Thursday, 25 September 2008

25 Ramadhan 1429H - Fahmi Puasa Penuh Lagi!


sebenarnya menu ayam percik ni aku rancang nak buat sejak 1st week puasa. tapi entah macam mana tercicir pula dari list. ni dah masuk minggu akhir puasa tiba2 aku kekeringan idea semula, tu yang muncul balik idea nak masak ayam percik.

lagipun, ada 'sesuatu' yang trigger aku masak ayam percik for iftar today. that is, fahmi dengan rela hatinya berpuasa penuh hari ini...horayyy!!! seronoknya bila dapat khabar berita petang tadi. yelah this is a surprise yang memang tak dijangkakan sebab dia tak bangun sahur pun. alhamdulillah kali ni dia tak mengharuk nak minum macam ahad lepas. ahad lepas walaupun dia bangun sahur masih tak boleh tahan, dapat half day je.syukur sangat2... kiranya fahmi dah dapat 2 hari puasa penuh. well done fahmi! ;-)

sebagai balasan untuk orang yang cekal berpuasa penuh, mama buatkan ayam percik khas. punyalah berselera fahmi makan (sebab lapar pun ye!). hubby pulak siap belikan dia air kotak ribena bila aku sampaikan berita pada dia petang tadi. tu semua reward untuk fahmi.

insyaAllah... tahun depan fahmi masuk 5 tahun, nak ajak dia berpuasa from the beginning. yang tahun ni kami tak merancang sebenarnya.

Wednesday, 24 September 2008

24 Ramadhan 1429H - Fried Prawn Wantan



since petang ni hubby dah balik & berbuka dengan kami, kenalah masak nasi. tapi lauk pauknya serah kat kakak je masak... untuk mengecurkan selera hubby berbuka, aku cuma buat starter jer, that is fried prawn wantan. sedap di makan sementara masih panas barulah crunchy kulit wantan tu. dip sauce orang malas hanyalah mayonis with few drops of ready made mango salsa sauce.

semalam niat dalam hati nak solat terawih di masjid, yelah hari isnin dah tak jadi pergi sebab kaki kusakit. tapi entah kenapa semalam rasa tak larat jugak. tapi dalam tak larat tu sempat juga buat kuih orang malas. tengok orang lalu depan rumah menuju ke masjid dalam hati meraung2 nak pergi. tapi tulah iman tak berapa kuat lagi... aduhaii rasa kesal sangat.

tiba2 tengahari tadi tengah buat kerja aku menjerit malam ni nak pergi sembahyang terawih! tergelak colleague aku yang duduk meja depan. tu bahana rasa kesal semalam tak habis lagi. sayangnya, petang tadi dapat petanda... huwaaaaa patutlah aku tak sedap hati je sejak semalam... rupa2nya tu tanda2 aku takde rezeki mengejar pahala tambahan penghujung ramadhan. serves me right! tidakkk!

*********************************************************************************

untuk Diana, resipi udang goreng wantan. senang jer bahan2 sedia ada:-

bahan2:
udang harimau atau udang sederhana pun boleh (jgn besar sangat)
1/2 camca teh serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
garam
sekeping keju dicarik2kan
kulit wantan secukupnya

1. Perap udang dengan paprika, serbuk lada sulah & garam. Toskan airnya.
2. Ambil sehelai kulit wantan, susun kepingan kecil keju, letak udang & bungkus. Kalau udang masih agak basah, kulit wantan akan melekat dengan sendirinya. Kalau agak kering sapu air pada hujung lipatan wantan.
3. Goreng dalam minyak yang panas. Boleh hidang dengan sos salsa mangga atau mayonis ditambah perahan limau nipis. Nak pakai sos cili thai pun boleh.

Tuesday, 23 September 2008

23 Ramadhan 1429H - Baking Lagi

dalam malas2 nak masak for berbuka tu tiba2 datang idea nak buat kuih malam ni. tu pun mengenangkan hubby bagitau mil tak buat kerepek for raya kali ni. tapi disebabkan malas yang teramat sangat dan dihambat masa, buatlah kuih yang mudah2 aja... aku panggil kuih 'orang malas' atau kuih ekspress yang famously known as biskut dahlia. no offense ye, gelaran kuih orang malas tu sekadar rekaan ku semata2 sesuai dengan tahap kemalasan ku ketika ini.

apa taknya, bahan2 kuih ni mudah sangat, cara nak buat pun mudah. dengan adanya toy baru nak cream butter & icing sugar jadi mudah, just campak2 dalam bowl & putar. sementara tunggu adunan kembang bolehlah aku mengayak tepung. pastu campak lagi semua masuk dalam mixer. ambil doh sikit sumbat dalam acuan & picit... tak ke senang tu? dalam 1 1/2 jam siap semuanya dari mengadun sampai membakar.

nak tau tak? this is the first time aku buat biskut dahlia. seumur hidup sampai dah nak masuk 30 tahun ni tak pernah aku ambil peduli nak buat... sebab kuih ni tak diperkenankan oleh penyimpan mohor besar kat rumah my mum... sapa lagi my mum sendiri lah.

selain dari biskut raya aku plan nak buat kek buah kukus... bolehlah nanti bawa balik umah mil. or since hubby nak balik umah mil weekend ni agaknya kenalah aku percepatkan buat kek. tapi bila ye?

Monday, 22 September 2008

22 Ramadhan 1429H - Ramadhan Tag


kena tag dengan Mama Ayuni... thanks nina i really need it.
after 3 weeks of fasting, sangat terasa kepenatannya. i recall my first week puasa i was so excited about everything this ramadhan sampai tak boleh tidur... seronok yang tak terkata sebab dapat jumpa bulan mulia ni sekali lagi. tambahan pula kali ni akan sambut my 30th birthday di bulan ramadhan. on top of that aku excited sangat nak capai azam ramadhan kali ni.

dah sampai ke penghujung ramadhan ni tetiba datang pulak assignment. esok start buat internal audit... kena keluar, kerja dalam office pun tak boleh nak tinggal. ermmm sejak awal lagi aku dah agak, since tiap2 tahun office tempat kerja aku ni tradisi dia bulan puasa lah kita tunggang langgang bekerja, mana mungkin aku dapat merasa ramadhan yang aman damai sampai ke penghujung.

for iftar today we had cekodok kentang+udang, otak2 dan nasi ayam for fahmi & yaya. balik kerja tadi sempat bawa my 2 kids ke pasar ramadhan tu yang rembat otak2 7 keping dengan nasi ayam. malas nak masak nasi lagipun sapa sangatlah yang nak makan. aku sendiri cukup dengan cekodok & jus oren. kenangkan budak berdua tu nanti kelaparan pulak tu yang beli nasi ayam.

cadang nak ke masjid berterawih... tapi kaki kiri ni meragam sakit pulak. sakitnya masyaAllah dari tulang punggung sampai ke hujung kaki. bawa kereta tadi rasa nak menangis je... huhu kalau ada driver kan best boleh baring kat seat belakang. apa kan daya... so berterawih sendirian jelah kat rumah malam ni.

Sunday, 21 September 2008

21 Ramadhan 1429H - Krim Tart


inilah krim tart a.k.a kuih masuk mulut tak boleh bercakap tu. the tart base sangat lembut dan gebu, dicetak guna acuan tart terap biasa tu cuma dimasukkan dalam sarung kertas untuk memastikan tart tak hancur dan hilang bentuk disebabkan terlalu lembut. intinya cuma jem strawberry biasa je, kalau nak buat jem sendiri pun boleh aja... topped with dessicated coconut yang digaul putih telur & sedikit gula. hodoh je rupa dia kan?

kalau buat kuih ni my mum selalu marah sebab letak jem sikit sangat tak terasa plak nanti. bukan apa kutakut jem tu melimpah ruah nanti sememeh pulak. yang ni buat pagi tadi ma belum rasa lagi, kalau dah rasa mesti dia kata "kedekut jem!" *lol*.

my bro pulak buat special request today, minta buatkan biskut cornflakes kegemaran kami adik beradik yang memang dah bertahun2 aku tak buat. tulah dia kalau dah lama sangat pegang takhta tukang buat kuih raya, bila kita berehat kejap takde sapa nak sambung. hehe nak salahkan orang lain pun tak boleh juga, dah aku sorang yang pegang resipi... wakakaka. tengoklah nanti kalau ada kerajinan sementara hubby takde ni boleh juga aku pulun membuat kuih je tiap2 malam. bukan susah pun tapi dengan 2 orang mat & minah kacau kat rumah ni boleh meroyan aku jadinya.

