Monday, 14 September 2009

24 Ramadhan 1430H - Buah Tangan Buat Cikgu

entry malam ni juga takde kena mengena dengan hidangan iftar. tuan rumah makin sibuk dengan projek baking. my no.1 bos pelawa berbuka puasa kat ofis lagi... aduh dia dah rasa seronok sejak dapat berbuka ramai2 jumaat lepas. minta ampun bos, kalau saya berbuka kat ofis alamat tak makanlah orang di rumah. hari ni sungguhpun tak kuasa nak snap pic hidangan iftar, aku turun juga ke dapur sediakan ikan bakar (another repeat menu) untuk hubby. fahmi dan yaya makan nasi berlaukkan ayam goreng berempah (kakak dah mula ikut resipi yang kubuat semalam hehe), telur dadar dan pegedil kentang.

petang tadi lepas siap masukkan ikan ke dalam oven aku sempat keluar kejap pergi cari paper bag untuk letak buah tangan raya for teachers kat sekolah fahmi. macam2 lah mama fahmi ni, takde kerja cari kerja, bila kepenatan nanti habis satu taman dengar ngauman singa betina dia.

sambil menunggu kek peanut butter tempahan orang sejuk, sempatlah aku menyusun buah tangan ni.
buah tangan serba ringkas ni saja kubuatkan untuk teachers fahmi yang rajin dan sabar layan kerenah dia. almaklumlah anak aku terover hyper. isi kat dalam pepar bag ni cuma 3 benda je, a quarter of fruit cake yang kubuat sendiri, satu bekas kecil biskut mazola yang kubeli - bukan tak boleh buat, memang aku biasa buat pun tapi yang senang2 ni main tunjuk jelah :-P dan sekotak kecil coklat daiana berbalut motif hari raya, memang sesuai sungguh.

dah siap tersusun 4 paper bag untuk cikgu lilies suraya, cikgu shima, cikgu anila dan dr suhaimi (fahmi panggil teacher uncle)

aku minta hubby taipkan ucapan ringkas, tapi hubby terlebih rajin siap scan gambar raya kami tahun lepas... huhu gila glamer betul!esok bolehlah diedarkan kepada cikgu2 semua.

Sunday, 13 September 2009

23 Ramadhan 1430H - Repeat Menu

Juadah iftar petang tadi adalah repeat menu hari2 sebelumnya. Memandangkan ahli rumah ni masing2 takde idea nak makan apa, aku ikut cadangan satu2nya ahli rumah yang ada idea apa dia nak makan. Fahmi cadangkan aku masak nasi lemak dengan ayam goring. Instead of ayam goring biasa aku buatlah ayam goring berempah biar ada kelainan sikit.

Masa on the way ke subang parade tadi hubby baru dapat idea nakkan Bolognese toast sebagai starter sebab tak puas hati Bolognese toast yang kubuat beberapa hari lepas sikit sangat.


Pagi tadi sambil siapkan deko doll kek sempat juga kukus kek buah sebiji untuk yaya. Kesian dia asyik dapat bau kek buah tempahan orang je sampai naik selera dia. Dia minta kek buah without buah, just raisins & sultanas aja. Dia tak sukakan kulit buah oren dan cherry yang biasa kuguna untuk kek buah. Yaya ni kukesan punya deria bau makanan yang sangat baik. Kalau masak sos spaghetti dia boleh melompat bangun terjah dapur, begitu juga kek buah, bau harum rempah2 yang kuadun memang cepat ditangkap deria baunya. Dua benda ni memang kesukaan dia, jadi aku memang tak boleh sembunyikan dari dia.

23 Ramadhan 1430H - Terlanjur... shopping

sahur pagi tadi sekali lagi badan terasa berat nak bangun, apatah lagi mata yang tak mahu terbuka. pun begitu sebaik terdengar alarm berbunyi cepat juga aku tersentak dari tidur. syukur alhamdulillah biarpun aku sendiri tak ingat entah bila aku setkan alarm (rupa2nya sesibuk dan sepenat mana sekalipun aku tetap tak lupa rutin tidurku). kerana kepenatan aku cuma mampu kejutkan hubby bangun. aku sendiri sambung tidur, tak terdaya nak bangun walau untuk seteguk air, apatah lagi bangun berzikir atau mengaji mahupun bertahajud. aduh lemah iman sungguh hamba-Mu ini, padahal imam malam tadi dah ingatkan rajin2lah bangun bertahajud di penghujung ramadah ni.

lepas hubby bangun turun ke bawah untuk bersahur, barulah aku teringat sebenarnya takde satu juadah pun kat rumah sebab aku tak masak semalam. patutlah cepat je hubby masuk semula ke bilik sambung tidur. sempat aku minta maaf sebab terlupa siapkan juadah. ampun hubby.

tengahari tadi selepas deliver sebiji doll kek kat bukit jelutong terus aku dan hubby menuju ke subang parade untuk last shopping raya. tujuan aku hanyalah nak beli 2 helai lagi undergarment xixili dan cari thights for yaya, tapi terus tersasul shopping baju kerja hubby. kebetulan banyak brand yang buat sale 50%. kesian kat hubby banyak kemeja yang dia berkenan dah kehabisan saiz, lalu aku pun dengan cekapnya ronda dari satu brand ke satu brand mencarikan kemeja dan size yang tepat untuk dia. dapat 3 helai kemeja dan sehelai slack untuk hubby in less than 1 hour selepas aku masuk campur. sebenarnya memang sejak dulu aku suka shoppingkan baju kerja untuk hubby. so far pilihan aku tepat untuk dia. kalau nak harapkan dia bershopping memang lambat selesai, cerewetnya boleh tahan... hehe

kemeja charles jordan, charles monsiuer, alain delon dan slack arrow, semuanya ada discount 50%. owh jangan dipersolakan kenapa warna kemeja2 tu hampir sama... personal shopper ni cuma dibenarkan memilih berdasarkan skema warna yang dibenarkan oleh tuan punya body.

Saturday, 12 September 2009

22 Ramadhan 1430H - Berbuka Puasa Berjemaah...

alhamdulillah ... rezeki kami malam ni cukup luas. dapat berbuka puasa percuma kat rumah bos (majlis yang kusebut dalam entry semalam). dapat juga bersolat terawih berjemaah berimamkan mufti negeri perlis yang baru, dato dr juanda. kami semua 4 beranak serta kakak ikut serta, so takdelah masak apa2 hari ni. lagipun aku seharian sibuk mendeko kek sampai sakit pinggang, sudahlah malam tadi tidur lewat sampai tak larat nak bangun sahur. mujur hubby cuit aku hulur air suam segelas.

alhamdulillah majlis berjalan lancar. dalam hati berdebar2 dan risau sebab tak pernah lagi aku tolong organise majlis berbuka puasa yang berskala besar sebegini kat rumah bos. jemputan termasuk budak2 tahfiz dan anak2 yatim dah mencecah 400orang. dengan ruang yang terhad, risau kalau ada jemputan yang tak dapat duduk dan makan. tapi dengar2 semua berpuas hati, masakan tidak siap dapat 'angpau raya' sorang satu, bukan setakat kanak2, mak budak, bapak budak, atok dan nenek budak pun dapat. dengan maid aku sekali pun dapat, tersengih2 dia.

gara2 nak ke majlis ni juga aku tak pasal2 menambah sehelai jubah pertama dalam koleksi pakaian aku. tau jelah aku ni selama ni memang tak reti nak berjubah, segan pun iye sebab rasa macam tak layak je nak pakai jubah ni. tapi tak senang hati juga sebab tak tau nak pakai apa. aku ni bukan suka formal sangat, nak pakai baju kurung harapkan hari jumaat dan raya je. tapi terjumpa sehelai jubah yang simple ni pada harga yang sangat murah rm80 aja, terus aku grab.

sebaik saja habis majlis fahmi ajak kami cari makanan, lapar katanya. amboi hebat sungguh anak teruna ku ini, padahal masa berbuka tadi dia melantak kambing panggang sepinggan. mama dia pun tak dapat merasa kambing panggang tu. mentang2lah dia dapat duit raya lumayan, siap ajak makan lagi.

since aku tak bawa kamera, yelah takkan majlis berbuka puasa dan solat terawih nak bawa kamera bagai, so takdelah gambar nak diupload. tunggulah nanti bila dapat pic yang disnap photographer office ku, adalah sekeping kot aku posing dengan yaya.

