entry malam ni juga takde kena mengena dengan hidangan iftar. tuan rumah makin sibuk dengan projek baking. my no.1 bos pelawa berbuka puasa kat ofis lagi... aduh dia dah rasa seronok sejak dapat berbuka ramai2 jumaat lepas. minta ampun bos, kalau saya berbuka kat ofis alamat tak makanlah orang di rumah. hari ni sungguhpun tak kuasa nak snap pic hidangan iftar, aku turun juga ke dapur sediakan ikan bakar (another repeat menu) untuk hubby. fahmi dan yaya makan nasi berlaukkan ayam goreng berempah (kakak dah mula ikut resipi yang kubuat semalam hehe), telur dadar dan pegedil kentang.
petang tadi lepas siap masukkan ikan ke dalam oven aku sempat keluar kejap pergi cari paper bag untuk letak buah tangan raya for teachers kat sekolah fahmi. macam2 lah mama fahmi ni, takde kerja cari kerja, bila kepenatan nanti habis satu taman dengar ngauman singa betina dia.
sambil menunggu kek peanut butter tempahan orang sejuk, sempatlah aku menyusun buah tangan ni.
buah tangan serba ringkas ni saja kubuatkan untuk teachers fahmi yang rajin dan sabar layan kerenah dia. almaklumlah anak aku terover hyper. isi kat dalam pepar bag ni cuma 3 benda je, a quarter of fruit cake yang kubuat sendiri, satu bekas kecil biskut mazola yang kubeli - bukan tak boleh buat, memang aku biasa buat pun tapi yang senang2 ni main tunjuk jelah :-P dan sekotak kecil coklat daiana berbalut motif hari raya, memang sesuai sungguh.
dah siap tersusun 4 paper bag untuk cikgu lilies suraya, cikgu shima, cikgu anila dan dr suhaimi (fahmi panggil teacher uncle)
aku minta hubby taipkan ucapan ringkas, tapi hubby terlebih rajin siap scan gambar raya kami tahun lepas... huhu gila glamer betul!esok bolehlah diedarkan kepada cikgu2 semua.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago