Thursday, 24 May 2012

Sour Cream Chicken, Mushroom & Spinach Quiche

I had the urge to bake a quiche tapi bahan tak cukup. Yang ada dalam fridge hanyalah fresh white button mushroom. So I made a quick dash to the supermarket on the way back home and bough a slice of chicken breast. Yes, chicken breast is good for making quiche filing. Tapi kalau ada leftover cooked chicken from any parts pun boleh je campak semua masuk dalam quiche, jangan membazir ;-).

Ikutkan nak buat vege quiche pun boleh aja tapi saya teringin nak makan yang meaty sikit. Tak pernah buat pun but it's not rocket science. Browse through the internet for few samples and I made my own version. It's quite simple really. Nak yang ada crust pun boleh, no crust pun boleh. I figured out nak buat quiche ni yang penting the basic ingredient mesti ada i.e. telur. Eggs will form the body of the quiche and hold the rest of the ingredients together. Kalau tengok betul-betul this classic French dish sebenarnya adalah pai telur, kan?

Kebiasaannya to make a quiche memerlukan telur, susu, isi ayam, sayur (jika suka), keju (of any type you like) dan seasoning. Owh don't forget the pastry crust if you like. Boleh variasikan your quiche sesedap rasa tekak anda. Nak letak mushroom, spinach, leek, broccoli, bell pepper, onion, kentang dan seribu macam mak nenek pun boleh. Asalkan muat dalam bekas yang nak digunakan. Ada faham?




This is my quiche, Sour Cream Chicken Mushroom & Spinach Quiche. Saja bagi nama panjang supaya senang pembaca teka apakah haiwan dan tanaman yang dimasukkan ke dalam pai ini. Ini pun kira pendek nama dia. Kalau ikut tatacara persuratan di ofis saya, tajuk haruslah tidak kurang daripada 5 baris supaya si penerima surat tak payah susah-susah baca the whole pages untuk faham isi surat. Baca tajuk 5 baris pun dah tau kita nak apa. Ha ha ha... Hmmm tak lama lagi saya akan graduate daripada sekolah persuratan tersebut. Haisyyyy.

Saya buat guna baking tin kecil je dalam 7 inci diameter gitu. So, let's check out the recipe.

1 keping dada ayam dipotong dadu
5 biji cendawan butang (putih) dihiris
1 genggam bayam hijau
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan krim masam
1/2 cawan keju parmesan diparut (atau serbuk pun boleh)
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung gandum
serbuk lada sulah
serbuk paprika
serbuk buah pala

1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau selama 2 minit, jangan biarkan ia berketul.
3. Masukkan isi ayam, garam dan semua serbuk perasa, tumis sehingga separuh masak atau kering air. Kemudian barulah masukkan cendawan, tumis sampai layu. Sebelum matikan api masukkan bayam, gaul sekejap dan segera matikan api.
4. Pukul telur bersama susu segar, krim masam dan keju.
5. Alas baking tin dengan doh pastry. Kemudian susun inti quiche dan tuang adunan susu di atasnya. Ratakan dan bakar selama 20minit dengan suhu 200C. Kemudian rendahkan suhu kepada 175C dan masak selama 30minit lagi atau sehingga adunan kering tidak melekat pada pisau yang dicucuk ditengah quiche.

Sejukkan sebentar sebelum dipotong. Sedap dimakan semasa suam-suam panas.





Jika anda suka boleh juga gunakan haiwan laut (seafood) bagi menggantikan ayam di dalam quiche anda. Kalau suka tapi sebaik-baiknya percampuran haiwan laut dengan susu dielakkan. Dan lagi satu tetapi... jangan sekali-kali mencampur adukkan haiwan laut dan haiwan darat bersama dalam satu hidangan. Itu tidak bagus, ye boleh membahayakan kesihatan. Ikutlah sunnah Nabi saw. Contohnya kalau hari ini masak laut ayam atau daging, maka esok giliran lauk ikan atau udang atau ketam pula. Janganlah hidangkan kepada keluarga lauk ayam masak merah dan diregukan dengan lauk ikan tenggiri masak lemak pula.

"Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak" (petikan http://www.salehsalmie.com/islamik-2/tazkirah/amalan-pemakanan-sihat-cara-sunnah-rasulullah-s-a-w/)

Nak buat crust macam mana? Dulu saya cukup malas dan menyampah nak buat crust. Rasa macam renyah je. Tapi bila dah semakin berpengalaman ni (chewahhh) saya rasa macam takde sebab kenapa saya perlu mengelak buat crust. Senang je.





Bahan-bahan Crust:

1 1/4 cawan tepung gandum
125gram mentega sejuk dipotong dadu
secubit garam (kalau guna unsalted butter)
2 - 3 sudu besar air sejuk

Gaul tepung bersama mentega dan garam sehingga jadi macam serbuk roti. Kalau malas guna hand mixer je. Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan gaul dengan tangan. Asalkan doh dapat dicantum cukuplah tak perlu tuang kesemua air, nanti lembik pulak pastry kena tambah tepung lagi. Leperkan dan rehatkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya untuk 30minit sebelum digunakan.

Ok, sekian perkongsian kita hari ini, bluwekkk. Selamat menjamu selera.

2 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

wahhh nyummmyyyy ;-)

Liasari said...

Yes, memang yummm yummm akak repeat 2 kali hehe