Thursday 18 September 2008

18 Ramadhan 1429H - Bawal Kukus Kasturi

menu berbuka orang baru hilang dedar nak deman selsema today adalah ikan bawal kukus bersoskan air limau kasturi. dulu2 masa baru kawin rajin juga buat ikan kukus, selalunya ikan siakap lah jadi mangsa. bezanya kali ni dalam perahan limau tu kutambah gula ikut resipi Mat Gebu. berbeza betul rasa dia, kalau selalunya cuma rasa masam & masin, kali ni rasanya seimbang je... makan panas2 sedap.

sedar tak sedar dah masuk 18 hari kita berpuasa. alhamdulillah cukup juga 18 hari aku dah dapat setakat ni, setiap kali awal ramadhan memang tak pernah lupa berdoa supaya dikurniakan puasa penuh. tahun lepas dan beberapa tahun sebelumnya merasa juga puasa penuh, seronok tak terkira macam budak kecik diupah duit raya lagaknya. tahun ni tak pasti macam mana lagi... harap2 anak bulan tak kelihatan, tapi... bayang2 macam dah ada...huwaaa minta2 lah tak menjadi. boleh gitu?
buka radio dalam kereta petang tadi lagu raya dah pun berkumandang... sedih & sayu lah pulak. bukan apa... sedih bila teringatkan raya dah makin dekat which means puasa dah makin ke penghujung... aku cukup menyampah dengar lagu raya sebabnya kan kat sini law dia lagu raya hanya boleh berkumandang mulai 17 hari puasa. jadi bila dengar lagu raya itu tandanya ramadhan dah nak berlalu. aduhh... rasa tak puas lagi menempuh bulan ramadhan ni.
persiapan raya kami ala kadar je... maklum ler orang duk umah sewa je tambahan bukan ada sedara dekat2 sini, since kami balik beraya rumah mak ayah jadinya kurang titik beratkan pasal nak menghias2 rumah ni. setakat ni pakaian anak2 dah lengkap berpasang2 sorang. untuk myself & hubby cukuplah baju kurung & baju melayu sepasang je, banyak lagi baju kurung tahun lepas yang masih cantik. lagipun bila berat dah makin turun ni bolehlah muat baju2 lama...hehe
baju raya untuk maid pun dah siap belikan. hmm cukuplah tu.
oh ya cerita pasal persiapan raya, minggu lepas kan kuheret anak dara ku yang tengah dedar tu pi shopping kasut raya. punyalah susah nak carikan kasut untuk dia coz size kaki dia terlalu kecik... kasut comel2 untuk toddler 3 tahun semua dia tak muat. kalaupun ada yg dia muat semuanya size baby... tau jelah kalau kasut2 baby tu banyak corak kartun. tak sampai hati nak kasi dia pakai kasut kartun matun lagi dah. at last jumpalah sepasang kaler off white itu je yang dia muat. anak dara genit ni memang buat mama pening kepala kalau cari baju & kasut untuk dia.