Tuesday, 7 June 2011

Mid-East Gastronomic Adventure

Our middle east gastronomic adventure is far from ending. At least not for me. I just love what I discovered and would love to sample more. Our dinner at Al-Diafah heightenes my interest in mid-east food. Now, I am like hunting after every mid-east eatery we can find in Shah Alam and KL. Rasanya we did it right when we pick Al-Diafah. The children likes the food. Even hubby didn't object when I suggest we go to another mid-east eatery, Sahara Tent in Shah Alam last weekend.

If Al-Diafah wowwed us with luxurious decorations - the photo & mirror frames were encrusted in gold paint, aladdin pots and tea pots and perhiasan lain semuanya nampak bling bling, Sahara Tent gives us a peep into what the bedoiuns life is like - living in a tent set up in the desert (sahara). Hence we choose to be sitted under a small tent kononnya nak rasa aura arab badwi sambil menikmati hidangan. Fahmi wants to sit under a larger tent tapi tak boleh lah sebab tent besar tu untuk big group. The patrons at Sahara is rather quite compared to Al-Diafah. Yes, when we were there tak ramai pelanggan. Walaupun ada large group tapi tak bising. While at Al-Diafah tempohari sungguhpun tak ramai orang tapi bising yang amat. We can hear what the large group (a malay family) at the other end talking, they were loud. And the arabs next to us pun speaks so loud macam diaorang je ada suara. I guess that's the way the arabs speak, they speak loud.

Fahmi mulanya tak berkenan nak pergi restoran arab lagi, tapi bila saya kata ada nasi kabsah terus dia OK. So we had 2 chicken kabsah - one for me to be shared with Fahmi and one for kakak to be shared with Yaya and hubby had lamb beriyani. Oh saya mencemburui hubby, his lamb was so tender the meat fall off and melt in the mouth! Our past experience with arabs food reminds us that the food always come in large portion, pasal tu kami order 2 pinggan je nasi kabsah untuk dikongsi with the kids. Tapi kami silap. Sahara Tent punya food comes in small portion (when I said small I mean really small but the chicken doubles the size of the rice) sesuai dengan perut malaysian yang kecil, jadi bila hidangan sampai saya cepat-cepat tambah order chicken biryani. Seperkara lagi yang buat kami rasa makan di Sahara Tent is another culinary adventure is walaupun jenis food yang ditawarkan hampir sama, tapi cara ia dihidang berlainan. While other arab restaurant served their rice with blended tomatoes+chili dip, Sahara Tent surprised us with tomato soup. The soup was delicious, with assortments of finely diced vegetables - eggplant, capsicum, celery stick. Rasa seakan-akan dalca but without the dhall.

>Dua orang budak ni malu-malu nak joget Arab. Saya dah cakap awal-awal orang Arab lepas makan kena joget untuk burn balik the calories tapi diaorang tak percaya.
Tapi lepas perut kenyang tanpa disuruh-suruh kedua-duanya meliuk lentuk sakan. Tulah saya dah cakap, ayam dalam pinggan tu yang buat kita nak berdondang, sekarang baru diaorang percaya. Harharhar... dapat mama kepala gila-gila macam saya, nasib koranglah.

The only let down was that the service was very slow. We had hummus for entree tapi after the 5 of us habiskan hummus in a blink of an eye, our main dishes tak sampai-sampai. Lucunya hummus tu datang with only sekeping roti (arabic naan) yang sangat nipis which were shared by 5 hungry bears. While the other family depan kami ordered like 3-4sets of hummus but never got around to finish them because their hummus arrived at the same time of the main dishes. Kesian tengok roti diaorang terbiar, alangkah bagusnya kalau pass kat kitaorang... huk olohhhh takde hidung ke kamu ni? Akhirnya kami colek hummus dengan jari je sebab roti dah tinggal serdak. Again, had I know theirs comes in very petit portion I would have ordered the

I wouldn't leave the place without sampling their dessert. So I ordered Kunafa @Kunafeh. I had no idea what it was, but me being me, maintain my composure (berlagak macam tahu!) and confidently asked for a plate of Kunafa. I know incik hubby disebelah terkebil-kebil bila saya selamba order Kunafa. Dia ada tanya saya apa benda tu, saya kata dessert lah. Saya fikir how bad kan a dessert be, it is for sure going to be manis which i loike, so it can't be a disaster. Which turns out not a disaster at all macam a plate of baklava berharga RM30 yang kami makan kat Al-Diafah. Tapi it is a bit pelik for our palate pada mulanya. Pic courtesy cik google.
Kunafa boast the smell of minyak sapi dan susu which prompts me to guess that the dessert is made of cheese. Tambahan pulak bila nak potong Kunafa tu macam liat sikit. It must be keju jenis mozzarella lah kot. Rasanya manis. Tapi bagi yang tak tahan bau hamis susu tak payahlah cuba. Yaya terpaksa luahkan semula sebab dia rasa geli. While me, hubby and kakak were like people high on alcohol asyik ketawa tak habis-habis buat lawak pasal baklava 'hapak' di Al-Diafah. Pendek kata, lebih baik makan kunafa yang pada mulanya rasa pelik to us tapi harga baru RM6.50 daripada baklava hapak RM30!

All in all, we enjoy being at Sahara Tent, the food boleh tahan sedap dan harga pun murah. Bak kata hubby jus kat sini lebih murah. I think the food are more decently priced. Tapi we all agreed that nasi kabsah kat Al-Diafah adalah terbaik - cukup rempah, cukup rasa, cukup moist. Kabsa kat Sahara agak kering dan kurang rasa, tapi accompanied by tomato soup, buat nasi lebih sedap lagi.

Monday, 6 June 2011

Jeruk Purut

Orang indon kan tak panggil limau, dipanggilnya jeruk. Masa mula-mula dengar dulu saya terkebil-kebil juga. Contoh, pernah baca alamat di Indonesia which states "Jl. Kebun Jeruk". Wahh saya masa tu ingat hebatnya jeruk di indon sampai diangkat menjadi nama jalan. Sefamous jeruk kat pulau pinang belum ada lagi nama jalan diambil sempena kefamousan jeruk.

Lama-lama saya barulah saya tahu jeruk=limau di indon. Ingat tak entry saya dulu yang ada gambar pokok limau dah berbunga dan berputik? Saya tak pernah update tapi putik limau purut tu didn't make it to the last. Putik-putik buah semuanya gugur macam tu aja. Tak lekat kata orang. Well, memang selalunya begitu, buah pertama susah nak lekat sampai masak ranum. Kena pulak masa berputik tu pokok limau purut saya diserang bugs and grasshopper cukup suka menjamu selera dengan daun-daun limau yang wangi ni. Haaa manusia berebut dengan grasshopper nak makan daun limau. Percaya tak at one time saya susah nak cari daun yang elok sebab semua yang tinggal adalah sisa gigitan grasshopper.

Tapi Alhamdulillah, pokok limau ni tak serik berbuah kali kedua. Dan syukur juga kali ini putiknya lekat.
'Kebun jeruk' di rumah saya. Tapi kebun jeruk saya tak besar, setakat satu pasu je. ;-)

Kali ini ada 3 biji buah limau purut yang menjadi. Harap-harap bertahan lah ia. My mum suruh alih je pokok tanam atas tanah, biar cepat lagi besar sebab jauh sikit akarnya boleh cari makan. Tapi saya rasa biarlah dia membesar dalam pasu ni je, sebab tanah depan rumah tak dalam mana, tak jauh pun akar pokok boleh cari makan.

Sunday, 5 June 2011

My New Bike

I got a new bike! Yeayyy!

It is a second hand bike, but I don't mind. This is almost exactly the model I wanted before masa pergi bike shop kat puchong I saw one Japan model with birght yellow frame. But of course the brand new unit is pricey... RM500 tu kira mahal lah for me. I'm not sure how much hubby paid for this 2nd hand unit, maybe half of the brand new price. It came via courier service bacuse he bought it online from some bike shop kat mana ntah utara ke selatan I don't know.

It doesn't matter that the bike is black. I don't really care anymore what colour it is for as long as it is light. My yellow bike dulu tu framenya besar dan berat. At least the black one tersangat ringan tidaklah membebankan kaki nak mengayuh. Rodanya kurus compared to the yellow ones, tebal bagak tu pasal berat.
Chipped handles but doesn't matter boleh tukar lain nanti. Tak tukar pun takpe, tak menjejaskan kelajuan pun haha.


I took the bike for a ride ke kedai depan rumah pagi tadi. Selesa. Penuhlah bakul depan basikal dengan barang shooping ikan sayur semua. Haha next time senang nak ke kedai. Dan the best thing is that kakak boleh kayuh hantar Fahmi ke kelas agama sebab kat belakang ada tempat duduk pembonceng. Itu sebab utama saya minta basikal baru, bukan untuk saya semata-mata but more for Fahmi's convenience, Kesian kat dia jalan kaki pergi kelas agama dalam panas terik. Sampai naik hitam berkarat anak saya tu, kadang-kadang bila hari hujan dia terpaksa skip kelas. Now insyaAllah no more jalan kaki for him.

Thursday, 2 June 2011

Kek Kelapa Parut

My mum masa sekolah dulu ambil aliran ekonomi rumahtangga. Jadi banyaklah koleksi resipi kek, biskut dan kuih muih lain yang tersimpan dalam buku notanya ini. Tengok rupa pun dah tahu buku ni dah lama. Dari tahun 60an kalau tak silap saya. Akhirnya saya minta juga 'khazanah' yang satu ini dari ma. Pada siapa lagi nak di'waris'kan k'khazanah' nya ini kalau tak pada anak tunggal perempuannya yang seorang ni kan?

Dalam ni ada banyak resipi. Tapi sayangnya kerana kesibukan rutin seharian menguruskan rumahtangga, kami 4 beradik yang nakal dan kesibukan menyiapkan tempahan baju (ye, ma saya ambil upah menjahit), maka tak berpeluanglah saya nak merasa kek, biskut dan kuih muih yang pernah ma pelajari dulu.

Pun begitu, bila ada masa lapang sesekali my mum bakes juga. Antara kek ma buat yang menjadi favourite saya ialah Kek Kelapa. Harus diingati, saya ni bukanlah penggemar kelapa – dari air kelapa sampailah ke isinya memang tak pernah jadi kegemaran saya. I think ramai children pun tak gemarkan rasa kelapa.
Tapi kek yang satu ini surprisingly telah berjaya menambat selera saya. Rasanya kelapa parut yang berwarna warni itu yang buat saya as a child back then berani mencuba.

For a few years my mum will bake this cake untuk saya. Saya tak pernah jumpa kek ni kat tempat lain. Istimewanya kek ini dulu dibuat secara tradisional iaitu pukul telur dan gula dengan coil whisker. Pernah jumpa kan coil whisker tu?
Pic courtesy cik google. Inilah coil whisker yang kami selalu pakai dulu. Dulu manalah ada hand mixer or stand mixer. Kalau ada pun tak mampu nak beli.

Telur dan gula kena pukul sampai pucat dan betul-betul kembang ala-ala nak buat bahulu. Kalau tak cukup kembang nanti kek bantat. Kerja memukul telur ni memang bahagian sayalah (dah namanya pun kek kegemaran saya haruslah saya tolong), tapi lenguhnya bahu dan lengan Allah swt saja yang tahu. Nak bakar kek ni pulak atas api dapur macam buat bahulu. Rasanya manis dan berlemak sedikit dengan bahagian atas keknya ber’sako’ (sakar = merujuk kepada kadar gula yang banyak dalam adunan sehingga mengeras dan berkumpul dipermukaan kek).Tapi bila saya dah meningkat dewasa kek ini semakin dilupakan. Saya pun tak tau kenapa, ada ke sebab selera saya bertukar kepada kek-kek di bakery yang lebih sofistikated?

Sehinggalah few years kebelakangan ini secara tiba-tiba timbul semula keinginan nak makan kek kelapa ni, rindu sangat-sangat rasanya yang sedap dan baunya yang wangi. Sayangnya bila saya tanya ma, resipinya dah hilang! And both me & ma langsung tak ingat sukatan adunannya! Huwaaa. Maka terpendam jelah hasrat nak makan kek kelapa tu.

Kek ini lah yang sering saya bawa ke sekolah bila ada potluck party hujung tahun.

Baru-baru ni saya cuba-cuba meng ‘google’ manalah tau kalau ada orang lain yang pernah buat kek yang sama. Oh memang ada! Tapi sayangnya bahan yang digunakan dan kaedah membuatnya langsung tak sama! Yang saya jumpa rata-rata guna kaedah buat kek moden iaitu ‘creaming method’ = memukul mentega bersama gula which does not hasilkan kek ber’sako’ seperti yang ma pernah buat dulu. Lepas tu semua resipi saya jumpa guna kelapa kering/dessicated coconut walhal ma punya pakai kelapa parut fresh. Ohh aku keciwa!

Tapi dek kerana keinginan yang melonjak saya tekadkan azam buat dengan cara sendiri. And voila! Alhamdulillah my first attempt berjaya! Whooaaa. Seronoknya lah bila tengok kek tu masak dengan eloknya dalam oven semalam. Dan kek saya ber’sako’!

