Friday, 13 December 2013

Kuih Cakoi @ Kayu Keramat


Masa kecil dulu, saya suka ikut arwah Atuk keluar pagi-pagi lepas subuh cari sarapan.
Hebak mung. Duk kampung tapi kalau sarapan beli sentiasa.
Kami selalu berjalan kaki je. Bukannya sebab dekat.
Tapi sebab tak muat nak berangkut naik motor. 
Atau barangkali arwah Atuk lebih suka berjalan kaki waktu pagi. Saya pun suka sangat.
Walaupun penat. Hala balik lagi penat menjijit beg plastik kiri kanan tangan.
Maklum, memborong sarapan untuk seisi rumah yang sekali ramai pakat balik memang penuh dari ruang tamu sampai ke dapur bersusun tidur!!!


Kalau membeli dengan arwah Atuk, tak pernah tinggal beli kayu keramat. Ye, itu nama glamor kuih cakoi di kampung saya. Saya suka yang amat. Cicah dengan teh panas. Uihhh heaven sangat.





Sambil menunggu orang menggoreng kayu keramat, saya ralit perati macam mana kaedah mereka buat. Doh tepung penuh sebesen. Doh ditarik sikit kemudian dipotong dengan pisau dan terus masuk dalam kuali. 
Tak perlu dicanai bagai. Hasilnya, kayu keramat@cakoi siap digoreng berbentuk diamond. 
Ternyata berbeza dengan kuih cakoi yang asalnya dijual peniaga-peniaga cina. Bentuknya panjang dan berkembar dua bukan?
Sekarang dah ramai peniaga Melayu jual kuih cakoi yang sama.




Baru saya tahu, orang makan kuih cakoi cicah kuah kastad manis.
Zaman kecil dulu saya cicah teh panas aja.
Tapi tak kisahlah apa jua cara. Selera saya pun sudah berubah.
Cicah kuah kastad pun sedap juga. Ini pun saya buat sebab terasa sangat rindu nak makan kuih cakoi.
Dan terasa sangat gatal tangan ini nak membuatnya sendiri.
Resipi asal oleh foodblogger terkenal MamaFami. Tapi saya ambil dari blog IzahDaut.
Boleh try google sendiri ye ;-)

Tuesday, 10 December 2013

Braised Lamb Shank

This Braised Lamb Shank recipe by ZenCanCook is really to die for!!!



Saya beli dua ketul lamb shank frozen di JayaGrocer. Satu beratnya dalam 200gm while another above 300gm. Biasalah, untuk mr hubby mesti besar sikit. Saya tak berapa sangat makan lamb shank ni tapi saja nak teman mr hubby makan (roll eyes) he he he.


Ada banyak resipi lamb shank di internet. There's one by Jamie Oliver tapi bila tengok Zen punya lagilah WOW!!! tu yang terus decide guna resipi Zen aja. Sungguhpun bahan-bahannya lebih banyak daripada lain-lain resipi tapi saya kira nak dapatkan rasa yang umph tu memang perlu 'kerja' lebih sikit.




Lamb shank yang sedang merenih atas dapur. Sebelum di transfer ke dalam oven.


Untuk resipi saya copy & paste saja. Nak pergi ke link di atas pun boleh.

Braised Lamb Shank
Inspired by Tom Valenti recipe in "Welcome To My Kitchen"
via zencancook.com


4 lamb shanks 
salt and freshly ground black pepper
1/2 cup canola oil
2 celery stalks, chopped
2 carrots,chopped
1 large onion, chopped
1/2 cup tomato paste
2 cups red wine
3/4 cup white wine
6 sprigs fresh thyme
2 bay leaves
2 teaspoons whole black peppercorns
2 teaspoons juniper berries
4 anchovy filets, chopped
1 whole head garlic, cut in half
1/4 cup white vinegar
1 cup demi-glace
2 cups Chicken Stock

Preheat the oven to 325 degrees. Season the lamb shanks with salt and pepper.
Heat oil in a large heavy pot over medium heat. Working in batches, add lamb, and sear until brown all over, about 2 minutes per side. Remove from pot, and set aside.
Pour off all but 3 tablespoons fat. Add celery, carrot, and onion, and cook until soft and beginning to brown, 5 to 6 minutes. Add tomato paste, and cook about 3 minutes more. Stir in red and white wine, thyme, bay leaf, peppercorns, juniper berries, chopped anchovies, garlic and vinegar. Bring to a boil. Cook for about 5 minutes to burn off some of the alcohol. Add demi glace and chicken stocks.
Add lamb and return to a boil. Cover and transfer to oven. Cook for 1 hour. Uncover and cook until meat is very tender, turning the shanks over every half hour, 3 hours more.
Remove shanks from braising liquid; strain the liquid and discard the solids. Skim any fat that rises to the surface and use the liquid as a sauce. Serve.


Since saya buat 2 ketul lamb shank sahaja, maka recipe di atas saya halve kan. Dan saya omit beberapa bahan seperti anchovies tu yang saya tak boleh tolerate dia punya pungent taste and lil bit bitter sometimes. The wine of course saya omit. Jangan buat pasal tak pasal-pasal dapat dosa!!!
Juniper berries tu memang tak jumpa lah kat sini kan. Demi glace juga tak jumpa. The closest to demi glace ialah browning powder atau sauce but the ones sold at supermarket agak meragukan status halalnya sebab dia buat daripada reduction of beef stock. Beef halal ke tidak tak tau sebab barang import. Certain barang dinyatakan halal tapi kalau tidak kita tutup buku sajalah ye.


But stil the taste was so good. So delicious. Memasak memang lama. Tapi hasil yang dapat ialah saucenya yang pekat, daging yang fall off from the bones. Dan warna lamb shank tu pun dan buat kita rasa wallahhh...





Makan dengan mashed potato dan semestinya ada greens ;-). Yang ada dalam fridge cuma brokoli. Kita celur kejap tak payah letak salt sebab sos lamb shank sudah cukup perisa untuk dicicah.

Selamat mencuba!!!

Wednesday, 4 December 2013

PSP Does Not Work For Them, But These Does...



After weeks of bosan mendengar the kids 'berzikir' bosan... bosannn... bosannNNn...
I finally succeed in keeping them in quiet state


With the help of 'some' tools of course...
after giving them back their PSP which does not work at keeping them busy and content
i use another tool...
called 'BOOKS' and 'COMICS'




Balik dari kelas agama terus sambar buku masing-masing yang saya baru beli di mph dengan tersenyum meleret... owh you just had to see the smile on Fahmi's face is so priceless!! Kemudian mereka hilang dalam dunia mereka sendiri.



Jangankan batang hidung, muka pun tak nampak dah terbenam dalam buku!!!

I find that books really works with my kids. Fahmi is currently into adventure/mystery gentre... alah yang koleksi Detik 12 Malam tu. I bought him koleksi 6 cerita dalam 1 buku terus. Cukuplah to keep him busy for the next 6 days. Ha ha ha
While Yaya who is very much into comics, I bought her komik Dear Yayah dua siri terus and another comic sains dan pengembaraan to be shared between them.


Now, I can happily focus on my baking project! Ha ha ha...


Monday, 2 December 2013

Swedish Meatballs

Hello December!
Sekejap je masa berlalu dah masuk penghujung tahun.


Ingat tak teaser tempohari?
Yang gambar teaser hari itu obviously bukan ini penyudahnya... he he
Lain bebenor lah rupa kan yang itu hari duk dalam periuk, dah tentulah tak serupa menu ni.
Tapi inilah menu istimewa yang saya buat for the kids. Swedish Meatballs.


Kalau sebut swedish meatballs ni pasti masing-masing terbayangkan meatballs kat IKEA tu kan? Restoran di IKEA tu memang famous dengan hidangan ini. To be honest saya tak pernah lagi makan swedish meatballs di IKEA. In fact kami tak pernah makan pun di IKEA food court tu. Apatah lagi setelah 2 kali restoran tersebut kantoi menghidangkan makanan yang bercampur bahan tidak halal. 


My first swedish meatballs I had them at our favourite restaurant - the now defunct Rooibos Cafe at Ara Damansara. Rasanya boleh lah ... walaupun sebenarnya hidangan terbaik cafe tersebut adalah nasi goreng ikan masinnya. My second meatballs dish was at MiSiCafe di Bukit Jelutong. The taste was really good that prompted me to make my own.






Biasa buat meatballs untuk Kofta Curry. Versi yang ini kaya dengan aroma rempah ala timur tengah.
I browse the internet for a true swedish taste. And I found one at Simply Recipes. The website/blog run by Elise, a Californian based foodblogger. Ada banyak resipi menarik di sana. Dan saya cuba replicate the swedish meatballs sebaik mungkin. Except, a few improvisation here and there. Well, you know me (*_^).
Oh well, I definetly had to make some changes sebab takkanlah nak guna bahan-bahan yang tak halal. As you are aware, mat salleh ni are very fond of mixing their mince meat with mince pork. They normally halve both portion. So, mine are 100% beef mince.


