Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Wednesday, 24 December 2014

Program Kembara Iman Dan Solat - Ustaz Ebit Lew


Seminggu selepas kami balik dari percutian ekspress ke KB Dan Terengganu, tiba masanya untuk Fahmi berpisah sementara dengan kami. Dia telah kami daftarkan untuk mengikuti Program Kembara Iman dan Solat anjuran Transform Training milik Ustaz Ebit Lew dan abangnya.


Sejujurnya saya rasa begitu berat untuk melepaskan dia pergi. Biasalah, perasaan seorang ibu kan. Sentiasa risaukan anak. Risau bolehkah dia urus diri kan sana. Macam mana baju-baju kotor dia, main campak aja ke. Ada ke tertinggal, tersalah letak apa-apa barang peribadi. Sempat makan ke tidak dalam mengejar aturcara program yang padat. Macam mana dia kalau sakit perut tengah malam. Selesa ke tidak bilik tidur, bilik air nya. Allahu... kalau nak layan apa yang bermain dalam kepala seorang ibu ni rasanya sampai ke tua lah anak-anak dikepit celah ketiak.


Tapi hakikatnya saya lebih suka untuk dia pergi. Biarlah saya tanggung kerisauan yang bermain dalam fikiran ni kerana saya tahu banyak kebaikan yang bakal dia perolehi daripada berkepit dengan saya di rumah. Ngeeee.... Jadi pada Ahad 21 Disember kami sekeluarga bergerak ke Kuala Kubu Baru menghantar anak teruna seorang ini. Dengan berbekalkan beg galas saiz sederhana (lebih kecil sikit dari beg sekolahnya) dan recycled beg berisi songkok, kasut sukan dan penyangkut baju yang tak muat nak disumbat dalam beg galasnya. Kesemua pakaian Fahmi yang pilih dan sumbat sendiri dalam beg. Ye, dia travel light. Sudah biasa begitu setiap kali nak balik kampung mr hubby atau nak overnight travel ke mana-mana pasti beg sandang biru tu digunakan. Dan dia pun dah boleh agak berapa banyak baju nak bawa. Selalu dia lebihkan sehelai dua t-shirt.


Setibanya di sana, saya jadi kecut perut melihat peserta-peserta lain yang masing-masing mengheret travel bag beroda saiz besar. Tak kurang yang pikul bag beg macam nak balik kampung 14hari! Aduhhh... aku yang silap kira ke apa? Senak dah perut. Tapi bila saya kira-kira semula memang 3 hari 2 malam pun. Cukuplah 6 helai t-shirt, 1 baju Melayu dan 5 helai seluar track bottom (ni pun saya rasa macam terlebih je). Dah siap extra kan 1 helai t-shirt. Abis tu apa benda yang peserta lain heret sampai beg troli besar? Bukan 1 beg tapi siap ada beg sampingan lagi.
Tenang. Tenang mak nya. Kita bukan tak biasa. Kita dah biasa latih anak travel light.


Budak lelaki baju biru jalur leher merah belakang fahmi tu akhirnya menjadi teman baik dia sepanjang program. Tidur katil double decker, Fahmi di bawah dia di atas. Darwisy namanya. Malam pertama Darwisy tak dapat tidur, akhirnya mereka berkongsi satu katil hehe...


Selesai pendaftaran kami dijemput menikmati sarapan ringan. Maklum Kuala Kubu Baru tu jauh perjalanannya. Semua kena keluar rumah awal pagi. Kot ada yang tak sempat sarapan. Lepas sarapan peserta dibawa ke tempat lain untuk orientasi dan mula program mereka. Ibu bapa pula disuruh masuk dewan. Diberi ceramah percuma oleh ustaz Ebit Lew. Hebat kan? Ceramah bukan sekejap. Dia pulun 2 jam setengah. hah, ko mampu?


Untuk anak-anak kecil supaya tak ganggu konsentrasi ibubapa yang sedang ditazkirah dan dibasahkan hatinya hingga bercucuran air mata air hidung semua, disediakan satu bilik khas untuk bermain. Masa datang pun disambut dengan maskot-maskot Spongebob, Winnie the Pooh, dan macam-macam lagi yang saya dah mula tak kenal sebab anak-anak pun dah makin besar dan tak tengok kartun-lartun gitu lagi. Gitu sekali dia menyambut dan berusaha memberi keselesaan supaya dapat khusyuk dan tawadduk. 


Dan saya puji Ustaz Ebit Lew yang sangat merendah diri orangnya hingga kita tak rasa seperti ada protokol antara dia dengan kita. Sambil memberi tazkirah kadang dia duduk di atas kerusi supaya senang audience nampak dia kerana dia kecil molek orangnya. Kadang dia duduk berjuntai kaki di atas pentas. Dan dalam tutur bicaranya yang sangat lembut itu dia tak putus-putus memohon maaf atas ketidakselesaan kerana dewan yang agak sempit katanya. Dan tak henti-henti dia meminta petugas ambilkan kerusi untuk tetamu yang berdiri. Dan tak henti-henti juga dia memuji ketegaan tetamu duduk dalam majlis ilmu walau dalam keadaan kurang selesa. Hingga saya yang sebenarnya sedang melawan sakit kepala (migrain) dan sakit bahu serta sakit leher yang menyerang tiba-tiba dapat bertahan dan memujuk hati bila mana ustaz berkata "...tuan-tuan, puan-puan yang datang ni ada yang datang dengan pelbagai kesusahan, ada yang susah nak duduk lama-lama tapi dengan kesusahan ini semoga Allah balas niat baik tuan-tuan, puan-puan..." Allahu... terpujuk hati.


Sakit bahu tu biasa lah kadang elok kadang datang. Sakit leher dan migrain tu pun faham-faham aja lah... anxiety lah tu asyik dok fikir pasal anak je mana tak sakit kepala. Alhamdulillah.


Pengisian program sangat bagus. Hari akhir parents dihidangkan dengan tayangan video aktiviti anak-anak sepanjang 3 hari 2 malam itu. Memang tersentuh hati mendengar kupasan Ustaz Ebit Lew. Dan saya puji tindakan ustaz yang memberi pasak rohani sekali lagi kepada parents. Supaya parents tidak culas dalam mendidik dan membimbing anak-anak ini. Untung ibubapa yang punya anak-anak sedia elok tak perlu diawasi sangat mak ayah sibuk dengan kerja tapi memang dia jadi elok dan tau apa yang terbaik untuknya. Tapi itu tak bermakna sudah cukup keperluan rohaninya. Ibubapa mesti berilmu. Biar menjadi sumber rujukan utama anak-anak. Itu akan membuat anak-anak lebih memandang tinggi ibubapa. Moga saya dan suami menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak.


Indahnya menyertai program-program sebegini. Seperti pesan saya kepada Fahmi, di sinilah tempatnya untuk menimba ilmu yang tak diperolehi ditempat lain. Disini juga tempat untuk menjalin silaturrahim. Dan benarlah kerana dia banyak dapat kawan. Darwisy yang sempat jadi teman tidur sekatil dengannya itu rupa-rupanya tinggal tak jauh dari taman perumahan kami. Malah buka sekolah tahun depan dia akan bersekolah di sekolah yang sama dengan Fahmi sebagai pelajar baru. Cuma dia rupa-rupanya muda setahun, sebaya dengan Yaya. Alhamdulillah sempat berkenal-kenalan dengan mak ayah Darwisy juga. See... cantik kan aturan Nya?



Wednesday, 10 December 2014

Pertempuran Yaya @5th Koryo National Grand Final


Siapa kata school holiday bermaksud  holiday for mommies must be out of their mind. Yeah i agree that mommies dah tak payah nak sental baju sekolah, kasut sekolah and can strike out ironing school uniforms from their routine list. plus, you can sleep in ! But other than that, life's just as hectic as it was during school days. For me, more in fact!


The kids punya activities seems to double up. Apart from the weekly taekwondo training for both, there's the special training for Yaya every Tuesday night. Kerana dia terpilih untuk dilatih sebagai 'fighter' atau potential atlit taekwondo. Dan kerana itu juga dia diwajibkan untuk sertai mana-mana koryo tournament yang dianjurkan sepanjang tahun. This 5th Koryo National tournament bertempat di Dewan Dato' Ahmad Razali adalah installation terakhir untuk tahun ini. Yaya cheat. She deliberately hide from us the fact that dia wajib sertai pusingan pertama di Sungai Buloh dulu. Kami pun tak tau. Jadi dia missed 3 pusingan termasuk yang diadakan di Johor Bahru in October!!! Dah kena sound dengan Sir (coach) baru dia beritahu saya. So we managed to get her participate in the 4th round di Salak Tinggi in November sebelum yang terakhir ini di Ampang pada 8 Disember lalu. Setidak-tidaknya dia sempat mengutip pengalaman tahun ini.


