Monday, 17 January 2011

Cari Sakit

Now, my body has started to ache and feel sore all around. Malam tadi tidur rasa ok je, bangun pagi pun masih sihat walafiat. Bila hubby merungut-rungut bahu, lengan dan badan dia sakit-sakit sampai minta tolong disapukan ammeltz yoko-yoko, saya masih mampu tersenyum sebab walaupun kami buat aktiviti yang sama tapi saya terlepas daripada kesakitan yang dia alami. Heee jangan fikir yang bukan-bukan ye. Saya kata aktiviti yang sama, bukan bersama. Takde kerja nak cerita aktiviti bersama, nak jadi peter porn no.2? Tak kuasa.

Ni lah aktiviti yang sama kami buat semalam.
Boleh figure out what he and the rest of the guys doing? Yes, you are right. Tarik tali!
Tak, bukannya lelaki lawan perempuan. Girls lawan girls, boys lawan boys. Tapi yang ada cuma gambar boys je sebab mamarazzi ni memang rajin ambil gambar. Paparazzi tu bila giliran saya dia dok sibuk lah jadi coach bidan terjun, duk coaching fronting bukan coach saya pun. Dah sibuk jadi coach tak berbayar mana lah dia peduli nak ambil gambar wife dia ni. Selalunya macam tu lah! Hampir setiap aktiviti dia sertai yang saya hadiri mesti ada gambar dia. Tapi bila giliran saya, habuk pun tarak. Menyampah! Lain kali ambil gambar dia tertonggeng je biar padan muka dia.
Sempat dengar taklimat dulu sebelum tarik tali. Yang ini pertandingan tarik tali antara AJK vs penduduk
Sungguh-sungguh tarik dah macam tarik lembu pun ada...
Tenguk tu team AJK punya saiz XXL-XXXL pun ada. Incik darling saya sudah turun size L sekarang pasal tu tak boleh jadik anchorman
Team penduduk saiz M-S saja. And yet diaorang menang walaupun 2-1 tapi AJK tak puas hati...kekeke. Saya sokong siapa? First & 2nd round saya sokong penduduk, tapi 3rd round haruslah saya sokong AJK, kenalah bagi semangat kat hubby sebab nampak sangat team AJK ni harap badan saja lebar...haippp kena babap kang.

Itulah acara yang kami berdua laki bini join semalam kat karnival sukan rakyat anjuran persatuan penduduk taman perumahan kami. Memang fun, siap ada piala pusingan lagi. Precint saya juara kesuluruhan kali pertama jadi dapatlah bawa balik piala pusingan. Yang lucunya, orang duk kata, precint kami yang paling tak bersatu padu bab bayar yuran sekuriti tapi precint kami jugalah yang paling banyak menang acara yang dipertandingkan. Hubby kata "... sebab kitaorang memang pentingkan diri sendiri" . Hahah.

Tapi sungguh, bila tengok jumlah kehadiran semalam, I cannot help but feel that karnival tu sepatutnya diberi nama, karnival sukan rakyat pembayar tegar sekuriti. Sebabnya, yang hadir pun adalah mereka-mereka yang rajin bayar sekuriti dan jumlah golongan ni sangatlah kecil. Seingat saya kali pertama sukaneka dianjurkan hampir 3 tahun lepas, masa tu jumlah sebenar penduduk yang dah mendiami rumah mereka hanyalah 1/3 daripada jumlah penduduk sekarang. Sebab masa tu hanya fasa 1 saja yang dah siap. Rumah kami masa tu belum pun siap lagi. Tapi peserta yang datang masa tu 3 kali ganda daripada jumlah penduduk awal. Yang belum masuk rumah pun datang, bukan orang fasa 2 je, yang fasa 3 baru sign S&P pun datang join sama. Tapi now, almost 3 years later, after 3 phase dah didiami with last phase sudah terima kunci, jumlah yang datang hanyalah 1/3 saja! Sedih sungguh. Itulah realiti hidup bermasyarakat, bukan senang nak bersatu, tapi nak berpecah dan memecah belah lebih mudah. Pasal sekuriti pun boleh jadi punca perpecahan. Takpelah itu satu hal yang malas nak cerita kali ni.

Sebab takde gambar saya tarik tali tak dapatlah saya nak tunjuk bukti melainkan kesakitan seluruh badan yang saya alami sekarang. Ingatkan saya been spared from all the aches sebab tarik tali takde lah lama sangat semalam dan tak sempat pun nak tarik kuat-kuat. Sebabnya, baru je saya nak rasa syok berlawan tarik tali, baru je rasa syok nak pasak tumit kami untuk bertahan, 2-3 orang member depan saya tergolek. Dalam masa beberapa minit saja pasukan lawan berjaya sentap tali sampai kami semua tak sempatlah nak melawan. Cisss... potong stim sungguh!

Macam manalah team saya tak kalah. Kami ber 8 lawan mereka 10 orang. Pulak tu team saya kecil molek dan halus-halus semua, kes tak cukup kasih sayang eh tak cukup makan. Our anchor woman pun sikit punya lah slim, mana ada orang main tarik tali badan slim macam kami. Pasukan lawan sudahlah outnumbered us, body sedap-sedap belaka. Memang tak adil. Tapi sebab semangat kesukanan punya pasal kita sporting je lah, just for fun. Itupun saya jadi ahli bidan terjun, takde plan pun nak join tapi dah tak cukup orang. Tak mau bagi malu precint kami, tak mau kecewakan kawan-kawan saya balun jelah. Akibatnya sendiri tanggung lah hari ni. Cik Yaya terpinga-pinga confuse bila tengok mama dia sinsing seluar jeans, berkaki ayam pegang tali.

Sekarang ni saya rasa sedikit menyesal join tarik tali semalam. Sebab saya perlukan bahu dan lengan yang sore ni untuk menguli fondant malam ni! Huwaaa... azab!

Thursday, 13 January 2011

Someone is Enjoying Her Time at New School

Anak dara saya yang seorang tu agaknya ada simpan azam tahun baru. Dia bersemangat sungguh ke sekolah walaupun hari ini badan dia agak panas sedikit dituruti batuk dan selsema. Cuma selsema dan batuk dia tak seteruk mana. Malam tadi sebelum tidur saya suruh dia makan ubat demam dan selsema. Pagi tadi masa saya keluar hantar Fahmi ke sekolah (jangan hairan pulak kenapa saya hantar Fahmi, another entry to blog about ;-)), saya terlupa nak pesan kat kakak supaya tak perlu kejutkan Yaya ke sekolah. Ingatkan biarlah dia berehat je kat rumah. Walaupun tak begitu panas tapi takut dia cepat letih nanti bentan pula.

Bila saya balik dari hantar Fahmi, seperti biasa Yaya pun dah siap beruniform. Tahun lepas lengkap bertudung, tahun ni dah free hair pulak! ;-)

Ralat pula tak pesan kat kakak tadi. Bila saya pujuk dia supaya tak ke sekolah terus masam mencuka muka dia. Dia nak juga pergi sekolah. Malas nak bertekak, nanti berendam air mata pula dia seharian. Saya hantar juga, itupun lepas beri dia ubat sekali lagi. Saya pesan kat Ustazah Dhiya, kalau dia tak larat, minta hantarkan balik tak perlu sambung kelas agama. Saya punyalah risau kat dia, rupa-rupanya dia sambung terus sampai habis kelas agama. Bila saya tanya "teacher tak tanya adik larat ke nak sambung kelas?". Tau dia kata apa? "kalau teacher nak hantar pun adik tak nak". Amboii bukan main seronok dia kat sekolah baru. Kalau kat sekolah lama pantang panas badan sikit, dia yang dulu cakap tak nak pergi sekolah!

Tapi memang Yaya enjoy di sekolah baru. Dia seronok sebab kat tadika ni banyak aktiviti, lebih banyak belajar compared to her old school yang asyik main je. Lega juga lah saya sebab dia takde masalah nak fit in walaupun dia seorang saja student baru kat situ. Yang lain-lain semua dah been in the same school and class since they were 4 or 5.

Tuesday, 11 January 2011

Molten Chocolate Pudding? Cake?

Selalu tengok resipi dan tengok gambar je. Memang lah mengujakan with the runny chocolate sauce coming out from the pudding bila di potong. Tapi saya tak pernah buat sebab tak ada ramekins! Yelah semua resipi sebut masak pudding tu dalam ramekins, sedangkan saya tak ada. Padahal boleh je kalau masak dalam muffin pan yang bersaiz besar tu. Tapi sebab nak tunggu sampai ada ramekins juga, tu yang tak cuba buat langsung.

Dah banyak kali ushar nak beli ramekins tapi yang saya jumpa kat bahagian pinggan mangkuk semuanya mahal. Mahal lah ikut standard saya kalau sebiji ramekins tu harga lebih daripada RM10. Tapi kesabaran saya berbaloi juga bila saya jumpa a small kedai barang-barang bakeri di sunway kota damansara jual ramekins tu pada harga rm4 sebiji (kalau tak silap saya, lupa dah sebab seronok dapat murah sangat!!!). Saya ambil 3 biji, nak beli 6 tapi fulus terhad sebab banyak benda lain nak beli masa tu.

Saya rasmikan ramekins tu Ahad lepas dengan membuat molten chocolate pudding yang menjadi cake. Kenapa? Sebab saya sangat ragu-ragu dengan tahap kemasakkan (merosakkan bahasa!) pudding, jadi saya telah biarkan pudding lama sikit dalam oven that when the pudding comes out wap panas di dalamnya masih beredar menyebabkan pudding saya becomes a well done pudding (read: cake!). Pesan tok nenek, lain kali dengarlah cakap tok guru.

Yang ini pula saya bake the left over uncooked pudding mixture (yes, kalau tak nak bake semua boleh simpan dalam fridge) malam tadi bake betul-betul ikut tempoh masa yang disarankan.

Memang the middle part tu wobbly sangat tapi biarkan je. Sebab bila dah keluarkan dari oven pun masih ada wap panas dalam kek so it will continue to cook sehingga tinggal sebahagian kecil yang remain wobbly and runny. Maka yang ini barulah boleh dipanggil pudding ;-). Yummm... simply decadent and sinful!

Monday, 10 January 2011

Kari Laksa Suria



I'm not sure which category this dish fall into - the curry family or the laksa family. Because its ingredients has combination of both, I guess that's why the creator calls it Kari Laksa. And I couldn't agree more with him sebab kari laksa ni ada rasa pedas berempah - from the use of curry powder dan masam - from the blended torch ginger bud a.k.a bunga kantan, lah :-).

I got the recipe from a newspaper cutting 2 sundays ago. The dish is a popular dish at a cafe in Batu Caves, Selayang nearby the Selayang Stadium called Cafe Suria Station. I give it a try for our lunch on Sunday and hubby loves it so much he asked me to frozen the leftover kuah kari laksa sehingga dia balik dari outstation hujung minggu ini. Beriya-iya lah nak makan dengan chopstick nak dapatkan feel kopitiam gitu. Chopstick pun cheapskate punya, setakat chopstick buluh jenis disposable.

My only problem was that sukatan bahan-bahan tu saya pun tak tau lah whether it meant untuk sukatan seorang makan or sekeluarga. The amount of chicken broth and coconut milk use indicates 1 person measurement tapi bahan-bahan agak banyak, jadi produk akhir kuahnya terlalu pekat. Saya tambah sukatan chicken broth supaya lebih soupy and adjust bahan perasa accordingly. I cannot help to feel that the kuah will taste much better kalau ganti chicken broth with air rebusan udang atau jus kulit dan kepala udang. Reason being the recipe calls for the use of serbuk kari ikan. Serbuk kari ikan and chicken broth? It should be more of serbuk kari daging with chicken broth or serbuk kari ikan pair with shrimp broth, kan? Pepandai je. Well, I always believe in - cooking is all about adjusting to suit your own palate.

Saturday, 8 January 2011

Yezzzah!

Yes! Berjaya membangkitkan diri di awal pagi for my morning run. Kalau ikutkan mengantuk, memang tak larat nak bangun. Entah kenapa minggu ni letih sikit dan cepat mengantuk. Malam tadi sambil tunggu habis siaran ANTM pun sempat saya terlelap 2 kali. Yaya pulak bukan main cerah biji mata dia masih bertenaga dan mulut dia pun masih bising nak berborak dengan saya.

Hubby ajak saya jogging seawal 6.30pagi! Amboi kalau ulat dalam batu pun tak bangun lagi. Biasanya on my working Saturday memang saya tak pergi jogging, saya jogging Ahad je. Tapi sekarang ni kerja or tak kerja mesti jogging juga walaupun setakat 30min. Tak boleh ambil mudah bab senaman ni sekarang, kolestrol level saya agak tinggi. Badan kurus pun kolestrol tinggi? Tu lah the real thruth pasal orang kurus ni. Doktor yang cakap. Sekarang dah mula ambil fish oil capsule untuk rendahkan my cholestrol level. See, walaupun saya kawal makan pun kena juga kan? Sebab doktor kata cholestrol ni semua orang ada. Tambah pulak my mom pun punya masalah yang sama, so menurun lah kat anak dia.

Jogging bukan sebab nak maintain bentuk badan or weight semata-mata tapi lebih kepada kesihatan. Maklum lah umur dah masuk dalam lingkungan 30an ni. Berlari bagus untuk cardio. Tak mau lah duduk melepak dan melepet je kat rumah, tiba-tiba satu hari collapse. Ada orang kata buat kerja rumah pun kira exercise juga, tapi itu belum cukup. Jadi senaman yang paling ringkas saya mampu buat untuk cardio is running/jogging. Saya jeles sama incik hubby. Sejak dia becomes an avid cycler ni cholestrol level dia rendah sangat! So who says kurus itu sihat? Kurus tak bererti takde penyakit ok. Jadi, bentuk badan bukan perkara utama, yang penting watch your BMI. Tapi siapa tak mau bentuk badan menarik eh? Heheh ;-)

Wednesday, 5 January 2011

7th

Sekali lagi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, saya yakin my Fahmi is the eldest among his classmates because he turns 7 today - just 5 days into the new year. Nak cakap among all Year 1 students tak boleh lah kan sebab saya pun tak tau kot ada yang born lebih awal dari dia :-).



Dia lahir setelah genap 40weeks I carry him in my womb. He was due to be born on the 8th mulanya tetapi di penghujung my pregnancy my blood pressure shot up. Few days before new year I was admitted for close monitoring due to high blood pressure. Pada malam tahun baru bertubi-tubi phone call dari officemates saya terima, semuanya wish saya melahirkan on the new year. Ada seorang teman ni sempat cadangkan saya melompat-lompat dalam wad supaya cepat melahirkan! As if petua tu menjadi kalau tak dilate langsung macam mana nak cepat bersalin. I was discharge pada hari tahun baru :-) and asked to come back to be induced on the 5th. Maka lahirlah Wan Fahmi Izzuddin pada hari Isnin, 5 January 2004.

Anak saya dah makin besar. I'm slowly and gradually losing him. Not physically, tapi bila dia dah makin dewasa makin berdikari lah dia. Makin pandai dah berfikir sendiri. Saya pula sedih, satu hari nanti dia dah tak perlukan saya untuk bantu dia buat keputusan. Kalau saya pernah lihat betapa payahnya my own mother telan air liur bila dia realised anak-anak dia yang dah besar tak perlu lagi consult dia for anything, macam itulah saya satu hari nanti. Uwaaaa... sob... sob...

But on the other hand, I am just so happy and blessed dapat lihat anak membesar dengan baik. He is my first pride. Sungguhpun saya kerap blog pasal dia, bukanlah bermakna saya ni pilih kasih. It is just that he was and is my first in everything - dia yg pertama beri sy pengalaman jadi ibu, dia yang pertama beri saya pengalaman daftar anak ke sekolah, dia yang pertama beri saya rasa macam mana khatan kan anak dan yang pertama in so many ways. But he probably won't be the first one to give me a menantu! :-)

Happy birthday Fahmi! Mama and daddy love you lots! Talk about birthday takkan takde present kan? Aisey saya belum belikan hadiah for him lagi. Masih hutang tri-scooter dengan dia. Incik hubby dah bising dengan saya. Mengelat kan mama dia ni, that 3-scooter supposed to be his khatan gift tapi sebab dia dah dapat video games jadi saya shift 3-scooter for his birthday. Better I give a call to RHB cepat-cepat sebelum panas telinga dileter hubby lagi.

Tapi even without the present, sayang mama tak luak sikit pun!

Tuesday, 4 January 2011

Fahmi's Day 2 : Misi Naik Van Sekolah - LULUS!!!

Yes, anak teruna saya sudah pandai berdikari! Dia berjaya naik van sekolah dengan sendiri nya hari ini tanpa guidance kami. Tapi bukanlah semudah itu, he put us through an ordeal semalam. It was nothing really tapi sempatlah panik sekejap.

Since semalam saya dah ikut sekali hantar Fahmi ke sekolah, pagi tadi hubby alone take the responsibility hantar Fahmi ke sekolah dengan motorsikal dia. Memang from this year onwards tugas hantar Fahmi akan beralih ke bahu hubby. Itupun saya tak pasti selama mana dia bertahan sebab saya dengar mungkin masuk bulan kedua persekolahan dia nak sub terus kerja hantar ke sekolah kepada driver van. Whereas saya pula hantar Yaya ke subang impian. Tahun ini saya kira sangat adil sebab kami bahagi 2 tugas menghantar anak (provided incik hubby teruskan sampai end year!). Yelah sejak Fahmi mula ke tadika 5 tahun asyik saya seorang je yang bertugas hantar anak ke sekolah sedangkan hubby cuma mencelah sesekali. Saya faham, he had to leave for work seawall 7 pagi jadi tak dapat nak bantu. Kali ini bila Fahmi masuk sekolah awal bolehlah dia take over.Pagi semalam dia begitu bersemangat dan confident ke sekolah.

Bab balik sekolah memang kami both tak dapat nak fetch anak-anak. Untuk Yaya saya tak bimbang sangat sebab her teacher yang akan hantar balik. Whereas for Fahmi, kami terpaksa upah driver van sekolah yang operated illegally… van sapu kata orang. Entah kenapa hubby pilih van pak cik saad, Mungkin sebab dia sendiri pun tinggal kat perumahan kami dan kebetulan dia ni ayah kepada budak ofis saya (tapi itu bukan factor penentu). Setidaknya dia sanggup collect dan drop anak kami depan rumah. Ada bas sekolah kuning yang berhenti depan pondok guard saja. Apapun, since anak saya baru masuk darjah 1 dan baru pertama kali belajar naik van sekolah sendiri, kerisauan tu tetap ada. Entah macam mana dia nak cam van pak cik saad ni? Jadi 1st day semalam saya dan hubby hang outside the school gate untuk memerhatikan Fahmi. Entah macam mana dalam barisan murid darjah 1 yang beratur keluar pagar sekolah tu, kami berdua terlepas pandang anak sendiri. Dekat 10minit menunggu sampai hampir habis semua murid keluar masih tak nampak bayang. Saya dah naik risau sebab van dah hampir penuh, pak cik saad dan fahmi belum berkenalan, kalau terlambat maunya dia jalan tinggalkan fahmi. Kalau itu yang berlaku maka gagal lah misi naik van hari pertama. Can’t afford to let it happen that way.

Mundar mandir lah saya masuk sekolah dan keluar sekolah cari Fahmi. Sudahlah semalam sekolah sarat dengan kereta dan motorsikal parents yang tunggu anak. Saya jadi kalut sebab tak dapat kesan anak saya. Dah puas saya ke hulu ke hilir cari dia sampai dalam van pun saya cari tapi kelibat dia tak kelihatan. Saya tanya Firdaus, kawan Fahmi yang berjiran dengan kami dan kebetulan masuk kelas yang sama dengan Fahmi. Tapi jawapan dia semuanya negative – “tak tahu” , “tak ada”, “tak nampak pun” dan semuanya yang bermula dengan “TAK”. Saya cari lagi. Saya perasan bila budak-budak bertebaran ramai-ramai dengan uniform putih semuanya nampak sama. Mata saya dah makin berpinar, nak menangis dan rasa nak menjerit “kenapa semua nampak sama?!”. Memang saya panic tapi saya tahu dia ada kat situ cuma saya rasa kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat bezakan rupa anak sendiri bila dah ramai begitu! Hubby masih menjenguk-jenguk dari bawah pondok menunggu bas, bila saya berpaling semula scanning all the faces kat pondok bas yang jaraknya 5 meter dari saya tiba-tiba depan saya berdiri seorang budak lelaki dengan muka merah dan bibir bergetar menahan tangis in the form of my Fahmi! Allahuakbar.

Rasa nak marah tapi buat apa saya marah dia. Saya marah kat diri sendiri sebab saya tak prepare dia secukupnya. Cerita yang sebenarnya dari mulut Fahmi.

- Dia memang keluar dari kelas jalan berdua dengan Firdaus – yang peliknya saya turut mencari kelibat firdaus masa budak darjah 1 berbaris keluar tapi muka dia pun saya tak nampak.

- Bila sampai kat pondok dia nampak kereta saya parking depan pondok, terus dia tunggu kat situ while firdaus pergi naik van – kesalahan besar yang kami buat, kalau nak suruh anak naik van janganlah park kereta betul-betul depan exit gate mengalahkan van sekolah yang nak pick up budak-budak. Memang sah lah budak tu tak jadi naik van. Kalau dia ada kat pondok macam mana saya boleh tak nampak? Hubby memang sah tak nampak sebab he was standing among them!

- Firdaus was with him all along berjalan keluar dari kelas sampai pondok bas baru mereka berpisah – and yet si kulit cerah iras anak cina tu boleh jawab “tak nampak” “tak tahu” “tak ada”. Emmm gerammm tapi bukan salah dia, maybe I asked wrong question kot? :-) (another entry to blog about)

Selepas dah jumpa Fahmi tu cepat-cepat kami hantar dia ke van pak cik saad. And we went home berasingan.

Jadi hari ini, disebabkan masih ragu-ragu dan cuak dengan kejadian semalam maka saya pun keluar ofis 1 hour lebih awal daripada lunch break semata-mata nak perhatikan anak sendiri balik sekolah. Saya sampai awal ½ jam, saya park kereta jauh dari exit gate, memang kalau dari pondok bas tu tak nampak lah kereta saya. Mujur hari ini agak lengang tak banyak kereta dan parents yang hang around. Tapi pak cik saad pula datang lambat. Dia cuma kelihatan 2 minit sebelum budak darjah 1 keluar. Bila loceng sekolah berbunyi saya jauhkan diri dari pondok bas, berdiri tepi pagar yang dilindungi pokok besar. Dah macam spy pulak. Saya nampak dia berjalan keluar dengan Firdaus. Hati saya dah berbunga rasa nak terjah je tapi saya kawal diri tak mau rosakkan plan. Both of them tercari-cari van. Pak cik saad ni dia pergi park van ke depan sikit dari exit gate, kenalah budak berdua ni berjalan jauh sikit. Saya lihat fahmi dan firdaus macam dah nak give up. Dalam hati saya rasa nak menjerit “cari lagi, jalan depan sikit, sikit je lagi” saya duk pujuk diaorang dalam hati. Seksa rasanya bila tak dapat luahkan. Mujur Fahmi jalan ke depan sikit terus dia nampak pak cik saad dengan vest ala reporter dia tu. Kalau harap nak cam van memang haram sebab banyak van putih.
Macam paparazzi saya ambil gambar dari jauh, hasilnya samar-samar sekali. Anak saya yang membelakangkan kamera dengan beg sandang spiderman tu.

Bila fahmi dan firdaus dah naik van tu, saya pun tersenyum puas sorang-sorang. Terus saya masuk kereta tinggalkan sekolah. Lega rasanya bila misi naik van sekolah dah berjaya. Puas bila kesabaran saya berbaloi. Kalau nak ikutkan rasa macam orang sewel keluar ofis pergi sekolah awal-awal tapi balik kosong. Kalau tak buat begini memang tak senang hati sampai bila-bila. At least hari ini saya nampak dia dari jauh, saya nampak dia berusaha mencari van jadi saya yakin esok lusa dan sampai bila-bila pun dia akan berusaha juga. Kalaulah tadi dia keluar pagar sekolah terus duduk je kat pondok mengharap pak cik saad datang menyembah diri maunya sebulan saya ulang alik ke sekolah di tengahari! My heart swell tengok anak dah pandai berdikari! Rasanya bila dia dah sekolah rendah ni dengan bermacam perkara he has to handle sendiri makin cepatlah saya kehilangan si montok yang suka cuddle cuddle dulu :-(. *sigh*


Tips mencari anak lost dalam kelompok orang ramai:

- Asingkan diri anda dari kelompok yang berkumpul

- Berdiri di tempat lapang yang jauh dari orang ramai supaya mudah anak anda nampak anda

- Jerit nama anak (in my case yesterday tidaklah saya berbuat demikian, macam nak cari glemer pulak lagipun tak mungkin he heard me dengan bunyi bising kereta, motor dan suara budak-budak)

Boleh pakai sangat kah tips ni? Hehee...