Sunday 12 October 2008

Nasi Berani Lawan Ayam Takut

to quote what fahmi was refering to when i told him earlier today that i'd be making nasi beriani, ayam masak merah and kurma daging for lunch. he was trying to make fun of my cooking by saying 'abang nak makan nasi berani dengan ayam takut'... saja je yang test mama punya sense of humour. balasannya... dia kena geletek kat tapak kaki sampai menjerit2... harharhar

i made nasi beriani today sempena hubby selesai sempurnakan puasa sunat Syawal. maklum ler aku jarang masak heavy meal during weekdays... we lived on home made roti john, cekodok kentang, bihun goreng dan lauk2 yang biasa dimasak kakak. dah nama pun melayu kan, kalau tak dapat makan nasi seminggu harus penasaran.

aku pula baru hari ni masuk hari ke 6 puasa sunat... kiranya siang tadi masak untuk orang jelah, giliran aku tunggu berbuka tadi. kakak pula bila dengar aku suruh basuh beras 4 pot terus kebingungan dia ingatkan ada tetamu nak datang lagi. sengaja masak nasi & lauk lebih coz hubby nak bawa sikit ke rumah his sister kat sg long siang tadi.

petang tadi kami 4 beranak terpaksa berpecah menuju dua destinasi berbeza. aku bawa yaya ke open house rumah my bos, hubby bawa fahmi ke rumah kakak dia. kelakar kan orang puasa gi open house. tu yang aku sengaja bawa yaya so that dia boleh tolong wakilkan mama menjamah hidangan. nasib anak dara ku itu kuat makan... takdelah nampak janggal sangat aku duduk semeja dengan tetamu lain, well most of them were my officemate jugak.

penatnya weekend kali ni... bukannya apa sebab masa kami penuh dengan pelbagai aktiviti. ingatkan bolehlah cover balik tidur yang tak cukup jumaat malam ritu sebab siapkan cuppies... ermm malam ni kena tidur awal lah.

Lemang Katak

Petang semalam sebaik siapkan juadah untuk tetamu & sambil menunggu ketibaan mereka, sempatlah aku mulakan projek percubaan pertama membuat lemang segera style siti khuzaimah yang kuceduk dari myresipi. Cadangnya nak buat juadah berbuka petang semalam since ada kuah kari ayam tu memang syiok ler... orang lain makan dengan rendang tapi aku lebih suka makan dengan kari ayam.

Kepada sesiapa yang tak tahu aku ni 'hantu' lemang sebenarnya. Pantang jumpa lemang... pantang jumpa kalau tak makan, mesti makan... tapi mesti lemang yang betul2 lemak lah ye? Kalau yang tak cukup rasa or hangus tu minta maaf ler... hehe memilih jugak. Part yang paling aku suka ialah bahagian 'kepala' lemang... ni kira bahagian top ler sebab kat situ terkumpul segala lemak & pati santan... huhu sedappp! Sebut pasal lemang ni ada kisah lucu disebaliknya.

Teringat 8 tahun dulu, aku masih bujang... di malam raya kat rumah my mum bila abah bawa balik lemang yang ditempah dari kawannya kat rembau. kebetulan masa tu musim hujan... beraya dalam hujan tahun tu. Elok lepas berbuka kali terakhir tahun tu, kuminta arwah abang ipar (dia masih sihat masa tu) tolong bukakan... belum sempat keluarkan lemang dari buluh masing2 dah berebut tangkap bahagian 'kepala' lemang dan ngappp!!! aduhhh sedapnya berlemak... syok makan lemang tu tetiba arwah abang ipar yang tengah menguis daun pisang di dasar buluh suruh kami tengok kenapa daun pisang tu pelik sangat. sebab bila di kuis macam melekat kat dasar buluh tak mau luruh. aduhhh... rupa2nya anak katak yang dah 'masak'... eiiii geli tekak... tapi tak mau keluar muntah! sure menggelegak katak tu dalam buluh sepanjang lemang dibakar... eewww.... tu dia bahana lemang musim hujan! sejak dari tu tiap kali lemang dibawa balik ke rumah mesti kami teringat kisah 'Lemang Katak'.

tapi aku tak pernah serik makan lemang... hehehe. hinggakan kisah yang sama turut disampaikan kepada hubby bila dia join family ku. dan hingga kini dia lah yang paling kuat mengusik & mengutuk aku tiap kali aku suarakan hajat nak makan lemang...



rasa dah serupa lemang... rupa jer takde... heheh susah sangat nak jumpa lemang yang betul2 sedap, wat sendiri jelah ;-)