Pagi yang redup dan nyaman seperti semalam. Alhamdulillah.
Dah lama cuaca kering dan panas kan. Membahang ke dalam rumah. Syukur pagi ini dan semalam redup dan nyaman je.
Cik Yaya bangun dengan tekak yang perit dan batuk tak lepas. Tiba-tiba saja. Buat hati saya makin resah nak meninggalkan anak-anak untuk 2 hari 1 malam. Kalau waktu masih bekerja dulu saya sentiasa pastikan my outstation trip sependek mungkin, pernah sekali kena overnight tapi selalunya day trip sahaja. Tapi kali ini terasa lain benar. Sebab mr hubby pergi bersama saya. Kalau cuma saya yang pergi barangkali hati tak segundah ini. Bila kedua-dua kami keluar bermusafir (musafir lah sangat!) bersama, risau berganda-ganda.
Macam-macam bermain dalam kepala. Boleh bangun ke mereka pagi-pagi? Sempat ke sarapan nanti? Makan ke mereka? Ada ke yang melayan? Sapa nak hantar pergi sekolah? Kalau ada keperluan sekolah sapa yang nak tengokkan? Homework buat ke? Dan paling menyesakkan kepala, selamat kah mereka?
Pening. Kacau bilau rasanya.
Bas sekolah pagi sudah saya atur untuk 2 pagi saya tiada sebab selalunya saya yang hantar. Mujur ada bas yang sudi untuk 2 pagi cuma. Alhamdulillah.
My abah juga dah setuju nak temankan anak-anak di rumah. Ye, memang saya ada maid tapi tak berani lagi letak 100% keselamatan anak-anak di bahu seorang maid. Biarlah ada ahli keluarga sendiri. It would have been better to have my mom staying with them tapi apakan daya, my mom juga sibuk menjaga cucu-cucu yang lain di sana.
Makan minum? Sudah saya frozenkan sos bolognese kegemaran anak-anak. Cik maid sudah lama tak memasak sejak saya ada di rumah. Daripada dia masak entah apa-apa yang tak menepati selera anak-anak baik ler saya je siapkan awal-awal. Maklum ajalah, menjaga anak sendiri dengan jaga anak orang tak sama. Setakat sarapan ada kuih muih frozen.
Bab bangun pagi ni yang saya fenin sikit. Si Abang tersangat mudah bangun. Walau dia kalau tidur pulas tapi bila bab bangun Subuh dicuit aja terus bingkas. Si Adik ni yang light sleeper macam saya tapi nak bangun sungguh lah liat. Langsung tak macam saya! Saya tak ada 2 hari ni siapa lah agaknya yang terdaya nak mengejutkan dia sampai terjaga. Jangan sampai terlepas bas jam 6.50 pagi sudah.
Harap-harap yang diberi amanah pegang amanah. Jangan jadi si Jerry bermaharajalela bila si Tom tak nampak bayang sudahlah.
Atuk memang sudah tentu superb melayan kerenah cucu. Maklum bukan selalu dapat bersama cucu. Risau juga kalau atuk yang kena buli nanti.
Aduhaiii. Kalau diberi pilihan memang tak pernah mau tinggalkan mereka. Tapi kali ini memang tak boleh nak heret sama. Ini bukan percutian. Dan rasa tidak wajar sangat nak mencutikan mereka dari sekolah. Tak suka nak biasakan macam tu. Penerimaan anak-anak? Fahmi ok saja. Penuh yakin dia kata "Abang OK. Adik tu". Si Adik? "Sapa nak temankan adik tidur?" Dia nampak susah hati benar. Fahmi memang independant. Yaya? Sangat dependant!
Tapi saya rasa untuk 2 hari 1 malam itu nampak gayanya cerah masa depan orang yang nak bermusafir itulah yang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena nanti!
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago