Sunday, 22 November 2009

Chicken Parmesan

tekak tengah berselera sangat nak makan sedap2. mula2 tu plan sorang2 dalam hati nak ajak hubby gi makan kat hotel nearby my office tapi bila difikir2kan tak berbaloi buang duit beratus-ratus padahal makannya tak seberapa. beberapa malam lepas dok kenen2 juga kat hubby ajak cuba bbq buffet kat restoran jiran kami, bukannya jauh pun restoran dia, depan rumah aja. tapi hanya sekadar kenen jelah sebab kami tak pergi pun. dah dekat 5 tahun berjiran sekalipun tak pernah pergi makan kat restoran dia... gajah depan mata kami tak tampak, semut seberang laut juga jadi pilihan.

sudahnya i decided to cook jelah. masak sendiri baru puas hati. i made chicken parmesan. mula2 tu ingat nak buat bubur ayam for fahmi coz tonsil dia bengkak tapi bila tengok dia berselera dengan bau sos tomato yang kumasak terus scrap je idea buat bubur ayam. instead of coating the chicken with breadcrumbs and frying them i chose to coat them with cajun and pepper powder, drizzled them with extra virgin olive oil then grilled to perfection. healthy sangatlah tu! ;-P

chicken parmesan with pasta and coleslaw. my portion ni kecil je tapi rasa full sampai sekarang.

malam ni makan roti cicah tomato sos baki tengahari tadi je. oops! hubby baru ajak makan oblong... kena cuba jangan tak cuba.

Saturday, 21 November 2009

ME

i'm getting the very much needed rest seminggu ni. no new order, no baking project for this week, except experimenting with 2 new recipes. next week mula sibuk balik coz order for raya haji dah mula masuk.

kenapa aku cakap 'much needed rest'? sebab bagi part time baker macam aku ni actually kena bekerja 2 kali ganda and for longer hours walaupun oder per week tak lah begitu banyak, the most at times adalah 4 order per week. tapi sejak 2 bulan lepas jari kelingking dan jari tengah ku ini buat hal... kulit kering dan menggelupas tanpa henti tak mau pulih. dah macam2 krim kusapu... oh no ku tak sapu krim berubat dari farmasi or prescribed by doctor. kucuma sapu hand cream crabtree aja. bila jarang masuk dapur dia ok skit. tapi sejak last 2 weeks makin menjadi2 lebih2 lagi bila bermain dengan fondant dan gula ising hilang kelembapan kulit.

this week bila dah gantung apron barulah nampak ada kemajuan sikit. owh don't worry it is not a disease or what. cuma aku ni culas menjaga tubuh badan beginilah jadinya.

me and hubby make a quick visit to our new house. hmmphh takde yang memberangsangkan *sigh*. fed up buat planning etc. mood aku sekarang? i'm no longer looking forward to move in to our new house... hilang nafsu akak dik oiii!

owhhh musim hujan sekarang ni sedapnya tidur berselimut tebal. jimatlah sikit bil elektrik coz aircon jarang pakai ;-)

Thursday, 19 November 2009

Fahmi Lost His First Baby Teeth

fahmi had his first successful debut concert last weekend. yesterday he lost his first baby teeth - one of the first two baby teeth he had.

i came back from work on tuesday evening tak sempat bagi salam only to be greeted by hubby who brought the news that fahmi's front teeth dah mula bergoyang. dan bukan itu saja, ada sebatang gigi dah mula erupt at the back of his baby teeth yang bergoyang tu. masa tu all the knowledge yang aku pernah baca pasal pertumbuhan kanak2 semua hilang dari kepala. jadi bodoh sekejap merangkak2 dok fikir dan tertanya sendiri macam mana ada gigi boleh tumbuh kat lapis belakang gigi susu dia. isyyy sia2lah semua ilmu yang aku belajar/baca dulu dan macamlah tak pernah jadi budak . bukan ke by the time kanak2 reach 7 years or earlier gigi susu akan mula gugur diganti dengan permanent teeth. gigi susu fahmi bergoyang sebab permanent teeth dah erupt dan menolak gigi susu tadi sebab memang dah sampai masa untuk berganti gigi.

but he's only 5... well he's going to be 6 in 1 1/2 month, he's probably early. since kami tak pernah lagi bawa anak2 pergi dapatkan rawatan gigi, i thought it is about time we started. mungkin sebab before this fahmi dan yaya takde masalah gigi so aku sendiri pun leka. typical pemikiran orang melayu kurang ambil berat hal penjagaan gigi. though i already had in mind nak membesarkan both my children ni lari daripada 'typical' gaya hidup dan pemikiran mak ayah tok nenek moyang kita. hmmph leka juga aku ni!

yesterday we brought both fahmi and yaya for their first visit to see the dentist. mula2 ingat nak ke dentist depan rumah je tapi doktor pula masuk lambat. kami mencari lagi kat subang permai, sayangnya klinik buka sebelah petang aja. hubby dah mengeluh2 kehairanan macam mana kawasan berpenduduk padat di tempat kami ni sangat kurang jumlah klinik gigi, kalau adapun macam hidup segan mati tak mahu. sama ada semua orang tak pernah sakit gigi sebab gigi elok semuanya atau macam aku cakap tadi pemikiran typical bangsa kita yang kurang ambil berat hal pergigian. owhhh aku tak mengata orang, termasuklah diri ku sendiri! pasal tu i am so adamant to do it differently with my children. tapi aku juga terleka.

finally a phone call to my ex-secretary brought us to klinik gigi rohaya di kota damansara, opposite McD. betul seperti kata dia, klinik tu memang bagus tapi ramai pulak senarai menunggu. hmm they are doing well maknanya. but the long waiting worth it. doktornya sangat friendly terutama dengan kids, itu yang penting sebab budak2 selalu takut jumpa doktor gigi. lebih2 lagi anak2ku sendiri, diaorang suka tengok mr bean kat astro ada satu siri ni mr bean jumpa doktor gigi, so diaorang takut sikit tengok peralatan dalam klinik gigi tu. tulah mengada2 tengok mr bean yang ntah apa2 tu, sapa suruh!

doctor rohaya sprayed analgesic to his gum before she extracted his lower front milk teeth. sempat fahmi kata "aghh...aghh.." dua kali gigi dah pun selamat dicabut. masa terbaring tu nampak dia dok kepit2 kaki ketakutan sama macam aku masa kecil dulu. hehe

lepas cabut gigi fahmi dapat reward... bukan main puas dia dapat makan aiskrim semalam. sampai kan bila aku balik kerja malam tadi tak semena2 aku disambut peluk cium dia. wow! jarang sekali dia buat macam tu unlike yaya yang memang suka peluk cium. rupa2nya dia nak pujuk aku bagi aiskrim lagi. ughhhh frust mama, thought the kisses and hugs were genuine. ada udang sebalik mee rupanya.ni rupa dia with all his teeth intact (susah nak cari pic dia berposing senonoh)

after... ada sikit melopong but his permanent teeth dah erupt separuh sebenarnya tapi terkebelakang sikit

ah... yaya had her teeth inspected too. doktor rohaya seems pleased to see that her teeth are generally ok, cantik & bersih (sudah tentulah sebab mama yang garang ni larang keras anak2 makan sweets and jajan) except for dua lubang pada upper front teeth dia yang perlu ditampal untuk elakkan merebak coz she still had another 3 years until her permanent teeth erupt. we plan to get her teeth di tampal on our next visit. the best thing about this clinic ialah it opens on saturday too from morning till 9pm. so mama tak payah ambil cuti or time off kalau nak bawa the kids ke sini lagi. so convenient! ;-)

owh by the way, the clinic called me pagi tadi to check on fahmi. bagus betul ada follow up call. we'll definitely return.

