huwaaa... rasa nak demam. dah masuk 3 hari tekak perit, mata pedih, kepala berdenyut2ting tong. kutelan panadol pun tak jadi apa. dedar dah ni wehhh nak demam rasanya ni.
punyalah excited aku susun jadual baking this week, semuanya nampak teratur je. tetiba tengah malam tadi dapat berita our main banker nak buat site visit hari jumaat nih. cheh kalau takat visit biasa2 je takpe juga tak yah aku masuk campur. ni visit by the new bod member plak tuh. short notice plak tuh! perghhh kes naya ni. mana tak naya, bukan tak tau style bos aku. event macam gini suka sangat dia palau orang berkampung kat ofis sampai dinihari, tambahan kalau kena buat presentation. memanglah aku tak campur bab presentation material tu tapi bab preparation majlis tak pernah aku dapat escape. pernah dia ban aku daripada masuk campur hal event, sebenarnya bukan aku tergila2kan sangat nak organise event, naik menyampah tahap gaban dah sebenarnya. tapi tiap kali ada event semua nak aku duduk dalam committee, kalau aku kata TAK NAK TAK NAK TAK NAK, diaorang nak juga aku jadi penasihat. entah diaorang ni tak faham dilema aku.
yang aku pelik, bila aku jauhkan diri daripada event, kadang bos aku pulak yang bising2 dan marah kenapa aku tak tolong, bila time things goes wrong aku jugak yang dicarinya - antara pendengar setia bebelan dia & tukang perbetulkan keadaan. apa gelarannya orang macam ni?
bila dapat tau pasal event kali ni aku fikir aku terselamatlah kali ni. sebab aku tengok mood dia dengan aku agak down sikit lately ni. aku fikir sure kali ni dia ban aku lagi daripada join event which is good for me lah. eh rupa2nya anak buah aku tunjuk nota yang ditulisnya tengah malam tadi ada jugak terselit nama aku. hampehhh... apa gelarannya orang macam aku ni? tak dibuang geram, nak dibuang sayang? hahahahaha sadis!
jadi lupakan jelah pasal nak balik kerja awal for the next few days ye. jangan haraplah jadual yang telah aku rancang rapi akan terlaksana dengan jayanya. setiap kali aku merancang sesuatu dengan kemas dan rapi mesti ada aja dugaannya. hmmph alamatnya mau malam sebelum event tu kena berkampung kat tapak projek sampai awal pagi. argh tak rela aku. time2 macam gini kalau demam datang full swing pun bagus ye. isyyy... entah apa2 ler aku ni.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago