Showing posts with label thirst quencher. Show all posts
Showing posts with label thirst quencher. Show all posts

Wednesday, 24 June 2015

7 Ramadhan 1436H - Khasiat Laban


Laban ataupun plain yogurt drink ini sangat mudah didapati kedai-kedai runcit di Arab Saudi. Reason being it is a staple drink taken regularly by the Arabs (in hot weather countries). It has cooling effect and helps replenish all the water and salt your body needs in such hot weather. In Saudi Arabia you may find yogurt drink labelled as Lebanese Ayran - ayran is the Turkish word for yogurt (laban). Benda sama nama je berbeza.


I first encountered laban in an Arabic grocery shop operated by the owners of the famous Zam Zam Restaurant in Oasis, Section 9 Shah Alam. A small bottle of 250ml is sold at RM1.40. Very very cheap indeed. Laban is a unflavoured (plain) yogurt drink unlike Lassi (Indian sweet and fruity yogurt drink) yang banyak dijual di pasaran kita, so it might take some time for you to get accustomed to the plain (sometimes a little bit salty) sour taste. I'm OK with it coz I already know that plain undesirable thing is actually packed full with goodness!


Laban in assorted brands produced in Saudi Arabia. Laban jenama Al Safi dan Activia (an international brand) banyak didapati di Makkah. While Nadec brand lebih popular di Madinah. The 500ml is sold at SR2 equivalent to RM2. The small ones are sold at SR1. Cheap huh?


When I break the news about leaving for umrah.... well I didn't exactly make an announcement. Rather a very subtle status update on facebook about how we have to give Fahmi (who sported a tonsilitis induced fever) extra care under the hot weather when we get there. One very sharp lady responded by bidding us 'safe journey' and shared the tips to maintain body fluid and coolness by drinking plain yogurt. Jadi dari permulaan kami jejak kaki di Madinah lagi perkara pertama saya buat ialah cari kedai runcit dan stock up our mini fridge dalam bilik hotel dengan laban! ;-)


Hubby don't really like the taste of it. Tapi dia minum juga sekerap yang boleh untuk kekal sihat. Tapi dia tak boleh beat kekerapan saya melantak minum laban. I think I almost clean up our stock setiap hari. The kids drink them too, only when they were told to. My mum? Ha ha... she's not a fan.


Alhamdulillah dengan cuaca di Madinah yang mencecah 46C, matahari tegak atas kepala tanpa bayang dan udara yang disedut masuk hidung pun berbahang - saya pernah duduk dalam engine room kapal laut yang panas berkuap pun udara nya tak sepanas ini. Yes, di awal ketibaan kami di Madinah we do get lethargic, kering tekak dan sebagainya. Tapi sehingga kami tiba di tanahair kami semua berada dalam kesihatan yang baik, dengan izin Allah. Agak mengujakan kerana kami tidak mengalami batuk-batuk atau selsema seperti kebiasaan jemaah umrah yang baru pulang. Again, praise to Allah yang mengizinkan dengan berkat minum air zam zam umpama rasa nak makan zam zam & laban, minum zam zam & laban, mandi zam zam & laban, bernafas pun zam zam dan laban.


Ni, tengah musim panas di bulan Ramadhan ni kan sesuai sangat minum laban. Why not make a change in your diet. Minum a glass for sahur or even masa berbuka. Give it a try dan rasakan perubahannya. You might even get addicted to it! ;-)


You can actually make your own laban drink you know. All you need is just:

250ml plain yogurt (low fat preferably)
3 cups water
1/4 teaspoon salt


Mix everything together until yogurt dissolve. Keep chill in the fridge before you serve.
Cool, kan?

Tuesday, 12 October 2010

Membongkar Rahsia Lemonade

Tukang masak diraja bermurah hati nak kongsi resepi minuman jus lemon a.k.a lemonade yang sebelum ini menjadi rahsia yang tersimpan kemas dibawah bantalnya. Konon! Ada seorang dua tetamu yang bertanyakan resipi, itupun sudah cukup untuk uat si tukang masak perasan giler. Rasa segan juga nak menyebutnya sebab resipinya bukanlah sesuatu yang gah pun. Tapi tak mengapalah, sharing is caring kan? Apa yang anda perlukan untuk satu jag lemonade adalah bahan-bahan secukup rasa :-).

2 biji lemon segar
air gula secukup rasa
air masak
ais batu

Perah jus lemon secara manual tapi pastikan anda memakai sarung tangan atau tangan anda bersih serta kuku telah dipotong pendek untuk mengelakkan sebarang kotoran masuk ke dalam minuman, heh! Sebaik2nya pakailah sarung tangan disposable tu sebab lemon ni tahap keasidannya tinggi, boleh menyebabkan kulit dicelah-celah kuku anda jadi kering dan reput. Kalau jari anda ada kesan luka juga sangat pedih bila kena jus lemon. Jadi boleh pinjam tangan cik abang atau tangan maid kalau tak ada disposable plastic gloves ye :-D. Seterusnya campur air gula, air masak dan ais batu ke dalam perahan jus lemon. Kacau. Siapppp.
Buah lemon yang dah diperah tu jangan buang, ambil sedikit dan potong-potong kecil kemudian letak semula dalam jug buat lawa atau sebagai tanda ianya perahan lemon. Kalau tidak, orang tak kenal. Nampak keruh aja nanti takut pula tetamu nak minum. Kalau nak bagi nampak mengujakan lagi, hiris beberapa keping lemon campak dalam jug. Wallah!

Buah lemon paling murah boleh didapati di pasaraya Giant, dijual pada harga 89sen sebiji tapi sizenya kecil sedikit serta kurang comel. Kalau nak beli lemon memang kena cari yang kulitnya kuning (lemon yellow), tegang dan licin tanpa cela, itu tanda lemon yang elok. Kalau menggerutu dan berbirat serta berwarna kuning tua serta sudah nampak tanda mengecut a.k.a kerepot elakkan sebab dikhuatiri rasanya sudah beralih pahit. Kalau nak guna lambat lagi boleh beli lemon yang masih ada warna kehijauan pada kedua-dua hujungnya (kepala dan ekor). Lemon paling mahal yang saya pernah beli berharga RM1.20 sebiji jenis yang diimport dari south africa. Saiznya memang besar bagak dan puas hati sebab jusnya banyak. Kalau lemon saiz sederhana biasanya berharga RM1 dijual dikebanyakan pasar dan gerai buah-buahan.

Oh ya lagi satu petua nak mudah perah jus lemon serta dapatkan perahan yang banyak ialah dengan menggolekkan lemon atas permukaan meja atau chopping board etc dengan tapak tangan anda sambil menekan sedikit. Petua ini saya belajar hasil menjadi penonton setia rancangan masakan Chef Wan sejak zaman remaja lagi!

Wah sudah banyak tips saya tentang lemon dan lemonade. Sekarang sudah bukan rahsia lagi kan? Huhu... rahsia lemonade 10minit sudah gone :-) in mere minutes. Saya sudah bares all rahsia. Kalau tak reti buat juga marilah datang rumah untuk segelas lemonade sejuk :-).