Ini pengalaman baru buat saya. Saya tak pernah lihat perlawanan taekwondo secara langsung. Jadi saya tak tau apa nak dijangka. Yang pasti saya sungguh tak jangka akan merasa debaran tak terhingga saat kali pertama mengiringi anak masuk gelanggang. Saya mengaku saya rasa lya, mual, butterflies ke berudu ke macam-macam berenang-renang dalam perut. Migrain sudah tentu as my anxiety kicked in. 


Sejujurnya saya tak idamkan anak menjadi atlet taekwondo. Melainkan mengharapkan latihan dan perlawanan yang disertai Yaya dapat membentuk jatidiri yang kuat. Sebagai seorang yang datang dari keluarga ahli sukan saya sangat menyokong penglibatannya. Tapi saya juga mengaku, terkejip-kejip mata melihat anak-anak ini 'bertempur' di gelanggang. Garang dan ganas. Nasiblah kena sepak di kepala kerana point tinggi di situ. Nasib juga kalau sepakan tak mengena, tersasar ke muka sakit jawabnya. Jatuh sendiri itu biasa. Jatuh terhempap atau terpijak dah tentu dua kali ganda sakitnya. Menangis keluar gelanggang tak semestinya bererti kalah. Tak kurang yang menangis itu pemenang sebenarnya. Bukan airmata gembira. Tapi airmata sengsara menahan sakit selepas bersiri-siri tempur dalam gelanggang tadi akhirnya terhambur keluar juga. 


Saya juga belajar. Jangan underestimate lawan yang bertubuh kecil atau lebih rendah dari kita. Jangan juga sangka yang berwajah comel manis ayu itu tumpul taringnya. Kerana saya beberapa kali terkena 'renjatan elektrik' melihat anak-anak gadis comel loteh tahap rasa nak buat menantu tapi bila masuk gelanggang habis kepala lawan selamba dicangkuknya dengan hujung kaki. Ini bukan calon menantu. Jadi kuih lepat anak aku! Kihkihkih.




Saya menggigil pegang kamera ambil gambar Yaya serta rakam video. Daddy tak dapat ikut kerana tuntutan kerja. Rakaman video untuk Daddy. tapi sukarnya merakam sambil bersorak pada anak. Getir.


Tapi saya salute anak-anak ini. Habis lawan berpeluk dan saling bertanya khabar "awak ok ke?". Semangat juang mereka tinggi (bagi yang meneruskan). Saya mengharapkan proses yang dilalui ini juga akan membentuk semangat juang yang tinggi pada anak perempuan saya. Baik di dalam, mahupun diluar gelanggang terutamanya. Kerana hidup ini satu perjuangan. Dia belum melakar kemenangan dalam percubaannya yang masuk kali kedua ini. Pergerakannya masih 'mentah'. She still has a long way to go.


Barangkali Yaya mungkin merasakan dia yang penat dan tertekan kerana terpaksa melalui pengalaman ini. Dia enggan sebenarnya. Dia takut. Tapi saya gembira dia turut serta juga akhirnya. Kerana apa yang dilaluinya ini banyak pengajaran yang saya kutip. Pengalaman dia, pengajaran buat saya.


Pada saya, Menang bukan kerana lawan kita kalah. Tapi menang kerana kita berjaya menjadi yang terbaik dikalangan mereka yang hebat-hebat belaka.

Tuesday, 25 November 2014

Gelagat di MAHA, Serdang - Yang MAHA Lucu dan MAHA Pelik


Kami ke MAHA hari Isnin (semalam). Plan mengejut. 
Tiba-tiba mr hubby ambil cuti. Saya macam biasa puasa sunat Isnin. Tapi menghormati ajakan mr hubby maka berbuka lah dengan santapan pertama di MAHA iaitu air limau asam boi. Panas terik kot masa kami sampai tu. Harus lah tekak kering. 


Ini kali pertama kami pergi MAHA. Dua tahun lepas ada teringin juga. Tapi masing-masing sibuk. Sebagai orang yang kali pertama menjejak kaki ke MAHA, memang kami tak tau apa nak expect. Pun begitu sebab mr hubby ada buat kerja set up booth exhibitor bagi section haiwan peliharaan (pet) maka dia tau lah sikit-sikit selok belok tempat tu. Ala setakat sampai ke booth yang dia buat tu tau lah ;-). Tapi kalau tanya mana nak tuju, apa yang menarik, sesungguhnya kami blur. Mujur ada pamplet, bolehlah buat rujukan.


Kami masuk dari pintu 2 (belakang). Sah-sah lah tempat di tuju adalah laman ternakan di mana terletaknya pameran kucing. Anak-anak suka yang amat tengok kucing. Almaklum mereka tak diizinkan bela kucing. Atas seba-sebab kesihatan. MasyaAllah kucing yang dipamer tersangatlah besar saiznya. Sungguh saya tak pernah lihat kucing bersaiz sebesar budak umur 4 bulan!! Dah serupa besar anak buah saya!
Saya rasa kucing ni patut disuruh bersenam. Kurangkan berat badan. Dan kawal pemakanan. 


Lepas puas membiarkan anak-anak lepas bebas di kawasan haiwan peliharaan kami beralih ke laman ternakan. Jam sudah beranjak ke pukul 1.20 petang. Banyak aktiviti berhenti rehat. Kami berehat di bawah booth ternakan kambing Dooper. Satu projek kelolaan Felcra (ke Felda? maafkan jika saya tersilap) khusus dijalankan di bawah ECER - Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Satu-satunya tapak pameran yang masih aktif beraktiviti sedang yang lain sunyi sementara waktu. Tercuit hati kami melihat gelagat di sini. Bukan gelagat kambing baka dooper yang buat kami menahan senyum. Tapi gelagat pengunjungnya. 


Pengunjung diberi peluang memegang atau memeluk anak-anak kambing dooper. Maka ramailah yang mahu bergambar sambil memeluk kambing. Ada pengunjung yang sangat riuh teruja memeluk anak kambing tapi barangkali kerana tersalah pegang, anak kambing menggelupur dalam pelukan maka terkena lah libasan lemah si anak kambing. Menjerit-jerit dan menggelupurlah pula si pengunjung. Marah kerana terkena libasan. Kesian kambing tak berakal pula jadi bahan marah. Ada juga kanak-kanak yang riang mengejar anak-anak kambing dalam kandang. Tapi saat anak-anak kambing 'melepas hajat' maka bertempiaran lari lah masing-masing. Tak kurang yang menggelupur kegelian bila terpijak najis kambing. Paling buat saya tak kering gusi, bila ada yang menyangkakan tong berisi air di kandang tersebut sebagai kemudahan membasuh tangan (selepas bermain peluk cium dengan kambing). Maka mahu dicelup kedua-dua tangan di dalamnya. Saya yang memerhati dari jauh sudah mahu terjerit (dalam hati) tapi si pengunjung sempat pause kejap tanya penjaga kandang. Bila diberitahu ianya air minuman kambing, berubahlah wajah dan cepat laju sekali keluar kandang. Pengunjung-pengunjung MAHA barangkali merasakan MAHA tempat mereka berhibur tapi saya rasa MAHA adalah tempat penternak-penternak dan peladang-peladang berhibur melihat gelagat orang bandar yang betul-betul macam rusa masuk kampung! :-)


Saya rasa gelagat di atas sudah cukup lucu. Tapi rupa-rupanya ada yang lebih lucu dan MAHA pelik. Di bawah pondok berseblahan saya ada sepasang suami isteri sedang duduk. Si suami sambil tangan memegang beg plastik. Tersengguk-sengguk menahan kantuk. Tengahari 'buta' (kata Ma saya) memang waktu mata cukup suka lelap. Apatah lagi kalau sudah kepenatan separuh hari berjalan. Dalam tersengguk-sengguk terlelap juga. Saya risau, kerana makin lama beliau makin bongkok ke depan. Sedang di depan beliau adalah meja diperbuat dari simen. Sikittttt lagi nak terhantuk. Patutkah saya mengejutkan beliau?


Si isteri pun sama halnya. Asalnya memangku bayi yang tertidur selepas minum susu. Dengan si ibu sekali tersengguk-sengguk tidur. Kali ini mr hubby pula yang risau. Risaukan anak yang makin melurut dari pangkuan! Apa taknya kalau dah si ibu makin menunduk ke depan macam padi masak. Nahhhh... sekarang nak kami apa kan?


