Dah dekat 1 minggu pergi pesta buku barulah terhegeh-hegeh nak update. Bukan apa, sibuk tahap terlampau. Saya pergi pesta buku hari Sabtu lepas tu pun kira secara mengelat. Saya kata mengelat sebab sepatutnya dengan mil ada kat rumah dan tetamu tak putus menziarah mil saya kenalah stay kat rumah je kan. Tapi bab pesta buku ni saya tak boleh delay lagi, anak-anak pun tiap-tiap hari tanya saya bila nak pergi pesta buku. Lebih-lebih lagi bila Yaya balik sekolah hari Jumaat bawa balik book mark pesta buku dengan pesanan cikgu dia suruh pergi. Amboi, bila cikgu pesan lagilah kuat dorongan nak pergi kan? Tapi anak-anak saya tu daripada takde idea nak beli buku apa, lepas tengok bookmark ada gambar upinipin terus melekat idea nak beli komik upinipin. Kan saya dah kata… silap-silap komik je dibelinya!
Pagi-pagi sabtu lagi budak berdua tu dah bingit kat telinga saya, dok mengharuk bila nak pergi, bila nak pergi? Adoiiii anak-anak oit, my bil&sil ada kat rumah depa overnight Jumaat malam tu takkan saya nak angkat kaki. Memang asalnya dah janji nak pergi pesta buku pagi, tapi kenalah delay ke tengahari lepas tetamu balik. Lagipun kenalah masak lauk untuk mil dulu. Faham-faham jelah hidangan orang lepas operation mana boleh sama dengan orang sihat. Risau juga saya pegang amanah jaga orang sakit ni, kang dibuatnya masa dalam jagaan saya benda tak diingin berlaku kan susah.
Sudahnya pukul 2.30petang barulah saya dan anak-anak bergerak ke SACC. Tinggallah mil dengan hubby kat rumah. Sebelum tu saya siapkan pengat keledek supaya kalau ada tetamu lagi senang boleh terus hidang. Dapur saya kosong, takde snack atau kuih muih hatta biskut pun tersimpan. Nama je rumah tukang buat kek, tapi habuk kek pun takde. Bila masanya cik adik oit saya nak buat kek? Kalau dah dari hari Selasa sampai Khamis bertapa di hospital dari pagi sampai malam temankan mil. Bila balik rumah pun dah lewat, badan penat, anak-anak pun dah tidur. Saya bukan merungut tapi itulah kenyataannya. Selalunya saya tengok je my mum and aunties semua bergilir jaga arwah atuk and arwah nenek kat hospital dulu. Setakat tengok je pun saya dah tau ianya bukan kerja senang, took a lot of your time, energy dan jika keadaan pesakit teruk bisa make you emotionally drain. Alhamdulillah despite her age mil is one strong lady, she breeze through the operation and after.
Ok back to pesta buku. Sampai je kat SACC dekat 5 round juga saya keliling SACC cari parking. Tak taulah pasal parking SACC ni limited atau manusia terlampau ramai. Parking kat PKNS pun full, parking SACC mall pun diterjah pengunjung pesta buku juga. Sudahnya after 5 kali round dan anak-anak pun dah panas punggung tak sabar nak terjah komik upinipin saya pun masuk parking kat Anggerik Mall. Laaa kosong you boleh parking kereta ala orang kawin banyak! Free pulak tu. Yelah mana tak free nya, anggerik mall pun dah macam rumah abandon. Menapaklah kami 3 beranak ke SACC dalam panas terik. Takpe hati tengah bersemangat lagi, biar basah lencun pun sanggup anak-anakku redah. Cuba tengok hala balik nanti kalau tak muncung panjang sedepa (tapi itupun much better than kena dukung!)
Masuk je kat ruang legar SACC tu terkejut saya. Mak oiii ramainya umat macam ulat. Nak bergerak pun payah. Makin kuatlah anak-anak saya pegang tangan kiri kanan. Diaorang kan phobia sikit datang tempat orang ramai berpusu-pusu macam ni, takut hilang macam dulu kat Subang Parade tu. Ada sekali tu saya tengah bayar harga buku, Fahmi dok ralit tengok buku-buku tiba-tiba dia baru tersedar saya dah beralih ke tempat lain, bukan jauh pun kaunter bayar tu depan mata dia je. Tapi dia punyalah kalut siap menjerit panggil saya. Saya pulak tengah kalut pegang barang lambat sikit je menyahut, lagipun segan nak menjerit kat orang ramai, macam pasar ikan pulak lagaknya. Saya dengar suara dia dah bertukar bunyi serak-serak nak menangis. Alahai awat teruk sangat phobia kamu ni?
Lama juga pusing kat pesta buku mencari booth upinipin. Sebenarnya tak jauh pun booth dia dekat juga dengan pintu masuk tapi sebab ramai sangat orang sampai tak nampak arah mana nak tuju. Lepas je dapat komik, serta merta cik Yaya mengeoww lapar. Hah! Saya dah agak dah. Cik minah ni orang dah suruh makan dari rumah dia bagi alasan kenyang. Saya dah warn dia awal-awal, jangan buat pasal sampai kat SACC tetiba lapar pulak, bukan baru hari ni mama kenal anak mama ni. Tapi budak berdua ni memang bijak, selalu kat rumah kenyang tapi bila kat luar je datang macam-macam idea dia nak makan sedap. Merasalah minum petang kat West Side Bistro. Nak order Lemon Rice dia dah habis, nak order nasi tomato dia nanti Yaya tak makan pulak ayam merah (ayam goreng mau juga dia balun). Sudahnya minta macaroni dengan white sauce jelah. Saya makan marble cheesecake dia yang sangat ringan dan gebu. Sedap.
Lepas makan, kami masuk semula survey buku apa lagi nak beli. Tapi hampa sungguh sebab dengan keadaan yang sesak dengan manusia tu tak dapat nak bersantai-santai membelek buku. Fahmi lagilah frust sebab dia dok membayangkan dapat duduk bersila browse through books before decide which one to buy. Realitinya, serupa rancangan 'supermarket spree', just grab the first thing yang anda tertarik dan bayar. Jalan kena cepat, tak boleh emergency brake tengah lalu alamat berlakulah kemalangan. Anak-anak saya entah berapa kali kena sandwich. Anak orang ada sekali tu menyembam muka kat perut saya, mujur perut ku kempis, tiada kecederaan di situ.
Kesimpulannya, haii jauh benar berbeza pesta buku zaman remaja saya dulu ye. Dulu boleh lah belek dan baca buku lama skit. Sempatlah 'cuci' mata tengok abang-abang yang jaga booth or counter. Cuba jenguk weekend ni... manalah tau dah sampai penghujung barangkali demam pesta buku dah wear off dan orang pun tak ramai?
Nota kaki:
Sila cari makna "parking kereta ala orang kahwin banyak"
Carilah dalam kamus bahasa Tonga pun jangan harap nak jumpa...heheh
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago