Friday 13 June 2014

My #1 Homemade Four Cheese Ravioli

Musim-musim panas ni kan memang malas nak berkubang lama-lama kat dapur. Tapi entah macam mana semalam naik syeikh juga. Menguli tepung, mencanai dan melapis. Menjadikannya ravioli. 
Sejenis pasta berinti daripada pelbagai jenis pasta Italy. It was my first attempt. Never made one myself before. And never had them before at any restaurant or anyone cook for me.
I've been drooling over this pasta dish for so long. Dulu kalau pergi Cold Storage mesti pegang letak, pegang letak peket frozen ravioli ni. Hati teringin cuba masak the readymade frozen ones tapi bila kenang-kenangkan bahan yang digunakan diluar kawalan saya, tambahan tak pasti keju yang digunakan dihasilkan dengan rennet babi atau haiwan lain yang halal bagi Muslim, maka saya tangguhkan hajat mencubanya.


Maka terpendamlah hajat merasa satu jenis lagi pasta. Saya memang suka makan pasta. Tekak setuju je. Omputih celup kata ma saya. Tempohari kami ada berkunjung ke restoran Chef Zubir, Laman Grill di Seksyen 13 Shah Alam. Sebab utama adalah ternampak menu ravioli ni. Tapi bila sampai tengok-tengok menu tu dah takde. Hampa.





Selama ni dok tonto My Kitchen Rules tu kan. Rasa geram je tengok depa kejap-kejap uli pasta. Eh macam senang je kan. Mak nak uli doh karipap pun berzaman baru berhasil dengan resipi yang fool-proof. Tu yang rasa tercabar je. Dalam hati isyyyy ada juga aku kerjakan ravioli sendiri ni.


Ada sekali tu a couple of months back saya buat 'cheat's ravioli'. Kenapa panggil cheat's ravioli? Dah sah-sah lah main tipu kan. Kulit dia instead of pasta dough, kita ganti dengan kulit wantan. Mana dapat idea membongak ni? Ehhh ... tengok mat salleh punya kerja lah... bajet nak makan cepat kan dan agak-agak tak kuasa nak membanting tulang berendam peluh bagai. Janji sodap. Sapa kata tak sedap? ;-)


To make the pasta dough you need '00' flour. Tu kalau kat market kat negara mat salleh memang khas untuk buat pasta. Tepungnya super halus. Tapi kat negara kita mana nak jumpa kan. Bukan makanan ruji pun. 
Tapi kot takde double '0' flour tu boleh je guna all-purpose flour. Apa bezanya ahkak tak tau, ahkak tak cuba lagi. Ada je standby tepung superfine tapi untuk first attempt ni jangan bazirkan tepung superfine yang mahal tu. Saya tak confident pun menjadi. Resipi dohnya adalah hasil mengkaji beberapa resipi di internet. Maaf saya betul-betul lupa simpan jejak. Cuma saya membuat kesimpulan untuk half kan resipi asal supaya dapat kurangkan pembaziran. Yang tekak super Italian cuma ahkak sorang jer. Yang lain ikut-ikutan.





Pasta Dough:

300gm all purpose flour
1/4 teaspoon fine salt
3 eggs
1 tablespoon extra virgin olive oil
1-2 tablespoon water (as and when needed)

Work on a clean kitchen top is ideal. Kalau tak tuang je tepung dalam mangkuk besar. Make a well, gaul garam, letak telur, olive oil dan gaul guna garfu bermula dari tengah hingga habis. Kalau doh dry baru letak air. Bila dah boleh bulatkan mulakan menguli doh hingga kenyal (elastic) dan tidak melekat. Balut dengan plastic wrap dan rehatkan dalam fridge for at least 30mins.

Selepas 30mins bahagikan doh kepada 3 bahagian. Untuk mencanai gunakan lah mesin pencanai pasta tu ye. Pasta rolling machine. Kalau tak memang jangan harap nak dapat kulit pasta yang cukup nipis dan sekata ketebalannya.

Mulakan dengan setting #1. Ulang 2 kali kemudian lipat doh kepada 3. Ubah setting #2 dah roll again beberapa kali. Sambil-sambil tu bedakkan doh dengan tepung kot tak melekat nanti. Akhir sekali setting #3. Kalau nak nipis lahi setting #4 tapi ahkak tak berani takut koyak. Maklum tahap beginner lagi. Potong dua pasta sheet tu dan mula picit inti buat 2 baris with 5cm intervals dan lebihkan at least 2cm border belah tepi.

Dah letak inti sapu eggwash keliling inti. Eggwash ni pecahkan telur sebiji dan pukul dengan air sikit. Tujuan nak mudah lekat. Pastu ambil sekeping lagi pasta sheet dan tutup atas inti. Buat perlahan-lahan, keluarkan semua air bubbles. Dan siap boleh potong. Saya guna acuan tart bahagian luar nya saja. Kalau nak rebus terus pun boleh. Kalau nak simpan boleh frozen kan.


Ravioli Filling:

1 cup cottage cheese (pengganti ricotta cheese)
1/2 cup parmesan cheese
1/4 cup mascarpone cheese
1/4 cup mozzarella cheese
2 cups spinash - wilted and chopped
1 egg
1 tbs pepper
salt to taste

Gaulkan je semua di atas. Cottage cheese ni kena tapis dulu untuk buang lebihan air dia. Kalau tak nanti inti jadi berair sangat. Ambil masa berjam-jam juga nak tapis. Saya buat sehari awal. Mascarpone cheese tu boleh guna jenama TATUA dari New Zealand. Tiada enzim dari haiwan yang haram untuk kita. Mozzarella saya guna jenama Floridia. Begitu juga dengan parmesan tu. Ada juga resipi yang tambah cream cheese. Menjadikannya a Five Cheese Ravioli.





Bila nak makan didihkan air untuk merebus ravioli tadi. Berapa lama bergantung kepada ketebalan doh. Sambil-sambil tu siapkan sos tomato kat sebelah. kali ni saya malas nak buat sos pasta sendiri. Saya guna jenama prego yang dalam tin tu. Penat dah membanting tulang buat pasta. bayangkan dalam cuaca panas ni, menjejeh peluh dari pelipis mata ibaratkan paip bomba pecah. Kalau time kemarau aci tak kita buat tadahan? Huhu. 

Prego ready made pilih je nak yang basil ke, mushroom ke or plain tomatoes. Siap rebus ravioli terus campak dalam saucepan kat sebelah. Gaul bagi pekat dan hidangkan dengan parutan keju cheddar. Patutnya parmesan tapi cheq takdak parmesan block. 

Verdict? Kalau saya kata perfecto memang bungkus lah Italian restoran kat Malaysia ni kan. I still need to work on the dough. Should try with the superfine flour or a different portion of flour and egg. Itu most important ingredients. Until next time. Setakat yang buat kali ini saya berpuas hati. Sebab inti dia sedap yang amat. Cheh!