Wednesday, 3 August 2011

3 Ramadhan 1432H - Mentega Golden Churn TIDAK HALAL!

Nak share info penting. Most yang dengar radio pagi ini tentu dah dapat berita terkini tentang status halal mentega pure butter terkenal Golden Churn. Jakim dah sahkan bahawa mentega golden churn TIDAK HALAL kerana mengandungi dna babi. MasyaAllah tersentap jantung sekejap. Tak tau nak cakap macam mana. Mengejutkan? Mendukacitakan? Yes, memang mendukacitakan.

Dukacita sangat-sangat sebab mentega ini saya pun pernah guna! Walaupun saya tak guna mentega ini untuk kek-kek yang saya jual tapi bohonglah kalau saya tak pernah guna untuk makan sendiri sebab memang pernah pakai pun suatu ketika dulu. Tapi sebab harganya mahal dah lama stop beli... tak kuasa. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku kerana telah termakan benda yang haram.

Kadang-kadang rasa susahnya nak mencari benda yang halal. Nama je duduk negara yang majoriti Islam, tapi tak menjamin apa-apa. Nak cari halal food pun susah. Ada JAKIM pun tak pro-aktif. Ni pengumuman JAKIM buat pun berdasarkan pendedahan awal oleh Jabatan Agama Islam Johor. Rujuk sini. Benda ni dah berbulan juga surface tapi sekejap Jakim kata halal sekarang baru sahkan finding awal oleh JAIJ memang benar.

Lagi satu yang buat saya rasa dukacita, kat label dan tin mentega golden churn tu sudah tertera pengesahan halal oleh badan Islam negara asal (mentega ni yang dalam tin keluaran NZ, yang bentuk ketul keluaran Australia). Maknanya tak boleh pakailah badan Islam tu. Atau pengilang simple tempek je. Entahlah tak tau nak kata. Memang Dajjal sungguh orang kafir ni macam-macam cara dia memperdayakan umat Islam.

Oleh itu, sahabat-sahabat semua kenalah berhati-hati. Kalau diperhatikan kebelakangan ini banyak peniaga-peniaga non-muslim yang berlumba-lumba hasilkan produk halal. Secara peribadi saya bimbang dengan perkembangan ini. Sejauh mana mereka memahami konsep halal dan sejauh mana mereka faham peri pentingnya kehalalan sesuatu produk. Halal bukan di atas kertas semata-mata. Sebab hari ini saya boleh submit produk yang betul-betul suci kat lab untuk dapat sijil, saya boleh tunjukkan kitchen yang bersih, saya boleh beri senarai bahan mentah yang disahkan halal semata-mata untuk dapat sijil. Tapi esok lepas dapat sijil saya tukar bahan tu siapa yang tahu? Jakim tau?

Tapi nak salahkan siapa? Umat Islam sendiri pun 'segan' (malas ikut slanga utara) nak involve hasilkan produk halal. Non-muslim nampak ada demand dan mereka tak lepaskan peluang ini. Yang rugi dan terus-terusan terpedaya adalah kita sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, 2 August 2011

2 Ramadhan 1432H - Yang Layu & Yang Segar

Bukan pokok atau sayur yang layu tapi anak teruna saya yang seorang ni.
Ni gambar hari pertama berpuasa. Dah disuruh mandi pun masih layu juga. Hari ini pula bila saya balik kerja, kakak bagitau Fahmi cakap esok dia tak nak puasa dah. Bunyinya macam serik.

Bila ditanya, kata dia semua kawan kat sekolah tak makan, kantin pun tutup. Saya tanya lagi ada yang bawa bekal ke? Jawab Fahmi takde sesiapa bawa bekal, waktu rehat semua org turun ke kantin membaca di sudut bacaan. Memang kat kantin sekolah dia ada sudut bacaan yang agak luas lengkap kerusi meja dan kemas terjaga. It's like a mini library tapi terbuka. So, kalau dah semua berpuasa ( i assumed lah) takkan Fahmi seorang tak nak puasa? Uihh saya rasa cabaran sungguh nak melatih cik mat seorang ni. Mungkin sebab aktiviti dia penuh sepanjang hari tu yang dia pun cepat penat, lapar dan haus. Kesian, tapi kena selalu tiup semangat kat dia ni.

Yang segar macam pokok kena siram ialah anak dara yang seorang ni.Mulut tetap becok macam bertih jagung goreng. Menyanyi tak tinggal, bercakap lagi lah macam burung kelicap cip cip cip cip sepanjang masa. Mama pulak yang letih tengok dia. Mana dia dapat energy nih? Ada bonggol unta ke apa?

Berbuka petang tadi agak mewah sedikit dengan kuih muih. Saya minta hubby belikan kuih manis sikit sebab saya tak buat kuih manis, saya buat cucur udang dan mee sup bebola daging. Patutnya hanya sedikit kuih manis tapi incik hubby telah membeli 3 jenis kuih manis dan otak-otak sekaligus. Jadilah mewah ;-). Tapi semuanya habis licin. No leftovers!

Puasa kali ni rasa macam terlebih makan pulak. Lepas terawih di surau tadi balik rumah melantak lagi - kuey tiow goreng. Ni kerja Yaya lah. Dia tiap malam ikut saya berterawih tapi terawih dia half way je. Bila orang semua selesai terawih je mulalah dia minta ambilkan bungkusan moreh. Boring tunggu dia habis makan saya pun tumpang bedal. Semalam dia ambil sebungkus nasi lemak bawa balik. Huh kalau tiap malam cik Yaya buat kerja gini maunya saya yang gemuk.

Monday, 1 August 2011

Iftar Day 1 - "Lagi Berapa Minit?"

Today's iftar hidangan simple je. Nasi berlaukkan ayam percik dan kerabu ulam campur- pegaga+selom+ulam raja+taugeh. Mil masa duduk dengan kami tempohari pernah komen, macam mana orang duduk bandar pandai makan ulam. Orang kampung pun tak makan ulam. Uikss... saya mengaku saya tak suka makan sayur. Makan ulam ni pun saya baru belajar lepas bersalinkan Fahmi. Lagipun ulam sekarang kan easily available kat pasar malam or pasar tani, tak payah tunggu duduk kampung baru dapat makan ulam. Nak tanam sendiri dalam pasu pun boleh ;-).

Ayam percik dah siap masak semalam, simpan dalam peti sejuk. Hari ni tinggal bakar je. Since menu pun simple ada masa buat onde-onde a.k.a buah melaka. Ada kurma sekotak pemberian teacher aqilah, boleh bertahan sampai 2nd week tak payah beli. Alhamdulillah murah rezeki dan murah juga rezeki teacher aqilah. Dah cukuplah untuk kami anak beranak. Tak perlu hidangan penuh semeja dan tak payah membazir. Cuma saya lihat Fahmi teragak-agak sedikit nak makan masa berbuka. Bukan sebab tak berselera, tapi sebab pilihan sikit sangat kot! Haha. Dia sama dengan daddy dia dah terbiasa bila waktu berbuka makan kuih muih ringan dulu baru makan nasi. Kuih yang ada cuma onde-onde. Sudahnya tortilla ayam baki sahur pun dia bedal!

Kesian kat Fahmi semalam tepat seperti jangkaan saya, dia melepet lembik. Kakak kata dia asyik bertanya "Dah pukul berapa?" berulang-ulang kali. Bila saya balik kerja pun dia tanya "Lama lagi ke mama?" "Dah pukul berapa mama?" "Lagi berapa minit?". Hah part lagi berapa minit tu dia tanya selang 1/2 minit. Lepas tu bila jawapan saya masih tak banyak berubah dia nak marah. Aduhaiii anak teruna kuseorang ni, naik risau pulak bila kenangkan esok dia mula sekolah. Nak berulang ke sekolah pagi dan sekolah agama, jangan sampai meniarap atas jalan sudah!

Kalau tahun yang sudah setiap kali tiba ramadhan mesti saya fikirkan satu tema untuk tahun tersebut. Contohnya tahun lepas kami sepakat nak elakkan pembaziran dan minimise perbelanjaan di bazar ramadhan. This year saya tak terfikir lagi tema apa. Just go with the flow lah agaknya. Dan dah tentu bab elak pembaziran tu masih dikekalkan.

