hai lah badan... hai lah nyawa (ikut skrip citer nujum pak belalang). dalam dok bermalas2an mengupdate blog ni dapat pulak homework dari mrs rimo. si fahmi tengah buat latihan maths dengan daddy dia, aku cabut lari mentenet... tak lalu nak mengadap incik hubby yang garang itu mengajar anak teruna dia maths. terkulat2 fahmi dengan mata besarnya. aku mengintai dari belakang hubby buat isyarat jari tiap kali fahmi tak dapat figure out apa yang daddy cakapkan. so sorry fahmi darling, mama cannot help you when it comes to maths, daddy genius maths so kena surrender kat dia lah.
okaylah ini tag dari mrs rimo. basically tag ni adalah tentang diri saya yang mana sebelum saya senaraikan 10 fakta menarik?! tentang diri saya, saya diharuskan 'mengipas' orang yang men tag saya. kekeke saja nak buat mrs rimo hangin. but i'm going to enjoy this first part ;-)
tag ini ada 3 tasks:
nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya
anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
5 fakta menarik tentang puan Nolie...
1. dah kenal 'nOLie' (betul tak ejaan nick ko nih huruf o besar & l besar? ;-)) ni sejak kami sama2 anak dara bergetah, i think since year 1999 or 2000 gitu di alamak.com. sejak dulu sampai sekarang mulut dia memang mentennnn cabul... kekeke
2. sangat selesa berkawan dengan dia tak perlu nak pretend, control ayu ke hapa. saya takde masalah dengan kebrutalan dia.
3. sangat gigih mencari rezeki, juggling her career, anak2 dan meniaga ujung minggu. tabik springgg sama dia.
4. disebalik ke'brutal'annya, dia sebenarnya jiwang karat - suka tonton teater... kakak tiket PGL saya mana?
5. payah sungguh nak bertemu muka dengan dia ni, perahsia mengalahkan mikel jeksen dia menyembunyikan diri. tapi saya telah berjaya 'menerjah' dia di kuarters bnm suatu ketika dulu...hehehe
10 fakta atau hobi diri sendiri
1. First impression orang jumpa or tengok saya majoriti kata saya sombong & serius orangnya. i'm so sorry if you get that impression but there's nothing i can do dengan air muka saya, memang sejak kecil saya jenis yang payah tersenyum... air muka saya takde expression langsung sebab saya suka sembunyikan perasaan saya.
2. Pendiam tapi peramah kalau betul2 bertemu buku dengan ruas, kalau tidak saya memang lambat panas enjin, sebab itu saya sukar nak dapat kawan baru.
3. Sebenarnya anak sulung dan tunggal perempuan dalam 3 adik beradik tapi saya jatuh di tangga kedua sebab saya mempunyai seorang kakak sepupu yang tinggal dengan kami sejak saya berumur 1 tahun. Masa remaja saya kekadang keliru dengan status saya bila orang tanya tentang latarbelakang keluarga.
4. Sangat suka menyendiri, kalau dapat buku cerita tak makan, tak minum tak keluar bilik satu hari pun tak apa.
5. Dulu saya adalah seorang tomboy. Pergi sekolah pakai tudung, lepas sekolah free hair - rambut kontot, kulit gelap, pakai shirt lelaki... betul2 buat orang keliru sama ada saya lelaki or perempuan. Saya jadi tomboy because i was a late bloomer, terasa diri kurang cantik berbanding my sister and other girls. Bila my sister and other girls masuk tarian saya pun cuba tapi jari jemari saya sangat keras, i eventually realise that i can never matched up to them, so escapisme saya adalah dengan menjadi tomboy.
6. Dalam pada tomboy tu saya kuat berangan yang indah2, suka tulis puisi. Puisi saya pernah dideklamasikan dalam radio N9 oleh kakak saya... berdebar2 saya mendengar puisi saya dalam radio. Pernah hasilkan cerpen dan novel yang saya garap dah 60% siap masa di tingkatan 5 sehingga kini tergendala.
7. Sangat cool tak cepat panik, tak mudah termakan hasutan orang, tak mudah melenting tapi don't push your luck sebab kalau kesabaran saya dah tahap tepu saya akan melenting tahap gaban yang boleh menyebabkan situasi menjadi severe terus.
8. Tersangat fobia dengan lipas. Saya boleh sense kalau lipas datang, even dalam tidur pun saya boleh perasan kalau ada lipas terbang!
9. Suka baca kamus, ensiklopedia, buku2 sejarah lama, sosiology, cultural etc... masa kat U boleh duduk berjam2 dalam library bukan menelaah tapi selongkar buku2 yang tak berkaitan dengan course.
10. Pernah betting dengan classmate saya yang akan kawin paling lambat but it turns out saya kawin muda dan lebih awal dari mereka! sorang kawan saya ingat saya kena kawin paksa!
10 orang yang saya nak tag: (saya tak tau nak cari 10 orang kat mana)
1. Ami-honey
2. ila s2m3r
3. shida
4. azie
5. nadiahkhair
6. ros @ rosnamaaku (new blogger - sila2)
7. anna
dan lain2 yang berminat ...silakan
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago