Monday, 7 January 2013

Beef Massaman: Tom Yum Meets Curry in A Bowl

Bermula dengan takde idea nak masak apa semalam, how I wish ada periuk ajaib di dapur. Biar periuk je yang masak apa yang keluar kita makan, I tak payah perah otak fikir nak masak apa. Berangan lah lagi.


Daripada tak tau nak masak apa berakhir dengan Beef Massaman Curry. Sejenis kari yang terkenal di kalangan masyarakat Islam Thai. Aikkk bila pulak belajar masakan Thai ni? Hehehe... tak yah susah-susah belajar, pakai je pes dalam botol. Cehhhhh... ala-ala periuk ajaib juga gini. Cuma yang ini botol ajaib. Ha ha ha...




CNN dubbed this curry as one of the most delicious food in the world. Duduk ditangga ke 10 dalam raking yang diumumkan tahun 2011. Wow! Tapi kalau dah merasa kari ini memang betul-betul WOW lah.  Pendapat peribadi saya Massaman curry ini adalah seumpama kombinasi tom yam dan kari di dalam satu mangkuk. Dikatakan  pengaruh Arab pada zaman dahulu sangat kuat hingga terhasilnya kari ini. Kombinasi  unsur-unsur hidangan tom yum seperti cili, halia, lengkuas, serai, daun limau purut, udang kering atau belacan yang digiling berserta sos ikan kemudian diadun dengan rempah ratus yang dibawa masuk oleh pedagang arab seperti bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, jintan, cengkih yang kesemua ditumbuk atau dikisar lumat menjadi pes massaman.




Rasa kari ini? Boleh bayangkan tomyam bersantan dan berempah? Atau senang cakap ikut tekak saya rasanya seperti kuah kurma yang masam-masam sikit dan manis sedikit. Sos ikan wajib letak. Ia memberi rasa yang unik pada kari ini. Oh... kalau yang suka pedas elok tambah cili ye sebab kari massaman ni tak pedas.


Semalam juga saya bereksperimentasi dengan grain feed meat yang saya beli minggu lepas. Memang sedap dan lembut dagingnya. Sebelum dikarikan saya perap dulu daging dengan pes massaman.




Nampak kat tepi tu botol pes massaman? Beli kat Jaya Grocer. Boleh tahan mahal sebotol 110gm. Tapi sangat berbaloi sebab sedap hasilnya. Malah boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Boleh dijadikan rempah untuk goreng ayam juga. Tapi saya marinate terlebih dahulu ayam yang nak digoreng dengan rempah massaman ni dan tambah halia tumbuk. Kemudian gaul sedikit tepung sebaik sebelum digoreng supaya rempahnya elok melekat pada ayam. 


Saya teringin nak buat massaman yang diadun sendiri rempahnya macam pasangan Jenny dalam My Kitchen Rules tahun lepas. Tapi tersangatlah banyak kerja. Jadi saya KIV dulu resipi dia dan cuba pes segera.

Nak cuba Massaman Curry? Jom kita semak resipi portion kecil untuk 3 orang makan.

Bahan A
300gm daging batang pinang
4 sudu besar pes Massaman - saya guna jenama Epicurion
1 inci halia
2 ulas bawang putih


Tumbuk lumat halia dan bawang putih dan campur dengan 2 sudu besar pes massaman dan gaulkan bersama daging. Perap sebentar sementara siapkan bahan-bahan lain.


Bahan B
1 biji bawang besar dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga diketuk supaya terbit aroma


Bahan C
1 biji ubi ketang dipotong 6
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat - boleh ganti dengan susu cair
1 cawan stok (air rebusan) atau boleh ganti dengan 1/2 kiub stok daging
1 sudu besar asam jawa - campur dengan 1/2 cawan air dijadikan jus
1 sudu besar perahan limau nipis atau lemon
1 sudu kecil gula melaka diracik
1 sudu kecil garam (boleh dikurangkan)
segenggam daun selasih (petik dalam pasu) atau boleh ganti daun ketumbar


Tumis bahan B hingga terbit bau. Masukkan daging yang diperap dan tambah baki 2 sudu besar pes massaman. Renihkan seketika biar kering air. Masukkan garam 1/2 sudu dulu - saya ikut style mak mentua masak bubuh garam dahulu bukan akhir sekali. Masukkan ubi kentang dan air rebusan bersekali dengan santan cair. Biarkan merenih hingga daging dan ubi kentang 3/4 empuk.

Bila daging dan ubi kentang empuk masukkan santan pekat. Kemudian air asam jawa, gula melaka dan baki garam jika perlu. Sukatan garam bergantung kepada jenis stok yang digunakan. Kalau air rebusan boleh tambah garam, kalau guna kiub stok tu boleh kurangkan garam sebab kiub dah masin. Bila kuah hampir pekat masukkan jus limau/lemon dan daun selasih. Biar pekat dan boleh dihidangkan.





Saya kalau ada kari mesti ada Roti Puri. Roti puri kali ini istimewa sikit sebab saya letak kelapa parut dalam doh roti. Lembut dan lemak tapi tidak keterlaluan. Janganlah letak sebiji kelapa... setakat 2-3 sudu besar saja.


Nak kongsi amalan pemakanan sihat seperti yang disarankan oleh pengamal perubatan Islam Prof. Ustaz Haji Idris Haji Ibrahim seorang penerima Anugerah Guru Cemerlang tahun 2000 dan Tokoh Guru tahun 2010. Bila usia menginjak ke 40 tahun elakkan makan nasi waktu malam tapi digantikan dengan roti (gandum). Nak makan nasi boleh, tapi siang sahaja. Kesihatan tubuh perlu dijaga. Makan bukan kerana lapar mahupun mengikut nafsu tetapi untuk MEMELIHARA tubuh.



Friday, 4 January 2013

Rupa Tiada, Rasa Ada...

Currently the whole isi rumah is addicted to this biscuit.





Sempoi je rupa dia takde lawa mana. Biskut cikai je pun tapi RM21.90 juga sekilogram. Biskut nenas. Biskut ni favourite saya masa zaman kanak-kanak dulu. Dulu lepas habis kelas agama petang, saya dan seorang kawan baik Idah namanya akan berjalan kaki keluar dari kawasan kuarters polis Jalan Yazid Ahmad. Kami keluar ikut pagar belakang - seluruh kuarters terletak dalam kawasan berpagar walapun ada lot-lot banglo milik persendirian dalam kawasan yang sama. Sekolah agama tu pun terletak menghala ke jalan keluar belakang, jadi mak kami tak nampak apa anak dia buat lepas habis kelas. He he he.


Keluar pagar kami belok ke kanan. Berjalan meuju ke Limbok. Satu kawasan penempatan kaum Cina. Ada rumah-rumah kedai 2 tingkat gaya lama. Ada kedai runcit, ada pembekal pelbagai jenama aiskrim dan salah satu yang saya selalu pergi adalah kedai menjual pelbagai jenis biskut secara runcit dan borong. Tak ambil tau pulak nama kedai. Dulu kalau hulur duit 50sen dah boleh dapat sebungkus biskut nenas. Bungkus pun dalam kertas surat khabar je, takde plastik macam sekarang. Cukuplah buat makan seorang sambil berjalan balik ke rumah sempat habis!





Saya suka yang corak beroda ni. While Yaya suka yang corak bunga berpusing tu.



Itu zaman dulu lah. Bila dah dewasa saya tak minat makan biskut lagi. In fact kat rumah saya ni tak ada bekalan biskut dan saya tak ajar anak-anak makan biskut for snack or tea time except masa raya je ada biskut raya. So unlike my father yang masa saya kecil dulu tak pernah putus top up bekalan biskut. Barangkali sebab my mum sibuk menjahit kot, jadi bila-bila kami lapar ada juga kudapan.

