Saya memang tak pernah off handphone, walaupun waktu tidur
kalau tiba-tiba saya off handphone ertinya ada lah tu sesuatu yang tak kena
contohnya : bila saya migrain atau sakit teruk
tapi kalau tak sihat atau tak mau diganggu pun paling kuat saya cuma ON kan silent mode sahaja, selain dari itu memang saya tak akan off handphone
Bos saya pernah cakap kat saya "kakak, malam-malam tidur off lah handphone"
*the way my boss address me berbeza-beza mengikut mood dia - kakak means mood baik
takde angin takde ribut tiba-tiba je dia cakap macam tu, memang muka saya blur habis
takde sebab untuk saya off handphone hatta waktu tidur malam sekalipun
pertama, sebab saya mahu boleh dihubungi di waktu-waktu kecemasan (note : untuk hal keluarga saja okeh?)
ada satu pengajaran pahit buat saya suatu ketika dulu bila masa berita kematian arwah abang ipar hanya saya ketahui bila bangun sahur jam 5.30 pagi
tapi ia tidak berlaku sebab saya off handphone... itu sebab bilik sewa rumah bujang saya macam duduk dalam gua takde line
jadi atas pengajaran itu, saya takkan off handphone, nanti saya juga yang merana
kedua, semenjak dua menjak pandai set alarm kat handphone ni kan lagilah takde alasan nak off handphone
ok berbalik kepada statement bos saya tadi, alasan dia ialah "kalau malam-malam tiba-tiba I dapat idea I mesej kat you, takdelah you terjaga"
owh itu namanya statement prihatin demi menjaga kepentingan diri sendiri!
he feels guilty about texting me in the middle of the night but at the same time he still wants to continue doing it because he doesn't want to risk forgetting it but he wants to avoid feeling guilty about doing it at the same time... phewww boleh faham?
tapi oklah juga sebab at least dia ada rasa tak sedap hati juga mesej orang malam-malam walaupun mesej tu pasal kerja bukan mesej menggatal, I was his secretary at that time and he paid me well to compensate untuk 'gangguan' diluar ofis hour
taklah macam sesetengah manusia ni, yang nak meniaga dan memanjangkan info terkini pasal produk dia, ada sales ke apa
tanpa segan silu dan tak sensitif langsung terhadap kesesuaian MASA dengan selambanya mengirim mesej ke handphone saya pada jam 3 pagi!
dan ahkak ni, yang baru je melelapkan mata sekitar jam 1.40pagi selepas berhempas pulas menyiapkan baking projek, penat, letih dan mengantuk tersentak dan terjaga terus bila dengar bunyi nyaring mesej masuk!
otomatik tangan mencapai handphone tepi tilam dan buka peti mesej
ingatkan mesej penting ke apa rupa-rupanya "Salam. Kami dari *** collection... bla... bla... sales...bla... bla... pada... bla... bla.."
adehhh hati panas giler terus saya padam mesej tu
lepas padam baru teringat nak 'bahasa' kan je pengirim mesej
emm takpelah takde rezeki 'membahasakan' orang
tapi agaknya memang tertulis hari ini saya dapat 'membahasakan' orang
masuk lagi mesej yang sama, saya cuma perasan jam 8.30 pagi
hmmm... apa lagi pucuk dicita ulam mendatang
tapi bahasa saya sangat sopan okeh "Salam. Mohon hormat privacy dan masa tidur saya, jgn hantar sms waktu tengah malam, pukul 3pagi dan sebginya kerana sgt mengganggu waktu tidur saya sampai terjaga tengah malam. Nak meniaga kena jaga sensitiviti juga dan hormat orang. Perbuatan anda sangat tidak sopan. Tq"
errr dah macam ayat bahasa Melayu darjah 4 pulak kan?
dia? senyap... tak apalah saya tak expect jawapan, cukup dia memahami
after almost 3 hours tiba-tiba masuk mesej.
"Salam. Puan/cik sy betul2 minta maaf kerana mengganggu puan/cik tengah tidur. Sy betul2 tidak sengaja n perasan perbuatan sy sgt tidak sopan. Hari ini sy belajar perkara baik dr puan.cik. Mohon maaf sekali lagi n tkasih byk :-)"
Ermm matlamat tidak menghalalkan cara. Berfikir sebelum bertindak. Ini kes tak fikir panjang buat dulu fikir kemudian lepas tu bagi alasan tak sengaja atau tak perasan.
Kot iye pun nak ajak orang shopping agak-agak lah masa yang sesuai
saya tak marah orang nak meniaga tapi proper lah sikit
bank nak kutip hutang pun tak sms or call orang tengah-tengah malam or awal pagi.
erk! pencerahan ~ tak pernah dapat mesej bank kutip hutang diri sendiri tapi selalu dapat mesej kutip hutang orang lain! ekeke
sekian
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago