Monday, 19 November 2012

Kawan : Walau Jauh Tapi Dekat...

Kawan ketawa ramai, kawan menangis sukar dicari. Kalau diberi pilihan saya mahu jadi kedua-duanya, kawan ketika suka dan duka. Dan saya juga mahu kedua-duanya.

Saya masih ingat, hari pertama saya di darjah 1 di sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Sebuah sekolah mubaligh yang punya gereja tersergam di pintu masuknya. Ketika itu waktu rehat, saya sedang bermain kejar-kejar dan berlari dalam bulatan sambil ketawa riang dengan seorang kawan yang saya kenali semasa di tabika (taman bimbingan kanak-kanak) polis Jalan Butler. Kebetulan kami sama kelas, the one and only friend yang saya connect with instantly pada hari pertama kerana kami saling mengenali. Sedang asyik berkejaran dalam bulatan itu tiba-tiba tangan saya dipaut seseorang. Larian saya terhenti. Seorang mak cik dengan anak perempuannya yang bertubuh kecil menarik saya dekat kepadanya. Dalam terpinga-pinga saya dihadapkan dengan budak perempuan itu. Nama saya ditanya, kemudian diperkenalkan dengan anaknya. Rupanya-rupanya kami berada dalam kelas yang sama. Dalam samar-samar ingatan yang masih saya ingat adalah pesanan dia "... kawan dengan anak mak cik ye. Kawan baik-baik..."

Kawan baik-baik.

Orang kata kalau jodoh pilihan ibu/bapa insyaAllah berkekalan. Dalam persahabatan boleh diterima pakai kah? Saya sering menganggap perkenalan yang dicetuskan oleh ibunya sangat membawa berkat dalam perhubungan kami. Chewahhh ... umpama perkahwinan yang mendapat restu keluarga pula bunyinya! Haha. Kerana hari itu saya mendapat seorang sahabat. Teman ketawa dan menangis. Yang bersama-samanya saya lalui pelbagai fasa, pahit dan manis sehingga saat persahabatan itu teruji dengan perubahan zaman dan keadaan.

Saya suka mempercayai yang kami sangat berjodoh sebenarnya.

Pangkal nama kami bermula huruf 'S'. Kami sama-sama punya 2 nama. Dan nama kedua kami juga bermula huruf 'S'! Kami terlalu akrab. Kerana di mana saya berada di situ dia ada. Ke mana saya pergi, kawan-kawan lain akan bertanyakan dia. Dan begitulah sebaliknya. Inseparable. Kami macam kembar siam yang tidak seiras dan ketinggian juga tidak separas. Terlalu rapat macam belangkas sehinggakan cikgu-cikgu sering keliru. Siapa 'SS' yang tinggi dan siapa 'SS' yang kecil molek. Kerapkali cikgu-cikgu tersasul memanggil nama kami. Paling haru bila dipanggil nama 'Siti Salwa', kami sama-sama diam, tak tahu siapa yang perlu menyahut kerana nama pangkal yang disebut adalah nama si dia, sementara nama kedua adalah nama saya! Semasa di darjah 3 saya pernah dicalonkan menjadi pengawas. Cikgu lelaki yang gemar tersasul memanggil nama kami berdua tersilap tulis nama atas borang pencalonan. Pada hari pencalonan, nama si dia yang dipanggil maka bangunlah dia dengan terkejut keluar mengikut guru HEP. Masuk si cikgu lelaki ini, giliran dia pulak terkejut kerana saya yang tinggal dalam kelas bukan si dia. Jawapan saya kepada soalannya "Kenapa awak tak pergi?" buat si cikgu diam tak terkata, baru tersedar kesilapannya barangkali. Terlepas peluang ini tidak pernah saya kesalkan. Bila naik darjah 6 giliran saya pula menyarung baju biru menjadi pengawas sementara dia biasa saja. Adil kan?

Kami kekal dalam kelas yang sama sehingga darjah 6. Walau tidak duduk bersebelahan tapi setiap kali kedudukan dalam kelas selepas keputusan peperiksaan akhir disemak, kedudukan kami sangat rapat. Saya nombor 3, dia dapat nombor 4. Tahun seterusnya bila dia nombor 5, saya pula nombor 6. Kami tak pernah bersaing sesama sendiri, tidak pernah ada perasaan mahu menyaingi sesama sendiri. Tak pernah ada rasa dengki bila dia di depan saya atau sesekali saya mendahului dia. Kerana saya sedia akui dan sudah lama menerima, Siti memang lebih bijak dari saya. Tapi tulah... macam mana pun memang tak pernah terpisah jauh. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke SPM! Waktu percubaan SPM saya dapat 10, dia right after me dengan 11. Kemudian bila result sebenar keluar, dia pulak di depan saya dan saya 1 mata dibelakang dia!!! Sangat berjodoh kan?

Lepas SPM kami sama-sama dapat tawaran ke universiti. Universiti yang sama. Kursus yang sama! Kursus yang sama-sama bukan pilihan kami sama sekali!!! Yang peliknya, masa isi borang UPU kami berdua sudah berbincang dan sama-sama sedar bahawa masanya sudah tiba untuk kami bersikap realistik. Memilih haluan sendiri yang lebih bertepatan dengan jiwa masing-masing. Kami tidak boleh selamanya bersama. Masa tu rasa pahit sangat nak mengakui hakikat kami sudah semakin dewasa, lambat laun akan terpisah jua atas desakan keadaan. Tapi tulah, yang peliknya pilihan kami yang pertama, kedua dan seterusnya tidak sama langsung. Tup tup end up di universiti yang sama dengan kursus yang sama. Pun begitu, sudah mula timbul rasa was-was dalam hati.

Adakah ini petanda kami masih berjodoh lagi?








Wednesday, 14 November 2012

Lain Padang Lain Belalang...

Dari entry lepas 'Jangan cuti Sampai Tak Ingat Dunia' senyap sunyi blog tuan tanah. Bukan bermakna tuan tanah pergi bercuti ye. Tapi kesibukan melayan kerenah anak-anak.
Kerana cuti persekolahan akhir tahun yang panjang sudah pun bermula!

Bermakna hari-hari lah saya mengadap budak berdua ni. Hari-hari lah bingit telinga dengar mereka bercakaran sesekali. Drama air mata wajib.
Hari-hari lah sakit mata tengok rumah bersepah. Habis mainan ditabur je kat depan tv.
Makin cepatlah kertas A4 saya habis. Hari-hari dia buat melukis. Kertas lukisan yang ada tak mau guna.
Hari-hari dia buat origami bentuk burung lah dan entah apa-apa lagi. Tapi mengemas jangan harap. Tunggu mama dia bersuara kadang dah macam loceng kat sekolah. Sejam sekali keluar arahan.

Sebelum tamat semester akhir sekolah tempohari, seperti tahun sebelumnya sebagai penutup tirai ada majlis anugerah dan kecemerlangan pelajar. Kami dapat jemputan lagi. Fahmi balik sekolah hulur surat jemputan, dengan kembang kempis hidungnya dia cakap "Abang dapat naik pentas lagi...". 

Alhamdulillah... syukur. Jadi antara 3 yang mencapai band tertinggi dalam kelasnya. Sejak KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dikuatkuasakan di sekolahnya, dah tak ada kedudukan tempat 1,2,3 lagi. Cikgu-cikgu sepakat pilih 3 yang capai band tertinggi untuk diberi penghargaan. Tak ada lagi anugerah tambahan ikut matapelajaran macam yang Fahmi dapat tahun lepas sebab pemarkahan dah tak ikut peratusan (%) lagi, semua ikut band 4, 5 atau 6. Anugerah-anugerah tambahan tu masih diteruskan untuk pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6 yang ikut KBSR sahaja. Tahun lepas KSSR masih baru dipraktikkan, sekolah pun perlu masa untuk penyesuaian.


 Terima hadiah dari YDP PIBG. Tiada pegawai dari pejabat pelajaran negeri seperti tahun sebelumnya. Tak tahu kenapa. Sehari sebelum majlis, Fahmi siap pesan kasut mesti dikapur putih. Bagus! Tau pun nak berpakaian smart di hari bersejarah dia. Tapi alahaiiii... lusuhnya seluar anakku itu terutama tang lutut. Padahal itu seluar beli 3 bulan lepas. Rata-rata budak lelaki semua berseluar lusuh tang lutut. Apa yang diaorang buat kat sekolah agaknya? 

Fahmi buat permintaan, daddy nya harus hadir pada hari dia naik pentas. Mama dia memang dah bagi confirmation awal ;-). Bila daddy cakap mungkin tak dapat hadir, muka dia dah masam mencuka. "Dulu kata kalau abang dapat naik pentas daddy nak datang"... hah ambik ko! Dulu siap bagi cabaran lagi kat anak. Sekarang bila dia dah sahut cabaran awak pulak tak mampu nak witness hari paling gembira buat dia? Yang bestnya dia tak mau mama sorang datang, dia mau dua-dua sekali. Mesti. Wajib!

Akhirnya daddy dia ambil cuti juga sebelah pagi. Gembira bukan main si Fahmi. Lepas ambil hadiah mulut tak berhenti bercerita hal yang berlaku di belakang tabir. Dia kan bukan jenis yang 'chirpy'. Bila tiba-tiba dia bercerita macam bertih goreng tu kita fahamlah dia tengah excited sangat.


 Bersama Ilmie, teman sekelas yang turut sama naik pentas. Luas dahi dia, kata orang tanda budak cerdik. Memang cerdik pun orangnya, tak banyak cakap dan tingkah laku sangat berhemah. Kalau tengok fizikal rasa tak percaya baru 8 tahun. Pembawaan diri sangat matang, macam budak 10 tahun! Dulu nama dia jarang disebut-sebut Fahmi, tapi lately ni sentiasa dibibir.


Ada seorang lagi yang teman sekelas Fahmi yang namanya pun sering disebut-sebut. Bukan Fahmi je sebut, Yaya pun dok sebut-sebut nama dia. A girl. Haaaa yang ini saya mau simpan cerita untuk next entry ye. Ada sesuatu yang menarik ;-).

So what about cik Yaya? 

Dia tak naik pentas. Dia tak heran pun tak dapat naik pentas. Tapi dia menyibuk nak tengok abang dia naik pentas. Saya biarkan dia ikut. Mahu dia juga punya keinginan untuk bersaing. Bukan hadiah atau recognition yang kami mahukan. Result dia dah bagus. Kedudukan tidak corot pun masih 5 terbaik. Dalam kelas dia memang ramai yang bagus-bagus dan menyerlah. Mostly girls. Tapi lepas majlis saya tengok dia selamba je macam tak terkesan pun.  Dia maintain dengan style tak kisah dia tu. Selamba je.


Model sukarela saya. Bangga bergambar dengan logo sekolah. Berposing dan bergaya memang kesukaan dia. Janganlah suruh Fahmi berposing, dia buka langkah seribu!

Benarlah kata pepatah, "Lain padang lain belalang...". Lain orang lain ragam. Acuan mungkin sama, tapi karekter adalah unik, tak serupa sama sekali. Sangat bertentangan. Kalau sama saja mudah sangatlah jadi mak ayah kan?


Monday, 5 November 2012

Jangan Cuti Sampai Tak Ingat Dunia!

Sekarang ni nampak benar sibuknya ye? Seminggu sekali baru ada 1 entry. Ada yang tinggalkan komen pun lepas berhari-hari baru saya jejaki. Maaf banyak-banyak, kelewatan bukan disengajakan!

Sesuatu yang saya perasan, sejak bertukar profesion menjadi suri di rumahtangga sendiri, saya lebih jarang punya masa untuk mengadap PC, nak ON lappy jauh sekali. Maka, entry baru juga sudah tidak selebat dulu. Aneh kan? Dulu masa berkerjaya sepenuh masa dan menjadi isteri/ibu separuh masa ada pula MASA untuk bikin entry kadang selang sehari... dan berurut-turut hari pun ada! Ada-ada saja idea nak bercerita. Ada-ada saja masa nak berlipurlara.

Adakah ia petanda menjadi suri membosankan? Atau petanda jiwa lebih tenang? Maka kurang merapu meraban? Ahakssss... Eh... jangan ingat jadi suri duduk rumah goyang kaki. Kadang sibuknya lebih hebat dari CEO big 5 companies!

Sekejap tadi cik Yaya baru menyuarakan rasa hati. Mengingatkan saya supaya telefon cik pembantu rumah di kampung sana - jangan lupa balik esok. Bukan saya tidak betah menggalas tugas Home Manager. Saja saya mengusik Yaya kalau... kalaulah takde pembantu pun, Mama kan ada? Terkejut saya bila cik Yaya menjerit kecil. TAK MAU kata dia. Ehhh... sebenarnya siapa yang menentukan dan siapa yang perlukan pembantu sebenarnya?

Apa kisah udang disebalik mee ni? Rupa-rupanya cik Yaya sudah tidak sanggup andai terpaksa melalui satu lagi hari yang tidak dijangkakan bila Mama dia jatuh sakit dan tak larat bangun masak! Sabo jelah... baru 1 hari minggu lepas saya tak mampu bangun masak, TRAUMAnya sampai dia berpesan-pesan suruh cik pembantu balik segera, dengan mesej bercilinya - "JANGAN CUTI SAMPAI TAK INGAT DUNIA". Amboiiii.... Mama dia yang hari-hari kena layan kerenah dia 2 beradik yang macam-macam, dia pulak yang 'over' sentap semata-mata 1 hari saya tak bangun. Oh by the way, mesej itu tidak sampai pun ke telinga pembantu... sudah saya tapis siap dengan smash bertubi-tubi ke cik Yaya.

Memang saya sakit. Bukan 1 hari tapi 2 hari berturut-turut minggu lepas. Cuma hari kedua tu teruk lebih dari hari pertama sampai tak larat nak bangun siapkan makanan. Tapi bukannya sampai semua orang kebuluran pun. Mr Hubby dah jalankan tugas rescue bawa balik tapau food tengahari itu. Dan malamnya mr hubby jadi rescue ranger sekali lagi masakkan kuey tiaw goreng untuk mereka bertiga (saya tak lalu makan). Cik Yaya kata kuey tiaw 'kurang rasa'. Daddy dia smash balik "Sejak tengok masterchef ni banyak songeh lah. Komen macam-macam!".  Nak buat lagu mana, 5 tahun sekali pegang sudip, adatlah kalau terkurang sana sini. Tapi mek kecik sorang ni memang komen takde kesian, macam Chef Joe jugak. Saya ketawa dalam hati. Ada ke yang terkena badi Masterchef macam kami? hahahaha...

Kita tengoklah cik pembantu tiba tepat pada harinya atau tidak. Saya tak sanggup kalau ada budak kecik yang meraung nanti.

Cuti sekolah sudah hampir tiba. Masa saya berkerjaya sepenuh masa dulu, waktu-waktu begini adalah waktu paling lengang di ofis. Mood kerja separuh body. Ramai yang ambil cuti panjang bawa anak bercuti. Tapi jangan cuti sampai tak ingat dunia ye? Zaman makan gaji dulu walau tuan bos besar tak keluarkan statement bercili macam cik Yaya cakap tu tapi jelingan mata dia waktu sign borang cuti sudah cukup jelas untuk ditafsirkan. Faham-faham sendiri - Jangan cuti sampai tak ingat kerja ye? Handphone harus 24hours reachable. Kalau ada yang tiba-tiba tukar mode: unreachable tu sendiri mau ingatlah kalau terkantoi balik kerja nanti siaplah kome tadah (bernanah) telinga sebesar piring astro tu ye.

