Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Saturday, 16 August 2014

Laksa Peranakan (Seafood) ala Chef Wan


Masih di bulan Syawal ni kan mood masak bulan puasa tempohari masih hangat lagi. Kerajinan memasak tu kira di tahap optimum lah ;-). Selera makan pun boleh tahan! Ndak pulak bila ternampak Chef Wan masak Laksa Peranakan dalam rancangan Best Wan! di channel AFC.


Macam renyah. Tapi macam best je. Bahan-bahan pun banyak yang ada dalam fridge. Cuma tambah beli udang dan ulam-ulaman sikit. Couple of months dulu saya ada buat stok (air rebusan) makanan laut yang di frozen kan. Sengaja frozen sebab masa tu bajet nak buat Bouillabaise (sejenis sup makanan laut Perancis). Tapi terperam lama. Sedang eloklah manfaatkan stok tu untuk buat kuah laksa peranakan ni.




Kuah laksa hampir sama dengan laksa lemak yang pernah saya buat lama dulu. Bahan-bahan kuah sangat berperisa terdiri daripada udang kering, bawang, cili, serai dan buah keras untuk tambah umph rasa lemak tu.




Ulam-ulam mentah seperti timun yang dipotong lidi, bawang, taugeh, bunga kantan dan daun ketumbar.
Kalau kebiasaannya saya gemar menggantikan santan segar dengan santan kotak yang rendah lemak tapi untuk rasa yang lebih lemak manis kali ini saya guna santan segar.





Kalau lah ada sambal cili tentu lebih sedap lagi. Siapa ada resipi sambal cili yang sedap dimakan dengan laksa lemak? Meh sini share please ;-)

Thursday, 10 July 2014

12 Ramadan 1435H - Soto Bihun... instant je


Saya dah lama tak masak sup. Sejak maid balik tak pernah lagi masak sup. Sampai cik Yaya pun kata, "Mama masaklah sup. Dah lama tak makan sup". Sebenarnya bukan tak nak buat sup lagi dah. Tapi ada dua sebab yang memberatkan tangan ni. Pertama, dalam rumah ni semua orang makan sup kecuali Fahmi. Dia memang tak gemar sup. Kalau bagi dia kari or benda-benda berempah laju je. Leceh pula bila semua makan sup kemduian untuk Fahmi seorang kena siapkan lauk lain. Dan sebab kedua, errr... berat nak buat sup ni... sebab...sebab... err saya dah lupa macam mana nak buat sup ayam!!! 
Boleh lupa gitu? Adoiii lah nampak sangat bab buat sup ni saya dah serah 100% kat tangan maid dulu sampai dia dah pro buat sup yang ikut selera kami. Saya pulak yang lupa cara nak dapatkan rasa sup seperti saya ajar dia dulu.




Kerana nak juga makan sup maka saya buatlah Soto Bihun. Malas nak pening adjust rasa, kita pakai rempah segera dari peket je. Jenama kegemaran saya ADAMI. Rasa sup soto nya memang menepati citarasa. Bahan-bahan sampingan lain haruslah buat sendiri. 


Saya bikin pegedil kentang banyak-banyak sebab cik Yaya peminat pegedil. Kalau dia meratah mau tak ingat orang lain. Kentang saya goreng supaya pegedil mudah dibentuk dan tak lembik. Kalau kita rebus dia lembik. Gaulkan dengan bawang goreng, racik daun sup dan letak garam serta lada sudah. Cukup membangkitkan rasa pegedil. While kami 3 beranak makan soto bihun, Fahmi makanlah nasi dengan kari ikan. Hmmphh... nalla sangat!

Sunday, 4 August 2013

26 Ramadhan 1434H - Mee Rebus Ekor Lembu



Dah 3-4 hari terfikir nak buat mee rebus tapi belum ter buat-buat lagi sebab sibuk hal lain. Tak buat rasa ralat pula. Mee kuning Mariam berbaki sepeket lagi dalam fridge. Nak digoreng rasa bosan. Nak dibiarkan dah hujung Ramadhan sangat ni, sayang terbuang begitu saja sebab entah esok lusa dah nak kena kosongkan fridge sebab tuan rumah pun nak bercuti Raya. Tapi nak dibuat mee rebusnya rasa sepeket mee macam tak cukup, nak balas juadah yang jiran-jiran bagi tempohari.

Cakap pasal berbalas juadah berbuka ni, saya kira memang kebiasaan orang Melayu kita. Masa kecil dulu saya duduk kat kuarters polis memang meriah bab berbalas juadah ni. Hampir tiap hari ada je juadah yang jiran beri. Kita orang Melayu tinggi budi bahasa, orang memberi kita merasa, dah merasa mesti ada balasannya tanda terima kasih. Tapi seingat saya sejak duduk sini belum pernah lagi saya merasa berbalas juadah. Mungkin sebab kedudukan rumah saya yang jauh sikit dengan jiran-jiran Muslim yang lain. Jiran depan rumah (Wong) bukan Muslim. Jiran sebelah dan dua buah rumah seterusnya juga bukan Muslim. Harap jiran Muslim yang paling dekat dengan kami iaitu Diana yang rumahnya sebelah dengan rumah Wong. Sebelah Diana pulak budak-budak bujang yang belajar kat UiTM tu. Pasal tu kami lebih akrab dengan keluarga Diana sebab merekalah paling dekat. Hujung baris rumah saya agaknya lebih meriah berbalas juadah sebab majoritinya orang kita.

Tapi Ramadhan kali ini lain pula senarionya. Sudah dua kali saya terima juadah dari keluarga Diana. Dan baru-baru ini Yaya bawa balik rendang ayam hasil air tangan nenek Adeena, classmate Yaya yang duduk sama baris dengan rumah kami tapi rumahnya agak towards the end of the row. Saya rasa seronok pula sebab terasa pemebrian juadah itu umpama huluran salam penyambung silaturrahim. 

Jadi malam tadi saya sudah congak-congak barang nak dibeli. Kalau selalu buat mee rebus guna air rebusan tulang tapi kali ini tak perlu sebab rebusan ekor lembu dan tulang masih ada berbaki dalam peti beku. Cuma saya agak pening sikit fikir mana nak cari mee Muslim. Saya punya cuma berbaki 1 peket saja. Tak cukup. Alang-alang buat teringin juga nak bagi dekat Daniel dan Wong. Tempohari isteri Daniel bagi secekak serai pun tak berbalas lagi. Bertuahnya aku! Akhirnya saya lelapkan mata dengan rasa sebal dalam hati sebab terpaksalah guna mee kuning biasa je huhu.

Nak jadi cerita sebelum ambil anak-anak balik dari sekolah ganti (sebab cuti jerubu tempohari) saya singgah beli barang kat kedai Acheh. Beli tauhu, taugeh, udang kering dan taucu semua... last sekali pergi rak mee. Hati sebal sebab rasa takde pilihan. Sampai je kat rak tau apa saya nampak?


Nah, tu dia... apa yang saya sebut dalam hati Allah beri.



Tak pernah-pernah lah kan depa nak jual mee keluaran Muslim. Dulu kedai runcit mamak tu jual sekejap tapi bila ada orang komplen kata kuat sangat rasa asid borik nya terus stop. Tiba-tiba selepas 5 hari saya tak jejak kedai Acheh ni hari ni mai ada pulak jual mee Muslim. Saya pun rembatlah 2 peket terus. Lepas tu singgah kedai runcit mamak tu sebab cari keledek tak jumpa lagi. Eh... tup tup saya tengok dalam bakul kat kedai mamak tu ada pulak jual mee kuning khas untuk vegetarian! Kalau ikut pemahaman saya produk vegetarian ni takde lah letak bahan-bahan dari sumber haiwan kan. Contoh telur depa tak bubuh lah pastu minyak haiwan tak bubuh kan? Pemahaman saya lah. Hambik nak sangat mee yang halal terus banyak pulak option.


Saya kata apa? Tak terkata apa. Speechless sangat. Bulan posa ni kan pintu langit terbuka. Nasib niat tu baik Dia permudahkan. Ehhh perasan baik ye? ;-) . Syukur Alhamdulillah je yang mampu diucapkan. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang mahu kamu nafikan? Saya tepuk dada saya sendiri. 



Tuesday, 23 July 2013

14 Ramadhan 1434H - Mee Bandung


 Hidangan yang terkenal di negara kita tetapi tiada di Bandung, Indonesia (*_^).
Dah lama tak buat mee bandung sebab saya malas nak jelajah pasar sekitar Shah Alam mencari mee kuning keluaran Muslim. Sekarang bolehlah buat sebab stok mee kuning Mariam yang my mum bawa masih ada. Ini antara hidangan ringkas yang saya gemar buat untuk iftar. Tak payah nak masak 2-3 jenis lauk pauk sebab selera tekak masing-masing lain. Kuah mee bandung ni pun saya buat tak pedas sebab nak bagi anak-anak makan. Pasal tu letak cili potong untuk orang dewasa.




Resipi mudah saja.

Bahan-bahan Pes & Kuah
2 sudu besar udang kering direndam
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering direbus (boleh tambah jika suka pedas)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
4 cawan air rebusan daging
200gm daging dihiris nipis & direbus
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
garam & gula secukup rasa


Bahan kering:
1 cekak sawi
1 batang lobak merah dipotong panjang
2 keping tauhu digoreng
4 biji telur


Kisar bahan pes no.1-4. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan daging bersama air rebusan daging. Kalau takde air rebusan daging boleh ganti dengan kiub tapi kena kurangkan garam. Biarkan merenih kemudian masukkan lobak merah.  Bila kuah agak pekat tambahkan garam dan gula secukup rasa. Bila dah mesra masukkan sawi, biar agak layu baru pecahkan telur. Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung bertujuan untuk pekatkan kuah. Boleh hidang dengan tauhu, daun bawang dan bawang goreng ikut selera masing-masing.




Fahmi tak suka makan mee goreng tapi kalau buat mee berkuah macam mee bandung ni dia cukup suka. Iftar dan sahur dua-dua dia bantai mee bandung. Ini pun dia dok sebut-sebut lagi. Kuah memang ada berbaki saya bekukan. Nanti bila-bila nak makan boleh panaskan je.


Sunday, 14 July 2013

5 Ramadhan 1434H - Mee Goreng Udang


Pagi tadi dah hantar my mum balik. Hari ini sunyi lah semula rumah. Malam tadi dapat lepaskan hajat bawa my mum berterawih di surau dekat rumah saya ni. Seronok lah my mum sebab aturcara penuh. Sebab kat surau rumah my mum susah nak merasa dengar tazkirah. 


Kami berbuka ringkas saja. Saya cuma goreng mee. Hahaha goreng mee je kan pun nak tayang. Bukan apa, sebab kami dah lama sangatttttt tak makan mee goreng. Saya stop beli mee kuning sebab rasa tak lalu sangat bila teringat seorang ustaz mualaf yang terkenal cakap mee kuning buatan non-muslim (yang memang menguasai pasaran) guna lemak/minyak dari sumber haram untuk salut mee supaya kekal berkilat dan tak melekat sungguhpun dah lama simpan dalam peti sejuk. Huwaaaaaa... sungguh tak lalu kumendengarnya! Dulu kedai runcit depan rumah pernah jual mee kuning keluaran Muslim. Punyalah seronok saya beli. Maklumlah Yaya suka makan mee goreng. Tapi tak sampai 2 kinggu kedai tu berhenti jual. Sebab dia kata banyak customer komplen mee tu kuat sangat rasa asid boriknya. Lah pulak. Jadi dia kembali menjual mee kuning keluaran non-muslim. Saya pula memilih untuk tidak membeli lagi dah. Takpe, tak mati pun tak makan mee kuning tu.


Cuma kesian kat Yaya sebab dia dah lama minta nak makan mee goreng. Dia suka makan mee goreng dengan nasi putih. Dah macam makan nasi ambeng gitu. Sah anak jaworld kan. Since my mum nak datang semalam jadi saya kirim belikan mee kuning Mariam yang famous kat pasar Seremban. Bawa 2kg terus simpan buat stok. Lepas ni makanlah sampai lebam!




Sungguhpun simple tapi laku. Sebab masing-masing dah terlalu lama memendam rasa nak makan mee goreng. Hatta mee goreng simple pun jadi over sedap!




Tuesday, 14 May 2013

Pho' Bo - Vietnamese Beef Noodle Soup


Orang kata, bila kita berkunjung ke tempat orang adalah tidak lengkap kunjungan kita apatah lagi penghayatan kita terhadap budaya sesuatu tempat jika tak mencuba hidangan tradisi atau 'street-food' setempat. Rugi! Kerana pada pandangan peribadi saya, makanan sepertimana pakaian dan cara hidup adalah sebahagian daripada budaya.


Kali pertama berkunjung ke Saigon, Vietnam, saya seperti tipikal orang Malaysia yang lain tetap juga mencari makanan Melayu/Malaysia. Terus terang cakap, minda saya agak kurang terbuka nak mencuba makanan tradisi setempat gara-gara pengalaman yang agak kurang menarik di Bali dulu. Kerana kedua-dua tempat ini (Vietnam dan Bali) bukanlah negara Islam, jadi memang tak boleh expect jumpa halal food dengan mudah. Apatah lagi nak jumpa traditional food yang halal. Jangan salah faham, di Bali bukan tak ada halal food. Ada.  Pilihannya terhad iaitu masakan padang which is bukan traditional food Bali. Kalau sudi boleh cuba makan dari penjaja kereta sorong atau penjaja menjunjung bakul. Tapi tahap kebersihan sukar ditebak.


Di Saigon pula, untungnya saya menginap di hotel yang terletak di sebuah jalan yang didominasi peniaga Islam berketurunan Melayu Champa. Nak makan halal tak susah. Tapi mahal untuk pengunjung berbajet rendah seperti kami. Kali pertama ke sana kami end up makan nasi berlaukkan ayam masak merah dan sayur. Masakan biasa orang Melayu kita. Hanya pada kunjungan kali kedua penghujung April lepas kami berpeluang menikmati kelazatan makanan tradisi masyarakat Vietnam iaitu Pho Bo atau Beef Noodle Soup - Kuetiaw Sup Daging. 




Kekuatan pada Pho Bo ini pada saya terletak pada supnya. Sup yang sedap akan memberi keseluruhan rasa sedap pada hidangan ini. Sekali merasa Pho Bo saya dan mr hubby terus terpesona tahap jatuh cinta gila bayang sama Pho Bo. Lalu saya cuma recreate my own Pho Bo berpandukan resipi Anrea Nguyen, a vietnamese residing in US. I admit, the process of making your own Pho Bo sangat lenghty. But please don't let the lenghty process intimidates you. There's nothing more satisfying than the challenge and succeeding in making your own Pho Bo. Dan maaf, saya tak kuasa nak translate resipi itu... tak larat den! Huhu...



Beef Pho Noodle Soup

Pho Bo by Anrea Nguyen http://vietworldkitchen.typepad.com


Makes 8 satisfying (American-sized) bowls
For the broth:
2 medium yellow onions (about 1 pound total)
4-inch piece ginger (about 4 ounces)
5-6 pounds beef soup bones (marrow and knuckle bones)
5 star anise (40 star points total)
6 whole cloves
3-inch cinnamon stick
1 pound piece of beef chuck, rump, brisket or cross rib roast, cut into 2-by-4-inch pieces (weight after trimming)
1  1/2 tablespoons salt
4 tablespoons fish sauce
1 ounce (1-inch chunk) yellow rock sugar (duong phen; see Note)

For the bowls:
1  1/2-2 pounds small (1/8-inch wide) dried or fresh banh pho noodles ("rice sticks'' or Thaichantaboon)
1/2 pound raw eye of round, sirloin, London broil or tri-tip steak, thinly sliced across the grain (1/16 inch thick; freeze for 15 minutes to make it easier to slice)
1 medium yellow onion, sliced paper-thin, left to soak for 30 minutes in a bowl of cold water
3 or 4 scallions, green part only, cut into thin rings
1/3 cup chopped cilantro (ngo)
Ground black pepper

Optional garnishes arranged on a plate and placed at the table: 
Sprigs of spearmint (hung lui) and Asian/Thai basil (hung que)
Leaves of thorny cilantro (ngo gai)
Bean sprouts (about 1/2 pound)
Red hot chiles (such as Thai bird or dragon), thinly sliced
Lime wedges

Prepare the pho broth:
Char onion and ginger. Use an open flame on grill or gas stove. Place onions and ginger on cooking grate and let skin burn. (If using stove, turn on exhaust fan and open a window.) After about 15 minutes, they will soften and become sweetly fragrant. Use tongs to occasionally rotate them and to grab and discard any flyaway onion skin. You do not have to blacken entire surface, just enough to slightly cook onion and ginger.
Let cool. Under warm water, remove charred onion skin; trim and discard blackened parts of root or stem ends. If ginger skin is puckered and blistered, smash ginger with flat side of knife to loosen flesh from skin. Otherwise, use sharp paring knife to remove skin, running ginger under warm water to wash off blackened bits. Set aside.
Parboil bones. Place bones in stockpot (minimum 12-quart capacity) and cover with cold water. Over high heat, bring to boil. Boil vigorously 2 to 3 minutes to allow impurities to be released. Dump bones and water into sink and rinse bones with warm water. Quickly scrub stockpot to remove any residue. Return bones to pot.
Simmer broth. Add 6 quarts water to pot, bring to boil over high heat, then lower flame to gently simmer. Use ladle to skim any scum that rises to surface. Add remaining broth ingredients and cook, uncovered, for 1 1/2 hours. Boneless meat should be slightly chewy but not tough. When it is cooked to your liking, remove it and place in bowl of cold water for 10 minutes; this prevents the meat from drying up and turning dark as it cools. Drain the meat; cool, then refrigerate. Allow broth to continue cooking; in total, the broth should simmer 3 hours. 
Strain the pho broth through fine strainer. If desired, remove any bits of gelatinous tendon from bones to add to your pho bowl. Store tendon with cooked beef. Discard solids.
Use ladle to skim as much fat from top of the pho broth as you like. (Cool it and refrigerate it overnight to make this task easier; reheat befofe continuing.) Taste and adjust flavor with additional salt, fish sauce and yellow rock sugar. The pho broth should taste slightly too strong because the noodles and other ingredients are not salted. (If you've gone too far, add water to dilute.) Makes about 4 quarts.
Assemble pho bowls:
The key is to be organized and have everything ready to go. Thinly slice cooked meat. For best results, make sure it's cold.
Heat the pho broth and ready the noodles. To ensure good timing, reheat broth over medium flame as you're assembling bowls. If you're using dried noodles, cover with hot tap water and soak 15-20 minutes, until softened and opaque white. Drain in colander. For fresh rice noodles, just untangle and briefly rinse in a colander with cold water.
Blanch noodles. Fill 3- or 4-quart saucepan with water and bring to boil. For each bowl, use long-handle strainer to blanch a portion of noodles. As soon as noodles have collapsed and lost their stiffness (10-20 seconds), pull strainer from water, letting water drain back into saucepan. Empty noodles into bowls. Noodles should occupy 1/4 to 1/3 of bowl; the latter is for noodle lovers, while the former is for those who prize broth.
If desired, after blanching noodles, blanch bean sprouts for 30 seconds in same saucepan. They should slightly wilt but retain some crunch. Drain and add to the garnish plate.
Add other ingredients. Place slices of cooked meat, raw meat and tendon (if using) atop noodles. (If your cooked meat is not at room temperature, blanch slices for few seconds in hot water from above.) Garnish with onion, scallion and chopped cilantro. Finish with black pepper.
Ladle in broth and serve. Bring broth to rolling boil. Check seasoning. Ladle broth into each bowl, distributing hot liquid evenly so as to cook raw beef and warm other ingredients. Serve your pho with with the garnish plate.
Note: Yellow rock sugar (a.k.a. lump sugar) is sold in one-pound boxes at Chinese and Southeast Asian markets. Break up large chunks with hammer.
Variations: If you want to replicate the splendorous options available at pho shops, head to the butcher counter at a Vietnamese or Chinese market. There you'll find white cords of gan(beef tendon) and thin pieces of nam (outside flank, not flank steak). While tendon requires no preparation prior to cooking, nam should be rolled and tied with string for easy handling. Simmer it and the beef tendon in the cooking broth for two hours, or until chewy-tender.
Airy book tripe (sach) is already cooked when you buy it. Before using, wash and gently squeeze it dry. Slice it thinly to make fringe-like pieces to be added to the bowl during assembly. For beef meatballs (bo vien), purchase them in Asian markets in the refrigerator case; they are already precooked. Slice each one in half and drop into broth to heat through. When you're ready to serve, ladle them out with the broth to top each bowl.



Saya kira Pho Bo adalah hidangan 'clear soup'. Warnanya jernih kecoklatan dan tidak keruh kerana sisa darah pada tulang dibuang pada rebusan pertama serta ditapis setelah siap merebus. Sup terbaik dihasilkan daripada rebusan tulang sum sum. Saya diberitahu air rebusan tulang bahagian lain tak sama rasanya dengan rebusan tulang sum sum. Saya rasa ada benarnya. Saya cuma mampu buat rebusan tulang knuckle bersama tulang bahagian lain (campur). Sudah hampir menyamai Pho Bo yang saya makan di Saigon tapi masih terasa kekurangan sesuatu. Kurang richness nya if you understand what I mean. Pho Bo gaya Saigon harus ada keseimbangan rasa masin dan manisnya. Kerana itu penggunaan gula batu kuning sangat penting. Keutiaw yang digunakan untuk hidangan ini juga dari jenis yang halus. Umpama saiz kuetiaw biasa dibahagi 4 gitu. Kalau di Jaya Grocer ada dijual dalam bentuk kering. Cuma perlu rebus sekejap.




Saya kira salah satu sebab kenapa perempuan-perempuan Vietnam langsing terletak pada hidangan mereka yang banyak berasakan sup. Kalau lepak kat Ben Tanh Market tu, pagi tengahari sampai ke petang majoriti mengusung dulang berisi Pho Bo atau nasi bertemankan sup.


Kalau mahu merasa Pho Bo yang paling sedap silalah berkunjung ke kedai Hajah Basiroh Haji Aly yang terletak di Nguyen An Ninh Street, berhadapan dengan hotel Saigon Pink 2 Hotel. Kedai ini sangat popular di kalangan pelancong/peniaga dari Malaysia. Saya tak ingat berapa harga semangkuk Pho Bo tapi rasanya tak lebih dari RM10 dengan portion yang puas makan. Supnya sedap tak terkata. Tapi Pho Bo hanya dijual sebelah petang hingga malam saja di kedai Hajah Basiroh. Kat kedai lain ada juga. Tapi hatta di kedai mewah VN Halal pun tidak dapat tandingi keenakan Pho Bo Hajah Basiroh. Saya berbual dengan seorang makcik dari Malaysia juga. Dia yang sudah mencuba Pho Bo di kedai lain kata Pho Bo Hajah Basiroh juga yang terbaik. Kalau tanya saya pula? Saya yang cuma menumpang rasa Pho Bo milik mr hubby sekali saja memang tak mau pandang Pho Bo orang lain. Sudah jatuh cinta dengan Pho Bo Hajah Basiroh.



Pho Bo di Saigon dimakan berulamkan daun selasih (basil) dan daun ketumbar berduri (thorny cilantro) yang berdaun panjang seperi daun pandan itu tapi bergigi sedikit di tepi-tepi daunnya. Taklah bergigi banyak macam daun mengkuang pula. Mula-mula saya tak berani makan, maklumlah kat Malaysia mana ada. Tapi sudahnya saya petik sedikit dan kunyah. Ehhhh... sedap berangin macam daun pudina tapi lembut sedikit rasa dia. Daun ini di Vietnam dikenali dengan nama ngo' gai. Sebutan mesti kasi sengau ye. Kat Malaysia tak ada kot. Ahh tiba-tiba saya rindu dengan ulam ngo' gai ni!!!

Friday, 3 August 2012

14 Ramadan 1433H - Laksam Terengganu

A simple dimple menu for our iftar yesterday.
Dalam 1 bowl ada semuanya - protein, veges... lemak pun ada hehe

Pertama kali buat mee laksa nya sendiri
selalu saya gantikan dengan mee kuning yang dicelur saja
sebab my mum dulu biasa buat begitu
maklumlah orang merantau mana nak dapat mee laksa yang sebenar melainkan buat sendiri
tak kuasa lah kan
tak susah juga nak buat bancuhan tepung berasnya
mengukus pun tak sampai 2 minit for each piece
cuma renyah dan berkecah sikit dapur






Kali ini laksam saya does not taste seperti biasa
sebab saya ikut style Kelantan pulak dengan kuahnya dimasak atas dapur
kaedah biasa kami tak masak pun, cuma kelapa diramas dengan air panas
sebelum digaul dengan bahan-bahan lain
mr hubby suka lah kuah dimasak sebab dia dah terbiasa makan laksam kelantan ;-)

Wednesday, 4 July 2012

Segalanya Limau (...and Lemon)

Cooks and bakes of last weekend. Mengambil aura Masterchef Celebrity, tema hidangan minggu lepas adalah Limau dan seangkatannya.


Lemon Lime Square (Pie) yang tersangatlahhh mashammmm nye! Pesanan penaja, sila be generous with sugar kalau nak buat pie ini.





Lime & Mint Macchiato. Resipi courtesy of kak yan from Yan's Family, Frens, Travel And Food Journal. Minum air ni rasa 'sihat' sebab letak pudina hehe




Clockwise: Lime Squares (pie), Lime Macchiato, Laksa Johor & Ulam-ulaman laksa johor




Laksa Johor ala Chef Ridz ni memang superb. I was contemplating between Chef Ridz recipe and Che Wan's recipe. The latter punya ingredients lebih banyak ( i guess banyak lapisan rasa)dan more complicated so I choose the former. Lebih ringkas dan yang penting cepat siap. The taste sangat superb.


Verdict: Jury keep on "emmm..." "aaahhhh" bila makan laksa johor but semua sepet-sepet mata bila makan lime pie. Sabar jelah bila musim masterchef tiba memang macam ni lah family saya hehehe

Monday, 18 June 2012

Kari Kill 2 Birds With 1 Stone

Hari ini adalah hari malas bercakap (read: bercerita). Jadi tengok gambar jelah ye.

Menu makan tengahari Sabtu lepas. Kes kill 2 birds with 1 stone. Masak kari boleh makan dengan 2 jenis hidangan.

Mee Kari



Yang buat ia bertambah sedap ialah sambal cili tu. Bukan saya buat. Sambal tu kakak (maid) yang buat. Entah apa dia taruk or should I rephrase entah berapa banyak belacan dia letak sampai sedap begitu. Malas nak tanya banyak sebab silap-silap haribulan dia pun tak tau dah berapa sukatan dia bubuh. Dapat sambal sedap dari dia pun kira bersyukur sangat-sangat boleh makan dengan mee kari.

Kari tu saya masak ikut resipi kari ayam mak mentua cuma dicairkan sedikit.


Roti Jala dengan kari yang sama. Ini kegemaran Fahmi. Dia kalau tercium bau kari muka berseri-seri habis. Tapi kalau time hidang dia tengok takde roti jala terus malap muka. Pada dia kalau ada kari mesti ada roti jala, kalau takde mati selera.

Tapi kali ini lepas makan roti jala dia bedal mee kari pula siap bertambah despite his tonsil yang tengah merah, sakit dan bengkak. Makan sampai tersedak-sedak. Tapi berselera punya pasal dia bedal jugak.

Eh, dalam malas bercerita terlajak jugak ;-).

Thursday, 8 September 2011

Mee Kicap vs Mee Goreng Sos Tiram

Masakan takdelah sehebat mana pun kali ni tapi saja nak tempek gambar yang buat pertama kalinya saya berjaya letak watermark hehe.
Orang lain dah sampai ke bulan saya baru nak merangkak.

Saya pakai special features kat picnik.com. Saya ni malas godek features dia, tapi tetiba tadi keluar pulak tab untuk sepcial features tambah text ni.
Hmm apalagi tempeklah seketul.
Penat pilih font takde yang lebih lawa dari font ni. Hentam jelah labu.

Hari ni saya baru mula puasa 6 hari pertama selepas selesai buat puasa ganti. Buatlah yang wajib dulu, puasa ganti tu kan wajib, lepas tu baru buat yang sunat. Dulu-dulu saya buat puasa sunat 6 terus tapi sejak few years back saya ubah.
Hari ni terasa nak makan mee goreng lah pulak. Dalam fridge ada baki mee kuning buatan orang Melayu yang saya beli kat pasar besar seremban sabtu minggu lepas.
Berkenan sungguh dengan mee kuning orang ni sebab rasa dia sedap.
Mee pun tahan lama, elok lembap tak macam sesetengah mee yang makin lama duduk dalam fridge makin keras.
No wonderlah gerai dia sentiasa penuh dengan pelanggan.
Ni mee goreng tamak sebenarnya. Ada macam-macam kawan kat dalam. Ada isi ayam, fish cake, ada udang saya selamatkan dari kuah lemak saya campak juga masuk, ada daun kucai, ada taugeh baki lauk dan ada tauhu.

Mee goreng ni saya bagi gelaran baru - Mee Goreng Sos Tiram. Anak-anak saya sejak dulu panggil Mee Kicap.
Sebabnya maid saya ni ada sikit malas jaga kualiti masakan, dia nak masak cepat main goreng mee tanpa bawang etc melainkan kicap dan telur je.
Bajet nak bagi rupa macam mee mamak lah, gelap gelita.
Last week saya goreng mee kat rumah my mum. Fahmi buat perangai tak mau makan padahal mee goreng ni one of his favourite.
Dia cakap "abang tak nak makan mee kicap"
Saya cepat balas kat dia "Ni bukan mee kicap, ni mama yang masak. Ni mee goreng sos tiram. Tak caya tengok rupa dia kan cerah tak macam mee kicap kakak. Sedap ni mee goreng sos tiram"
Dia menggeleng jugak tak nak. Last-last mama dia guna kuasa veto, letak sepinggan depan dia suruh makan sekarang juga.
Garang kan macam mak tiri? Saya habaq kat dia "abang makanlah mesti sedap nak tambah lagi"
Sudahnya laju je dia makan siap minta tambah!
Hambik ko, aku dah kata. Lain kali janganlah nak bantah cakap mama.
Sold out mee goreng saya malam tu diterjah anak-anak sedara.
Memang mee kuning yang saya beli ni 1st class.
Lain kali balik seremban boleh beli lagi buat stok ;-).

Tuesday, 23 August 2011

23 Ramadhan 1432H - Mee Kari & Kuih Lopes

Alhamdulillah masih diberi kesihatan untuk meneruskan ibadah puasa sampai dah masuk hari ke 23.
Syukur juga sebab walaupun dah masuk terawih malam ke 23 semalam tapi saf perempuan masih penuh 3 baris.
Seingat saya tahun lepas tak lah seramai ni bila tiba penghujung Ramadhan.
Barangkali penghuni baru di unit suria jadi penyumbang kepada jemaah yang penuh semalam.
Memang di awal Ramadhan hari tu melimpah ruah jemaah sampai bawah khemah dan kaki lima surau tapi masuk minggu kedua dah takde jemaah wanita yang solat diluar lagi semuanya merasa solat dalam ruang utama yang berhawa dingin ;-).

Harap sangat-sangat diri saya sendiri dapat teruskan berterawih secara berjemaah di surau sampai malam terakhir.
Tahun lepas banyak lompong - ke surau jarang-jarang di rumah pun tak buat!
Sebenarnya solat terawih ni boleh aja nak buat kat rumah tapi bila pergi ke surau seronok sikit sebab dapat dengar tazkirah.
Kat surau saya ni tazkirah setiap malam. Alhamdulillah lenguh badan saya masih boleh bertahan, yang saya tak tahan kalau kelat mata dan mengantuk tahap gaban.
Yang itu dugaan besar sungguh!
Satu lagi dugaan bila cik Yaya dah 3 kali dia kenakan saya bantai tidur atas riba saya waktu tahlil dan bersambung sampai tazkirah.
Ya Rabbi sengal kaki kiri saya yang memang bermasalah dan sakitnya naik sampai ke tulang belakang! Dah 3 kali juga saya dukung dia berjalan kaki balik ke rumah disebabkan dia tidur lena yang amat - 2 kali dalam hujan renyai!
Maunya tak bengkok tulang saya yang dah rapuh ni.
Incik hubby pun mengah dan tak sanggup dukung dia inikan pulak saya.
Tapi orang kata seorang ibu tu jauh lebih kental dari lelaki, kerana anak dia gagahkan juga.
Tapi janganlah suruh saya dukung Fahmi... saya angkat bendera merah siang siang! ;-)

Iftar hari ini saya merajinkan diri masak mee kari. Dah hujung-hujung ni mood masak pun dah merundum.
Mee kari yang paling sedap pernah saya buat ngeeeh ngeh ngehh.
Thank you to potretkasih for the awesome recipe.
Perencahnya saya tumis hari Isnin, tak sangka pulak banyak jadi tadi saya guna separuh je.
Baki masuk dalam plastik balut kemas-kemas dan simpan dalam freezer.
Kuahnya tak pedas maybe next time boleh tambah cili kering. Tapi bagusnya Fahmi boleh makan bertambah-tambah, siap puji lagi sedap.
Saya: Sedap ke bang?
Fahmi: Sedapppp...
Saya: Macam kat kedai ke?
Fahmi: (sambil makan) Takkk...
Saya: (gelisah) ooh tak sedap macam kedai punya ke?
Fahmi: Takkk... mama punya lagi sedap dari kedai!
Saya: Itu ayat paling best untuk mama hari ni

Wahhh kembang lah ko kan anak puji melangit! Berbaloi lah beredsup-desup bawa kereta nak reach home petang tadi. One thing saya realised sekarang - when your kids dah dewasa nanti trust me, you boys akan lebih menghargai your cookings compared to your girls. Walau diaorang dah kahwin nanti pun, walau isteri pandai masak sesedap mana pun tapi masakan ibu tetap meenjadi pujaan hati! I can say these from personal experience.

Ada beras pulut baki buat pulut kuning Ahad lepas, jadi saya buatlah kuih lopes untuk Yaya.


Saya tak pernah buat kuih lopes walaupun saya suka juga makan kuih lopes. Saya cuba kali ni pun sebab dalam fridge ada air gula melaka baki bubur candil tempoh hari.
Daripada terbuang baik put to use.
Tapi bila saya dah buat dia makan separuh je :-(
Entah sejak bila cik minah ni minat makan manis-manis, sepanjang Ramadhan ni dia asyik pesan belikan lopes je kat daddy dia.
Kuah gula merah tu dia main hirup je sampai terjerit-jeritlah incik hubby larang dia minum air manis tu.
Saya OK je... sebab masa kecil saya lagi teruk.
Buka peti ais tonggengkan tin susu pekat dalam mulut terus... emm sedap pekat melikat masuk ke anak tekak!
Dan bila-bila my sweet tooth need a fix, buka peti ais ngap je gula nisan yang dipotong kecil-kecil.
Pastu bila dah besar ko ungkit kenapa gigi ko cepat rosak padahal dari kecil ko lah yang paling rajin gosok gigi 3 kali sehari, adik-adik lelaki ko yang 2 orang tu punyalah mengelat gosok gigi selalu tenyeh ubat gigi kat dinding konon bila Ma tengok berus gigi dah bersih tu kira diaorang dah gosok gigilah.
Tapi sungguhpun culas gosok gigi, gigi diaorang tak pernah sakit, elok je sampai sekarang! Hampessss.
Sebab diaorang tak kemaruk makan manis macam ko. ;-) ;-) ;-)

Monday, 8 August 2011

8 Ramadhan 1432H - Seafood Laksa Lagi!

Balik kerja lewat hari ni. Sampai rumah dah 6.40petang. Juadah iftar tak siap lagi. Hati merusuh, rasa bersalah kalau tak dapat siapkan juadah. Rasa gagal jalankan tanggungjawab ni walaupun cuma untuk 30 hari dalam setahun!

Mujur perencah untuk seafood laksa dah saya tumis siap-siap sejak malam tadi. Sepanjang perjalanan balik saya tak henti-henti sms hubby minta sampaikan pesan supaya kakak tau apa nak dibuat. Kalau tunggu saya sampai alamat berbuka dengan air sajalah. Which is not that bad sebenarnya, considering ada umat Islam di tempat lain yang lebih unfortunate takde makanan langsung nak buat berbuka, telan air liur jelah. Kita ni yang sehari sebelum pun dah boleh rancang dan tahu apa nak dimakan esok adalah jauh lebih bernasib baik. That was my consolotion, takpelah berkejar-kejar sedikit. Tapi penat sebenarnya bila balik lewat begini, lebih-lebih lagi penyebab balik lewat itu disebabkan kesilapan orang lain. Bukan pasal accident atau jammed kat pulau indah ni. Tapi semalam saya terbabit sama kena 'detention class' sebab ada orang tak buat kerja dia sampai orang lain pun terpalit sama. Hah ingat detention class wujud kat sekolah je? Kat opis saya ni pun popular with detention class. Kena angin big boss tak betul, nasiblah ko... layan jelah.


This time saya guna spaghetti menggantikan mee kuning. Muak makan mee kuning, spaghetti terasa ringan sikit. Campur dengan bihun pun sedap.


Mewah dengan kawan-kawannya - udang, sotong, fishcake, fish ball, isi ayam, telur, kobis etc.



Cik Yaya tak makan laksa ni. Saya baked chicken wings untuk dia. Almost terlupa hidangan untuk dia sebenarnya. Kepak ayam masih sedikit beku masa masuk dalam oven ;-).

Friday, 6 May 2011

Whenever I have free time I'd indulge in experimenting with new dishes/recipes. But sometimes tak sempat tunggu ada masa lapang, whenever the urge arises even at odd hours saya bantai juga cuba resipi baru, macam laksa johor ni.


Honestly when I made this saya masih lagi recuperating from bad dry cough, bau bahan tumisan terutama cili memang boleh trigger batuk yang tak henti-henti. Tambahan pulak kami baru je balik dari celebrate birthday my maid kat luar, malam pun dah lewat. Ikutkan penat dan tak sihat memang rasa nak tidur je, tapi tangan itchy sangat nak pegang sudip. Balik dari makan kat luar saya terus ke dapur siapkan bahan-bahan dan menumis. Kenapa lah sibuk sangat nak menumis malam-malam buta? Sebab laksa johor ni nak buat hidangan breakfast hari Sabtu. Ayyy tak boleh tunggu pagi ke baru menumis, what's the hurry? Sebab Sabtu tu saya kerja... malas nak bangun awal sangat menumis kang terlajak pulak nak gi kerja.

Saya buat separuh resipi aja tapi lebihkan santan sedikit. Barulah ummphh rasa dia.Kuah mesti masak dengan api perlahan dan mesti pekat betul baru lah ada kick. Mil mesti terkejut kalau dia tau saya masak laksa johor, sebab dia sendiri pun belum pernah saya lihat masak laksa ni.

Boleh katakan hampir kesemua negeri ada resipi laksanya tersendiri. Pantai timur terkenal dengan laksam, utara terkenal dengan laksa asam, belah selatan setahu saya cuma johor saja yang ada laksa johor yang dimakan dengan spaghetti while di sarawak ada laksa sarawak. Laksa johor pada saya adalah kombinasi laksam pantai timur dan laksa asam utara. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kuahnya bersantan macam kuah laksam yang bahan utamanya adalah kuah ikan bersantan. Laksa johor juga ada ciri-ciri laksa asam utara sebab penggunaan asam keping untuk terbitkan rasa masam. End up kuah laksa johor ni rasa dia masam manis berlemak serta berempah. Since laksa johor ni dimakan dengan spaghetti saya terfikir maknanya menu ni agak baru juga tercipta sebab zaman tok nenek dulu kala manalah ada mee spaghetti. And I couldn't help but feel that mungkin juga asalnya orang johor tak ada hidangan laksa tetapi as time goes by hidangan ini dicipta hasil kombinasi laksam dan laksa asam. Pandangan peribadi saya je, belum buat kajian lagi.

Hmm weekend ni nak eksperimen apa ye?

Tuesday, 26 April 2011

Makan Tulang

Kau dapat makan hati pun dah cukup bagus, jiran sebelah makan tulang je.
Tapi tulang bukan sebarang tulang. Tulang yang berlemak dan berdaging nipis ni bila dah direbus empuk dan dibuat kuah mee rebus, fuhh sedapnya tak terkata. Masuk lif tekan sendiri daa...

Tau tak, lemak-lemak pada tulang ni saya cukup geli nak makan tapi ada tukang kutip. Nak tau siapa? Tu cik minah mulut becok hantu pulut... tak sangka dia yang cerewet makan ni boleh sebat lemak saya.

Monday, 10 January 2011

Kari Laksa Suria



I'm not sure which category this dish fall into - the curry family or the laksa family. Because its ingredients has combination of both, I guess that's why the creator calls it Kari Laksa. And I couldn't agree more with him sebab kari laksa ni ada rasa pedas berempah - from the use of curry powder dan masam - from the blended torch ginger bud a.k.a bunga kantan, lah :-).

I got the recipe from a newspaper cutting 2 sundays ago. The dish is a popular dish at a cafe in Batu Caves, Selayang nearby the Selayang Stadium called Cafe Suria Station. I give it a try for our lunch on Sunday and hubby loves it so much he asked me to frozen the leftover kuah kari laksa sehingga dia balik dari outstation hujung minggu ini. Beriya-iya lah nak makan dengan chopstick nak dapatkan feel kopitiam gitu. Chopstick pun cheapskate punya, setakat chopstick buluh jenis disposable.

My only problem was that sukatan bahan-bahan tu saya pun tak tau lah whether it meant untuk sukatan seorang makan or sekeluarga. The amount of chicken broth and coconut milk use indicates 1 person measurement tapi bahan-bahan agak banyak, jadi produk akhir kuahnya terlalu pekat. Saya tambah sukatan chicken broth supaya lebih soupy and adjust bahan perasa accordingly. I cannot help to feel that the kuah will taste much better kalau ganti chicken broth with air rebusan udang atau jus kulit dan kepala udang. Reason being the recipe calls for the use of serbuk kari ikan. Serbuk kari ikan and chicken broth? It should be more of serbuk kari daging with chicken broth or serbuk kari ikan pair with shrimp broth, kan? Pepandai je. Well, I always believe in - cooking is all about adjusting to suit your own palate.

Tuesday, 21 September 2010

Kari Laksa Seafood

Semalam pergi menjelajah ke blog orang, singgah lagi ke blog hana. Tengok gambar kari laksa lemak yang dibuatnya terus terliur. Tambahan pulak memang sejak minggu lepas saya rasa teringin nak makan mee kari tapi disebabkan minggu lepas dah buat mee bandung untuk berbuka puasa jadi saya batalkan niat. Takkan lah selang sehari nak makan mee kuning kan? Mana boleh makan selalu, not healthy.

Jadi malam tadi saya pun siapkan lah kuah kari laksa untuk dimakan masa berbuka petang tadi. Hubby pun ikut sama berpuasa 6 jadi memang sesuai benarlah saya jamu hidangan yang istimewa sikit. Kalau setakat saya sorang berbuka makan apa saja yang ada.

Resipinya hampir serupa dengan laksa lemak yang pernah saya buat dulu. Cuma resipi hana menggunakan serbuk kari, maka jadilah ia kari laksa. Saya cuma buat separuh adunan sebab nak makan 3 orang saja, membazir pulak kalau berlebihan nanti. Sabtu lepas saya ada beli udang besar di cold storage. Asalnya tak tahu nak masak apa tapi akhirnya masuk ke dalam kuah kari laksa. Urghhh memang marvelous kari laksa ni dengan udang besar yang manis je isinya.
Udang dah dominate mangkuk sampai tak nampak mee. Fahmi makan bertambah-tambah sungguhpun sedikit pedas for his taste tapi sedap katanya. Kalau tak gemar mee kuning boleh ganti dengan bihun.

Tuesday, 31 August 2010

21 Ramadhan 1431H - Kabus Di Pagi Merdeka

Selamat hari kemerdekaan buatmu Malaysia. Malaysia sudah 53 tahun bebas daripada penjajahan British. Secara peribadi saya menganggap diri belum layak menyambut hari merdeka, barangkali hari kemerdekaan ini lebih bermakna buat generasi lalu yang benar-benar berjuang untuk mencapai kebebasan ini. Bagi diri saya sendiri sebagai generasi yang lahir pasca merdeka, saya sering ingatkan diri berhadapan dengan penjajahan dalam bentuk lain. Sehingga saya berjaya kembali kepada cara hidup Islam hakiki, saya belum merdeka.
bangun pagi tadi saya terkejut lihat kabus meliputi bukit depan rumah, terasa damai
limpahan cahaya pelita yang kami pacakkan di taman kecil malam tadi. owh ada model dicelah keladi

mee rebus menu iftar petang tadi. alhamdulillah

Sunday, 29 August 2010

19 Ramadhan 1431H - Mee Bandung

mee bandung ni cuma buat tayangan di bulan puasa sahaja. itupun saya buat pada hari khamis lepas cuma tak sempat nak upload gambar.kalau diluar bulan puasa memang susah nak tengok ianya terhidang atas meja. entah kenapa terasa enak sungguh makan mee bandung kali ini. mungkin sebab dah lama tak makan, kalau terlalu kerap jemu pula kan? masa tengah menumis perencahnya yang sudah semestinya saya buat sendiri, barulah saya terkial-kial mencari air rebusan daging yang dibekukan. saya memang rajin simpan air rebusan untuk kegunaan bila buat sos bolognese atau kuah mee rebus. malangnya tak ada. barulah saya teringat, bulan lepas saya minta kakak bersihkan freezer, maka stok daging itu dah pun dibuang. terpaksalah saya gantikan dengan kuib daging aja. saya kurang minat guna perisa tiruan dalam masakan sebab kebanyakannya ada MSG. lagipun adakalanya saya rasa seperti menipu diri sendiri bila guna perisa tambahan! sungguh tak ori.

yang ini pula kuih serimuka pelangi. resipi asal oleh chef masak terkenal kak hanieliza. tertarik dengan warna-warna pelangi, pasal itu saya buat. padahal bukannya nak makan sangat pun. owh, yaya rajin sungguh tolong saya menggaul adunan. macam tulah dia setiap hari bila saya di dapur dia pun sibuk sama. kalau tak diberi peluang dia merajuk sakan!
sebab buat banyak, maka saya bawa ke surau hari jumaat lepas.

Tuesday, 17 August 2010

7 Ramadhan 1431H - Baked Mix Pasta

Alhamdulillah sudah genap seminggu kita berada di bulan ramadhan. semalam ada orang merungut sebab saya buat sosej puff cuma 3 ketul saja, tak cukup sampai berebut mereka 3 beranak (faham2 ajalah siapa 3 beranak tu ye). jadi untuk iftar hari ini saya pun buat baked mix pasta saiz gergasi biar semua orang puas hati makan tak berebut. serius memang portion saiz buffet kat hotel lagaknya. plan asal nak buat lasagna, tapi bila balik rumah lasagna sheet cuma tinggal separuh kotak aja. kalau saya buat lasagna dan baki sauce dimakan dengan spaghetti nanti ada pulak yang berebut lasagna yang cuma sedikit. daripada saya kena bebel 2 hari berturut-turut eloklah saya buat satu jenis pasta dishes saja. tak payah gaduh2 kan.

jadi saya campur lasagna dengan penne. penne yang digaul dengan sauce bolognese pekat saya padatkan di bahagian bawah chafing dish (iye, saya guna chafing dish yang sedang elok lebar serta deep). bahagian atas saya tutup dengan lasagna sheet, baki sauce bolognese dan bechamel sauce serta parutan mozzarella. masih berbaki separuh lagi baked pasta saya, boleh buat sahur.

ingatkan tak kena bebel lah malam ni. rupa2nya kena juga. saya kena marah (bukan marah benci tapi marah2 sayang) sebab buat roti john sekadar 2 keping, sekeping diletak sos tomato untuk anak2 dan sekeping lagi diletak sos cili untuk orang dewasa. pun masih berebut juga. aduhaiii sedap sangat air tangan saya ni agaknya :-P. takpelah lain kali saya buat sekeping sorang ye?roti john yang saya buat guna roti sosej aja

buah melaka pemanis mulut