Thursday, 3 September 2009

13 Ramadhan 1430H - Entry Basi

begitu ler jadinya kalau entry ni terperap sebulan lamanya. asyik tertangguh je nak upload pics hari sukan fahmi. malas sebenarnya nak mengupload pic yang banyak, tambahan pula nak upload selalu ambil masa yang lama lately ni.

since malam ni takde gambar2 hidangan iftar, cuci matalah dengan pics fahmi on his sports day 1 month ago.berkumpul bawah khemah, fahmi with his friends, syahmi yang far right, aris far left, the one next to fahmi ku tak tahu nama dia.
masa ni masih smart lagi baju tuck ini, lepas jumpa partner in mischief dia tengoklah apa jadi...
tu dia, baju dah berserabai, sedondon dengan shankar yang berdiri depan dia tu. dah 2 kali kubetulkan baju dia sudahnya jadi gini juga... geram betul

farah my niece and yaya ikut juga tengok abang dia bersukan.

bersedia untuk acara lari berganti2. girl yang kat depan dia tu drama queen sungguh asyik nangis jer sampai merah hidung tapi bila disuruh lari okaylah plak
banyak lagi pics lain & video tak larat nak tunggu cik blogger ni slow sangat

Wednesday, 2 September 2009

12 Ramadhan 1430H - Fahmi Lagi...

terkejut lagi tengahari tadi bila received call dari sekolah fahmi. berdebar2 dada aku bila tengok screen hp tertera no. sekolah dia. bila ku pick up teacher lilies dengan lembut dan sopannya bagi salam dan introduce diri. masa tu aku rasa nak cakap scrap the greetings just go straight to the point. dalam hati aku berkata2 apa dah jadi dengan anak aku.

bila teacher lilies bagitau keadaan sebenarnya barulah aku rasa lega. hilang debaran aku tadi. rupa2nya teacher lilies call nak minta tolong pujuk dan tenangkan fahmi yang menangis kat sekolah. kata teacher lagi dia minta makan sebab tak tahan tengok kawan2 yang tak berpuasa makan kat depan dia. adoilah aku dah pesan kat sekolah tempohari tolong asingkan budak2 yang puasa dengan yang tak berpuasa masa morning break dan lunch break. rupa2nya ada juga yang datang tayang2 minuman dan makanan depan budak2 yang berpuasa.

nada suara teacher lilies menunjukkan dia rasa bersalah. sebab katanya dia dah cuba sedaya upaya suruh budak2 yang tak berpuasa makan di taska yang selang beberapa rumah dari situ, cuma masih ada yang tak mendengar kata. well, nak buat macam mana dah namanya pun budak2. tapi kalau kita tak ajar mereka to respect others bila lagi. pada aku bila parents nak mula latih anak berpuasa itu hal (aku tak kata hak) dan terserah kepada pandangan peribadi masing2lah. aku dan hubby cuba sedaya upaya latih budak berdua ni sebelum mereka mencecah usia 6 tahun atas banyak sebab. salah satunya peringkat umur bawah 6 tahun lebih mudah nak mendidik mereka. aku terbayangkan godaan yang dia harus tempoh bila dah masuk sekolah rendah nanti tentu lebih hebat. jadi kami sependapat eloklah dimulakan asas dari sekarang. pun begitu, itu semua usaha kami, yang selebihnya aku panjatkan doa kepada Allah swt biarlah anak2 aku mudah dibentuk dan kuat kesabaran mereka.

tadi dalam telefon kupujuk fahmi. dia kata kenapa budak 6 tahun pun boleh tak puasa. ku katakan padanya kerana dia seorang anak yang hebat, kuat dan bijak maka dia mampu buat apa yang dia nampak orang lain tak mampu buat. maaf bukan nak memuji anak sendiri, tapi saat2 begini kata2 pujian itulah yang penting untuk kuatkan semangat dia. i thanked teacher lilies so much sebab dia banyak bagi feedback sama ada baik atau buruk tentang fahmi.

dan dalam usaha memujuk fahmi tengahari tadi aku janji padanya aku akan masakkan ayam percik dengan nasi lemak istimewa untuk anak mama yang hebat.

my plate, nasi lemak, ayam percik dan pakis goreng belacan. ummm lama tak makan nasi lemak buatan sendiri dan lama juga tak tumis pakis sendiri masih sedap lagi air tangan ku ye! ihiksss... jangan muntahhh kakahakah

Tuesday, 1 September 2009

11 Ramadhan 1430H

terkejut kejap tadi when i learnt that fahmi pernah kena denda duduk dalam tandas disebabkan kenakalan dia. i only found out tadi masa berborak2 dengan dia. fahmi sendiri pun dah lupa apa kesalahan yang dia buat sampai kena denda. yang pastinya dia dan partner in mischief dia, shankar sama2 duk dalam tandas. dan yang denda dia adalah teacher anila yang sangatlah lemah lembut orangnya. rasa macam tak percaya. tak aku bukan tak percaya teacher lemah lembut tu sanggup denda anak aku, tapi aku rasa devastated sangat sebab anak bujang aku ni punyalah 'baik' sampai teacher yang lembut halus suara tu pun tak tertahan dengan kerenah dia. adoilahhh 'baiknya' anak mama. entah apalah yang dia & shankar buat. tebalnya muka nak ngadap teacher2 dia.
minta maap bebanyak lah cikgu, entah gen sapa dia dapat. alahai gen sapa lagi kalau tak aku dengan bapaknya. adoiiii!

kat rumah pun dia nakal juga. suka sangat mengusik adik dia, sampai menangis2 yaya dibuatnya. bayangkan yaya yang bersuara halus tu, kadang2 bila dia tak tahan disakat fahmi dia menjerit sampai naik kasar suara dia. lagi adik dia kata jangan lagilah dia suka buat. aku sendiri pula yang tak tahan dengar suara nyaring yaya berdesing, sudahnya aku yang naik angin. apa aku nak buat dengan kumbang mengada2 ni? petang tadi sementara tunggu iftar dia kena ketuk dengan yaya sebab yaya dah tak tahan sangat kena ejek dengan dia. dia datang mengadu padaku, tapi aku cakap kat dia he deserve it sebab dia yang mulakan. dah tak reti lagi macam mana nak bagi dia faham.

dalam pada bertekak dua beradik tu, fahmi tiba2 minta nak makan pulut. macam tulah dia, dah dekat2 nak iftar baru dia nak cakap apa keinginan dia. mana sempat aku nak rendam dan tanak pulut. kuminta hubby carikan apa jua jenis kuih yang berasaskan pulut. hubby came back with pulut inti kelapa.

aku sendiri pulak terasa nak makan kuih manis. maka kubuat bread and butter pudding lengkap dengan creme angelaise sekali. rupa2nya yaya pun suka, dia attack pudding dulu bila dah puas baru dia makan nasi.

Monday, 31 August 2009

10 Ramadhan 1430H - Dadar Gulung Berlauk

beginilah adat kalau anak2 makin membesar, dah pandai speak their mind dan pandai juga mengatur menu seharian mereka. hari ini yaya teruja sangat bila dia tengok ku keluarkan inti karipap yang difrozenkan. terus dia melompat riang bila dapat tahu aku nak buat karipap.

kemudian bila aku panaskan sos beef bolognaise bertambah excited nya dia. dua hari lepas masa kubawa dia temankan aku shopping kat cold storage dia siap suruh beli 'mee sketi kerinting' lagi. untuk memudahkan pemahaman semua mee sketi kerinting tu adalah pasta spiral. i told her kat rumah masih ada lagi, terus dia suruh telefon rumah suruh kakak check betul ke masih ada if not dia nak aku beli. i couldn't make that call sebab takde line kat situ but i assured her masih ada. rupa2nya ingatan aku dah tak setajam dulu, dah habis stok. bengang habis yaya kat aku sampai petang tadi dia masih ngomel2 lagi.nasib aku masakkan spaghetti untuk dia, senyaplah sikit. jadi menu iftar anak2 hari ni ialah spaghetti dengan beef bolognaise.

untuk orang dewasa pulak aku buatkan canelones. hubby pun dah balik dari kampung petang tadi so memang sesuai sangatlah. mengenangkan orang kat rumah ni dah biasa makan nasi takut perut tak kenyang pulak makan canelones aja. jadi kubuat beberapa jenis kuih muih i.e. karipap, dadar gulung berinti dan roti john again.lebih kurang macam lasagna jugak, cuma masa penyediaan lebih cepat dan ringkas.

kuih dadar gulung berinti ni resipi istimewa my mom yang selalu dibuat tiap kali ramadhan masa aku kecil dulu. intinya sama je dengan inti karipap. cuma lepas letak inti dan gulung, dadar tadi digoreng semula dalam frying pan dengan minyak sedikit. sambil mengunyah kuih dadar teringat kenangan ramadhan masa kecil... hikhikhik.
resipi asal tak letak pewarna pun, aku saja letak setitik pewarna kuning bagi berseri skit.

sabtu lepas yaya ada minta belikan pisang bila dia ternampak pisang montel kat cold storage. eii tak kuasalah aku nak beli pisang montel mahal kat situ. kata yaya dia nak suruh kakak buatkan cekodok pisang untuk sahur. sampai hari ini aku masih belum tunaikan hasrat dia. dan petang tadi lepas dia balik dari ambil angin sebelum iftar dengan daddy dia mengomel panjang pasal tak beli pisang yang dia nak. aduhaiii payah betul kalau masing2 dah pandai cakap dan pandai atur selera sendiri ni.

Sunday, 30 August 2009

9 Ramadhan 1430H - Mee Bandung

kami 3 beranak + kakak balik berbuka puasa dengan my parents petang tadi. kebetulan my sister dan anak2nya pun balik juga. meriahlah lagi rumah atuk dan nenek bila cucu2berkumpul. jelas nampak berseri2 dan riangnya hati kedua orang tua ku melayan kerenah cucu2 mereka.

dah alang2 berkumpul ramai2 ni, maka kumasakkan mee bandung untuk iftar. .
balik kali ni kuminta abah carikan bubur campur untukku. bubur campur ni orang minang aja yang jual dan cuma boleh dapat bulan ramadhan je. sejak dari zaman remaja aku memang cukup suka bubur campur. dah nama pun bubur campur, kat dalam tu adalah campuran bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur sagu mata ikan, pengat pisang, bubur chacha dan bubur sum sum. makan masa sejuk sedap!

ni saja nak tempek gambar australian strawberry yang kubeli semalam kat cold storage. inilah kali pertama jumpa oz strawberries. debab2 dan lonjong. dia punya merah sangatlah pekat menggamit2 aku membelinya. rasanya manis, sama macam korean strawberries. much better daripada driscoll's yang dah lama aku buang dari list

9 Ramadhan 1430H - Do You Speak Spanish?

i bought a small box of canelones (canelloni in italian)yesterday at cold sotrage subang parade. i've been looking for one for a long long time and for once i thought i'd never found one in malaysia. i've been subsituting canneloni with lasagna sheet dan gulung to resemble the actual canneloni. until yesterday... rasa macam tak percaya pulak bila dah jumpa.


mula2 ingat canelones/canelloni ni memanglah datang dalam bentuk roll berlubang di tengah untuk letak filing. bila sampai rumah ku keluarkan dari packing rupa2nya bentuk flat juga macam lasagna sheets. huh... kenalah aku gulung sendiri.

timbul satu lagi masalah. aku tak tau how to prepare the canelones sheets. the instructions at the back of the small box were written in Spanish! kalau aku gamble sendiri rasa2nya cara penyediaan tu sama kot macam buat lasagna. still aku tak nak ambil risiko aku pergi ke babel fish and type the whole thing semula... in spanish! merangkak2 lah akak nak type word by word. nak tau what it says? well basically my first thought about how to prepare the sheets were confirmed by this translation. just for the fun of it i'm going to paste the whole thing below. happy reading




and the english translation:

in a casserole with just a little bit of oil and butter sofrie the meat of calf and the breast of chicken, divided and add cut ham. to sprinkle it with sherry and, when one has evaporated, to add the tomato to him and to ripen it with salt and pepper. cuecelo during hour and a half, soon retiralo and leaves cools off. pasalo by the cabbage-cutter and guardalo for the filling. while, you boil the plates of canelones in abundant boiling water with salt. narrow-hipped and once cold, pon in each plate two spoonfuls of the filling. soon ponlas in a source, previously greased with butter. it extends a white sauce layer superficially, dusts rallado cheese and soon it adds scattered cowhistles of good butter. it puts the source in the hot furnace during 20 minutes to 180c

certain word tak make sense and sounds funny but at least it helps. so when will i make the canolones? filingnya dah siap kubuat malam tadi, sekarang tengah duduk dalam freezer tunggu masa yang sesuai. buat bila hubby balik nanti kot. marah pulak dia nanti kalau kami makan sedap2 tanpa dia hehe

