fahmi's birthday cake yang comot coz mama dah penat banyak kerja. tak kuasa tunggu coklat mengeras sedikit sebelum dipipe atas kek, that's why dia meleleh ke tepi. replica racecar team brawn tu ada rupa ke tak? hehe i know i miss a few small details on the car like it's team logo...
alhamdulillah housewarming sabtu lepas was a success. biarpun badan terasa masih penat sebab organise 2 majlis selama 2 hari berturut2 tapi rasa puas sebab kali ni dapat layan tetamu hampir 100%. . tetamu tersangatlah ramai sabtu petang itu. punyalah sibuk melayan tetamu sampai terlupa nak snap gambar. kalau selalunya aku masih punya masa untuk take pictures kali ni kamera langsung tak lekat kat tanganku.
dan sememangnya hajat ku kali ini nak beramah mesra sepuasnya dengan tetamu yang terdiri daripada jiran lama & baru serta rakan2. nampaknya benar2 kesampaian hajatku ;-) . pun beigtu kalau ada yang aku terlepas pandang tu kususun sepuluh jari mohon berbanyak maaf. harap semua berpuas hati dengan hidangan ringkas yang disediakan.
majlis pertama berlangsung pada sebelah malam hari jumaat. majlis ni memang khas untuk jemaah surau, kami jemput untuk tahlil arwah, bacaan Yasin serta doa kesejahteraan sempena masuk rumah baru. sepatutnya sebelum masuk rumah kita buat semua ni kan? sebenarnya sebelum pindah tempohari aku sendiri dah buat bacaan Yasin dan baca surah2 pelindung rumah, pagar & berkubu. kali ini buat secara berjemaah lah pulak. untuk jemaah surau malam tu aku cuma sediakan hidangan nasi lemak berlaukkan rendang ayam serta nasi putih berlaukkan sambal udang, masak lemak pucuk paku, talam suji, buah oren dan karipap yang dibuat khas mil.
mil sampai jumaat petang masa aku tengah sibuk memasak kat dapur. mujur juga mil & sil ada bleh tambah2 tangan yang menolong. kalau tidak setakat aku berdua je dengan kakak pengsan! ramai jemaah yang datang, budak2 bujang student uitm depan rumah pun datang juga. habis je berkemas rasa nak patah pinggang.
untuk housewarming hi-tea petang sabtu tu pulak aku takdelah masak banyak sangat pun. memang sengaja tak nak memasak sangat sebab tak nak kelam kabut nanti penat tak dapat layan tetamu. so, biarpun nak goreng bihun tu kerja senang tapi aku ambil pendekatan tempah je kat orang heheh. yang disediakan dirumah cuma kari ayam, roti jala, karipap (again, this time aku buat sendiri), sandwich tuna & telur, finger food for the children - mini sausages & nuggets, variety of cakes dan tentunya birthday cake tema racecar yang dibuat khas untuk anak teruna kesayangan. my mum dari seremban bawa serawa durian, bubur kacang hijau serta satay ayam yang ditempah from my uncle. satay ni betul2 buat hidangan lain kecil hati, laris sesangat. atau mungkin mana2 majlis sekalipun kalau dihidangkan satay je orang dah tak pandang benda lain?
nah sekarang cuci mata dengan gambar kek harijadi fahmi. main kek dia tersangat comot. aku dah tak cukup masa nak gubah comel2 sebab rias kek last minit. sekejap rias kek, sekejap lari ke dapur bancuh adunan roti jala, sambung rias kek pastu lari ke dapur ... begitulah aku sampaikan mil pun pening tengok aku. hahaha. apapun aku tersangatlah terhutang budi dengan mil, sil, my family from seremban yang sebaik je sampai terus masuk dapur sampai majlis selesai.
cuppies racing track ni was inspired by ratukek. sengaja kubuat race tracknya bentuk nombor 6 to resemble fahmi's age. tapi nampak senget pulak no. 6 tu ye!
ada terselit pic hani.
thanks to nina & watie yang sempat luangkan masa datang ke rumah tempohari. seronok tengok keletah ayuni...ramah sungguh dia paut tanganku ajak temankan naik tangga ke tingkat atas. ramah ayuni ni ikut siapa ye, nina? ;-)
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
1 comment:
kak lia..thanks yer jemput kitaorg gi housewarming uah kak lia..siap tour 1 rumah lagik......cantik rumah..besarrr
food pun sedap...n paling sedap is kek coklat kek birthday fahmi.yum yum
Post a Comment