sakitnya kaki malam ni. elok2 tengah drive balik from seremban to subang, sampai je dekat tol bukit jelutong tetiba kaki kanan rasa nak cramp... lepas tu kaki kiri plak. huwaa nak nangis je dahlah aku drive sorang bawa anak2 & maid sebab hubby dah pegi outstation. nak minta tolong sapa pun tak tau. sampai kat traffic light simpang bukit jelutong tu sempat stretch my legs kejap sambil berdoa dalam hati janganlah melarat. fuhhh lega cramp tak menjadi2.

just to update, fahmi berjaya puasa penuh 1 hari semalam! horayyy!!! itupun selepas dipujuk2 untuk tahan sebab sikit je lagi nak berbuka. cuaca panas & kering semalam so he was so thirsty... bukannya dia minta makan pun. sahur pagi tadi kat rumah my mum kami pakat2 kejutkan dia bangun sahur. the day before dia tak jadi bangun sahur sebab tak larat buka mata. alhamdulillah kat rumah my mum sebab ramai orang dia pun bersemangat sikit nak bersahur. habis juga sepinggan nasi gaul telur goreng & kicap kusuap kat anak bujang tu. tapi sayangnya hari ni dia cuma dapat 1/2 hari je... takpelah at least dia dah cuba which is good enough.

hubby has gone for his last outstation untuk bulan puasa ni for 3 days. maknanya makin kering lah aku sebab bila hubby takde bukannya berselara makan sangat pun. selalunya masak lauk pauk pun untuk dia... ni dia dah takde jawabnya makan apa yang ada jelah. cekodok udang & kentang lagi kot? ;-)

Friday, 19 September 2008

20 Ramadhan 1429H - Tart Nenas Lagi

hari ni sambung buat tart nenas for my mum. sebelum tu pagi tadi on the way balik dari market singgah kat subang parade collect my new glasses... alhamdulillah walaupun power untuk mata sebelah kiri dah semakin turun tapi takde masalah besar nak sesuaikan diri. memula rasa macam dizzy sikit lepas tu okay.

elok je siap buat tart terus bersiap2 nak balik umah my mum... esok ahad ada project buat 'kuih masuk mulut tak boleh bercakap' pulak. petang ni untuk berbuka nak buat karipap. pastry dah siap dibekukukan tinggal nak buat inti je.

ok got to go... malam esok baru tempek gambar ye.

note: entah apa yang mereng dengan blogspot ni pun tak tau lah dah 2 hari aku buat posting tapi keluar date the day before... mengong ke hapa. entry ni sepatutnya bertarikh 20 september 2008 tapi keluar date semalam. tak pasal2 19 september jadi ada 2 entry bearing same time plak tu... huihhh tamak sungguh! this entry was actually posted on 20/9/08 at 14:04.

19 Ramadhan 1429H - Nasi Tomato

hari ni balik lambat from work... meeting punya lama sampai tak sedar dah lewat. nasib today traffic tak heavy sangat, sampai je rumah tinggal lagi 30mins nak masuk waktu berbuka. apa lagi macam lipas kudunglah aku di dapur. sebab dah janji dengan hubby today nak buat nasi tomato, ayam masak merah & kurma kentang, so tak bestlah kalau tak tunaikan.

nasib baik ayam dah kusuruh kakak goreng siap2, tinggal nak tumis saucenya aja. tapi sebelum tu tumis rencah nasi tomato dulu. aku guna bahan2 yang sama macam resipi yang pernah ku paste kat blog ni. emmm bila dah masak harum semerbak bau rumah ni, bau daun pandan, kayu manis dan rempah ratus lain.

kalau kebiasaannya aku berbuka dengan air suam dan kuih sikit, lepas solat maghrib baru makan heavy. kali ni tak tahan sehh, bukan pasal apa tapi dah 3-4 hari tak sahur perut memulas sakit pulak. lagipun aku kesian kat perut yang makin kempis ni, pakai baju & pants hari ni pun dan macam layang2 kena tiup angin... hehehe

esok nak sambung buat tart nenas lagi... yang ni khas for my mum. urrmm kang buat untuk ma sure my sis tanya dia punya mana. adehhh ni yang letih ni... nak buat untuk dia ke tak?

btw, fahmi on the other hand seems to be progressing well dalam usaha belajar berpuasa. today dia berjaya puasa hingga pukul 1 petang unlike the rest of the other days bila dia cuma tahan sampai pukul 11-12tengahari. i take it as satu perkembangan yang baik. he'll be joining us for sahur pagi esok. kami tak memaksa, tapi dia sendiri yang nak bangun sahur. harap2 everything goes well esok. jangan dia mengadap makanan sambil mata terpejam sudahlah.