Saturday 31 January 2009

Layan...

kena tag lagi dengan puan nolie aka puan rimo. kakak, dalam sibuk2 pindah 'rumah' baru sempat lagi tag saya ye? homework yang kakak bagi kat saya bulan lepas pun tak sempat buat lagi... huhu. it took me 2 days to complete this tag. tak boleh nak mengadap pc lama2. i didn't expect searching for images could take this long, provided you get the most accurate images to describe yourself, which is almost impossible! ;-P tapi tak kira lambat or cepat nak buat jugak, coz it is fun.

The rules is simple. Used google image to search the answer the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

I'm

I really want to go


My favourite place


My favourite thing


My favourite Food


My favourite Drink



My favourite color


I live in


I was born in


My college

My favourite story

My hobby


I wish

now, who shall i tag? orang2 yang malas update blog, silakan:
1. shida
2. faisal
3. jaja@acik (awak tak masuk kategori malas ye ;-))
4. azie
5. watie (sudah kena ke belum?)
6. ninarizwina

Wednesday 28 January 2009

New Year New Look

i gave yaya a new haircut petang semalam. dah lama aku & hubby pujuk dia gunting rambut. aku takdelah beria2 sangat nak potong rambut dia yang panjang & ikal mayang tu, sayang sebab rambut dia so silky & smooth. pulak tu rambut dia jenis lambat panjang. bayangkan masa umur dia 1 tahun rambut dia nipis je, pendek dan melekap kat kepala. on her 1st birthday i had to dress her up in overall dress with flower printed t-shirt and pakaikan dia cekak rambut with fake curls or else orang sangka dia boy. jenuh tunggu rambut dia panjang. nak sangat upload pic dia with fake curls tu tapi scanner wat hal plak, i'll upload later ok
when she was around 4months gitu

1 yr 8 mths... ada ekor sikit2

3 months before she turns 2...

cuma hubby yang bersungguh2 tak berkenan yaya berambut panjang. yaya ni kadang2 liat nak kasi kami ikat or braid her hair. kalau datang angin dia tak nak ikat rambut memang dia biarkan je rambut dia sampai tutup mata & kekadang masuk dalam mulut masa makan. annoying betul. tu yang aku selalu usik dia rambut macam singa, tapi dia sikit pun tak heran.

dah banyak kali pujuk dia potong rambut. mula2 dia kata tak nak, lepas tu dia kata OK, then dia tukar lagi tak nak. semalam dia kata dia nak buat rambut macam dora... straight cut rest an inch above shoulder length. dalam hati aku kata tak mungkin dapat buat macam tu sebab rambut yaya bukan betul2 lurus... agak ikal mayang with soft curls at the end. aku jeles betul dengan soft curls dia tu, mine masa kecil duly a bit unruly, macam berserabut gitu. tapi aku cubalah... cuma aku tak sampai hati nak potong sampai pendek... i just trim about 2 inch je... her previously layered hair cut jadi straight cut.

before
dah sikat berkali2 baru kemas skit

she wants to keep her long hair sebab nak jadi princess macam all the disney princesses tu kan

after

dan aku betul2 terkejut sebab her soft curls semua gone. huwaaa sayangnya. nampak gayanya kemungkinan besar dia mewarisi rambut aku dulu. dan kalau betullah jangkaan aku, kalau bukan sekarang, akan tiba masanya nanti all her soft curls will be gone for ever, just like mine. huhu... sob sob....

Tuesday 27 January 2009

Family Outing

pagi ni kami bawa fahmi & yaya ke taman jaya di pj (taman rekreasi bersebelahan amcorp mall. dah lama tak bawa budak berdua ni ke situ. kali akhir bertandang masa tu yaya baru 8-9bulan tengah belajar berjalan. aku sebenarnya nak bawa picnic basket with some foods tapi hubby kata tak payahlah. seronok budak2 main kat playground sampai kehausan. bila yaya tanya tak bawa air ke terus aku jeling hubby. tulah orang dah cakap bawa makanan sikit. as a remedy we brought the kids minum di eden cafe dekat amcorp mall tu.

badan kecil tapi ada hati nak cuba bergayut

bersungguh2 yaya cuba nak hayun buai dengan kekuatan badan dia yang halus tu... with the help from daddy who's standing behind her, of course


penakut anak teruna ni... terkial2 meniti atas rope yang tebal tu. nilah akibatnya kalau mama asyik perap anak2 dalam rumah. they really need to go out more frequent


hari ni hari akhir bercuti dari kerja aku masih lagi rasa berat nak masuk dapur. selalunya kalau time cuti2 begini memang takde kerja lain ada je juadah yang aku nak buat. dalam hati masih mogok lagi disebabkan hal semalam - hal satay & jagung rebus tu. ikutkan geram rasa nak je punish the three of them by not preparing any meal today. tapi tak fair jugak coz masing2 dah menyesal & minta maaf. sebelum keluar rumah pagi tadi aku pesan kat kakak suruh masak sambal tempe & tumis brokoli. sampai je rumah tengahari tadi terus je ke dapur siapkan kari udang. dah muak makan ikan & ayam, lagipun rendang ayam bekal mak mentua masih ada. aku tak tau resipi kari udang style melayu, so buat kari mamak jelah tapi how 'mamak' is my curry entahlah hanya mamak yang tahu ;-)



rupa2nya kerajinan aku masuk dapur bila malam baru muncul. tekak rasa teringin sangat nak makan kaya buatan sendiri. bila belek2 resipi nampak mudah, bahan2 pun semuanya available. siap buat kaya sambung masak kurma kambing. hubby pelik tengok aku memasak walhal dah way past dinner time. heheh kurma kambing ni untuk dinner malam esok. kalau ikutkan aku plan nak buat kurma kambing ni for dinner hari khamis or jumaat. tapi since khamis nanti hubby akan pergi outstation lagi dan cuma balik jumaat malam aku tukar plan. kurma ni bila sejuk simpan dalam fridge je tunggu nak dipanaskan dinner esok.

Monday 26 January 2009

Kerana Satay & Jagung Rebus

hari cuti begini buat aku tambah rasa malas ke dapur. lagipun kalau ke dapur pun takde apa yang boleh dimasak sebab barang dapur semua dah habis. sebelum balik kampung tempohari kami tak pergi market pun. pagi ni masing2 bangun lewat, pasar pun dah tutup agaknya. supermarket cina depan rumah memang dah tentu tutup coz depa raya kan? kalau pun buka bukannya boleh beli apapun coz takkan aku nak beli ayam/daging kat kedai dia. so, hari ni membeli belah di cold storage lah jawabnya.

siap shopping kat cold storage tengok jam dah pukul 12 tengahari. ermm kalau balik rumah pun ambil masa juga nak masak for lunch, hubby ajak singgah kat JM Beriani, isi perut dulu katanya, no point balik rumah dalam kelaparan. me & hubby had mee bandung while budak berdua tu makan nasi beriani sepinggan sorang tapi lauk ayam masak merah dikongsi berdua, membazir kalau tak habis. tau tak yaya ni walaupun dah masuk 4 tahun tapi kalau makan kat luar masih kena minta high chair. kalau tak kesian dia susah nak makan sebab tak nampak makanan. tulah badan kecil sangat. *lol*

dinner malam ni pulak ingat tak maulah makan heavy so aku sediakan lamb burger je with salad & fries, for the kids goreng sosej ayam je. alah bukan susah pun, lamb burger keluar dari kotak hehehe tinggal grill kan aja. tapi yang buat aku hangin satu badan bila incik hubby bawa balik satay ayam & jagung rebus. sudahnya budak2 tak mau makan sosej ayam or even fries yang diaorang suka pun tak dijamah. tak pasal2jadi satu pembaziran pulak... manalah tak hangin.

aku tau lamb burger ni tidaklah begitu menyelerakan compared to satay ayam & jagung rebus tu :-(

bila aku membebel hubby salahkan budak2 sebab diaorang yang merayu2 minta satay & jagung. fahmi pulak salahkan daddy sebab tak call mama bagitau yang diaorang beli satay. baguslah tu semua orang tunding jari. aku cakap kat hubby, fahmi & yaya since masing2 dah pandai cari makan sendiri lain kali mama tak payah susah2 masak, pakat2lah cari makan kat kedai ye. since tukang masak dalam rumah ni mama & kakak, so both of us mogok tak nak masak, we both boleh hidup dengan nugget & roti je. yang lucunya fahmi cepat2 kata daddy yang beli satay bukan dia yang nak. yaya pun cepat2 dia kata daddy yang nak beli satay bukan adik yang nak. terkena hubby kali ni! amboii cekap betul budak berdua tu jaga perut masing2 ye?

