Friday, 17 December 2010

I Should Have Been There

Hari ini kami terima berita sedih. Atok saya yang saya panggil Bak meninggal pagi tadi. Masa telefon saya berdering dengan panggila telefon Ma adalah waktu sepatutnya alarm saya berbunyi jam 7.20pagi. Memang saya bangun lewat, sebab saya cuti solat dan sebab malam tadi tidur lewat menyiapkan baking projek maka sengaja saya set kan alarm lewat. Saya tidur lena sungguh kerana kepenatan, badan memang bagai dipaksa bangun bila telefon berdering. Jadi bila Ma sampaikan the sad news otak saya belum cair lagi, masih di tahap beku. Dan bila hubby tanya "so, macam mana?" which means dia memberi saya peluang untuk merencana pergerakan kami seterusnya hari ini, saya blank. Saya kata biarlah dulu - yang bermaksud beri saya masa untuk digest the whole thing nanti saya beritahu plan kita. Saya serba salah, too many people bergantung harap kepada saya hari ini dan esok. Ada janji yang terpaksa saya mungkiri, kenalah saya pertimbangkan baik-baik.

I made a few calls on the way ke ofis. Yes, saya masih pergi ofis lagi, that's the only place yang boleh stimulate otak saya untuk berfikir dengan pantas dan while making my plan I can sort out a few things yang pending. Mujur masa buat calls tu saya tak kena tahan dengan polis sebab saya nampak incik polis di belakang saya tapi rupa-rupanya dia nak tahan lori. Mujur saya jeling cermin sisi...mujur!

Bila sampai kat ofis, fikiran saya rasa sesak. Saya realised ada beberapa perkara yang menghalang saya daripada segera pulang ke KT. Pertama, kereta saya masih tersadai di worksyop. Kalau normal service sepatutnya semalam dah selesai tapi sebab bearing tayar sebelah kanan sudah berbunyi maka it took the mechanic extra time nak tukar bearing. Kedua, distance antara KL dengan KT yang mengambil masa perjalanan yang panjang - sempat ke saya sampai before jenazah dikebumikan? Ketiga, saya sepatutnya deliver 2 tempahan kek harijadi esok. Keempat, fulus tak berapa nak ada. Saya menunggu duit claim saya dibayar barulah boleh collect kereta dari worksyop.

Solution kepada masalah pertama kereta tersadai di worksyop dan kedua - distance ialah balik naik flight. Pagi tadi hubby suruh saya balik dulu naik flight. Tapi saya fikir, dengan duit tak berapa nak ada lebih baik saya offer option balik naik flight to Ma dan Abah. Kesian kat Ma, sebab dah beberapa kali Ma cakap nak balik jenguk Bak. Since Ma anak sulung, sudah tentu saya harus beri keutamaan buat Ma. Tapi bila Ma menolak kerana yakin she can reach KT before jenazah dikebumikan lepas asar, saya sendiri pun tak rasa selesa nak balik naik flight. Dibuatnya saya yang sampai dulu kat KT before Ma, nampak macam selfish pulak saya ni. Since duit pun tak berapa nak ada, maka saya lupakan option naik flight, tak perlulah saya berhutang dengan incik kad kredit.

Solution kepada masalah baking commitment pula, I was thinking nak sub kan the decoration works kepada another baker. Kek semua dah siap bake tinggal nak deco saja. Sebenarnya saya rasa tak tergamak nak sub deco works kat orang lain sebab hasil kerja tak sama. Serba salah dibuatnya. But since kereta pun siap lepas asar petang tadi, maka saya lupakan plan ni. Nak berkejar balik KT pun memang tak sempat dah tengok jenazah kali terakhir. Akhirnya saya siapkan juga baki tempahan. Esok pagi jelah kami bergerak balik ke KT.

Solution masalah fulus tak berapa nak ada pula sudah diselesaikan bila mana claim saya dibayar petang tadi, jadi bolehlah saya collect kereta di worksyop.

Entah kenapa kali ini saya agak emosional. Owh bila berdepan dengan kehilangan orang tersayang sudah tentulah emosi terganggu. Saya tahu Bak sudah terlalu uzur. He is 80 years old, dia sudah terlantar sakit sejak kejadian dilanggar kereta bulan puasa baru-baru ini. He was bedridden sejak kejadian itu. Tidak nampak tanda-tanda akan pulih. Saya sudah boleh menjangkakan akan terima berita sedih ini. But I cannot help to wish that he'll get better. Bak yang saya kenal seorang yang kuat. Di mata saya sentiasa ternampak kenangan-kenangan lama saya dengan Bak. Saya nampak Bak yang rajin melayan kerenah cucu-cucunya - setiap kali saya balik kampung mesti dia bawa kami berjalan kaki di pagi hari ke tepi pantai. Saya nampak Bak mengusik kami dengan akar pokok liar tepi pantai. Bersungguh dia kata akar ni boleh dimakan, maka saya dan cucu-cucunya yang lain pun kutiplah akar-akar tu bawa balik. Bila separuh jalan, badan Bak bergoncang menahan ketawa, baru kami sedar kami sudah tertipu. Bak rajin bawa kami temankan dia cari hidangan sarapan pagi. Dengan mata kememe, gigi tak bergosok, mandi pun tidak kami jalan kaki sama-sama mencari nasi dagang, nasi lemak dan kayu keramat (kuih cakoi kata orang luar). Kerana menemankan Bak, maka saya yang masih kecil dapat lihat sendiri macam mana orang buat kayu keramat kegemaran saya dulu.

Memori-memori ini saja yang tinggal untuk saya sekarang. Walhal, saya sentiasa simpan angan-angan satu hari nanti saya mahu anak-anak saya mencipta memori yang sama bersama Nyang (Bak) mereka. Saya lupa Bak sudah sangat berusia tapi kerana dia sebelum ini sentiasa kelihatan gagah I cannot help to wish anak-anak saya dapat cipta memori mereka sendiri dengan Nyang mereka. I guess bukan semua orang bertuah berpeluang kenal dan ada memori dengan moyang masing-masing. Saya termasuk dalam golongan segelintir yang bertuah sempat bermesra dengan moyang saya sendiri sebelum arwah meninggal masa saya berusia 15 tahun. Setidak-tidaknya saya sudah cukup dewasa untuk ingat balik semua kenangan. But my children masih kecil lagi, tak taulah sama ada mereka ingat Nyang (Bak) mereka bila besar nanti.

Bak was there untuk cipta memori yang indah masa saya kecil. Bak was there when I got married. Bak was there masa saya buat kenduri aqiqah Fahmi. So you see, that's why I cannot help to wish that all the above halangan tak wujud semasa saya terima berita sedih ini. I should have been there petang tadi. I should have.

2 comments:

Puan nOLie said...

takziah ye lia...sometimes...bila kita yang kena buat decision...kepala cam nak pecah...asik dok pk pro and cons...and nak memuaskan hati semer pihak...takpelah...menda dah lepas..tabahkan hati yer...

Liasari said...

nolie,
tq...mmg serba tak kena dibuatnya, hati memberontak tapi yelah... dah lepas. terkilan tu ada, cuma doa saja yang boleh sumbangkan utk arwah.