Sunday, 13 December 2009

We Have Officially Moved In...

we have officially moved in to our new house pada 5 disember 2009 lalu. duduk rumah sendiri apatah lagi kalau rumah itu adalah rumah idaman memang seronok. tapi pindah rumah itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. we have gone through the packing stage, sekarang ni bila dah masuk rumah we have to go through the unpacking stage pulak. baju adalah benda pertama yang mudah nak diunpacked, setakat ni semua dah masuk wardrobe. furniture pun dah disusun atur. cuma barang2 dapur hanya dapat diunpack mana yang immediate use sahaja sebab kitchen cabinet belum berpintu, sekadar badannya aja. so kalau dah siap2 disusun bagai terpaksa juga kami keluarkan semula bila kontraktor datang nak siapkan kerja. masa mula2 masuk rumah terpaksa kami memasak diluar aja, mujur stove 2 burner ala orang bujang yang kami bawa dari rumah lama masih boleh dipakai.banyak2 lah bersabar...

we have been without phone and internet connection, sangat menyakitkan. tak dapat nak check email, buat online bill payment dan berblogging hehe. as for the phone line pula sangatlah penting untuk incik telekom cepat2 datang sambung line sebab susah nak berkomunikasi dengan orang kat rumah bila kami keluar bekerja. tambahan pulak kedai jauh dan kurang pilihan jadi we cannot afford to live without phone connection dan terputus bekalan makanan. i have 2 children below 6 yrs kat rumah! emergency can happens! especially in unfamiliar environment. unfortunately we cannot rely on telekom, have to wait for few more months to get our phone and streamyx line back. broadband pulak semput... lembab macam gary (si siput laut yang mengiau macam kucing belaan spongebob tu!)

mujur my mom & dad sudi duduk kat rumah untuk 1 week pertama temankan anak2 sementara aku dan hubby kembali bekerja. astro finally dah dire-connect on day 4, so at least anak2 dah ada entertainment after 4 days merungut tak dapat tengok tv.

water supply pun alhamdulillah on 4th day flow dah mulai ok. water pressure tak cukup kuat untuk distribute supply ke seluruh rumah. ada satu pagi tu semua orang terpaksa mandi kat bilik air bawah guna air yang ditakung daripada paip sinki dapur. itu saja bekalan kami! parah sungguh... but now dah ok dah.

pindah rumah baru setakat ini belum ada yang menyeronokkan lagi. getting used to new environment is going to take some time... owh btw, hubby merungut kata rumah kami kosong. tulah siapa suruh beli rumah besar2 kan dah susah nak kena beli perabot banyak2 untuk isi ruang... heheh

Tuesday, 1 December 2009

Kapal Karam & Crew nya & Kawan Lama

rumahku bagai kapal karam sekarang. kekotak kecil besar ada dimana2, bawah tangga, dalam bilik, diruang tamu sampaikan nak bergerak pun kena mengelak kekotak. dalam bilik komputer ni aku duduk menaip this entry dengan dikelilingi kekotak. yang dah masuk dalam kotak tu oklah jugak sebab nampak kemas, tapi yang masih bertebaran tu menyakitkan mata.

our washer setiap hari entah berapa kali dikerah bekerja mencuci langsir, sarung sofa dan pakaian2 lama. dengan hujan lebat setiap hari ni entah bila jemuran nak kering, pun begitu kakak tetap setia tekan button on pada washer.

most of my bajus dah masuk kotak. nothing left in my cupboard, pakaian harian elok tersusun dalam beg travel hohoho macam bersemangat sungguh nak pindah padahal dalam hati Allah swt aja yang tahu. aku sebenarnya cuba memujuk hati to think positive and try to put semua masalah berkenaan renovation rumah yang tak siap2 behind. makin aku fikirkan makin sakit jiwa ku ini. hati yang remuk redam tak usah dikira lagi. ikutkan hati memang mati jiwa ku ini. apa lagi yang boleh kubuat, nak marah dah tak lalu lagi dah... i am beyond marah stage dah ni. setiap hari dengar berita renovation yang sentiasa bermasalah lidah aku jadi kelu sendiri. sudahnya aku terdiam, diam sebab takde kata2 yang dapat kudescribe betapa remuk renyuknya hati ini. cuma satu yang dapat kusimpulkan biarpun kutahu statement ini dah berjuta kali disebut dan walau aku malu nak sebut statement ini - jangan ambil kontraktor melayu!

beginilah jadinya kalau kail panjang sejengkal tapi lautan luas hendak diduga atau another malay proverb mengatakan "ukur baju di badan sendiri" in this case i should say kegagalan kontraktor melayu mengukur baju di badan sendiri. semata2 nak outsted kontraktor bangsa asing sanggup terima tempahan banyak2, sanggup beat harga tapi tenaga kerja tak cukup strong. end up satu projek yang mudah ambil masa 3 bulan nak disiapkan walhal takde major renovation sekadar plaster ceiling, kitchen cabinet, wardrobe dan divider. until today hanya plaster ceiling dan wardrobe yang siap, kitchen cabinet akan dipasang tanpa pintu sebab ada kesilapan corak pintu dan divider belum buat. tenaga kerja tak cukup tapi job banyak maka banyak job yang dimulakan terpaksa ditangguh2 sambil2 kontraktor lari buat kerja rumah orang lain.

hmm sudahlah setiap kali sebut hal ini rasa kering jiwa aku. baik cerita pasal kawan lama setempat kerja yang kini menetap di perth. kami dah lost contact agak lama sejak dia bertukar kerja 4 tahun lepas. tup tup petang tadi sebaik pulang ke ofis dari mesyuarat luar aku terima mesej berserta nombor telefon. agak ragu2 juga nak return call sebab nama yang tertera tak familiar bagiku. owh rupa2nya si receptionist tersilap eja nama. nah after 4 yeras barulah dapat dengar suara dia. kebetulan dia balik bercuti dari mengikut hubby yang posting kerja di perth. ceria sungguh suara dia. sebelum mengakhiri bicara sempat dia menyuruh aku buka akaun facebook sebab katanya dia pernah search aku di facebook tapi tak ada. owh aku kata jangan dicari aku di facebook, memang takkan ketemu. tapi kurasa terharu sebab ada juga yang mencari2 aku rupanya... masih ada yang rindu padaku hihi.

sempat tadi kujengah facebook nya tapi kalau nak view must be invited guess ya? barulah kutahu. maaf aku memang buta facebook. fikirku cukup di blogspot ni aja aku masih selesa di sini. aku kan konservatif! hah! dapat juga glimpse gambar dia dan dua orang puterinya. seronoknya dia dapat ke perth. kami pernah satu masa dulu berkawan rapat. tapi entahlah aku pun tak tahu anasir mana yang cemburu keakraban kami lantas persahabatan itu lama2 jadi renggang. kutahu siapa dalangnya pun begitu aku tetap juga aku tak suka berebut kerana pada aku buat apalah mendedahkan keburukan orang lain biarlah satu hari nanti masing2 tahu sendiri. biarpun aku sebenarnya kecewa tapi kerana tak mahu buruk sangka aku biarkan si belang menunjukkan taringnya. kadangkala aku sendiri rasa prinsip yang kupegang ini tidak adil buat diriku sendiri... tapi bila difikir2kan balik biarlah hidup kat dunia ni sementara buat apa mencari musuh, lambat laun yang benar terserlah juga.

sungguh melankolik sekali entry ku kali ini. barangkali ini netry ku yang terakhir sebelum komputer direhatkan sementara atau sehingga streamyx dapat di connect semula di lokasi baru. owh ya semenjak fahmi mula bercuti panjang ini dia nampaknya sungguh ringan tulang mengajar adiknya mengeja... saban malam dia akan mengeja sebelum tidur. celik aja mata pagi tadi masing2 terus sambar buku ejaan. dalam kereta pun asyik mengeja. inilah yang aku maksudkan, segala ilmu yang fahmi perolehi secara tak langsung akan tertumpah juga pada yaya. terima kasih fahmi sebab buat hati mama senang ;-)

Friday, 27 November 2009

Salam Aidiladha

rupanya masih ada jodoh buat kami menyambut aidiladha di subang perdana ni. plan pindah rumah tertangguh lagi... dah naik muak memikirkannya. to be honest aku makin berat pula nak pindah keluar dari sini, tapi since kami dah buat pilihan beli rumah tu so i just want to get over with it. dah tak nak fikir2 lagi. move in and get ourselves settled down in a new environment.

and dsah tentu suasana berhari raya seperti di subang perdana ni takkan dapat kami replicate lagi di tempat baru. kat sini ramai orang2 veteran dan juga young family. hidup dalam lingkungan yang lengkap ada semua lingkungan umur ni ternyata buat hati aku lebih tenang. di AB nanti majoriti adalah young family... sosial life jauh berbeza. hasil pengamatan nampak masing2 semuanya tutup pintu duduk diam2 dlm rumah masing2... aduh tak betah aku begitu. apa2 pun itu pilihan kami. owh i just want to get over with it.

aidiladha terakhir di subang perdana ni seperti rutin biasa kami anak beranak pergi solat sunat di masjid hujung lorong rumah (owh kat AB takde masjid!). ramainya umat melimpah ruang ke kaki lima. balik dari masjid barulah kami mengadap nasi tomato, rendang ayam dan dhalca. simple aja. kejap lagi lepas solat jumaat nak berangkat ke seremban. bukan sekadar beraya tapi sebab nak beli barang2 kelengkapan rumah sekali.

to all selamat hari raya aidiladha.

