Tuesday 13 March 2012

Guruh Di Langit... Tempayan Di Dapur Kami Tadahkan

Umum sudah tahu 14-15 Mac ni banyak tempat disekitar Selangor akan terputus bekalan air
saya ni tak baca suratkhabar, mujur juga tiap-tiap pagi rajin turn on radio
jadi dapatlah news ni, kalau tak memang menggagau lah kami anak beranak nanti
sebagai persediaan nak menghadapi 2 hari tu kenalah beli tong simpan air
kat rumah setakat ada baldi dan besen yang tak berapa nak besar tu
kali ni kenalah beli yang besar, perit tu nak tahan 2 hari lebih
mujur juga minggu ni budak tak sekolah, jadi bolehlah kurangkan guna air
kalau hari sekolah tengahari balik depa mandi segarkan badan sebelum ke kelas KAFA
baju sekolah lagi nak kena basuh, kasut lagi
memanglah baju sekolah banyak pasang tapi musim hujan ni lecak kekadang kasut baru pakai pun kotor, baju pun sama cepat kotor

jadi semalam pergilah mencari tong air besar
sakitnya hati, mentang-mentanglah semua orang pakat dok beli tong air
bukan main sombong lagi apek kedai barang plastik tu
letak harga memang tak boleh kurang punya, tekan habis-habis ye?
maklumlah pengguna takde pilihan, terpaksa
syabas punya kerja, pengguna sengsara, tokey plastik juga yang gumbira