Selesai majlis (yup kami hanya tinggalkan majlis setelah semua guest balik!) saya ajak hubby ke puchong nak stock up barang2 baking. Betul kata watie, BWY memang tutup hari sabtu tu! memang they all tutup 1st Saturday of the month kea tau because of labour day? Saya pun tak tau sebab tak selalu ke sana. Now saya kena cari satu hari yang sesuai nak travel ke sana, weekdays memang lah tak practical, Saturdays yang lain2 pulak saya kerja. This Saturday peluang nak ke sana tipis coz I think hubby dah tetapkan hajat nak pergi camping! Oh yesss hubby saya ber camping, ni penangan sejak duduk rumah baru. The guys kat sini sangat aktif with outdoor activities, saya cemburu! Saya pun nak ikut camping jugak tapi depa tak ajak anak bini. So rasanya saya camping kat rumah my mum jelah. Which means tak selesai lagi masalah saya nak stock up barang di BWY puchong coz saya tak familiar jalan ke puchong! Huhu
Kalau sabtu kami sibuk ke hulu ke hilir sepanjang hari, siang ahad pulak kami buat aktiviti santai kuak lentang atas tilam. Semua orang tidur petang lepas isi perut. Lagipun both my children terutama yaya tak berapa sihat, they all demam tapi mild aja. Saya pulak malam sebelumnya tidur lewat, pagi tu bangun awal hari masih gelap saya dah keluar berjogging. Semangat! Sebenarnya kalau saya nak hubby tag along with us memang kena keluar jogging awal sebab by 7.30am or latest by 8.00am kawan2 biking dia pulak kidnap dia. Tengok, betapa hot nya hubby saya sekarang ramai peminat. Macam manalah wife dia tak jealous? But still dalam saya merungut ni saya tetap support minat dia selagi dia masih boleh balance his time with us. Iskkk iskkk macam berkongsi lah pulak. Chett!
Since semua orang kata kenyang lepas makan muffin jadi saya tak masak dinner. Tapi lepas tu ada orang ajak saya pergi ‘minum’ kat kedai. Dia ‘minum’ mee bandung sepinggan… ‘minum’ lah konon :-P