Friday, 21 October 2011

Soalan Periksa

Sejak semalam saya nak mengomel pasal kertas soalan pendidikan seni visual (PSV) untuk
peperiksaan akhir tahun Fahmi
berkhutbah panjang lah saya kat rumah, ingat malas nak blog about this
nampak sangat saya ni seorang ibu yang suka cari pasal dengan sekolah anak
ada je yang tak kena di mata dan telinga saya
sehinggalah saya terdengar komen pemanggil ni kat radio sinar.fm pagi tadi
apparently she also ada rasa tak puas hati dengan kertas soalan PSV

you see, masa mula-mula anak saya bawa balik kertas soalan PSV periksa pertengahan tahun dulu, saya agak terkejut, sebab zaman saya sekolah dulu mana boleh dapat soalan 'bocor' macam ni
tapi barangkali sistem dah berubah, so the children were given kerta soalan to be taken home and do their preparation accordingly, bolehlah anak kita pilih soalan mana yang dia nak jawab (buat)
kalau perlu boleh get ready bahan-bahan tambahan like colour paper, pelepah pisang for corak catan ke, water colour ke, glue etc
baguslah juga sistem macam ni, kalau on the spot nak suruh buadak fikir nak buat apa maunya riuh kelas macam pasar dengan macam-macam soalan dari the kids kan... dah tak jadi exam
ok, lets get straight to the issue yang saya nak raise
Fahmi pilih nak buat topi harijadi tapi he has no idea how to make one
bila saya tanya takkan tak tau, dia cakap memang cikgu tak pernah ajar
jadi kalau tak pernah ajar kenapa letak dalam soalan periksa?
i know he has done seni catan before, seni anyaman pun pernah, buat bentuk rumah dari kotak pernah, buat topeng muka pun pernah and a few others but never topi harijadi
dah terkial-kial budak tu nak praktis nak buat topi harijadi semalam
Yaya siap tolong ajar lagi lipat-lipat kad manila tu sudahnya topi dia serupa topi kapal tu
daddy dia pun sama buat topi bersegi-segi, kesian saya tengok - hopeless depa ni kalau takde mama ek? (aduh bongkak nampak?)
nasib baik mama dia ni memang terror sikit bab seni lukis
tapi kalau Maths sila mengadap daddy, dia memang power

saya rasa mungkin, mungkinlah kan cara nak buat topi ni memang ada dalam silibus kot
tapi tak cukup masa nak ajar... pada saya lah you can choose satu subjek seni untuk diajar dalam kelas while the rest tu beri je handouts untuk budak-budak berlatih kat rumah
daripada kau tak ajar lepas tu kau nak letak dalam kertas soalan periksa
tak ke buat naya kat budak macam tu?
hubby perli saya sebab bising, jadi dia suruh saya je jadi cikgu
saya cakap kat dia buat apa saya jadi cikgu
baik saya jadi ketua kepada cikgu-cikgu tu senang nak bagi arahan
bukan saya nak marah kat budak-budak, saya nak marah kat cikgu-cikgu dia tu
hubby kata saya ni is every teacher's worst nightmare!

so pagi tadi, pergilah Fahmi ke sekolah dengan kad manila yang dah siap dilukis bentuk bulat
sempat lagi bagi briefing nak refresh his memory macam mana nak gunting dan cantum bentuk bulat tu jadi topi
ya Rabbi anak baru periksa darjah 1, mama dia buat macam budak tu nak ambil UPSR!
hikhikhik ;-)

2 comments:

Anonymous said...

Bukan kertas soalan bocor. jika tak tahu jangan pandai menuduh. Soalan memang diberi awal di sekolah sebelum peperiksaan di seluruh Malaysia. Masalah itu tak pernah timbul selama berpuluh tahun. saya seorang guru .Kemahiran yang tak pernah di ajar dan diberi soalan itu saya terima.....diingatkan kepada semua ibu bapa Melayu kebanyakan murid langsung tidak membawa alatan pendidikan Seni. Saya seorang guru pendidikan seni. kalau murid cina semuanya lengkap. ada yang tak ada pembaris, pemadam. Inilah sikap orang melayu suka meminjam barang orang lain.

Anonymous said...

Jangan lah berlagak dan menunjuk-nunjuk beritahu orang tentang diri awak., Allah akan murka bermegah-megah. saya ingin tanya kenapa nak beritahu orang tentang diri awak????? Apa tujuan????. ada orang yang lagi hebat pada awak tak semacam awak ?????