Monday, 29 September 2008
29 Ramadhan 1429H - It's My Birthday Today
fahmi malu2 nak nyanyi lagu happy birthday for mama, yaya pulak masih lena dibuai mimpi when i left to office pagi tadi.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab diberi kesempatan berjumpa bulan Ramadhan & insyaAllah Syawal dalam umur yang mencecah 30 ni. Aduiiii beratnya 30 tu... heheh what's in a number kan yang penting what you have achieve sepanjang tempoh ni.
Aku rasa tahun ini, lebih2 lagi bulan ni dalam waktu2 terdekat nak menginjak ke angka 30 secara semulajadinya datang kesedaran tentang banyak hal. Antaranya tentang arah hidup aku & keluarga, my future - will i still be here with this company in 5 years time? alhamdulillah rezeki sejak kerja kat sini memang melimpah ruah, itu tak boleh dinafikan. tapi pernah tak you reach a stage where you feel you have done enough & takde apa lagi dah yang boleh dicontribute... not that i mean aku ni top contributor, but rasanya ada masa2nya yang aku rasa aku dah habis daya & usaha, it's time for me to move on, to explore myself to the next level dengan new environment. i need to enrich my life.
seriously aku sendiri rasa terkejut dengan perubahan ni dan masih rasa ragu2 lagi. but safe to say that i'm now at the stage where i'm preparing myself for the 'exit' to a new life, new future.
new life tak semestinya yang lebih baik dari sekarang dan tak semestinya kurang bagus from what i have now. it depends on individual target. i don't value life dengan berapa banyak wang kita ada in our account. of course kalau ada duit berkepuk2 tu adalah satu bonus & security.
tapi rasa2nya dengan umur dah masuk 30 ni dengan baki insyaAllah kalau panjang umur lagi 40 tahun aku ada untuk tumpang bernafas kat bumi Allah swt ni aku nak juga buat sesuatu untuk kepuasan diri sendiri.
i want to be a better person. teringat Ustaz Dr Fadzillah Kamsah cakap, define kehendak kita betul2 so that ia boleh terbit secara visual. so let me give meaning to 'a better person'. i want to work less hours so that i'd be able to give more attention to my family (hubby, children & parents), i want to be able to pleased my family, aku juga nak beribadat dengan lebih baik & sempurna (i'm not getting any younger), i want (need) to balance my life. it is something that i have tried but could not achieve with my current work. i might be wrong but that's my analysis... i do hope ada yang boleh bagi other point of view but buat masa ini itulah my conclusion.
wow! i've reflect so much dalam masa kebelakangan ni ye. macam tu rupanya bila menginjak ke angka 30... :-)
bila hubby hadiahkan kenwood mixer tu, hadiah tu seolah2 bagi makna baru dalam hidup aku. i can't thank him much. that was the sweetest thing he did & hadiah yang paling bermakna. everyday semakin kuat aku rasa my passion memang for baking (perasan je kot). i've always love baking, more than i love cooking. perhaps it is a sign that i should explore further.
whatever decision, whichever turn i make... wish me for the best. amin...
Sunday, 28 September 2008
28 Ramadhan 1429H - Fahmi's Special Treat
sempat juga petang tadi pegi weigh myself... ha ha jangan jeles, berat kuturun lagi! 53.9kg! ni kira catatan berat paling rendah kucapai sejak bersalinkan yaya... in total i've lost 4.6kg (hasil berpuasa sejak rejab, syaaban hingga ramadhan) huhu sah muat semua baju2 lama. tapi yang tak best tu tempat2 lain semua macam lempeng cuma tang bumper je yang tak mau lempeng :-(. ermmm ... pastu petang temankan fahmi berbuka bantai fastfood molek sangatlah tu dah penat2 turunkan berat badan dengan 1 meal jer terus burst balik. huhu lepas raya ni tak taulah macam mana harap2 jadi imune tengok food sedap2... buleh ke? macam tak caya jer.