Onde-onde comel ni dihadap dek Yaya sampai habis.


Bunga apakah ini. Comel kecil je. Inilah bunga limau kasturi. Dah setahun lebih saya bela tiba-tiba barulah kini nak ambil gambarnya. Bukan sebab apa, after more than 1 year barulah saya perasan yang bunga limau kasturi ni mengeluarkan bau wangi seakan-akan bau bunga melur!Minggu lepas pokok ni mula berbunga lebat. Dalam tempoh itu juga saya asyik tercium bau wangi setiap kali melintas nak masuk pintu rumah. Mula-mula rasa pelik sebab kami tak tanam bunga melur. Pagi Ahad lepas saya tergerak hati nak cium bunga ni. Misteri bau wangi terjawab sudah ;-). Lah, jakun!

1 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi usia untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Malam tadi lepas menunaikan solat terawih bersendirian di rumah, saya dan Yaya keluar nak isi minyak dan beli roti. Nyaris accident dengan sebiji kereta avanza dari arah puncak alam - bertentangan yang sedang memotong di double line menuruni bukit (saya naik bukit. Saya tergamam dan confused seketika dalam kegelapan malam. Jalan menghala ke puncak alam selepas persimpangan meru tu memang gelap gelita tak ada lampu jalan walaupun laluan di sini semakin sibuk, kerajaan terlepas pandang agaknya? Masa sedang naik bukit saya nampak dua biji kereta bersaing dari arah bertentangan. Saya jadi keliru sekejap sebab bila semakin hampir baru saya tersedar kereta yang 1 biji tu berada di lane saya! Dan tidak kelihatan tanda-tanda urgency nak berganjak atau masuk semula ke lane dia.

Di belakang saya ada 1 biji kereta yang mengekori dalam jarak 2 biji kereta. Saya beri high beam kepada kereta depan, tapi bila tak nampak respons dari si pemandu cepat-cepat saya pastikan jalan sebelah kiri saya kosong, manalah tahu kereta dibelakang saya pun kecut perut tiba-tiba dia memotong ke sebelah kiri terlebih dahulu. Mujur sebelah kiri saya ada jalan yang agak luas maka sempat saya beralih lane sebelum kami bertembung. Kereta saya dan avanza itu berselisih umpama berlaga bahu! But the avanza rilek semacam! Rasa nak curse je the driver. Yaya yang dah mamai mengantuk tak sedar apa yang berlaku. MasyaAllah. Mujur sungguh. Sungguhpun saya punya kegemaran memandu laju tetapi saya tidak memandu dengan cara membahayakan keselamatan orang. Saya laju kena pada tempatnya. Saya juga tidak memotong di sembarangan tempat. Saya tidak memotong di selekoh, saya tidak memotong semasa naik bukit mahupun turun bukit seperti pemandu avanza tersebut! Does he/she has a death wish? Kerana jalan gelap tak dapat saya lihat no keretanya, this avanza must be avoided!

Moving on, Alhamdulillah pagi ini anak-anak mudah bangun bila dikejutkan untuk bersahur. Yang kelat mata nak bangun adalah saya! My alarm dah berbunyi lama, surah An-Nas sudah sampai separuh ayat baru sayup-sayup sampai ke telinga saya. Cepat-cepat saya basuh muka dan gosok gigi, barulah segar sedikit.

Pagi ini juga i make it a point untuk keluar awal sebab kebiasaannya di bulan puasa ramai orang pergi kerja lewat! Kalau keluar macam biasa takut jalan jam. Jadi pagi tadi saya jadi antara yang awal keluar rumah, jalan clear sampai ofis pun awal. Fahmi tak bersekolah hari ini, sekolah dia ambil cuti, ganti aktiviti larian 1Murid tempohari. Petang nanti pun dia tak perlu ke sekolah agama, sekolah cuti juga sempena awal Ramadhan. Saya tak faham mereka ini ikut law mana sebab Selangor tak ambil cuti awal ramadhan. Entahlah sekolah agama dia ni lebih banyak cuti dari belajar/bekerja. Elok juga dia tak sekolah hari pertama berpuasa ni. Saya risau dia lembik pada hari pertama macam tahun lepas. Harap-harap anak mama ni kuat dan sihat untuk teruskan berpuasa. Yaya? Emhh saya tak risau sebab dia tak makan pun tak apa!