Kegilaan pada biskut nenas ini kembali melanda sejak 3 minggu akhir musim cuti sekolah. Entah kenapa tiba-tiba saya tertarik nak beli masa lalu kat section biscuits di giant. Beli 200gm je dulu. I took a bite... dan terus rasa terawang-awang. Serta merta saya rasa terbang balik ke zaman kanak-kanak... uhhh heaven! Ha ha ha poyo sangat tau!


Biskut nenas batch pertama saya beli habis saya bedal seorang! Fahmi sempat makan beberapa keping. Yaya tak ambil pusing. Bila saya beli kali kedua Yaya pula start membantai. Dia balas dendam sebab katanya batch pertama dulu dia tak sempat rasa langsung. She took 1 bite and terus hooked! Sekarang dia dah tak boleh stop munching this biscuit. Setiap kali beli mesti ambil 1/2kg... cuma tahan 2 hari saja. Dengan mr hubby sekali makan tapi tak macam saya dan Yaya yang makan biskut macam makan nasi!!! Dan setiap minggu saya kena top up bekalan 2 kali!






Bukan itu saja, saya ada bawa bekal biskut nenas untuk anak-anak makan dirumah my mom tempohari. Yaya bagi my 1 year old nephew, Syahmi makan seketul. Tiba-tiba si kecil ni terkedek-kedek masuk dapur sebut "...nakkk... nakkk..." sambil tangan tunjuk ke timbunan bekas pelbagai jenis biskut - ye cucu-cucu my mom yang lain ada bekalan biskut masing-masing. Jadi bila semua balik macam-macam bekas penuh meja. Masa Syahmi kata "nakkk... nakkk..." tu saya dah terdetik dalam hati, dia ni nak biskut nenas kot sebab ternampak Yaya beri dia seketul. Belum sempat saya kata apa, my sis in law keluarkan bekas biskut tiger. Syahmi geleng kepala. Datang pula my mom tunjuk biskut lain. Pun geleng juga. Haisyyyyy ummi dan nenek nya tak faham-faham! Saya pun ambil bekas biskut nenas yang sudah kosong itu. Tunjuk kan padanya, "Syahmi nak biskut ni?" Adehhh rasa kejam pun ye, biskut ke menda... 'bekas biskut' je tu. Laju je dia angguk. Kan betul saya cakap. Mummy dia jugak yang lebih memahami... he he he. Sayangnya biskut dah habis. Bila saya cakap dah habis sambil buka penutup tunjuk kat dia. Terus layu muka dia. Hampa. Alahaiiiiiiii... kijam Mummy (panggilan anak-anak sedara pada saya) dia ni.


The week after that saya beli 1.3kg terus! Terkejut mr hubby. Saya bawa balik 1 bekas untuk Syahmi. Sukanya dia dapat biskut nenas. So you see, saya tak tau lah apa magisnya biskut ini sampaikan semua yang rasa mesti hooked! Atau yang hooked with this biscuits sebenarnya punya selera yang sama? Ada banyak biskut jem nenas di pasaran. Malah ada yang jem nya lebih tebal 1 inci tapi yang ini juga paling menangkap selera. Aroma nenasnya terasa dalam kerongkong. Setiap kali membeli mesti saya terlajak ambil lebih. Bukan apa, saya ralit memilih yang berinti penuh. Nampak yang ini inti penuh saya ambil, kemudian eh yang itu pun penuh juga, eh... yang ini walau sememeh tapi penuh you! Macam budak-budak! Hahaha... tau-tau dah sekilo!


Kerana biskut ini muka saya jadi familiar di giant shah alam. Dan kerana biskut ini juga berat saya naik sekilogram! This addiction has to stop. Sangat tidak menyihatkan. Tapi ughhhh... susah nak stop. Sedap!


Wednesday, 2 January 2013

Yeahhhhhh... Sekolah Dah Mula...


The new school term begins today. Which means I'm back to my old portfolio. 


Alarm clock. Waking my children up for their Subuh prayer and get ready for school. Reminding them non-stop not to forget brushing their teeth. Which if I don't jawabnya ada lah yang ter miss gosok gigi. Haisyyyy... Kadang-kadang saya rasa macam burung belatuk pun ada yang 2 minit sekali berbunyi "Gosok gigi..."  ... "gosok gigi...".... "cepat sikit..."  .... "basuh muka tu..." ....Dan bila saya berbunyi begini, "jirus badan tu, jangan main lap je..." itu maknanya ada orang mandi pesen P.Ramlee dalam cerita Bujang Lapok. Celup hujung jari dalam air dan sapu kat mata!


Image consultant. Consulting my children on what to wear and what not. How to style their hair. And this morning, advising Yaya to change back to old petticoat coz the new one doesn't fit. The neckline hung too low. Itupun nak kena advice kan. Kalau tak memang tak siap lah berpakaian pagi tadi. Ahhh... I'm spoiling my children.


A chauffeur. Driving the children to school. In the mornings only. Thank Allah I don't have to do this 4 times a day. Kalau tak lembik mak atas jalan. Ha ha ha... Yang penting pagi-pagi mesti hantar. Waktu inilah saya bagi 'tazkirah pagi' yang kadang-kadang kalau ada orang woke up on the wrong side of the bed 'tazkirah' akan berbunyi umpama bebelan yang panjang. Hate it when it turns out sebagai bebelan. Tak baik bising-bising di pagi hari kan?


Counselor. Biasalah, bagi kaunseling macam-macam isu kat sekolah. Hal gaduh manja dengan kawan, hal kena usik kena ejek. Hal bekal dicukai kawan sekolah. Hal kena buli dalam bas sekolah. Macam-macam hal lagi termasuk jadi kaunselor hal 'Cinta Monyet'. Ye, cinta monyet pun mak dah mula bagi kaunseling ye dik non. Budak zaman sekarang advance baru darjah 2-3 dah pandai bercinta. Yang tak boleh tahan tu bukan budak lelaki yang approach dulu, tapi budak perempuan! Percaya tak anak teruna saya yang masih hingusan tu di ushar kawan sekelas? Ha ha ha... Penat saya kaunseling dia, try to talk him out of it. Tapi dia pun suka. Agaknya terasa macam saham naik kot. Tapi itu cerita tahun lepas yang saya peram. Rasanya masuk tahun baru ni dah takde. Bila saya sebut nama budak perempuan tu dia dah macam menyampah pulak. Alahaiiii... Malam tadi sudah kuberi pesanan. New school term mesti ada azam baru. No fooling around. Aduiii rasa macam ada anak remaja pulak dah.


Bagusnya bila sekolah dah buka semula I get my privacy back. Yehuuuuuu... selama lebih 40 hari ini rutin harian macam caca marba sikit. Pagi-pagi lagi bilik saya dah kena terjah dengan anak-anak. Bermaharajalela diaorang. Berebut pakai komputer dengan mereka. Depa bantai main game. Kadang nak bersantai sambil membaca buku pun susah. Bingit telinga.


For the past 40days I've been spoiling them. Depa asyik mengekor je ke mana saya pergi. Pergi market pun depa nak ikut. Kalau dah ikut tu memang kena cukai lah jawabnya. Ada-ada saja yang nak dibeli. Memang puas lah berjalan ke sana ke mari walaupun sekadar mengukur jalan di shopping complex. Bak kata Fahmi "best keluar dapat tengok pemandangan..." Yelah tu, pemandangan lah sangat. 


Lepas ni dah takde sampa nak mengekor ku lagi. Jalan lah sorang-sorang. Takut saya pulak yang boring. He he he.

