa Melayu ini yang bekerja di sebuah resort milik konglomerat terkenal dan menjadi tumpuan ramai pelancong asing boleh bersikap sangat tidak profesional. Pada saya adalah sangat tidak profesional untuk membiarkan pelanggan yang masuk ke restoran anda menunggu hampir 15-20minit unattended. Dan juga sangat tidak profesionalnya untuk hilang fokus dan kawalan dalam apa jua keadaan. I guess he was just trying to be a hero malam itu tinggalkan ruang kerja dan masuk dapur.
Ok, despite the heated argument the food was delicious. Err... mungkin saya agak baik malam itu kerana perut terlalu lapar maka saya willing ketepikan rasa sos seafood carbonara yang terlebih garam sedikit.
The kid's beef lasagne - delicious. Lepas rasa sikit lasagne anak-anak, saya buat kesimpulan memang hidangan di La Flamme sedikit terlebih garam. Tapi still edible lagi.
Breakfast spread di La Blason was very very delicious. Banyak pilihan. Most of the dishes catered for local and international palate with the usual nasi goreng, bihun goreng, porridge, soup and bread, fruits, ada banyak salad and cold cuts and egg counter. Roti jala dan kari ayam pun ada! Mula-mula saya cuba rasa kuah karinya tetapi terasa tawar sangat memang takde garam. Hati dah terasa kecewa. Tapi bila saya makan sedikit roti jala terasa masin. Dan saya gabungkan kedua-dua nya... wallah! Bijak juga cara mereka hidangkan roti jala. Menarik.
Saya asyik mengulang ambil pineapple crumble ini. Sangat sedap dimakan walaupun di waktu pagi!!! I'm a dessert first person (*_^).
Night life at Colmar Tropicale? There's no disco here tapi ada satu bar di sebelah bangunan penginapan kami.
After dinner bolehlah take a stroll menikmati keindahan cahaya malam.
Saya tak pasti dengan malam-malam lain tapi kebetulan kami pergi tu 2 hari sebelum krismas. So ada kumpulan menyanyikan christmas carol.
The entertainers are Philipinos. Sejak siang hari mereka ke sana ke mari menyanyi diiringi petikan gitar. Lagu Inggeris, lagu Melayu, lagu Arab pun mereka boleh!
Ada giant christmas tree di tengah-tengah village square. Bidak berdua ni lepas bebas je ke mana-mana mereka suka sementara saya dan Mr Hubby duduk di restoran. Takde masalah dari segi keselamatan sebab restoran semua di luar jadi kami boleh pantau dengan mudah. Saya pantau dari lensa nikon D7000 kami je (*_^).
Di bawah bangunan penginapan berhadapan bilik kami inilah terletaknya restoran La Vin. La Vin menyajikan hidangan oriental more suited our palate seperti Laksa Sarawak, Vietnamese Pho Bo dan beberapa jenis hidangan berasaskan mee berkuah yang lain. Tapi sayangnya kedudukan restoran ini terlalu jauh di belakang tak ramai yang tahu. Semangkuk Pho Bo dan lain-lain hidangan berharga di bawah RM20. Sayangnya saya sendiri tak berkesempatan mencuba.
Ikut arah anak panah merah tu. Yang tingkapnya bertutup kemas itu lah bilik kami. Comel!
Kat tingkat bawah bangunan kami di sebelah kanan yang terang benderang tu ada bilik bermain pool atau snooker atau billiard. Sebelah kiri yang lampunya malap sikit tu adalah bar. So itulah night life bagi yang berkenaan.
Paling suka gambar ini. Me and my boy berjalan sambil Fahmi memeluk pinggang saya dan saya memeluk dia. Spontan saja dia paut pinggang saya. Rasa macam berjalan dengan boyfriend kecil saya (*_^).
So, that's it. It was a short trip. Just one night. Tapi duit keluar macam air paip. Because of the food price.
Dan kalau anda bawa anak-anak sebaya anak-anak saya, be prepared untuk keluarkan lebih banyak duit lagi. Sebab ada games arcade. Kat sini 1 token = RM2, sekali ganda lebih mahal. Setiap games pulak requires 2 token. So memang cepat kehabisan token.
Colmar Tropicale is a nice place for relaxation. But the rest are overrated.
Most important, we enjoyed our time there with the children.
No comments:
Post a Comment