Monday, 4 October 2010

Segalanya Tulang

Selesai lah sudah tugas tukang masak diraja menyediakan banquet untuk majlis ulangtahun si ismet ulam raja. Tukang masak happy sangat sebab walaupun penat nak patah pinggang memasak sampai lewat malam pada Jumaat lepas kemudian bersambung keesokan paginya dengan hanya dibantu oleh maidnya yang baru 10% dapat serap ilmu masak2 tukang masak diraja, dia tetap puas hati sebab minuman istimewa jus lemonade yang dihidangkan mendapat pujian ramai! Cissss... penat-penat bersengkang mata menyediakan 3 jenis menu utama yang berasaskan tulang, 1 menu sampingan berserta dessert, lemonade yang siap dalam 10minit itu juga menjadi pooojaan hati tetamu.

Tukang masak tak sempat nak ambil gambar hidangan di meja buffet sebab seawal jam 11.30 pagi lagi dewan makan (read: car porch) diserang geng-geng basikal incik suami padahal meja buffet belum siap disusun. Mujur tukang masak diraja cekap, sudah siap cooking and baking bagai tepat jam 10.30pagi cuma tak setting table saja. Siapa suruh diaorang habiskan kayuhan awal. Tak sabar-sabar lah tu tapi kesian juga saya lihat mereka. Memang muka kebulur air dan food! Tapi untung sungguh mereka-mereka itu jadi tetamu paling awal sebab tetamu yang kemudian dah tak sempat merasa kari laksa lemak dengan udang besar, rendang rusa serta dessert strawberry dan blueberry crumble yang nyata ramai tak jumpa kat rumah lain.

Eh, cakap menu utama berasaskan tulang kan? Ye, itu idea incik hubby, credit to him for his brilliant idea. Tukang masak diraja umpama berada dalam pertarungan Iron Chef kerana diberi bahan utama tulang lembu semata-mata - tulang rusuk, tulang lutut dan tulang bahagian lain yang tukang masak kenal cuma tulang rusuk dan lutut sahaja. Jadi dengan bahan utamanya tulang lembu tukang masak olah menjadi mee rebus tulang dan sup tulang yang dimakan bersama bihun ataupun nasi impit - bila lengkap dengan condimentsnya i.e. pergedil kentang, sambal kicap jadilah soto nasi. Bahan sekunder yang dicadangkan oleh incik hubby adalah mee iaitu mee kuning dan bihun. Maka selain mee rebus dan bihun sup tukang masak tambah lagi satu menu utama yang tidak menggunakan tulang iaitu kari laksa lemak hidupan laut (seafood lah tu) yang sedap sungguh dimakan dengan bihun sampaikan Mum yang tak heran sangat masakan si tukang masak before this telah berjaya ditangkap mengulang makan sebanyak 3 kali! Walaupun masa tertangkap itu beliau kata baru nak makan kali ke 2. Ok, tak apa mungkin tukang masak sudah pening tersalah kira (sebenarnya tidak), tapi malam lepas tetamu reda Mum yang sedang mengusung bowl berisi bihun membebel sebab tukang masak buang saki baki kuah kari laksa itu. Ooopss sorry... ;-)

Baiklah, saya dah nak tutup entry so let's not talk in riddles anymore. Sebenarnya tukang masak dalam cerita ini obviously adalah ... saya. Ulangtahun si ismet ulam raja yang diwar-warkan sejak entry sebelum ini ... juga adalah... saya. Majlis yang mana tukang masak menyediakan hidangan utama berasaskan tulang, obviously ... bukanlah majlis sambutan ulangtahun saya. Kerana sungguh sadis jika saya perlu memasak for my own birthday party kan kan kan? Sengaja saya mewar-warkan cerita ulangtahun ismet ulam raja untuk sedapkan hati sendiri saja. Majlis pada tengahari Sabtu lepas adalah khusus untuk meraikan geng-geng basssssikal incik hubby seramai 20-25orang tetapi seperti biasa telah blown out of porpotion kerana tidak manis tak menjemput jiran-jiran yang sudah tentu hidung mereka di entice bau-bau masakan sejak malam sebelumnya lagi. Juga ma abah dan adik beradik saya yang telah saya entice dengan cerita rendang rusa menerusi kiriman sms sehingga kakak saya sanggup tinggalkan jamuan hari raya di pejabatnya dan ma juga lari dari tugasan memasak untuk jamuan hari raya rukun tetangga kerana saya telah berjaya menggunakan fahmi sebagai alasan to lure her. Owhh jahat sungguh saya mengeksploitasi kelemahan mereka!

Hanya gambar ini sahaja yang sempat saya snap. Ramai yang pelik barangkali baru kali pertama jumpa blueberry dan strawberry crumble tetapi ke 'pelik' kan itu tidak menghalang mereka melicinkan dessert plate saya serta tanpa segan silunya minta ditambah. Mujur saya buat 3 batches. Crumbles yang di dalam gambar ini sahaja dapat saya selamatkan.




Lemonade sejuk thirst quencher kegemaran kami sekeluarga kini menjadi sebutan jiran-jiran setaman. Kawan-kawan hubby sudah tahu kat mana nak lepak kalau mereka mahukan segelas freshly squeeze lemonade! Kembang serombong hubby kerana dia yang meminjamkan tangannya untuk memerah jus lemon.

Penat lelah si tukang masak berbaloi juga kerana mee rebus tulangnya mendapat pujian bekas chef turned an avid cycler merangkap tokey kedai basikal yang juga kawan incik hubby. Kembang juga hati mendengar pujian chef setelah cik lemonade sejuk stole the glam of the majlis tempohari.

Friday, 1 October 2010

Tukang Masak DiRaja Dalam Mode Sibuk

Tukang masak di raja dalam mode sibuk sekarang. Sibuk mengatur majlis ulang
tahun si ismet ulam raja. Jadi organise event, juga ketua chef merangkap tukang masak di raja - nak masak kari laksa lemak, mee rebus, sup tulang dan rendang rusa, ketua bahagian serving dan dekorasi - nak susun atur meja buffet, hias rumah, gubah bunga! dan tukang pegang master checklist. Sungguh gila kuasa! Jadi hati-hati ye, baik jangan dekat dengan beliau buat sementara waktu dan jangan tanya soalan banyak-banyak bila dia sedang bekerja. Tukang masak di raja ini is known for her hot temper terutama bila dah penat.

Thursday, 30 September 2010

A Birthday Card For The Loner

I'm a loner. Saya tak suka ber 'clique' atau ada geng, saya boleh kawan dengan sesiapa saja yang ikhlas. Di office saya juga a loner kerana orang susah nak membezakan diri saya dalam waktu kerja dengan personaliti saya yang sebenar. Saya juga seorang superior yang tak boleh diharap, read kalau kamu fikir kamu boleh bodek saya, kipas saya supaya boleh naik gaji atau dapat payung dan kebal daripada tindakan disiplin, kamu silap. Saya kalis bodek. Jadi tak mengapalah kalau kamu tak ingat saya waktu makan, tak bancuh air untuk saya, tak utamakan saya dalam majlis sebab saya pun tak suka kamu buat begitu. Saya terlalu strict dan uptight. Kadangkala kerana tanggungjawab kerja saya terpaksa buat benda-benda yang kamu tak suka. Saya ada satu rahsia, saya juga tak suka. Saya harap kamu faham sebab kita semua ada tanggungjawab masing-masing. Jadi saya rasa tersinggung bila segelintir kamu membenci saya semata-mata kerana kerja yang saya buat. Maaf, tapi tiada maaf, i got to do what i got to do. No hard feelings okay. So tak mengapalah, after years saya sudah terbiasa dengan statistik lebih ramai orang benci saya berbanding yang senang dengan saya. It's ok, i survive being a loner.

Jadi, semalam bila saya diberikan satu sampul coklat bersaiz besar oleh seseorang sebaik sahaja waktu kerja rasmi tamat, saya terpana. Sampul surat coklat biasa digunakan dalam urusan rasmi sahaja tapi saiznya sungguh pelik dengan tulisan yang sangat tak rasmi.

nama yours truly kena rahsiakan (macam lah orang tak tau)

Saya sudah sense something. Lalu saya membuka sampul surat itu dihadapan pemberi. Sekali lagi saya terpana melihat kad ucapan, speechless saya terduduk di kerusi tapi tidak sampai tahap terhenyak (itu effect orang sakit jantung, saya tidak).







Saya tidak berani nak angkat muka sebab saya segan si pemberi melihat air muka saya yang sangatlah menggambarkan perasaan bercampur baur - terkejut, terharu. Bila saya buka kad itu, melihat kandungannya saya bertambah speechless, sangat -sangat tersentuh.





To think orang-orang yang turunkan tandatangan serta punya masa untuk karang ucapan ringkas ini adalah orang-orang yang tak berani mendekati saya, even ada yang pernah terkena tempias beban tanggungjawab yang saya pegang, masih sudi memberi kad ini kepada saya.

To think that after all these years tarikh 29.9 itu come and go begitu sahaja tiada siapa yang peduli (tapi ada juga seorang dua). Tidak, saya tidak pernah minta atau harbours hope orang akan buat sebarang keraian di office semata-mata kerana hari lahir saya. Kerana bila hari lahir orang yang berempat lagi dirai sedang saya cuma lihat sahaja, saya cukup faham apa maksudnya, ye saya tahu di mana saya dalam hati atau minda mereka. Tiada. Selama ini saya bersyukur kerana tiada sesiapa sibuk-sibuk nak celebrate birthday saya, kerana sesungguhnya saya malu dan tidak suka menonjolkan diri. Terima kasih kerana memahami.

Jadi maaf jika tiba-tiba saya tertanya-tanya kenapa kini? Terutama bila saya sudah berkerat rotan berpatah arang di sini (bukan kerana kamu tak pedulikan saya)? Kenapa hati saya disentuh sebegini saat ini? Jadi kamu faham kan kenapa saya tak mahu angkat muka semalam. Kerana the emotion yang tergambar pada wajah saya semalam bukanlah kegembiraan, tetapi terharu, touched, keliru dan kesal. Ye, kesal kerana di saat saya merasakan saya telah hampir menamatkan pusingan akhir saya di sini, di saat saya merasakan saya boleh exit tanpa rasa any bond, saya gagal juga. Saya tak sangka, kamu telah berjaya menyentuh hati saya. Terima kasih, sekurang-kurangnya saya ada memento comel yang boleh buat saya tersenyum in the future.

Wednesday, 29 September 2010

299...

is my favourite number. I even had them at the back of my matriks number masa kat U dulu, 65299 kombinasi yang menarik dan catchy. Saya suka nombor ini kerana it represents my birthdate ;-) ;-)

sejambak madonna lilies dari anak-anak. Yang tukang beli tentulah daddy mereka. Yang lucunya anak-anak tak mengaku bunga tu dari mereka because they know nuts about the bouquet.

Today i'm a year older read wiser than last year. so what? I stop counting my age when i reached 29. On a serious note, macam 'roda di atas bas' (wheelsondbus) i have gone through a lot. Saya rasa roda saya been spinning a lot faster berbanding my friends kerana saya lebih awal mendirikan masjid. Marriage has certainly played an important role in shaping me into what I am today. Barangkali memang sudah tertulis di loh mahfuz, roda saya berputar terlalu pantas sehingga pada satu masa saya rasa ia telah melonjakkan saya pada satu tempat terlalu tinggi dalam usia terlalu mentah. Tapi saya juga tahu, roda saya akan berputar ke bawah dengan pantas sebagaimana ia pernah melonjakkan saya. Sebab itu ada masanya saya rasa diri terlalu tua berbanding usia. Saya cuma berharap saya diberi kekuatan untuk hadapi apa jua situasi. InsyaAllah...

Birthday girl menjamu selera dengan sepinggan spaghetti yang dimakan dengan lamb stew rich in tomato sauce. Berselera sekali makan hidangan air tangan sendiri sampai bertambah. Tak mengapalah kena masak sendiri sebab orang lain dalam rumah ini hanya tahu makan saja, janji masakan saya sedap. Pujuk hati sendiri lah tu.

Monday, 27 September 2010

Aktiviti Pecah Perut

My hari raya begins on Saturday kerana saya sudah selesai menunaikan ibadah puasa sunat Syawal. Alhamdulillah kerana diberi kesihatan dan kesempatan untuk merasa nikmat puasa sunat. Alhamdulillah juga kerana sebaik selesai puasa berduyun-duyun jemputan rumah terbuka. Tak sangka pula we would be marking our calendar with strings of jemputan. On saturday and sunday ada dekat 8 jemputan kebanyakannya daripada jiran setaman dan bakinya my friend and hubby's friend. Jadi, saya gantung apron dan kuali tak masuk dapur langsung last weekend! Sangat jarang dapat goyang kaki ticking list open house je :-). Tapi sebenarnya kami tak mampu pun nak penuhi kesemua 8 jemputan tu. Dapat pergi 4 buah rumah dalam masa 2 hari pun dah rasa macam nak pecah perut.

Kalau kesemua 8 rumah di redah rasanya bukan setakat pecah perut, terburai dan tercabut lutut sekali agaknya. Yelah, kalau jemputan sekitar satu taman pun bukan sebelah rumah, inikan pula jemputan yang merentasi sempadan negeri. Hujan yang turun mencurah setiap petang becomes a blessing, meredakan sedikit kehangatan sebab kebanyakan open house bermula tengahari. Saya kan sensitif dengan cuaca panas, mulalah migrain nanti. Oh ya, selepas 2 hari tawaf open house, berat saya sudah naik 1 kg masa saya naik atas scale pagi tadi. I told you!

Bagi yang akan meneruskan aktiviti pecah perut weekend ini, berhati-hati di jalan raya ye, sebab jalan semua sibuk dan sesak dek orang berpusu-pusu mengejar open house. Waktu-waktu peak yang perlu dijauhi adalah jam 4 petang ke atas kerana orang baru selesai menghadiri open house shift tengahari. Seterusnya selepas waktu maghrib hingga jam 9 malam sebab orang mengejar open house shift malam. Hahaha. Dalam sibuk ber open house jangan lupa solat (peringatan untuk diri sendiri juga). :-)

Thursday, 23 September 2010

Anak Rusa Nani

comelnya anak rusa ni siap bulu mata lentik lagi. agak-agak kalau semua lembu, kambing, ayam semua secomel ini, ada tak orang yang sampai hati nak sembelih ambil dagingnya buat lauk? tak kan? mesti orang simpan buat pet!heheh... agak-agaklah kan kenapa rusa ni Allah swt jadikan dia kecil molek je? mesti ada sebabnya kan, macam durian kenapa kulitnya tebal dan berduri itu sebab to protect isinya. dah lah pokoknya tinggi, kalau kulit nipis sure jatuh gedebuk ke tanah hancur jadinya. so agak-agak rusa ni kenapa kecil molek? kalau malas nak kaji saya nak guna jawapan mudah... because big things comes in small packages!

Bulan puasa lepas adalah sorang my colleague yang baik hati ni bagi saya satu beg kertas sederhana besar. Di dalamnya ada satu bekas rendang ayam dan satu bekas lagi rendang rusa. Terkejut sekejap saya sebab seumur hidup tak pernah makan daging rusa apatah lagi yang di rendang. Tak sangka daging rusa boleh dibuat rendang. Kecur liur saya dibuatnya, tak sabar nak merasa, tapi kena sabar juga lah sebab puasa kan.

Nak jadi cerita, petang itu saya terpaksa berbuka di office je sebab meeting meleret-leret. Walaupun berbuka secara berjemaah petang itu kami dihidangkan nasi briyani JM tapi tidak mengujakan saya berbanding gejolak hati nak merasa rendang daging rusa tadi. Lepas berbuka, kalau nak ikutkan boleh aja saya masuk bilik buka bekas dan ratah rendang. Tapi saya tak mau lah makan dulu sorang-sorang, nak tunjuk dan bagi hubby cuba dulu. Jam di tangan menunjukkan sudah 5 minit melewati pukul 8.00 malam. Apalagi terus saya merempit balik rumah sebab takut tak sempat nak catch hubby di rumah sebab dia mesti dah bersiap nak ke surau untuk solat isyak dan terawih. Sambil driving saya text dia bagitau pasal rendang. Mujur jalan dah tak sesak teruk, sempat saya sampai rumah just nice before he went out ke surau. Cepat-cepat saya buka bekas dan bagi dia rasa dulu dan saya sendiri pun barulah dapat merasa. Ya Allah nikmatnya penantian itu kerana rendang daging rusa ternyata sedap dan lembut sangat menepati gambaran saya.

Sekarang, saya rasa teringin benar nak makan daging rusa lagi. Tapi kat mana nak cari ye? Nak tanya pada my colleague tu seganlah pulak, takut nanti dia bersusah payah lagi suruh wife dia masak. Nak minta resipi pun malu. Saya dengar dari orang harganya RM35 sekilogram. Aduhhh mahalnya, lebih mahal daripada australian lamb yang saya beli di pasar tempohari, RM17-RM22 sekilogram (masa tu saya bantai beli dekat 4kg lebih buat kari for my ipar duai). Heyyy what am i doing comparing lamb with venison? Dah tentulah rusa lebih mahal sebab susah nak dapat, bukannya diternak secara besar-besaran pun. Tak kisahlah, saya nak juga daging rusa mentah, tau lah saya apa nak dibuat nanti.

Tuesday, 21 September 2010

Kari Laksa Seafood

Semalam pergi menjelajah ke blog orang, singgah lagi ke blog hana. Tengok gambar kari laksa lemak yang dibuatnya terus terliur. Tambahan pulak memang sejak minggu lepas saya rasa teringin nak makan mee kari tapi disebabkan minggu lepas dah buat mee bandung untuk berbuka puasa jadi saya batalkan niat. Takkan lah selang sehari nak makan mee kuning kan? Mana boleh makan selalu, not healthy.

Jadi malam tadi saya pun siapkan lah kuah kari laksa untuk dimakan masa berbuka petang tadi. Hubby pun ikut sama berpuasa 6 jadi memang sesuai benarlah saya jamu hidangan yang istimewa sikit. Kalau setakat saya sorang berbuka makan apa saja yang ada.

Resipinya hampir serupa dengan laksa lemak yang pernah saya buat dulu. Cuma resipi hana menggunakan serbuk kari, maka jadilah ia kari laksa. Saya cuma buat separuh adunan sebab nak makan 3 orang saja, membazir pulak kalau berlebihan nanti. Sabtu lepas saya ada beli udang besar di cold storage. Asalnya tak tahu nak masak apa tapi akhirnya masuk ke dalam kuah kari laksa. Urghhh memang marvelous kari laksa ni dengan udang besar yang manis je isinya.
Udang dah dominate mangkuk sampai tak nampak mee. Fahmi makan bertambah-tambah sungguhpun sedikit pedas for his taste tapi sedap katanya. Kalau tak gemar mee kuning boleh ganti dengan bihun.