Sunday, 13 February 2011

My PMS Craving - Mars Bar Cheesecake

Saya tak gemarkan kacang, maka saya tak suka makan snickers chocolate bar atau apa juga coklat berkacang. Sebab itu saya ubah resipi cheesecake ni daripada snickers cheesecake kepada mars bar cheesecake. Resipinya sama je, Cuma saya gantikan snickers kepada mars.

Saya buat separuh adunan sebab itu cheesecake saya leper. Untuk crust base pula saya guna lebihan biskut oreo tak payah nak pergi cari digestive biscuit (padahal dulu pernah beli tapi duk terperam sampai lemau tak buat juga cheesecake).


Ini kes orang tamak topping. Hubby beli Korean strawberry kat mydin, punyalah mahal harga dia kalau beli on weekday RM13.99 sepeket. Tapi masih berbaloi sebab strawberries nya lebih daripada 20 biji dan paling manis yang pernah saya makan sepanjang 2 tahun ni. Untungnya dapat merasa strawberry ranum. Yang bersusun atas kek ni pun saki baki yang terselamat dari terkaman anak-anak.

Wednesday, 9 February 2011

Selamat Datang

Just a couple of weeks ago somebody whine pasal baju yang dibasuh tak kering-kering, stokin yang cuma dua pasang tak sempat berganti;

Baru a couple of weeks ago somebody whine about leaving the office late, sebab seringkali separuh perjalanan terperangkap bila langit melimpahkan isi perutnya;

Baru beberapa minggu lepas, somebody bersorak ria sebab tak perlu nak basuh kereta setiap hari bila balik kerja, sebab dalam perjalanan pun dah umpama masuk drive through car wash - habis bersih semua;

Nah tak lama beberapa minggu selepas itu, sidai baju baru 2 jam pun kain dah nak rentung;

Keringkan rambut rasanya baru sekejap dihalakan dryer tapi sudah kering rambutnya, tak sempat nak tersengguk mata sebab sudah lewat sangat baru mandi - mata pun dah mengantuk;

Bekalan air pun sudah dua hari terputus, dalam hati saya berkata aisyyy baru beberapa hari panas takkan dah kering air di empangan - owh rupa-rupanya paip pecah di greenhill maka kering kontanglah tangki air alam budiman;

Sudah dua hari jugalah kereta saya tak mandi, dek kerana cuaca sudah beralih panas dan juga kerana bekalan air terputus - maafkan lah saya andai anda sakit mata melihat kereta yang sudah tak serupa kereta kerana diselimuti debu - satu lagi kesan cuaca panas apatah lagi berhadapan laut seperti ofis saya;

Selamat datang musim panas, el nino, el nina dan yang sewaktu dengannya...

Apple Puff

Fahmi teringin sangat nak makan apple pie sejak dia merasa apple pie kat open house raya rumah kawan hubby last year. Tapi mama dia belum sempat buat lagi. Memang teruklah mama dia, bercinta sungguh nak sampaikan hajat anak. Dah berkali-kali juga dia duk sebut-sebut kat saya, kadang bila pergi makan kat luar pun dia tanya ada jual apple pie tak kat situ. Punyalah teringin sampai dia tak boleh tahan tunggu mama dia buat (sebab dia tau mama dia memang liat!).

Sabtu lepas masa saya ajak budak berdua tu temankan saya shopping groceries, sekali lagi dia sebut bila ternampak apples. Huh, saya pun apa lagi, terus sambar apple besar gedabak jenis pink lady dan royal gala 2 biji. Lepas tu saya cari ready made puff pastry, tak berapa rajin nak uli kulit pastri sendiri! Balik rumah siapkan apple filling dulu bagi sejuk. Malamnya baru saya bakar apple puff. Puaslah saya pujuk Fahmi suruh dia makan apple puff tu pagi esok je sebab puff masih panas dan malam pun dah lewat. Teruk betul mama dia ni terseksa jiwa raga Fahmi. Nasib lah anak oiii dapat mama macam ni.

The next morning, celik je biji mata terus Fahmi terkam apple puff!
Since pastry nye bersaiz kecil tak dapatlah nak buat seketul pie, takpe dapat apple pie dapat apple puff pun Fahmi dah seronok.

Tapi saya rasa lebih baiklah buat sweet pastry sendiri, baru lah ngam dengan apple filling ni because it meant to be sweet pastry pun. Sebabb ready made pastry ni tawar, sebenarnya lebih sesuai untuk savoury pastry. Saya siap tabur gula aising kat atas puff tapi masih tak terasa manis. Tabur banyak sangat nanti rupa tepung gomak lah pulak :-)

Monday, 7 February 2011

Chicken Parmigiana @ Parmesan

The chicken normally breaded and fried but I like mine oil-free so I always had them pan-grilled. The only carb we had comes from the corn.


Kononnya nak kurangkan carb intake, tapi lepas makan perut masih terasa kosong ;-). Tahankan jelah, nak jaga diet punya pasal.

Yang bestnya, it was so easy peasy nak prepare this dish for dinner, tak yah tunggu lama.

Saturday, 5 February 2011

Welcoming the 12th

Keluarga syed ali menyambut kedatangan ahli baru yang ke 12 penghujung Januari baru-baru ini. Cuti CNY anak cucu berkumpul ramai-ramai nak tengok ahli baru,anak lelaki yang juga anak ke 3 to middle brother.
All smiles for Atuk. My father is one proud Atuk to be blessed with 12 grandchildren - 6 girls and 6 boys. So proud he is that he asked all 9 out of 12 yang available to gathered di pagi hari Jumaat for a photo session. The 2nd eldest cucu holds the youngest one on her lap.

Two mischievious cucu yang kadang-kadang bercakaran, kadang-kadang get along too well they make me worry they'd be up to a mischief. Kalau mandi mesti nak berdua, si kecik lah yang suka menempel mandi sama-sama dengan 'abang' (fahmi). Air yang jatuh ke badan sikit je, yang melimpah dan disembur ke lantai lebih banyak. While the boys mandi kat luar, the girls pulak berhimpit-himpit mandi sama kat bilik air dalam rumah. Mandi mesti nak berjemaah, kalau ada yang tak nak ikut mandi berjemaah nanti kena boikot! Teringat saya zaman kanak-kanak dulu. Sesekali jumpa all my cousins macam tu jugaklah saya, berkepit ke mana saja. Kalau sorang tak makan, semua tak nak makan, kalau sorang lead makan barulah semua berhenti bermain dan makan.

So, that's how we spent our CNY holidays, melepak dengan keluarga.

Thursday, 3 February 2011

Chocolate Ball


Commercially known as cake pop. But it is down right same as chocolate ball cuma bezanya ia disalut chocolate diluarnya. Bila mengeras it's like you are eating chocolate with soft insides sebab dalamnya adalah kek. I used left over cakes yang digaul dengan cream cheese. Dibulat-bulatkan kemudian simpan dalam fridge sekejap. Sambil tu, cairkan coklat secara double boil, celup chocolate ball yang sejuk tu, keringkan atas redai. Sekejap je dah kering sebab chocolate ball tu sejuk it helps to harden the coklat cair. Yang ni saya buat untuk makan sendiri je, comot pun tak kisah :-).

Hubby bawa balik ke kampung sikit untuk jamu anak-anak saudara. Kesian kat diaorang sejak banjir ahad lepas hingga sekarang putus bekalan makanan. Yang ada hanyalah beras. Hari-hari makan nasi tak berlauk. Hubby balik seorang kali ini walaupun asalnya kami memang dah plan nak balik sekeluarga sempana cuti tahun baru cina. Tapi mil kata tak payahlah balik semua, sebab bukan setakat putus bekalan makanan, bekalan elektrik pun belum disambungkan lagi. Tau jelah, bila bawa anak-anak tentu mereka tak selesa. Jadi hubby balik kali ini siap shopping barang dapur banyak-banyak daripada barang kering sampailah barang basah i.e. sayur, ikan, ayam etc. Jokingly hubby kata, ni kalau borong sayur banyak-banyak kat Mydin jual kat kampung tentu licin!

Monday, 31 January 2011

When It Rains All Day Long

It rain all day and night yesterday. None stop. Immediately it came to my mind, that it is always this time of the year when the state down south hit by flood. My thought was confirmed later in the afternoon when my BIL mms’ed to hubby a photo of PIL’s house ditenggelami air. As of lewat petang semalam, air naik separas dada dan seisi kampung sudah dipindahkan ke pusat penempatan banjir. The news sent shiver to my body as at the same time I recall pengalaman mengharung banjir pada first few months masuk sebagai ahli keluarga Sadari. And it all happen during CNY! Sebab itu setiap kali menjelang CNY, saya jadi phobia sikit terutama sekali bila hampir setiap cuti CNY kami spend di rumah PIL.

The rain continues to pour sehingga pagi tadi sewaktu saya keluar ke tempat kerja. Hujan tak lebat. My mum used to say this, lebih baik hujan turun lebat sebab ia cepat reda daripada hujan turun tak lebat yang selalunya berlarutan tak berhenti-henti. Kata-kata ma yang saya dengar masa kecil dulu sebelum saya mengenal ilmu alam saya pegang hingga kini, ternyata masih kukuh kebenarannya.

Walaupun semalam hujan sepanjang hari tapi saya dah hubby sempat juga keluar jogging awal pagi semalam. Alhamdulillah, stamina sudah semakin baik sebab saya berjaya habiskan 4 pusingan berlari keliling tasik tanpa rasa lelah dan strain muscle berbanding selalu. Tapi improvement ini agak lambat juga. For the past 1 year kemampuan saya berlari static setakat 3 pusingan saja, itupun sering disulami sakit pada betis dan lenguh kaki. Semalam terasa kalau berlari 5 pusingan pun masih okay tapi I don’t want to overdo it, biarlah perlahan-lahan. Nanti terkejut badan ;-). Few weeks ago saya paksakan diri berlari 5 pusingan, akibatnya sakit satu badan, sakit kaki jangan cakaplah. Berkat makan kalsium dan multivitamin agaknya.

Sehabis je larian, hujan mula turun rintik-rintik. Mujur sempat sampai kat rumah. Kebiasaannya hari Ahad kami breakfast di laman rumah, tapi sebab hujan maka kami breakfast kat dapur jelah. Lepas breakfast saya ajak hubby dan anak-anak keluar nak recce jalan alternative ke Pulau Indah. On the way balik bolehlah singgah lunch kat café Upin Ipin di seksyen 7, shah alam sambil shopping kain cotton untuk baju kurung Yaya. She need beberapa pasang baju kurung untuk ke kelas agama. Bukannya takde baju kurung langsung, tapi yang ada semuanya baju raya lengkap bermanik lip lap. Tiap-tiap hari duk ulang pakai 2-3 pasang tu nanti naik reput dan lerai pula manik pada baju. Sudahlah anak dara saya tu ganas. Saya beli kain cotton murah rm3.50 semeter kat Jakel. Biarlah orang mencemek kata standard kain langsir or kain alas meja, setakat nak pakai buat basahan tak kisahlah. Kalau nak bergaya kain sifon tunggulah raya ye.

Yaya je yang enjoy makan chicken wing sebab memang dah favourite dia!

Rasanya cukuplah sekali datang café ni. Rasa tak berbaloi langsung every single cent we spent here. Food kat kantin sekolah Fahmi pun lebih sedap dari sini. Patutlah masa mula-mula masuk café ni saya hairan tengok café kosong takde pengunjung padahal it was peak time lunch hour. Kedai sebelah dan seberang jalan sarat pengunjung. Tapi sebab dah janji dengan anak-anak maka kami masuk juga.