Tersangatlah peliknya gelagat pengunjung MAHA ni. Kalau dah penat, balik-balik lah ke rumah. Kenapa sampai menyeksa diri. Tapi kami buat kesimpulan, barangkali orang datang dari jauh dan sejak awal pagi sudah menjelajah MAHA yang luas itu.


Wednesday, 5 November 2014

SJMC Run 2014 - Impian 4 Tahun


Ahad, 2 November baru ni kami sekeluarga masuk larian SJMC Run 2014, anjuran Ramsay Simedarby Medical Centre. 
Dulu lebih dikenali sebagai SJMC. La ni depa tukar management kot. Sinilah tempat saya melahirkan Fahmi. Sini juga tempat saya buat pembedahan buang tonsil. Sini tempat mr hubby buat laser opt untuk batu karangnya. Sini juga tempat mr hubby was hospitalised due to dengue fever. Sini tempat anak-anak ulang alik dapatkan rujukan pakar. Saya pun begitu juga. Jadi bila pusat perubatan ni dah jadi macam rumah kedua, mestilah secara tak sengaja bila depa anjurkan program larian sempena World Diabetes day ni kami TER tahu. Yelah, kalau tak mai sini time depa tepek poster keliling hospital bagai tentu tak menjadi sebab kami masuk larian ni.


Penyertaan kami dalam larian ini bermula dengan impian peribadi saya. Saya mempunyai suatu impian yang saya simpan sejak 4 tahun yang lalu. Impian saya suatu hari nanti saya mahu berlari dalam satu acara bersama-sama mr hubby dan anak-anak. Masa saya tanam impian ini, saya baru mula aktif berlari/jogging. Selepas berbelas tahun meninggalkan zaman persekolahan tiba-tiba saya terasa betapa ruginya saya tak pernah bersenam/beriadah menjaga kesihatan tubuh badan. Padahal masa zaman sekolah saya seorang atlet yang sangat aktif bersukan. Saya rasa malu sendiri kerana menjadikan kesibukan dan kepenatan bekerja sebagai alasan untuk bermalas-malasan di hujung minggu. Saya juga berasa malu pada Ma saya kerana Ma seorang ibu yang aktif beriadah malah aktif bermain bola jaring sehingga usia beliau 40 tahun. Malah kami (saya, Ma dan kakak) pernah mewakili pasukan yang sama! Rare sangat nak cari pasukan yang ada ibu serta 2 anak perempuan bermain bersama!


Empat tahun dulu saya rasa anak-anak saya too young untuk berlari bersama saya dalam apa-apa acara. Atau barangkali saya tidak explore enough. Padahal ada je acara fun run. Saya je yang tak tahu. Jadi, sejak sebelum bulan puasa tahun ini, saya dan mr hubby dah sibuk duk mencari acara-acara larian i.e. half marathon, marathon atau jogathan untuk kami sertai. Sayangnya, kebanyakan acara yang sesuai untuk kami yang baru tahap pelari novice ni dah pun ditutup! Dang! Kalau ada pun yang tinggal acara di Terengganu atau larian di Penang. Mak aii... takkanlah merentas negeri tu. Rasa kecewa kat situ. Kami terlewat. Rupa-rupanya ada je blog yang senaraikan acara larian sepanjang tahun di serata Malaysia. Kami je yang tak tahu. Ok sekarang baru tahu.


Tapi... kalau sudah tersurat kami akan mula berlari bersama tahun ini juga, memang akan terjadi juga kan? SJMC Run ini takde pun dalam senarai yang kami tengok dulu. Sebab ianya cuma acara berskala kecil. Tak kisah. Janji ada. Alhamdulillah, impian saya jadi nyata!




Ikutkan penganjur tetapkan peserta cuma 1500 orang saja. Tapi pada hari langsung acara saya rasa ada lebih 2000 orang peserta. Dan ramai sekali yang berlari bersama anak-anak kecil dalam acara fun run 3km!!! Malah ada yang berlari sambil sorong baby dalam stroller!!! Wahhh saya kagum!


Saya dan mr hubby daftar untuk larian 7km (dewasa). Bajet nak uji kemampuan. Sebab setiap minggu kami biasa berjogging sekali atau bonus 2-3 kali seminggu sejauh 3.5km (je!). Lari/jogging tanpa henti tau. Bukan lari campur jalan, tu tak aci lah. Ada orang berlagak dengan kami, cakap dia berjogging 10 pusingan padahal dia selang seli dengan jalan, lari sikit jalan lari jalan. Mana aci nak berlagak. Kami 'perasan' sangat 7km tu takde apa. Paling teruk pun maybe the remaining 3.5km tu kami terpaksa jalan. Nak jadi cerita, pagi tu kerana overexcited sangat dan juga kerana otak saya terlalu penat sebab that week banyak tugasan kek, saya lupa pasal bib nombor. 


Tanpa bib nombor kami tak boleh berlari dalam kategori sebenar!!! Adoiii lahhh... fail sangat kamu ni.
Makanya, berlarilah kami dalam kategori yang sama dengan anak-anak.
Sesungguhnya memang ketentuan Tuhan. Kami memang berlari bersama akhirnya!!!
Owh... bermula je bersama... bila sampai half tu dah start berpecah. Anak-anak mula dengan pecutan laju, kami suami isteri terpaksa pecut juga untuk rapat dengan mereka. Bukan berlumba dengan anak, tapi nak perhatikan mereka. Saya dah cakap, kalau pecut laju ni senak abdomen nanti. 
Akhirnya cik Yaya berhenti lari, berjalan pula. Saya tak boleh nak berhenti, Fahmi take over tunggu Yaya. Mr Hubby sudah tinggalkan kami. Eh... bukan main laju pulak dia kali ni ye? Selalu jogging dengan saya dia slow motion je. Saya dan mr hubby tiba di garisan penamat bersama. Diikuti Fahmi. Yaya jauh ketinggalan sebab dia berjalan je.





Mana satu kaki anak, mana satu kaki emak? Kecuali yang merah menyala tu , lain-lain hampir sama je kan?
Tapak kaki macam gajah!!!

Monday, 21 October 2013

Mr Hubs Grand Birthday Celeb :-P


It was mr hubs birthday on Saturday. And his company's family day held at their HQ in Bangsar. He has been pining to go to the family day. Which is sooo not like him. Over the years memang banyak majlis untuk staff saja atau bersama keluarga but he rarely attended. The only function that he brought us along was his department's dinner, and that was last year. The first and only one after 10 years together! 
Jadi bila mr hubs beriya-iya ajak ke family day kali ini memang saya rasa pelik benar lah kan.
Every year pun ada family day tapi tak pernah pun ajak.






But I know this years' were different because of two things. 
No.1, family day serentak untuk TNB seluruh Malaysia dan dicatat dalam Malaysia Books of Records.
No.2, it was his birthday so feeling feeling his grand birthday celebration la tewww!!! Hehehe
matik lah mak kena ketuk


The organiser giving out tons of free gifts. But by the time kami sampai tu dah tengahari bebenor. Banyak hadiah dah habis stok. Nak buat macam mana, birthday boy bangun lewat sebab keletihan habis kerja jam 3.30pagi. Untuk orang macam kami yang tak pernah pergi family day ni memang agak kekok bila sampai. Tak tau nak buat apa! We were given three empty canvas bag. Pelik juga. Doorgift tiada ye puan-puan. Empty canvas bag itu je.


Tapi canvas bag tu ada gunaya. Depa bagi beg kosong pasal nak kami pergi kumpul free gifts tu. Padanlah kami tengok ada orang pikul beg sarat dengan kotak-kotak kecil. Jadi rusa masuk kampung 4 beranak ni pun mulakanlah operasi. Caranya mudah sangat. Kita cuma perlu participate in simple games ala fun fair je like the bowling kelapa 3 pin. Jatuh 1 pin terus dapat 1 gift. Jatuh 2 pin dapat 2, jatuh 3 pin dapat 3 hadiah. Saya main baling gelung botol. Tapi saya ni memang tak pernah pergi fun fair so tersangatlah fail main games ni. After 2 attempts (kena queue semula) baru berjaya masukkan 1 gelung ke dalam mulut botol.
Cik Yaya pula naik syeikh main bowling kelapa asyik repeat game itu je. Taulah itu paling senang. Dan bagus juga kami sampai lewat sebab queue main games dah tak panjang. Kalau tidak jenuh juga beratur tengah panas. Mau rentung. Cuma yang tak bestnya gifts yang tinggal sama je. Main apa games pun dapat itu juga.




Orang lain balik bawa beg gifts bertingkek-tingkek. Kami balik bawa belon bertingkek-tingkek. Nasiblah siapa suruh datang lewat?