So here is my way of making swedish meatballs taking inspiration from Elise's. Coz I made half portion of what Elise made, jadi saya cut half bahan-bahan yang diperlukan.

Swedish Meatballs 
(makes about 50pcs of meatballs)

500gm beef mince (cuba dapatkan yang freshly packed at any grocer nearby you elakkan guna daging kisar pre packed berjenama tu sebab kasar dan terlalu banyak lemak)
1 biji bawang besar dicincang halus
2 keping roti - dicarik dan rendam dalam susu kemudian dikisar halus
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu teh garam
3 sudu teh serbuk mixed spices
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar cincang dengan 2 sudu besar minyak zaitun hingga layu dan kekuningan. Sejukkan.
2. Di dalam mangkuk satukan kesemua bahan-bahan lain bersama bawang dan gaul sebati.
3. Rehatkan sebentar. Ambil 1 sudu besar daging cincang dan bulatkan.
4. Susun atas loyang yang digris dengan sedikit minyak. Simpan dalam peti sejuk sebentar sebelum digoreng.
Boleh juga bekukan untuk kegunaan akan datang.





Sos Meatballs

2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 kiub pati lembu Knorr
1 1/2 cawan air
1/2 cawan krim masam
garam secukup rasa


1. Minyak baki menggoreng meatballs jangan dibuang. Panaskan semula pan dan tambah mentega.
2. Masukkan tepung dan kacau sentiasa selama 2 minit, jangan sampai berketul.
3. Masukkan air dan kiub pati lembu.
4. Bila mendidih masukkan krim masam dan garam. Biar pekat sedikit dan boleh hidang dengan meatballs.


Kalau tak ada krim masam boleh hasilkan sendiri menggunakan krim masakan atau cooking cream. Boleh juga guna dairy whipping cream. Saya sendiri biasa guna thickened cream jenama Paul's yang mudah didapati di kedai-kedai baking atau Jaya Grocer dan Cold Storage. Giant pun ada jual. Caranya mudah. Ambil 1 cawan krim masakan dan perahkan 2 sudu besar lemon. Gaul dan anda akan dapati ia semakin pekat (curdle). Siap. Mudahkan?
Almaklum kadang nak beli krim masam tu rasa membazir sebab pakainya cuma sedikit. Baki nak buat apa?
Lain kalu terus guna untuk quiche lorraine ke kan.
At least macam thickened cream tu saya boleh guna dalam banyak masakan termasuk nak buat chocolate ganache. Very versatile. Sebab tu sentiasa ada dalam fridge saya.


So selamat mencuba resipi Swedish Meatballs ni. ;-)

Saturday, 30 November 2013

Teaser





My kids are back from their 1 week stay at mom's house.
It feel so great to have them back, I'm cooking something special for them.
And something really yummy for mr hubs too.
So, we are having 2 different type of meal for lunch today.
It's gonna be a long and heavy process ;-)
But I'm all up for that extra work.
Haven't been cooking that much since they'd been gone.
So why not indulge into my cooking craving :-P


A sneak peek of what's cooking good looking (*_^)

Wednesday, 27 November 2013

Cod Confit with Basil Pesto Rice ala Chef Adu


Ok, dah tak payah cakap banyak-banyak kali. But I heart Chef Adu's recipe sangat-sangat!
This recipe of Cod Confit diterbitkan dalam majalah RASA edisi November or Disember last year.
Saya tertarik dengan cara penyediaan confit ikan yang unik.
Confit (pronounce as con fee) is a French word which means preparation of food cooked in oil or fat over very low temparature not exceeding 85 celcius. 
Tapi untuk resipi confit ikan cod ini suhu yang ditetapkan adalah tidak melebihi 50celcius.
Mencabar gitu.


I first saw kaedah memasak ni masa tonton My Kitchen Rules - Australian cooking battle program kat channel DIVA tu kan. This favourite team of mine ni masak duck confit.
Tengok gaya masak macam renyah gitu. Asyik kena check suhu je. Memula fikir boleh masak ke isi itik tu dengan suhu rendah. Biasalah awak selalu masak Melayu api mesti mau sedang-sedang besar gitu.
Tapi rupa-rupanya ia dimasak dengan suhu rendah untuk tempoh yang lama.
Hasilnya daging itik tu masak sempurna dengan rupa yang mulus suci gitu dan dagingnya empuk "melt in your mouth" bak kata Chef Manu Fiedel.







