Showing posts with label ramblings. Show all posts
Showing posts with label ramblings. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

While I'm Away From Blogging World


Saya belek-belek total entry post saya this year, terkejut dan tergelak sendiri. Punyalah merudum jatuh dari seratus lebih sampai 30 something saja. Kot orang lain agaknya dah close down blog. Jangan-jangan saya juga menghampiri fasa closing down atau abandon blog kot? 


Iya saya akui mood blogging semakin kurang. Sebab sibuk menguruskan rumahtangga. Saya tak pasti how others managed to run their house and keep their blogging momentum going. Most of the time saya jadi exhausted. Dan kebanyakan masa saya korbankan hasrat update blog for time spending with my children atau merehatkan diri saja. Yang pastinya, time away from blogging digunakan sebaik-baiknya untuk sempurnakan tanggungjawab lain. 


Dan saya juga mendapati bila tak berblogging masa senggang yang tak berapa nak senggang rupanya banyak beralih kepada membaca buku! I think I read more book this year berbanding tahun-tahun sebelumnya. And yes, I'm talking about books... bukan novel atau fiksyen semata. Bukannya saya baca banyak novel pun. Ulang baca yang sama ada ler. Hanya novel terpilih saja yang saya baca. Novel berbahasa Melayu paling banyak pun 2!!! Novel berbahasa Inggeris pun saya hanya baca karya novelis kegemaran. Yang ini rasanya more than 10. Selebihnya saya lebih terarah membaca buku-buku motivasi dan tarbiah ringan, buku-buku sejarah Islam dan pendidikan anak-anak. Pun begitu masih banyak yang tak habis baca. Saya punya tabiat baru. Suka himpun buku-buku yang belum habis baca atas coffee table kat ruang tamu. Motif? Supaya bila-bila masa senggang atau melepas lelah di atas sofa terus nampak buku. Boleh terus capai dan sambung baca. Biarlah walau sempat 2 mukasurat cuma. Itu saja cara yang boleh buat saya make progress dalam pembacaan.


And what else yang saya sibukkan hingga tak sempat update blog lagi dah? 


Sudah lahir penghujung bulan September lalu. Inilah 'baby' baru saya yang banyak menuntut masa dan tenaga saya. Jemputlah like jika suka. Kalau tak suka sila share! Hahahaha...

Wednesday, 30 October 2013

Mengidam Yang Terpendam



Bukan mengidam makan. Kalau makanan boleh dicari atau dibuat.
Tapi buku ini. Terbaru dalam koleksi (*_^)




Bukan nak riak atau apa. Takde apanya nak riak, bukan saya beli banglo bertingkek-tingkek ke kan.
Tapi saya nak berkongsi cerita.
Alkisahnya begini. 
Di surau tempat saya sebulan sekali (hari-hari lain dipenuhi oleh penceramah lain pula) ada kuliah Bulughul Maram yang disampaikan oleh seorang ustaz hadis yang terkenal di sekitar Lembah Klang. Ustaz Abdullah Iraqi nama beliau. Gaya penyampaian beliau santai, mudah difahami, bersahaja, mesra dan sesekali diselitkan lawak jenaka membuatkan setiap kali kuliah beliau berlangsung pasti dipenuhi jemaah. Saya anggap ini satu kelebihan yang tidak semua pendakwah miliki. Secara tidak langsung menjadi tarikan untuk mendalami sunnah Rasulullah saw.


  Setiap kali sampaikan kuliah kupasan hadis dan sunnah Nabi saw beliau mesti rujuk kitab. Rupanya ramai jemaah lain yang sudah memiliki kitab tersebut. Saya fikir kalau nak belajar tanpa kitab (rujukan) pun tak boleh juga. Belajar dari buku tanpa guru juga boleh sesat jalan. Saya dah lama berkeinginan untuk memiliknya. Pergi cari kat kedai-kedai buku. Tapi susahnya nak jumpa. 
Last-last jumpa hak kaler merah tu, beli jelah. Tapi hati kurang puas sebab tiada penjelasan hadis.





Semalam, ajak Yaya pergi kuliah ini lagi. Dalam hati sudah berkira-kira, tak boleh jadi ni... kena minta tolong dengan ustaz juga kat mana nak dapat kitab yang sama dengan beliau walaupun rasa segan ya Rabbi. Dalam beg telekung pun dah siap-siap standby duit RM60.


Habis saja kuliah, tau tak apa ustaz cakap?
"Sesiapa yang nak beli buku ini (sambil angkat kita Bulughul Maram kaler hijau pink tu) boleh dapatkan dari ustaz. Harga asal RM45, beli dengan ustaz bayar RM35 saja. Tapi kalau ustaz dah keluar dari surau ni harga balik asal RM45", saja dia melawak.
Subhanallah Maha Suci Allah... rasa macam terjawab hajat hati saya. Bukan macam... memang betul-betul terjadi! Sungguh-sungguh lah tak tau nak cakap macam mana.
Jadi malam tadi balik tersenyum-senyum lah orang itu.
Hak kaler hijau-pink itu lebih mudah difahami, ada penjelasan hadis dan diterangkan juga method pemilihan hadis. Untuk orang yang zero tentang ilmu ini, saya rasa sesuai sangat.
Ikut kuliah ni bukan sebab nak tunjuk pandai selepas itu, tapi lebih kepada keperluan diri sendiri untuk lebih memahami, memperbaiki amal ibadat. Sebab terasa sangat diri ni Islam turun temurun, dok ikut saja hak setakat mana kita belajar kat sekolah dulu. Fahamnya belum tentu.




Wednesday, 23 October 2013

Macam Mana Belajar Tadi? Ok???



Don't you think it cute, when normally you as a mother would be attentive asking your children how their day at school went by? Only to be the one receiving such attention?


I attended a cake decorating class today in Bangi. Yeah, cari ilmu jangan pernah berhenti kerana takkan pernah cukup sebab ilmu Allah itu luas sifatnya. It was a long journey to and fro; took me 2 hours with the heavy traffic and what not. My right arm is still slightly aching even after I religiously rub the voltaren cream every other day. My shoulders are stiff. I took 2 panadol half way through the class because I was getting a headache. I was anxious I couldn't reach the place on time. Earlier on my car's battery went kaput and had to get it replaced. It is easy for me to get headache when I'm anxious. And the class was 7 hours long. I was very very tired when I got home. And very hungry too. Thinking and running here and there leave such effect on me.


So when Fahmi attentively asked me "Macam mana belajar tadi? Ok??"
I was bewildered at first. Macam biasa dengar je ayat tu kan?
He stole my line!
Tapi jujurnya, saya sangat tersentuh.
Terasa ringan bahu ini. Otot-otot pipi yang ketat serta merta galak menguntum senyum.
This boy, selalu sentuh hati saya dengan cara yang sangat tak dijangka.
Oh I know I'm biased. Layan jelah saya ni ;-)

Tuesday, 24 September 2013

Kapal Raya


Awat? Hang ingat hang sorang ka nak raya? Kapal pun nak raya jugak tau ;-)


Kejadian berlaku pada 22 Ogos 2013, hari Khamis bulan lepas. Ye, saya tau cerita basi. Nama pun blog kan bukan suratkhabar, jadi suka hati lah nak tayang cerita basi ke terkini ke. Saya mendapat jemputan ke majlis pelancaran kapal pengerukan milik syarikat tempat saya bekerja dulu. Masa terima panggilan dari ex-staff saya dulu agak terkejut juga sebab nada suaranya agak formal. Bukan kami tak biasa berborak, malah dia cukup rajin hubungi saya even selepas saya 'bersara'. Cerita pun cerita hal sendiri-sendiri lah kan. Jadi bila nada suaranya formal dan straight to the point saya akur, dia sedang menjalankan tugas. Menjemput saya bagi pihak orang atasan. Saya tak dapat beri confirmation segera. Sebab jemputan bukan untuk saya seorang, mr hubby dan anak-anak dijemput sama! Sesuatu yang tak saya duga. Bab jemputan untuk launching tu saya faham. Memang dulu-dulu waktu saya jadi penaung untuk urusetia majlis pelancaran 2 biji kapal terdahulu pun kami akan jemput ex top management. Maklum, yang putus adalah hubungan pekerja-majikan tapi silaturrahim yang terjalin tak pernah putus. Tapi belum pernah lagi jemputan di extend kepada kaum keluarga. Jadi saya agak kurang biasa dengan format jemputan kali ini, maka saya perlu masa untuk berbincang. Chewahhh... poyo je.


Sepanjang hari saya fikir ayat-ayat power untuk sampaikan berita pada mr hubby. Terus terang cakap, saya sebenarnya sangat-sangat teruja nak pergi tengok launching kapal tersebut.

Pertama, sebab ianya adalah kapal keruk terbesar dalam senarai kapal yang dibina di shipyard sendiri. Kedua, ianya kapal keruk terbesar di Malaysia dan Asia serta ke 3 terbesar di dunia!
Ketiga, belum pernah ada sebiji kapal sejenis dengannya pernah dilancarkan di Malaysia. Belum pernah!
Dan keempat, sejak dulu lagi memang saya idamkan mahu melihat sendiri pelancaran kapal jenis trailer suction hopper dredger (TSHD) atau lebih mesra dikalangan kami memanggilnya trailer (bukan treller lori panjang tu ye).


Saya teringat, 2-3 bulan selepas memulakan tugas sebagai PA kepada tuan bos (11 tahun yang dulu), saya pernah terima (bagi  pihak tuan bos) jemputan menyaksikan pelancaran kapal milik gergasi pengerukan dunia - sebuah syarikat Belgium. Saya yang uruskan pengesahan hadir, tempahan tiket flight beliau, hotel dan sebagainya. Masa tu saya teringin sangat nak tau macam mana rupa dan gaya trailer tersebut di launch ke dalam air/laut. Saya dapat juga lihat. Dari gambar-gambar yang terpampang dalam majalah IHC (majalah ni kalau those in dredging industry confirm familiar punya). Ko nak harap tuan bos bawa balik gambar mimpi jelah. Silap-silap dia pun tak bawa kamera. Dan kemudiannya saya dapat tonton video pelancaran TSHD di serata dunia. Bukan mudah. Kerana saiznya yang besar. Bila kapal cecah masuk dalam air, limpahan air berskala besar akan berlaku. Kalau tak cukup persediaan boleh jadi ombak tinggi dan membahayakan. Sebab itu makin kuat keinginan saya nak melihatkan launching trailer tersebut.


Bila mr hubby balik malam itu, saya ajukan pertanyaan, "What say you kalau diberi peluang tengok launching kapal, would you want to go and see?" Sungguhlah fail, satu hari fikir ayat apa nak cakap akhirnya yang keluar dari mulut adalah a straight forward and dead give away statement! Hahaha...
Mr Hubby kata dia nak duduk atas kapal. Bila saya kata no problem I can arrange that for you, dia chickened out.






Menanti saat dredger dilancarkan dari platform tinggi yang dikhaskan untuk family members. Dah naik baru tau. But well, nasib saya lah hihihi.
It is a big dredger. The ones yang saya pernah naik sewaktu bekerja dulu slightly smaller than this. Bukan setakat naik, tapi masuk sampai ke dalam bilik enjin aka sauna room. Panas dan berkuap serta bingit yang amat. Ruang bekerja juga merbahaya dengan laluan sempit. Terasa adrenalin rush sewaktu berada di dalamnya. Panas dan kotor but i love it.  Saya tabik spring kepada semua engineer kapal, semua... di seluruh dunia.



Lucky girl. It was her dream too untuk lihat launching kapal. All the while dengar Mama cerita je, or tengok video yang Mama rakam je. Tak ramai kids yang dibenarkan, kerana level safetiness tinggi untuk event sebegini. She and her brother were among the lucky few.


There were over 5,000 guests. Can you imagine how big the event was? Guests were distributed between two big marquee tent. Memandangkan saya mendapat jemputan VIP, dapatlah duduk satu tent dengan PM ;-). I'm glad I attended the event. Bukan setakat tengok launching kapal tapi dah macam satu big reunion pulak. Many familiar faces, present and past staff and colleagues yang I made acquaintances with for the past 11 years.





Ini jelah pic PM yang dapat, paparazzi baru belajar ;-)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Dengan izinnya, kapal tersebut dapat dilancarkan dengan smooth sekali mencecah air. Walaupun ada gangguan teknikal sehingga tertunda 1 jam lamanya. Sebagai PM dan isteri beredar tak sampai pun 10minit, kapal mula bergerak ke arah air dengan ditarik oleh bot tunda serta lifted by a crane. Kesian PM hampa dia menunggu. Kami juga yang untung he he he. Saya sangat amazed dengan teknik yang diaplikasikan untuk melancarkan kapal tersebut. Has always been amazed. You have to witnessed it yourself.
Take a look at this video. Please pardon the 'uhhhs' and the 'ahhhhss'... dia overexcited and yeah I know, sedikit jakun orang itu.






Here's another one I found at utube, lebih jelas close up macam mana kapal dilancarkan. Credit to Najib Razak channel.

Wednesday, 21 August 2013

Dilema (...bukan Delima) Raya


Balik dari Raya break saya terus pergi market - stock up fresh and dry food. Memandangkan saya berpuasa qada' dan sunat bermula Raya ke 2 jadi saya masih belum berkesempatan indulge juadah-juadah raya seperti rendang, lontong, ketupat, sambal goreng jawa, kuah kacang, nasi minyak, ayam masak merah, kari ayam etc. Masa beraya di rumah pakcik raya pertama tu pun saya tak melantak sangat. Makan ala-ala je. Hatta nasi minyak dan ayam merah air tangan my mum pun saya tak sempat jamah. Sebulan awak berpuasa tiba-tiba raya terus nak bulldoze semua adalah satu tindakan yang kurang bijak. Mau terkejut tali perut yang kuncup tu nanti. Jadi bila stock up fresh food tempohari saya pun belilah mince meat - cadangnya nak masak beef kofta curry makan dengan nasi minyak untuk berbuka, ayam, chicken carcass (rangka ayam) - cadang nak buat soto, saya juga beli kacang tanah - nak buat kuah kacang sebab yang saya masak kat rumah my mum tu pun saya tak merasa!


Tapi... tapi kan... beli punya beli ... sampai lah ke hari ini sudah masuk 18 hari raya, satu hapa pun yang saya sebut kat atas tu saya tak masak pun lagi!!! Ada satu hari tu mr hubby terrrajin buka peti sejuk bahagian freezer tu, dia punya terkejut badak tengok ada mince meat, chicken carcass 2 ekor termasuk lain-lain bahan mentah i.e ikan etc. "Banyak nya daginggggg!!!" kata dia. Dia pelik macam itu punya banyak bahan mentah tapi hari-hari saya masak biasa-biasa je. He he he... macam mana lah saya tak masak biasa-biasa je kalau dah hampir setiap hari lepas raya dia pergi kursus dijamu hidangan enak-enak yang tahap boost cholestrol punya. Lepas tu hujung minggu je tak putus jemputan open house raya. Memang confirm tak henti-henti hidangan daging, rendang, santan etc tu kan? Jadi saya tidak mahu jadi penyumbang kepada kenaikan tahap kolestrol isi rumah ini when you can get them in abundance out there. Saya dok masak ikan dengan sayur saja. Buat sementara waktu ini, biarlah saya peram dulu bahan-bahan tu dalam freezer. Dan biarlah saya pendam dulu hajat nak masak hidangan-hidangan yang saya sebutkan kat atas. 
Kurangkan daging merah dan lemak dalam makanan. At least sehingga musim raya ni habis.


Pilihlah makanan anda dengan betul. Jangan ikut sangat nafsu. Maaf, saya bukan anti-sosial tapi agak kurang mood nak hadiri open house. Sebab takut tak terkawal nafsu. Dah sebulan kita berjaya kawal nafsu kan? Sayang kalau masuk Syawal je terbang semua self-control tu. 

Dan dah jadi kebiasaan segelintir orang kita, kalau tak buat open house time raya ni depa tak mau mai beraya. Kalau buat open house baru datang. Pada saya kalau nak mai berziarah time raya ni tak perlu tunggu open house. Mai sajalah bila-bila masa. Inshaa Allah tak lapar perut balik dari rumah saya. Malah saya lebih suka entertain tetamu dalam kumpulan kecil. Datang berdua pun tak apa. Lagi seronok, saya beri kebebasan pilih hidangan apa yang nak sangat saya masakkan, saya sudi! Nak 3 course, 5 course pun boleh. Sambil makan kita sembang. Lepas tu pekena kopi vietnam kaw kaw punya. Lebih intim begitu kan? 


Thursday, 11 April 2013

I Was In That 40% Once...

sumber : Utusan Malaysia 29 Mac 2013


Sehingga 10 bulan yang lalu saya adalah termasuk dalam statistik 40% di atas. Dan untuk 5 tahun terakhir masuk dalam statistik 26% itu. Sekarang??? Masuk statistik surirumahtangga (itupun lepas ku google cari statistik langsung tiada!!) yang nilainya lebih tinggi daripada mana-mana jawatan di dunia kerana inilah satu-satunya jawatan yang tak mampu diberi pampasan atau disamakan dengan nila matawang. Okay, jangan sesiapa nak sentap. Mode motivasi diri.


Bohonglah kalau saya kata saya tak rindukan suasana bekerja.


I've been working since I finished my studies. Belum sempat konvo, merasa tanam anggur selama 2 bulan lepas itu terus dapat kerja. I lived on my own since then, pay my own bills+rent, cukup tak cukup makan pakai pandai-pandailah adjust sendiri. Masalah kerja? Siapa takde masalah kerja. Kerja serius pertama dalam hidup macam-macam dugaan tapi nama kata nak mengadu dengan mak bapak jangan haraplah. Apa dapat? Menyusahkan orang tua lagi ada. Nak mengadu dengan adik beradik? Depa pun merangkak lagi bawah ketiak mak bapak. Kawan? Kawan-kawan jauh, zaman tu tak ramai orang ada internet line kat rumah, kedai mamak pun belum ada wifi lagi jadi nak ber emel or chatting bagai kirim salam jelah. Nak bertelefon tak mampu nak bayar bil sebab adatlah kalau bercakap dengan orang lama kita tak jumpa takkan setakat say hi bye je kan. Housemates? Bolehlah mengadu sikit-sikit je, lebih-lebih karang jadi excess baggage pulak. Apapun dugaan bekerja belum pernah sekalipun saya terfikir nak give up. Sebab saya rasa malu besar kalau give up, nampak lembik sangatlah kau ni. Masalah sikit quit, nangis. Cheh! Memang jenis ketegar sangat. Apapun saya bersyukur kerana sementara kawan-kawan lain masih struggle cari kerja saya sudah menapak sendiri.


Bohonglah kata saya tak rindu pergi kerja macam orang lain. Bangun pagi-pagi bersiap. Always ada something to look forward.


Mr Hubby pernah berkali-kali kata saya ni workaholic. Ok, dia tak salah. Tapi which category of a workaholic do i fall in?


"A workaholic is a person who is addicted to work. The term generally implies that the person enjoys their work; it can also imply that they simply feel compelled to do it" - takdelah source lain kalau tak makcik Wiki kan he he he


I wouldn't say that I was addicted to my work. Addicted tu orang ketagih kerja, orang itu found pleasure atau merasa puas bila dapat buat kerja. Umpama macam orang haus diberi minum. I would prefer the term that I was devoted to my work. Nak kata 'compelled' tu rasa macam terpaksa je kan. Devoted lah sedap sikit dengar ha ha ha. Devoted tak semestinya suka tapi dah committed. Saya memegang prinsip kerja itu satu Amanah. Bila sebut perkataan amanah tu kan serta merta diikuti rasa takut. Takut pada Yang Esa. Sebab mati esok kau kena soal apa yang kau buat bila orang beri kau amanah. Besar tu tanggungjawab. Belum masuk detailed job description lagi. 


Jadi cuba buat anjakan paradigma sikit. Kerja bukan sebab $$$. Tapi kerja sebab Amanah. Amanah tu kan such a strong word. Kalau kau malas sekalipun tapi kau teringatkan Amanah tu terus hilang malas. Kalau kau rasa nak mengular dalam kerja terus tak jadi mengular. Sebab takut mati esok semua ditimbang. Manusia ni memang nak kena 'ikat' dengan pegangan (agama) kalau tak ikut sedap dia jelah. Ehhh jap jap.... ke mana direction entry ni sebenarnya? Seronok menaip sebab bukan selalu dapat idea karangan panjang. Emmm ok takpe we'll get to it kat hujung nanti. Lepas tu tiap-tiap hari nak pergi kerja tu niat Lillahi Ta'ala. Dah dapat pahala. Hujung bulan bagi yang bekerja gaji tetap tu inshaa Allah confirm dapat gaji kan? Moga-moga berkat duit kita tu bila niat pun betul. Emmm... mode tazkirah lah pulak. Motivasi untuk yang bekerja (*_^). 


Jadi betullah kata mr hubby saya ni dulu workaholic? Betul saya selalu stay up late. Selalu as in setiap hari. Hari Sabtu dan kadangkala Ahad juga pergi ofis. Bukan pergi ofis saja suka-suka sebab 'dahaga' kan kerja tapi ada sebab tanggungjawab tak selesai lah kan. Berdasarkan prinsip yang saya pegang tu, jatuh kategori workaholic no.2. Bukan gila kerja semata. Devoted. Amanah. Feel compelled (finally mengaku juga!) to sebab amanah yang dipegang. Dan itu tak menjadikan saya lebih alim daripada sesiapa. Prinsip seorang saya yang rigid sebenarnya.


Tapi serius saya rindu bekerja. 


Dah terbiasa otak ligat berjalan sentiasa. Dah terbiasa licik cari jalan penyelesaian. Tak boleh kanan, ikut kiri, tak boleh lurus kita ikut roundabout, tak boleh shortcut kita pakai highway! 


The first 3 months lepas berhenti kerja was the hardest time. Nanar je. Bingung. Rasa separuh gila pun iya. Duduk dalam rumah sendiri tapi rasa terkepung. Satu tahap saya rasa nak menjerit kuat-kuat. Rasa nak explode. Tension. Sakit kepala jangan cakap. Sakit badan. Terkepung. Macam-macam dalam kepala ni yang biasa diluah tapi tak dapat keluar. Dah biasa kerja tiap hari orang akan datang berbincang, minta pendapat dan penyelesaian. Tiba-tiba semua tu takde dah... rasa tak berguna pun ada. 


What kept me sane was my resolution. Tahun-tahun terakhir sebelum berhenti kerja, saya adalah rasa berdosa. Kerana setelah hidup dilimpahi kesenangan saya devoted kerja tapi saya rasa jauh dari menjadi seorang yang devoted kepada Tuhan. Ibadah sekadar yang wajib saja. Sunat yang mampu cuma puasa-puasa sunat saja. Tapi adakah ibadah wajib saya itu cukup? Cukup ke untuk menjaga saya dari dosa-dosa kecil besar yang lain? Dalam kerja pun secara sedar atau tidak, sengaja atau tidak ada juga commit sins. Apa lagi yang mau saya buat setelah saya pulangkan sedikit 'nikmat dunia' itu kalau ia tidak mampu buat saya menambah amal ibadat saya. Semakin saya cari semakin semakin saya sedar banyak yang saya tertinggal, tidak kaji, tidak pelajari. Kadang saya rasa macam orang tua pencen pula. Tapi tak payahlah tunggu tua pencen baru nak ke surau, mengaji etc. Itu pemikiran kuno. Tak payahlah tunggu diberi dugaan baru nak tumbuh kesedaran.


Seorang sahabat yang memilih melepaskan jawatannya di tempat yang sama pernah menghubungi saya 1 bulan selepas dia berhenti. Mengadu rasa resah, gelisah, nanar dan segalanya yang pernah saya rasa 3 bulan pertama berhenti kerja secara total. Pada dia saya katakan, "Don't be so hard to yourself. Give yourself sometime. Time to forget. To forgive. And to heal"


Selepas 3 bulan pertama bila saya reflect balik saya merumuskan semua kegelisahan, sakit kepala, sakit badan yang saya lalui itu adalah satu proses detoxification. We both worked in a highly demanding environment. In a highly demanding position. Following a highly demanding routine. Where only high performance expected. With a highly demanding ... err boss. When you left that environment yang sudah sebati dengan dirimu selama lebih 10 tahun, it is only natural for your body to display the effects of that 10 years or so. Sebab selama 10 tahun ini jangankan sakit, hujan, ribut, taufan, raya, kenduri kendarat semuanya kamu kena tolak tepi - Work first, whine never! You eat, you drink, you sleep, you breath WORK! Dia ketawa, faham. We were in the same boat, senanglah faham. It's ok if you don't. Because I do not wish you to go through my experience to understand. 


So this friend of mine, saya cuma senyum dengar rungutan dia di telefon dan kata, "Itu semua proses detox"


Dulu saya rasa, "Omaigod. How am I going to get through this (not working)". 
Matik lah aku. Matik lah aku. 
Sekarang, at 2 months short of my anniversary (ulangtahun pencen te he he he) saya rasa macam tak percaya 10 bulan sudah berlalu. Whattttttttt? Dah nak setahun? Oh my....
It feels so long and yet so new. Whatever it is, saya rasa at peace with myself.
So peaceful I almost gained 3 kilos extra!!! Ha ha ha ha.....
But now, I'm back in shape. Selagi saya sober jangan haraplah... kena beringat sentiasa. 
Matik lah nanti kena beli a whole new wardrobe. Siapa nak bayar. Baking bukan lebat sangat tau.


Ada orang kata wahhhh senanglah kau tak kerja.
Nak cakap kasar sikit boleh tak? 

Korok mu! 
(tengkorak kau!) atau .... errr orang KL cakap ... errr alah pandai korang lah translate.
Bukannya level Warren Buffet ke tak kerja duduk rumah biasa-biasa je pakai kereta sempoi dressing simple tapi cuba tengok khazanah dia kalau tak billion korang ingat dia boleh rilek selamba macam tu ke?

Tapi... senang itu definisi nya sangat luas.

Senang itu pada saya adalah sesuatu yang kamu rasa dengan hati.
Bukan dengan lidah yang senang menyebut, bukan dengan telinga yang senang mendengar
Bukan dengan jari yang senang menyentuh, bukan dengan kaki yang senang memijak
Jauh sekali dengan mata yang senang melihat
Tak boleh disentuh, tapi boleh dirasa

Senang itu kalau diukur dari wang ringgit entah bila kamu akan merasa senang.
Rezeki itu pun pada saya tidak datang dalam bentuk wang ringgit semata
Sihat tubuh badan. Rezeki lah itu. Anak-anak membesar dengan elok tingkah laku. Rezeki lah tu.
Anak-anak cemerlang dalam pelajaran despite tak merasa pergi tuisyen sebab mak pak tak mampu. Pun rezeki juga.
Rumahtangga yang aman dan sentiasa rasa lapang. Rezeki namanya!

Kecil periuk kecil lah keraknya. 
I wasn't born with a silver spoon in my mouth. Neither I had 'senang' once delivered to me on a silver platter.
Setidak-tidaknya saya pernah made it to the 26% dalam statistik di atas.
Macam tulah cara I console myself nowadays ;-).


Aura-aura ofis masih ada bersisa. Contoh kalau anak-anak bertengkar dan seorang datang mengadu saya akan cakap, "Hal kecil tak payah mengadu, pergi selesai sendiri berdua."
Lepas cakap tu saya rasa nak tergelak. Walaupun ayatnya berbeza tapi maksudnya lebih kurang dengan keadaannya bila kita berdepan dengan konflik di ofis kan. "Hal kecil macam ni takkan you nak I selesaikan untuk you?"
Atau, "Macam ni pun saya nak ajar ke?". Adusss yang ni pedas sikit kan sebab bermaksud "kau orang tak reti buat kerja ke?" Hahahahaha
Oh how I miss bermulut naga macam tu sometimes. Hehehehehe...

Dua minggu lepas seorang ex-staff saya kirim sms. Rasa terharu dan terkedu bila dia kata rindu dan terasa sangat ketiadaan saya lebih-lebih lagi bila perlukan pendapat atau buat keputusan. Rasa sedih dan senang membaca sms nya. Sedih kerana kata-katanya implies mereka tidak mendapat guidance yang sewajarnya. Senang kerana saya dirindui dan dihargai!!! At least sepanjang saya berada di sana ada juga sedikit kebaikan yang dapat dikongsi.


Rindu. But i'll live. Inshaa Allah.

Oh my... panjang berjelanya entry kali ni. Sure the longest you'll ever get from me untuk tahun ini kot? 
Hambek kau... terlepas kandang punya post hahahaha





Wednesday, 20 March 2013

Awak Ada Separuh Yang Saya Tak Ada...

You have half of what I don't possess, I have half of what you possessed.
Awak ada separuh dari apa yang saya tak ada, Saya ada separuh daripada apa yang awak ada.




Punca falsampah gila-gila ini bermula dengan ini.




Saya pandai buat rekabentuk (design), dia pandai buat rekaletak.
Dia kata saya pandai guna ayat bodek nak suruh dia buat itu ini.
Saya kata untung juga saya tak guna ayat perintah!
Tapi guna my persuasive way... (*_^).
Kalau dah perempuan, buatlah cara perempuan kan kan kan?



We are both imperfect, but when two imperfect people comes together, they become PERFECT as a couple.

Cantik bukan aturan Tuhan.


P/s: dalam mode super duper busy tapi paksa diri curi masa reka logo untuk part time business kek saya. Dan juga mahu buat rebranding. Jadi akan bertukar nama. Pembaca blog saya bertuah kerana mendapat 1st glimpse ;-).

Tuesday, 5 March 2013

Bumi Serasa Berputar


Ya, bangun pagi ini lepas solat Subuh tiba-tiba dunia sekeliling saya seakan berputar
bola mata liar, tak dapat fokus pada satu-satu objek
jadi saya lebih senang memejamkan mata
tapi tak boleh jadi, sebab harus mandi dan bersiap hantar anak ke sekolah
saya cuba bangun, rasa nak rebah semula
cuba berjalan, boleh tapi sesekali badan terhuyung hayang ke tepi bagai ditiup angin
kepala ringan, tidak sakit tapi pening
takut nak buka mata sebab rasa seperti dihipnotis!

Saya gagahkan juga hantar anak ke sekolah
kesian kalau terpaksa cuti semata-mata sebab dunia Mamanya seorang je yang berputar
mr hubby kata, "kurang gula lah tu..."
eh semalam baru lepas melantak dodol... hmmm
balik rumah terus masuk bilik, rebahkan kepala atas bantal
pejamkan mata kejap (rapat)... pun begitu rasa berputar itu masih ada
it's inside me... inside my head

rasa loya jangan cakaplah, mual dan muntah
dan perut sesekali memulas ringan
aduhhhh... simptom apa ni?
ehhh... jangan buat spekulasi, baru je suci dari bendera merah ni, takkanlah...

lepas 1 jam saya terjaga... perlahan-lahan buka mata
oh tidakkkk... masih berpusing duniaku!
pejam semula walau badan rasa tak berdaya sangat tapi untuk sambung tidur lagilah buatku lesu
takde pilihan tidur jelah sebab panadol kutelan tak berkesan...
akhirnya setelah beberapa kali pejam celik pejam celik, jam 11 pagi saya rasa cukuplah
Alhamdulillah dan hilang rasa berpusing tu, bola mata pun dah tak liar lagi
lantai kujejak sudah tidak berputar, badan pun dah tak terhuyung hayang... cuma lesu

beginilah yang saya rasa barang 4 bulan lepas
masa cik maid bercuti, yang menyebabkan 2 hari saya tak dapat bangun
sambil siapkan tempahan kek sambil tahan kepala berputar sambil sekejap-sekejap baring
yang sampaikan cik Yaya keluar statement jangan bagi cik maid cuti lagi

rupa-rupanya simptom yang saya rasa inilah yang dinamakan Vertigo
atau gangguan keseimbangan
baru saya teringat, zaman belajar di UKM dulu pernah dipapah dan dihantar pulang dari Bangi ke Seremban
sebab dunia berputar inilah!!!
dah lama sangat kejadian tu, jadi tak sangka sungguh kena lagi
cuma tak taulah nak kata apa penyebabnya sebab vertigo ni banyak punca
kalau dulu saya diberitahu terlalu banyak udara masuk disebelah telinga hingga ganggu keseimbangan badan
maklum dulu di bilik hostel dilengkapi kipas dinding, jadi memanglah udara lebih banyak kena sebelah aja
tapi sekarang takkanlah kot... pakai kipas siling ni... he he he
takpelah saya pun belum bertemu doktor lagi
boleh rujuk sini kalau mau tahu lebih pasal vertigo


Monday, 4 March 2013

Dara dan Tiada Dara

Tajuk kontroversi sangat! Warning. Sila keluar sekarang kalau tak boleh tolerate entri taboo.
Sebut dara memang taboo sangat kan.



Ini anak dara saya. Tak, saya bukan nak mempersoalkan dara SESIAPA. Tapi APA.



Agak buat apa terhendap-hendap tu? Sampai terteleng-teleng kepala. Mengintai sebelah mata macam Mak Limah mengintai Husin dalam bilik termenung je.





Macam ni lah gaya orang sayang buku. Buku cuma dikuak pada posisi tidak melebihi 90darjah. Semata-mata nak elak dari buku mudah relai bila dikuak luas-luas. Kalau kuak besar kan helaiannya mudah relai dari ruas? Dia cukup tak percaya kalau orang lain sentuh buku-buku dia. Abangnya nak pinjam baca pun bingit telinga dia menjerit. Kalau teringin juga baca buku-buku dia, kome kena tahan tadah telinga dengar bebelan dia tak henti-henti. Sekali kome selak mukasurat sekali dia ingatkan "... jangan buka besar-besar". Abih tu larat ke menahan? Tak, dia bukan kedekut. Dia cuma sayang sangat kat buku-buku dia.


Hanya seorang saja yang dia percaya pegang buku dia. Mama dia. Ofkos. Sebab ini tabiat menurun dari Mama dia jugak ler. Like mother like doter. Untung kau setakat tadah telinga dengar alarm clock berbunyi "... jangan buka besar-besar". Kalau dapat kat Mama dia lagi hazab. Kalau tak ada solid evidence cemana cermat awak jaga buku, jangan harap nak sentuh buku-buku saya. Sebab Mama dia cukup pantang orang kangkang buku luas-luas. 



Ini contoh sedikit koleksi saya sejak zaman sekolah 18 tahun lepas sampai 4 tahun lalu. Nampak sama je kemas dan cantik lagi kan? Haruslah puji diri sendiri. Kata cermat kan? Ada yang siap balut plastik lagi. Dah nama koleksi zaman budak sekolah. Eh...eh... koleksi terkini pun ada yang super sayang ahkak balut plastik you!





Cuba tengok dari sisi pulak. Nampak tak perbezaannya. Hah nampak tak koleksi judith mcnaught dan ahadiat akashah tu masih kemas rapi umpama dara sunti tak terusik pun lagi. Like new. Cuba tengok tajuk adam & hawa tu. Sudahlah ada kesan kotor. Bucu buku pun dah tak tajam. Kulit bukunya pulak ternganga sebab sudah dikepakkan oleh tangan yang tidak di'berikuasa' untuk menyentuhnya. Helaian mukasurat juga sudah kembang. Dari tebal 3/4 inci jadi 1 1/4 inci. Umpama kek yang diberi baking soda. Amboiiii... engkau ukur tebal buku-buku engkau ye? Tidak kusangka! Buku sebegini yang saya gelarkan "Perempuan Tiada Dara". Maafle, dah kukata memang hazab istilah ku ini. 


Mr Hubby suatu hari masuk ke bilik melihat isterinya mengongoi seorang diri. "Apasal ni?" tanya si suami yang prihatin. 
"Tengoklah ni." sambil tunjuk buku adam & hawa itu serta beberapa buah lagi koleksi yang jadi mangsa pencabulan. 
"Dah terkangkang macam perempuan takde dara!!!" Mr hubby tersentap dengar istilah hazab itu. Such strong words, match my strong feelings towards the book. I love them. I treasure them. I heart them deep deep. And no, mr hubby's not the culprit. Orang lain.

Dan tempohari, cik Yaya mengongoi juga, bila komik kesayangannya habis relai. Berjurai-jurai air mata dia. Like mother like doter. And again, no her brother's not the culprit. Orang lain. 

Ye, cik-cik dan puan-puan. Saya sangat treasure koleksi buku-buku saya. Tak kira novel ke, buku ilmiah ke. Sangat sayang. Sangat terjaga rapi. Kalau baca pun saya pegang dengan lemah lembut, saya tak suka kelepetkan muka surat untuk tanda dimana pembacaan terhenti. Saya rela menghafal mukasurat terakhir dibaca sebab saya tak suka guna bookmark . Tak mau ada sebarang kesan pada helaian mukasurat.
Ye, saya memang over jaga buku. Umpama menjaga anak dara. Jangan tercemar. Biar suci hingga ke malam pertama!!!




Wednesday, 20 February 2013

Kisah Selepas Walimatulurus

Phewwww! Alhamdulillah selesai sudah kenduri kendara di rumah kedua-dua sepupu saya.  Sejak semalam nak update blog tapi connection berukband tersangat teruk, kejap ada kejap putus. Hilang terus mood. Yang pelik bila malam ok pula. Nak kata trafik congested. Boleh pakai ke alasan ni?


Penat juga berkemas rumah hari Ahad sehari lepas kenduri. Walaupun kenduri sebenarnya bukan dibuat di rumah Ma saya pun. Tapi rumah Ma dah jadi persinggahan saudara mara dari Terengganu, Kelantan dan Penang. Rumah teres 3 bilik tu melimpah ruah dengan tetamu yang masing-masing pandai-pandai sendiri lah cari tempat untuk tidur baring. Bilik air cuma 1 pulak tu. Saya kesian dengan mereka. Tapi tabik springggg sebab mereka tak pernah merungut mahupun serik. Bukan tak dicarikan rumah kosong untuk mereka port, rumah adik lelaki bongsu saya cuma selang 1 pintu saja dengan kami. Rumah adik lelaki no.2 seberang surau aja. Tapi rumah Ma juga yang mereka suka. Maklum, Ma saya kakak yang sulung. Jadi dengan toleransi mereka yang sangat tinggi terhadap kekurangan layanan tuan rumah, apalah sangat penat lelah berkemas tu kan?