Memang tak sangka my trial and error berhasil. Yang saya tekankan telur mesti dipukul dengan gula. Saya tak boleh recall if butter being used at all atau minyak atau mungkin kedua-duanya tak digunakan langsung. Tapi saya letak juga sedikit minyak supaya boleh stimulate kek raised and lebih ringan. Saya guna tepung self raising sebab malas nak agak-agak sukatan serbuk penaik, kot tersilap agak nanti saya juga yang keciwa. Nah pakai self raisin flour senang, dalam hati berdoa moga-moga tepat pilihan saya ni. Saya beli kelapa parut putih sebiji kat kedai depan. Tapi pakai cuma a quarter je itupun dibahagi 3 untuk warna kuning, merah dan hijau just like mum used to do before. Dan pewarna, saya cuba dapatkan pewarna serbuk macam ma pernah guna tapi saya Cuma jumpa warna merah saja. Umm bolehlah. Yang lain saya guna pewarna gel wilton. Nak pakai pewarna liquid star brand tak sesuai sebab ianya basah nanti ubah warna kek pulak. Alhamdulillah… hasilnya memuaskan hati saya. Lepas lah hajat yang terpendam bertahun-tahun ni. ;-)

Marilah cuba resipi kek kelapa hasil godekkan saya ni. Saya ni cuma pandai buat kek dari resipi sedia ada je tapi bukan pakar mencipta kek. Macam tak percaya akak boleh reka resipi, ni semua Allah swt yang menjadikan.


2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh perisa vanilla
1 ½ cawan kelapa parut putih di bahagi 3 dan warnakan ikut suka


Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit atau hingga penyucuk lidi comes out clean. Kalau dulu ma bakar dalam loyang serupa saya punya cuma lebih besar sebab adunannya banyak. Dibakaratas stove top dan ditutup dengan tutup periuk je. Menjadi juga. Saya tak kuasa lah nak bereksperimen lebih-lebih maka masuk oven jelah. Enjoy!

Wednesday, 1 June 2011

X-cident - Edisi Lepas Geram

Kalau anda terlibat dalam kemalangan kecil yang tidak mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa atau setakat kereta kemik sikit tapi masih boleh bergerak, sila silalah alihkan kereta anda ke tepi jalan. Atau kalau jalannya sempit, janganlah malu-malu or segan untuk cari bahu jalan yang lebih luas dan lapang untuk berhenti nak berbincang, tunggu tow truck or kawtim ke apa. Kot kalau nak bercerita or bertekak dengan orang yang melanggar atau dilanggar sampai esok pagi pun takpe. Apa yang penting jangan ganggu lalulintas. Ada faham? ;-)

Ni akak nak lepas geram sebenarnya. Dah banyak hari sejak cuti sekolah ni saya sampai ofis lambat sebab jalan jam. Jam start kat tol bukit jelutong tu disebabkan banyak jalan-jalan kat KL tutup buat raptai Hari Keputeraan Agong. Saya dengar jalan tutup untuk raptai seawal jam 6 pagi. Memang menyusahkan sangatlah kat pemandu-pemandu yang nak pergi kerja kat KL. Lagi teruk daripada musim sekolah buka. Yelah kalau dah tutup seawal 6 pagi you basically left these people with little choice. Terperangkap dalam kesesakan lah jawabnya no matter how early they leave home.

Pagi tadi hati baru je rasa nak seronok sebab kat tol bukit jelutong tak sesak. Ingatkan merasa lah sampai ofis awal. Rupa-rupanya hampes. Sampai kat 1st bridge ke Pulau Indah di persimpangan ke teluk gong kereta dah mula slow. Sesak sangat sampai tak bergerak. Ada lah sebiji jeep polis lalu, saya sangkakan ada fatal accident, memang patutlah kalau sesak tak bergerak macam ni. Kesian betul. Tup tup bila sampai atas 1st brigde tu takde apa-apa pun melainkan 4 biji kereta yang sedang elok rupanya kecuali 1 biji tu yang nampak kemik kat depan, tapi semuanya boleh bergerak. Aduhai korang ni menyusahkan orang lain, apa salahnya beralih ke tempat yang lebih lapang. Buang masa polis je datang. Sangatlah mementingkan diri sendiri, tak fikir yang dia tu menyusahkan orang lain tanpa sebab yang munasabah. Apa salahnya kita uruskan sendiri dengan cara yang lebih bijak tak payah susahkan orang.