Rasanya kami spend masa paling lama pun 1 jam setengah saja kat situ. Hari yang panas tiba-tiba gelap dan hujan rintik-rintik mula turun. Food were provided but not much left. We decided to head back to Shah Alam, find a nice restaurant to fill our empty stomach and to continue our celebration semestinya!





The kids masih belum jemu dengan Thai food. They wanted to go back to Serai but saya ajak mereka cuba another Thai restaurant di Plaza Masalam. It is called Famous Thai. This place is bigger than Serai, they have indoor dining and open dining dekat terrace. Selepas berpanas tadi siapalah yang nak duduk kat luar kan? Kalau malam best juga sebab depa letak small electric lantern kat each table. Masuk kat sini rasa macam balik ke zaman kanak-kanak pula. Tengok saja kerusinya, sangat klasik. Sebiji macam kerusi meja makan kat rumah my mum dulu. Nowadays mana nak cari lagi?


Makan kat restoran Thai mana pun sama je menunya. Fahmi standard lah mesti minta pineapple fried rice. Orang lain makan berhidang, dia sorang je mau nasi goreng. Tak hairan sangat dengan menu pilihan dia, sebab cik mamat ni memang peminat nasi goreng tegar. Bezanya di sini pilihan dessert lebih banyak. Kami berkongsi sepiring pulut durian yang yummy sangat-sangat!


Tuesday, 24 September 2013

Kapal Raya


Awat? Hang ingat hang sorang ka nak raya? Kapal pun nak raya jugak tau ;-)


Kejadian berlaku pada 22 Ogos 2013, hari Khamis bulan lepas. Ye, saya tau cerita basi. Nama pun blog kan bukan suratkhabar, jadi suka hati lah nak tayang cerita basi ke terkini ke. Saya mendapat jemputan ke majlis pelancaran kapal pengerukan milik syarikat tempat saya bekerja dulu. Masa terima panggilan dari ex-staff saya dulu agak terkejut juga sebab nada suaranya agak formal. Bukan kami tak biasa berborak, malah dia cukup rajin hubungi saya even selepas saya 'bersara'. Cerita pun cerita hal sendiri-sendiri lah kan. Jadi bila nada suaranya formal dan straight to the point saya akur, dia sedang menjalankan tugas. Menjemput saya bagi pihak orang atasan. Saya tak dapat beri confirmation segera. Sebab jemputan bukan untuk saya seorang, mr hubby dan anak-anak dijemput sama! Sesuatu yang tak saya duga. Bab jemputan untuk launching tu saya faham. Memang dulu-dulu waktu saya jadi penaung untuk urusetia majlis pelancaran 2 biji kapal terdahulu pun kami akan jemput ex top management. Maklum, yang putus adalah hubungan pekerja-majikan tapi silaturrahim yang terjalin tak pernah putus. Tapi belum pernah lagi jemputan di extend kepada kaum keluarga. Jadi saya agak kurang biasa dengan format jemputan kali ini, maka saya perlu masa untuk berbincang. Chewahhh... poyo je.


Sepanjang hari saya fikir ayat-ayat power untuk sampaikan berita pada mr hubby. Terus terang cakap, saya sebenarnya sangat-sangat teruja nak pergi tengok launching kapal tersebut.

Pertama, sebab ianya adalah kapal keruk terbesar dalam senarai kapal yang dibina di shipyard sendiri. Kedua, ianya kapal keruk terbesar di Malaysia dan Asia serta ke 3 terbesar di dunia!
Ketiga, belum pernah ada sebiji kapal sejenis dengannya pernah dilancarkan di Malaysia. Belum pernah!
Dan keempat, sejak dulu lagi memang saya idamkan mahu melihat sendiri pelancaran kapal jenis trailer suction hopper dredger (TSHD) atau lebih mesra dikalangan kami memanggilnya trailer (bukan treller lori panjang tu ye).


Saya teringat, 2-3 bulan selepas memulakan tugas sebagai PA kepada tuan bos (11 tahun yang dulu), saya pernah terima (bagi  pihak tuan bos) jemputan menyaksikan pelancaran kapal milik gergasi pengerukan dunia - sebuah syarikat Belgium. Saya yang uruskan pengesahan hadir, tempahan tiket flight beliau, hotel dan sebagainya. Masa tu saya teringin sangat nak tau macam mana rupa dan gaya trailer tersebut di launch ke dalam air/laut. Saya dapat juga lihat. Dari gambar-gambar yang terpampang dalam majalah IHC (majalah ni kalau those in dredging industry confirm familiar punya). Ko nak harap tuan bos bawa balik gambar mimpi jelah. Silap-silap dia pun tak bawa kamera. Dan kemudiannya saya dapat tonton video pelancaran TSHD di serata dunia. Bukan mudah. Kerana saiznya yang besar. Bila kapal cecah masuk dalam air, limpahan air berskala besar akan berlaku. Kalau tak cukup persediaan boleh jadi ombak tinggi dan membahayakan. Sebab itu makin kuat keinginan saya nak melihatkan launching trailer tersebut.


Bila mr hubby balik malam itu, saya ajukan pertanyaan, "What say you kalau diberi peluang tengok launching kapal, would you want to go and see?" Sungguhlah fail, satu hari fikir ayat apa nak cakap akhirnya yang keluar dari mulut adalah a straight forward and dead give away statement! Hahaha...
Mr Hubby kata dia nak duduk atas kapal. Bila saya kata no problem I can arrange that for you, dia chickened out.






Menanti saat dredger dilancarkan dari platform tinggi yang dikhaskan untuk family members. Dah naik baru tau. But well, nasib saya lah hihihi.
It is a big dredger. The ones yang saya pernah naik sewaktu bekerja dulu slightly smaller than this. Bukan setakat naik, tapi masuk sampai ke dalam bilik enjin aka sauna room. Panas dan berkuap serta bingit yang amat. Ruang bekerja juga merbahaya dengan laluan sempit. Terasa adrenalin rush sewaktu berada di dalamnya. Panas dan kotor but i love it.  Saya tabik spring kepada semua engineer kapal, semua... di seluruh dunia.



Lucky girl. It was her dream too untuk lihat launching kapal. All the while dengar Mama cerita je, or tengok video yang Mama rakam je. Tak ramai kids yang dibenarkan, kerana level safetiness tinggi untuk event sebegini. She and her brother were among the lucky few.


There were over 5,000 guests. Can you imagine how big the event was? Guests were distributed between two big marquee tent. Memandangkan saya mendapat jemputan VIP, dapatlah duduk satu tent dengan PM ;-). I'm glad I attended the event. Bukan setakat tengok launching kapal tapi dah macam satu big reunion pulak. Many familiar faces, present and past staff and colleagues yang I made acquaintances with for the past 11 years.





Ini jelah pic PM yang dapat, paparazzi baru belajar ;-)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Dengan izinnya, kapal tersebut dapat dilancarkan dengan smooth sekali mencecah air. Walaupun ada gangguan teknikal sehingga tertunda 1 jam lamanya. Sebagai PM dan isteri beredar tak sampai pun 10minit, kapal mula bergerak ke arah air dengan ditarik oleh bot tunda serta lifted by a crane. Kesian PM hampa dia menunggu. Kami juga yang untung he he he. Saya sangat amazed dengan teknik yang diaplikasikan untuk melancarkan kapal tersebut. Has always been amazed. You have to witnessed it yourself.
Take a look at this video. Please pardon the 'uhhhs' and the 'ahhhhss'... dia overexcited and yeah I know, sedikit jakun orang itu.






Here's another one I found at utube, lebih jelas close up macam mana kapal dilancarkan. Credit to Najib Razak channel.

Tuesday, 20 August 2013

Kahwin Raya


Kahwin Raya = Kahwin musim raya.
Sebut pasal kahwin raya ni teringat my ex-bos dulu, pernah terima kad jemputan kahwin musim raya dia mengomel. Bukan tak suka orang mendirikan masjid, itu kan sunnah. Tapi kurang berkenan kan pilihan tarikh. Musim raya kan orang sibuk berjalan raya. Well, everyone is entitled to have their personal opinion kan.


Dulu-dulu kalau nak buat kenduri kahwin, orang selalu pilih musim cuti sekolah kan? Sebab nak mudahkan berkumpul saudara-mara, senang berjalan time cuti sekolah sebagai menghormati mereka yang ada anak-anak bersekolah. Tapi laa ni orang nak kahwin dah tak kira cuti sekolah ke, sabtu pertama keempat ke hapa, hujung minggu ke... hari Isnin pun orang belasah buat kenduri kahwin. Mana nak dapat buat time cuti sekolah dah, berebut-rebut orang pilih tarikh sama. Kalau tarikh cuti sekolah dewan semua dah fully booked. Hujung minggu pun khemah sold out. Tok kadi pun tak menang tangan nak henjut tangan pengantin lelaki dik non! 


Saya berpendapat kenduri kahwin musim raya ni ada down side nya. Kalau dah nak buat kenduri time raya tu memang automatik lah mood raya semua terbang kan? You tend to look forward to the wedding itself daripada menghayati kehadiran Syawal. 


On-site assembling the 2 tier wedding cake for hubby's nephew last Sunday. Buat kek is not always a piece-of-cake kind of thing. Ada masanya stress juga, lenguh tangan. Tapi saya rasa saya tak boleh tidak buat kek. Menggigil badan. It's my passion. My flame. I found happiness in baking and decorating. And the fact that my cakes brought smile and happiness to others, the feeling is indescribable!


It was very hectic, we just got back from celebrating our Raya with hubby's dad in Segamat the week before and had to come back again for this wedding. But since I've made a promise to the groom's mother to make a wedding cake, tak boleh miss lah kena balik juga. She squeaked with happiness upon looking at my cakes.  So pleased with how the cakes look like. I did to. So the tiring journey paid off.




This girl, she just love weddings! Bukan setakat gazing at the bride and groom je. Dia akan jalan sana sini observe the whole majlis. Macam mandur. Bukan reti penat. 


Saya dulu kahwin sebulan sebelum puasa. Jadi kain hantaran raya sempat dibuat baju raya. Itu untungnya kahwin sebelum musim raya atau dekat-dekat musim raya. Baju nikah pun boleh buat melaram raya. Jimat belanja he he. Maklum poket pun dah kering. Tapi kalau kahwin lepas raya alamat 5 tahun lagi pun belum tentu dapat sarung balik baju tu kot. Tambahan kalau kilang produce setahun satu! Te he he... 
Ikutlah masing-masing. Tiada halangan. ;-)


Tuesday, 13 August 2013

Memburu Hujan Meteor


We stayed up until late last night. Hoping to catch the glimpse of the Meteor Shower di ruang angkasa Malaysia. I was on fb when I stumble upon the news that we will be able to glimpse the meteor shower starting from 11pm last night until the early hours of  this morning. So I told Mr Hubby and the kids and they were very excited about it. It was almost 11pm when I break the news and none of them were sleepy after having a blast bermain bunga api dan mercun depan rumah. Jadi kami pun terus bersiap dan keluar rumah. 


Kalau nak tengok hujan meteor Perseid itu, kita dinasihatkan pergi jauh dari perbandaran, find a dark place, dengan langit yang cerah dan pandanglah ke arah timur laut, one would be able to catch a glimpse of debu-debu komet Swift-Tuttle yang memasuki atmosfera bumi menghasilkan pancuran cahaya.


Heading to somewhere dark, jauh dari perumahan. Tapi tak tau nak ke mana. Fahmi tak berhenti-henti bertanya macam mana rupa hujan meteor itu. He wanted to be sure of what he was going to see, manalah tau kalau-kalau dia ternampak. Kenalah tahu bezakan antara lampu kapal terbang yang berkelip-kelip tu kan ha ha ha.We went as far as Puncak Alam only. It was neither a dark nor a quite place. Mr Hubby was reluctant to drove farther. We shifted from one place to another. The last one we ended up dekat kawasan lapang berhampiran masjid Kg. Budiman. The clock ticked 1am. Katanya itulah peak time untuk melihat pancuran hujan meteor. Tapi sayang we didn't see any. Rasanya, we were at the wrong place last night. The kids were tired of waiting. They had fallen asleep. Yaya woke up for sahur (dia nak join kami puasa 6) bertanyakan kalau kami ada ternampak hujan meteor masa dia tertidur. Poor them. Mereka nak sangat lihat hujan meteor.


Should I show them this photos taken by Mr Hubby? Untuk mengubat kekecewaan mereka tak dapat melihat meteor shower secara live?



They look convincing enough to pass as meteor shower te he he...



But they are not. Ini bukan percikan debu-debu komet Swift-Tuttle. Tetapi snapshots of percikan mercun yang diambil oleh Mr Hubby. Kalau dah tak dapat tengok rupa hujan meteor sebenar, bayangkan sajalah rupanya seakan-akan ini. Kuang3x...


Wednesday, 19 June 2013

Sepetang Di City Park, S2


Macam mana nak cakap ye? Saya ada 2 kampung. Yang pertama negeri kelahiran dan asal usul saya, Terengganu. Kedua, tempat saya dibesarkan dan di mana kedua orang tua saya menetap kini. Jadi kalau cakap balik kampung dan orang tanya kampung kat mana, kadang saya sendiri keliru nak jawab. Pertamanya, sebab saya tak anggap tempat saya dibesarkan dan kedua orang tua menetap sebagai 'kampung' kerana ianya sebuah bandar dan rumah orang tua saya juga adalah rumah bandar. Kedua, sebab istilah 'balik kampung' pada saya bermaksud tempat asal usul kita where our roots begin dengan seluruh kaum kerabatnya. Jadi kebiasaannya kalau orang tanya "Pergi mana hujung minggu?", saya lebih selesa jawab "Balik rumah mak ayah". Tapi kalau balik Terengganu,  atau balik rumah mentua, laju je saya jawab "...Balik kampung". 


Dan sungguhpun saya dibesarkan selama lebih 20 tahun di bandar Seremban, kadang saya segan nak mengaku saya 'orang' Seremban. Sebabnya saya sendiri tak tahu banyak selok belok tempat-tempat di Seremban apatah lagi Negeri Sembilan melainkan tempat-tempat yang saya familiar with masa saya kecil. Sebenarnya saya nak cakap, Seremban sudah banyak berubah sejak saya tinggalkan bandar ini 10 tahun yang lepas untuk membina kehidupan sendiri di Selangor. Tapi sungguhpun perubahan yang pesat dengan pembinaan banyak taman-taman dan perbandaran baru - Seremban 2 dan Senawang contohnya, pintu masuk ke ibu Negeri Sembilan ini tetaplah serupa itu juga sejak zaman tok kaduk tol exit Seremban tetaplah sempit itu juga. Tak bertambah tak membesar atau mengembang. Tak kiralah sapa MBnya, dari yang dulu sampai yang la ni, serupa itu juga. Nyata tak berkembang sejajar dengan pembangunan yang lain. 


Okay balik pada 'saya segan nak mengaku saya orang Seremban' sebab sesungguhnya saya tak tau kewujudan taman rekreasi yang terkenal dengan nama City Park. Terletak di Seremban 2, menjadi lokasi riadah keluarga yang meriah dengan aktiviti bermain layang-layang dan melayan ikan-ikan makan - tempat ini tak jauh dari pusat membeli-belah Jaya Jusco S2.





Lepas makan berdedai kami dekat 30 orang anak-beranak dengan family Pak Anjang saya bagi ikan makan pulak. Budak-budak sukalah bagi makan ikan sambil lepas bebas berlari ke sana ke mari. Cuaca berjerebu hari itu, cahaya matahari agak terlindung dek jerebu. Tidak terlalu panas sungguhpun baru jam 4.00 petang, maka agak selesa kami bergerak dan lepaskan anak-anak bermain.





Tepi jalan ke tasik ini banyak gerai bergerak yang menjual roti-roti (entahkan kulit roti) untuk diberi makan ikan. Sebungkus RM3. Lebih mahal dari harga sebuku roti gardenia yang berharga RM2.40 itu.





Rasanya kalau tak kerana adik lelaki saya buat sambutan harijadi anak bongsunya di restoran nasi Arab menghadap City Park ni, memang haram sampai kesudah saya tak mai sini. Serius cakap kawan-kawan ada yang bengang sebab saya tak tau nak pergi rumah mereka di Seremban 2. Janganlah sebut Grand Avenue ke Garden City Homes ke. Hatta Ma saya bagi direction pergi ke City Park lalu ikut Balai Polis S2 pun saya terpinga-pinga. Tak terkedu ke bila saya jawab "Balai Polis S2 tu tang mana?". Alasan saya, "Maafkanlah saya, saya bukan orang sini". Boleh?  Hehehehe...

Tuesday, 12 March 2013

Dari Shah Alam Ke Tanjung Karang ... Ojo Kesandung


Dari Shah Alam Ke Tanjung Karang
Laluan LATAR Shah Alam-Kuala Selangor kami selusuri
Menyahut undangan di Kampung Sungai Gulang-gulang
Persandingan puteri tunggal Masrun Tamsi



Kad jemputan dilayang, selamat diterima tak sampai 1 minggu selepas bapa pengantin menghubungi saya menerusi sms "... mohon lapangkan dadamu menerima undangan ini dan sms kan alamatnya..."