Petang Ahad cadang dah nak gerak balik semula ke Shah Alam. Tak mau balik malam sebab tentu jalan jam teruk sebab ramai yang ambil anak dari kampung pun berlumba mulakan perjalanan hari Ahad tu. Tapi benarlah kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tengah melayan anak-anak saya dan anak-anak kakak berjimba jimbi di JJ S2 dapat sms dari my Ma bagitau Pak Anjang saya (bapa pengantin) masuk hospital sebab sakit dada. Kelam kabut lah kami balik rumah ambil Ma pergi melawat. Sudahnya, malam lepas maghrib juga baru kami dapat bertolak balik Shah Alam... ngeh ngehh ngehhh.


Pak Anjang saya secara fizikal kelihatan ok. Rasa tak sedap badan, angin dan susah bernafas. Tak tau lagi sakit apa. Masih dipantau di wad. Barangkali kombinasi kesihatan yang tak berapa baik tetapi tidak diketahui ditambah kepenatan serta tekanan menguruskan majlis kahwin anak sulungnya. Bab makan juga tak boleh rule out. Teringat pesan lecturer kuliah advertising saya dulu, makanlah apa saja kamu suka sebelum usia kamu 30 tahun, selepas 30 tahun dah tak boleh makan sesuka hati lagi. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. You are what you eat.


Menguruskan majlis kahwin bukan kerja mudah kan? Buat perancangan saja pun dah pening kepala. Banyak tekanan mental dan emosi. Selagi belum selesai selagi itu kita paksa diri. Bila dah selesai habis mari semua penyakit. Saya tabik spring kat my Ma yang dah uruskan majlis kahwin 4 orang anaknya. Dari A-Z buat seorang. Adik beradiknya jauh jadi siapa yang ada untuk membantu? Bila Pak Anjang pilih untuk menetap di Seremban juga, kiranya Ma saya jadi tempat bergantung dalam bab kenduri kendara. Ingatkan dah selesai kahwinkan anak sendiri dah selamat lah ye? Tapi seronok juga bila kehadiran kita diperlukan. Mengangkat darjat seorang anak sulung. Think positive, think positive! (*_^)


Oh ya, malam ini ada tetamu besar nak datang surau rumah saya. Kuliah Agama yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang. Malam ini selepas solat maghrib. Kuliah agama berserta program kutipan dana untuk mangsa kebakaran Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu. Malam tadi lepas solat Isyak setiausaha sudah maklumkan pagar surau akan ditutup untuk elak kesesakan dalam kawasan surau. Maklum jelah surau kami kecil. Tapi sungguhpun kecil sangat hidup dan meriah setiap malam serta kerap jadi persinggahan musafir laluan Shah Alam-Kuala Selangor ni. Dijangkakan trafik memang sesak teruk menghala ke perumahan nanti. Kehadiran jemaah dari taman perumahan berdekatan apatah lagi dari kampung-kampung yang berjiran dijangkakan sambutan yang overwhelming. Jadi menerusi forum online penduduk sudah dimaklumkan supaya boleh buat perancangan awal bila balik kerja nanti. Yang sedihnya ada juga segelintir yang mensensasikan pemberitahuan umum sehingga menjadi medan untuk melepaskan geram dari sudut politik.




Lucu pun ada sebab bila emosi merajai akal, akan keluarlah kata-kata yang menunjukkan kedangkalan. Ada yang menolak kehadiran beliau atas alasan "...tidak menghormati penduduk yang tidak sealiran politik"... Rasa nak gelak kahkahkahkahkah.... Tidakkah kata-kata yang sama boleh dikeluarkan kepada kamu jika political figure yang lain datang melawat suatu kawasan yang sudah tentulah bercampur pelbagai fahaman politik? Can you really stop benda-benda ni semua? Kita hidup bercampur, kaum, agama dan fahaman politik juga berbeza. Tapi kita masih boleh mesra. Kerana apa? Toleransi.


Put aside isu politik. Saya tak minat politik. Tapi saya suka juga nak dengar kuliah beliau. Saya tak tau lagi apa tajuk kuliah beliau. Jujurnya saya tak pernah dengar beliau sampaikan ceramah, saya tak pernah dengar ceramah mana-mana ulama parti tersebut. Saya tak tau lagi apakah kuliah beliau akan menjurus kepada isu politik. Saya tak mau ada persepsi negatif. Saya teringin nak dengar. Moga-moga ada ilmu yang bermanfaat. Moga-moga ada pencerahan. Dan disitu juga ada peluang untuk menambah saham akhirat - kutipan Dana untuk Maahad. Boleh google maps untuk peta ke Alam Budiman.


Monday, 4 February 2013

Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah...

Pagi yang redup dan nyaman seperti semalam. Alhamdulillah.
Dah lama cuaca kering dan panas kan. Membahang ke dalam rumah. Syukur pagi ini dan semalam redup dan nyaman je.


Cik Yaya bangun dengan tekak yang perit dan batuk tak lepas. Tiba-tiba saja. Buat hati saya makin resah nak meninggalkan anak-anak untuk 2 hari 1 malam. Kalau waktu masih bekerja dulu saya sentiasa pastikan my outstation trip sependek mungkin, pernah sekali kena overnight tapi selalunya day trip sahaja. Tapi kali ini terasa lain benar. Sebab mr hubby pergi bersama saya. Kalau cuma saya yang pergi barangkali hati tak segundah ini. Bila kedua-dua kami keluar bermusafir (musafir lah sangat!) bersama, risau berganda-ganda.


Macam-macam bermain dalam kepala. Boleh bangun ke mereka pagi-pagi? Sempat ke sarapan nanti? Makan ke mereka? Ada ke yang melayan? Sapa nak hantar pergi sekolah? Kalau ada keperluan sekolah sapa yang nak tengokkan? Homework buat ke? Dan paling menyesakkan kepala, selamat kah mereka?


Pening. Kacau bilau rasanya.


Bas sekolah pagi sudah saya atur untuk 2 pagi saya tiada sebab selalunya saya yang hantar. Mujur ada bas yang sudi untuk 2 pagi cuma. Alhamdulillah.


My abah juga dah setuju nak temankan anak-anak di rumah. Ye, memang saya ada maid tapi tak berani lagi letak 100% keselamatan anak-anak di bahu seorang maid. Biarlah ada ahli keluarga sendiri. It would have been better to have my mom staying with them tapi apakan daya, my mom juga sibuk menjaga cucu-cucu yang lain di sana.


Makan minum? Sudah saya frozenkan sos bolognese kegemaran anak-anak. Cik maid sudah lama tak memasak sejak saya ada di rumah. Daripada dia masak entah apa-apa yang tak menepati selera anak-anak baik ler saya je siapkan awal-awal. Maklum ajalah, menjaga anak sendiri dengan jaga anak orang tak sama. Setakat sarapan ada kuih muih frozen.


Bab bangun pagi ni yang saya fenin sikit. Si Abang tersangat mudah bangun. Walau dia kalau tidur pulas tapi bila bab bangun Subuh dicuit aja terus bingkas. Si Adik ni yang light sleeper macam saya tapi nak bangun sungguh lah liat. Langsung tak macam saya! Saya tak ada 2 hari ni siapa lah agaknya yang terdaya nak mengejutkan dia sampai terjaga. Jangan sampai terlepas bas jam 6.50 pagi sudah.


Harap-harap yang diberi amanah pegang amanah. Jangan jadi si Jerry bermaharajalela bila si Tom tak nampak bayang sudahlah.

Atuk memang sudah tentu superb melayan kerenah cucu. Maklum bukan selalu dapat bersama cucu. Risau juga kalau atuk yang kena buli nanti.


Aduhaiii. Kalau diberi pilihan memang tak pernah mau tinggalkan mereka. Tapi kali ini memang tak boleh nak heret sama. Ini bukan percutian. Dan rasa tidak wajar sangat nak mencutikan mereka dari sekolah. Tak suka nak biasakan macam tu. Penerimaan anak-anak? Fahmi ok saja. Penuh yakin dia kata "Abang OK. Adik tu". Si Adik? "Sapa nak temankan adik tidur?" Dia nampak susah hati benar. Fahmi memang independant. Yaya? Sangat dependant!


Tapi saya rasa untuk 2 hari 1 malam itu nampak gayanya cerah masa depan orang yang nak bermusafir itulah yang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena nanti!


Friday, 1 February 2013

Jawapan 'Can You Spot The Difference'


Mula-mula nak cakap ampun banyak-banyak. Dah buat posting minta orang cari perbezaan dalam drawing yang entah apa-apa tu tiba-tiba tuan tanah senyap pulak. Umpama orang baling batu sembunyi tangan. Saja menggiat. Tuan tanah tertimbus disebalik tepung, gula dan mentega. Kena clearkan tempahan cepat-cepat sebab kepala dah serabut sangat. Too many things yang perlu difikirkan. Posting yang menyusul pun pakai 'scheduled posting'. Tak sempat nak buat entry susulan bagi entry di atas. Baru ini berkesempatan.


Ahaa... so my drawing was not that bad after all, eh? (Referring to this entry)


Ada yang point the difference dengan tepat. Terima kasih sudi melayan saya. Tapi maaf tiada hadiah... tee heee heee...


Bila saya tengok balik drawing sendiri tu memang banyak perbezaannya. Tulisan 'Jiran Belakang' misalnya. 'Padang rumput' dalam drawing 1 yang tiada dalam drawing 2. Alahhh 'padang' lah sangat kan padahal tapak pembuangan sisa pepejal kucing jer tu sebenarnya! Hot spot tu!


Tapi yang sebenar-benarnya saya nak tunjuk 'sampah sarap' tu, seperti yang di point out oleh puan DLL. Tajam penglihatan beliau pada drawing serabut serabai itu. Saya boleh aja ambil gambar sebenar tapi tak mahu lah menunjukkan rupa sebenar yang lagi azab. Rumahku sudahlah tidak cantik pemandangannya, tambah dengan sampah sarap lagi pedih mata. Ok stop hitting around the bushes ye. Cerita nya begini. Rumah saya rumah endlot. Ada kaki lima dalam 5 kaki (owh sesuai benar dipanggil kaki 5 kan?) sebelum pagar batu-bata. Tepi pagar adalah jalan ber tar, cukup untuk laluan ke lorong belakang rumah. Saya sengaja beli rumah endlot. Walau hajat tak kesampaian adalah corner lot. Takpe tak dapat corner lot dapat endlot pun jadi. Biar endlot sebab at least ada lebih tingkap dari rumah tengah. Kami suka cahaya semulajadi. Memang pesen tak suka duduk rumah yang dikelilingi dinding. Saya boleh claustraphobia... ehhh tiba-tiba! Suka buka tingkap, buka pintu biar angin dan cahaya masuk. Tak suka duduk rumah tutup habis terkepung. Baru terasa 'hidup' gitu. Dan juga kerana saya mahukan pemandangan yang lebih luas.


Untuk 1 1/2 tahun pertama apa yang kami mahukan itu tercapai. Lapang je mata tengok keluar tingkap. Biarlah viewnya jalan ber tar cuma. Tapi lama-lama tepi rumah saya ni dah jadi macam tapak 'used car' pulak. Berderet-deret kereta park kat tepi ni. Mula-mula cuma sebiji je. Lama-lama bertambah sampai penuh whole strecth tepi rumah ni. Jujur cakap saya memang kurang senang hati. Sebab saya rasa priviliged ... chewahhh priviliged lah sangat... priviliged yang kami nikmati sebagai pemilik rumah endlot sudah tiada nilainya sama sekali. Mind you, I paid more untuk view yang tak seberapa tu. Dan untuk sedikit 'privacy' itu. Dan tambah buat saya kesal, yang datang parking tepi pagar itu tak seorang pun ada courtesy untuk say something. Kadang saya sendiri malu nak kata 'tak minta izin' pun. Tapi at least say something lah... courtesy ok. Kitakan orang Malaysia kaya budibahasa.


Hati jadi panas kadang tu sebab boleh je mereka-mereka ini nak park kereta depan rumah masing-masing. Dalam pagar boleh muat 2 biji kereta side by side dengan selesa. Yes, porch rumah-rumah kat sini memang direka dengan keluasan maksima untuk park 2 biji kereta sekaligus. Lepas tu agak kalau masing-masing 'berada' ... ada 3 atau 4 biji kereta pun, boleh je park luar pagar masing-masing. Sebab kaki 5 depan rumah tersangat luas memang cukup panjang kalau terjulur sikit pun buntut kereta jenis continental lah. Kalau kereta jepun or malaysia memang muat sangat. See.... dah cukup mewahlah developer design rumah korang kan? Still you want to park tepi rumah saya. Kadang tu ada yang park ikut 'dan' je. Senget benget. Ada hari parking penuh ya rabbi... ada juga buat selenge pi park sampai terjuih buntut kereta sampai atas jalan utama. Padahal kat situ jugalah bas sekolah lalu nak ambil budak. Jadi susah bas nak pusing masuk lorong sebab kena ambil corner jauh. Kalau van boleh lepas walau susah tapi kalau bas memang hazab lah.


Pernah mr hubby tegur. Ada budak-budak uitm menyewa di sini. Dalam rumah tu tak taulah saya berapa ramai penyea. Tapi seorang sebiji kereta. Ada dekat 4-5 biji kereta yang selalu park tepi rumah. Kadang terlebih 5-6 biji. Hubby pernah tegur bila mereka park sampai terjuih atas jalan. Tapi semua tak mengaku. Satu hari saya intai tengok tuan punya kereta memang keluar dari rumah budak-budak itulah!


Macam nilah. Saya dah lama pendam. Tak selesa. Pertama sebab rasa 'privileged' tu dah tak privileged lagi. Kedua, terasa hati sebab courtesy tu tiada langsung. Nak say hi pun tak pernah. Yang mula buat keje parking tepi rumah ni cuma seorang dua tapi lama-lama ramai yang mengikut sampai terasa rumahku ini tempat parking awam. Ketiga, tak selesa sebab bila parking tepi pagar ini boleh straight nampak isi salam rumah. Ku nak terbongkang depan tv pun rasa was-was kang ada orang start enjin kereta punya lama siap berborak bagai 'bum bam bum bam' macam kedai kopi, ternampak pulak tuan rumah terbongkang. Langsir ada tapi kalau dah langsir pun aku tak boleh singkap udah serupa macam duduk rumah tengah terkepung lah kan?


Dan yang Keempat.... inilah yang ada dalam drawing saya tu... Keempat, sudah kau tiada courtesy buat tepi rumah aku macam parking awam, kau senyap-senyap turn 'tempat parking awam' tu sebagai 'tempat pembuangan sampah' pulak!!! Memang budi bahasa dan adap sopan ke laut sangattttt!  Sampah berupa botol air mineral kosong, kertas-kertas bergumpal, ada papan berlaminate, ada cap warna kelabu dan plastik jajan semua tu tak tau lah berapa lama dah bergumpal kat situ. Sebab kereta park kat tepi pagar ni tak pernah surut. Keluar satu masuk satu silih berganti. Tiba-tiba lah beberapa hari lepas kami balik park kat luar juga masa tu kaki parking tegar semua belum balik lagi atau barangkali Tuhan nak tunjuk kat kami. Tu diaaaaa depan mata 2 longgok sampah. Berdesir lah mulut mr hubby. Hari dah gelap saya tak nampak. Esok paginya barulah saya perasan. Itupun sebab semua kereta tiba-tiba beralih park kat pagar jiran sebelah. Ehhh tiba-tiba...? Hot hati cik kak oiiii! Hot sangatttt!!!


Saya kan malas nak cerita. Umpama mengumpat jiran. Alih-alih kalau saya cerita pun pasal jiran cuma pasal Mr Wong depan rumah dan anak-anaknya atau jiran sebelah kanan yang kedua-duanya berbangsa Tionghua. Yang sangatlah berbudi bahasa dan bertimbang rasa. Atau pun saya sebut pasal Diana, kawan anak-anak yang duduk sebelah rumah Mr Wong. Diana yang neneknya pun seorang Tionghua - mualaf. Apa motif saya sebut ni? Yang duk parking berderet tepi rumah ni kebanyakannya orang kita. Orang Melayu kita. Tapi sedih cakap...


Teringatlah ada terbaca kat majalah Solusi tahun lepas agaknya. Pesanan jangan menyakiti hati jiran. Antara yang saya ingat, bela kucing lepas tu dilepaskan biar kucing pi membuang sisa pepejal merata depan rumah jiran. Tu pun berdosa. Haaaa... engkau ingat takde apa-apa kan? Kau ingat small matter je kan? Berdosa kau tau. Kau sengaja atau tak sengaja asal kucing tu membuang je kat rumah jiran kau yang berdosa. Kucing tu tak salah apa-apa. Dan kedua yang saya ingat - parking kereta sampai menyusahkan jiran.


Ikut hati mau je tampal notis kat kereta diaorang. Tapi kan saya pula yang risau kang jiran terasa hati. Macam bagus je aku nak tepek notis kan. Tak pasal-pasal kena tempelak pulak. Susahnya hidup berjiran. Padanlah zaman sekarang ramai orang lebih suka duduk kondo. Masuk rumah tutup pintu dah takde apa-apa. Tapi kalau duduk rumah flat pun hazab juga. Orang atas sapu sampah atau basuh lantai depan air mencurah ke rumah kita. Hmmm... kadang saya mati kutu tak tau apa nak buat. Inilah bahana nya bila manusia hidup semakin 'jauh' dan terasing antara satu sama lain. Kau engkau, aku aku.



Tuesday, 29 January 2013

Can You Spot The Difference?


Selalu tak main permainan ini? Can you spot the difference (s)? Atau juga dikenali sebagai Sama Tapi Tak Serupa. Kemudian kamu akan disuruh kesan serta tandakan 10 perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua gambar.


Whoaaa.... wheelsondbus buat contest lah... give away contest ke ni? 
Mmmphhh bidaah ler kalau wheelsondbus nak buat GA ni... tebal kulit ku ini. Siapa lah yang nak masuk GA... bajet blog famous ke hapa?


Ok. Apapun saya nak minta anda untuk lihat 2 gambarajah ini. Terlebih dahulu tuan punya blog minta maaf di atas kualiti gambarajah yang kureng memuaskan (read: lukisan ku huduh)



CAN YOU SPOT THE DIFFERENCE (S)?
RAJAH 1 
Situasi biasa di tepi pagar rumah saya sejak lebih dari 1 tahun yang lepas hingga sekarang




RAJAH 2
Situasi tengahari ini di tepi pagar rumah saya. Can you spot the difference?



CAN YOU???????





Monday, 5 November 2012

Jangan Cuti Sampai Tak Ingat Dunia!

Sekarang ni nampak benar sibuknya ye? Seminggu sekali baru ada 1 entry. Ada yang tinggalkan komen pun lepas berhari-hari baru saya jejaki. Maaf banyak-banyak, kelewatan bukan disengajakan!

Sesuatu yang saya perasan, sejak bertukar profesion menjadi suri di rumahtangga sendiri, saya lebih jarang punya masa untuk mengadap PC, nak ON lappy jauh sekali. Maka, entry baru juga sudah tidak selebat dulu. Aneh kan? Dulu masa berkerjaya sepenuh masa dan menjadi isteri/ibu separuh masa ada pula MASA untuk bikin entry kadang selang sehari... dan berurut-turut hari pun ada! Ada-ada saja idea nak bercerita. Ada-ada saja masa nak berlipurlara.

Adakah ia petanda menjadi suri membosankan? Atau petanda jiwa lebih tenang? Maka kurang merapu meraban? Ahakssss... Eh... jangan ingat jadi suri duduk rumah goyang kaki. Kadang sibuknya lebih hebat dari CEO big 5 companies!

Sekejap tadi cik Yaya baru menyuarakan rasa hati. Mengingatkan saya supaya telefon cik pembantu rumah di kampung sana - jangan lupa balik esok. Bukan saya tidak betah menggalas tugas Home Manager. Saja saya mengusik Yaya kalau... kalaulah takde pembantu pun, Mama kan ada? Terkejut saya bila cik Yaya menjerit kecil. TAK MAU kata dia. Ehhh... sebenarnya siapa yang menentukan dan siapa yang perlukan pembantu sebenarnya?

Apa kisah udang disebalik mee ni? Rupa-rupanya cik Yaya sudah tidak sanggup andai terpaksa melalui satu lagi hari yang tidak dijangkakan bila Mama dia jatuh sakit dan tak larat bangun masak! Sabo jelah... baru 1 hari minggu lepas saya tak mampu bangun masak, TRAUMAnya sampai dia berpesan-pesan suruh cik pembantu balik segera, dengan mesej bercilinya - "JANGAN CUTI SAMPAI TAK INGAT DUNIA". Amboiiii.... Mama dia yang hari-hari kena layan kerenah dia 2 beradik yang macam-macam, dia pulak yang 'over' sentap semata-mata 1 hari saya tak bangun. Oh by the way, mesej itu tidak sampai pun ke telinga pembantu... sudah saya tapis siap dengan smash bertubi-tubi ke cik Yaya.

Memang saya sakit. Bukan 1 hari tapi 2 hari berturut-turut minggu lepas. Cuma hari kedua tu teruk lebih dari hari pertama sampai tak larat nak bangun siapkan makanan. Tapi bukannya sampai semua orang kebuluran pun. Mr Hubby dah jalankan tugas rescue bawa balik tapau food tengahari itu. Dan malamnya mr hubby jadi rescue ranger sekali lagi masakkan kuey tiaw goreng untuk mereka bertiga (saya tak lalu makan). Cik Yaya kata kuey tiaw 'kurang rasa'. Daddy dia smash balik "Sejak tengok masterchef ni banyak songeh lah. Komen macam-macam!".  Nak buat lagu mana, 5 tahun sekali pegang sudip, adatlah kalau terkurang sana sini. Tapi mek kecik sorang ni memang komen takde kesian, macam Chef Joe jugak. Saya ketawa dalam hati. Ada ke yang terkena badi Masterchef macam kami? hahahaha...

Kita tengoklah cik pembantu tiba tepat pada harinya atau tidak. Saya tak sanggup kalau ada budak kecik yang meraung nanti.

Cuti sekolah sudah hampir tiba. Masa saya berkerjaya sepenuh masa dulu, waktu-waktu begini adalah waktu paling lengang di ofis. Mood kerja separuh body. Ramai yang ambil cuti panjang bawa anak bercuti. Tapi jangan cuti sampai tak ingat dunia ye? Zaman makan gaji dulu walau tuan bos besar tak keluarkan statement bercili macam cik Yaya cakap tu tapi jelingan mata dia waktu sign borang cuti sudah cukup jelas untuk ditafsirkan. Faham-faham sendiri - Jangan cuti sampai tak ingat kerja ye? Handphone harus 24hours reachable. Kalau ada yang tiba-tiba tukar mode: unreachable tu sendiri mau ingatlah kalau terkantoi balik kerja nanti siaplah kome tadah (bernanah) telinga sebesar piring astro tu ye.

Sekarang? Nak cuti tak payah apply dah. Gumbiranya rasa bila boleh suka-suka je book tiket promo AA tanpa rasa cuak segala. Orang dah berzaman merasmikan seat tambang murah. Awak dah kepam baru dapat. Tak apa, pepatah Jerman kata 'Slowly but Surely...' Ahakssss.

Selamat merancang percutian keluarga. ;-)


Tuesday, 30 October 2012

Sunyi Rupanya


Sunyi rupanya menjadi surirumah.
Terutama waktu anak-anak dah ke sekolah dan incik suami ke tempat kerja.
Dan lebih terasa kini bila cik maid tiada - balik bercuti menyambut aidiladha di kampungnya.
Padahal masa dia ada bukannya jadi teman bercakap pun. Macamlah tak tau saya ni, serius sentiasa dan sangat berat mulut untuk bercakap.
Cakap bila perlu sahaja. Yang keluar pun ayat-ayat perintah... :-)
Tapi masa dia ada, setidak-tidaknya saya tak terasa keseorangan sangat. Kita tau ada orang lain di samping kita walau tiada suara. Kalau ada bunyi-bunyian kita tau ada orang lain yang sedang bekerja di dapur, di laman, menonton tv dan sebagainya.
Kalau ada apa-apa berlaku kita tau ada orang yang boleh kita harapkan.

Pagi ini kurang sunyi sedikit. Cik Yaya tak ke sekolah. Dia kata dia tak terlibat dengan sukaneka jadi tak perlu datang.
Dah sampai penghujung semester akhir persekolahan, saya pun tak kisah sangat. Sangat welcome her being at home with me. Ada jugaklah peneman walaupun waktu saya memasak dia dok buat hal sendiri.
Tapi takdelah kita rasa alone sangat.

Bosan ke?
Tak sempat nak rasa bosan sebab sentiasa ada kerja yang perlu dibuat. Masa saya hampir terisi sepenuhnya dari subuh hingga ke malam. Siapkan breakfast, basuh baju, mop lantai, vacuum 1 rumah, masak, lipat kain, gosok baju, buat kek lagi.
Cuma bahu dan belakang badan masih sakit lagi sungguhpun dah masuk hari ke 10 menelan ubat relax otot dan sapu analgesic cream. Itu je yang buat saya cuak nak buat kerja-kerja berat.
Semuanya saya guna tangan kiri. Sakit sangat-sangat tapi tetap mahu mop lantai setiap pagi.
Rasa tak selesa bila tapak kaki menyentuh lantai yang melekit terutama lantai dapur lah kan.
Esok I have to take it easy on house chores. Perlu rehatkan tangan ni betul-betul sebab ada baking commitment. Saya nyaris terlupa yang saya ada 2 tempahan this week.
Janganlah bahu saya sakit lagi... nak bermain dengan fondant pulak tu. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.



Waktu takde orang bantu mengemas dapur yang berkecah saya lebih suka buat hidangan ringkas sepinggan hidang macam lasagna meatballs ni.



Fahmi minat sangat dengan meatballs versi resipi beef kofta. Saya terpaksa buat lasagna 2 versi, satu with meatballs untuk Fahmi dan 1 lagi tanpa meatballs untuk Yaya. Nasib daddy diaorang tak kisah, dua-dua pun dia makan ;-)



Thursday, 4 October 2012

Can Hardly Forget About You...

 My Silhoutte spectacles... can't go anywhere without you, can I?




 Reading is OK without putting them on, but driving... brings me nowhere without them




 Changed the frames recently coz the old ones dah kemek kena pijak. Dah melekat dengan brand Silhoutte ni for years now sebab ringan dan selesa. Nak tukar lenses sekali memang rabak poket mak. Tapi frames yang ini ruasnya agak besar, bila pakai nampak buruk sikit... atau warnanya yang kurang sesuai? The old ones berwarna gelap dan lebih nipis, bila pakai nampak tak nampak je frames nya. *Sigh* Had to live with them for another year before I can change them again





Jadi sekarang rajin sikit pakai kanta sentuh bila keluar. Sebab cik Silhoutte yang ini looks unflattering on my face!




Tuesday, 25 September 2012

Good News Are Few, Nevertheless It Consoles One's Heart

Yeayyyyy!!! Finally...
The good news sampai juga
Mr hubby would be pleased to hear this nanti


Owhhh don't read too much between the lines ye
Tiada bun in the oven ye
Walaupun sepanjang sakit seminggu lepas I get bouts of nausea and dizziness
yang asyik berulang-ulang
Ada rasa muntah dan stomach rasa bloated sangat-sangat terlintas juga
kat kepala kami mungkinkah ianya lebih daripada sekadar simptom food poisoning?
But nope... it is quite impossible
So no, there'se no bun in the oven
Saya cuma terkena virus yang menyebabkan food poisoning terlalu lama


I recieved the good news pagi ini
The office's lawyer called up to tell me that finally, dia telah mendapat lampu hijau to officially remove my name dari Form49
Alhamdulillah... berita gembira yang saya sambut dengan riang
After 3 months of waiting restlessly!
I even offered untuk sign semula apa saja dokumen yang kurang asalkan kerja mereka dapat dipercepatkan dan dipermudahkan


Lega sedikit selepas diberi berita cemas semalam
Saya sedar dan sangat-sangat sedar berita yang baik itu barangkali sedikit
berbanding yang buruk itu lebih banyak
Saya juga tau consequences kepada 5 tahun mencagarkan nama dan reputasi
5 tahun yang lepas sama ada cepat atau lambat akan catch up with me
Dengan itu saya mohon berlindung dari Allah swt
Buat sementara waktu saya mahu enjoy berita baik ini ;-)

Friday, 21 September 2012

3 Hari Sakit = 1kg Hilang

Refering to my previous entry, I was right about 1 thing but wrong on another.


I was right when I said the stomach bug was a nasty one. Yup memang nasty sangat-sangat.
Dan bijak sangat-sangat. 'It' fooled me into believing I was okay and on the road to a speedy recovery tapi tiba-tiba subuh semalam saya melepet balik.
So I was wrong when I thought I'd be ok. Ingatkan 1 hari jelah kena rupa-rupanya jangkaan saya meleset.
Ulang-alik ke tandas semula.


So I went to see the doctor. Doktor berkerut dahi bila setiap soalannya mendapat jawapan negatif.


Doc : Perut sakit?

Saya : Tak

Doc : Tak memulas?

Saya : Taaaakkk...

Doc : Berapa kali pergi tandas masa hari mula-mula kena tu?

Saya : Entah ... berbelas kali juga...

Doc : Habis pergi tandas banyak kali tu tak sakit?

Saya : Tak doktor tak sakit, tak pedih, tak luka, tak panas pun. Perut tak memulas pun. (hah! hambik ko!)

Doc : Badan sakit lah?

Saya : Taaaakkkk... cuma letih je. Makan boleh tapi selera takde lah.

Doc : Ohhh ini jahat punya bakteria. Makna semalam dia tidur sekejap hari ni dia aktif balik. Kita kasi bunuh dia. Saya kasi antibiotik.


Hikhikhik kelakar pulak doktor ni.


So after 3 days sakit I lost that extra 1 kg that I gained sejak sebelum berhenti kerja tempohari. Perut masih ada angin.

I'm still on soft diet. Makan bubur jelah.

Tak berani nak ambil remeh sebab saya ada 2 orang anak dan saya tak mau mereka berjangkit bakteria atau virus (jika virus) ini.

It is very nasty dan degil nak keluarkan dari sistem.

Wednesday, 19 September 2012

Tender loving Care...

Bila time rajin posting kat blog tak henti-henti. Tapi bila hilang mojo tu diaaa bersawang sekejap.

I was away on Wednesday. Hantar hubby ke aiport kemudian teruskan perjalanan ke Seremban.
My mum was sick. Few days tak bangun dan saya hanya dapat tahu Selasa malam sebelumnya.
Itupun secara kebetulan. Entah kenapa asyik teringat-ingat dekat my mum lalu saya hantar sms.
Lambat baru dapat jawapan. She told me she was sick, tak bangun for few days dah.
Rasa ralat sungguh sebab baru dapat tau. Takde sapa bagitau *sigh*.
Malam tu baru adik ipar sms bagitau... I told her I already know... hehe cuaklah dia takut saya marah lah tu
Tapi takdenya saya nak marah. I'm known as a tight-lipped person bukannya for my temper. Tapi barangkali sebab saya tight-lipped sometimes people feels intimidated.

Bila sampai rumah Ma barulah saya tahu hampir seisi keluarga - my middle brother, my nieces and nephews dan akhir sekali my mum were hit by the same nasty stomach bug.
Semua kena cirit-birit dan muntah-muntah termasuk my 2 years old nephew tu.
Kesian.
Tapi yang paling teruk dan lambat recover adalah my mum.
Tak berani makan dan minum akibatnya badan jadi dehydrated.
My youngest brother took her to a nearby clinic dan dimasukkan air 1 botol ke badannya but after that my mum jadi tak berani nak makan dan minum sebab muntah balik. Asyik terbaring je.

Tapi yang lucunya bila saya sampai dengan anak-anak tempohari terus Ma bangun.
Bubur pun berulang tambah Ma makan padahal my brother kata dah berhari-hari tak mau bangun atau makan.
Adik kata "Nenek ni tunggu Fahmi balik terus nenek sihat"
Saya senyum je dalam diam dan faham.
After beberapa kali my mum jatuh sakit ni saya dah boleh baca hati Ma.
Mak atau ayah kita ni katakan dia ada 10 orang anak, dalam 10 orang tu mesti ada 1 orang yang dia tak boleh nak bantah sangat. Hah bab ni adik beradik tak boleh ambil hati no kena terima seadanya.
Jadi kena pandai-pandailah main peranan. Lepas 1 hari TLC - tender loving care lah konon alhamdulillah my mum put more effort untuk pulih.
Arwah atuk saya dulu macam tu lah, masa sakit pak cik mak cik akan cepat suruh my mum balik sebab atuk saya ada soft spot lebih sikit dengan my mum.

Atau selebihnya bolehlah dikatakan dia rindu dengan orang jauh tapi tak nak bagitau suruh balik sebab dia tau kalau saya tau memang cepat saya balik.
Huhu sedih...

Lepas balik menjaga my mum sakit tu, cik Yaya pulak kena sampukan virus.
Dia muntah-muntah. Jaga minah ni boleh tahan juga susah sebab dia tak mau makan ubat, tak mau makan mahupun minum.
Saya tak bawa ke klinik sebab ubat angin, ubat tahan muntah dia tempohari masih ada.
Ingat-ingat balik pesan doktor dan aplikasi semula.
Masuk hari kedua dia beransur sihat. Alhamdulillah.

Kalau cirit-birit dan muntah-muntah jangan minum susu.
Yaya made a mistake pada pagi hari mula-mula dia rasa mual she consumed sekotak susu strawberry. Saya pun tak perasan dia ambil sekotak susu.

Kalau muntah-muntah dan cirit birit or dalam proses recover daripadanya jangan makan buah atau minum jus buah.
Asid pada buah dan kulit buah akan tambah gas dalam perut.
My mum kata she ate fruits hari ke 2 dan ke 3 sakit.

Mesti minum air banyak-banyak terutama kanak-kanak sebab kanak-kanak yang dehydrated akibat cirit-birit dan muntah-muntah mudah berlarutan menjadi demam panas.

Doktor pesan beri minum bancuhan sirap atau ribena (bukan dalam kotak sedia diminum tu) pada pesakit chirit-birit untuk ganti gula dan beri tenaga.

Nak jadi cerita lepas my mum dan cik Yaya sihat tiba-tiba saya pulak kena attack by the nasty stomach bug.
Pertama kali saya merasa cirit birit yang tak sakit memulas perut. Tau-tau je berbelas kali ulang alik ke tandas. Ni memang jenis nasty dalam diam punyalah.
Muntah pun tak rasa loya yang teruk tiba-tiba datang loya terus burrrrr...
Habis tu nurse sakit sapa jaga? Nurse bila sakit kena TLC diri sendiri jelah.
Ubat saya cuma minum air dan vitagen. Air dan vitagen.
Nak 100plus pun boleh tapi saya prefer vitagen sebab banyak flavour! hehe
Hari ini baru sihat boleh bangun. Tu yang terus buat entry. Alhamdulillah.





Tuesday, 11 September 2012

Clumsy = Pain = Yoga

Arghh!!! My back is killing me!

Saya sedang sakit belakang. From the waist area on the right to lower back.
Puncanya eksiden kecil di rumah. Eksiden pula berpunca dari ke 'clumsy' an saya.
Nak cakap cemerkap (clumsy in Malay) susah pula nak faham. Maklumlah, perkataan yang jarang kita guna dan tak begitu popular di kalangan masyarakat kita.
Bukannya setiap hari orang belek Kamus Dewan.

The other day cik Yaya tanya saya apa maksud clumsy. Sebab Daddy dia kata dia clumsy because dia selalu drop barang.
Saya jawab cemerkap.
Semua berkerut dahi. It sounded alien. Like I said cemerkap jarang digunakan dalam perbualan harian.
Senang cakap - clumsy = proneness to accident, careless, rough
Cemerkap = tidak cermat (dalam sesuatu pekerjaan), kasar

Yaya = not clumsy but has butterfingers (things slipped from her hands/grip)
Note: butterfingers di sini tidak merujuk kepada a Malaysian music band or a biscuit by the same name ye.


Mama = clumsy
Sebab membongkok berhampiran meja makan yang besar bagak,
tahu dan sedar ada meja di belakang tapi tetap bangun dengan cepat sampai pinggang terhantuk dan tersangkut pada bucu meja sampai meja terangkat sedikit dan cutlery set di atas meja pun berdenting!
Mak tuan kuatnya pinggang ko, boleh buat angkat meja!
Orang tarik bas dengan rambut masuk guinness book of record, awak angkat meja dengan pinggang padan masuk blog jelah weh.

Kena pulak time tu sibuk baking and decorating cakes.
Buat kerja yang banyak perlu duduk berjam-jam berulit buttercream dan menerap fondant.
Memang bertambah-tambah derita.
Bangun tidur terasa badan bagan digelek steamroll.
Tidur tak boleh mengiring ke kanan, alamat macam nenek kebayan lah saya bila bangun nanti.
Itulah, dulu rajin telan pil kalsium, glucosamine bagai. Ni dah sebulan setengah tak telan supplemen. Mana badan nak dapat ketahanan asyik dilenjan aja.


Jadi time sakit ni saya skip jogging.
Saya cuba buat senaman yoga instead. I found a good video on yoga for lower back pain by Esther Eckhart.
On weekdays adakalanya berselang hari saya buat senaman yoga yang simple terutama untuk kuatkan tulang belakang. Ahkak sedar diri dik, umur meningkat tulang pun naik berkarat kalau tak bersenam dik non.
Nak aerobic rasa energetic sangat takut lutut ahkak tak kuat kikiki.





Lepas buat senaman yoga for lower back pain ni memang terasa perbezaannya.
Rasa stiff hilang, lega sedikit.


Esther ni ada banyak post video yoga dia kat youtube. Ada satu senaman for neck and shoulder pain pun saya suka buat.
Bagus untuk relief pain and stiffness terutama selepas saya berhempas pulas mengerjakan kek. ;-)