Sekarang? Nak cuti tak payah apply dah. Gumbiranya rasa bila boleh suka-suka je book tiket promo AA tanpa rasa cuak segala. Orang dah berzaman merasmikan seat tambang murah. Awak dah kepam baru dapat. Tak apa, pepatah Jerman kata 'Slowly but Surely...' Ahakssss.

Selamat merancang percutian keluarga. ;-)


Tuesday, 30 October 2012

Sunyi Rupanya


Sunyi rupanya menjadi surirumah.
Terutama waktu anak-anak dah ke sekolah dan incik suami ke tempat kerja.
Dan lebih terasa kini bila cik maid tiada - balik bercuti menyambut aidiladha di kampungnya.
Padahal masa dia ada bukannya jadi teman bercakap pun. Macamlah tak tau saya ni, serius sentiasa dan sangat berat mulut untuk bercakap.
Cakap bila perlu sahaja. Yang keluar pun ayat-ayat perintah... :-)
Tapi masa dia ada, setidak-tidaknya saya tak terasa keseorangan sangat. Kita tau ada orang lain di samping kita walau tiada suara. Kalau ada bunyi-bunyian kita tau ada orang lain yang sedang bekerja di dapur, di laman, menonton tv dan sebagainya.
Kalau ada apa-apa berlaku kita tau ada orang yang boleh kita harapkan.

Pagi ini kurang sunyi sedikit. Cik Yaya tak ke sekolah. Dia kata dia tak terlibat dengan sukaneka jadi tak perlu datang.
Dah sampai penghujung semester akhir persekolahan, saya pun tak kisah sangat. Sangat welcome her being at home with me. Ada jugaklah peneman walaupun waktu saya memasak dia dok buat hal sendiri.
Tapi takdelah kita rasa alone sangat.

Bosan ke?
Tak sempat nak rasa bosan sebab sentiasa ada kerja yang perlu dibuat. Masa saya hampir terisi sepenuhnya dari subuh hingga ke malam. Siapkan breakfast, basuh baju, mop lantai, vacuum 1 rumah, masak, lipat kain, gosok baju, buat kek lagi.
Cuma bahu dan belakang badan masih sakit lagi sungguhpun dah masuk hari ke 10 menelan ubat relax otot dan sapu analgesic cream. Itu je yang buat saya cuak nak buat kerja-kerja berat.
Semuanya saya guna tangan kiri. Sakit sangat-sangat tapi tetap mahu mop lantai setiap pagi.
Rasa tak selesa bila tapak kaki menyentuh lantai yang melekit terutama lantai dapur lah kan.
Esok I have to take it easy on house chores. Perlu rehatkan tangan ni betul-betul sebab ada baking commitment. Saya nyaris terlupa yang saya ada 2 tempahan this week.
Janganlah bahu saya sakit lagi... nak bermain dengan fondant pulak tu. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.



Waktu takde orang bantu mengemas dapur yang berkecah saya lebih suka buat hidangan ringkas sepinggan hidang macam lasagna meatballs ni.



Fahmi minat sangat dengan meatballs versi resipi beef kofta. Saya terpaksa buat lasagna 2 versi, satu with meatballs untuk Fahmi dan 1 lagi tanpa meatballs untuk Yaya. Nasib daddy diaorang tak kisah, dua-dua pun dia makan ;-)



Thursday, 25 October 2012

Anekdot : Mak Dia Perempuan

Err... ada ke Mak lelaki?

Minggu lepas saya ada siapkan tempahan cupcakes bertemakan winnie the pooh & the gang.
Sebaik siap saya anginkan cupcakes di bawah kipas di ruang tamu. It was a wet day, raining sepanjang petang. Fondant mudah lembap dan cair bila cuaca sejuk. Kebetulan cik Yaya pun baru balik dari kelas agama. Terus dia dok mengadap cupcakes tu sambil dok ber "uuhhhh..."  "wahhh..." "cantiknya..."

Then she pointed her finger kepada satu karektor ni and asked, "Ni apa ni Mama?"



Entah. Saya pun tak tau. Bukannya saya kenal pun karektor tu semua. Winnie dan Tigger je yang saya tau. Saya buat je karektor ni ikut sample gambar di internet, saya tak sempat tengok gambar penuh pun. Setakat tengok muka je sebab memang nak buat muka je pun kan. 

"Tikus kot, dik?" Pandai-pandai je saya belasah. Dah mukanya pun kecik, telinga besar macam Jerry.

"Tikus? Mana ada tikus dalam winnie"

"Entah, manalah Mama tau, Mama belasah je"

Kami sama-sama diam sekejap.

Kemudian, dengan terujanya Yaya menjerit, "Hah... ni kanggaru! Anak kanggaru yang Mak dia perempuan tu!"

Errkkk!!!
Saya dah pandang dia pelik.






"Dik, Mak memanglah perempuan. Mana ada Mak lelaki"

Meletus ketawa kakak yang dok pasang telinga. Cik Yaya pun dah tersengih-sengih malu.
Kemudian kami berpandangan with a knowing look on each others face dan sama-sama cakap, "Ada..."

... saling nak mengenakan satu sama lain, saya pintas cepat-cepat

"... Mak Nyah!!!" wakakakaka.










Wednesday, 24 October 2012

Kek Puding Karamel Pelangi

Orang lain dah berkurun buat kek ni, saya barulah nak berjinak-jinak mencuba. 
Tak ada kerajinan. Senang cakap. Nampak macam remeh nak lapiskan kek berbelang-belang. Rupa-rupanya tidak.






Yaya suka makan puding karamel. Pasal tu saya rajinkan juga cuba buat. Bahan-bahan pun tak banyak. Keseluruhan kek dimasak sekali dengan teknik waterbath ... kukus gril panggang dan kukus he he. Sebab ianya kombinasi kek dan puding kemudian di masak dalam oven maka perlu guna teknik waterbath iaitu mengalas loyang kek dengan loyang berisi air panas. Tapi saya tak letak air panas pun, saya letak air biasa saja. Resultnya tetap menjadi.






Tekstur keknya seperti kek chiffon. Malah kaedah membuatnya pun serupa dengan kaedah membuat kek chiffon. Saya suka buat kek ni sebab bahan semua main campak dan gaul sebati je... tak yah nak pukul bagai. Except egg whites tu saja you have to whipped menjadi meringue yang firm. The rest... easy breezy.

Kalau nak cuba sila rujuk resipi dan tips mantops dari blog Hasue. Penerangan yang diberikannya sangat terperinci dan terang lagi bersuluh. Credit kepada Hasue dan Anna Qawinna yang mana resipi kek ini diambil dari blog Anna dan dipopularkan oleh beberapa blogger masakan lain.





Monday, 22 October 2012

Asalnya Nak Cuci Rambut Je

Semalam bawa cik Yaya dan kembar lahir selang 3 hari nya (sepupu) cik Nana pergi gunting rambut di sebuah salon di Subang Parade, Seremban. Hajat di hati nak juga tebas rambut sendiri yang terasa panjang sangat dah. Bila disanggul dah tak muat masuk 'sangkar'. Kalau pakai tudung sudah masuk kategori 'bonggol unta'. Tak mau lah macam tu.

Malangnya salon favourite tutup. Alahai dah jam 11 pagi pun tak buka lagi. Atau tutup for good? Entahlah saya pun pergi sana setahun sekali je. Last pergi bulan April lepas ada amoi tu cakap nak tutup sementara sebab takde pekerja. Frust ahkak. Frust lagi budak berdua tu. Saya pun ajak mereka masuk salon lain. Pernah sekali je masuk sini. Caj dia mahal sedikit dari my favourite salon. Of course kat favourite salon dapat harga istimewa, layanan pun istimewa walau pergi cuma setahun sekali!!! Wajah saya tetap dia ingat, gaya rambut macam mana pun dia masak benar! Lagipun saya serasi benar dengan tangan dia. Stylist lain buat rasa tak kena gitu.

Kami masuk salon yang masih kosong. Duduk lah budak berdua tu atas kerusi. Tersenyum-senyum sesekali ketawa mengekek sesama sendiri entah apa yang menggelikan hati. Dua orang stylist mengerjakan budak berdua tu. Tinggal seorang lagi stylist yang tak tau nak buat apa langsung terus meracun saya "Tak mau cuci ke kak?". Dia boring agaknya. Tengok salon lengang. Boleh juga cuci rambut ye, caj nya RM25 cuma. Jauh sekali ganda lebih murah dari caj cuci rambut yang Kak Yati (kawan saya) kena di MidValley kelmarin. Ambil spot yang jauh ke dalam, privasi sedikit. Sekejap lagi datanglah amoi tu bawa scanner. Mau scan kulit kepala katanya, jangan risau - percuma! Aduhhhh bab percuma itu yang ahkak risau. Mana ada benda percuma atas dunia ni?

Lepas scan dia ajak buat scalp treatment sekali. Kulit kepala saya kering katanya dan ada alahan. Saya tanya produk apa dia nak pakai. Bila dia tunjukkan tiub kecil Kerastase saya dah terbayang-bayang duit yang akan terbang. Ikutkan Kerastase bukanlah produk penjagaan rambut paling mahal. Tapi kalau dah 1 tiub kecil untuk kepala saya ni dah tentu costly. Entahkan kulit kepala yang gatal entahkan tangan yang gatal nak menabur zakat, saya iyakan aja. Nah engkau, dari RM25 jadi RM195 bila buat scalp treatment sekali. Tapi puas hati sebab buka setakat cuci, siap urut kepala, tengkuk dan bahu saya. Memang sungguh-sungguh punya urut dan terasa sedapnya. Timing memang kena, sebab bahu dan tengkuk saya memang tengah sakit dan perlukan urutan!!!

Harus saya puji amoi tu memang pandai ambil hati pelanggan. Pandai juga masuk jarum lepas satu - satu dia pujuk saya. Buat itu dan ini. Macam inilah gaya orang meniaga. Sambil mengurut dan mencuci dia pujuk saya beli losen Oleo-Relax dan masker untuk rambut kering pula. Oittt rambut pun ada masker bukan muka saja. Kepala saya dah ligat fikir apa nak cakap nak tangkis pujukan dia. Harus bankrap mak melayan dia. Mujurlah benda-benda tu semua memang saya pakai sekarang. Bila dia habaq losen rambut tu dia jual RM82, saya cakap saya pun dah 4-5tahun pakai. Beli online dari wholesaler di Puchong, cuma RM75 saja dengan delivery percuma! Terus terdiam tak terkata amoi tu. Dia rasa tak percaya. Siap cerita kat bos dia lagi. Sudahnya saya bagi dia laman web wholesaler tu. Dan sudahnya dia tak jadi lagi nak promote saya beli apa-apa sebab kata dia "takpelah you dapat lagi murah beli sana je". Hik hik...

Tapi sebelum balik sempat dia tunjukkan shampu yang sesuai untuk kulit kepala kering. Itupun dia kata "Takpe saya tunjuk sama you saja, nanti you boleh beli dekat sana (wholesaler)". Yelah, saya beli direct dari wholesaler Kerastase dapatlah murah, dia pulak jual secara runcit takkanlah dia nak jual kat saya harga wholesaler kan kan kan? Tapi serius saya suka pakai losen rambut Oleo-Relax tu. Rambut manageable, lembut dan berbau wangi. Jimat pulak tu, sebotol 125ml tahan setahun lebih. Eh takkk.... ahkak tak promote... tapi kalau nak cari sendiri! Hehe