Saturday, 29 August 2009

8 Ramadhan 1430H - Kisah Kuih Lempeng Hijau

sedar tak sedar dah lebih 1 minggu umat Islam berpuasa. alhamdulillah sehingga hari ini dikurniakan kesihatan yang elok walaupun a few days towards ramadhan tempohari aku dan hubby kena stomach bug yang berlarutan sampai seminggu.

hubby left to his kampung pagi tadi. i choose not to go with him. lagipun tahun ni kami memang akan balik beraya di kampung dia, so tunggu nanti akhir ramadhan barulah kami balik sama2. awal2 pagi tadi lagi aku dah mula mengatur bahan untuk buat kuih raya. amboiii awal bebenor iye tak? tapi biarlah awal pun sebab 2 weeks before raya lagilah padat jadual kunanti. buat masa sekarang aku tak ambil apa2 tempahan kek sehinggalah 2 minggu akhir ramadahn akan mula sibuk semula. so elok selesaikan keperluan raya kami sekeluarga dulu sebelum keciciran. ;-) kita tinggalkan dulu cerita kuih raya, gambar kuih ni upload esok aja.

since hubby takde and left the 4 of us aku ingatkan tak perlulah juadah iftar kami mewah2 sangat, buat seringkas mungkin je cukuplah. rupa2nya anak bujang ku fahmi pulak ganti tempat daddy dia dengan bermacam2 permintaan. amboiii selera bukan main lagi. sejak tengahari lagi dia minta nak kuih 'lempeng hijau inti manis'. jammed kejap kepala otak aku dok fikir kuih apa yang dia cakap ni. mujur hubby tolong translatekan, rupanya dia maksudkan kuih ketayap yang berintikan kelapa tu. mula2 aku buat tak tau je. minta hubby carikan kelapa parut putih before he left dia plak keberatan. petang tadi fahmi sebut lagi lempeng hijau. bila aku explain kat dia nak buat kuih tu kena ada kelapa parut putih kalau takde tak boleh buat. terus dia diam.

sedang aku sibuk menggentel kuih buah tanjung kat dapur dia datang lagi dengan pertanyaan dalam pernyataan.
fahmi : mama... mama... buah kelapa tu warna apa?
aku yang terus terfikirkan kuih lempeng hijau berinti kelapa terus je jawab, "kelapa yang nak buat kuih tu warna putih..."
fahmi : buah kelapa kan warna kuning, mari sini mama tengok (sambil ajak aku jengah ke luar rumah)
fahmi : itu kan pokok kelapa tu, ada buah dia kaler kuning kan mama?
aku : memanglah itu buah kelapa tapi itu kelapa untuk minum (kelapa gading jiran sebelah). kelapa yang buat kuih ni isi dia keras kaler putih, buah dia dah tua kaler coklat.

aduhaii rupa2nya bila aku kata takde kelapa terus dia ligat cari jalan nak membolehkan juga aku buat lempeng hijau idaman dia.kesian kat dia punya pasal petang tu before iftar aku bawa dia ke pasar ramadhan depan rumah cari lempeng hijau. puas juga berjalan baru jumpa satu gerai yang jual kuih ketayap aka lempeng hijau tu. lega dapat lepaskan hajat si kecik yang berpuasa ni.
hasil tangkapan di pasar ramadhan terus 'tersauk' cempedak goreng idaman yaya dan pulut panggang (yang ni pun melayan selera fahmi juga). puas hati fahmi dapat makan semua ketiga2 lempeng hijau tanpa gangguan orang!
ni lah rupa buah tanjung. kuih tradisional terengganu ni aku yang mengidam.
our dinner - chicken chop dengan mashed potao. malas nak buat salad bukannya budak2 berdua ni makan pun.
rezeki... teman ofis bagi bubur pedas. ni menu istimewa orang sarawak, teman ofis ni memang orang sarawak. sedap... my maid kata kat kampung dia di medan pun ada bubur ni. apalagi sedaplah dia melepas rindu.

dah panjang dah cerita entry malam ni. ikutkan hati nak pulun lagi tapi sesak pulak page ni nanti. malam ni kami anak beranak tidur bertiga atas katil... bertepek2. 'bantal busuk' ku takde 2 malam nak peluk sapa eh?