Saturday, 30 July 2011

Lagi 1 Hari Nak Puasa

Yeahh countdown lagi. Lagi 1 hari lagi nak mula berpuasa. Rasa macam berdebar sikit entah kenapa padahal bukannya tak biasa berpuasa, dah terlalu biasa sebenarnya! Seingat-ingat lupa saya (maklumlah sebab dah jadi amalan/kebiasaan sangat) rasanya dah 3 tahun saya amalkan berpuasa sunat Isnin Khamis, sejak mulakan 3 tahun lepas belum ada bulan yang saya tak puasa sunat langsung, kalau miss pun mestilah time angkat benda merah sahaja atau bila public holiday duk kat rumah suami ada tak bolehlah kita nak teruskan berpuasa. Nanti siapa nak teman cik abang makan, kan?

Pun begitu, kali ini tetap rasa berdebar. Maklumlah bila puasa bulan ramadhan ni suasananya lain sikit dan dugaannya pun berbeza. Kalau puasa sunat yang puasa cuma diri saya sendiri. No rush balik rumah nak prepare juadah berbuka sebab yang berbuka pun cuma saya seorang. Saya ni mudah dan ringkas, makan apa saja. Kadang berbuka dalam kereta on the way nak balik rumah tu, saya makan je coklat atau keropok. Bila sampai rumah nanti barulah jamah nasi sikit (itu kalau ada mood nak makan nasi, kalau mood kureng kujamah lauk je).

Tapi bila tiba ramadhan ni, tak boleh pakai attitude 'no rush' tu lagi dah. Memang kena rushing sokmo. Rushing balik rumah nak masak untuk suami dan anak-anak nak berbuka. Ramadhan cuma 1 bulan je dalam setahun, takkanlah saya nak lantakkan je incik suami dan anak-anak berbuka dengan lauk air tangan cik pembantu rumah. Jangan pula disalah ertikan ingat saya terlalu memperbesar-besarkan hal makan padahal ibadah puasa itu yang lebih utama. My point is that saya ada anak-anak yang sedang berlatih berpuasa, walaupun saya masak seringkas mana sekalipun tapi hidangan saya sangat berbeza from what they normally get from cik pembantu rumah. It is a reward for them, biar mereka rasa bermotivasi sikit. Kalau dulu masa diaorang kecil yang berpuasa cuma saya dan hubby, saya jarang or langsung tak masak kami banyak beli food kat bazar ramadhan je. Jadi seperti tahun lepas, saya dah siapkan menu sepanjang ramadhan. Biar senang incik hubby membeli belah di pasar, so that he knows what to buy for that week, boleh minimise pembaziran. Takdelah sayur-sayur kecut dalam fridge menunggu untuk digunakan. Dan senang juga kerja cik pembantu rumah boleh siapkan bahan-bahan untuk saya masak. Come to think of it, wah bertambah ringanlah kerja cik pembantu rumah sebab puan besar take over masak. Just 1 month in a yer je cik puan, 1 month je... ;-)


Now, kenapa saya berdebar?
1. Sebab saya kerja jauh took me 1 hour or more to reach home. Kat perjalanan tak tau lah dugaan apa yang menanti. Faham-faham jelah kat pulau indah ni kalau lori terbalik mau dekat 40mins-1jam stranded kat sini.

2. Semalam balik kerja saya nampak tepi jalan depan uitm puncak perdana tu dah ada beberapa tompok timbunan pasir dan crusher run (batu kerikil). Bahu jalan juga sudah dikeruk... haiii takde ke bulan lain diaorang nak buat kerja jalan (roadworks). Sah jalan jam balik kerja nanti, don't know for how long. Kenapa ye buat kerja jalan mesti kena bulan puasa. Kat Mesia ni banyak 'Jalan Raya'.

3. Anak-anak saya sekarang pergi sekolah awal. Fahmi sebab masuk sekolah awal, Yaya sebab mama dia yang kena keluar awal. I wonder if they can cope with their rest time being reduced. Malam dua-dua mesti ikut kami berterawih di surau, tidur lewat sikitlah dari kebiasaan. Hmmm... rasanya Fahmi tentu dah tak dapat berterawih sama lagi. Yaya boleh tahan lagi kot sebab minah ni sekolah half day je balik sekolah boleh tidur. Bolehlah dia berjaga malam. Kalau Fahmi hmmm pukul 8.30 dah zzZZzzz.

4. I plan to change our diet puasa, berbuka hidangan ringan, while sahur yang lebih berat supaya anak-anak cukup energy dan nutrition di siang hari. Maklumlah si Fahmi sekolah dari pagi sampai petang, perlu energy secukupnya. Tapi saya kurang yakin dengan diri sendiri. Berapa lama saya boleh bertahan bangun awal pagi temankan mereka bersahur? Saya mengaku saya memang LEMAH bab bangun sahur ni. Inikan pulak nak siapkan sahur yang heavy sedikit (bukan apa pun setakat burger, nasi goreng, bihun goreng macam breakfast). Boleh buka mata tak aku ni? huhu... tahun lepas saya sub kat cik pembantu rumah je. While hubby sahur sorang. Terukkan saya ni ...ngeh ngeh ngeh.

Anyway, selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam. Semoga diberi kekuatan iman dan kesihatan tubuh badan untuk beribadat.

Friday, 29 July 2011

Craziest Friday

Yeah, the last working day for most people (except your truly) can be the craziest at times. Tapi hari inilah yang craziest of all... semata-mata sebab hujan. Yeah, you know, pagi-pagi bila hujan banyak benda boleh berlaku kat jalanraya, perkara pertama one can expect ialah jalan sesak. Of courselah sebab semua kereta macam kura-kura, the road is slippery, your vision terhad because of pouring heavy rain. What else can you expect, sure sampai office lambat.

Yaya yang duduk sebelah saya dalam kereta sambil mengunyah coklat Zip tiba-tiba bersuara.

Yaya: Pagi ni gelap kan mama. Adik ingatkan malam, rupa-rupanya hujan.

Lor anak aku ni patutlah tadi orang semua dah bangun tengok dia sedap lagi bergulung dalam selimut!

But surprise surprise pagi ni jalan keluar dari rumah saya tak jam. Tapi dalam hati dah rasa macam something fishy je. Tup tup bila sampai kat Bukit Jelutong tu diaaa padat, sendat jalan nak bergerak pun payah. Aduhai baru je saya seronok tengok jam awal lagi ada harapan sampai awal. Hampesss. Tersengguk-sengguklah bergerak macam siput escargot atas jalan. Tapi bila sampai muka tol je hati panas je, takde apa pun jalan clear habis. Sungguh tak faham apa bendalah yang menyebabkan sesak. Lepas tu sepanjang hi-way kesas menghala ke pulau indah tu pun 3 kali terganggu dek trafik slow orang sibuk tengok accident lane sebelah menghala ke kl. 3 accident sepanjang jalan beb! Kesian, nasib no casualty. Tu kes ngantuk sebab semalam balik lewat tengok bola lah tu.

Cakap pasal tengok bola ada cerita lucu. Kalau orang lain semua berlumba-lumba pergi watch the match kat stadium or stay glued in front of the tv at home tapi kami pula bukan watch tapi listen to the match... dari radio. Ala kesiannya awat nya takde tv ke? No, bukanlah sebab takde tv tapi err memang takde tv pun sebab dalam kereta! We went to see my dad kat damansara. Ni kes silap haribulan, dah buat janji to meet my dad kat tempat kerja dia last night pastu barulah hubby teringat ada bola. Orait peeps jangan sedih-sedih sebab malaysia lost last night. Strategi kita tidak cukup mantap to tackle the Lions. Saya puji kebijakan the lions mengatur strategi, they attack psikologi players habis-habisan bukan sekadar bermain bola. They played the game as if they are at war. The played to win. While harimau malaya dilepaskan untuk bermain semata-mata. Dah tau ada kelemahan i.e. key players injured, tak boleh turun sebab dapat kad merah, ketinggalan mata tapi langsung tak nampak apply startegi lain untuk tundukkan lawan. Kesian the players... saya tak setuju bila coach kata players pertahanan tak cukup matang and later when he said give them time to mature. I think the coaches yang tak cukup matang despite their age and experience. You got to apply different strategy to win lah under such circumstances. Clearly the serbian coach did his homework prior to the match last nite. Haiyoo! So sad...

Monday, 25 July 2011

Reaksi Puasa

I was telling my children last week yang in 1 weeks time kita akan mula berpuasa. I received mixed reaction from them. Yaya bersorak-sorak jumping up and down in the car suka, Fahmi pulak tarik muka 14.


Yaya : Yeaaaa... adik suka puasa.

Me: Seronoknya mama tengok adik suka puasa. Bukan senang nak jumpa budak-budak yang suka sangat sambut puasa. Kenapa adik suka puasa?

Yaya : Memang adik suka puasa. Adik suka sebab tak payah orang paksa-paksa adik makan... yeaaaa

Lorr... itu rupanya penyebab dia suka. Saya mula-mula ingat dia seronok nak puasa sebab boleh request makanan sedap untuk berbuka ke atau boleh dapat duit raya ke. Yelah budak-budak berpuasa selalunya benda-benda tu lah yang motivate dia. Rupa-rupanya dia suka puasa sebab malas makan! Budak seorang ni memang susah nak makan, kadang-kadang macam nak bergaduh pun ada bila disuruh makan. Makan dengan muka masam, maklumlah kena paksa. Tapi ada masanya kalau dah makan boleh bertambah-tambah sampai my mum kata muka dan badan dia dah berisi sikit.

InsyaAllah hari Isnin depan semua umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa. Semoga semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan rukun Islam ke-3. InsyaAllah anak-anak saya akan meneruskan latihan berpuasa mereka untuk tahun ke 4 bagi Fahmi dan tahun ke 3 buat Yaya.

My sister in law (wife adik bongsu saya) baru melahirkan anak sulung lelaki hari Khamis lepas. Bertambahlah anak buah lelaki, sekarang boys dah out numbered the girls by 1:0. Cik Yaya tak puas hati cousin boys lebih ramai dari girls jadi dia ambil kira all cousins tiri perempuan sekali tapi end result tetap girls being outnumbered hehe.

Jadi bulan puasa ni ada orang yang tak boleh berpuasa sebulan sebab berpantang. Lepas tu kenalah ganti puasa ye? Uihhh letih nko, berpuasa di luar bulan Ramadhan ni cabarannya jauh lebih kuat dari berpuasa di bulan Ramadhan. Sedihnya baby dia kena tahan kat wad paediatrik sebab ada komplikasi sikit. Masih dalam pemantauan. Si ibu sudah mula keresahan dan dihambat emosi bercampur baur. Manakan tidak, awak baru lepas bersalin tiba-tiba anak pulak ada masalah. Adat orang baru pertama kali melahirkan mesti perlukan sokongan suami dan keluarga. Tapi disebabkan dia room-in with the baby kat wad pengasingan kami tak boleh masuk melawat, even suami pun cuma dibenarkan melawat ikut visiting hours which is 2 hours tengahari dan 2 hours petang. Si ibu pula kena bengkak susu sebab baby belum pandai menyusu. Maunya tak breakdown si ibu! Masa nilah saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab berpeluang bersalin kat hospital swasta, less restriction suami boleh temankan dan support from staff nurses pun ok. Aisyyy mau je saya redah masuk tempohari kalau tak kerana ditahan mak guard. Saya ni kan penyibuk, suka jadikan masalah orang sebagai masalah saya. Bosan hidup ko ye? Eh tak tau ke librans kan memang a people person tak kisahlah muka sombong tak mudah mesra macam saya pun tapi part people person tu tak boleh buang. Hang in there, D.