Tuesday 26 February 2013

Ber BBQ Malam Minggu


Maaf, masih mode super duper busy. Maka kemunculan di blog dan blogwalking juga dihadkan. Memang sejak hujung tahun lepas saya sudah menjangkakan jadual yang agak ketat dan padat sepanjang awal tahun 2013 ini sehingga selewat-lewatnya habis bulan April nanti. Tapi, aktiviti-aktiviti yang sudah dijangkakan makin bertambah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak direncanakan tetapi tidak boleh ditolak. Boleh faham ke? Hehe... saja bikin pusing.


Aktiviti yang sudah dijangkakan adalah weddings!


Sebenarnya tahun ini adalah tahun yang paling banyak majlis perkahwinan sepupu sepapat sebelah saya dan anak saudara sebelah mr hubby. Nak jadi cerita 4 orang sepupu saya (2 sebelah ibu dan 2 orang sebelah ayah) memilih untuk tie the knot tahun ini. Majlis 2 orang sepupu lelaki sudah selamat. Tinggal 2 majlis sepupu perempuan end of March dan end of April nanti. Satu nun di Terengganu, satu lagi di Hulu Langat. Dan sebelum kedua-dua majlis itu, hujung minggu ini adalah majlis persandingan anak saudara mr hubby di Muar. Yang mana saya telah gatal mulut meng offer untuk hadiahkan kek perkahwinan! 


Ok itu semua aktiviti yang telah dirancang. Aktiviti yang tidak direncanakan tetapi tidak boleh saya tolak adalah tempahan kek yang datang selalunya paling banyak sekitar tarikh yang sama dengan tarikh-tarikh penting sepupu-sepupu saya itu. Nak tolak tapi bila yang datang tu customer lama agak susah nak tolak. Bagi saya 'kepercayaan' adalah sesuatu yang berat. Kepercayaan orang sangat susah kita nak raih. Once dah dapat susah juga nak menjaganya. Tetapi untuk melepaskannya adalah sesuatu yang mustahil. It is an honour to have one's trust. Jadi, aktiviti-aktiviti yang diluar jangkaan ditambah dengan yang sudah dijangkakan inilah yang buat saya super duper busy untuk suku tahun pertama. Wow! Macam zaman berkerja dulu juga. Hmmm siapa kata duduk rumah membosankan? (*_^)


Dalam kesibukan itu, datang jemputan untuk ber BBQ bersama jiran-jiran blok saya pada malam minggu lepas. Serius cakap rasa sesak nafas juga sebab badan penat. Bila terlalu penat susah nak switch kepada bubbly and energetic mode. As if saya ni ada bubbly mode kan? Kena telan gula sekilo untuk up kan mood rasanya. Tapi untuk menolak ajakan jiran-jiran adalah agak mustahil. Si baker yang famous di lorong kita ni nak tunjuk busy sangat sampai tak dapat join BBQ? Bluwekkkk baker famouslah sangat. Tak usah nak berlagak. Bagus juga bersosial. Sebab walau duduk lorong dan blok yang sama tapi nak berjumpa dan berborak itu memang tiada. Ada seorang dua yang kerap juga bertegur sapa. Mama Diana sebab rumah dia paling dekat dan sebab anak kami berkawan dan dia juga rajin datang rumah kalau saya buat majlis kecil. Then there's kak Yati yang selang 10 buah rumah dengan saya yang kerap saya jumpa di surau. Kemudian, Fazida yang duduk depan rumah kak Yati, yang kerap berkomunikasi dengannya kerana dia kerap tempah kek dengan saya! Perasan tak ada sebab tertentu yang menyebabkan sesuatu perkenalan/hubungan itu tercetus? Bukan kerana sebab tarikan semulajadi. Huh! Saya kena lebih ikhlas dalam perhubungan! Tapi jujurnya saya senang dengan mereka.






Dua tahun lepas kami pernah join sesi BBQ seperti ini. Masa tu masing-masing kena contribute food - potluck. Rumah kami ambil tugas sediakan minuman. Lemonade semestinya! Tahun ini kami pakat kutip duit saja dan order food. Siap ada tukang masak yang bertugas panggang ayam dan kambing. Bolehlah rileks sambil berborak menikmati hidangan. Saya perasan ramai juga jiran-jiran baru join. Tapi saya juga perasan ramai juga jiran-jiran yang tak join. Terserah masing-masing. Dan oooh!!! Jiran bujang yang suka suki parking kereta tepi rumah juga join! What a surprise! Ikut hati yang jahat ni rasa ringan je mulut nak slow talk... tapi saya selalunya tak berjaya membawa diri meluahkan isi hati. Mengadu dekat blog sendiri aja.


Khemah tenpat kami berteduh itu adalah ihsan mr hubby and his gang. At least tidaklah kami makan dalam gelap dalam keadaan cuaca yang seakan mahu hujan tapi tak jadi. Cuma saya agak tak setuju bila diletakkan meja. Sebab bagi saya kerusi sudah memadai. Bukan apa, bila diletakkan meja bulat sebegini tendency orang berkumpul dalam kumpulan favourite mereka adalah tinggi. Dan menyebabkan orang merasa terlalu selesa untuk mingle dan clique dengan 1 kumpulan itu sahaja. Bila satu meja sudah cukup dengan 10 kerusi susahlah nak selit lagi kan? Kebarangkalian ada orang yang tak muat masuk dalam table yang sama terpinggir sendirian di meja lain. Dan tak mungkinlah mudah untuk orang lain 'kacau daun' meja yang dah penuh. Pada saya kerusi sahaja cukup sebab kita mahu suasana santai. 


Saya yang penat ini, entah kenapa terasa canggung nak berhuha dengan mommies berkerjaya. Saya rasa saya sudah tua sangat malam itu. Saya memilih untuk melayan kelompok makcik-makcik (ibu-ibu yang tinggal bersama anak-anak mereka), berbual hal-hal domestic dan hal sekolah anak. Terlalu penat untuk bergosip. Plus, saya memang tak selesa melayan bergosip! Kalau nak bergosip pun cuma dengan suami sendiri aja. Hahaha.


And the childrens? As you can see in the pictures above, they have no problem mingle around. Papan jongkang-jongket itu boleh aja muat 10-12 orang. Padahal ada 2 jongkang-jongket tapi mereka pakat serbu yang 1 itu juga! Mudahnya menjadi kanak-kanak!

Wednesday 20 February 2013

Kisah Selepas Walimatulurus

Phewwww! Alhamdulillah selesai sudah kenduri kendara di rumah kedua-dua sepupu saya.  Sejak semalam nak update blog tapi connection berukband tersangat teruk, kejap ada kejap putus. Hilang terus mood. Yang pelik bila malam ok pula. Nak kata trafik congested. Boleh pakai ke alasan ni?


Penat juga berkemas rumah hari Ahad sehari lepas kenduri. Walaupun kenduri sebenarnya bukan dibuat di rumah Ma saya pun. Tapi rumah Ma dah jadi persinggahan saudara mara dari Terengganu, Kelantan dan Penang. Rumah teres 3 bilik tu melimpah ruah dengan tetamu yang masing-masing pandai-pandai sendiri lah cari tempat untuk tidur baring. Bilik air cuma 1 pulak tu. Saya kesian dengan mereka. Tapi tabik springggg sebab mereka tak pernah merungut mahupun serik. Bukan tak dicarikan rumah kosong untuk mereka port, rumah adik lelaki bongsu saya cuma selang 1 pintu saja dengan kami. Rumah adik lelaki no.2 seberang surau aja. Tapi rumah Ma juga yang mereka suka. Maklum, Ma saya kakak yang sulung. Jadi dengan toleransi mereka yang sangat tinggi terhadap kekurangan layanan tuan rumah, apalah sangat penat lelah berkemas tu kan?


Petang Ahad cadang dah nak gerak balik semula ke Shah Alam. Tak mau balik malam sebab tentu jalan jam teruk sebab ramai yang ambil anak dari kampung pun berlumba mulakan perjalanan hari Ahad tu. Tapi benarlah kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tengah melayan anak-anak saya dan anak-anak kakak berjimba jimbi di JJ S2 dapat sms dari my Ma bagitau Pak Anjang saya (bapa pengantin) masuk hospital sebab sakit dada. Kelam kabut lah kami balik rumah ambil Ma pergi melawat. Sudahnya, malam lepas maghrib juga baru kami dapat bertolak balik Shah Alam... ngeh ngehh ngehhh.


Pak Anjang saya secara fizikal kelihatan ok. Rasa tak sedap badan, angin dan susah bernafas. Tak tau lagi sakit apa. Masih dipantau di wad. Barangkali kombinasi kesihatan yang tak berapa baik tetapi tidak diketahui ditambah kepenatan serta tekanan menguruskan majlis kahwin anak sulungnya. Bab makan juga tak boleh rule out. Teringat pesan lecturer kuliah advertising saya dulu, makanlah apa saja kamu suka sebelum usia kamu 30 tahun, selepas 30 tahun dah tak boleh makan sesuka hati lagi. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. You are what you eat.


Menguruskan majlis kahwin bukan kerja mudah kan? Buat perancangan saja pun dah pening kepala. Banyak tekanan mental dan emosi. Selagi belum selesai selagi itu kita paksa diri. Bila dah selesai habis mari semua penyakit. Saya tabik spring kat my Ma yang dah uruskan majlis kahwin 4 orang anaknya. Dari A-Z buat seorang. Adik beradiknya jauh jadi siapa yang ada untuk membantu? Bila Pak Anjang pilih untuk menetap di Seremban juga, kiranya Ma saya jadi tempat bergantung dalam bab kenduri kendara. Ingatkan dah selesai kahwinkan anak sendiri dah selamat lah ye? Tapi seronok juga bila kehadiran kita diperlukan. Mengangkat darjat seorang anak sulung. Think positive, think positive! (*_^)


Oh ya, malam ini ada tetamu besar nak datang surau rumah saya. Kuliah Agama yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang. Malam ini selepas solat maghrib. Kuliah agama berserta program kutipan dana untuk mangsa kebakaran Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu. Malam tadi lepas solat Isyak setiausaha sudah maklumkan pagar surau akan ditutup untuk elak kesesakan dalam kawasan surau. Maklum jelah surau kami kecil. Tapi sungguhpun kecil sangat hidup dan meriah setiap malam serta kerap jadi persinggahan musafir laluan Shah Alam-Kuala Selangor ni. Dijangkakan trafik memang sesak teruk menghala ke perumahan nanti. Kehadiran jemaah dari taman perumahan berdekatan apatah lagi dari kampung-kampung yang berjiran dijangkakan sambutan yang overwhelming. Jadi menerusi forum online penduduk sudah dimaklumkan supaya boleh buat perancangan awal bila balik kerja nanti. Yang sedihnya ada juga segelintir yang mensensasikan pemberitahuan umum sehingga menjadi medan untuk melepaskan geram dari sudut politik.




Lucu pun ada sebab bila emosi merajai akal, akan keluarlah kata-kata yang menunjukkan kedangkalan. Ada yang menolak kehadiran beliau atas alasan "...tidak menghormati penduduk yang tidak sealiran politik"... Rasa nak gelak kahkahkahkahkah.... Tidakkah kata-kata yang sama boleh dikeluarkan kepada kamu jika political figure yang lain datang melawat suatu kawasan yang sudah tentulah bercampur pelbagai fahaman politik? Can you really stop benda-benda ni semua? Kita hidup bercampur, kaum, agama dan fahaman politik juga berbeza. Tapi kita masih boleh mesra. Kerana apa? Toleransi.


Put aside isu politik. Saya tak minat politik. Tapi saya suka juga nak dengar kuliah beliau. Saya tak tau lagi apa tajuk kuliah beliau. Jujurnya saya tak pernah dengar beliau sampaikan ceramah, saya tak pernah dengar ceramah mana-mana ulama parti tersebut. Saya tak tau lagi apakah kuliah beliau akan menjurus kepada isu politik. Saya tak mau ada persepsi negatif. Saya teringin nak dengar. Moga-moga ada ilmu yang bermanfaat. Moga-moga ada pencerahan. Dan disitu juga ada peluang untuk menambah saham akhirat - kutipan Dana untuk Maahad. Boleh google maps untuk peta ke Alam Budiman.


Friday 15 February 2013

Berebut Nak Kahwin

Tuan rumah dalam mode busy sekarang.


Sejak balik dari negara bekas jajahan Perancis dan berpaksikan pentadbiran komunis itu sambung menyambung buat kek kahwin.  Rupa-rupanya Minggu raya cina ni memang hebat dengan kenduri kahwinnya. Tambahan sekolah ditutup terus 1 minggu hingga hujung minggu ini. Memang sesuai benarlah nak buat kenduri kendara. Saya tak tahu menahu. Terikut-ikut resam zaman bekerja dulu, tak pernah ambil pot pasal cuti sekolah. Sebab dulu-dulu school holiday atau tidak tak pernah jadi perbezaan. Kerja tetap kerja. Tiada istilah merancang cuti.


Februari kali ini memang melakar dan mengulang sejarah sungguh. Dua orang sepupu saya, kedua-duanya lelaki, bernikah pada tarikh yang sama. Dan kenduri sambut menantu juga pada tarikh yang sama! Seorang sepupu sebelah abah, seorang lagi sebelah my mom. Satu di Shah Alam. Satu di Seremban. Masa nikah dua-dua saya tak pergi. Sebab saya sendiri sibuk dengan kek kahwin orang lain! Nak buat macam mana, tetap tarikh nikah pun selepas saya commit buat kek orang. Sekarang ni kenduri sebelah lelaki buat esok. Harus bagaimana nak ku bagi dua body ku ini? 


Tahun 2010, kenduri kahwin bertembung juga. Kenduri sambut menantu adik lelaki bongsu bertembung dengan kenduri kahwin sepupu perempuan sebelah abah. Sudahnya sedara mara sebelah abah seorang pun tak dapat datang kenduri kami. Sebab kenduri sepupu di Langat, lebih dekat dengan mereka. Tak jadi hal. Nak buat macam mana, masing-masing berebut tarikh! Tapi jadi cerita pertengahan kenduri kat rumah kami abah terpaksa tinggalkan majlis. Pergi ke Langat juga with mr hubby. Sebab ibu kepada sepupu lelaki yang nak kenduri esok (16/2) ni meninggal mengejut. Yatim piatu sepupu saya tu. Mujur pak sedara mak sedara semua berpakat buatkan kenduri untuk dia. Inshaa Allah, memenuhi harapan mak sedara dan tanggungjawab, tahlil malam nanti dapatlah saya pergi. Kemudiannya saya harus berada di rumah my mom untuk kenduri sepupu di Seremban pula. Ralat sebenarnya ni. sedara mara dari pantai timur dah membanjiri rumah saya, tapi batang hidung kita tak kelihatan lagi. Ralat.



Bertuah kan? Tak disuruh tapi masing-masing sukarela angkat penyapu sapu kertas-kertas mercun yang dibakar jiran cina depan rumah masa raya tempohari. Saya sibuk didapur dengan kek. Bila ke depan dengar suara budak berdua ni berserta bunyi penyapu lidi. 



Nak main kat taman tak boleh. Sebab depa kena 'grounded' 1 minggu. Agaknya bosan tak boleh bermain dan sakit mata juga kot habuk-habuk mercun terbang ke laman rumah. Sukalah cik maid kerja dia ada yang tolong lunaskan. Dah dua hari bersepah padan tengok je tak buat apa. Nak marahkan yang tukang buat onar pun tak tau bagaimana harus ditegur. Orang Cina memang pantang sapu rumah time raya ye? Sebab semua yang membakar mercun biar je sampah depan laman tak bersapu.



Syok menyapu tiba-tiba hujan turun. Bertempiaran lari campak penyapu semua. Hahaha...


Kesian budak berdua ni. Masa saya takde si abang demam. Adik tukang telefon bagi repot. Abang nya kesejukan dia tukang selimut. Bila saya sampai si adik pun dah sama ikut demam. Tak sekolah lah 1 hari. Tonsil mereka bengkak juga akhirnya. Kesian demam masa mama dia takde. Now dah ok.

Wednesday 13 February 2013

Di Sini Kiblat Menjadi Kiblas...


Di sini kiblat menjadi kiblas. 

Biar sebutan tak betul yang penting pemahaman sama. Dan uniknya kerana hotel tempat saya menginap terlalu sinonim dengan pelancong Malaysia muslim sudah tentunya, butler hotel yang bukan beragama Islam juga sudah tahu arah kiblat. Cuma kalau nak tau waktu solat saya kira agak melampau nak tanya dia juga. Kedai seberang jalan milik orang Islam setiap hari ada yang bersidai di kaki lama, kita tanya depa jelah ye.





Di sini paling banyak kenderaan jenis motorsikal di atas jalan. MasyaAllah tak pernah saya jumpa motorsikal sebanyak ini. Baik lelaki mahupun perempuan semuanya menunggang motorsikal. Basikal? Yang peliknya walaupun kaum mereka paling banyak menunggang basikal di negara kita, tapi bila di negara sendiri payah pulak nak jumpa basikal. Kecuali ditunggangi beberapa kerat warga tua yang tersangat tua tapi masih gigih bekerja.




Di sini paling banyak orang berniaga. Sampai atas jalan pun mereka berniaga. Kat tengah-tengah jalan pun ada peniaga bermotosikal boleh menjalankan urusniaga jual beli dengan penunggang motorsikal yang lain. Hebat! Macam gadis ini yang gigih melambai-lambaikan belonnya kepada pengguna jalanraya, sampai separuh jalan dia conquer seorang. Menariknya takde siapa yang rasa terganggu dengan perbuatannya. 




Nah! Ada yang berkenan rupanya!

Semasa saya tiba penduduk kota ini sedang rancak berniaga dan membeli-belah untuk persiapan menyambut Tahun Baru Cina.  Memang ketibaan saya dan suami benar-benar tepat pada masanya. Kerana pada hari kami berangkat pulang merupakan hari terakhir peniaga berniaga. Esok harinya semua kedai dan pasar serta pejabat kerajaan di tutup untuk tempoh 5-10 hari sempena Tahun Baru Cina. Fuhhh lega juga sebab kalaulah kami tiba sehari lewat alamat jadi ayam berak kapur lah kami. Apa pun tak dapat.


Di sini juga paling bingit telinga dek bunyi hon kenderaan yang tak putus-putus. Sikit-sikit hon, sikit-sikit hon. Nak laju hon. Kena block jalan hon. Nak belok hon. Nak apa je hon. Masuk hari kedua di sini, Mr Hubby pun dah mula melintas jalan pakai hon. Hon Mulut!


Di sini undang-undang jalanraya tak boleh pakai. Siapa nak jalan dia pergi dulu. Nak mencilok pun silakan. Jangan mimpi nak jumpa pemilik motorsikal mahupun kereta yang akan beri laluan kepada pejalan kaki.  Agak kalau nak buat style kat Malaysia tunggu kereta motor reda baru melintas jawabnya sampai ke subuh lah dema duk berkhemah tepi jalan tu. Kalau jumpa zebra crossing sekalipun silalah pecut kaki selaju zebra kalau tak nak kena rembat dengan mat rempit. Toksah mengada nak buat catwalk. Tak laku! Hatta nenek tua menolak basikal yang sudah meredah separuh lautan kenderaan pun di hon dek taxi kami suruh undur balik ke tepi. 


Di sini juga paling ramai perempuan bertudung menunggang motorsikal. Masa mula-mula sampai punyalah sejuk hati nampak ramainya orang Islam kat sini. Mana taknya, semua menunggang motorsikal lengkap menutup aurat. Walau berbaju moden, ber t-shirt tapi lengan panjang hingga menutup jari! Tudung litup malah ada yang tutup muka habis macam purdah! Saya tabik springgg!!!! Tapi after a while barulah saya sedar. Rupa-rupanya memang begitu resam wanita-wanita di sini. Menutup lengan, kepala dan muka bukan kerana mereka observant Muslim. Tapi kerana nak lindung kulit dari terbakar dek bahang matahari. Dan elak rambut dari kusut ditiup angin. Untuk clarification, they are non-Muslim. ;-)


Di sini susah nak jumpa orang yang berbadan besar. Lelaki atau perempuan semuanya slim. Perempuan-perempuannya kalau yang cantik tu cantik sangat. Kulit putih porcelain. Kalau yang stylo memang pakaian tak cukup kain. Hazab mak tengok. Terlondeh dibahu terlondeh dipinggul. Tak padan dengan status negara dunia ke 3. Agak tak mampu beli kain?  Tapi bila difikirkan semula, kat Malaysia pun bersepah.



Kedai jahit dan menjual pakaian Basiroh milik Hajah Basiroh Haji Aly berketurunan Melayu Champa (Muslim) yang sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Kerana apa?






