Friday, 18 October 2013

Quiche Lorraine


I promised Fahmi I'll make him another cherry pie like the one that I made few weeks ago. He is obsessed with fruit pie be it cherry (i've made them twice already), strawberry or anything as long as they are sweet!
But I have my own cravings to satisfy and end up making a savoury pie instead *lol*. Sabar jelah, anak have to make way for mak dulu ye. 

I made Quiche Lorraine - a French open savoury pie/tart with egg custard filings. The filings is quite versatile you can put in anything you like from left over chicken from yesterday's dinner to beef bacon or even cooked fish meat. You can add veges to the custard too. Throw in sliced mushroom, capsicum, asparagus or tomatoes. I like mine with baby spinach.




Jangan terkejut dengan rupa quiche yang rentung di permukaan tu. Saya bakar dalam oven kecil lama milik saya sejak 5 tahun lepas jenama Cornell. Oven tu jenis fan-forced, kalau ON kan fan function dia pun dah sedia panas. Itu biasa, sebab kepanasan dalam ruang kecil akan menyebabkan makanan cepat masak dan hasilnya agak dry. Saya guna oven tu yang memang dikhaskan untuk masak lauk-pauk. Kalau nak masak kek or biskut saya guna oven lain. Kecil juga tapi tak terlalu panas. Mungkin sebab dah biasa guna jadi saya lebih 'kenal' oven kek saya berbanding oven lauk-pauk ni. 








Quiche yang saya pernah buat dulu memang lebih comel rupa dia. Itu sebab saya bakar dalam oven besar Fargo yang satu set dengan peralatan dapur. Tapi oven tu dah rosak, belum berkesempatan pergi hantar repair lagi huhu.Kalau guna oven besar tu memang cun seh hasilnya sebab kepanasan beredar dalam ruang yang besar lebih sekata.





Kalau nak resipi boleh rujuk pada entry saya yang lepas di sini. Cuma kali ini saya buat quiche bersaiz lebih besar. Untuk kulit pie tu saya guna sukatan 2 1/2 cawan tepung. Sukatan untuk inti tak berubah. Cubalah. You can always make the crust in advance and refrigerate until they are ready to use. 
Selamat mencuba! (*_^)

Thursday, 17 October 2013

Dua Minggu Menanti Pai Tee


Bagai menunggu buah yang tak mau gugur. Macam tu lah 'bercinta' menantikan acuan pai tee. Pasal pai tee ni tak payah cerita dah kot, semua orang pun kenal. Al maklum, sejak chicken rice shop masukkan pai tee dalam menu depa, sudah terkenal hidangan snek ini seantero Malaya. Saya tak pernah makan pai tee yang dijual di restoran itu. Kalau nak cari kat kedai-kedai makan memang confirm takkan jumpa. Ini sejenis hidangan snek yang kalau terasa nak makan, haruslah buat sendiri.


Pertama kali saya kenal pai tee rasanya di zaman kanak-kanak sewaktu sering temankan my mom ke majlis-majlis anjuran PERKEP (persatuan keluarga polis). Kemudian masa saya di tingkatan 3 ke 4 gitu kalau tak silap, berpeluang belajar buat kulit pai tee dengan guru pembimbing persatuan puteri Islam. Saya ambil tugas menggoreng kulit pai tee tu. Wahhh boleh naik syeikh juga mencelup acuan pai tee dalam adunan tepung kemudian goyang-goyang dalam minyak panas. Enjoy sehh!





Tiba-tiba after 20 years macam tu datang pula teringin nak makan pai tee. Masalahnya bukan setakat teringin. Ni teringin nak makan siap teringin nak 'buat sendiri'. Tang 'nak buat sendiri' tu yang payah. Sebab kena pi cari acuan pai tee. Kena pulak time nak beli acuan time tulah semua kedai takde stok. Menyampah sungguh. Last-last saya sms Enda Zizah (mak sedara) di Bukit Beruntung, Rawang. Dia ada kedai barang-barang baking. Kebetulan Enda memang nak bawa masuk acuan tu sebab dah ramai customer yang tanya. Walaupun terasa hampa sebab tak dapat acuan time tu jugak tapi sedang eloklah saya place order sekali. Nak harap pencarian di kedai-kedai lain memang agak malap.


Tapi rupa-rupanya memang kesabaran saya nak diuji juga. Supplier yang patut hantar acuan tu ke kedai Enda tiba-tiba dengan dia sekali habis stok. Hambik engkau! Grrrrrr... bertabahlah midah. Sudahnya tunggu punya tunggu, masuk 2 minggu menunggu bagai buah tak mau gugur. Akhirnya hari Jumaat minggu lepas barulah dapat. Dengan ihsan my mak sedara jugak. Adusss bertuah punya anak sedara!


Dah dapat pai tee jomlah kita buat. Apa tunggu lagi, takkan nak peram acuan tu sampai berkarat? Saya adaptasi resipi kulit pai tee daripada resipi asal foodblogger terkenal Malaya, Che Mat Gebu. Sebab acuan kali pertama pakai agak mencabar kesabaran juga. Berpeluh-peluh mak mengerjakan 4-5 attempt baru berjaya menghasilkan kulit yang lekang dari acuan. Itupun saya kena improvise resipi supaya lebih cair dan tambah minyak sedikit supaya mudah lekang. Memasak ni begitulah kaedahnya, kena suaipadan ikut keselesaan tukang masak dan selera tekak masing-masing.


Kulit Pai Tee
Credit to Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com

180gm tepung beras ~ saya buat 90gm
50 gm tepung gandum ~ saya guna 25gm 
50gm tepung jagung ~ saya guna 25gm
350ml air ~ saya guna 125ml
1 biji telur
secubit garam
* saya tambah 1/2 sudu kecil minyak masak 

Gaul semua bahan hingga sebati dan tapis untuk lebih halus. Biarkan sekejap. Sementara itu panaskan minyak dalam periuk untuk goreng tenggelam. Acuan mesti dipanaskan sebelum dicelup ke dalam bancuhan tepung, kalau tak nanti tepung melekat tak boleh tanggal dari acuan. Kalau acuan belum pecah dara lagilah payah lekang. Stresssss!!! Maafkan perumpamaan terlampau tu ye.


P/S: Saya buat separuh adunan dapat lebih kurang 40 bakul pai tee.


Untuk inti saya bantai resipi sendiri je ikut selera.
Inti

1 biji sengkuang - potong panjang macam batang mancis
1 batang lobak merah - potong sebesar batang mancis
1/2 batang timun - potong sebesar batang mancis
1/4 cawan udang basah saiz kecil dicincang
1 biji bawang besar ~ dadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1 sudu besar udang kering direbus ~ cincang
secubit kiub ikan bilis
secubit garam


Hiasan

Bawang goreng
Kacang goreng tumbuk kasar - jika suka
Sos cili Thai

Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang kering dan udang basah. Agak udang basah separuh masak, masukkan sengkuas dan lobak merah berserta kiub ikan bilis. Gaul sebati. Akhir sekali sebelum padamkan api baru masukkan timun. Boleh tambah garam jika suka tapi rasa masin dari udang kering dan kuib bilis tadi pun dah cukup. Sejukkan inti sebelum dihidang.






Kulit pai tee ni memang rangup. Batter (adunan) yang pekat akan hasilkan kulit yang bukan saja rangup tetapi keras. A slightly thin batter would have been perfect. But once kita letak inti dan tuang sos cili tu kulit akan jadi lembut. So kena makan segera. Baki kulit pai tee boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Ada pelbagai versi kulit pai tee di internet. Google dan cubalah mana satu yang menepati selera anda. Saya ada terjumpa satu resipi yang agak panjang senarai bahannya - hanya untuk membuat kulit!!! But I'm pretty sure the result must be yummms too. Cuma tempohari rasa tak kuasa pulak sebab baru kali pertama mencuba after 20 years! Jangan ditanya pasal resipi yang pernah saya belajar dulu. Entah dah ditongsampahkan agaknya nota resipi saya dulu.





Wednesday, 16 October 2013

Post Eid


Alhamdulillah..... Back at home after spending 2 days at mom's for EidulAdha. All the four siblings with their 10 brood were there. Menjadi-jadilah hiruk pikuk. Mom made delicious nasi minyak with kari tulang and sambal ayam merah. Masih terasa dalam mulut... yummms. The day before eid almost all adults perform puasa sunat Arafah. Alhamdulillah. I couldn't *sigh* so I took charge of preparing food for their break fast. Our eid was very low key. Lepas solat sunat Raya the men all went out ke surau membantu melapah daging qurban. We did our qurban di luar negara so we didn't get to witness our own qurban. Dapat merasa daging qurban orang lain. Rezeki dari Allah.


So now I have daging qurban in my freezer. What to make? We don't eat beef that much. Kadang-kadang je, itupun in making lasagna or bolognese sauce or once in a while bila buat beef patties for burgers. I was thinking of making daging masak merah, geram semalam tengok Chef Ammar masak kambing masak merah. Tapi tak mungkinlah masak daging hari ini. Baru semalam pekena kari tulang. Walaupun tulang, tapi ada juga daging sikit-sikit dan tetelnya. Takkan straight 2 hari pekena daging. Tak bagus tu. But I think I'll go with making beef tagine, a Moroccan style beef stew. But I'll need to get some spices which I don't normally have in my pantry. Nanti boleh marinate the beef overnight dan esok sajalah masak. It'll be more flavoursome once marinated. Hope so ;-). 
Ok so off we go to the market.


Sunday, 13 October 2013

Salam AidilAdha



"Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah pada hari aildiladha kecuali menumpahkan darah (dengan menyembelih binatang)" ~ hadis Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud

Andai dihayati hadis di atas, begitulah pengertian sambutan hari raya Aidiladha. Zaman sekarang tidak ada yang tidak mampu melaksanakan ibadah qurban. Mulakan dengan niat dan buatlah simpanan setiap bulan. InshaaAllah bila sampai masa tentu mampu melaksanakan. Tidak mampu seekor lembu, setidak-tidaknya satu bahagian. Nikmat yang Allah berikan sangat luas kepada kita, antara sedar dengan tidak. Yang diminta pulangkan sedikit saja, dikongsi dengan mereka yang tidak berkemampuan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Tuesday, 8 October 2013

Pla Neung Manao


Wahhhh sekarang dah pandai speaking Siam kan? (*_^)


I cook Pla Neung Manao for our lunch over the weekend. Ada 2 orang pemakan ikan dan 2 orang yang bukan pemakan ikan dalam rumah ini. Jadi selalunya kalau masak ikan as main dish saya kena standby lauk lain untuk bukan pemakan ikan. Ikan apa jua jenis sekalipun sangat sesuai dengan selera lelaki-lelaki dalam rumah ini. Manakala perempuan-perempuan dalam rumah ini adalah sedikit memilih (read cerewet). Tolak tepi perempuan tukang masak, sebab dia boleh hidup tanpa makan hehe. Tapi budak perempuan kecil itu sangat kasihan kalau tiada lauk kegemaran dia akan kelaparan. Maka, bila saya pilih untuk masak Pla Neung Manao ini selesai masalah, sebab semua orang boleh terima termasuk budak perempuan paling muda itu.


Ok, saya tau anda telah tengok gambar di bawah terlebih dahulu sebelum membaca mukadimah entry ini. You cheat! Jadi anda sudah tau apa itu Pla Neung Manao. Mengikut kamus masak-memasak Thai yang pandai-pandai saya reka (where got such dictionary), Pla = Ikan, Neung = memasak secara kukus dan Manao = Limau/Lemon. Jadi Pla Neung Manao adalah Ikan Kukus Limau ala Thai atau Thai Steamed Fish in Lime Sauce. Ok umum telah mengetahui ini merupakan sejenis hidangan yang sangat terkenal di restoran-restoran masakan Thai. 





Bahan perisa utama dalam menyediakan hidangan ini sudah tentunya buah limau yang memberikan rasa masam pada kuah atau sosnya. Untuk hidangan ini saya guna resipi Chef Shane, seorang chef Australia (lahir di New Zealand) yang banyak menimba pengalaman memasak di negera-negara Asia Tenggara terutamanya Thailand dan Vietnam. Beliau mencurahkan segala pengalaman dan resipi memasak gaya Asia di dalam blognya Chef-A-Gogo. Saya membuat sedikit kelainan pada bahan-bahan yang digunakan tetapi kebanyakkan adalah sama dengan resipi asal beliau. Oh ya, saya guna ikan siakap ye. Orang putih Australia panggil barramundi. Omputih celup dari Asia panggil sea bass. Nak guna ikan kerapu pun boleh, tapi kerapu sebenarnya lebih sesuai untuk masak secara deep-fry. Sementara ikan merah pula kena pastikan betul-betul segar dan kena masak terus jangan simpan-simpan, hilang keenakannya. Ada sejenis ikan lagi adik beradik ikan merah, nama dia ikan delah pun sesuai masak kukus. Ini semua jenis ikan yang isinya lembut. Kalau ikan isi padat dan kenyal tu kau goreng jelah dik non. Tak stim masak stim ;-).



Pla Neung Manao recipe by Chef Shane via http://chef-a-gogo.com

1  whole fish 700g-1kg, scaled & gutted (sea bass, barramundi, grouper, red snapper, coral trout)
 
Sauce
120ml Freshly squeezed lime juice 1/2 cup (saya campur perahan limau nipis dan lemon)
60ml   Fish sauce 3 tbsp
40g    Garlic 2 tbsp (saya guna 10 ulas bawang putih yang dicincang halus)
25g    Chilli 1-2 tbsp (saya guna cili padi 5 biji untuk kurang pedas)
250ml Chicken stock 1 cup (saya guna kiub ikan bilis dilute dalam 1 cawan air panas)
15g    Coriander sprigs + 15g root(1/2 cup + 2 tbsp root)
 
2ea    Fresh green seedless limes
1-2ea Lemongrass sticks (bruised, then twisted) (saya mayang halus 1 batang serai)

*Tambahan ~ garam secukup rasa dan gula dalam 4 sudu besar atau boleh guna sirap gula melaka dalam 2 sudu besar. Ini bertujuan untuk seimbangkan rasa masa perahan limau/lemon.
 
Method
  1. Slash the fish several times on each side so the meat cooks evenly (Kelar penting pada bahagian paling tebal isi. Saya kelar secara menyerong membentuk kelaran 'U' supaya mudah ambil isinya bila masak nanti)
  2. Slice the 2 limes
  3. Stuff fish belly cavity with lemongrass, half the coriander root and some lime slices * Saya lumur sedikit garam pada ikan.
  4. Top fish with some lime slices, and rest on a couple more lime slices in the steamer
  5. Steam for 7-12 minutes or until fish is cooked through at the thickest part.
  6. While the fish is steaming, make the sauce 
Sauce Method
  1. Chop the fresh garlic, cleaned coriander root and the chillies (chillies to taste. depending on their heat & your tolerance)
  2. Mix chilli, garlic & coriander root with the fresh lime juice and the fish sauce.
  3. Heat chicken stock, but do not boil.
  4. Add to the lime juice & chilli mix.
  5. Taste and adjust to be sour and spicy with a hint of saltiness.
  6. Remove fish from the steamer when cooked, put into fish dish, pour the sauce over, and garnish with fresh coriander sprigs.

*Jika bimbang ikan yang anda gunakan agak kurang segar, buang air yang bertakung dalam bekas kukusan anda sebelum curah sos limau untuk dihidangkan. It helps membuang rasa hanyir. Tapi yang terbaik semestinya guna ikan segar ;-).





Masak hidangan Thai kalau tak letak sos ikan memang tak sah lah kan. Apa hidangan pun mesti letak sikit, baik kari massaman hingga ke kerabu som tam. Daun ketumbar (coriander) dan akarnya tu nasihat saya jangan skip sebab ia memberi lapisan rasa tambahan, lain daripada hidangan ikan kukus limau yang biasa kita makan. Saya buat sedikit survey di blog-blog hidangan Thai oleh orang-orang Thai sendiri, memang majoritinya akan guna daun ini sebagai penambah rasa hidangan.

Makan panas-panas dengan nasi panas memang bangkit selera! Kalau yang ini, even cik Yaya can't or won't resist!!!




Tuesday, 1 October 2013

Tiramisu ala Chef Ridz


Hello October!


Tiada mood sebenarnya nak menulis panjang lebar. Tapi tak suka juga blog terbiar tak ber update. Check it out Tiramisu yang saya buat sebagai memenuhi hajat Fahmi. Ada sebungkus penuh Saviordi biscuit atau sponge fingers baki buat tiramisu yang dulu. Fahmi asyik tanya apa gunanya saviordi itu. Bila saya jelaskan ianya untuk buat tiramisu, laju je dia minta saya buatkan. Elok pun saya buat sebab dah menghampiri tarikh luput hujung Oktober nanti!




TIRAMISU ala Chef Ridz

Bahan-bahan:
3 Biji telur
6 sudu teh gula
10 gram serbuk gelatin
40ml air panas
175 gram Keju Mascarpone (Saya guna jenama TATUA buatan New Zealand yang jauh lebih murah hanya RM9.90 untuk 200gm dan yang penting HALAL)
175 gram Krim Keju
250 ml Krim Memasak
Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
Jejari biskut Span (Saviordi)
Serbuk Koko
Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla



Cara-cara memasak:
Asingkan kuning telur dan putih telur
Adunan 1:
Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).
Adunan 2:
Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.
Adunan 3:
Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.
Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.






Cuma saya nak sebut, kalau anda alah pada Nescafe seperti saya, sila ganti dengan kopi jenis lain. Saya tak boleh minum nescafe hatta dicelup sedikit pun. Kesannya sangat menyeksakan. Tidur malam terganggu. Kejap-kejap tersentak terjaga. Restless gitu. Maklumlah ada caffeine kan. Menyesal tak guna kopi Vietnam sebagai pencelup Saviordi. Dah buat baru teringat kopi Vietnam tu. Kalau guna kopi Vietnam tentu lebih sedap lagi dan yang penting saya tak alah dengan kopi ni. Pun begitu, saya bukan penagih kopi tegar. Minuman pilihan utama saya adalah air kosong ;-).

Sunday, 29 September 2013

299 Di Serai Thai


299 memang selalunya low-key. Almaklum bukan kanak-kanak ribena lagi. Tapi tahun lepas dapat bantal bentuk love warna pelangi buat saya terasa seperti zaman bercinta! Hatta zaman bercinta pun tak merasa hadiah sebegini. Manakan tidak, berkawan tak lama tak sempat merasa dapat hadiah birthday bagai. Tapi tak apa, selepas itu setiap tahun si dia tak pernah lupa belikan bunga. Cukup untuk buat saya ceria ;-).


Saya terbayangkan anak-anak buatkan kek untuk saya, dengan dibantu oleh Daddynya. Tapi angan-angan yang terlalu tinggi di kayangan tu baik lupakan jelah. Sangatlah tidak realistik, silap-silap saya juga yang kena bantu bancuh adunan. Silap-silap saya yang kena deco kan!


Jadi bila dipelawa makan di luar sebagai hadiah meraikan, saya tidak menolak. Tekak terasa nak makan hidangan Thai authentic. Mr Hubby dah tentu terkejut. Dia tau saya kurang minat. Tapi entah kenapa saya terasa kecur liur sangat nak makan Miang Kham - ulam daun kaduk yang diisi pelbagai bahan seperti bawang merah, bawang putih, kelapa parut,cili padi, limau nipis, udang kering, kacang tanah dan sos cili istimewa, dibungkus dan makan begitu saja. Saya kan memang gemar aroma daun kaduk ni. Jadi kami tuju ke restoran Serai di Seksyen 3, Shah Alam. Sayangnya, restoran ini tak hidangkan miang kham... sob sob sob. Pun begitu tak terkilan sikit pun sebab hidangan kat situ memang superb!




Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Bila dah kenyang depa berdua ni memang hyper sangat. Mentang-mentanglah restoran tu lengang masa kami datang sebab masih terlalu awal lagi. Depa berdua buat macam rumah sendiri, fooling around tak kisah ke orang.


Restoran di seksyen 3 ni sudah agak lama beroperasi. Sudah dikunjungi rancangan JJCM. Walaupun dekorasinya agak lama tapi masih cantik dan selesa. Kalau mahu yang agak posh sedikit, silalah ke cawangan mereka di Empire Subang Jaya.