Wednesday, 25 November 2009

Bila Tandas Jadi Tumpuan

maafkan tajuk entry ku kali ini, juga content entry nya. but i cannot help to jot it down rasanya macam semua orang kat ofis ni terkena benda yang sama. hari ini hari kebetulan yang sungguh melucukan di pejabat. hampir separuh ofis kena cirit birit menyebabkan tandas di ketiga2 floor ofis jadi tumpuan tak henti2 dari pagi sampai ke petang. semuanya gara2 makanan yang kami makan selepas kenduri tahlil arwah our group MD lepas solat asar petang semalam.

entah apa yang tak kena dengan hidangan tu aku pun tak pasti. tapi majoriti kata kemungkinan disebabkan acar buah istimewa yang kurang sesuai kombinasinya menyebabkan ramai yang sakit perut. rata2 kata sekitar jam 5 pagi pagi masing2 mula rasa memulas dan terus tak henti2 ke tandas. aku sendiri pun begitu. walaupun tak sampai ke tahap muntah2 tapi kering rasa badan dan sakit pinggang. yang bagusnya dalam ramai2 kena food poisoning tu cuma seorang aja yang surrender tak datang kerja. yang lain2 masih setia tunjukkan muka bekerja macam biasa.

gara2 sakit perut juga aku terlewat sikit hantar fahmi ke sekolah. kubekalkan 2 biji kek yang dibuat khas untuk farewell sekolahnya. mujur masa buat kek ni semalam perutku belum dilanda gelora. kalau tak jangan haraplah ...

sebaik je dapat class photo fahmi terus datang idea nak buat photocake for his school. i made the photocake mengabadikan gambar kelas fahmi semalam dan bawa ke sekolah pagi tadi. saat ternampak photo dia dan kawan2 atas kek pagi tadi terus fahmi kata habislah gambar abang mama dah letak atas kek. owh dia sangka kuguna gambar actual yang dia dapat tu. at the same time menunjukkan betapa sharp image pada edible icing tu sampaikan sekilas pandang orang sangka itu gambar pada glossy paper sebenar.

ada skit frust masa salut kek ni dengan choc cream malam tadi. adunan choc cream kurang friendly tak macam biasa, dia cepat mengeras jadi sapuan tak smooth dan hasilnya pun tak berkilau. kalau selalu nampak macam basah je kali ni nampak kusam. one of the reason aku opt for choc cream untuk semua choc cake ku sebab choc cream bukan saja berkilau tapi rasa dia lebih mouthwatering. aku tak suka rasa choc ganache yang agak bland bagiku.

Monday, 23 November 2009

Class of 2009 Photo

pagi ini hantar fahmi ke school seperti biasa. sebaik menghantar fahmi masuk ke kawasan sekolah aku pun berpaling semula menuju ke kereta tapi sempat ditahan teacher shima yang ajak aku masuk ambil report card fahmi. i didn't know hari ini adalah hari collect report card. sebenarnya the school pun tak plan nak distribute today sungguhnpun minggu ni adalah minggu akhir persekolahan. semuanya sebab principal sekolah tak dapat review dan approve all the report cards in time due to attending to his father yang sakit tenat.kebetulan the principal, dr suhaimi dropped by this morning dan cepat2 the teachers tangkap parents yang datang untuk distribute the report cards.

sungguhpun fahmi dapat no. 4 keseluruhan bagi murid berusia 5 tahun aku tak ralat. markah dia bertambah daripada last semester, percentage dia pun meningkat. dia cuma buat 1 kesilapan aja for his malay language paper. masa berbual dengan teacher tadi aku diajukan soalan cepu emas oleh teacher lilies, "tahun depan fahmi sambung sekolah sini ke tidak?" bila dia tengok aku terkedu sekejap - bukan pasal apa tapi sebab i dread this question sedih nak bagi jawapan - sambung dia lagi "...bukan apa kalau sambung tahun depan saya nak simpan report card ni, kalau tak sambung saya bagi bawa balik". huwaaa aku rasa nak menangis. punyalah baik teachers kat sini sampai teacher lilies pun anggap fahmi ni macam anak dia sungguhpun dia akui fahmi kerap mencabar kesabarannya. pun begitu kata dia fahmi bijak dan boleh dibentuk. buktinya dia tak ketinggalan dalam kelas.

terus terang kuberitahu teacher lilies, sungguhpun berat hati tapi keputusan untuk hantar fahmi ke sekolah lain terpaksa dibuat disebabkan perpindahan kami. mana nak cari cikgu yang penyabar dan baik hati macam kat sini tapi apakan daya keputusan dibuat sesuai dengan keadaan baru, jadual kami suami isteri without compromising fahmi's future. kalau ikutkan hati mahu aja aku sambungkan sekolah fahmi di sini next year tapi faktor cikgu baik hati bukanlah penentu mutlak dalam hal pendidikan anakku yang seorang ini. before we part pagi tadi teacher lilies janji nak bagi contact no tadika islamic with english medium di area U10, demi untuk kebaikan fahmi katanya biarpun singkat masa mengenali fahmi tapi dia ambil berat. uhukkk terharu...

sebagai kenangan fahmi kalau dia rindukan teachers, friends dan sekolah inilah memento buatnya. class photo yang diambil bulan lepas.yang duduk ditengah berbaju kurung kuning tu ialah teacher lilies suraya, berbaju kurung biru ialah teacher shima yang ramah dan dikiri ialah teacher anila.

minggu akhir persekolahan ini fahmi balik rumah awal. bosan kata dia sebab ramai kawan2 tak datang. i guess untuk kanak2 tadika after the konvo and konsert finale apalah sangat yang nak diajarkan justeru ramai parents yang dah mula berhenti hantar anak ke sekolah. aku masih setia menghantar fahmi ke sekolah, let him savour the remaining days at his school with his friends and teachers. selepas ini dia akan mulakan chapter baru. entah kenapa aku pula yang terlebih sentimental. terima kasih banyak2 guru2 di tadika kancil strawberry... jasamu tak mungkin dapat dicari ganti.

Sunday, 22 November 2009

Chicken Parmesan

tekak tengah berselera sangat nak makan sedap2. mula2 tu plan sorang2 dalam hati nak ajak hubby gi makan kat hotel nearby my office tapi bila difikir2kan tak berbaloi buang duit beratus-ratus padahal makannya tak seberapa. beberapa malam lepas dok kenen2 juga kat hubby ajak cuba bbq buffet kat restoran jiran kami, bukannya jauh pun restoran dia, depan rumah aja. tapi hanya sekadar kenen jelah sebab kami tak pergi pun. dah dekat 5 tahun berjiran sekalipun tak pernah pergi makan kat restoran dia... gajah depan mata kami tak tampak, semut seberang laut juga jadi pilihan.

sudahnya i decided to cook jelah. masak sendiri baru puas hati. i made chicken parmesan. mula2 tu ingat nak buat bubur ayam for fahmi coz tonsil dia bengkak tapi bila tengok dia berselera dengan bau sos tomato yang kumasak terus scrap je idea buat bubur ayam. instead of coating the chicken with breadcrumbs and frying them i chose to coat them with cajun and pepper powder, drizzled them with extra virgin olive oil then grilled to perfection. healthy sangatlah tu! ;-P

chicken parmesan with pasta and coleslaw. my portion ni kecil je tapi rasa full sampai sekarang.

malam ni makan roti cicah tomato sos baki tengahari tadi je. oops! hubby baru ajak makan oblong... kena cuba jangan tak cuba.

Saturday, 21 November 2009

ME

i'm getting the very much needed rest seminggu ni. no new order, no baking project for this week, except experimenting with 2 new recipes. next week mula sibuk balik coz order for raya haji dah mula masuk.

kenapa aku cakap 'much needed rest'? sebab bagi part time baker macam aku ni actually kena bekerja 2 kali ganda and for longer hours walaupun oder per week tak lah begitu banyak, the most at times adalah 4 order per week. tapi sejak 2 bulan lepas jari kelingking dan jari tengah ku ini buat hal... kulit kering dan menggelupas tanpa henti tak mau pulih. dah macam2 krim kusapu... oh no ku tak sapu krim berubat dari farmasi or prescribed by doctor. kucuma sapu hand cream crabtree aja. bila jarang masuk dapur dia ok skit. tapi sejak last 2 weeks makin menjadi2 lebih2 lagi bila bermain dengan fondant dan gula ising hilang kelembapan kulit.

this week bila dah gantung apron barulah nampak ada kemajuan sikit. owh don't worry it is not a disease or what. cuma aku ni culas menjaga tubuh badan beginilah jadinya.

me and hubby make a quick visit to our new house. hmmphh takde yang memberangsangkan *sigh*. fed up buat planning etc. mood aku sekarang? i'm no longer looking forward to move in to our new house... hilang nafsu akak dik oiii!

owhhh musim hujan sekarang ni sedapnya tidur berselimut tebal. jimatlah sikit bil elektrik coz aircon jarang pakai ;-)