Thursday, 28 January 2010

Rempah Kari Homemade

Dah lama tak masak kari, rasa kecur liur pulak nak makan kari ayam yang ditumis dengan rempah kari buatan sendiri. Dah jemu makan kari dari rempah baba’s, lagipun baru2 ni aku dapat tau dalam rempah kari baba’s ada MSG. terus je tawar hati dah nak pakai rempah kari baba’s. tapi itu bukanlah sebab utama aku masak kari guna rempah buatan sendiri. Rempah buatan sendiri ni memang tak boleh nak dibandingkan dengan baba’s ke adabi ke. Sedap dia lain macam – ni ikut tekak akulah, tekak orang aku tak tau. Dan harus kuakui kesedapannya tidak ada kena mengena dengan air tanganku. Rasanya cara penyediaan rempah yang perlu ditumbuk atau digiling serta fresh pulak tu yang buat aroma kari betul2 terasa. Tapi bagi yang suka kari ala2 mamak tu just stick to baba’s, allagappa’s dan sewaktu dengannya ye. Sebab rempah kari yang kubuat ni rasa2nya boleh diterima oleh tekak melayu je hehe.

Kalau rasa nak mencuba meh lah tengok apa bahan2nya. Owh jangan risau takde bahan pelik2, semuanya ada kat dapur masing2 ;-). What you need untuk hasilkan rempah kari bagi sukatan 1 ekor ayam:

Bahan A (kering)

1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
½ sudu teh lada putih
½ sudu teh biji lada hitam

Bahan B (Basah)

½ inci kunyit
¼ inci halia
8 tangkai cili kering (direbus & toskan)
5-6 ulas ulas bawang merah (yang kecil2 tu)
3 ulas bawang putih


Rendam bahan2 A selamat sekurang2nya ½ jam atau sehingga ketumbar/jintan lembut dan kembang, kemudian ditoskan. Pastu samada ditumbuk atau digiling hingga lumat bersama2bahan2 B yang dimasukkan secara berperingkat. If you have low tolerance untuk berlama2 di dapur (like me... sometimes nak cepat je), bolehlah campak je semua bahan A & B ke dalam food processor atau blender, kisar sampai lumat. Cuba cium bau rempah tu…emmm harum jer hehe. Pastu bolehlah tumis dengan rempah 3 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage. Oops jangan lupa daun kari, tapi kalau takde pun ok juga ;-) step seterusnya sambung sendiri lah ye, semua orang pun dah tau macam mana nak masak kari, i just share with you cara2 nak buat rempah sendiri je.


For those yang tertanya2 if I invented the recipe, the answer is NO. resipi kat atas adalah resipi asal my mil. She never use rempah kari yang dijual di pasaran. I guess pasal itulah mil kalau memasak mesti lama coz she prepare all the bahan2 from scratch! Pun begitu kari ayam dia tersangatlah sedap. Tapi biasalah orang tua2 masak main campak2 je mana ada sukatan tertentu. Sukatan tu aku yang agak2 sendiri from my observation. selamat mencuba!

2 comments:

Unknown said...

kak lia mmg teringin nak buat ..siap bibik pun tanya coz dia semangat nak menggiling...kat umah mak kat penang ada giling lama...

mm i shud try this recipe one day!

Liasari said...

watie bestnya ada batu giling. pernah guna untuk lumatkan daun inai masa mak sedara kawin 20 tahun dulu!!!
tapi xde batu giling pun xpe, pakai lesung yang besar tu.