This confit unlike the duck confit prepared over the stove by my favourite team,
dimasak over low temperature dalam oven instead. Ikan kod dimasak terendam dalam larutan minyak zaitun yang diperisakan dengan garam dan lada hitam tumbuk kasar.
Bila dikeluarkan minyak zaitun cuma terasa suam-suam gitu je tak panas pun. Dan isi ikan sejuk sedikit tidak warm langsung. Cuma kata Chef Adu kalau nak hidangkan untuk tekak Melayu kena keluarkan ikan kod dan letak sekejap atas frying pan bagi suam panas sedikit. Sekejap je tak boleh lama sebab akan merubah tekstur isi ikan.





Sesuaikan dengan tekak Melayu, confit ikan kod dihidangkan dengan nasi pesto selasih dan salad daun selom Chef Adu. Rasa fresh sangat kombinasi ikan dengan salad yang rangup.

Rasa ikan tu?
Umm... satu rasa unik dan pengalaman baru untuk saya.
I like it tapi kalau nak suruh buat lagi tak tahu bila.
Renyah ;-) but worth the try.
Kalau anda punya tastebud yang adventurous why not give it a try.

Thursday, 21 November 2013

Angkat kening


A snippets of a small family with two young kids while having dinner on a cold Wednesday night.
And no, it was not winter. And no they were not western family, they are Asian. Hence the turn of the conversation cause some raised eyebrows.

Nine-year-old Boy : Mama orang perempuan uzur pakai Kotex kan?

Gulp!!! Terjungkit kening Mama dia. Mana dia tau ni? 
Adakah Mama dia terkantoi di mana-mana?
Berdebar jap.
Tapi masih angguk perlahan.

Nine-year old Boy : Mama masih uzur (period) kan?

Terjungkit kening #2.  Jeling kat Mr Daddy.
Daddy's reaction - masih tunduk makan as if not hearing anything. Ok, fine.
Mrs Mama angguk lagi. Walau sudah mula rasa cuak ni. Takpe bagi dia chance dulu, give him the benefit of the doubt.

Nine-year-old Boy : Habis tu kenapa Mama tak pakai Kotex?

Dah bukan terjungkit kening lagi dah. Terus terbuntang biji mata!!!
Ok, serius saya rasa deja vu sangat-sangat.
Aha!!! Anekdot superman je pakai underwear kat luar dulu.. Tapi belum sempat buka mulut Mr Daddy sudah potong queue.

Mr Daddy : Abang, orang tak pakai Kotex kat luar... macam mana Abang nak nampak!

Si Adik dah ketawa mengekek.


Aiyohhh!!! Ada-ada jelah kejutan dia. Pelik budak lelaki sekarang. Saya tak ingat lah kalau dulu masa adik-adik lelaki saya kecil ada ke tak diaorang tanya macam ni kat my mum. Saya nak marah pun tak boleh sebab dia cuma curious. Dan lebih baik dia tanya direct daripada cari maklumat kat tempat lain.
Plus, I don't find any offence in his questions. Benda yang dia tanya pun is life matter.


I asked him macam mana dia tau pasal Kotex. Bila dia explain saya rasa nak ketawa pun ada. It so happens dalam kelas agama yang di ajar oleh seorang ustaz di sekolah ada sentuh bab larangan dalam ibadah. Timbul bab uzur kot. And there was this one boy dalam kelas dia yang pergi cakap kat ustaz yang dia 'pernah tengok' mak dia pakai Kotex masa uzur. Kalau dengar perkataan 'pernah tengok' tu memang rasa nak luruh jantung lah kan. Tak hairan lah kalau anak lelaki saya cakap ustaz tu macam terkejut. Maunya tak terkejut, mak dia pakai Kotex depan anak kot? Kihkihkih...

Tapi saya yakin apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah dia mungkin pernah nampak mak dia beli atau pegang bungkusan Kotex tu. Tapi biasalah budak cakap ringkas je. Dan selepas itu terus ustaz tu tak mau layan lagi budak-budak tu bercakap. Hahaha...


Untung kau nak, mak zaman sekarang open-minded sikit. Agak-agak kalau budak lelaki cakap macam ni depan mak-mak zaman dulu mau kena penampar tak?