Thursday, 27 December 2012

Mengena & Terkena : Dari Banyak 'Mata' ke Harry Potter

Semalam saya temankan Fahmi makan sambil layan dia berborak. Cik Yaya tak mau makan. Tapi sibuk melilau ke depan ke belakang. Naik rimas dibuatnya. Saya suruh dia duduk depan tapi tau apa dia buat?
Entah bila masanya dia menyusup ke belakang saya, kononnya nak sergah saya dari belakang lah. Saya terasa ada orang kat belakang, terus saya hulur tangan ke atas bahu dan tangkap kepala dia. Apa lagi, tergelak besar lah Fahmi. Mujur tak tersedak nasi.

Cik Yaya tak puas hati. Sebab dia selalu nak sergah saya terutama masa saya sibuk masak kat dapur tapi tak pernah menjadi. Selalunya dia yang terkejut, sebab belum sempat dia buat apa-apa saya dah sergah dia dulu. Lalu, bersoal jawablah dia dengan saya sehingga Fahmi pun menyampuk sama.

Yaya : Mana mama tau adik ada kat belakang?
Mama : Mama tau. Mama ada mata kat belakang.
Fahmi : Iya ke?
Mama : Ibu-ibu ni kalau abang nak tau,'mata' ada kat depan, kat belakang kat kiri kat kanan. Semua benda dia boleh nampak. Abang nak tau kenapa?
Fahmi : Kenapa?
Mama : Sebab sorang ibu ada anak ramai dan banyak kerja semua nak kena jaga dan buat dalam masa sama. Jadi, kelebihan Allah bagi ibu boleh melihat dan merasa setiap pergerakan sekeliling dia. Tak usahlah nanti tipu Mama, semua Mama tau.

Nanti ada pulak yang kata saya sebarkan ajaran sesat. Maksud saya dengan banyak 'mata adalah 'instinct' atau naluri.

Dahi Fahmi dah berkerut. Yaya dah tarik kerusi duduk sebelah. Wahhh... berminat nampak. Hehe...

Yaya : Tapi mana mama tau adik ada kat belakang mama? Kan kadang-kadang adik jalan perlahan sangat pun mama tau.
Mama : Kita ni kalau berjalan laju ke perlahan ke mesti orang boleh rasa pergerakan kita. Sebab bila kita berjalan, ada geseran dengan angin/udara. 

Makin berkerut dahi budak 2 orang tu. Isyyyy... payah nak explain. 

Mama : Pernah tengok citer harry potter kan? Yang dia pakai selimut halimunan tu
Fahmi & Yaya : (muka blur)

Kakak pulak ikut menyampuk, "Alah yang dia pergi bilik ada cermin ajaib boleh nampak mak ayah dia tu" baru budak berdua tu "Ooohhh..."

Mama : Kan harry potter pakai selimut halimunan, dia terserempak dengan professor sniper.
Fahmi : Ok...
Mama : Walaupun dia pakai selimut halimunan tapi kenapa professor sniper tu masih boleh terasa macam ada orang lalu?
Fahmi & Yaya : Entah...
Mama : Sebab ada geseran pergerakan kita dengan udara macam yang Mama cakap tadi lah... tak nampak tapi kita boleh rasa.

Barulah terangguk-angguk budak berdua tu. Entah ke faham atau tidak.

Fahmi : Ok, kalau Mama kata Mama banyak mata boleh rasa... mesti Mama boleh rasa apa yang Aiman tengah buat sekarang kat rumah dia. Dia tengah berjalan ke berlari?

Errrrkkkkkkk!!!!!!!


Mama : Ehhhhhh.... kalau Mama tau apa yang Aiman tengah buat kat rumah dia, itu bukan boleh rasa lagi dah. Itu ilmu sihir namanya!!!!!


Aduiiiiiiii lahhhh melampau betul anak saya yang sorang ni tau. Dia ingat Mama dia ni ada bela hantu raya ke apa. Penat-penat cari pembayang untuk explain kat dia, sudahnya dia suruh kita tilik apa yang kawan dia buat kat rumah pulak dah. Itu kena tanya Wak Jawa (sinar.fm) lah sebab dia je yang ada geluk jampi. Mak takde dik non! Kekadang fed-up bercakap dengan diaorang, kita jugak yang terkena. Kikikikiki...



Wednesday, 26 December 2012

Kerabu Daun Selom Yang Versatil

Saya paling suka makan ulam daun selom dan pegaga. Sesekali boleh juga pekena daun kaduk. Selalunya letak masa buat sambal tempoyak daun kayu lah. Atau sebagai ulam dalam otak-otak ikan kukus. Kalau makan begitu saja agak 'panas'.





Dah lama juga tak buat kerabu selom ni. Sebab dulu time rajin tiap minggu mesti ada menu ni. Lama-lama naik jemu, rehat terus! Saya buat tempohari sebagai salad dimakan dengan stik salmon. Tak sangka ianya kombinasi yang sesuai, dapat kurangkan mual untuk orang yang tak biasa makan salmon serta sos hollandaise yang very the eggy tu.


Monday, 24 December 2012

Sauce Challenge : Hollandaise Sauce


Feels like challenging myself membuat sos yang orang klasifikasikan sebagai "the hardest sauce to make" dalam hidangan barat. Lama tak makan salmon. Dah bertahun-tahun. Dulu-dulu rajin juga masak salmon makan dengan sos creamy lemon. Ada entry lama tentang ini. Saya nak cari semula pun malas! :-)


Ada new market dibuka di Bukit Jelutong, berhampiran dengan rumah. Jaya Grocer. Now I can get my 'fancy' supplies di sana. Ikan salmon, cod, Oz lamb cuts, grain feed meat adalah termasuk dalam senarai 'fancy' items saya. Tak perlu pergi jauh ke cold storage di Subang Parade lagi dah. 'Fancy items' saya ini boleh je dapat kat giant seksyen 13, shah alam tu. Tapi frozen punya lah... yang segar punya selalu dah lembik macam kena lenyek dengan steamroll. Bau section barang basah pun ada sedikit off. Wahhhhhhh... verlagak! So I bought 2 pieces of norwegian salmon di jaya grocer. Pan fry them dan buat bancuhan sos hollandaise.




Hollandaise is basically sos daripada kuning telur digabungkan dengan mentega cair dan diperisakan dengan perahan lemon serta serbuk lada sulah. Pasal itu warnanya kuning. Bukan sebab letak serbuk kunyit. Masak sos atas dapur dengan api kecil tetapi harus cepat dan sentiasa kacau supaya sebatian kuning telur tidak seperate. Sesetengah resipi galakkan kita guna pasteurised egg, untuk elakkan pencemaran bakteria salmonella kerana sos dimasak sebentar cuma pada suhu yang tidak tinggi. Dibimbangi suhu yang rendah tidak dapat membunuh bakteria (jika ada).



Saya alas salmon dengan sekeping millet cake. Millet cake lagiii!!!! :-)


Saya buat separuh adunan sos hollandaise. Cukup untuk 2 keping salmon.

2 biji kuning telur
2 sudu besar mentega dicairkan dengan suhu rendah
serbuk lada sulah
1/3 cawan jus lemon

Pukul telur dengan jus lemon dan lada sulah. Pukul 1/3 mentega cair ke dalam adunan telur untuk elakkan telur jadi masak (berketul) bila terkena mentega yang tidak cukup suam. Kemudian campur kesemua mentega cair dan letak atas api perlahan sambil kacau (whisk) berterusan sehingga sos pekat sedikit.


Salmon digoreng atas kuali leper dengan minyak sedikit (dalam 1 sudu besar). Saya guna minyak zaitun. Goreng each side selama 4 minit atau sehingga isi salmon bertukar pink.

Saya hidang salmon dengan kerabu daun selom. Tujuannya untuk seimbangkan rasa sos yang very thick dengan rasa telur berkrim. Kerabu kan ada pedas dan masam sedikit hasil dari perahan limau kasturi. Yummms!



