Friday 4 November 2011

Silau - Edisi Entry Merapu

Aduh!! Sakit mataku tengok warna hijau striking kemeja budak junior engineer yang duduk selisih dengan pintu bilik saya ni
silau dik... hijau itu suppose mendamaikan mata
agak kalau mata stress pergilah tengok benda-benda hijau
ni tidak, pagi-pagi kau dah buat mataku silau
rasa nak pergi je dekat dia dan cakap "dik mari lah akak bawa ko pergi shopping"
kesiannya, takde orang tolong shoppingkan baju ye?
kahwinlah cepat nanti isteri awak boleh tolong pilihkan

macam saya ... pertama kali beli kemeja lelaki ialah untuk suami saya
eh tipu, pertama kali beli kemeja lelaki ialah untuk bakal suami saya
eh tak kena juga sebab yang untuk hantaran tu dia yang pilih sendiri
ok kita mulakan semula...
pertama kali beli kemeja lelaki yang dibayar sendiri dan pilih sendiri oleh saya
ialah untuk suami saya
di mana membelinya? di SOGO, kl
shopping dengan siapa? sahabat baik saya aka kembar saya yang saya sudah kehilangan dia...sob sob
tak dia belum meninggal dunia tapi dia ... arghhh different chapter lain kali je
kenapa tak pergi dengan suami? dah saya outing dengan sahabat saya (outing pertama dan terkakhir lepas kahwin)
berapa helai beli? kalau tak silap 3 helai warna biru, yellow ocre (sila rujuk carta warna air BUNCHO kikiki) dannnnn HIJAUUUUUU! ehemm tapi hijau saya mendamaikan mata

dan suami puji serta suka kemeja yang saya beli untuk dia... fabriknya sedap dipakai
umpama membelai-belai kulit (err ini saya tambah ;-))
err saya tak fikir dia cuma ambil hati saya
buktinya, sejak kemeja itu setiap kali nak beli kemeja kerja suami mesti cari/bandingkan dengan kemeja yang saya beli untuknya

eh eh baru saya perasan hari ini ramai jejaka yang pakai kemeja, baju melayu atau t-shirt hijau, mat bangla pantry boy pun pakai kemeja hijau!!!
dan semuanya... hijau yang menyilaukan mata
apakahh?!


P/S: Kini sudah pasti rumah saya ini akan ditukar hakmilik kepada Fahmi!