Monday, 20 February 2012

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

Edisi memasak lepas geram
tempohari memang tekak teringin sangat makan nasi dagang
belilah sebungkus kat gerai di giant sect 13, shah alam
tekak dah biasa makan gulai ikan tongkol yang marem punya sedap
maka gulai tongkol yang kubeli itu rasa so-so je in comparison
sedap lagi gulai yang dimasak sendiri
ouch! masuk lift tekan sendiri lah, mana ada lift yang ada tukang tekan iye tak?
sabar jelah dik non

Gulai ikan tongkol with belimbing buluh, slurrppp!

Bila memasak sepenuh hati jiwa dan raga, memang terasa cukup segala rencah perisa
mak mentua pula datang bawa belimbing buluh seplastik
kuah gulai yang dah siap masak tu saya didihkan semula, campak belimbing buluh dalam 4 biji
termasam sedikit kuah sebab gulai memang dah letak asam gelugor, tapi takpelah adjust sikit lagi masin dan manisnya dah sedang elok cun
makan malam tadi, tapi sampai hari ni terbau-bau keenakan rempah ratusnya melekat di jari!!!

Friday, 17 February 2012

Segan? Malu? Nak Peluk Cium Pasangan?

Ni entry akibat terkesan dek ceramah free Dato' Mohd Fadzillah Kamsah aka DMFK kat sinar pagi semalam.

Ada orang kata malulah nak peluk cium pasangan, segan dekat anak-anak
Well, tak yah buat depan anak
Takkan bila nak beromantika di amore baru nak peluk-peluk bagai?
Waktu-waktu lain langsung takde touching-touching?
Sambil siram pokok pautlah pinggang pasangan masing-masing, itupun kira separuh peluk juga... mesra dan makin subur kasih sayang
pokok pun terasa kasih sayang tu, segar bugarlah dia... hehe

Tak kurang juga yang kata "Orang tua saya dulu takde pun peluk-peluk ni"
Owh? Alasan! Nak salahkan orang tua lah sebab tak menunjukkan kasih sayang?
Mari sini nak cakap, saya pun tak pernah tengok my parents peluk cium, hatta pegang tangan pun tak pernah nampak
Tapi tak pernah pun saya jadikan alasan untuk tidak memeluk cium pasangan atau anak-anak
Hari-mari mesti mau peluk incik suami dan mesti peluk anak-anak
Selalunya pagi sebelum masing-masing pergi kerja atau anak-anak pergi sekolah lah
Sebenarnya pelukan ni dapat mengeluarkan hormon-horman yang baik yang buat kita rasa confident dan happy

Kita dikurniakan akal fikiran kan, jadi pandai-pandailah masing-masing fikir sendiri
tak semestinya kita nak ikut acuan mak ayah kita, mana yang baik kita teruskan, mana yang kurang kita tambah baikkan... barulah ada kemajuan
Peluk isteri itu adalah sebahagian dari sunnah Nabi saw...
kalau selama ini tak tau, nah sekarang dah tau kan? Apa lagi alasan tak mau buat?
Kekadang saya pelik, tengok mat salleh loving sangat pegang-pegang tangan peluk bagai
maka berlumba-lumbalah anak-anak muda pun peluk-peluk couple semua
haaa itu bukan sunnah Nabi saw ye...
Lepas tu kan K-Pop sekarang tengah hot sangat
perasan tak yang boy band dia semua mata bercelak bagai?
haaaa anak-anak muda kita bila tengok boy band K-Pop bercelak bagai depa pun pakat tiru lah
Oooo K-Pop bercelak dema tiru ye? Tapi dema lupa amalan bercelak mata tu sebenarnya adalah sunnah Nabi saw!
Bila K-Pop bercelak mudah pulak dema nak ikut... bila suruh ikut sunnah Nabi saw dema semua ambil bab kahwin 2,3,4 je... yang ini sebenarnya antara yang susah
Apa kata mulai sekarang kita ubah... kita mulakan dengan yang mudah
bak kata ustaz Don tak dapat buat semua buat mana yang mampu jelah
Contohnya, peluk pasangan setiap hari
pakai celak mata tu dengan niat ikut sunnah Nabi saw... bukan sebab K-Pop
pakai jubah sesekali bila pergi surau atau masjid
pakai serban sesekali... sebagai permulaan lah

cukuplah tazkirah Jumaat hari ini... sharing is caring ;-)

Tuesday, 14 February 2012

Larangan Umat Islam Menyambut Valentine's Day

SELINGAN...

Hari ni takde kuliah. Dah masuk final semester kan, jadual kuliah pun free n easy. Malas nak berulang balik rumah, memang lah Bangi dan Seremban dekat, tapi nak pergi ke stesen komuter UKM tu dari kamsis aku ni kena naik bas. Malas! Tengah-tengah minggu pulak tu, esok ada kelas kena datang balik. Buat penat je. Lepak je kat Bangi ni, walaupun takde benda menarik untuk dibuat.

Pagi-pagi lagi dah berjanji dengan Mek Ti nak pergi 'membeli belah tingkap' kat pasaraya Warta Bandar Baru Bangi. Rasa tak kuasa sangat nak menjelajah Mines, dah selalu sangat ke sana. Asal nak jumpa Mek Ti yang study kat UPM je mesti aku naik komuter ke Mines. Jelak. Tukar angin pulak, biar Mek Ti datang kepadaku, menabur zakat di Warta. Kesian Warta hidup segan mati tak mahu. Tapi dalam hidup segan tu ada juga sebiji restoran Shakey's. Cukup gah dah tu. Tapi takdelah aku dengan Mek Ti nak makan kat situ, sen pun tak berapa nak ada. Baki pinjaman JPA cukup-cukup untuk aku survive sampai habis semester yang tinggal 2 bulan je lagi. Duit poket minggu ini separuh darinya dah aku pajakkan kat kedai Rent-A-Book di Pusanika. Ada 2 biji novel yang aku sewa. Habis baca nanti baru aku tuntut balik pajakan ku itu. Kalau rasa takut duit di tangan cepat mengalir macam air aku lambat-lambatkan pulang buku. Jadi lama sikit duit pajakanku di situ. Selamat! He he. Duit makan? Apalah sangat makanan aku, pekena vadey cafe pusanika 2 ketul dengan susu coklat Dutch Lady sekotak layannn. Kenyang sampai malam. Padanlah cikeding badan aku kan? He he.

Ronda-ronda Warta yang cuma sekangkang kera, layan Mek Ti membelek tudung bawal. Aku? Tak, aku tak pakai helmet bak kata Pak Deris, fasilitator BTN yang pernah aku sertai dulu. Mula-mula ditegur sinis "Helmet ekau mano?" aku dan kawan-kawan saling berbalas pandang. Tak tau nak ketawa atau menangis. Ketawa sebab rasa lawak, ada ke tanya kami yang perempuan ni pasal helmet. Menangis, sebab kalaulah ada sesi 'orientasi terlampau' kena dera 24jam pakai helmet yang berat tu tak ke nampak buruk. Lepas itu barulah kami faham, helmet = tudung. Dah 4 tahun berlalu, Mek Ti dah insaf bertudung ke mana saja. Aku masih juga macam ni, bertudung cuma masa sekolah je, habis Form 6 aku free hair. Hmmm... bila nak insaf? Nak tunggu berlaki kan ustaz? Ustaz-ustaz muda FPI lalu sebelah lagi tertarik pandang lantai, segan nak pandang aku.

Selesai sesi 'membeli belah tingkap' berbekalkan secawan jagung manis dan air kami duduk menunggu bas depan Warta. Sunyi, takde orang... sedaplah kami bantai berborak tak payah kontrol volume pitching bagai. Mek Ti gatal mulut bertanya aku tak celebrate valentine's day ke? Cisss Mek Ti, gedik juga kau ye... mentang-mentang lah aku baru je berjinak-jinak dengan dunia berpacaran. Ini pun berkat masin mulut Mek Ti, entah-entah dia yang siang malam mendoakan aku. Dah masuk semester akhir tiba-tiba je terjebak berpacaran... sukalah Mek Ti, aku kalah dan mengalah.