Wednesday, 18 November 2009

My 1st Wedding Cake

fahmi had his 1st on stage performance. hari yang sama pun ada something special in mama's life yang set a milestone in my passion for baking. i made my 1st wedding cake debut. and it was a 3 tier stacked fondant cake!

i was so nervous sebab memang tak pernah buat wedding cake before this, apatah lagi nak assemble cake tu bertingkat2. disebabkan few days before the wedding aku betul2 sibuk menyiapkan kek sampai pukul 2-3pagi jadi tak sempat sangat nak melayan darah gemuruh. pagi ahad tu seawal jam 7.45pagi aku ditemani hubby keluar menuju ke jeram, kuala selangor untuk deliver kek.

sesampainya kat sana rasa kagum kejap tengok laman rumah kampung dah ditransform ala2garden wedding. kreatif sungguh family nadhia tanam rumput karpet sekeliling rumah, sesuai benar dengan tema garden wedding tu.
tanpa banyak buang masa i get down to finish my work. bila tengok kek tu elok tersusun barulah aku rasa lega. rasa berterima kasih sangat2 kat nadhia, my regular customer from sunway suria yang order kek ni untuk wedding sister in law dia. thanks so much sebab bagi aku peluang & kepercayaan.suka sangat dengan tona merah jambu lembut ni... hihi perasan sorang!
tukang buat cake pun berpakaian ikut tema wedding = pink ;-)

tadaa... dah siap

selesai kerjaku sempat juga berborak dengan pak andam. pak andam pula ramah orangnya, siap minta no telefon aku lagi sebab katanya selalu dia offer pakej complete with wedding cake so bolehlah bagi peluang kat aku. masa bertukar2 no phone tu barulah dia perkenalkan diri sebagai midah khan. mendengarkan nama dia terus aku jadi gugup kejap. waduh... mekap artis terkenal rupanya! bila hubby tanya aku kenal ke siapa dia tu. ehh maunya aku tak kenal, nama dia selalu terpampang kat majalah2. cuma dia je yang tak kenal aku. aku respect betul kat dia, he's so humble and very down to earth. hmm... seronok juga ye buat wedding cake ni, selain puas hati tengok hasil kerja sendiri dapat brush shoulder dengan pak andam terkenal. pelamin rekaan midah khan yang banyak guna fresh roses in the shade of soft pink sedondon pula dengan gumpaste roses aku

Monday, 16 November 2009

Fahmi's 1st Concert

Debar sambut menantu dan menyiapkan my 1st wedding cake sudahpun berakhir. Alhamdulillah kedua2 menemui kesudahan yang sangat menggembirakan. Entry ini dedicated untuk konsert pertama fahmi.

We were so excited about fahmi’s 1st concert. Walaupun dia tak graduate this year, tapi dia participate dalam banyak acara. Fahmi ni jenis yang reserved, he tends to keep things to himself, kalau kita tanya sepatah, sepatahlah yang dia jawab. I got to know yang dia masuk banyak persembahan pun daripada cikgu dia. Kalau tak kerana terserempak dengan cikgu dia last week memang sampai kesudahlah kami tak tau apa2. until the day before the concert he keeps his lips sealed, paling tidak dia kata tunggulah nanti tengok sendiri.
Setibanya kat dewan warisan warga emas seksyen 24 shah alam tengahari ahad lalu kami grabbed tempat duduk di barisan belakang, rasa frust juga sebab agak jauh dengan pentas. Sempat aku mengintai ke belakang pentas, nampak fahmi & friends sedang bersiap, comelnya dia dipakaikan kemeja lengan panjang dengan bow dari riben hitam terikat di kolar kemeja. He looked happy macam tak takut apa2 pun. Mama dia je yang risau kalau2 dia ada stage fright.jenguk2 ke belakang pentas, fahmi and friends dah siap sedia tunggu giliran

Dia kumpulan pertama yang buat persembahan. Cepat2 aku lari cari tempat kosong di barisan hadapan duduk sebaris dengan pengetua. Hubby, yaya dan kakak kutinggalkan di belakang. Fahmi sikit pun tak nampak takut atau gementar, dia nampak excited nak buat persembahan pertama tarian moden berpasangan dengan Diana, si gadis bertubuh kecil berusia 6 tahun. Bila lagu berkemundang pantas aja fahmi & pasangannya mulakan langkah tarian. Masa tu rasa kagum sangat, pandai anak mama menari, tersenyum je dia.1st performance slow dance berpasangan dengan diana. masa ni rambut tak letak gel lagi, maklum lah tak sesuai dengan tema tarian

Selang beberapa persembahan lain, tiba giliran kumpulan dia sekali lagi buat persembahan tarian rock n roll. Aduh rangginya pakaian dia kali ni. Dengan kaca mata merah, baju kotak2 yang dilipat lengan ke atas dan ‘key’ yang terikat di leher Nampak macam cowboy pulak. Cekap pulak tu langkah tari rancak dia. Ughhh patutlah cikgu dia bagi review yang sangat bagus tempohari, rupa2nya dia memang kaki joget. Dalam hati aku berkata, patutlah dia diletakkan barisan hadapan tiap kali buat persembahan, memang hidup gerak tari dia.

raja rock n roll dengan rambut terpacak. bukan main lagi dia pegang tangan pasangan tak mau lepas. pasangan kali ni pun 1 year older than him.

His third appearance sekadar jadi pak pacak pegang layang2 untuk tari muzikal lagu desa tercinta nyanyian nora. And his fourth and last appearance adalah kejutan yang ditunggu2 iaitu perarakan 3 pasang pengantin masuk ke dewan. Fahmi jadi pengantin India! Last minute rancangan bertukar sebab tadika cawangan lain dah book student dia jadi pengantin melayu. No big deal… yang penting anak mama dah jadi penghibur terkenal hari konsert tu, masakan tidak 4 kali asyik keluar pentas. Glamer nye anak mama hihi
surprise... surprise. anakku berpakaian pengantin india... huhu mentang2lah anak aku gelap, pasangan dia pun sedondon warna kulit sawo matang dengan dia. cool je fahmi jadi pengantin takde rasa malu2 pun. kualiti gambar agak kurang menarik, i had problems with the camera setting. i tried to upload video persembahan dia tapi failed, agaknya file besar sangat *sigh*

a very big applause kat tadika fahmi, his teachers and principal sebab berjaya organise satu persembahan yang buat parents semua terhibur. for me personally sebagai parents rasa terkejut pun ada sebab this konsert shows another side of my son, he's so talented dan ternyatalah kerisauan aku dia yang dia mungkin akan jadi kaku atas pentas memang tak berasas. kat rumah dia lain, kat sekolah dia lain. hmm i'm glad i was at the concert for at least i discovered a few new things about him. i wonder apa lagi surprise yang dia ada for mama in the years to come?

i took the day off today, badan sakit... demam yang jadi tak jadi sejak dua tiga hari lepas betul2 menjadi akhirnya. sakit sendi2 ku satu badan. better rest, esok kerja!

Wednesday, 11 November 2009

Help...

huwaaa... rasa nak demam. dah masuk 3 hari tekak perit, mata pedih, kepala berdenyut2ting tong. kutelan panadol pun tak jadi apa. dedar dah ni wehhh nak demam rasanya ni.

punyalah excited aku susun jadual baking this week, semuanya nampak teratur je. tetiba tengah malam tadi dapat berita our main banker nak buat site visit hari jumaat nih. cheh kalau takat visit biasa2 je takpe juga tak yah aku masuk campur. ni visit by the new bod member plak tuh. short notice plak tuh! perghhh kes naya ni. mana tak naya, bukan tak tau style bos aku. event macam gini suka sangat dia palau orang berkampung kat ofis sampai dinihari, tambahan kalau kena buat presentation. memanglah aku tak campur bab presentation material tu tapi bab preparation majlis tak pernah aku dapat escape. pernah dia ban aku daripada masuk campur hal event, sebenarnya bukan aku tergila2kan sangat nak organise event, naik menyampah tahap gaban dah sebenarnya. tapi tiap kali ada event semua nak aku duduk dalam committee, kalau aku kata TAK NAK TAK NAK TAK NAK, diaorang nak juga aku jadi penasihat. entah diaorang ni tak faham dilema aku.