Sejak dulu berulang kali beliau mengajak bertandang, Raya atau apa-apa jua keraian belum pernah sekalipun sepanjang perkenalan undangannya saya penuhi
Lalu kali ini, selepas saya sudah tidak punya apa-apa, nama dan pangkat jauh sekali
sms bertanya khabar beliau tidak pernah jua surut, mengapa saya perlu masih menyombong diri
walaupun pada tarikh yang sama ada jemputan lain bertembung tarikh, rasanya sekali ini tidak salah
kalau saya memilih untuk menghadirkan diri ke halaman Tino
after all, memang patut saya merendahkan diri menghormati hajat orang yang lebih tua
Entahkan barangkali peluang itu tidak akan berulang lagi

Saat kami tiba disambut tuan rumah yang berpakaian serba pink jambu, kata-katanya buat saya termalu sendiri "... sampai jugak akhirnya..."
nampak sangat saya ini selalu mengecewakan kawan



Dan sungguh saya terpegun, bila tiba di perkarangan Halaman Tino
melihat padang rumput saujana mata memandang berubah umpama tapak pesta
dengan kepulauan khemah-khemah terpacak bagaikan cendawan selepas hujan (memang kebetulan malam sebelumnya hujan!)
dan lautan manusia yang seakan tidak mahu surut
berpusu-pusu menunggu giliran untuk menikmati hidangan
kerana hari itu halaman Tino dibanjiri 5,000 jemputan yang saya kira hampir seluruh Tanjung Karang berkumpul
meraikan hari bahagia Masrun Tamsi @ Herman Tino menerima ahli keluarga baru



Tetamu diraikan tidak kurang dengan nasi minyak, dijamu lagi dengan soto, pecal, cendol dan goreng-gorengan
identiti ke'jawa'an sangat pekat di adun dalam majlis
bayangkan dari kad jemputan lagi sudah tertera sebaris ayat dalam bahasa jawa, sehinggakan hidangan malah flower girls dan kanak-kanak lelaki pengiring pengantin juga berpakaian ala jawa
betapa tuan rumah sangat mendukung jati dirinya




Geng motorsikal SYM turut serta.... cuma yang ini bukan mototrsikal jenis SYM ye... ini honda jenis apa saya tak tahu

Pengacara majlis entah siapa... tetapi sangat menyenangkan tutur kata mereka
cekap mengawal majlis walau dari atas pentas, sering berpesan-pesan supaya tetamu yang sudah selesai menikmati juadah memberi laluan kepada yang baru hadir

Bila tetamu yang duduk semeja dengan saya bertanya "... sedara jugak ke?" bagaimana harus saya menjawabnya ye?
kerana antara kami bukan peminat-artis pujaan 
bertemu dan berkawan atas kawan
mengambil barang sedikit pengalaman dari orang yang lebih dulu makan garam kehidupan






Anak dara cilik saya terkejut, teruja dan seakan tidak percaya waktu sampai ke majlis " Eeeee... atuk Hafiz... ehhh bapak Hafiz!" kata dia
langsung saya tawarkan peluang kepadanya untuk bergambar kenang-kenangan dengan 'bapak Hafiz (AF)' dalam lagu awan nano
warna baju dah cantik sedondon... warna kulit pun lebih kurang sama je dah macam atuk dengan cucu pula
Sudah seringkali saya hadiri undangan kenduri kahwin dan seringkali juga warna baju kami sekeluarga sedondon pula dengan tuan rumah!
termasuk sewaktu melunaskan job menghantar wedding cakes hingga disangka kaum kerabat!
kali ini tidak terkecuali... terrrr sama jua warna tema - pink jambu!

selama ini Yaya tak percaya retis 'berkawan' dengan saya (ehhh poyo!) bila dia belek-belek handphone saya selalu jumpa nama-nama retis yang dia kenal, tak percaya tak apa sebab mama dia pun tak pernah kuasa nak bercerita kalau tak ditanya
lagipun kita manusia sama saja, dunia ini fana... akhirat yang kekal abadi



Ojo Kesandung Batu Neng Dalan Awan-awan
Moga mahligai Herta Masrun & Mohd Rezza dilimpahi keberkatan


Tuesday, 26 February 2013

Ber BBQ Malam Minggu


Maaf, masih mode super duper busy. Maka kemunculan di blog dan blogwalking juga dihadkan. Memang sejak hujung tahun lepas saya sudah menjangkakan jadual yang agak ketat dan padat sepanjang awal tahun 2013 ini sehingga selewat-lewatnya habis bulan April nanti. Tapi, aktiviti-aktiviti yang sudah dijangkakan makin bertambah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak direncanakan tetapi tidak boleh ditolak. Boleh faham ke? Hehe... saja bikin pusing.


Aktiviti yang sudah dijangkakan adalah weddings!


Sebenarnya tahun ini adalah tahun yang paling banyak majlis perkahwinan sepupu sepapat sebelah saya dan anak saudara sebelah mr hubby. Nak jadi cerita 4 orang sepupu saya (2 sebelah ibu dan 2 orang sebelah ayah) memilih untuk tie the knot tahun ini. Majlis 2 orang sepupu lelaki sudah selamat. Tinggal 2 majlis sepupu perempuan end of March dan end of April nanti. Satu nun di Terengganu, satu lagi di Hulu Langat. Dan sebelum kedua-dua majlis itu, hujung minggu ini adalah majlis persandingan anak saudara mr hubby di Muar. Yang mana saya telah gatal mulut meng offer untuk hadiahkan kek perkahwinan! 


Ok itu semua aktiviti yang telah dirancang. Aktiviti yang tidak direncanakan tetapi tidak boleh saya tolak adalah tempahan kek yang datang selalunya paling banyak sekitar tarikh yang sama dengan tarikh-tarikh penting sepupu-sepupu saya itu. Nak tolak tapi bila yang datang tu customer lama agak susah nak tolak. Bagi saya 'kepercayaan' adalah sesuatu yang berat. Kepercayaan orang sangat susah kita nak raih. Once dah dapat susah juga nak menjaganya. Tetapi untuk melepaskannya adalah sesuatu yang mustahil. It is an honour to have one's trust. Jadi, aktiviti-aktiviti yang diluar jangkaan ditambah dengan yang sudah dijangkakan inilah yang buat saya super duper busy untuk suku tahun pertama. Wow! Macam zaman berkerja dulu juga. Hmmm siapa kata duduk rumah membosankan? (*_^)


Dalam kesibukan itu, datang jemputan untuk ber BBQ bersama jiran-jiran blok saya pada malam minggu lepas. Serius cakap rasa sesak nafas juga sebab badan penat. Bila terlalu penat susah nak switch kepada bubbly and energetic mode. As if saya ni ada bubbly mode kan? Kena telan gula sekilo untuk up kan mood rasanya. Tapi untuk menolak ajakan jiran-jiran adalah agak mustahil. Si baker yang famous di lorong kita ni nak tunjuk busy sangat sampai tak dapat join BBQ? Bluwekkkk baker famouslah sangat. Tak usah nak berlagak. Bagus juga bersosial. Sebab walau duduk lorong dan blok yang sama tapi nak berjumpa dan berborak itu memang tiada. Ada seorang dua yang kerap juga bertegur sapa. Mama Diana sebab rumah dia paling dekat dan sebab anak kami berkawan dan dia juga rajin datang rumah kalau saya buat majlis kecil. Then there's kak Yati yang selang 10 buah rumah dengan saya yang kerap saya jumpa di surau. Kemudian, Fazida yang duduk depan rumah kak Yati, yang kerap berkomunikasi dengannya kerana dia kerap tempah kek dengan saya! Perasan tak ada sebab tertentu yang menyebabkan sesuatu perkenalan/hubungan itu tercetus? Bukan kerana sebab tarikan semulajadi. Huh! Saya kena lebih ikhlas dalam perhubungan! Tapi jujurnya saya senang dengan mereka.






Dua tahun lepas kami pernah join sesi BBQ seperti ini. Masa tu masing-masing kena contribute food - potluck. Rumah kami ambil tugas sediakan minuman. Lemonade semestinya! Tahun ini kami pakat kutip duit saja dan order food. Siap ada tukang masak yang bertugas panggang ayam dan kambing. Bolehlah rileks sambil berborak menikmati hidangan. Saya perasan ramai juga jiran-jiran baru join. Tapi saya juga perasan ramai juga jiran-jiran yang tak join. Terserah masing-masing. Dan oooh!!! Jiran bujang yang suka suki parking kereta tepi rumah juga join! What a surprise! Ikut hati yang jahat ni rasa ringan je mulut nak slow talk... tapi saya selalunya tak berjaya membawa diri meluahkan isi hati. Mengadu dekat blog sendiri aja.


Khemah tenpat kami berteduh itu adalah ihsan mr hubby and his gang. At least tidaklah kami makan dalam gelap dalam keadaan cuaca yang seakan mahu hujan tapi tak jadi. Cuma saya agak tak setuju bila diletakkan meja. Sebab bagi saya kerusi sudah memadai. Bukan apa, bila diletakkan meja bulat sebegini tendency orang berkumpul dalam kumpulan favourite mereka adalah tinggi. Dan menyebabkan orang merasa terlalu selesa untuk mingle dan clique dengan 1 kumpulan itu sahaja. Bila satu meja sudah cukup dengan 10 kerusi susahlah nak selit lagi kan? Kebarangkalian ada orang yang tak muat masuk dalam table yang sama terpinggir sendirian di meja lain. Dan tak mungkinlah mudah untuk orang lain 'kacau daun' meja yang dah penuh. Pada saya kerusi sahaja cukup sebab kita mahu suasana santai. 


Saya yang penat ini, entah kenapa terasa canggung nak berhuha dengan mommies berkerjaya. Saya rasa saya sudah tua sangat malam itu. Saya memilih untuk melayan kelompok makcik-makcik (ibu-ibu yang tinggal bersama anak-anak mereka), berbual hal-hal domestic dan hal sekolah anak. Terlalu penat untuk bergosip. Plus, saya memang tak selesa melayan bergosip! Kalau nak bergosip pun cuma dengan suami sendiri aja. Hahaha.


And the childrens? As you can see in the pictures above, they have no problem mingle around. Papan jongkang-jongket itu boleh aja muat 10-12 orang. Padahal ada 2 jongkang-jongket tapi mereka pakat serbu yang 1 itu juga! Mudahnya menjadi kanak-kanak!

Friday, 14 December 2012

Discover KK in 4 Days: Underwater Up Close & Personal (*_^)

Our last day in KK.

Kami check out dari hotel seawal jam 7.00pagi. Terkejut staff yang jaga counter. Hujan masih renyai-renyai diluar. Kabus juga tebal. Hajat nak bergambar di jambatan gantung tidak kesampaian nampaknya. Apatah lagi nak merasa durian dan buah terap.*Sigh*

Kami sengaja bertolak awal sebab nak elak trafik sibuk. Dan masih ada tempat yang mahu kami lawati di bandar KK. Laluan sepanjang menuruni bukit meninggalkan Kundasang diselaputi kabus yang sangat tebal. Jarak penglihatan tidak sampai 1km pun. Perkampungan di lereng dan cerun-cerun bukit langsung tidak kelihatan. Silap saya tak ambil gambar hari sebelumnya.*Sigh* again. Banyaknya yang saya miss. Sepanjang perjalanan saya memangku d7000 di atas riba, kepala kerapkali menoleh ke belekang memerhatikan puncak gunung Kinabalu yang tebal dilitupi kabus. Dalam hati tidak henti berdoa, moga sempat kabus tebal berlalu bolehlah saya lihat puncak Kinabalu dengan jelas. Pemandangan sekitar gunung sepanjang menuruni bukit sangat breathtaking. Kita berada dipuncak yang tinggi hingga ada ketikakanya kepulan awan berada separas dengan kedudukan kami. Masya Allah... tak terkata dibuatnya.

Sayangnya, sehingga kami tiba di tanah rata, kabus masih belum berganjak dari puncak Kinabalu. Dengan berat hati saya lepaskan pandangan. Tinggallah Kinabalu. Ku keciwa... uhuk... uhukkk...

Sampai saja di KK kami terus cari tempat nak bersarapan. Keluar dari hotel tadi langsung tak isi perut. Since our next stop adalah Universiti Malaysia Sabah maka kami cari kedai makan di keitar Sulaman saja. Alhamdulillah di sini ada 2 buah restoran mamak. Boleh melepas gian makan tosai tapi tosai pulak takde, balun roti canai sajalah. Punyalah ramai students kat kedai ni. Saya rasa sebab harga food yang murah dan berpatutan menjadi tarikan. Lepas sarapan kami ke UMS.


Cari apa di UMS? Mr hubby pun sejak sebelum kami berlepas ke KK lagi berkerut-kerut dahi dia bila saya kata kita ke UMS. Saya rasa takde orang pun yang akan masukkan UMS dalam list places to go in KK. Saya pernah terbaca somewhere ada sebuah muzium di sini cuma saya tak ingat muzium apa. Adoiiii tersangatlah ala makcik-makcik gitu nak pi muzium kan? Tapi ahkak peduli apa. Masuk UMS tak berhenti ambil pas lawatan pun, kami redah begitu aja. Macam kampung awak pulak. Cuci mata tengok bangunan fakulti berciri moden dan students yang berlari-lari kejar bas nak pergi kuliah di awal pagi buat saya tersenyum ingat kenangan lama. Round punya round tak nampak bayang lagi. Mr hubby sudah cuak. Saya pun dah mula rasa macam tersilap perhitungan. Tup tup terpacullah signboard Akuarium & Muzium Marin. Huh! Apalagi up balik mood kami.

Bangunannya kecil saja. Senyap sunyi, tak fancy pun. Namanya pun institut penyelidikan. Tempat orang belajar dan buat penyelidikan. Sambil tu dibuka kepada awam untuk lihat spesis ikan yang terancam serta jarang ditemui. Entrance fee RM5 dewasa. Waktu kami tiba tiada pengunjung lain. Wahhh bermaharajalela lah kami. Tak banyak spesis tapi sangat menarik sebab bukan selalu dapat tengok penyu depan mata dalam sebuah akuarium besar gajah.



Dalam akuarium yang ebsar ini kami ralit tengok ikan-ikan bersaiz biasa. Tak sangka ada penyu yang tiba-tiba muncul dari bawah cermin akuarium. Terloncat mak dua beranak dengan Yaya. Jakun!





Coral hidup berwrna warni ni sangat fascinating. Rasa nak masuk dalam jadi mermaid.



Akuarium besar dibelakang saya itu menyimpan banyak spesis ikan kurau. Kurau harimau, kurau bintang, ada yang berbelang macam zebra. Saiz-saiz ikannya pulak MasyaAllah... gigantic! Umpamanya budak besar Yaya tu boleh panjat dan tunggang ikan-ikan tu. Saya ada masalah sikit, tak boleh tenung lama-lama ke dalam akuarium. Mudah 'hilang' dan tiba-tiba akan terasa diri masuk dalam dunia sebalik cermin, nanti saya sendiri yang terasa takut.


Selepas UMS kami singgah sekejap di 1Borneo. Kompleks membeli-belah yang terbesar di Asia Tenggara. Haruslah singgah sebab kedudukannya yang bersebelahan cuma dengan UMS. Tempatnya memang besar cuma kurang signage. Penat menahan nak terkucil mencari ladies. Kena bayar pulak tu! Kat KL dah tak jumpa toilet berbayar lagi.


Lepas 1Borneo kami ke Perdana Park semula. Had our lunch there. Kemudian ke Masjid Negeri di bulatan Sembulan untuk bersolat zuhur serta mandi. Siap-siap untuk ke airport sebab flight kami jam 6.05petang. So that's it our trip ke KK. Apa yang saya bawa balik dari sana? Nothing much. Brooch mutiara untuk sanak saudara (amboiii macam banyak je!), t-shirt untuk anak-anak buah lelaki, rantai tangan mutiara for anak-anak buah perempuan. Dah itu aja. Cukup!!!

Thursday, 6 December 2012

Discover KK in 4 Days: Breathtaking Kinabalu Park

Kenapa ye, saya perasan sejak 2-3 hari ni trafik banyak masuk dari Sandakan dan Labuan? Memang sudah biasa begini dan saya je yang baru perasan? Ada silent readers kah dari sana... he he he perahsantan!

Ok, let's sambung cerita. Ada 2 part lagi. Harap ada kebaikan yang boleh diambil, tidak banyak sedikit.


Lepas check in hotel kami berehat kejap. Sempatlah mr hubby lelapkan mata, kesian dia penat driving. Nak saya ganti drive masalahnya kereta manual... kalau auto sudah saya offer diri tapi tak mungkin dia izinkan kot sebab laluan agak bahaya untuk orang yang tak biasa. Jam 4 petang kami keluar menuju Kinabalu Park. Entrace fee murah saja tapi tak ingat berapa. Apa yang ada kat sini? Kinabalu Park ni adalah taman negara yang menjadi habitat hidupan, flora dan fauna secara semulajadi. Ada sebuah taman botani berserta galeri. Malangnya kami lewat tiba sebab pintu masuk ke taman botani tutup jam 4.00 petang. Taman botaninya ni berkonsepkan alam semulajadi, bukan macam taman bunga yang disusun atau kumpul pokok-pokok semua. Pengunjung kena lalu kat satu trail with tour guide, kira macam berjalan masuk hutan. Tu yang rasa rugi sebab terlewat.





Aktiviti utama kat Kinabalu Park ni semestinya lah hiking. Ada disediakan banyak trail sekeliling taman negara for hikers. Macam-macam nama dan setiap trail jaraknya berbeza - Liwagu trail, Silau-silau, Kiau, Bundu Tuhan, Mempening, Bukit Tupai dan banyak lagi. Paling pendek trail Bundu Tuhan yang makan masa 30minit ataupun Mountain view trail yang saya tak tahu jalan masuk dari mana sebab tiada dalam peta - cuma 15minit. Hati sudah membuak-buak suka kerana setiap trail offers pengalaman berbeza. Terasa gatal je kaki ni nak melangkah masuk mana-mana satu trail yang pendek. Terasa rugi sebab kami tak bersedia dari segi pakaian dan kasut untuk explore mana-mana satu trail ini. Lagipun kami lewat sangat tiba, jam 5.00 petang di sini sudah hampir gelap. Huwaaaa ruginyaaaa...!




Kabus agak tebal melitupi puncak gunung Kinabalu. Kecewa tak dapat melihat puncak gunung, kami ubat hati dengan berposing sakan dan pusing keliling satu taman negara ni dengan kereta memalui jalan ber tar. Buat satu pusing sekitar taman negara ni cuma 5km saja. Sekitarnya ada beberapa hentian untuk melihat puncak gunung. Untuk hikers boleh pilih nak bermalam di mana-mana daripada lebih 6 lodge yang terdapat di sini.





Di Kundasang kami menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Dulu lebih dikenali sebagai Perkasa hotel. Lokasinya sangat strategik. Sampai di roundabout pekan Kundasang belok kanan naik bukit. Anda akan melewati sebuah masjid berbumbung hijau yang tersergam atas bukit, you won't miss it. Hotel tidak kelihatan dari pekan sebab ianya terletak di puncak bukit terlindung disebalik pokok-pokok pine yang mewah. Suka pokok pine sangat-sangat! Tapi tak sebanyak pokok pine di Bandung. Heritage hotel is an old hotel. Nampak sangat lusuh dari luar dan dalam. Saya book menerusi agoda.com dapat rate RM172 semalam. Hajat mau book Hotel Pine sebab looks new sikit compare to Heritage tapi fully book. Ada restoran di hotel ini yang pernah masuk dapat dapat pengiktirafan program Jalan-jalan Cari Makan. Alah setakat JJCM je pun. Tak tau lah sedap ke tak sebab kami tak cuba pun. 

Bilik hotel lusuh sesangat and in dire need of refurbishment. Carpet buruk dan kotor ada kesan terbakar, closet pun dah sumbing sana sini, console table pakai computer table berkaki besi je, bilik mandi ada tab mandi tapi cat dah kopak sana sini. Staff hotel juga tidak mesra, kalau di Gaya Centre Hotel siap ada concierge lagi (mewah bagi hotel taraf 3 bintang) tapi di Heritage langsung tiada ucapan selamat datang dari staff di check in counter. Pandai-pandailah kita menegur dan bawa diri. Alahaiii...View sekitar hotel? Bukak tingkap nampak pokok pine jelah..... Nasihat saya, sampai di Kundasang cari je hotel-hotel lain atau homestay pun kira OK dah tak perlu bayar mahal. 


Dari tingkap bilik saya nampak cottage house 2 tingkat yang comel ini. Ye, 2 tingkat, dia ada tingkat bawah tanah. Bukanlah bawah tanah pun tapi dibina di lereng bukit, tingkat bawah tersorok. Cottage ini sebenarnya adalah rumah spa. clocksiwe (left): view petang cuaca masih cerah, view malam gelap gelita mujur ada cahaya lampu, dan subuh jam 6 pagi masih diselaputi kabus.


Hotel tiada aircon ye puan-puan sebab sejuk sangat. Buka saja tingkap bilik. Malam kami menginap hujan turun tak berhenti hingga ke pagi waktu kami check out. Orang tua-tua kata kalau hujan turun tak lebat dan renyai-renyai gitu lambat berhenti, hujan turun terus lebat cepat reda. Benar barangkali sebab kerap terjadi.


Nak cari decent halal food tak jauh dari hotel. Atas bukit depan masjid boleh nampak dari jalan besar ada 2 restoran Islam - Restoran Hidayah berbumbung hijau dan Restoran Intan Catering & Cafe.  Agak mengejutkan saya kepak ayam panggang dijual pada harga RM1.50 sahaja berbanding di bandar KK paling murah pun RM2.50. Tapi selain kepak ayam makanan lain sama je mahal dengan KK ... hehe. Oh ya, di Sabah kepak ayam lebih dikenali sebagai 'sayap'. Bila kita minta kepak dia akan sebut sayap. Mula-mula berkerut juga dahi. Hehe...



Top-far left: Jambatan gantung di hadapan hotel yang tak sempat kami cuba sebab dah malam, view gunung kinabalu dari Intan cafe, bilik hotel, rumah-rumah dilereng bukit yang terjojol cuma tingkat atas saja, papan tanda gereja bersaiz besar biasa kelihatan di mana-mana, kabus tebal menghalang jarak penglihatan mengiringi kami dalam perjalanan pulang pagi itu.


Istimewanya Kundasang di mata saya adalah rumah-rumah/perkampungan yang dibina di lereng/cerun bukit hingga ke lembah. Lebih menakjubkan berbanding rumah-rumah di Bandung (yang juga dibina di lereng bukit) kerana ianya didirikan di luar bandar sementara di Bandung kawasan bandar pesat. Tak ada jalan yang jelas melainkan laluan pejalan kaki. Yang menariknya kalau dilihat dari atas perkampungan itu tidak kelihatan. Sepanjang jalan banyak papan tanda nama kampung tapi rumah tiada. Kita akan tercari-cari mana kampungnya? Jalan masuk pun tak ada. Cuba berhenti tepi jalan dan jenguk ke bawah, wahhhhhhh banyaknya rumah! Ada sesetengah kampung yang ada 2-3 biji rumah di tepi jalan. Kita terfikir "eh... 3 biji rumah pun dah panggil kampung?"... cuba jenguk bawah baru nampak rupa sebenar kampung. Lagi satu, sepanjang perjalanan sebelum tiba di puncak Kundasang walau banyak kampung kiri kanan tapi suasana sunyi sepi. Susah nak lihat orang berjalan di tepi-tepi jalan, melintas apatah lagi. Hatta sebiji motor pun tidak keluar dari celah-celah kampung. Serius tak ada! Baik tengahari mahupun awal pagi. Pelik. Peliklah bagi saya.


Ada beberapa perkara yang buat saya rasa terkilan dan tak puas berada di Kundasang. Rasanya 1 hari tak cukup.

1. Hajat nak merasa durian yang dijual ditepi-tepi jalan tak kesampaian sebab esoknya kami bertolak balik ke KK seawal jam 7.00pagi. Mana ada orang meniaga seawal itu hehe...
2. Saya terkilan tak dapat ambil gambar rumah-rumah sekitar Kundasang yang dibina di cerun dan lereng-lereng bukit. Pagi perjalanan balik nak ambil gambar dah tak nampak apa, kabus tebal sangat.
3. Terlupa singgah ke Kundasang War Memorial park yang terletak di laluan sama ke Desa Dairy Farm. 

Dan yang paling terkil;an dan terkesan hingga kini saya tak dapat melihat puncak gunung Kinabalu itu. Isyyyy... Pagi kami bertolak awal tu lagilah tebal kabus. Sepanjang perjalanan balik menurun bukit/gunung itu saya asyik menoleh merenung gunung. Bagusnya dari atas jalan kami masih boleh nampak gunung Kinabalu. Dalam hati berdoa, moga-moga sempat kabus beralih, minta-mintalah matahari terbit boleh nampak puncak gunung.  Kejap-kejap toleh, hati tak henti berdebar. Tangan sentiasa ready pegang kamera. Tapi tulah... kalau sudah tertulis tiada rezeki saya kali ini memang sampai ke sudah saya tak dapat melihatnya dengan jelas. Huwaaaaaa nak datang lagiii!