Kerana di sini ada jual karipap gergasi RM2. Mungkin tidak sesedap air tangan sendiri tapi berbaloi sebagai kudapan di airport sementara menunggu penerbangan pulang ke tanahair. Sesuai juga untuk mereka yang dah ter'over' bajet setelah poket 'bentan' dek penangan aktiviti menabur zakat di Ben Tanh Market.


Kalau nak makan versi bajet di sini ada hidangan sepinggan nasi putih berlaukkan ikan goreng atau ayam goreng berserta sambal atau sayur. Yang kalau ditambah dengan segelas air anda hanya perlu membayar RM10 sahaja. Beri perhatian kepada perkataan 'hanya' dan 'sahaja'. Kalau kat Malaysia saya cakap macam ni confirm kena backhand. Tapi kita di Vietnam ye puan-puan. Halal food sangat susah dapat. RM10 adalah sangat murah.  Agak kalau nak melayan tekak yang rindu pelbagai masakan Melayu/Malaysia silalah ke restorang di sebelah. Restoran Kampung Melayu. Makan 2 orang sekitar RM70. Afdal lah tengah lapar pun kan. Terletak di hadapan hotel saya menginap dan paling dekat dengan Ben Tanh market... sepelaung aja. Pendek kata kalau tengah shopping terasa nak memerut sempat lah balik hotel kemudian sambung shopping semula. Nak makan lebih sedap lagi silalah ke Restoran VN Halal yang pernah dikunjungi rancangan Jalan-jalan Cari Makan tu ye. Food kat sini memang sedap. Sila tutup tag harga masa tengok menu. Mee Hailam dia tersangatlah superb! Mana nak jumpa orang buat kuah mee hailam umpama merebus stok siap halia bagai.  Cuma seperkara saya rasa agak terganggu, waiter non-Muslim bertattoo dan tindik telinga. Kat sini cashier wanita dia sangat fasih berbahasa Melayu. Mudahlah komunikasi.


Macam-macam gelagat manusia di kota ini. Sampaikan sebaik keluar pintu airport hingga hari terakhir di sana saya tak kering gusi ketawa melihat gelagat mereka. Saya rasa saya tak pernah ketawa sebanyak ini dalam masa 2 hari. 


Keluar dari pintu airport terpampang ratusan manusia yang elok tercongok umpama menyaksikan sebuah parade. Terbeliak biji mata saya. Takkanlah begini punya ramai sambut kedatangan saya! Sedara aku kah itu? Hahaha. Kemudian baru saya tersedar, mereka ni menunggu ketibaan anak-anak dan saudara mara yang pulang dari perantaun menyambut Tahun Baru Cina. Owh, gayat sekejap mak.


Di pasar Ben Tanh pula sakan saya dipeluk, digomol, 'diraba' oleh gadis penjual baju. Entah apa tarikannya sejak hari pertama lagi dia dia terkam saya "Kakak... kakak..." Padahal bukan berkesan pun taktik manja-manja dia tu sebab tak sehelai pun baju dia saya beli. Masuk hari kedua saya pun dah lupa pasal dia apatah lagi lorong-lorong kat situ mengelirukan. Alih-alih kena terkam juga dipeluk dari belakang, siap lentuk kepala  atas bahu baik punya. Sudah orang tengok gaya dia menerkam saya macam program jejak kasih. Mr hubby senyum aja. Nak kata apa pun tak boleh. Pakat gelak ajalah. Sampaikan sebelum kami balik tu Mr Hubby kata "Next time sayang dah boleh datang sendiri lah... takde apa pun (tak bahaya)...". Harharharhar... gara-gara penjual terover peramah!


Shopping di sini memang banyak peristiwa lucu. Rata-rata penjual boleh dan faham bahasa Melayu. Malah saya sendiri lebih selesa cakap Melayu tawar menawar dengan mereka. Kemampuan mereka bertutur memang terbatas. Tapi daripada kau susah-susah cakap omputih pun depa tak faham, belasah jelah cakap Melayu. Menjadi juga! Owh, jangan terkejut kalau jumpa seorang gadis penjual jersi sukan yang kefasihannya berbahasa Melayu sangat mengagumkan! Alangkan waiter berketurunan Melayu Champa kat restoran Kampung Melayu pun tak reti cakap Melayu. Kefasihan gadis ini boleh diberi markah A-!


Tapi nak pesan dekat isteri-isteri yang ikut suami shopping kat sana. Tak usahlah panas hati kalau dengar suami kita digula-gulakan panggilan "Abangggg..." ... "Sayanggg...". Ndak pulak dengan lengguk suara mereka yang semulajadi sangat mendayu (leweh) boleh longlai kepala lutut. Dapat kat lelaki jenis kuat perasan mau melepet atas lantai terus. Saya cakap jangan panas hati, jangan buat isu gaduh sebab mereka (penjual) ni bukan faham pun. Depa bantai copy dan ulang aja apa yang depa dengar dari orang-orang kita jugak. They don't mean it. Jadi cik abang sekalian, tok sah perahsannnn!!! 


