Kalau anda terlibat dalam kemalangan kecil yang tidak mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa atau setakat kereta kemik sikit tapi masih boleh bergerak, sila silalah alihkan kereta anda ke tepi jalan. Atau kalau jalannya sempit, janganlah malu-malu or segan untuk cari bahu jalan yang lebih luas dan lapang untuk berhenti nak berbincang, tunggu tow truck or kawtim ke apa. Kot kalau nak bercerita or bertekak dengan orang yang melanggar atau dilanggar sampai esok pagi pun takpe. Apa yang penting jangan ganggu lalulintas. Ada faham? ;-)
Ni akak nak lepas geram sebenarnya. Dah banyak hari sejak cuti sekolah ni saya sampai ofis lambat sebab jalan jam. Jam start kat tol bukit jelutong tu disebabkan banyak jalan-jalan kat KL tutup buat raptai Hari Keputeraan Agong. Saya dengar jalan tutup untuk raptai seawal jam 6 pagi. Memang menyusahkan sangatlah kat pemandu-pemandu yang nak pergi kerja kat KL. Lagi teruk daripada musim sekolah buka. Yelah kalau dah tutup seawal 6 pagi you basically left these people with little choice. Terperangkap dalam kesesakan lah jawabnya no matter how early they leave home.
Pagi tadi hati baru je rasa nak seronok sebab kat tol bukit jelutong tak sesak. Ingatkan merasa lah sampai ofis awal. Rupa-rupanya hampes. Sampai kat 1st bridge ke Pulau Indah di persimpangan ke teluk gong kereta dah mula slow. Sesak sangat sampai tak bergerak. Ada lah sebiji jeep polis lalu, saya sangkakan ada fatal accident, memang patutlah kalau sesak tak bergerak macam ni. Kesian betul. Tup tup bila sampai atas 1st brigde tu takde apa-apa pun melainkan 4 biji kereta yang sedang elok rupanya kecuali 1 biji tu yang nampak kemik kat depan, tapi semuanya boleh bergerak. Aduhai korang ni menyusahkan orang lain, apa salahnya beralih ke tempat yang lebih lapang. Buang masa polis je datang. Sangatlah mementingkan diri sendiri, tak fikir yang dia tu menyusahkan orang lain tanpa sebab yang munasabah. Apa salahnya kita uruskan sendiri dengan cara yang lebih bijak tak payah susahkan orang.
Bukan nak riak. Orang lain pun pernah juga kereta kena sondol kan? Hati panas bukan kepalang tapi bagi signal dan berhenti di tempat yang lapang. Kot berhenti tengah jalan apa kes? Awak sorang bayar roadtax ke? Daripada makan sumpah orang berbakul baik ke tepi. Melainkan lah kalau accident yang teruk sampai cedera dan kereta pun tak boleh bergerak langsung.
Okaylah cukup akak membebel malam ni. Esok kita cerita lain.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago