Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Wednesday, 24 December 2014

Program Kembara Iman Dan Solat - Ustaz Ebit Lew


Seminggu selepas kami balik dari percutian ekspress ke KB Dan Terengganu, tiba masanya untuk Fahmi berpisah sementara dengan kami. Dia telah kami daftarkan untuk mengikuti Program Kembara Iman dan Solat anjuran Transform Training milik Ustaz Ebit Lew dan abangnya.


Sejujurnya saya rasa begitu berat untuk melepaskan dia pergi. Biasalah, perasaan seorang ibu kan. Sentiasa risaukan anak. Risau bolehkah dia urus diri kan sana. Macam mana baju-baju kotor dia, main campak aja ke. Ada ke tertinggal, tersalah letak apa-apa barang peribadi. Sempat makan ke tidak dalam mengejar aturcara program yang padat. Macam mana dia kalau sakit perut tengah malam. Selesa ke tidak bilik tidur, bilik air nya. Allahu... kalau nak layan apa yang bermain dalam kepala seorang ibu ni rasanya sampai ke tua lah anak-anak dikepit celah ketiak.


Tapi hakikatnya saya lebih suka untuk dia pergi. Biarlah saya tanggung kerisauan yang bermain dalam fikiran ni kerana saya tahu banyak kebaikan yang bakal dia perolehi daripada berkepit dengan saya di rumah. Ngeeee.... Jadi pada Ahad 21 Disember kami sekeluarga bergerak ke Kuala Kubu Baru menghantar anak teruna seorang ini. Dengan berbekalkan beg galas saiz sederhana (lebih kecil sikit dari beg sekolahnya) dan recycled beg berisi songkok, kasut sukan dan penyangkut baju yang tak muat nak disumbat dalam beg galasnya. Kesemua pakaian Fahmi yang pilih dan sumbat sendiri dalam beg. Ye, dia travel light. Sudah biasa begitu setiap kali nak balik kampung mr hubby atau nak overnight travel ke mana-mana pasti beg sandang biru tu digunakan. Dan dia pun dah boleh agak berapa banyak baju nak bawa. Selalu dia lebihkan sehelai dua t-shirt.


Setibanya di sana, saya jadi kecut perut melihat peserta-peserta lain yang masing-masing mengheret travel bag beroda saiz besar. Tak kurang yang pikul bag beg macam nak balik kampung 14hari! Aduhhh... aku yang silap kira ke apa? Senak dah perut. Tapi bila saya kira-kira semula memang 3 hari 2 malam pun. Cukuplah 6 helai t-shirt, 1 baju Melayu dan 5 helai seluar track bottom (ni pun saya rasa macam terlebih je). Dah siap extra kan 1 helai t-shirt. Abis tu apa benda yang peserta lain heret sampai beg troli besar? Bukan 1 beg tapi siap ada beg sampingan lagi.
Tenang. Tenang mak nya. Kita bukan tak biasa. Kita dah biasa latih anak travel light.


Budak lelaki baju biru jalur leher merah belakang fahmi tu akhirnya menjadi teman baik dia sepanjang program. Tidur katil double decker, Fahmi di bawah dia di atas. Darwisy namanya. Malam pertama Darwisy tak dapat tidur, akhirnya mereka berkongsi satu katil hehe...


Selesai pendaftaran kami dijemput menikmati sarapan ringan. Maklum Kuala Kubu Baru tu jauh perjalanannya. Semua kena keluar rumah awal pagi. Kot ada yang tak sempat sarapan. Lepas sarapan peserta dibawa ke tempat lain untuk orientasi dan mula program mereka. Ibu bapa pula disuruh masuk dewan. Diberi ceramah percuma oleh ustaz Ebit Lew. Hebat kan? Ceramah bukan sekejap. Dia pulun 2 jam setengah. hah, ko mampu?


Untuk anak-anak kecil supaya tak ganggu konsentrasi ibubapa yang sedang ditazkirah dan dibasahkan hatinya hingga bercucuran air mata air hidung semua, disediakan satu bilik khas untuk bermain. Masa datang pun disambut dengan maskot-maskot Spongebob, Winnie the Pooh, dan macam-macam lagi yang saya dah mula tak kenal sebab anak-anak pun dah makin besar dan tak tengok kartun-lartun gitu lagi. Gitu sekali dia menyambut dan berusaha memberi keselesaan supaya dapat khusyuk dan tawadduk. 


Dan saya puji Ustaz Ebit Lew yang sangat merendah diri orangnya hingga kita tak rasa seperti ada protokol antara dia dengan kita. Sambil memberi tazkirah kadang dia duduk di atas kerusi supaya senang audience nampak dia kerana dia kecil molek orangnya. Kadang dia duduk berjuntai kaki di atas pentas. Dan dalam tutur bicaranya yang sangat lembut itu dia tak putus-putus memohon maaf atas ketidakselesaan kerana dewan yang agak sempit katanya. Dan tak henti-henti dia meminta petugas ambilkan kerusi untuk tetamu yang berdiri. Dan tak henti-henti juga dia memuji ketegaan tetamu duduk dalam majlis ilmu walau dalam keadaan kurang selesa. Hingga saya yang sebenarnya sedang melawan sakit kepala (migrain) dan sakit bahu serta sakit leher yang menyerang tiba-tiba dapat bertahan dan memujuk hati bila mana ustaz berkata "...tuan-tuan, puan-puan yang datang ni ada yang datang dengan pelbagai kesusahan, ada yang susah nak duduk lama-lama tapi dengan kesusahan ini semoga Allah balas niat baik tuan-tuan, puan-puan..." Allahu... terpujuk hati.


Sakit bahu tu biasa lah kadang elok kadang datang. Sakit leher dan migrain tu pun faham-faham aja lah... anxiety lah tu asyik dok fikir pasal anak je mana tak sakit kepala. Alhamdulillah.


Pengisian program sangat bagus. Hari akhir parents dihidangkan dengan tayangan video aktiviti anak-anak sepanjang 3 hari 2 malam itu. Memang tersentuh hati mendengar kupasan Ustaz Ebit Lew. Dan saya puji tindakan ustaz yang memberi pasak rohani sekali lagi kepada parents. Supaya parents tidak culas dalam mendidik dan membimbing anak-anak ini. Untung ibubapa yang punya anak-anak sedia elok tak perlu diawasi sangat mak ayah sibuk dengan kerja tapi memang dia jadi elok dan tau apa yang terbaik untuknya. Tapi itu tak bermakna sudah cukup keperluan rohaninya. Ibubapa mesti berilmu. Biar menjadi sumber rujukan utama anak-anak. Itu akan membuat anak-anak lebih memandang tinggi ibubapa. Moga saya dan suami menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak.


Indahnya menyertai program-program sebegini. Seperti pesan saya kepada Fahmi, di sinilah tempatnya untuk menimba ilmu yang tak diperolehi ditempat lain. Disini juga tempat untuk menjalin silaturrahim. Dan benarlah kerana dia banyak dapat kawan. Darwisy yang sempat jadi teman tidur sekatil dengannya itu rupa-rupanya tinggal tak jauh dari taman perumahan kami. Malah buka sekolah tahun depan dia akan bersekolah di sekolah yang sama dengan Fahmi sebagai pelajar baru. Cuma dia rupa-rupanya muda setahun, sebaya dengan Yaya. Alhamdulillah sempat berkenal-kenalan dengan mak ayah Darwisy juga. See... cantik kan aturan Nya?



Wednesday, 5 November 2014

SJMC Run 2014 - Impian 4 Tahun


Ahad, 2 November baru ni kami sekeluarga masuk larian SJMC Run 2014, anjuran Ramsay Simedarby Medical Centre. 
Dulu lebih dikenali sebagai SJMC. La ni depa tukar management kot. Sinilah tempat saya melahirkan Fahmi. Sini juga tempat saya buat pembedahan buang tonsil. Sini tempat mr hubby buat laser opt untuk batu karangnya. Sini juga tempat mr hubby was hospitalised due to dengue fever. Sini tempat anak-anak ulang alik dapatkan rujukan pakar. Saya pun begitu juga. Jadi bila pusat perubatan ni dah jadi macam rumah kedua, mestilah secara tak sengaja bila depa anjurkan program larian sempena World Diabetes day ni kami TER tahu. Yelah, kalau tak mai sini time depa tepek poster keliling hospital bagai tentu tak menjadi sebab kami masuk larian ni.


Penyertaan kami dalam larian ini bermula dengan impian peribadi saya. Saya mempunyai suatu impian yang saya simpan sejak 4 tahun yang lalu. Impian saya suatu hari nanti saya mahu berlari dalam satu acara bersama-sama mr hubby dan anak-anak. Masa saya tanam impian ini, saya baru mula aktif berlari/jogging. Selepas berbelas tahun meninggalkan zaman persekolahan tiba-tiba saya terasa betapa ruginya saya tak pernah bersenam/beriadah menjaga kesihatan tubuh badan. Padahal masa zaman sekolah saya seorang atlet yang sangat aktif bersukan. Saya rasa malu sendiri kerana menjadikan kesibukan dan kepenatan bekerja sebagai alasan untuk bermalas-malasan di hujung minggu. Saya juga berasa malu pada Ma saya kerana Ma seorang ibu yang aktif beriadah malah aktif bermain bola jaring sehingga usia beliau 40 tahun. Malah kami (saya, Ma dan kakak) pernah mewakili pasukan yang sama! Rare sangat nak cari pasukan yang ada ibu serta 2 anak perempuan bermain bersama!


Empat tahun dulu saya rasa anak-anak saya too young untuk berlari bersama saya dalam apa-apa acara. Atau barangkali saya tidak explore enough. Padahal ada je acara fun run. Saya je yang tak tahu. Jadi, sejak sebelum bulan puasa tahun ini, saya dan mr hubby dah sibuk duk mencari acara-acara larian i.e. half marathon, marathon atau jogathan untuk kami sertai. Sayangnya, kebanyakan acara yang sesuai untuk kami yang baru tahap pelari novice ni dah pun ditutup! Dang! Kalau ada pun yang tinggal acara di Terengganu atau larian di Penang. Mak aii... takkanlah merentas negeri tu. Rasa kecewa kat situ. Kami terlewat. Rupa-rupanya ada je blog yang senaraikan acara larian sepanjang tahun di serata Malaysia. Kami je yang tak tahu. Ok sekarang baru tahu.


Tapi... kalau sudah tersurat kami akan mula berlari bersama tahun ini juga, memang akan terjadi juga kan? SJMC Run ini takde pun dalam senarai yang kami tengok dulu. Sebab ianya cuma acara berskala kecil. Tak kisah. Janji ada. Alhamdulillah, impian saya jadi nyata!




Ikutkan penganjur tetapkan peserta cuma 1500 orang saja. Tapi pada hari langsung acara saya rasa ada lebih 2000 orang peserta. Dan ramai sekali yang berlari bersama anak-anak kecil dalam acara fun run 3km!!! Malah ada yang berlari sambil sorong baby dalam stroller!!! Wahhh saya kagum!


Saya dan mr hubby daftar untuk larian 7km (dewasa). Bajet nak uji kemampuan. Sebab setiap minggu kami biasa berjogging sekali atau bonus 2-3 kali seminggu sejauh 3.5km (je!). Lari/jogging tanpa henti tau. Bukan lari campur jalan, tu tak aci lah. Ada orang berlagak dengan kami, cakap dia berjogging 10 pusingan padahal dia selang seli dengan jalan, lari sikit jalan lari jalan. Mana aci nak berlagak. Kami 'perasan' sangat 7km tu takde apa. Paling teruk pun maybe the remaining 3.5km tu kami terpaksa jalan. Nak jadi cerita, pagi tu kerana overexcited sangat dan juga kerana otak saya terlalu penat sebab that week banyak tugasan kek, saya lupa pasal bib nombor. 


Tanpa bib nombor kami tak boleh berlari dalam kategori sebenar!!! Adoiii lahhh... fail sangat kamu ni.
Makanya, berlarilah kami dalam kategori yang sama dengan anak-anak.
Sesungguhnya memang ketentuan Tuhan. Kami memang berlari bersama akhirnya!!!
Owh... bermula je bersama... bila sampai half tu dah start berpecah. Anak-anak mula dengan pecutan laju, kami suami isteri terpaksa pecut juga untuk rapat dengan mereka. Bukan berlumba dengan anak, tapi nak perhatikan mereka. Saya dah cakap, kalau pecut laju ni senak abdomen nanti. 
Akhirnya cik Yaya berhenti lari, berjalan pula. Saya tak boleh nak berhenti, Fahmi take over tunggu Yaya. Mr Hubby sudah tinggalkan kami. Eh... bukan main laju pulak dia kali ni ye? Selalu jogging dengan saya dia slow motion je. Saya dan mr hubby tiba di garisan penamat bersama. Diikuti Fahmi. Yaya jauh ketinggalan sebab dia berjalan je.





Mana satu kaki anak, mana satu kaki emak? Kecuali yang merah menyala tu , lain-lain hampir sama je kan?
Tapak kaki macam gajah!!!

Friday, 19 September 2014

Tolonglah Luangkan Sedikit Masa


Macam mana saya nak mulakan ye? Tanpa mengguris hati mana-mana pihak. Sebab saya akui saya sangat lemah soft skill. Cakap straight forward je. Tapi saya cuba untuk kali ini. Maafkan saya terlebih dahulu.

Bukan nak tuding jari apatah lagi memburukkan mana-mana pihak. Saya juga bimbang, kalau hari ini kita menegur sesuatu yang kita tak berkenan jangan esok lusa kita pula yang buat benda yang kita tak suka. Tapi saya melihat ini sebagai satu isu dalam masyarakat. Yang sangat-sangat boleh diperbaiki. Kebaikannya untuk semua juga. Isu pengabaian kebajikan anak-anak bagi ibubapa yang bekerja. Saya akui, perkataan pengabaian itu sendiri berkonotasi negatif. Tapi itulah sebenar-benar perkataan yang sesuai.


Terus- terang cakap. Saya memang seorang advocate of stay at home mom. Bukan kerana saya sekarang seorang SAHM atau sebenarnya saya seorang WAHM (Work-At-Home-Mom). Impian saya sejak dulu yang tak pernah saya sorokkan daripada mr hubby mahupun seiapa adalah untuk menjadi surirumahtangga yang mendidik sendiri anak-anak. Kerana saya yakin dengan ketetapan dan kejadian serta aturan yang telah Allah swt tentukan. Sebaik-baik tempat untuk seorang isteri dan ibu tak kiralah setinggi mana ilmu beliau adalah di rumah. Sebaik-baik pendidik bagi anak-anak adalah IBU. Sebaik-baik tempat untuk mendidik anak bermula dari RUMAH. Sungguhpun anda seorang isteri dan ibu yang berekrjaya tinggi sekalipun, jagalah sebaik-baiknya RUMAH, hidupkanlah sebaik-baiknya RUMAH. Sebelum anda meninggalkan rumah untuk menjalankan amanah di tempat kerja. Kerana yang anda tinggalkan di rumah juga adalah AMANAH.


Siapkanlah makan minum untuk anak-anak yang anda tinggalkan di rumah. Tak kiralah anak nak makan atau tidak tapi pastikan ada bekalan makanan secukupnya. Saya rasa sangat terkesan bila segelintir kawan anak-anak yang bertandang di rumah untuk sama-sama buat kerja sekolah di waktu tengahari. Mulanya saya terkejut sebab tak biasa terima tetamu kecil di tengahari. Kebiasaan waktu ini semua ada dalam rumah. Matahari terpacak atas kepala. Tambahan ianya menghampiri waktu makan tengahari. Amalan saya sejak kecil dan diperturunkan pada anak-anak jangan bertandang ke rumah orang di awal pagi mahupun waktu tengahari. Bila menghampiri waktu makan tengahari saya cuba merisik kerana kelihatannya si kecil tidak berganjak. Ibu dan ayahnya bekerja itu saya maklum.Dua orang kakak dan adik lelakinya ada di rumah. Rupa-rupanya dia dah biasa tak makan tengahari. Tiada makanan siap masak yang ditinggalkan di rumah. Melainkan snek dan bijirin. Dia biasa bersarapan saja dan menunggu kedua ibubapa pulang untuk makan malam pula. Serta merta jatuh kasihan dan kesal kerana saya sebenarnya tak masak untuk lunch hari itu. Memang dah merancang nak ajak anak-anak makan kat luar. Lewat petang nanti baru masak untuk dinner. Tak sampai hati, saya bawa dia keluar makan dengan kami selepas mendapat keizinan dari ibunya menerusi panggilan telefon. 

Dalam hati saya tertanya, beginikah yang biasa berlaku kepada anak-anak yang kedua ibubapanya bekerja? Bersarapan sekadar nugget atau sesetengahnya tak bersarapan langsung. Ini kah sebabnya ibubapa berkerjaya hari ini mempunya kecenderungan membekalkan duit belanja sekolah yang banyak sehingga RM5-RM10? Sebagai ganti tidak dapat menyiapkan hidangan di rumah? Sejujurnya saya berharap apa yang berlaku pada anak kecil ini hanyalah kes terpencil saja. Malangnya rata-rata yang saya temui di kalangan kawan anak-anak saya beginilah rutin harian mereka.

Sejak saya masih berkerja, menjadi kebiasaan saya membekalkan anak-anak dengan home-cooked meal. Tak kiralah kadang nasi goreng, mee goreng atau pasta yang biasa menjadi kegemaran anak-anak. Iya benar kerana tuntutan kerja saya tak dapat siapkan di awal pagi. Tapi malam sebelum tidur saya masak siap-siap simpan dalam fridge. Keesokan paginya pembantu rumah akan panaskan. Pada hari yang saya tak sempat sangat nak masak sendiri, pembantu rumah akan bekalkan sandwich atau paling tidak roti sapu jem atau mentega tabur gula. Atau paling tak senonoh sekali nugget atau sosej goreng. Itu pilihan terakhir yang saya paling tak suka. Iya benar bugget dan sosej bersepah dijual di kantin. Setidak-tidaknya yang kami bekalkan dari rumah adalah nugget terpilih yang kami tau asal usul pembuatnya. Saya tak pernah beri duit belanja pada anak-anak sehingga tekanan daripada kawan-kawan yang diberi duit belanja menjadi too overwhelming untuk kami tentang dan akhirnya episod bawa bekal ke sekolah berakhir bila Fahmi masuk darjah 3. Sebelum darjah 3, bekal yang di bawa oleh anak-anak saya seringkali menjadi tumpuan kawan-kawan di kantin. Kerap anak-anak mengadu tak sempat makan bekal sebab habis dimakan kawan-kawan. 

Rumusan yang saya sapat, anak-anak ini sebenarnya dahagakan sentuhan dan air tangan dari rumah. Bayangkan kalau bekal cekodok yang anak bawa pun jadi rebutan. Apakah petandanya? Nasi goreng yang sama dibawa anak-anak pun ada dijual di kantin tapi tetapi direbut kawan-kawan. Apa petandanya? Memang benarnya sentuhan dari seorang ibu itu yang sangat didahagakan oleh anak-anak kita. Tolonglah luangkan sedikit masa, sediakan walau sekeping roti tabur mentega dan gula untuk bekalan mereka. Anak-anak ini adalah masa depan kalian semua. Dan nikmat kasih sayang yang mengalir dari jari mu wahai IBU tak terhingga nilainya!


Tolonglah, korbankan masa peribadimu.
Tolonglah luangkan sedikit masa. Untuk 'masa depanmu'.

Wednesday, 17 September 2014

Anekdot : Sujud Syukur Macam Mana?



Tengahari Rabu yang lepas. Sambil dok tunggu anak-anak siap ambil wuduk untuk solat Zuhur, saya duduk di ruang tamu sambil melipat kain. Yaya dah pun mula angkat takbir. Datang Fahmi tergesa-gesa dengan kesan wuduk yang masih basah.

Fahmi : Mama... sujud syukur macam mana, Mama?

Saya terpana lama. Tak pernah-pernah timbul soal ini. Dari mana datangnya soalan ini ye?
Dalam kepala saya dok proses jawapan bagaimana yang harus saya berikan. Tak semudah itu saya nak beri jawapan tanpa mengetahui tujuan. Sebab dari gerak geri Fahmi nampak gaya macam bersungguh benar. Saya bimbang jawapan saya dan hasrat hati nya tak bertepatan. Kena risik dulu.

Mama : Kenapa?

Fahmi : Mama bagitau jelah dulu...

Eh... boleh macam tu? Kang saya silap jawab atau dia silap aplikasi, macam mana?

Mama : Mesti nak tau kenapa.

Dia mengalah.

Fahmi : Tadi... masa Abang tengah ambil wuduk, tiba-tiba Abang perasan ada benda hitam kat kaki... Abang tengok isyyy... lipan!!! Abang pun tepis lah. Nasib baik...


Allahurabbi! Memang nasib baik sungguh dia tergerak hati nak tengok.
Dan sungguhlah hari itu Allah gerakkan hati dia juga untuk pelajari ilmu baru. Sujud syukur.
Subhanallah. Alhamdulillah.

Sujud syukur dilakukan bila kita mendapat nikmat yang besar daripada Allah swt dan juga ketika terlepas daripada bahaya. Sujud syukur juga mesti dibuat bertepatan dengan maksudnya. Benda-benda yang remeh tak dibolehkan. Pun begitu, saya tak mahu lepaskan peluang ajar anak ilmu baru, saya ajarkan juga. Tak susah mana pun. Niat, takbirratulihram, sujud. Dalam sujud dibolehkan bacaan biasa waktu sujud. Boleh juga baca Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar dan salam. Moga ianya satu permulaan kepada amalannya yang lebih baik di masa akan datang.






Friday, 8 August 2014

Anekdot Syawal : Kenapa Puasa Enam Mencabar?


Saya ter delete entry yang sudah saya taip semalam. Maka saya terpaksa menaipnya semula. Malangnya saya sudah hampir lupa apa yang saya tuliskan. Owh jariiiii... kenapa kau tekan butang delete???


Fahmi pulang dari sekolah tengahari semalam, pada hari pertama dia mula berpuasa enam. Hari Selasa. Sahurnya ala kadar saja. Cuma sempat minum air dan makan kurma. Silap saya kerana agak liat bangun. Pun begitu, he looks amazingly more energetic than when he was performing puasa during Ramadan.
A little tired of course. Sebab jadual sekolahnya untuk Isnin dan Selasa lebih padat berbanding hari lain. Maka saya pun bertanyakan bagaimana rasanya berpuasa enam kali pertama.


Fahmi : Abang rasa ok. Tapi kalau mama bagi Abang berbuka, Abang berbuka lah.


Oitttttt. Hahahaha... begitu mudahnya mau mengalah?
No. No. No. Tidak semudah itu saya memberi laluan. Nama pun mak dia ni hati kering. Ala komando punya style. Kesian kesian sangat di awal waktu tak boleh lah. Ye betul memang puasa sunat cuma. Tapi ini peluang melatih. Maka, marilah kita melatih. Adat melatih anak-anak. Harus ada suntikan perangsang. Motivasi. Kalau tak orang dewasa pun lesu.

Maka saya gunakan cara psikologi. Mula-mula mesti terangkan yang kita faham berpuasa di luar bulan Ramadhan ni sangat mencabar kemampuan. Bukan fizikal, tapi lebih kepada mental. Kenapa? Sebab waktu bulan Ramadhan semua orang berpuasa. Kantin sekolah pun tutup. Orang tak puasa pun segan nak makan terang-terangan. Maka menjadi mudah untuk kita. Dan bila kita berpuasa diluar bulan Ramadhan, semua orang makan, secara terbuka. Kecuali kita seorang dalam ratusan pelajar lain. Dan tentu tercabar rasa. Sebenarnya bukan sebab lapar sangat. Tapi tertengok orang makan, mau nya tak terasa nak makan sama?

Mama : Jadi sekarang, Abang faham tak kenapa ganjaran pahala untuk orang yang mampu sempurnakan puasa sunat Syawal (puasa 6) sama seperti orang yang berpuasa setahun?


Fahmi angguk kepala, "...sebab susah"

Iya sayang. Sebab susah. Maka manis sangat di penghujungnya.
Puas bila lihat dia yang mula nya layu dan bersedia untuk menyerah kalah kembali bersemangat.



Update: Alhamdulillah dia berjaya sempurnakan puasa sunat Syawal enam hari untuk kali pertama.

Tuesday, 5 August 2014

Anekdot Syawal : Umpan Sudah Mengena!



Cuti raya yang panjang, (iye surirumah pun dapat cuti raya) saya dapat merehatkan fikiran dan fizikal. Bila dah rehat minda pun kembali segar. Jadi saya lebih mudah fokus bila berbual dengan anak-anak. Faham-faham sajalah, masa bulan puasa waktu petang bila anak-anak berehat lepas balik dari kelas agama saya pula sibuk di dapur. Malam pula kita dengar tazkirah dan balik berterawih masing-masing pun dah penat. Masa untuk saya melayan mereka berbicara serta meniupkan semangat atau motivasi agak terhad.


Saya suka bila minda dan badan dah segar semula, petang-petang duduk di ruang tamu melayan Fahmi dan Yaya berbual. Entah macam mana di petang Isnin (semalam), perbualan kami terjurus ke arah puasa sunat syawal atau puasa enam (6). Ohhh... ia bermula bila Fahmi beritahu seorang teman sekelasnya yang baru berpindah masuk awal tahun ini sudah mula berpuasa. Fahmi kelihatan seperti mahukan komen saya. Alhamdulillah, walaupun mata saya sedang ligat mengadap rancangan tv kegemaran My Kitchen Rules, tapi saya bagaikan mendapat ilham untuk tiupkan motivasi baru. Takpe, mommies kan very good in multitasking? Hehehe.
Niat saya ingin menarik perhatian Fahmi kepada 'sesuatu' yang tersimpan rapi di rak buku kami di tingkat atas. Saya berharap this conversation will get us 'there'


Saya : Bagus kawan Abang tu puasa. Abang tau tak amalan berpuasa sunat tu amalan Nabi saw. Dan amalan orang-orang bijak pandai?

Fahmi diam. Peluang untuk saya masuk lagi.

Saya : ... Abang tau tak pelajar terbaik SPM tahun 2008, Nik Nur Madihah... dia dapat 20A. Salah satu amalan dia sejak di sekolah rendah adalah berpuasa sunat.


Bulat mata Fahmi. 20A!!!

Saya jelaskan lagi kepada Fahmi, kejayaan seseorang dalam hidup dan apa jua bidang sebenarnya bergantung kepada keredhaan dan rahmat Allah. Kalau kita bijak macam mana sekali pun tapi amalan kita tak pernah pun kita ingat Allah, tak pernah pun kita cari redha Allah dan tak pernah pun kita niatkan satu-satu pekerjaan kerana Allah... belum tentu kita berjaya.


Ya. Barangkali benar juga kalau anda kata kerana kemiskinan memudahkan seseorang berpuasa. Sebab dah biasa kurang makan. Berbanding orang senang macam kita, makanan sentiasa menjadi godaan melemahkan iman tambah lagi musim raya ni kan? ;-). Tapi istimewanya menjadi orang kurang berada ini memudahkan dia mendekatkan diri dengan Allah.


Akhirnya teruja dengan cerita saya tentang rahsia kejayaan Nik Nur Madihah membuatkan Fahmi tertanya-tanya mana saya tahu semua cerita ni. Tu diaaaaa.... umpan sudah mengena. Dan tanpa bersembunyi lagi saya katakan, saya tahu kerana saya sudah baca buku rahsia kejayaan Nik Nur Madihah. Cerah biji mata Fahmi.


Fahmi : Mana buku tu? Ada ke?


Sekejap.
Kadang saya macam tak percaya mudah nak memancing minat dia. Kadang saya rasa ruginya entah berapa banyak peluang yang saya terlepas semata-mata kerana sibuk dengan hal lain. Dan waktu-waktu beginilah saya rasa betapa bersyukurnya saya kerana Allah menggerakkan hati saya untuk berhenti kerja dan didik anak sendiri. Kalaulah saya masih berkerja dah tentu saya tak punya masa untuk terap ilmu pada anak, apatah lagi ke dalam diri saya sendiri.

Saya : Ada. Ada kat atas.

Fahmi : Bagi sini Abang nak baca.

Giliran saya pula terpesona dengan permintaan dia. Sungguh umpan sudah mengena!

Saya: Abang nak baca???

Fahmi angguk.

Saya : Ok kejap mama ambil. Abang bacalah, buku dia tak tebal pun. Ada gambar lagi. Mesti Abang suka. Mama harap banyak inspirasi yang Abang dapat dari buku ni.


Dan saya tak perlu tunggu lama. Sebaik buku bertukar tangan dia terus mula membaca.
Dan saya tak perlu tunggu lama untuk lihat kesan dari membaca buku itu.
Kerana selepas dia sampai ke bab 2, terus Fahmi menghampiri saya di dapur dan berkata,

"Mama, esok Abang nak puasa sunat enam lah..."


Saya rasa darah pantas menyerbu naik ke muka.
Ok. This is very unexpected.


Niat saya mahu dia meminjam sedikit inspirasi daripada kejayaan Nik Nur Madihah. Niat saya mahu dia lebih bersemangat memburu kejayaan. Kalau seorang gadis dari keluarga kurang berkemampuan boleh melakukannya, saya mahu Fahmi fikir dia punya segala kemampuan untuk meraih kejayaan yang sama.
Saya tidak menjangkakan Fahmi akan mahu berpuasa enam.
Saya hanya mampu berkata "Terima kasih ya Allah" di dalam hati.



Tuesday, 24 December 2013

One Less Helper : Edisi Pencerahan



When I put up this photo of my son dengan tangan kirinya ber anduh with the same caption "One Less Helper" di fb, saya terima pelbagai komen dan variasi respon. Ada yang dapat menangkap my sense of humour dalam komen yang saya letak. Tak kurang juga yang silap faham dan terburu-buru menyalahkan saya sebagai punca tangan my son terpaksa beranduh.
Aduh. Nampak sangat pengomen terburu-buru tidak membaca cerita sebenar terus komen.
Well, I'm not surprised sebab isn't that sounds like typical Malaysian facebooker punya characteristic yang cepat mengomen pada mana-mana artikel tanpa membacanya hingga ke akhir. ;-)


Bila saya menggelarkan anak lelaki saya 'my little helper' atau 'my helper', saya tidak sangka lah ianya membawa konotasi negatif dan memberikan gambaran seolah-olah saya memburuh kasarkan anak saya. Sejak bila pula anak-anak yang dilatih membantu kerja rumah dikira sebagai memeras tenaga mereka? Saya berusaha melatih dan membiasakan anak-anak membuat kerja-kerja rumah ringan seperti membasuh pinggan selepas makan, sidai pakaian, lipat pakaian mereka sendiri, susun dan simpan pakaian sendiri di dalam almari supaya mereka peroleh kemahiran menguruskan diri. Hatta semasa saya masih punya maid lagi saya sudah mulakan sedikit demi sedikit. Saya tidak mahu mereka merasa diri seperti tuan/puan muda di rumah.


To be honest, mereka agak seronok membantu melangsaikan kerja-kerja ringan. Terutamanya bila setiap sumbangan mereka itu saya berikan reward. Ucapan terima kasih. Ataupun kata-kata pujian. Itu yang sampai Fahmi kembang semangkuk dan gelar diri sendiri 'budak lelaki mengalahkan perempuan' bila saya puji keringanan tulang nya.  Dan kalau nak tahu, sepanjang cuti sekolah ini setiap kerja rumah yang mereka bantu diberi reward berbentuk upah wang ringgit. Sebabnya, upah itu untuk membantu mereka membayar balik harga charger PSP yang telah rosak sebab tak dijaga dengan baik.
Saya sebenarnya cuba melatih mereka untuk hargai harta benda. Tidak ada benda percuma dalam dunia ini. If you want it, there's always a price to pay.
Saya grab apa jua peluang yang ada untuk saya gunakan (eksploitasi) sebagai medan memberi pengajaran baru kepada mereka.


So, kalau itupun buat saya kelihatan sebagai ibu yang kejam. Apa yang boleh saya katakan, saya beri diri anda masa sehingga anak-anak anda semakin membesar. I'll trust you'll get there.











Thursday, 12 September 2013

Grounding... dan Hasilnya


Ada orang kena grounded selama 1 minggu. Uihhh lama tu. Sebab dia break rules dalam rumah ini. Siapa suruh dia break rules. Kan dah kena tahanan rumah. Bukan tak tau Mama dia ni ala komando ... hahahaha *evil laugh*


Saya bukan suka-suka nak grounded anak-anak. Selalunya saya beri arahan tahanan rumah bila aktiviti mereka di luar rumah tu beri kesan buruk. Contoh, kalau mereka main bolasepak sampai kemek kereta jiran atau pecah cermin rumah jiran. Tapi Alhamdulillah setakat ini belum berlaku lagi kecederaan pada harta benda orang sebab mereka dipantau dari tingkap bilik saya. 


Cuma kali ini Fahmi kena grounded sebab dia langgar peraturan tak boleh keluar bermain pada setiap petang Jumaat. Saya tetapkan aturan sebegini sebab Jumaat sebelah malam dia dan adiknya ada latihan taekwondo. Saya nak elakkan mereka lambat bersiap ke kelas atau jadi terlalu letih akibat bermain petang. Standing instruction ni semua dah faham dan terima. Tapi biasalah ada yang tak tahan godaan nak bermain dengan kawan-kawan. Mama dia pulak time tu tengah sibuk siapkan kek tempahan orang. Saya kalau dah concerntrate buat kerja orang cakap apa pun saya umpama dengar tak dengar je. Mula-mula dia cakap tak dapat main kat luar dia nak ajak kawan main dalam pagar. Tapi end up dia main kat luar pagar jugak. Mula-mula cakap jam 6.30 petang dah masuk rumah, makan dan mandi serta siap-siap untuk solat Maghrib serta bersiap ke kelas. Tapi sampai jam 6.45 petang tak nampak batang hidung. Rupa-rupanya dia kayuh basikal kawan sampai ke taman di hujung lorong. Lepas tu, mainan yang dia baru beli pun hilang sebahagian aksesorinya sebab dia lantakkan kat luar pagar. Emmm... apalagi dapatlah 'tazkirah' sebelum Maghrib atas sejadah. Bercucuranlah air mata boleh tadah buat hantaran meminang puteri gunung ledang.


Penghujung 'tazkirah' itu ada sesi menjatuhkan hukuman... dengan persetujuan si pesalah. Eh maunya dia tak setuju. Bernanah telinga sambung 'tazkirah' nanti kikikiki. 'Tazkirah' saya bukanlah jenis one-way traffic. Saya lontarkan soalan dan suruh dia fikir serta jawab. Saya mau dia faham apa kesan dia break rules petang itu. Saya juga pastikan dia faham hukuman yang diberikan bukan untuk menganiaya, tetapi sebagai pengajaran untuk masa depan. Bila dia faham maka lebih mudah untuk dia terima dengan hati terbuka.


Alhamdulillah, dia patuh jalani hukuman grounded. Memang tak keluar rumah langsung. Dan takde lah merungut pun. Kadang saya yang rasa kesian. Ada satu hari tu kawan dia datang ajak keluar main. Fahmi dari tingkap rumah cuma jerit bagitau dia tak boleh keluar rumah. Alahai kesian lah pulak. Tapi mr hubby pesan, kalau nak buat biar betul-betul, jangan kita kalah dengan hati sebab nanti anak-anak tau kelemahan kita. So kena keraskan hati untuk kebaikan dia. Kemudian saya perasan dah banyak hari kawan-kawan dia tak datang ajak bermain. Semalam saya tanya dia kawan-kawan dia tau ke dia kena grounded. Dia kata tahu. Bila saya tanya, diaorang tahu ke grounded sebab apa. Tapi kawan-kawannya tak tanya lanjut. At least he has been spared from embarassament. Tentu malu kalau cakap kena grounded sebab mak marah langgar peraturan kan? Saya tak taulah mereka faham atau tak erti grounded. Mungkin kami saja yang pakai sistem grounding ni kot. Wallahu'alam. 


Seminggu Fahmi kena grounded ingat Mama dia senang hati ke? Saya yang gelisah tak boleh duduk diam sebab tengok dia gelisah sepanjang masa. Maunya tak gelisah kalau dah biasa tiap petang keluar bermain. Sekali dua dia kata bosan. Dia tak merungut kena grounded tapi dia bosan tak tau nak buat apa. Tambahan pulak minggu ni anak-anak saya diberi cuti oleh sekolah sebab kelas banyak digunakan untuk peperiksaan UPSR. Lagilah fenin mamat tu mati kutu tak tau nak buat apa. Jadi saya carikan dia aktiviti dalam rumah untuk kill the time and make his grounded period bearable. Cukuplah dah kena grounding dia boleh terima, saya tak mau seksa jiwa raga dia sampai terbit pula rasa marah kat mak pak dia. 


Jadi selama dia kena grounded, inilah aktiviti dia.....






Mewarna. 
Yang ini hasil kerja Fahmi. Tempohari saya bantu dia siapkan 1 untuk pertandingan mewarna gambar hari merdeka. Dia dah hantar. Fahmi memang tak mahir melukis apatah lagi bermain dengan warna. Saya perhatikan kalau dapat homework mewarna dia mesti stress. Dia takut-takut nak main dengan warna. Kalau mewarna tu punyalah tipis antara nampak dengan tidak. Saya pulak yang geram. Hahahaha... Sebab saya suka mewarna dan melukis. Bila saya bantu beri dia idea cara mewarna dengan lebih berkesan dan menarik, saya lihat dia seronok dengan hasilnya. Dia yang minta nak buat lagi, jadi saya cari gambar-gambar kat internet, print dan bagi dia berlatih warna dengan teknik yang saya ajar.
Setakat mewarna dengan pensil warna tak susah mana. Ajar dia buat beberapa tona warna. Ajar dia guna warna-warna terang. Dan paling penting saya habaq kat dia, there is no right wrong in arts.
Dia kata penat, tapi dia happy dengan hasilnya.






Yang ini hasil kerja mewarna cik Yaya. Tapi belum siap. Dia yang memang sedia minat melukis dan mewarna lagilah teruja nak ikut sama aktiviti yang asalnya saya buat untuk Fahmi. Tapi cik Yaya ni manja terlebih, buat sikit mengadu penat lepas tu suruh Mama dia tolong sambung. Haisyyyy... Mama dia pulak tengah naik syeikh mewarna, almaklum dah lama tak pegang pensil warna. Sekali dapat tak mau lepas hahahaha. Sudahnya tangan dan bahu kiri saya dah lenguh dan sengal-sengal. Ambik ko! Suka sangat kan?


So, hasil grounding? Sengal tangan mak dik non!!!



Nota: 
Grounding is a form of punishment given to children for their bad behaviour or poor performance in school (for full definition, please refer to cik Wikipedia). In my house, we extend it to cover situation where the children break certain rules. Dan seperti lazimnya, a grounded person is not allowed to go out for a certain period of time. 

Thursday, 10 January 2013

Yaya dan 'Baju Lelaki'

A couple of days ago, saya duduk di meja makan menemankan mr hubby dinner awal hari itu. Awal... memang awal sangat baru jam 6 petang lebih kurang gitu sebab mr hubby pun balik kerja awal.. Anak-anak siap salin pakaian nak keluar bermain. Kebiasaannya begitu, balik kelas agama kalau takde homework mesti keluar bermain.

Cik Yaya datang dapur. Dengan suara terujanya dia berkata, "Mama... mama, kalau adik nak pakai baju lelaki boleh?"

Saya tanpa mengangkat kepala terus mengangguk tanda mengiyakan aja. Tak rasa pelik pun sebab sangka saya 'baju lelaki' itu adalah t-shirt plain semata. Sebelum ini pernah dengar permintaan dia pasal 'baju lelaki'. Tempohari masa ke Jusco Bukit Tinggi, Klang dia minta belikan baju tidur lelaki sepasang selain daripada baju tidur perempuan 2 pasang yang dah saya pilih. Saya tak kisah sangat. Sebab 'baju tidur lelaki' yang dimaksudkannya adalah baju tidur yang tak flowery atau girly. Yang ada ruffles bagai. Dia mau yang plain, takde ruffles atau bunga-bunga. Nak yang macam abang dia pakai, corak bebas. Takde masalah bagi saya.

Lepas saya angguk, baru saya perasan suasana hening... lama. Saya angkat kepala toleh pada mr hubby di sebelah. Oh... dia menjeling kerek pada saya, "Apahal pulak sekarang ni nak pakai baju lelaki?"

Saya toleh semula pada Yaya. Ohhhh... dia rembat kemeja lama corak stripes milik abang dia yang dah tak muat! "Apa salahnya", cik Yaya jawab sambil tersenyum malu. Tau pun tak sesuai berpakaian begitu tapi tetap mau.

Selepas dilarang oleh daddynya, Yaya tak jadi keluar dengan baju abangnya. Dia salin semula. Saya tak kata apa. Tak mau masuk campur sebab mr hubby dah bersuara. Lagipun, saya ada sebab kenapa tak mau cakap banyak hal ini.

Lepas Yaya berlalu pergi, mr hubby dengan jelingan kerek tak habisnya berkata pada saya di sebelah, "Ni menurun mak dia lah ni!"

Aduhhhh... memang rasa tak boleh lepaskan diri sangat-sangat kali ini. Tapi saya buat muka innocent juga. Kerutkan dahi pandang dia, tanda tak faham. Walaupun tahu there is no escape.

"Nak jadi tomboy!"

Aduh duh duhh duhhhhhhh.... Buat pertama kali tak terkata dibuatnya saya! Memang terkena batang hidung.

Ye, saya mengaku saya pernah tomboy dulu. Tapi tidak pernah sekali-kali saya menggalakkan anak saya menjadi tomboy. Saya pernah tomboy di zaman remaja. Beberapa tahun cuma saya berperwatakan tomboy tapi saya tomboy yang sopan, ok. Tomboy saya cuma dari segi penampilan atau cara berpakaian sahaja. Diri dan jiwa saya masih lagi seorang perempuan sejati. Ingat ye, TOMBOY... bukan pengkid. Yang pengkid itu nauzubillahhiminzalik... itu menurun suku kaum sodom yang songsang!

Pergi sekolah saya berbaju kurung dan bertudung. Gaya jalan walau agak bersepah tapi disebabkan saya suka berjalan laju... lenggang lenggok ni mak lemas dan rimas he he he. Lepas sekolah balik rumah tanggal tudung baru nampak sedikit ciri ke'tomboy'an saya. Rambut potong pendek gaya lelaki, kikis sedikit kiri kanan... belakang memang sontok habis. Zaman saya dulu budak lelaki berfesyen rambut ala GQ yang terkenal masa itu. Rambut ala GQ itulah fesyen kegemaran saya dulu. Tak ramai kawan sekolah yang tahu saya tomboy. Mereka cuma tahu saya berambut pendek bila waktu sukan atau pendidikan jasmani saja sebab waktu itu saya tanggal tudung. Gaya cakap saya macam biasa, tidak kasar. Ada sesetengah tomboy yang rasa bila jadi tomboy maka mulut juga harus lancang. Silap. Saya juga tidak bergaul bebas dengan budak lelaki. Sebab itu saya kata saya tomboy yang masih terpelihara sopannya. He he he...

Biasa mendengar istilah 'krisis identiti'? Ye saya sendiri membaca tentangnya masa remaja dulu. It is common untuk those di peringkat awal remaja mengalami krisis identiti. I think in my case it started masa saya di Form 1. That was the time when I hit puberty. Bila kita mula dapat menses dan your fizikal perlahan-lahan berubah. The girls mula menjadi semakin cantik seperti ulat dalam kepompong yang sudah cukup matang keluar menjadi butterfly yang cantik! Saya akui saya alami seakan kejutan dengan tubuh sendiri. Dan saya juga mula perasan yang boys juga suka tengok perempuan dengan pandangan yang berlainan pada peringkat ini. Pendek kata... semua orang kena kejutan hormon! I hate it when the boys look at me. I hate it when I caught them looking (ogle sebenarnya) at other girls. Peringkat umur ini juga si gadis mula diusik boys. Di 'ushar'. Saya tidak terkecuali. Saya rimas. Saya lemas. Sangat. I had my mind on books sahaja sepanjang masa. I'm not interested.

Makin bertambah usia makin berubah fizikal kita kan? Satu-satunya cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi tarikan is by disguising myself dengan cara berpakaian seperti lelaki! Macam saya cakap tadi, rambut dipotong pendek, t-shirt plain menjadi pakaian harian, berseluar sepanjang masa termasuk seluar pendek hawaii tu (sangat popular ketika itu) dan berkemeja bila keluar hujung minggu. And it works! Budak lelaki tak kacau saya. Saya rasa lega sangat.

Tapi sekarang saya rasa nak tergelak sendiri bila teringatkan sesuatu. Saya mana lah ada baju kemeja yang banyak. Tak kuasa my mom nak layan kerenah anak dara tunggal dia ni. Jadi bila keluar hujung minggu saya nak pakai apa? Takkan track bottom dan t-shirt je kot? He he he... Jadi bila nak keluar on weekends or pergi kelas tuisyen (masa tu nak ambil PMR), kemeja dan seluar GQ adik lelaki saya jadi mangsa!! Tapi itu tak cukup banyak untuk saya sebab takkan nak ulang baju sama kan? Jadi saya geledah almari baju dalam bilik my mom. Dengan kemeja lama zaman muda Abah pun saya rembattttt!!!! Hehehehehe...

Tu pasal, bila mr hubby jeling kerek kat saya bila Yaya kata nak pakai baju lelaki (baju kemeja Fahmi) saya tak terkata apa. Sebab mr hubby tau saya pernah rembat kemeja Abah saya!

Aduhaiiii... saya tak pernah lagi cerita kat anak-anak pasal ke tomboy an saya. Apatah lagi kisah rembat kemeja Abah. Tapi saya tak tau lah macam mana cik Yaya ni tiba-tiba lately ni berminat sangat nak pakai 'baju lelaki'. Saya rasa sebab dia berkawan dengan lelaki. Kan dia berkawan dan bermain dengan kawan-kawan abang dia. Mana ada girls yang keluar bermain melainkan dia seorang. Tiap petang dia ikut Fahmi and friends main kat taman. Depa main bola sepak, main badminton, main panjat-panjat dan entah apa-apa lagi yang boys suka buat. Boys kan permainan dia pelik-pelik, they like to dare each other. Memang merepek sangat kekadang tu. Kesian Yaya. Inshaa Allah... kecenderungan ber'baju lelaki' akan tinggal kecenderungan semata-mata. Saya tau, sebab bila dengan cousins perempuan dia akan bertukar, main masak-masak dan mekap-mekap segala.




Friday, 30 December 2011

Mama Pulak Tak Betul?

Balik kerja malam ni tak pasal-pasal kena sound dengan cik Yaya.
"Alah Mama ni betul ke tidak asyik datang bulan je!"
Tercengang kejap saya. Lah pulak?
Adehhh nak kuapakan kalau dah 'dia' nak datang. Disalahkan saya pulak sebab hajat dia nak solat jemaah di surau tak kesampaian.
Saya tahu dia bengang sebab dah kerap sangat dia ajak since last week lagi
Tapi saya selalu reach home lambat, mana sempat nak jemaah Maghrib kat surau
Semalam saya balik awal sikit, tapi sayangnya tengah bendera merah takkanlah nak redah jugak kan, saya explain kat dia elok-elok boleh pulak dia terima
Tapi hari ni elok je saya masuk rumah dia datang kepada saya dengan menyarung tudung
siap menggayakan lagi 2 jenis tudung, suruh saya pilih mana satu yang sesuai
Saya, tanpa suspect apa-apa terus pilih, tapi lepas tu saya tanya nak buat apa bertudung?
Selamba dia jawab nak pergi solat kat surau lah (anak-anak saya memang guna perkataan solat)
Aiyarkk! Macam mana ni? Kan baru semalam saya bagitau dia saya tak boleh solat dan tak boleh ke surau
tu yang dia terus membebel kat saya "Alah Mama ni betul ke tidak asyik datang bulan je!"
Incik hubby gelak tak berbunyi!!!
Fahmi tuang minyak dalam api "Kalau macam tu abang pun datang bulan lah!"
Lepas tu bertubi-tubi saya kena soal, kenapa datang bulan? datang bulan tu macam mana? Macam mana Mama tau Mama datang bulan?
Gulp!!! Incik hubby gelak lagi!!!
Saya memang open sikit dalam hal-hal tertentu dengan anak-anak
rasanya dah pernah explain kat Yaya dulu tapi tau jelah mana dia ingat kan?
Aduhaiii tak pasal-pasal saya kena bebel dengan anak
dah macam saya sengaja pulak buat alasan tak nak ke surau
teringat zaman sekolah dulu, 2 kali dalam seminggu ada kelas agama tambahan
kelas selalu dimulakan dengan solat zuhur berjemaah, students lelaki akan berjemaah dulu, diikuti dengan students perempuan - ada bilal dan ada imam dilantik secara spontan dan rotate setiap minggu
bila part solat jemaah ni ada saja student perempuan yang saban minggu beralasan yang sama... datang bulan!
saya tahu mereka bukan tak mau solat... tapi ada diantaranya yang segan sebab tak tau solat
jangan terkejut, memang berlaku... dah akil baligh tapi masih tak tau bersolat
peringatan buat diri saya sendiri sebagai ibubapa kena latih anak-anak bersolat sejak kecil
Alhamdulillah anak-anak saya sudah boleh bersolat walaupun bacaan surah dalam solat kadang-kadang tak berapa betul
cuma biasalah budak-budak lebih excited nak bersolat di surau, bukan sebab apa boleh jumpa kawan
haaaa part yang tu saya tak suka, niat dah tak betul
saya ingatkan juga pada Yaya, jangan rajin bersolat di surau je tapi bila kat rumah liat, itu dah riak namanya
hanya mahu beribadat bila ramai orang atau di depan orang
isyyy bahaya... kena ingatkan diri sendiri juga
ibadat biar ikhlas, nawaitu Lillahi Taa'la

Wednesday, 7 December 2011

Sharing Is Caring

Jom kita berkongsi dan berpesan-pesan dalam hal kebaikan.

Hari ni nak kongsi doa yang para ibu/bapa boleh amalkan untuk anak-anak terutamanya kalau anak-anak nakal, suka bergaduh, kot terlebih manja sampai tak tahu macam mana nak channel kemanjaan ada menunjukkan perangai membentak. InsyaAllah anak-anak mudah mendengar kata.

Bacalah 3 surah ini dan hembuskan di ubun-ubun anak masa dia tidur.

1. Surah Al-Fatihah - merupakan ibu segala surah
2. Ayatul Kursi - penghalau syaitan
3. Surah Al-Insyirah - maaf saya tak ingat fadzilatnya

Perkongsian hari ini hasil memfollow slot Datuk Fadzillah Kamsah di Sinar FM. Baru dapat jadi harus tempek kat sini, mudah diri sendiri nak ingat atau rujuk sebenarnya. Maklumlah memory sudah tepu... tanda usia makin meningkat ;-)

Thursday, 24 November 2011

We Are Starting A Campaign

Budak-budak dah start cuti sekolah. Cik Yaya sebenarnya kena habiskan mingu terakhir sekolah this week tapi dia mengelat.
Semalam last dia attend kelas. Malam tadi dalam mamai tidur bila saya tanya dia angguk kepala, pastu geleng lepas tu angguk pulak.
Bila saya kata seronoklah tu tak belajar dapat jumpa kawan main-main je pasal tu nak pergi lagi ~ dia senyum dengan mata half opened ... or... half closed?
Tapi bangun pagi ni dia kata tak mau pergi pulak. Ikut suka hati cik lah, hadiah perpisahan untuk teachers pun dah bagi semalam together with kek coklat sebiji.
Lepas ni entah bila jumpa lagi... saya doakan yang terbaik untuk teacher aqila, ustazah diya, teacher as dan teacher ros.

Dah start cuti sekolah ni saya pening.
Apa nak buat dengan budak-budak ni? Dok rumah dia tau buat bising je, kakak lah yang paling tension sebab rumah bersepah sepanjang masa.
Pastu tak dapat lah dia nak bersinetron dan tengok citer Spanish bagai sebab sure Fahmi asyik tuned in channel 611,613,615 dan sebagainya.
Kan banyak movie musim cuti sekolah ni. Cik mat tu dah tau movie apa, pukul berapa, channel berapa dia siap hafal dah... hah padan muka kakak kikiki.

Tapi saya tak sukalah budak-budak buang masa cuti sekolah macam tu aja.
Penat dah cari kem cuti sekolah yang sesuai.
Tapi saya dah dapat satu ideaaaa... heheh kempen membaca buku!
As a treat for them for doing well in school, last weekend I brought my kids to MPH at giant sect. 13 shah alam
bagi mereka choose a few books each yang diaorang berminat nak baca. i paid for them
Fahmi choose 2 books and I added up 1 to make it 3. Hari selasa dia dah habis baca 2 buku dan teruja sangat bercerita balik kat saya tentang apa yang dibacanya
siap angkat jari buat thumbs up lagi berkali-kali
owh baguslah nak, finally kamu merasa juga nikmatnya membaca
penat mama kamu asuh supaya rajin membaca sejak kamu kecil lagi, baru sekarang kamu nak membaca
tapi oklah sebab masih tak terlalu lewat untuk kamu discover betapa seronoknya membaca

jadi sekarang bila dia sudah mula seronok membaca saya cabar dia dalam kempen membaca bermula semalam hingga november tahun depan
he has to record semua buku yang dia dah baca dan bagi review sikit
at the end of this campaign kita tengok siapa yang paling banyak membaca dia dapat hadiah ye?
lagilah seronok dia, saya tengok berseri-seri muka dia
hahaha peluang yang baik nak galakkan anak built tabiat membaca buat apa saya nak lepaskan, biarlah kena bagi reward sikit pun kalau itu boleh jadi motivasi dan dorongan buat dia
kira untung juga dia sebab dapat beli buku cerita. saya zaman kecil dulu harap dapat baca suratkhabar bungkus rojak je... nak beli buku? duit beli buku tu boleh buat belanja sekolah kami 4 beradik

saya tahu kat primary school memang ada program nilam untuk galakkan budak-budak membaca.
tapi saya tak pasti fahmi masuk program ni ke tidak sebab tak pernah pulak dia buat review books yang dia baca masa rehat kat kantin
Well, anyway, saya boleh mulakan di rumah no problem. Cuma kena rajin beli bukulah...
heheh esok-esok bila dah tak kerja mana nak korek duit beli buku? beli buku 2nd hand jelah kot. Pinjam kat library? Kat mana ye library pun saya tak tahu!!!
InsyaAllah moga-moga ada rezeki anak-anak ni.

Wednesday, 16 November 2011

She Wants iPad

Masa tengok masterchef malam tadi sambil saya balut report card Fahmi dengan plastik pembalut buku.

Yaya : Mama... mama... Adik dah tau dah nak hadiah apa?
Alamakkkk apalah agaknya benda dia nak minta ni, berdebar sikit. Hubby dah sengih.
Mama : Apa dia?
Yaya : (senyum je) Adik nak iPad.
Whattt? Saya pun tak ber iPad dia ada hati nak iPad. Cemana saya nak lepaskan diri ni.
Mama : Adik tau tak ipad tu apa? Adik datang bulan ke nak pad?
Yaya : Alaa mama ni... iye adik datang bulan. Adik nak ipad
Owh oh dia sangat persistent, siapa yang ajar dia ni?
Mama : Adik, pad tu orang datang bulan je pakai.
Mama : Adik nak buat apa dengan ipad?
Yaya diam.
Mama : Nak main game angrybird lah tu...
Yaya sengih. Ni siapa punya angkara ni?
Daddy : Adik, adik tau tak ipad tu apa?
Yaya blank. Sekali tu kebetulan kat tv ada iklan samsung galaxy tab terus lah tunjuk kat dia rupa ipad yang dia nak tu. Amboi tengok rupa pun tak pernah pandai sebut.
Mama : Siapa yang ajar adik minta ipad ni?
Yaya : Alisha. Dia cakap ayah dia nak beli ipad untuk dia.
Cettt!!!
Mama : Adik, ipad tu sama harga dengan mama bayar duit rumah ni bulan-bulan. Kalau beli ipad tu bulan depan kita kena duduk luar rumah tau tak?

Aduhaiii budak zaman sekarang kecik-kecik lagi dah pandai minta tech gadget. Mak bapak pun satu hal, kalau kecik lagi dah disogokkan dengan barang yang harga ribu riban, besar esok nak belikan apa pulak? Kapal angkasa? Berpada-padalah... tapi kalau dah mampu ikut suka koranglah... yang tak tahannya orang sederhana macam saya, terkena tempias.

Mama : Dik, ipad mama takkan beli. Tapi kalau ipod boleh
Yaya dah tarik muka masam.
Mama : ipod ni lagi best... adik boleh download lagu-lagu adik suka macam Nobody tu simpan dalam ipod adik boleh dengar.
Yaya : Nak... nak....

Hehehe selamat mama. Saya mengelat. Sebenarnya ipod tu dah ada. Elok tersemat dalam laci. Tak, saya tak beli. Dapat free, orang kasi. Kehkehkehhhh... syhhhhh!

Saya ada kemusykilan sikit. Kenapa cik yaya tak minta hadiah dari Daddy dia? Hmmm tak boleh jadi ni.

Thursday, 3 November 2011

Is My Reward Plan Working?

Semalam masa tengah driving balik kerja dalam hujan saya received sms from hubby.
Ketawa sorang-sorang saya dalam kereta bila baca mesej dia.

"Hahaa...habislah...fahmi kata kwn dia amin nampak keputusan periksa akhir tahun...amin no.*..fahmi..u guest no berapa? U standby jer lah hadiah yg u janji and lot more dlm list dia termasuk kasut, stokin dan bola sepak...last sekali dia ckp...nak mintak rumah nie jadi milik dia...sebab dpt no 1...nie berita x rasmi"

Saya nak ketawa sekali lagi kahkahkahkahkahkahkahkah....
ketawakan diri sendiri... rasa nak nangis pun ada
dia minta rumah saya jadi milik dia?!!! huwaaaaa
confident habis cik mamat tu kali ni
dan owhhh demam bola sepak masih belum berakhir di situ... minta belikan bola sepak lagi, habissss tingkap rumah siapa yang jadi mangsa nanti kihkihkih

hubby cakap masa hubby balik rumah petang semalam Fahmi siap turut dia sampai naik tangga ke tingkat atas
lepas tu dia sentuh dada hubby dan dengan tersenyum cakap "abang ada berita bahagia..."
owhh perkataan 'menggembirakan' tak cukup untuk menggambarkan betapa gembiranya dia ye? sekarang pakai perkataan 'bahagia' pulak
nasib dia tak cakap 'bahagia infiniti'... sekarang dah pandai sikit-sikit cakap infiniti ;-)

yelahhh berita bahagia untuk dia, tapi mama nak pesan jangan over confident sangat my dear, kot amin silap pandang ke kan?
selamat poket mama hehe
tapi kalau betul mama lariiiiiiii!!!!

Friday, 21 October 2011

Soalan Periksa

Sejak semalam saya nak mengomel pasal kertas soalan pendidikan seni visual (PSV) untuk
peperiksaan akhir tahun Fahmi
berkhutbah panjang lah saya kat rumah, ingat malas nak blog about this
nampak sangat saya ni seorang ibu yang suka cari pasal dengan sekolah anak
ada je yang tak kena di mata dan telinga saya
sehinggalah saya terdengar komen pemanggil ni kat radio sinar.fm pagi tadi
apparently she also ada rasa tak puas hati dengan kertas soalan PSV

you see, masa mula-mula anak saya bawa balik kertas soalan PSV periksa pertengahan tahun dulu, saya agak terkejut, sebab zaman saya sekolah dulu mana boleh dapat soalan 'bocor' macam ni
tapi barangkali sistem dah berubah, so the children were given kerta soalan to be taken home and do their preparation accordingly, bolehlah anak kita pilih soalan mana yang dia nak jawab (buat)
kalau perlu boleh get ready bahan-bahan tambahan like colour paper, pelepah pisang for corak catan ke, water colour ke, glue etc
baguslah juga sistem macam ni, kalau on the spot nak suruh buadak fikir nak buat apa maunya riuh kelas macam pasar dengan macam-macam soalan dari the kids kan... dah tak jadi exam
ok, lets get straight to the issue yang saya nak raise
Fahmi pilih nak buat topi harijadi tapi he has no idea how to make one
bila saya tanya takkan tak tau, dia cakap memang cikgu tak pernah ajar
jadi kalau tak pernah ajar kenapa letak dalam soalan periksa?
i know he has done seni catan before, seni anyaman pun pernah, buat bentuk rumah dari kotak pernah, buat topeng muka pun pernah and a few others but never topi harijadi
dah terkial-kial budak tu nak praktis nak buat topi harijadi semalam
Yaya siap tolong ajar lagi lipat-lipat kad manila tu sudahnya topi dia serupa topi kapal tu
daddy dia pun sama buat topi bersegi-segi, kesian saya tengok - hopeless depa ni kalau takde mama ek? (aduh bongkak nampak?)
nasib baik mama dia ni memang terror sikit bab seni lukis
tapi kalau Maths sila mengadap daddy, dia memang power

saya rasa mungkin, mungkinlah kan cara nak buat topi ni memang ada dalam silibus kot
tapi tak cukup masa nak ajar... pada saya lah you can choose satu subjek seni untuk diajar dalam kelas while the rest tu beri je handouts untuk budak-budak berlatih kat rumah
daripada kau tak ajar lepas tu kau nak letak dalam kertas soalan periksa
tak ke buat naya kat budak macam tu?
hubby perli saya sebab bising, jadi dia suruh saya je jadi cikgu
saya cakap kat dia buat apa saya jadi cikgu
baik saya jadi ketua kepada cikgu-cikgu tu senang nak bagi arahan
bukan saya nak marah kat budak-budak, saya nak marah kat cikgu-cikgu dia tu
hubby kata saya ni is every teacher's worst nightmare!

so pagi tadi, pergilah Fahmi ke sekolah dengan kad manila yang dah siap dilukis bentuk bulat
sempat lagi bagi briefing nak refresh his memory macam mana nak gunting dan cantum bentuk bulat tu jadi topi
ya Rabbi anak baru periksa darjah 1, mama dia buat macam budak tu nak ambil UPSR!
hikhikhik ;-)

Tuesday, 4 January 2011

Fahmi's Day 2 : Misi Naik Van Sekolah - LULUS!!!

