Tuesday 2 August 2011

2 Ramadhan 1432H - Yang Layu & Yang Segar

Bukan pokok atau sayur yang layu tapi anak teruna saya yang seorang ni.
Ni gambar hari pertama berpuasa. Dah disuruh mandi pun masih layu juga. Hari ini pula bila saya balik kerja, kakak bagitau Fahmi cakap esok dia tak nak puasa dah. Bunyinya macam serik.

Bila ditanya, kata dia semua kawan kat sekolah tak makan, kantin pun tutup. Saya tanya lagi ada yang bawa bekal ke? Jawab Fahmi takde sesiapa bawa bekal, waktu rehat semua org turun ke kantin membaca di sudut bacaan. Memang kat kantin sekolah dia ada sudut bacaan yang agak luas lengkap kerusi meja dan kemas terjaga. It's like a mini library tapi terbuka. So, kalau dah semua berpuasa ( i assumed lah) takkan Fahmi seorang tak nak puasa? Uihh saya rasa cabaran sungguh nak melatih cik mat seorang ni. Mungkin sebab aktiviti dia penuh sepanjang hari tu yang dia pun cepat penat, lapar dan haus. Kesian, tapi kena selalu tiup semangat kat dia ni.

Yang segar macam pokok kena siram ialah anak dara yang seorang ni.Mulut tetap becok macam bertih jagung goreng. Menyanyi tak tinggal, bercakap lagi lah macam burung kelicap cip cip cip cip sepanjang masa. Mama pulak yang letih tengok dia. Mana dia dapat energy nih? Ada bonggol unta ke apa?

Berbuka petang tadi agak mewah sedikit dengan kuih muih. Saya minta hubby belikan kuih manis sikit sebab saya tak buat kuih manis, saya buat cucur udang dan mee sup bebola daging. Patutnya hanya sedikit kuih manis tapi incik hubby telah membeli 3 jenis kuih manis dan otak-otak sekaligus. Jadilah mewah ;-). Tapi semuanya habis licin. No leftovers!

Puasa kali ni rasa macam terlebih makan pulak. Lepas terawih di surau tadi balik rumah melantak lagi - kuey tiow goreng. Ni kerja Yaya lah. Dia tiap malam ikut saya berterawih tapi terawih dia half way je. Bila orang semua selesai terawih je mulalah dia minta ambilkan bungkusan moreh. Boring tunggu dia habis makan saya pun tumpang bedal. Semalam dia ambil sebungkus nasi lemak bawa balik. Huh kalau tiap malam cik Yaya buat kerja gini maunya saya yang gemuk.