pagi tadi celik je mata terus sambung buat 1 biji lagi fruit cake. jam 1 petang siap dikukus. beginilah hasilnya, guna loyang 7x7x3 sebab loyang 8x8 dah habis dijual. kusejukkan sementara kami keluar petang tadi, balik je rumah terus wrap dengan cling wrap. esok masuk bekas untuk dibawa balik.
oh ya, sunyi pulak rasa hari ni. jiran2 ramai yang dah beransur balik kampung. time2 gini yang buat hati aku tak keruan meronta2 nak tinggalkan subang. sunyi sepi macam deserted cowboy town je. isyy macam manalah puan sally boleh tahan beraya kat rumah sendiri. ternyata aku masih belum cukup kuat lagi. itu belum tercampak jauh kat negeri orang macam LG. dan sama juga macam my own mum yang duduk jauh dari parents sendiri, seingat aku masa kami kecil tak pernah ma dapat balik beraya. abah juga tak pernah bawa kami balik beraya kat kampungnya.
sempat kemas rumah & pack my clothes siang tadi. cuma baju anak2 je belum packing lagi. harap kat kakak jelah cuma petang esok balik kerja aku kena check semula kot tertinggal apa2. apasal ye kali ni rasa kurang organised pulak. selalu walaupun busy dengan keje sampai ke suntuk raya tapi bab mengemas puas hati le. kali ni macam banyak tak siap je. where's my checklist?
Saturday, 27 September 2008
27 Ramadhan 1429H - Projek Kek Raya
Friday, 26 September 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
i'll be working tomorrow and monday. hanya akan bertolak balik ke my mum's house petang monday, insyaAllah. sementara itu, aku akan terus berblogging... hehe macamlah ada orang nak baca, semua dah sibuk balik kampung aku jer yang syok sendiri. layannn...
26 Ramadhan 1429H - Cornflakes Crunchy
Thursday, 25 September 2008
25 Ramadhan 1429H - Fahmi Puasa Penuh Lagi!
Wednesday, 24 September 2008
24 Ramadhan 1429H - Fried Prawn Wantan
semalam niat dalam hati nak solat terawih di masjid, yelah hari isnin dah tak jadi pergi sebab kaki kusakit. tapi entah kenapa semalam rasa tak larat jugak. tapi dalam tak larat tu sempat juga buat kuih orang malas. tengok orang lalu depan rumah menuju ke masjid dalam hati meraung2 nak pergi. tapi tulah iman tak berapa kuat lagi... aduhaii rasa kesal sangat.
tiba2 tengahari tadi tengah buat kerja aku menjerit malam ni nak pergi sembahyang terawih! tergelak colleague aku yang duduk meja depan. tu bahana rasa kesal semalam tak habis lagi. sayangnya, petang tadi dapat petanda... huwaaaaa patutlah aku tak sedap hati je sejak semalam... rupa2nya tu tanda2 aku takde rezeki mengejar pahala tambahan penghujung ramadhan. serves me right! tidakkk!
*********************************************************************************
untuk Diana, resipi udang goreng wantan. senang jer bahan2 sedia ada:-
bahan2:
udang harimau atau udang sederhana pun boleh (jgn besar sangat)
1/2 camca teh serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
garam
sekeping keju dicarik2kan
kulit wantan secukupnya
1. Perap udang dengan paprika, serbuk lada sulah & garam. Toskan airnya.
2. Ambil sehelai kulit wantan, susun kepingan kecil keju, letak udang & bungkus. Kalau udang masih agak basah, kulit wantan akan melekat dengan sendirinya. Kalau agak kering sapu air pada hujung lipatan wantan.
3. Goreng dalam minyak yang panas. Boleh hidang dengan sos salsa mangga atau mayonis ditambah perahan limau nipis. Nak pakai sos cili thai pun boleh.