Tapi dalam pada dok ketawa dengan gelagat manusia tu, ada juga kes yang memang aci sungguh kalau nak panas hati. Kerana di kota yang sangat terkenal sebagai syurga shopping ini juga paling banyak saya temui manusia-manusia PEMBONGAK! Bayangkan, sebaik keluar dari pintu airport aja dah kena 'pau' dengan pemandu teksi sapu. Manalah den nak tau ekau prebet sapu ke tidak. Dalam lautan manusia yang 'menyambut kedatangan' kami tu, ramai juga lelaki-lelaki berkemeja short sleeve putih yang menggamit offer nak hantar ke destinasi. Teksi mereka di parking seberang jalan. Bila sampai dan masuk perut teksi baru sedar ini teksi sapu. Meter takde, lambang teksi pun tak tertulis di badan teksi. Hmmm... sadakallahhal'azim jelah. 

Pesan saya, hati-hati dengan teksi. Jangan ambil sebarang teksi. Ambil teksi VINASUN berwarna putih dengan stripes merah hijau dibadan kereta. Teksi yang ini lebih reliable dan tak sebarang nak ketuk anda. Paling kuat pun dia keep the change VND2000 yang bersamaan entah berapa sen itu, takde duit kecil lah tu (bersangka baik).


Di sini ada Tomok versi Vietnam dan... versi kacak! ;-) Entah rakyat Malaysia mana yang bagi dia gelaran tu saya pun tak tau. Tak sempat nak bertanya panjang. Tapi serius saya rasa gelaran Tomok kepada Cheok (the hotel butler) sangat didn't do justice to his good looks. Come on lah... he's way too handsome to be dubbed as vietnamese Tomok. Oh untuk clarification yang dalam gambar itu bukan 'Tomok'. Tomok (Cheok) only works day shift. He's charming, he's very helpful, he's resourceful, he's very polite, he has warm personality and he treats you as a friend would. Hotel kecil 2 bintang ini sebenarnya tersembunyi sebutir bintang yang make you feel at home. Mengingatkan saya pada keramahan orang Bandung. Jadi kalau berhajat ke mari untuk bershopping, simpan duit tu tak perlu ambil hotel mahal-mahal. Saigon Pink 2 is a perfect choice. Of course kalau anda mahu relaxation haruslah pergi ke hotel-hotel mewah. Tujuan berbeza bawa kita ke tempat yang berbeza juga. Ada faham? Ok Good. Sebab cerita dah tamat.


Ehhh chop...choppp! Tweet!
Dah baca tu meh tolong like fanpage bisnes kain cotton saya Labella Cotton. Ada hampir 40 corak menarik boleh dipilih.
Dah boleh dah kalau nak beli kain untuk koleksi raya. Sampai kat tailor nanti Q panjang pulak kan. Jom shopping sekarang. Tenkiu for your likes. ;-)



Monday 4 February 2013

Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah...

Pagi yang redup dan nyaman seperti semalam. Alhamdulillah.
Dah lama cuaca kering dan panas kan. Membahang ke dalam rumah. Syukur pagi ini dan semalam redup dan nyaman je.


Cik Yaya bangun dengan tekak yang perit dan batuk tak lepas. Tiba-tiba saja. Buat hati saya makin resah nak meninggalkan anak-anak untuk 2 hari 1 malam. Kalau waktu masih bekerja dulu saya sentiasa pastikan my outstation trip sependek mungkin, pernah sekali kena overnight tapi selalunya day trip sahaja. Tapi kali ini terasa lain benar. Sebab mr hubby pergi bersama saya. Kalau cuma saya yang pergi barangkali hati tak segundah ini. Bila kedua-dua kami keluar bermusafir (musafir lah sangat!) bersama, risau berganda-ganda.


Macam-macam bermain dalam kepala. Boleh bangun ke mereka pagi-pagi? Sempat ke sarapan nanti? Makan ke mereka? Ada ke yang melayan? Sapa nak hantar pergi sekolah? Kalau ada keperluan sekolah sapa yang nak tengokkan? Homework buat ke? Dan paling menyesakkan kepala, selamat kah mereka?


Pening. Kacau bilau rasanya.


Bas sekolah pagi sudah saya atur untuk 2 pagi saya tiada sebab selalunya saya yang hantar. Mujur ada bas yang sudi untuk 2 pagi cuma. Alhamdulillah.


My abah juga dah setuju nak temankan anak-anak di rumah. Ye, memang saya ada maid tapi tak berani lagi letak 100% keselamatan anak-anak di bahu seorang maid. Biarlah ada ahli keluarga sendiri. It would have been better to have my mom staying with them tapi apakan daya, my mom juga sibuk menjaga cucu-cucu yang lain di sana.


Makan minum? Sudah saya frozenkan sos bolognese kegemaran anak-anak. Cik maid sudah lama tak memasak sejak saya ada di rumah. Daripada dia masak entah apa-apa yang tak menepati selera anak-anak baik ler saya je siapkan awal-awal. Maklum ajalah, menjaga anak sendiri dengan jaga anak orang tak sama. Setakat sarapan ada kuih muih frozen.


Bab bangun pagi ni yang saya fenin sikit. Si Abang tersangat mudah bangun. Walau dia kalau tidur pulas tapi bila bab bangun Subuh dicuit aja terus bingkas. Si Adik ni yang light sleeper macam saya tapi nak bangun sungguh lah liat. Langsung tak macam saya! Saya tak ada 2 hari ni siapa lah agaknya yang terdaya nak mengejutkan dia sampai terjaga. Jangan sampai terlepas bas jam 6.50 pagi sudah.


Harap-harap yang diberi amanah pegang amanah. Jangan jadi si Jerry bermaharajalela bila si Tom tak nampak bayang sudahlah.

Atuk memang sudah tentu superb melayan kerenah cucu. Maklum bukan selalu dapat bersama cucu. Risau juga kalau atuk yang kena buli nanti.


Aduhaiii. Kalau diberi pilihan memang tak pernah mau tinggalkan mereka. Tapi kali ini memang tak boleh nak heret sama. Ini bukan percutian. Dan rasa tidak wajar sangat nak mencutikan mereka dari sekolah. Tak suka nak biasakan macam tu. Penerimaan anak-anak? Fahmi ok saja. Penuh yakin dia kata "Abang OK. Adik tu". Si Adik? "Sapa nak temankan adik tidur?" Dia nampak susah hati benar. Fahmi memang independant. Yaya? Sangat dependant!


Tapi saya rasa untuk 2 hari 1 malam itu nampak gayanya cerah masa depan orang yang nak bermusafir itulah yang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena nanti!


Friday 1 February 2013

Jawapan 'Can You Spot The Difference'


Mula-mula nak cakap ampun banyak-banyak. Dah buat posting minta orang cari perbezaan dalam drawing yang entah apa-apa tu tiba-tiba tuan tanah senyap pulak. Umpama orang baling batu sembunyi tangan. Saja menggiat. Tuan tanah tertimbus disebalik tepung, gula dan mentega. Kena clearkan tempahan cepat-cepat sebab kepala dah serabut sangat. Too many things yang perlu difikirkan. Posting yang menyusul pun pakai 'scheduled posting'. Tak sempat nak buat entry susulan bagi entry di atas. Baru ini berkesempatan.


Ahaa... so my drawing was not that bad after all, eh? (Referring to this entry)


Ada yang point the difference dengan tepat. Terima kasih sudi melayan saya. Tapi maaf tiada hadiah... tee heee heee...


Bila saya tengok balik drawing sendiri tu memang banyak perbezaannya. Tulisan 'Jiran Belakang' misalnya. 'Padang rumput' dalam drawing 1 yang tiada dalam drawing 2. Alahhh 'padang' lah sangat kan padahal tapak pembuangan sisa pepejal kucing jer tu sebenarnya! Hot spot tu!


Tapi yang sebenar-benarnya saya nak tunjuk 'sampah sarap' tu, seperti yang di point out oleh puan DLL. Tajam penglihatan beliau pada drawing serabut serabai itu. Saya boleh aja ambil gambar sebenar tapi tak mahu lah menunjukkan rupa sebenar yang lagi azab. Rumahku sudahlah tidak cantik pemandangannya, tambah dengan sampah sarap lagi pedih mata. Ok stop hitting around the bushes ye. Cerita nya begini. Rumah saya rumah endlot. Ada kaki lima dalam 5 kaki (owh sesuai benar dipanggil kaki 5 kan?) sebelum pagar batu-bata. Tepi pagar adalah jalan ber tar, cukup untuk laluan ke lorong belakang rumah. Saya sengaja beli rumah endlot. Walau hajat tak kesampaian adalah corner lot. Takpe tak dapat corner lot dapat endlot pun jadi. Biar endlot sebab at least ada lebih tingkap dari rumah tengah. Kami suka cahaya semulajadi. Memang pesen tak suka duduk rumah yang dikelilingi dinding. Saya boleh claustraphobia... ehhh tiba-tiba! Suka buka tingkap, buka pintu biar angin dan cahaya masuk. Tak suka duduk rumah tutup habis terkepung. Baru terasa 'hidup' gitu. Dan juga kerana saya mahukan pemandangan yang lebih luas.


Untuk 1 1/2 tahun pertama apa yang kami mahukan itu tercapai. Lapang je mata tengok keluar tingkap. Biarlah viewnya jalan ber tar cuma. Tapi lama-lama tepi rumah saya ni dah jadi macam tapak 'used car' pulak. Berderet-deret kereta park kat tepi ni. Mula-mula cuma sebiji je. Lama-lama bertambah sampai penuh whole strecth tepi rumah ni. Jujur cakap saya memang kurang senang hati. Sebab saya rasa priviliged ... chewahhh priviliged lah sangat... priviliged yang kami nikmati sebagai pemilik rumah endlot sudah tiada nilainya sama sekali. Mind you, I paid more untuk view yang tak seberapa tu. Dan untuk sedikit 'privacy' itu. Dan tambah buat saya kesal, yang datang parking tepi pagar itu tak seorang pun ada courtesy untuk say something. Kadang saya sendiri malu nak kata 'tak minta izin' pun. Tapi at least say something lah... courtesy ok. Kitakan orang Malaysia kaya budibahasa.