Ralit bercerita tiba-tiba handphone kuberbunyi. Terkejut. Tak kujangka dia nak call waktu begini. Kan dia sepatutnya masih sibuk kerja out station nya. Owh dia bagitau kerja dia dah siap, nak bertolak balik dah dari JB. Dalam pukul 2 petang nanti sampai KL.. Ermm apa motif bagitau? Dan-dan tulah dia ajak jumpa. Terus aku cakap NO! Bulat biji mata Mek Ti. Hilang akal ke apa aku ni kan pakwe ajak dating, on valentine's day lagi aku tak nak. Si dia ketawa. Jahat! Saja je nak menguji aku tu, sama-sama dah janji takkan sambut valentine's. Bukan dia tak tahu aku anti bab sambut valentine's ni. Dosa ok.

Sampai kamsis. Baru je masuk bilik handphone berbunyi lagi. Si dia lagi. Hatiku dah berdebar, sampai 2 kali call aku hari ini mesti ada apa-apa.

"Jom keluar makan?"
"Haa? Makan apa nye?"
"Saya kat Nilai ni kejap lagi sampai Bangi. Kita pergi KFC" Adehhh, bila dia umpan dengan KFC serta merta lutut aku longgar. Kalau hari biasa jagung manis cukup mengenyangkan, tapi bila diumpan KFC tiba-tiba aku lapar! Goyang iman aku.
"Mmm... tak nak lah. Malu... takkanlah... si Dol ada saya seganlah" Aku bukan gedik nak berdua-duaan, tapi sesungguhnya aku pemalu.

Sungguh aku pemalu. Masa mula-mula kenal si dia pun aku malu-malu nak makan. Inikan pulak nak suruh aku makan bertemankan si Dol. Maunya aku kutil-kutil je kulit ayam tu nanti. Tapi kesian Dol, takkan nak hantar dia balik kelaparan. Pergi outstation sama-sama, pergi makan sendiri-sendiri. He he.

"Alah, apa nak segan dengan Dol, orang kampung awak juga"
Aku diam. Bila fikir-fikir balik aku rasa tak sedap.
"Tak mau"
"Jom lah... rindu"
Aku senyum. Cesss cepat benar cair.
"Tak mau. Tak baik tau celebrate valentine's" Aku ingatkan dia.
"Eh kita bukan nak celebrate, saya ajak makan je"
"Tak nak jugak. Makan hari lain. Tak mau jumpa dan makan hari ni"
"Jom lah... Kita tak celebrate"
"Tak nak. Padan muka sapa suruh ceramah kat saya hari tu. Saya dah hadam cakap awak ni... hi hi hi"

Hahaha. Dia juga yang bagi ceramah kat aku pasal dosa sambut valentine's. Aku ni kan lurus bendul. Sampaikan keluar makan aja pun aku dah rasa tak sedap hati. Makan lah kau berdua dengan Dol. Layan romantik dengan Dol! Kikikiki.

Sila rujuk sini keputusan muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Monday, 13 February 2012

Chicken Parmigiana

Favourite seisi rumah!
Hidangan lunch semalam...
Senang, satu plate ada protein, ada karbo, ada fiber dan ada vege

Tapi incik hubby komen, ini menu malas masak
ermm... malas-malas pun sedap dan makan bertambah kan?
ada pernah saya masak benda yang orang tak suka makan? hehehe

Sunday, 12 February 2012

Nasi Goreng Kantan

Incik hubby kata ikut suka saya je bubuh nama nasi goreng kantan
habis tu memang selambak kantan kububuh dalam nasi goreng ni
jadilah nasi goreng kantan
ini menu breakfast pagi ni
gambar gelap gelita sebab matahari masih malu-malu menonjolkan diri
dah jam 9 pagi tapi belum memancar lagi sinar matahari
berjogging pagi pun redup je, tapi peluh tetap melencun

Hidangan ringkas tapi plating mesti mau menarik barulah berselera 'pelanggan'! hehe

Friday, 10 February 2012

Mati Hidup Semula

Pernah kan tak lama dulu saya post entry gambar pokok bunga telang yang punyalah bercinta saya mencari akhirnya dapat juga dengan harga RM18 sepokok
Mahal kan? Tapi cinta punya pasal saya sebat jelah
dah lah susah nak dapat, ikut hati memang tak mau beli
sebab pokok ni hidup melata kadang ada dalam semak
tapi saya pejam mata je terbang RM18, asal tidur malamku lena!

Tau tak sebenarnya pokok bunga telang saya tu dah mati dalam lepas raya tahun lepas
tak tau kenapa... cesss jawapan orang bersalah yang buat-buat tak salah
dah pokok tu tak terbela mana dia tak merajuk, pokok pun ada hati dan perasaan
kalau tak dibaja, tak dibelai lama-lama kecut hati dia
daun-daunnya jadi kuning, batang pokok jadi kering sangat
mula-mula saya ingat akarnya dimakan semut, tapi tidak
sebab saya terlalu sibuk nak ambil tahu maka pokok telang itu menamatkan riwayatnya mengikut hukum alam

Bila pokok dah mati rasa ralat pulak kan
beli dengan harga mahal tapi dibiarkan macam tu saja
saya usaha juga nak selamatkan, tapi dah too late
pasang life support machine pun dia tak mau dah
merajuk dengan saya kot, maka sejak itu wujudlah 'beribu sesalan' di hati
dah mati baru ko nak menyesal kan? biasalah manusia
Aduhaiii sayangnya pokok telang tu dah mati, tak sempat lagi saya nak gunakan bunganya sebagai pewarna nasi kerabu dan kuih nyonya pulut tai tai
Terbiarlah pasu kosong begitu saja, saya tak kasi alih pokok lain ke situ
dalam hati masih mengharap manalah tau di masa akan datang saya terjumpa lagi anak pokok telang boleh tanam semula

Lepas tu kan dalam awal bulan 12 tempohari tiba-tiba saya dikejutkan suara jeritan kakak
dalam keterujaan dia bagi tau pokok telang tu tumbuh balik!
bukan 1 tapi 2! di tempat yang berlainan!
ajaib!
satu pokok tumbuh dalam pasu yang dibiarkan kosong tu, satu lagi tumbuh atas tanah dan memanjat di pagar rumah
aduhaiii sejuk hati saya macam ada salji yang turun masa tu
seronoknya! :-)

Tapi macam mana pokok ni boleh tumbuh semula?
setahu saya pokok telang ni cuma boleh tumbuh dari biji benih (biji kacang) dan batang pokok je
saya kira mesti kekacangnya di bawa angin lalu jatuh atas tanah di tepi pagar
dan the same thing juga berlaku dengan pokok yang tumbuh dalam pasu
TETAPI... ada lagi tetapi nya... setahu saya juga biji benihnya hanya boleh tumbuh dalam tempoh 7-14 hari selepas disemai!
pokok tu mati lepas raya which is hujung bulan 9 - awal bulan 10 lah
saya perasan pokok tumbuh semula dalam awal bulan 12... hmmm ada gap 2 bulan di situ
hmmm... apakah keajaiban yang berlaku di sini?
saya pernah terbaca ada orang tanam pkok telang di rumahnya di Jepun kemudian pokok tu mati masa musim sejuk... tapi hidup semula lepas musim sejuk berakhir!
hmmm... sudah, tak payah fikir lagi, saya dah seronok sangat dapat kembali pokok kesayangan saya
dan alangkah seronok berganda-ganda sebab kali ini ia berbunga lebat!
setiap pagi saya harvest bunganya sebab waktu pagi lah ia berkembang
kalau masuk tengahari ia menguncup balik
bunga yang dipetik saya simpan dalam bekas berisi air dan masukkan dalam fridge
lama-lama makin banyak hasil tuaian saya ... ada dalam 30 kuntum
apalagi, saya mulakanlah operasi nasi kerabu saya untuk kali kedua
kali ini memang 100% guna bunga telang untuk mewarnakan nasi

Bunga telang saya berwarna biru nila, ada spesis yang berwarna violet.

Pokok telang ni dinamakan 'clitoria ternatea' dalam bahasa Latin kerana bentuk bunga ini yang dikatakan menyamai clitoris. Lucah kan? Mentang-mentanglah bunga ni berwarna biru, otak mereka pun biru juga. Mesti lelaki yang bagi nama pokok/bunga ni! Huh!


Kerana jumlahnya yang banyak maka syoklah saya kisar bunga ni dengan grinder tangan, kalau setakat 5 kuntum masuk grinder pun tak cecah mata pengisarnya, sia-sia saja. Punyalah halur saya kisar bila dah jadi lumat tak sangkat ianya adalah puri bunga!


Biru nila warna jusnya. Hoyyehhhh!!! Banyak macam ni baru best nak buat pewarna


Saya tau dah banyak gambar nasi kerabu yang saya post. Tapi yang ni lain, ni nak tunjuk warna nasi kerabu yang menggunakan 100% pewarna semulajadi dari bunga telang. Memang pucat tapi bila makan rasa 'organik' sangat kan? He he he...

Thursday, 9 February 2012

Penyewa Baru - Seting Garden

Yes, we have new tenant

aikk? sejak bila pulak berkecimpung dengan dunia sewa menyewa ni?
takdelah, bukannya kami moved out dan sewa kan rumah yang didiami sekarang
we are still here, tapi tiba-tiba pulak ada yang berminat nak tumpang menyewa
aduhaiii... macam mana tu? tuan rumah masih occupy the house pun ada yang beriya-iya nak menyewa
alahaiii... berkenan sangat dengan rumah bata merah ni ye?
unik ye?
banyak tumbuhan yang tak terbela pulak tu ye?
macam semak... nasib tak tumbuh lalang, kalau tak mesti jiran ingat mak ni spesis peladang jaya bercucuk tanam gandum dalam pagar rumah kan?

Jadi terpaksalah kami tolak permintaan penyewa ni
yelah kan kalau kusewakan rumah ni ke mana pulak kami nak membawa diri
macam lah hartanah saya berkodi-kodi, kalau ada hartanah lain boleh juga offer kat penyewa ni
akhirnya membawa diri lah si penyewa tadi walaupun berdecit-decit mulut dia membebel
aduhaiii ada ke patut ahkak tak nak sewakan rumah ahkak pulak kena bebel
fenin saya, macam-macam hal

Saya ingatkan hal itu habis kat situ jelah
tapi satu pagi tu masa nak pergi kerja saya terdengar bunyi bising depan rumah
berdecit-decit bunyinya, terus teringatkan si penyewa yang bebelkan saya dulu
liar mata mencari, eh makin lama makin dekat bunyinya
tapi tak nampak bayang lagi
lama-lama terasa bunyi makin dekat atas kepala
saya dongak ke atas tau-tau ada 'rumah' sedang dalam pembinaan betul-betul atas kepala!









Dah orang tak kasi sewa dia buat seting-garden pulak kat lampu jurai saya!


Nampak tak 'penyewa' baru saya tu, yang berbaju kuning kehijauan tu. Paruh dia halus tajam... canary kah dia?


Gigih buat construction, takde permit takde apa... habislah lampu jurai2 saya tu raya tahun ni tak boleh pakai.

Terasa laju je tangan nak buat pembersihan kawasan mengikut akta MBSA
tapi incik hubby tak bagi!
dia kata biarkan
emppphhh... saya kata jadi anak angkat abang lah macam ni
Tapi kan... ermmm... agak-agak kalau saya ON juga lampu jurai tu apa akan berlaku?