Friday, 11 September 2009

21 Ramadhan 1430H - Bermulalah Hari2 Yang Sibuk

malam ni takde entry pasal juadah iftar pasal tuan rumah dah kembali sibuk dengan projek baking. sudahlah balik kerja pun lewat sangat sebab menemankan anak-anak buah buat persiapan majlis berbuka puasa kat rumah bos no.1 malam esok. kesiankan diaorang bekerja keras, maka kukerahkan seorang dua cari makanan untuk berbuka sama-sama kat ofis. ye, memang aku jadi 'tukang arah', tapi bukan senang nak jadi tukang arah kalau tak betul atau pandai bagi direction. alhamdulillah anak-anak buah semua boleh diharap.

hajat hati lepas berbuka ala kadar (sekadar menemankan mereka) nak terus balik rumah. yelah malam ni jadual aku padat, ada sebiji kek menunggu nak dihias, manakala sebiji lagi nak dobancuh adunannya dan dibakar. tetiba terserempak pulak dengan bos no.1, terus diajak sambung meeting lagi, walhal petang tadi baru je habis meeting dengan dia. berbuka dengan bos lah kami tadi kat meeting room, malu-malu kucing masing2 menguis makanan!

akibatnya lewatlah aku memulakan kerja-kerja menghias kek dan mengadun. ini pun kutulis entry ni sementara menunggu kek moist choc yang baru siap dikeluarkan dari oven sejuk. yaya baru saja kuhambat tidur. dah dekat jam 12malam masih lagi riuh dengan suara dia padahal esok dia nak kena bangun awal ke sekolah. terpaksa suruh hubby tidurkan dia. entah boleh bangun entahkan tidak esok. aduhhh lambatnya lagi kek nak sejuk, mata dah berat...

Thursday, 10 September 2009

20 Ramadhan 1430H

takde niat nak upload entry malam ni. tapi sesaja nak jenguk blog sendiri... kebelakangan ni kan aku dah jadi daily blogger hehe. terkezut tadi bila tengok bean counter blog ni dah cecah 11918. aku terjerit terkejut beruk sorang2 tadi, ternganga jap mulut. sebabnya malam tadi masa aku upload entry at that time pun dah dekat kol 12 malam, seingat aku bean counter tu masih sekitar 65++ gitu. alih2 bila jenguk malam ni dah jump to 11+++. biar benar. mana datang that 5,000 sumthing manusia yang menjenguk blog aku yang tak seumpamanya ni. tapi yang peliknya my neocounter register only 5141 visitors je. apa pulak yang tak kena dengan bean counter ni... gatal japs kepala.

Wednesday, 9 September 2009

19 Ramadhan 1430H

diam tak diam dah 19 hari kita berpuasa. hoping dapat puasa penuh. the last time dpt puasa penuh was 2 years ago masa tu still fully breastfeeding yaya. 3 years in a row dapat puasa penuh, bahagianya lah. kali ni kalau ikut perkiraan aku rasanya mungkin tidak, tanda2 'bestfren' nak datang dah ada. huwaaa... tak bestnya kalau dah nak hujung2 puasa ni naik bendera merah, rugi! walau apapun petanda yang datang aku masih berfikiran positif, maybe false alarm, owh yelah tu who are you trying to kid?

sekarang dah mula sibuk nak siapkan tempahan kek. ada yang nak bawa balik beraya kat kampung. kenalah aku pandai mengatur jadual. mujur persiapan raya anak2 dah siap. cuma rumah je tak kemas lagi. kalau kemas awal2 pun nanti aku juga yang sepahkan.

malam ni takde hidangan iftar yang istimewa nak ditempekkan kat sini. kakak masak nasi minyak dengan ayam masak merah. yup, dia memang dah pandai buat nasi minyak even nasi beriyani pun. tengoklah siapa tok guru dia...hehehe. untuk starter aku cuma goreng frozen karipap yang aku dah buat siap2 2 weeks ago. senang tak perlu nak menggentel tepung setiap hari.