Hati jadi panas kadang tu sebab boleh je mereka-mereka ini nak park kereta depan rumah masing-masing. Dalam pagar boleh muat 2 biji kereta side by side dengan selesa. Yes, porch rumah-rumah kat sini memang direka dengan keluasan maksima untuk park 2 biji kereta sekaligus. Lepas tu agak kalau masing-masing 'berada' ... ada 3 atau 4 biji kereta pun, boleh je park luar pagar masing-masing. Sebab kaki 5 depan rumah tersangat luas memang cukup panjang kalau terjulur sikit pun buntut kereta jenis continental lah. Kalau kereta jepun or malaysia memang muat sangat. See.... dah cukup mewahlah developer design rumah korang kan? Still you want to park tepi rumah saya. Kadang tu ada yang park ikut 'dan' je. Senget benget. Ada hari parking penuh ya rabbi... ada juga buat selenge pi park sampai terjuih buntut kereta sampai atas jalan utama. Padahal kat situ jugalah bas sekolah lalu nak ambil budak. Jadi susah bas nak pusing masuk lorong sebab kena ambil corner jauh. Kalau van boleh lepas walau susah tapi kalau bas memang hazab lah.


Pernah mr hubby tegur. Ada budak-budak uitm menyewa di sini. Dalam rumah tu tak taulah saya berapa ramai penyea. Tapi seorang sebiji kereta. Ada dekat 4-5 biji kereta yang selalu park tepi rumah. Kadang terlebih 5-6 biji. Hubby pernah tegur bila mereka park sampai terjuih atas jalan. Tapi semua tak mengaku. Satu hari saya intai tengok tuan punya kereta memang keluar dari rumah budak-budak itulah!


Macam nilah. Saya dah lama pendam. Tak selesa. Pertama sebab rasa 'privileged' tu dah tak privileged lagi. Kedua, terasa hati sebab courtesy tu tiada langsung. Nak say hi pun tak pernah. Yang mula buat keje parking tepi rumah ni cuma seorang dua tapi lama-lama ramai yang mengikut sampai terasa rumahku ini tempat parking awam. Ketiga, tak selesa sebab bila parking tepi pagar ini boleh straight nampak isi salam rumah. Ku nak terbongkang depan tv pun rasa was-was kang ada orang start enjin kereta punya lama siap berborak bagai 'bum bam bum bam' macam kedai kopi, ternampak pulak tuan rumah terbongkang. Langsir ada tapi kalau dah langsir pun aku tak boleh singkap udah serupa macam duduk rumah tengah terkepung lah kan?


Dan yang Keempat.... inilah yang ada dalam drawing saya tu... Keempat, sudah kau tiada courtesy buat tepi rumah aku macam parking awam, kau senyap-senyap turn 'tempat parking awam' tu sebagai 'tempat pembuangan sampah' pulak!!! Memang budi bahasa dan adap sopan ke laut sangattttt!  Sampah berupa botol air mineral kosong, kertas-kertas bergumpal, ada papan berlaminate, ada cap warna kelabu dan plastik jajan semua tu tak tau lah berapa lama dah bergumpal kat situ. Sebab kereta park kat tepi pagar ni tak pernah surut. Keluar satu masuk satu silih berganti. Tiba-tiba lah beberapa hari lepas kami balik park kat luar juga masa tu kaki parking tegar semua belum balik lagi atau barangkali Tuhan nak tunjuk kat kami. Tu diaaaaa depan mata 2 longgok sampah. Berdesir lah mulut mr hubby. Hari dah gelap saya tak nampak. Esok paginya barulah saya perasan. Itupun sebab semua kereta tiba-tiba beralih park kat pagar jiran sebelah. Ehhh tiba-tiba...? Hot hati cik kak oiiii! Hot sangatttt!!!


Saya kan malas nak cerita. Umpama mengumpat jiran. Alih-alih kalau saya cerita pun pasal jiran cuma pasal Mr Wong depan rumah dan anak-anaknya atau jiran sebelah kanan yang kedua-duanya berbangsa Tionghua. Yang sangatlah berbudi bahasa dan bertimbang rasa. Atau pun saya sebut pasal Diana, kawan anak-anak yang duduk sebelah rumah Mr Wong. Diana yang neneknya pun seorang Tionghua - mualaf. Apa motif saya sebut ni? Yang duk parking berderet tepi rumah ni kebanyakannya orang kita. Orang Melayu kita. Tapi sedih cakap...


Teringatlah ada terbaca kat majalah Solusi tahun lepas agaknya. Pesanan jangan menyakiti hati jiran. Antara yang saya ingat, bela kucing lepas tu dilepaskan biar kucing pi membuang sisa pepejal merata depan rumah jiran. Tu pun berdosa. Haaaa... engkau ingat takde apa-apa kan? Kau ingat small matter je kan? Berdosa kau tau. Kau sengaja atau tak sengaja asal kucing tu membuang je kat rumah jiran kau yang berdosa. Kucing tu tak salah apa-apa. Dan kedua yang saya ingat - parking kereta sampai menyusahkan jiran.


Ikut hati mau je tampal notis kat kereta diaorang. Tapi kan saya pula yang risau kang jiran terasa hati. Macam bagus je aku nak tepek notis kan. Tak pasal-pasal kena tempelak pulak. Susahnya hidup berjiran. Padanlah zaman sekarang ramai orang lebih suka duduk kondo. Masuk rumah tutup pintu dah takde apa-apa. Tapi kalau duduk rumah flat pun hazab juga. Orang atas sapu sampah atau basuh lantai depan air mencurah ke rumah kita. Hmmm... kadang saya mati kutu tak tau apa nak buat. Inilah bahana nya bila manusia hidup semakin 'jauh' dan terasing antara satu sama lain. Kau engkau, aku aku.