yang aku pelik, bila aku jauhkan diri daripada event, kadang bos aku pulak yang bising2 dan marah kenapa aku tak tolong, bila time things goes wrong aku jugak yang dicarinya - antara pendengar setia bebelan dia & tukang perbetulkan keadaan. apa gelarannya orang macam ni?

bila dapat tau pasal event kali ni aku fikir aku terselamatlah kali ni. sebab aku tengok mood dia dengan aku agak down sikit lately ni. aku fikir sure kali ni dia ban aku lagi daripada join event which is good for me lah. eh rupa2nya anak buah aku tunjuk nota yang ditulisnya tengah malam tadi ada jugak terselit nama aku. hampehhh... apa gelarannya orang macam aku ni? tak dibuang geram, nak dibuang sayang? hahahahaha sadis!

jadi lupakan jelah pasal nak balik kerja awal for the next few days ye. jangan haraplah jadual yang telah aku rancang rapi akan terlaksana dengan jayanya. setiap kali aku merancang sesuatu dengan kemas dan rapi mesti ada aja dugaannya. hmmph alamatnya mau malam sebelum event tu kena berkampung kat tapak projek sampai awal pagi. argh tak rela aku. time2 macam gini kalau demam datang full swing pun bagus ye. isyyy... entah apa2 ler aku ni.

Monday, 9 November 2009

Debar Sambut Menantu!

amboi tajuk entry bukan main lagi ye. meh baca sampai habis ;-).

dalam sibuk dan debar menunggu furbishing works kat rumah baru siap sambil beransur2 packing barang ke dalam kotak, perhatian minggu ni beralih kepada 2 perkara yang bertembung pada hari yang sama iaitu konsert sekolah fahmi dan wedding cake pertama both on 15 november!

aku memang dah sedia nervous pasal nak siapkan wedding cake 3 tingkat pertama ni. walaupun design yang diminta tu simple je tapi nervous seh. nak pulak kena pergi assemble kek kat majlis tu. petang semalam sempat siapkan a few kuntum roses made of gumpaste for the cake. dah lama tak buat bunga and yesterday was the first time buat bunga pakai gumpaste, 4 jam lebih mengerjakan baru dapat 3 kuntum roses mekar dan 3 kuntum kudup. aduiii lembabnya buat kerja... jari jemari dan sore. itu tak termasuk centre rose yang patah sebab eksiden... tensen! malam ni nak menguli fondant pula, entah berapa kilo yang larat kukerjakan sebelum tangan mula merungut lenguh nanti. hmmm... nampaknya inti karipap yang kufrozenkan terpaksalah duduk lama dalam freezer, bagi laluan pada wedding cake dulu.

pagi tadi masa hantar fahmi ke pintu sekolah, teacher lilies bagitau yang fahmi akan masuk 3 acara masa konsert nanti. i already knew that dia akan buat tarian tradisional berkumpulan. adalah sekali dua dia tunjukkan gerak tarinya kat rumah, itupun lepas didesak. he's very reserved when we talked about his konsert. teacher lilies kata he was hand picked by dr suhaimi to lead the choir menyanyikan lagu "london Bridge" sebagai drum major. so mama kenalah latih dia buat gerakan kat rumah tiap2 malam.

lepas tu dia pun terpilih untuk acara pakaian beragam. amboi banyak juga acara dia ye. acara ni betul2 buat aku tersenyum sendiri sebab a few days ago aku baru je bercerita kat fahmi tentang acara pakaian beragam his pak ngah masa kecil2 dulu. pak ngah jadi pengantin lelaki siap ada pasangan lagi. the reason i brought up cerita tu saja je nak kasi dia seronok so that dia tak rasa segan buat persembahan nanti. tak kusangka pula yang fahmi juga terpilih untuk jadi pengantin lelaki berpasangan dengan lydia as the bride! kuang3x... sambut menantu lah aku hari ahad ni ye? hahaha wedding orang, menantu aku!

hmm... baju sanding dah ada, nak kena cari sampin dan tanjak lah pulak. mana nak cari eh?