Sunday 25 January 2009

I'm Back

i'm back!
kejap je balik kampung hubby, tidur satu malam je. ingatkan cuti panjang gini ramailah adik beradik ipar yang balik berkumpul, rupa2nya kami anak beranak je yang balik. fahmi & yaya ajalah yang bermaharajalela kat rumah mil yang luas tu. itupun budak berdua tu tak dapat lepas gian chasing chicks sebab hari kedua tak semena2 hujan sepanjang hari dari pagi hingga ke malam. padahal mil cakap dah dekat 2 bulan tak hujan, kering aja. hujan KL ikut kami balik sampai segamat kot? :-)

balik kampung kali ni aku dapat soalan cepu emas lagi dari mil. cukup ke 2 orang? tanya mil. gulp! seingat aku masa balik raya tahun lepas soalan sama dah ditanya. confident je aku jawab cukuplah setakat ni dot dot dot. dalam hati aku tertanya2 kenapa pulak aku? rasa2nya ada lagi 3 orang menantu mil yang masih muda belia yang lebih patut menambah lagi sebab masing2 baru cuma 1. harap2 soalan mil tamat kat situ jelah. latar belakang dan prinsip hidup kita berbeza2 kan? aku faham prinsip hidup mil tak sama dengan aku, masa muda mil dalam zaman yang berbeza of course nilai hidup dan persekitaran pun berbeza. i respect her for being able to bear 11 children, menguruskan rumah tangga dan dalam masa yang sama bekerja kat ladang getah serta berniaga mencari duit untuk membesarkan anak2. anak2 mil alhamdulillah cukup pendidikan malah ada yang berjaya dan berpangkat. i salute her for that and i don't think i can ever match her in any account. whatever it is i'm happy with my decision.

masa tengah sibuk bersiap2 nak balik ke subang dari rumah mak mentua lepas maghrib tadi aku dapat unexpected call dari ex-bbsitter. walaupun dah lama dia berhenti jaga anak2 tapi hubungan kami baik, time raya diaorang datang berkunjung ke rumah cuma takdelah calling2 selalu.

rupa2nya panggilan dia sebab ada hajat. nak suruh aku masak nasi beriani untuk majlis harijadi anak tunggal dia ahad akan datang. gulp! tercekik air liur kejap. memula ingatkan small scale je tapi bila dia cakap untuk 100org makan aku rasa sesak nafas. biar betul, untuk open house rumah sendiri pun paling banyak aku pernah masak 16pot je. takut sangat nak kata yes sebab aku bukannya terror pun buat nasi beriani apatah lagi masak banyak.

cuba juga pujuk2 dia cari orang lain. tapi dah katanya dia berkenan juga yang aku buat. berpeluh mak cik! hubby tersengih jer. nak terima pun berat nak tolak pun rasa berat sebab dia berhajat sesangat. akhirnya dengan berat hati dan berdebar2nya aku terima. cuma aku minta dia beli sendiri beras basmathi dan pinjamkan aku periuk nasi besar dia. aku punya setakat 1.8liter jer, sekali masak baru 8pot mau jam periuk nasi aku nanti. aku tak berapa reti lagi nak jaga api & sukat air kalau tanak nasi atas dapur gas.

so, ahad nanti jadual aku penuh lah ye takde masa rehat sebab pagi2 nak masak nasi dan sebelah petang kol 2pm majlis bermula. ermm nanti nak kena bincang lagi dengan akak tu nak letak nasi dalam apa coz bekas nasi aku kecik je. aku seboleh2nya nak tolong dia to make the event a success sebab aku boleh rasa betapa excitednya dia nak buat majlis untuk anak tunggal dia tu. lama dia kawin baru dapat anak seorang tu, malah masa dia jaga anak2 aku dia masih belum ada anak. pun begitu anak2 aku dijaga dengan baik, dia sayang betul dengan budak berdua ni sampai kalau balik kampung pun dia nak bawa cuma aku je yang tak kasi. apalah salahnya kalau aku tolong dia kali ni kan?

Friday 23 January 2009

Sunyi Sepi

aku baru je lepas siap buat karipap. bungkus satu persatu dengan plastik, susun dalam bekas & simpan dalam freezer. dapatlah 25biji, boleh jugak buat sarapan pagi esok.

balik kerja hari ni agak terkejut aku bila tengok both my kids dah terlentang tidur atas sofa. selalunya bila aku balik dua2 mesti sembunyi kalau tak belakang pintu mesti kat belakang sofa. so malam tadi sampai je depan pintu bila kutengok tak nampak bayang pun budak berdua tu aku ingat memang diaorang pakat2 sembunyilah tu... tup tup terlentang atas sofa... patutlah senyap sunyi je. senang sikit kerja aku menguli doh karipap tadi. kalau tak sure ada 'minah kacau' yang sibuk nak menggentel tepung jugak.

senyap sunyi macam ni bolehlah aku berblogging sambil tunggu hubby balik dari outstation. petang tadi katanya mungkin sampai dalam 11pm... jalan jam kot maklum jelah weekend ni cuti bersambung dengan raya cina, semua orang ambil kesempatan balik kampung.

since dua2 tidur atas sofa, kenalah mama angkat dua2 naik ke bilik. aduhaiii rasa nak patah pinggang angkat fahmi. serius cakap aku memang tak larat nak angkat anak bujang ni... berat dia aja dah 27kg. senak perut aku. pastu angkat yaya pulak... sib minah ni tak sampai 15kg. kebelakangan ni terasa sangat kekurangannya bila berat badan aku dah makin kurang. tau tak apa kekurangan yang aku rasa? 1. nak angkat benda berat pun tak larat, bukan apa bila lengan dah tak pejal, tapak kaki pun nipis nak mengangkat budak pun rasa tak stabil 2. kekadang tak tahan berdiri lama2 coz sakit tumit 3. sakit peha kalau yaya tumpang baring on my lap.

dulu masa badan berisi takde pulak masalah2 yang aku sebutkan... cuma tulah kalau naik tangga semputlah sikit. hmm... gemuk susah kurus pun susah. atau mungkin itu bukan masalahnya... aku ni kurang bersenam & kurang ambil kalsium tambahan. hmmm dah banyak kali nak jogging pagi2 tapi tak menjadi... liatnya nak bangun awal hujung2 minggu. bahananya tanggung sendiri ye ;-)

esok nak ke smart reader di subang bestari. nak register yaya for the english tutorial class... sama macam fahmi dulu every saturday je kelas dia. cuma kali ni jauh sikit sebab centre yang kat depan rumah dah tutup. she will start her first class in february (salah aku sebab daftar lambat) and kelas yaya pun akan mula awal 8.30am sampai 10.30am. entah macam mana lah nanti anak dara yang kuat tidur ni nak bangun awal. selalu dia bangun sekitar 9am. there's another centre kat subang 2operated by the same owner with subang bestari, cuma kat sini kelasnya mula agak lewat at 10.45am. memang kami sengaja pilih yang start awal coz in case hubby takde boleh aku hantar since aku masuk kerja pun 8.30am.

harap2 she can sit for 2 hours dalam kelas. i know she's so eager to go to school and eager sangat nak learn english sampaikan aku naik malu dengar dia punya gibberish in english. tiap kali aku bawa dia ke mph automatik dia akan switch to english, kalau cakap tu betul takpelah... ni bunyi macam cakap german je. penat suruh dia diam... tebal muka mama. hahahaha... i cant blame her though. bukan ke aku yang nak sangat anak2 pandai speaking? :-)
so smart reader, here we come...

our plan for the weekend yang panjang? ermmm kena tanya incik hubby... he's the one with plans, i don't have any or mine actually can be postpone ke masa lain. if you don't see any more entries after tonite's, that means either i'm away (mengikut plan hubby) or i'm busy making my own plans or i'm just damn lazy!