Yes, anak teruna saya sudah pandai berdikari! Dia berjaya naik van sekolah dengan sendiri nya hari ini tanpa guidance kami. Tapi bukanlah semudah itu, he put us through an ordeal semalam. It was nothing really tapi sempatlah panik sekejap.

Since semalam saya dah ikut sekali hantar Fahmi ke sekolah, pagi tadi hubby alone take the responsibility hantar Fahmi ke sekolah dengan motorsikal dia. Memang from this year onwards tugas hantar Fahmi akan beralih ke bahu hubby. Itupun saya tak pasti selama mana dia bertahan sebab saya dengar mungkin masuk bulan kedua persekolahan dia nak sub terus kerja hantar ke sekolah kepada driver van. Whereas saya pula hantar Yaya ke subang impian. Tahun ini saya kira sangat adil sebab kami bahagi 2 tugas menghantar anak (provided incik hubby teruskan sampai end year!). Yelah sejak Fahmi mula ke tadika 5 tahun asyik saya seorang je yang bertugas hantar anak ke sekolah sedangkan hubby cuma mencelah sesekali. Saya faham, he had to leave for work seawall 7 pagi jadi tak dapat nak bantu. Kali ini bila Fahmi masuk sekolah awal bolehlah dia take over.Pagi semalam dia begitu bersemangat dan confident ke sekolah.

Bab balik sekolah memang kami both tak dapat nak fetch anak-anak. Untuk Yaya saya tak bimbang sangat sebab her teacher yang akan hantar balik. Whereas for Fahmi, kami terpaksa upah driver van sekolah yang operated illegally… van sapu kata orang. Entah kenapa hubby pilih van pak cik saad, Mungkin sebab dia sendiri pun tinggal kat perumahan kami dan kebetulan dia ni ayah kepada budak ofis saya (tapi itu bukan factor penentu). Setidaknya dia sanggup collect dan drop anak kami depan rumah. Ada bas sekolah kuning yang berhenti depan pondok guard saja. Apapun, since anak saya baru masuk darjah 1 dan baru pertama kali belajar naik van sekolah sendiri, kerisauan tu tetap ada. Entah macam mana dia nak cam van pak cik saad ni? Jadi 1st day semalam saya dan hubby hang outside the school gate untuk memerhatikan Fahmi. Entah macam mana dalam barisan murid darjah 1 yang beratur keluar pagar sekolah tu, kami berdua terlepas pandang anak sendiri. Dekat 10minit menunggu sampai hampir habis semua murid keluar masih tak nampak bayang. Saya dah naik risau sebab van dah hampir penuh, pak cik saad dan fahmi belum berkenalan, kalau terlambat maunya dia jalan tinggalkan fahmi. Kalau itu yang berlaku maka gagal lah misi naik van hari pertama. Can’t afford to let it happen that way.

Mundar mandir lah saya masuk sekolah dan keluar sekolah cari Fahmi. Sudahlah semalam sekolah sarat dengan kereta dan motorsikal parents yang tunggu anak. Saya jadi kalut sebab tak dapat kesan anak saya. Dah puas saya ke hulu ke hilir cari dia sampai dalam van pun saya cari tapi kelibat dia tak kelihatan. Saya tanya Firdaus, kawan Fahmi yang berjiran dengan kami dan kebetulan masuk kelas yang sama dengan Fahmi. Tapi jawapan dia semuanya negative – “tak tahu” , “tak ada”, “tak nampak pun” dan semuanya yang bermula dengan “TAK”. Saya cari lagi. Saya perasan bila budak-budak bertebaran ramai-ramai dengan uniform putih semuanya nampak sama. Mata saya dah makin berpinar, nak menangis dan rasa nak menjerit “kenapa semua nampak sama?!”. Memang saya panic tapi saya tahu dia ada kat situ cuma saya rasa kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat bezakan rupa anak sendiri bila dah ramai begitu! Hubby masih menjenguk-jenguk dari bawah pondok menunggu bas, bila saya berpaling semula scanning all the faces kat pondok bas yang jaraknya 5 meter dari saya tiba-tiba depan saya berdiri seorang budak lelaki dengan muka merah dan bibir bergetar menahan tangis in the form of my Fahmi! Allahuakbar.

Rasa nak marah tapi buat apa saya marah dia. Saya marah kat diri sendiri sebab saya tak prepare dia secukupnya. Cerita yang sebenarnya dari mulut Fahmi.

- Dia memang keluar dari kelas jalan berdua dengan Firdaus – yang peliknya saya turut mencari kelibat firdaus masa budak darjah 1 berbaris keluar tapi muka dia pun saya tak nampak.

- Bila sampai kat pondok dia nampak kereta saya parking depan pondok, terus dia tunggu kat situ while firdaus pergi naik van – kesalahan besar yang kami buat, kalau nak suruh anak naik van janganlah park kereta betul-betul depan exit gate mengalahkan van sekolah yang nak pick up budak-budak. Memang sah lah budak tu tak jadi naik van. Kalau dia ada kat pondok macam mana saya boleh tak nampak? Hubby memang sah tak nampak sebab he was standing among them!

- Firdaus was with him all along berjalan keluar dari kelas sampai pondok bas baru mereka berpisah – and yet si kulit cerah iras anak cina tu boleh jawab “tak nampak” “tak tahu” “tak ada”. Emmm gerammm tapi bukan salah dia, maybe I asked wrong question kot? :-) (another entry to blog about)

Selepas dah jumpa Fahmi tu cepat-cepat kami hantar dia ke van pak cik saad. And we went home berasingan.

Jadi hari ini, disebabkan masih ragu-ragu dan cuak dengan kejadian semalam maka saya pun keluar ofis 1 hour lebih awal daripada lunch break semata-mata nak perhatikan anak sendiri balik sekolah. Saya sampai awal ½ jam, saya park kereta jauh dari exit gate, memang kalau dari pondok bas tu tak nampak lah kereta saya. Mujur hari ini agak lengang tak banyak kereta dan parents yang hang around. Tapi pak cik saad pula datang lambat. Dia cuma kelihatan 2 minit sebelum budak darjah 1 keluar. Bila loceng sekolah berbunyi saya jauhkan diri dari pondok bas, berdiri tepi pagar yang dilindungi pokok besar. Dah macam spy pulak. Saya nampak dia berjalan keluar dengan Firdaus. Hati saya dah berbunga rasa nak terjah je tapi saya kawal diri tak mau rosakkan plan. Both of them tercari-cari van. Pak cik saad ni dia pergi park van ke depan sikit dari exit gate, kenalah budak berdua ni berjalan jauh sikit. Saya lihat fahmi dan firdaus macam dah nak give up. Dalam hati saya rasa nak menjerit “cari lagi, jalan depan sikit, sikit je lagi” saya duk pujuk diaorang dalam hati. Seksa rasanya bila tak dapat luahkan. Mujur Fahmi jalan ke depan sikit terus dia nampak pak cik saad dengan vest ala reporter dia tu. Kalau harap nak cam van memang haram sebab banyak van putih.
Macam paparazzi saya ambil gambar dari jauh, hasilnya samar-samar sekali. Anak saya yang membelakangkan kamera dengan beg sandang spiderman tu.

Bila fahmi dan firdaus dah naik van tu, saya pun tersenyum puas sorang-sorang. Terus saya masuk kereta tinggalkan sekolah. Lega rasanya bila misi naik van sekolah dah berjaya. Puas bila kesabaran saya berbaloi. Kalau nak ikutkan rasa macam orang sewel keluar ofis pergi sekolah awal-awal tapi balik kosong. Kalau tak buat begini memang tak senang hati sampai bila-bila. At least hari ini saya nampak dia dari jauh, saya nampak dia berusaha mencari van jadi saya yakin esok lusa dan sampai bila-bila pun dia akan berusaha juga. Kalaulah tadi dia keluar pagar sekolah terus duduk je kat pondok mengharap pak cik saad datang menyembah diri maunya sebulan saya ulang alik ke sekolah di tengahari! My heart swell tengok anak dah pandai berdikari! Rasanya bila dia dah sekolah rendah ni dengan bermacam perkara he has to handle sendiri makin cepatlah saya kehilangan si montok yang suka cuddle cuddle dulu :-(. *sigh*


Tips mencari anak lost dalam kelompok orang ramai:

- Asingkan diri anda dari kelompok yang berkumpul

- Berdiri di tempat lapang yang jauh dari orang ramai supaya mudah anak anda nampak anda

- Jerit nama anak (in my case yesterday tidaklah saya berbuat demikian, macam nak cari glemer pulak lagipun tak mungkin he heard me dengan bunyi bising kereta, motor dan suara budak-budak)

Boleh pakai sangat kah tips ni? Hehee...

Friday, 31 December 2010

School Matters

Ok, now I can talk about school. Most of you already know that Fahmi is going to start primary school on Monday. Choosing a school for him when we have been around this new place for just 1 year is not easy. The housing area ada reserved land for school, same goes with a few other housing area within the same viccinity. But all have yet to build any. Building a new school can be done within months but to get the green light for building one can take years and years of appeal etc. Take for example my old place, it is not until the only primary school at kg melayu subang became over populated with pupils barulah they start building a new one di subang perdana.

We want to go for government school, so the option is very limited. Cuma ada 2 sekolah sahaja yang berhampiran dengan rumah kami. Satu sekolah bandar dalam kawasan perumahan elit, while the other one adalah sekolah luar bandar terletak di kawasan kampung. Most of you already know kami memilih sekolah luar bandar tu, yang paling hampir dengan rumah kami malah perumahan kami ni bersempadan dengan kampung. Anyway, jarak bukanlah faktor utama, ada sebab-sebab lain juga.

Before and even after we made our choice I did talk to a few people. Seriously tak banyak maklumat yang saya dapat tentang sekolah pilihan kami ni. The school takde website, the parents yang hantar anak ke sana cuma cakap ok, ok je nothing more nothing less. Some people cringe when i mention the name of the school that i'm sending my boy to. Ada yang gumam bibir tak tau nak komen apa because they have no experience (which is ok lah), ada yang wince their nose dan ada juga yang being vocal about it terus deliver their nasty comments about our choice. Seseorang yang kebetulan tinggal di perumahan sekitar U10 does not held back his distaste over my choice.

Dia : Kenapa hantar anak u ke situ?
Saya (dalam hati) : err... salah ke pertimbangan saya? apa yang dia tahu yang saya tak tahu? saya dah tak sedap hati

Dia: Bukan ke sekolah tu banyak .... (he mention a particular race)?
Saya (dalam hati) : eh biar betul dia ni, tu kampung melayu mana ada kaum lain (but race bukanlah satu faktor yang saya pertimbangkan). Kalau ada pun kenapa?

Dia : Sekolah tu teruk... - biar betul?
Saya (dalam hati) : habis tu review ada sorang hamba Allah yang duduk nusa rhu kata sekolah ni bagus, anak-anak dia pun doing well kat sekolah tu apa?

Dia : Guru besar bertukar tiap tahun...
Saya (dalam hati) : parabola mana dia dapat ni? takkan seteruk itu. Sekolah yang teruk ke guru besar yang teruk?

Dia : Cikgu-cikgu pun tak nak mengajar kat situ...
Saya (dalam hati) : uwarghhh matilah, anak aku terbiar, keciciran nanti

Dia: Wife i pun tak nak mengajar situ
Saya (dalam hati) : erkkk ini sudah melampau. bukan ke tanggungjawab seorang guru itu mendidik tak kiralah anak orang kaya ke anak orang miskin ke, anak orang kampung ke, anak melayu ke anak cina ke anak india ke anak orang asli ke, kenapa nak memilih? kenapa nak mengajar tempat yang bagus-bagus je tempat yang ketinggalan tak mau? Kalau mengajar tempat yang dah sedia bagus apa yang extraordinary nye? Apa yang hebatnya? Orang lain dah buat hebat. Apa pencapaian peribadi if not pencapaian melonjakkan sekolah?

Ooops maaf, tiba-tiba saya terasa nak beri lecture pulak. Jangan blog saya kena bom lepas ni sudah. Itu pendapat peribadi saya, yang secara spontan lahir sebaik mendengar komen seseorang tu. Komen-komen yang awal tu buat saya rasa saya tak habis buat homework before pilih sekolah tapi part yang akhir tu buat saya naik marah. Kalau ada 100 cikgu macam di atas memang kesianlah anak-anak generasi kita. Habis tu dah semua nak mengajar tempat bagus dan elok je, patutlah pun kalau sekolah tu teruk sebab cikgu tak sanggup nak ubah dan didik mereka (itupun kalau betullah cakap kawan saya tadi). Apapun saya tawakkal, keputusan sudah dibuat.

Tak mungkin saya nak tukarkan anak ke sekolah bandar di perumahan elit itu. Saya tak mau nanti anak saya berasa out of place, tak mau juga nanti anak saya tak terkejar dengan gaya hidup anak-anak lain, anak orang asyik bercuti ke oversea (saya tak kata tak boleh), anak kita setakat pergi zoo kat UK (ulu kelang) setahun sekali je, nanti mama dan daddy dia juga yang susah :-). Kami orang biasa je, bukan hartawan, cuma mampu beri pendidikan yang lebih baik sedikit je daripada apa yang kami berdua dapat masa kecil dulu. Ada seorang dua yang pernah hantar anak ke sana bagitau, sekolah itu cuma sekolah pada nama, the students kadang time sekolah pun ikut parents ke luar negara, mereka ada private tutor, jadi datang sekolah sekadar cukup syarat. Ada seorang yang pernah hantar anak ke sana akhirnya terpaksa tukarkan anak ke sekolah lain sebab tak larat nak bagi duit belanja sekolah rm10 sehari. Wallahu'alam ini cerita orang yang berpengalaman.

Jangan ingat saya ada sentimen negatif terhadap sekolah bandar, saya sendiri adalah produk sekolah bandar tapi sekolah saya level golongan kebanyakan je. Jangan ingat saya takde rasa ragu-ragu hantar anak ke sekolah luar bandar, saya sendiri adalah produk sekolah kampung (masa form 6 dulu) jadi saya pernah rasa sendiri perbezaannya. Kalau ikut pengalaman saya dulu bila masuk sekolah kampung saya jadi culture shock. Pertama sebab saya tak pernah jumpa begitu ramai pelajar melayu dalam satu sekolah sebab saya sekolah methodist (melayu adalah minoriti) tapi tidak ketinggalan akademik atau kokurikulum. Kedua, saya tak pernah jumpa budak perempuan melayu bergaduh bertumbuk baling kerusi naik atas meja melompat dalam kelas, sebab sebagai minoriti pelajar melayu Islam di sekolah bandar kami sangat akrab sesama sendiri macam adik beradik, take care of each other nak bertumbuk tidak terlintas, kesopanan dan kesusilaan serta budi bahasa amalan kami. Chewah! Jadi saya tak punya sentimen sekolah bandar atau luar bandar. Yang ada hanyalah kegusaran adakah saya buat pilihan yang tepat untuk anak saya? Kadangkala pilihan tepat bukan bersandarkan kepada sekolah bagus semata-mata, kadangkala bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau benih yang bagus campak ke laut pun boleh jadi pulau.

Cuma kegusaran saya agak reda sedikit bila berborak dengan jiran satu lorong tempohari. Kata dia, belum pernah dia jumpa guru besar yang sangat ramah, yang rajin turun padang inspect perhimpunan, yang menyambut kunjungan ibubapa dengan baik. The headmistress pun dah lama kat sekolah tu. Sejuk hati saya, setidak-tidaknya saya tahu kini dakwaan kawan saya earlier on tidak benar sama sekali. Sekolah rajin organise gotong royong dengan ibubapa. Cikgu-cikgunya approachable. Oklah tu. Makanan kat kantin sekolah pun murah. Nasi lemak 50sen! Biar betul murah tu. But hey, Fahmi won't be getting any poket money yet. Saya akan pastikan dia bawa bekal setiap hari. Poket money can wait.

Well, itu semua testimony orang. Apapun esok, 1 Jan adalah hari orientasi darjah 1. Dapatlah saya berjumpa guru kelas Fahmi. Lepas ni saya boleh buat pengamatan sendiri. Tak cuba tak tahu. Saya doakan yang terbaik bukan buat anak saya seorang tapi anak-anak semua kawan-kawan yang akan naik darjah 1 bermula Isnin depan. Happy schooling!

Tuesday, 27 October 2009

Our Dilemma

with our plan to move in to our new house by end of november, it is anticipated that these few weeks approaching that date and few weeks thereafter going to be the most hectic weeks in our life.

bukan setakat packing and unpacking things aja, but with kerja-kerja memasang cabinet yang masih belum siap dan basic essentials yang belum cukup lengkap tambah kelam kabut jadinya. itu baru hal rumah yang akan diduduki nanti. perkara lain yang perlukan perhatian kami ialah finding a suitable school for our children. fahmi's current kindy dah mula bagi borang untuk registration for next year school semester, yaya's smart reader pun dah bagi registration form with fees structure. but we have to pass sebab next year kami dah tak tinggal sini lagi.

fahmi will be 6 in january, while yaya will turn 5 next year. kalau sebelum ni hanya fahmi aja yang betul2 attend daily kindy, next year yaya will have to follow suit. we did our survey tapi tak banyak kindy yang reliable kat area U10. kat AB sendiri cuma ada tadika manja ceria (yang dah ditarik lesen program lil caliph) and another kindy yang yet to be launch. i heard they going to name it tadika mindaemas. sounds promising but i've never heard of it before. is it another franchise programme?

we (me & hubby) dah discuss. we are not going to send fahmi or yaya to tadika manja ceria especially now with their licensed revoked dan macam-macam hal lain yang tak settle. that's left us looking for other kindy di luar AB but within U10. di neighbouring nusa rhu ada Q-dees, hubby's friends kata bagus. but we have to pass sebab fees dia a bit too high for us. yang tinggal kini cuma smart reader di sunway kayangan dengan annual and monthly fees yang affordable. unfortunately with my impending plan to "look for greener pastures" (since it won't necessarily comes with better $$ package), $$$ is going to be very tight, we can only accomodate 1 seat for smart ready kindy but not 2. iskkk...

itulah yang menyebabkan kami suami isteri bertegang urat sekejap. bukannya gaduh pun, it's just that cara kami brainstorming tu kadang2 so intense, tapi lepas tu bila otak masing2 dah cair mencurah2 ilham tiba hehehe.

so begini ilham yang aku dapat:

Fahmi will get the priority seat ke smart reader kindy next year.

Rationale
Di bahu fahmi sebagai anak sulung ada tanggungjawab yang besar untuk beri contoh yang baik kepada adik dia. He is the role model, apa yang dibuat akan mempengaruhi adik dia. So we have to do it right with him in order to do better with yaya.

We also note yang fahmi ni his nakal side can get the better of him dan mengganggu konsentrasi terhadap pelajaran. He needed to be put under a rigorous program yang boleh mengawal tingkah laku dia dengan lebih strict. We want to give him as much exposure he can absorb, let him have the best for now supaya nanti bila dia dah pandai berfikir sendiri hopefully ilmu yang dia dapat ni membantu dia buat keputusan masa depan. Phewww! that's a very serious note!

Yaya for now she has to settled for a normal kindy. kemungkinan besar tadika mindaemas.

Rationale
Yaya masih ada 2 tahun lagi untuk dapat pendidikan pre-school. We took into account that she is the type yang suka belajar, apa je new lesson yang abang dia belajar dia akan menyibuk juga nak ambil tahu, buku iqra' abang dia pun dia dah boleh baca. So we intend to manipulate her interest for books and lesson and her openness to be train/educate and her easy reception towards ilmu. Let her go to normal kindy, but at the same time she will (I believe) benefit from ilmu dan pendedahan yang abang dia dapat. At this stage we feel that it is much easier to shape her. God willing, bila dia turns 6 nanti iaitu bila fahmi dah masuk standard 1, giliran yaya pula ke smart reader. Hey, we can even continue sending her to saturday tutorial class next year.

Parenting, tak semudah yang aku pernah bayangkan. takde buku yang boleh mengajar dengan tepat. we are writing our children's path... aku berdoa sangat2 yang we make the right choice for them. we have so much hope for them... well which parents don't. dengan $$$ constraint, this is the best arrangement i can think off.