Saturday, 22 December 2012

Sambal Berlado Minang

Saya takut cili. Sangat takut makan pedas. Tambahan sejak awal remaja saya sudah mula mendapat gastrik. Setakat makan sos cili yang manis-manis sikit tu bolehlah. Tapi kalau tengok lauk merah menyilau tu memang maaf saya tak sentuh.

Saya cuma mula makan pedas pada usia pertengahan remaja. Kadangkala bila Ma sibuk dengan tempahan menjahit yang bertimbun-timbun, Abah akan beli lauk diluar. Selalunya lauk-pauk dari kedai minang. Kat Seremban memang banyak gerai-gerai kecil menjual lauk minang. Kalau dibesarkan di N9 harus pandai makan masakan minang.  Lauk yang biasa dibeli ialah kari ayam minang, gulai perut lembu sumbat tepung, masak lemak otak lembu (ummm yummmmssss!) dan my favourite adalah ayam goreng dicurah sambal berlado. Dalam pada tak makan pedas tu, bila bertemu sambal berlado ni alahaiiiii tak boleh tolak you! Pedasnya tidak mengetik, tapi sedap sangat. Minat saya makan sambal berlado ni terbawa-bawa sampai saya berhijrah ke Port Klang (masih bujang dan bekerja). Ada satu restoran minang berhampiran ofis. Setiap hari sanggup berjalan kaki seorang diri ke sana. Nasi putih separuh, telur ikan masak lemak dan wajib dijirus sambal berlado banjir!!! Tak perlu banyak lauk janji sambal berlado ada sudah cukup menyelerakan. Harga pun tak mahal. Untuk saya RM1.80 cuma!!! Tak percaya? Hehehe...memang cukup jimat, maklumlah saya baru mula kerja, nak bayar sewa bilik, tambang bas, hutang pinjaman JPA lagi dan mana nak simpan duit nak kahwin. Zaman saya kahwin keluar duit sendiri, kenduri semua tanggung sendiri. Duduk jauh dari keluarga, harus pandai urus duit ringgit. Takkanlah nak minta CPR lagi.

Sampai laa ni masih terbawa-bawa kesukaan makan sambal berlado. Hampir setiap minggu mesti sekurang-kurangnya 1 kali buat sambal berlado. Ada beberapa versi yang saya suka buat. Versi pedas original atau versi sedikit manis.



Cili merah atau cili hijau menjadi bahan utama. Pernah makan sambal berlado yang over the top pedas bila tokey kedai terpaksa guna cili api hijau kerana stok cili besar habis. Humangggg aiii... podeh berapi! Ada seorang kawan pernah kata kalau ada penyakit buasir memang tak boleh makan sambal berlado ni. 






Versi Pedas:
Bahan-bahannya tak banyak. Beberapa tangkai cili merah dikisar kasar, tambah cili api pun boleh. Tumis bawang besar dihiris, kemudian masukkan cili kisar. Letak sekeping asam gelugur. Biar pecah minyak. Masukkan garam ikut selera.


Versi Tak Berapa Pedas Lawa Tiada Manis Ada:
Cili merah, bawang merah hiris, bawang putih 2 ulas digoreng sebentar bagi layu sikit. Tujuan cili digoreng untuk kurangkan pedas. Sejukkan kemudian blend. Dalam kuali panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah dengan beberapa potong buah tomato sampai layu, kemudian baru masukkan cili blend kasar tadi.  Biar sampai pecah minyak. Rasakan garam dan gula.

Hidang dengan apa saja yang anda suka. Tempe dan ubi kentang, ayam goreng, ikan keli goreng atau gaul begitu saja dengan nasi panas pun sodap!




My favourite semestinya tempe! N9 meets Jawa. Superb! ;-)
Sejak kecil suka makan tempe goreng. Ma kalau nak suruh saya makan nasi (sebab saya sangat tak suka makan nasi kadang 2 minggu sekali baru jumpa nasi) mesti masak tempe goreng. Rupa-rupanya bila dah besar bertemu jodoh orang Jawa. Mmmpphhh memang berjodoh sangat! (*_^)