Tuesday 20 January 2009

Beef Stew

lama sungguh tak update blog. bila otakku dah sesak dan sarat sangat dengan macam2 perkara nak berblogging pun takde mood.

for tonite's dinner i made beef stew aja. hubby beli tulang rusuk lagi last week but because he bought banyak variety of poultry and seafood aku tak sempat nak buat sup tulang untuk dia. sampai dah makin panjang muncung dia merajuk sebab kempunan nak makan sup tulang. so malam tadi aku pun defrost lah tulang temulang tu. hajat memang nak buat sup aja macam biasa. tapi bila tengok tulang temulang tu takde rupa tulang rusuk pun... maaf ler aku ni bukan kenal sangat semua bahagian lembu cuma tulang yang dibeli instead of tulang rusuk it looks more of like tulang bahagian kaki or lutut gitu. tebal pulak dagingnya. so instead of buat sup aku plan buat stew ajalah. malam tadi kurebus dulu tulang & dagingnya biar cepat lembut so that malam ni takdelah lama sangat nak merenih stew.

bagus juga buat stew sebab boleh campak segala jenis veggie yang ada dalam fridge i.e. celery & carrot, pastu tambah ubi kentang and bawang jer.


emm senang keje tukang masak malam ni tak yah masak lauk berbagai2... semua ada dalam 1 hidangan ;-)

Sunday 11 January 2009

Stressful Week

the 1st week of the year has gone by. and all i can say is that it was a stressful week. it wasnt a good beginning for the new year.

monday was the most horrible day at work. whatever happened that day contributed to my lack of sleep for the whole week. i couldn't brush off the pressure i had that day and no matter how i tried to take it easy, 'it' still lingers on and hamper my mood. as a result i lost appetite, i had trouble sleep... i couldn't focus, i give less attention to what been said at home.

i came back home on thursday only to be disturbed by an appalling news. fahmi had a small accident at school. he was chasing around with another boy and accidently knocked his head on the wall. he had a small cut on the apple of his forehead and ugly bruises; apparently when he knocked his head to the wall, dahi dia hit the metal frame on the window. and you know what? nobody from the school call me to report the incident. nobody! sakit tak hati? i thought when you hand over your child to the school, they are supposed to take responsiblity over whatever happened there... bukannya nak salahkan mereka but at least bagitaulah... bengang giler aku hari tu.

the next day, aku hantar sendiri fahmi ke sekolah. when i confronted the teacher lagilah aku sakit hati... boleh dia tersengih2 gelak lagi. pastu dalam tersengih2 tu mintak maaf sebab tak call. aduhaiii senangnya kerja! kalaulah dia tunjukkan rasa bersalah or concern sikit mungkin kurang juga marah aku. tapi dengan acuh tak acuh tu makin mendidih darah aku... ringan je mulut aku membelasah diaorang. hati aku memang cukup panas, ikutkan nafsu marah time tu jugak aku nak berhentikan fahmi sekolah... tapi takpe aku sejukkan dulu panas ni... esok nak call the principal, banyak benda nak complain kat dia. overreact ke aku ni?

dinner tadi simple je... lamb sausage, chicken nugget, wedges & salad. semua ready made main campak je dalam kuali. takde mood nak main masak2... hentam jelah labuuu.

Tuesday 6 January 2009

Rojak

semalam nak upload video candle blowing by birthday boy tak kesampaian coz asyik error je... blogger pun penat mengupload je kerja dia. after a few attempt failed tengok jam pun dah kol 12tgh malam aku pun surrender, pergi mandi.

kol 12mlm baru nak mandi, itupun anak2 & hubby dah tidur coz aku balik kerja lewat sangat malam tadi. badan letih tapi mata tak nak lelap. agaknya sebab otak masih lagi melayan masalah2 negara yang tak berkesudahan... inilah bahana meeting yang dragged dari petang sampai ke malam. sampai terbawa2 mengganggu tidur. masuk jam 2 pagi barulah mata mau lelap... itupun tidur asyik terjaga & bila bangun pagi tadi mata sembab dan dark circles jadi teman setia. aku tertanya sendiri worth it ke semua ni? bilalah aku dapat kumpul semangat secukupnya to leave everything i had and move on create a new meaning to my life.

hari ni masuk ofis lambat 1/2 hour coz i waited until fahmi safely boarded pak yob's school van. i called the school to ensure he reaches school and called home to check if he has already returned home safely. alhamdulillah day one going to school with school van berjalan lancar. how i wish i can send and fetch my children from school... *sigh*


candle blowing or cake cutting time mesti kecoh & huru hara... tak pernah proper

Monday 5 January 2009

First Day

today is fahmi's birthday and also his first day at school.
he is excited about going to school, much more when he knows we both (me & hubby) will be sending him off to school. with fahmi i don't have to worry about him crying and wailing when we left him at the school. he has develop a certain confidence level within him, something he derived from being exposed to school thing from early age. but i did help to break the ice. he was all quite and holding himself back a bit masa mula2 sampai kat school. i played the role to introduce him to another boy. coincidently this boy's name sama dengan his old friend from smartreader kids. instantly i saw fahmi's eyes bercahaya and you see the bond almost instantly.


i makesure he had his breakfast at home before we left to school. i didn't pack any snack for him coz the school will provide snacks for morning break.


comelkan uniform dia? he was all smiles today... which is a good sign.

i left him at the school for 3 hours and came back to fetch him at 12noon. tomorrow he'll be chaffeur by pak yob. we pay him to send and fetch him from school. i'll be going to work a little bit late tomorrow after sending him off on pak yob's van. hope everything is well with his school.

Sunday 4 January 2009

Advance Birthday Party

alhamdulillah... fahmi's advance birthday party went well. the kids enjoy the candle blowing, chocolate throwing bit, chasing for balloons and playing and rambling with themselves. while the adults enjoy the food while catching up on each others, exchanging stories/remarks on each others kids, laughing out aloud (and a lot). on other words, everyone enjoy the party in their own way.

as for me, well yeah eventhough planning and seeing thorugh the whole event can be tiresome but it worth it. yup lenguh kaki, sakit sendi sebab berdiri satu hari buat preparation for the food all came afterwards. but i'm glad that i organised this party.

what's with the tongue in the cheek?

the birthday cake... in the end the cake colour theme looks like the american flag with the blue, white and red except it's light blue i'm using. i've lost touch with colours and penat too

we took a lot of this pictures. me and all the ladies who had contributed to the success of this party. the guys were jealous of us coz i made up this ladies only photoshoot, in the end my brother wants to sneak in the pics but i makesure i erased him from all the photos!

i couldn't thank my maid (in purple) & my sister's maid (in green) enough for helping me out and in the kitchen sampai jam 12tgh mlm berkemas!

roast lamb, spaghetti with bolognaise sauce, potato salad to go with, barbequed chicken & prawn and my mum made her signature nasi minyak

the boys having fun in their own way... makan2!

the birthday boy were all smiles. since the birthday theme is 'spiderman' everyone wears spiderman cone hat

no gifts for the children to bring home tapi kutabur spongebob chocolate coin untuk direbut anak2 kecil.

Thursday 1 January 2009

First Day...

first day of the new year pass by... another 3 more days before my boy celebrates his 5th birthday.
today i spent more than 3 hours decorating his birthday cake. i know some of you would probably raised an eyebrow asking isn't it too early? there is still one more day before his party at my mum's place on saturday. but well, if you minus friday (tomorrow) which happens to be my working day and the whole day on saturday where i'm going to be extremely busy preparing the food, i wouldn't be able to catch time to finish decorating the cake. that's what happen when you happen to be a working mother enthusiast on giving the best for his son's birthday.

i started icing the cake from morning. i was too caught up in my work that i almost forgot to prepare lunch. nasib baik hubby request for steam fish aja. ;-)
yaya asyik merungut coz it took me a long time to finish my work. i guess she was hoping to get my full attention today since it was a non-working day. sorry darling...

siap je decorate cake terus aku rasa nak demam. hubby ajak keluar jalan2... tak larat rasanya. fahmi pun terasa boring. before i could response to hubby's invitation semua orang dah terleka mengadap movie The Hulk kat tv3. sedar tak sedar rupa2nya fahmi dozed off sambil duduk.




eventually we did go out petang tadi after asar prayer. since i won't be cooking anything for dinner we decided to get a quick bite at McD in kota damansara. kebetulan pula terserempak dengan fahmi's classmate from smart reader who happens to be a sweet girl named nuha. fahmi used to had a crush on her masa mula2 masuk smart reader dulu. comel orangnya dan ramah pulak tu. i avoid mention about his crush coz i doesn't want to embarass him. i know he missed his friends (not only nuha)since they had to part ways after the school closed down. tapi sampai nuha left the mcD pun fahmi langsung tak berganjak dari tempat duduk dia. dia takut kami tease dia. pemalu yang amat anak teruna ni sorang. okaylah tu... takdelah mama risau anak mama jadi "pencinta wanita' iye tak?