Bukan nak riak. Orang lain pun pernah juga kereta kena sondol kan? Hati panas bukan kepalang tapi bagi signal dan berhenti di tempat yang lapang. Kot berhenti tengah jalan apa kes? Awak sorang bayar roadtax ke? Daripada makan sumpah orang berbakul baik ke tepi. Melainkan lah kalau accident yang teruk sampai cedera dan kereta pun tak boleh bergerak langsung.

Okaylah cukup akak membebel malam ni. Esok kita cerita lain.

Tuesday, 31 May 2011

Kek Lapis Prune ... lagi

Tempohari saya buat kek lapis cadbury lagi untuk makan sendiri. Dalam masa 5 hari je sempat duduk dapat fridge, hari ke 5 dah licin. Saya, Yaya dan kakak tukang perabis. Incik hubby sibuk dengan projek kanopi nya jadi dia tak sempat makan. Saya fikir dia tak suka, sebab selalunya saya buat dia tak endah dan pernah juga dia mengomel manis lah, menggemukkan lah. Bila dah dekat 2minggu habis baru dia mencari. Itulah kat mulut asyik mengutuk tapi masuk perut sedap juga kan? Kan dah tercari-cari.

Tapi nak harap saya buat lagi memang lambat sikitlah. Bukan tak kesian tapi bahan-bahannya banyak. Nak kena pergi borong coklat cadbury banyak-banyak. Dah beberapa kedai saya intai, tapi takde stok. Maaf lah ye... takde rezeki :-).

Tapi nasib dia baik juga, minggu lepas datang angin gila baking saya. Tahan juga saya berhibernasi di dapur dalam cuaca panas berjam-jam melapis kek lapis prune. Yang ini bahan tak banyak dan tak perlu cari jauh. Cuma tunggu mood je terus 'on'. Ini kira kali kedua buat kek lapis prune. Alhamdulillah elok menjadi. Yang first time dulu dah sampai 2 lapisan akhir tetiba kantoi. Well we learn from our experience kan.
Abaikanlah burnt marks kat atas kek tu, tak menjejaskan rasa pun. Bukan hangus pun sebenarnya tapi sebab pewarna saya guna agak deep sikit warnanya tu yang cepat gelap.
Malas nak press atas kek kuat-kuat, tu yang lapisannya tebal sikit.
Tinggal 1/4 je lagi dalam fridge. Cepat... jangan ada yang kutip habuk nanti hihi

Monday, 30 May 2011

Happy Holiday... Not! & Cerita Ngeri Jumaat Malam

The instance school break starts both the children were down with fever. Dua-dua kena grounded tak boleh keluar rumah until they are fit and healthy. Well actually bukanlah demam sampai terlantar tak boleh bangun, badan panas tapi masih lincah boleh bermain dan bergaduh berdua. Kerana demam mereka disebabkan tonsil (jangkitan kuman) saya tak maulah expose mereka kepada udara kat luar, takut lambat baik pulak. Paling teruk kena tonsil infection is Fahmi. Kedua-dua tonsilnya bengkak teruk sampai dah bertemu dan duduk atas pangkal lidah. That makes swallowing food and drinks extremely difficult apatah lagi nak telan air liur. You can actually see bengkak kelenjar tonsil tu terjojol kat bawah tulang rahang dia. And he has been complaining rasa panas dan sejuk yang berselang seli. Pity him.

Despite the difficulty nak telan solid food, semalam berselera juga dia makan nasi kabsah yang saya masak. I made chicken kabsah, the rice was so tasty with all the herbs infused dan lembut (actually terlebih lembut hehe) sampai he couldn't resist bertambah. Tambahan pulak mama dia yang suap makan, tu diaaaa bukan senang nak dapat mama suapkan makan. Yaya pun sama makan bertambah. Yang cik kak sorang ni kononnya demam teruk sangatlah, makan sambil baring. Lepas makan pun dua-dua sambung baring. Mama dia bising, samalah macam mak kita dulu kan kalau lepas makan terus baring di katanya serupa buaya.

Since bengkak tonsil Fahmi tu teruk sangat, dan stok ubat demam pun dah habis, kenalah pergi klinik. Daddy dia tak sanggup nak biarkan the tonsils heal sendiri jadi kenalah minta antibiotik. Saya bukan tak suka pergi klinik, tapi dah terlalu kerap ambil antibiotik lama-lama immune, I would rather guna alternatif method. Malam tadi lepas makan, saya bawa Fahmi & Yaya pergi klinik. Masuk je kereta ada ke patut Fahmi tanya saya " Kita nak pergi tempat jambatan tu ke?" "Jambatan apa?" tanya saya terkesima kejap, rasa-rasanya saya dah cakap kita nak pergi klinik. "Ala jambatan yang mama jumpa ular tu, yang gelap tu". Ooohhh ..kenapalah kau minta pergi jambatan gelap yang mengerikan tu walhal pergi klinik lagi penting. Tak faham sungguh. Tak tahu ke kau wahai anakku, mama mu ini kecut perut lalu kat situ tempohari, lagi kau suka-suka nak ajak ke sana. Sudahlah tiap hari balik kerja mama kena lalu situ, nasib baik siang. Yang saya peliknya bersungguh-sungguh si Fahmi ni ajak ke sana, saya kata tak mau pun disuruhnya juga pergi ke situ. Apa kau ingat itu rumah hantu funfair ke boleh buat main-main.

'Jambatan' tu adalah sememangnya jambatan kecil sebesar sebiji kereta saja yang merupakan laluan saya setiap hari nak ke tempat kerja. Terletaknya merentasi parit di simpang 3 bersebelah kandang lembu yang telah di abandon. Tempatnya sunyi tak ada rumah orang, dikelilingi pokok-pokok tua yang tinggi, tidak diterangi lampu jalan pada waktu malam dan ditepi pagar kandang berbaris pokok nangka yang sedang berbuah lebat. Lumrah orang balut nangka dengan sarung guni beras. Apa tujuannya saya cerita in detail? Ada kaitannya dengan kejadian Jumaat malam Sabtu lepas bila mana saya terpaksa balik lewat. Nasib saya agak baik sebab seorang teman sekerja sudi temankan, maka berasinglah kami dua biji kereta meninggalkan ofis jam 8.10malam, saya di depan dia di belakang. Kalaulah saya seorang memang saya meraung nak balik kerja dalam gelap gelita tu. Saya mengaku saya penakut. Sambil bawa kereta entah kenapa saya rasa alangkah bagus kalau lamput spotlight belah kanan masih terbakar (belum diganti bulb). Sebab pernah sekali saya balik seorang lepas maghrib hari dah gelap sikit, bila lepas jambatan sampai kat kandang lembu bila lampu kereta menyuluh ke pokok-pokok nangka tu saya tersentap seorang diri. Karung-karung nangka berwarna putih bergayutan itu, bolehkah anda imagine serupa apa?

Aghh sudah... sudahlah menakutkan diri sendiri. Berbalik cerita Jumaat malam tu, sampai kat simpang jambatan kawan saya tadi ni tiba-tiba berhenti. Saya lihat dia bagi signal ke kana. Aghhh sudah dia nak tukar direction lah pulak... budak ni jangan buat pasal kalau dia change direction tunggu jelah hari Isnin nanti, siap dia aku kerjakan, kata saya dalam hati. Mana mungkin saya boleh berundur balik dari jambatan yang sempit tu. Mujur dia batalkan niat nak belok ke kanan. Elok je saya meluncur laju ke depan tiba-tiba saya nampak benda berkilau-kilau melintang tengah jalan. Ular! Ular sawa warna silver yang sangat cantik. Cantik-cantik pun saya lanyak juga, beralun-alunlah kereta dek tayar kereta memanjat badan ular. Huwaaa, ye rasa mau nangis kali kedua tapi sebab ada konvoi di belakang boleh kontrol lagi emosi saya. Itulah kali kedua saya panjat atas badan ular sejak kerja di ceruk kampung Pulau Indah ni. Huhu. So, itulah cerita 'menarik' yang buat Fahmi teruja sangat nak pergi ke jambatan laluan tempat kerja saya. Adakah saya telah membuatkan bulu roma anda berdiri tegak? ;-)

Sudah sudah lah tu jom check out rambut baru Yaya. She gets what she wished for... short hair!Comel tak gaya rambut baru saya ni?
Amoi kedai gunting tu kata ini style 'bob' hair. Tapi saya rasa macam ter kontot sedikit di situ.

Heeee tapi i loike! Hah engkau dua batang gigi sekali tercabut dalam masa 2 minggu. Ngeri ko bila dia sengih. Sekarang dah bertambah koleksi gigi susu anak-anak yang dah tanggal. :-P