Sunday 1 March 2009

Wheelsondbus -Year 3

kalau ikutkan rasa tak sedap badan ni sebenarnya memang aku malas nak update blog. bukan malas apa, niat nak update blog this week memang dah ada cuma rasa tak larat nak mengadap pc ni apatah lagi dengan rasa dedar demam selsema dan kepala tengah 'ngong' ni idea untuk entry sekejap ada sekejap takde.

tapi disebabkan aku baru teringat today is 1st march which happens to mark my 2nd year berblogging. yihaaaa! selamat ulang tahun to wheelsondbus! harus kena tiup lilin ye? hehe sebab tu dalam rasa tak sedap badan masih sempat lagi buat cheesy brownie layered cake. punyalah lama mengukus berjam2 sampai aku sempat lagi curi2 tidur in between mengukus tu. adehhh macam serik je nak buat lagi... lain kali bila tak sakit baru buat lagi kot.



ok let's get back to cerita disebalik ulang tahun wheelsondbus. to be honest, this blog was inspired by puan sally's 'and so much more' blog. digabungkan pula dengan habit aku zaman remaja yang suka menulis diary but i've stopped keeping a diary sejak aku jejak kaki ke uni. it's a pity sebab zaman kat uni banyak nyer lah kenangan pahit manis yang tak terakam. daripada my life passed by macam tu aja, baik aku rakamkan.

blogging bukan aja jadi platform untuk aku merakamkan perasaan, thoughts and my life with my loved ones tapi juga jadi platform untuk menambah kenalan cyber, something i never really expected in the first place. which is a good motivation for me one way or another. and alhamdulillah setakat ni takde lagi diserang 'gangguan' sampai ke tahap nak tutup blog. yelah blog aku bukan fofular sangat pun, takde apa yang buat orang sakit hati (i really hope so) tapi kalau ada yang rasa terguris or tersentuh dengan my entries kupohon ampun dan maaf, tidak terniat nak menyakitkan hati sesiapa.

so, to all my cyber friends thank you for your kindness, advices, laughter and shoulder to cry on. you guys are awesome... cheers!