Majlis di sebelah kami berlangsung pada hari Ahad 6 jun. Takdelah grand pun sebab kami buat small scale setakat 400orang jemputan je. Takde bersanding or tepung tawar – memang dalam keluarga kami tak amalkan tepung2 tawar ni. Pun begitu persiapannya kalah majlis saya dulu. Kalau masa saya dulu tetamu cuma dihadiahkan telur rebus aja dalam kotak, kali ini setiap tetamu dapat beg berisi kek kecil bentuk hati, bahulu, telur rebus, bunga telur masin (yup telur masin!) dan tuala kecil dalam warna tema purple. Ikut peredaran zaman agaknya dan mungkin juga tuah menjadi adik bongsu dapatlah merasa disponsor oleh kakak-kakak dan kakak ipar ;-) ;-).
Hidangan meja pengantin untuk makan beradap juga kami sediakan sendiri secara gotong royong dengan makcik-makcik saya. Tak sempat saya nak ambil gambar sebab lepas siapkan lauk pengantin saya sibuk siapkan kek kahwin 2 tingkat pula. Lepas siapkan kek terus siapkan flower girls pulak. Flower girls ni pun boleh tahan demanding, tak mau disiapkan oleh orang lain, masing-masing nak tunggu saya juga. Bila saya minta ema, maid kakak saya mekapkan flower girls, mereka protes tak mau sebab kata mereka kak ema mekap macam badut! Aduh… habis tu saya ni pandai sangat mekapkan orang? Mekap diri sendiri pun comot!
Silalah jamu mata lihat gambar-gambar sekitar majlis. Ada peristiwa lucu dan ada peristiwa sedih. Lucunya pada hari kenduri adik saya ni, my cousin perempuan sebelah abah juga berkenduri kahwin di hulu Langat. Dan 2 orang dua pupu saya di Terengganu juga kahwin pada tarikh yang sama! Jadi takdelah adik beradik abah yang datang sebab semua pergi kenduri my cousin di hulu Langat. Her father happens to be my father’s older brother jadi haruslah bertandang ke rumah abang yang paling senior.
pengantin berarak tanpa iringin pukulan kompang. sekadar mainkan rakaman kompang je itupun sayup2 kedengaran. pakaian pengantin pun simple tak payah bertanjak dan pakai crown. baju pun buat sendiri je even baju pengantin perempuan my mum yang jahitkan beads. tak yah sewa2 bagai...simple
gambar ni sebenarnya nak tunjuk goodies bag yang bersusun atas meja makan beradap tu
sapalah yang buat gempak tu sampai pengantin dan usherers semua toleh kanan! watak utama pic ini adalah kek pengantin hasil tangan saya tu hehe...
acara potong kek, pengantin pandai2 sendiri lah ye...
hantaran pihak perempuan tema gold & english flowers
Dan barangkali ada hikmahnya juga mereka utamakan kenduri di Langat sebab masa tengah sibuk kenduri tu kami dapat khabar mak cik Seri yang juga adik ipar my father meninggal dalam tidur. Hikmahnya sebab kenduri di Langat tu hanya beberapa kilometer aja dari rumah arwah jadi dapatlah kaum keluarga abah cepat-cepat pergi uruskan jenazah. Selepas melayan tetamu ala kadar, tengahari yang sama abah dan hubby bergegas ke Langat. Sedihnya sepupu2 saya kehilangan ibu mereka dalam tempoh tak sampai 1 tahun selepas my uncle meninggal bulan ogos tahun lepas. Al-Fatihah
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago