Thursday 14 April 2011

Nak Makan Tingkap?!

Phewww! Lamanya saya tinggalkan blog ini bersawang tanpa update. Yang sebenarnya lepas mendera diri organise 2 party untuk Yaya tempohari saya betul-betul dilanda kepenatan. Bateri memang flat habis :-D.Lepas tu terus sambung dengan kesibukan hal kerja, pindah ofis (again!) dan organise big event for next Monday. Rasa nak kering air dalam badan.

Jadi untuk malam ni bacalah entry tertunggak. My conversation with my nephew, syahrin last masa birthday Yaya kat rumah my mum. He was so smitten by the fondant birthday cake yaya the minute I took it out from the carrier container. Langsung tak mahu berganjak dari meja and he quizzed me with question after question until all his curiosity quenched.

Ini Syahrin, budak yang rasa pelik tengok kek fondant tak berkrim so unlike the cakes yang dia biasa jumpa. Bila dia pegang nothing melekat pada jari dia. Jadi first thing dia tanya saya ialah “kek ni boleh makan ke?” …Nak tergelak pun ada, agaknya kek tu nampak macam fake kot tu yang dia was-was. Bila saya kata boleh makan sebab kek tu buat daripada gula, terus lepas tu bertubi-tubi lagi soalan dia.


Syahrin: “nanti abang nak ambil patung ni… nak makan.”


Saya: tak boleh, patung ni tak boleh makan

Syahrin: boleh makan lah

Saya: mana boleh

Syahrin: sebab kenapa tak boleh makan? Patung kek abang dulu boleh makan

Saya: Ooh patung abang tu buat dari gula bolehlah makan. Patung ni plastic tak boleh makan

Syahrin: tapi kenapa patung abang boleh makan?

Saya: (laa budak ni tak faham juga) patung ni plastic lah , plastic mana boleh makan. Gula boleh lah makan

Syahrin: oOo

Nak tau apa jadi dengan patung berbau wangi dan manis semanis strawberry tu?
Nahhh jadi habuan kakak Farah. Yaya berikan kepada kak Farah as a memento, lagipun Yaya kan cukup ngam dan sangat sanjung kak Farah.

Syahrin: Ini (sambil tunjuk pada benda dalam gambar di bawah) boleh makan tak?

Saya: Boleh

Syahrin: Ni boleh makan tak?
Saya: Boleh
Syahrin: Nanti abang nak makan ni (tingkap berbunga) dengan ni (tingkap rainbow)

Syahrin: Pintu boleh makan tak?
Buah stoberi boleh makan tak? To which point i answered yes to all his query. And he proceeded to say, "Nanti abang nak makan semua semua ni"

Saya rasa tak percaya he was going to eat the fondant windows, door and other figurines sebab belum pernah ada orang begitu teruja nak makan fondant. Selalunya orang peel off fondant dari kek dan letak tepi kalau tak pun dibuang begitu saja. Saya sendiri pun tak gemar dan belum pernah sebegitu teruja makan fondant sebab entahlah saya fikir tentu rasanya tak sedap. Haha baker sendiri pun tak suka makan fondant. Rupa-rupanya Syahrin proved me that I am wrong. Dia makan kesemua figurine yang dia cakap tadi. Dia makan tingkap berbunga, dia makan tingkap rainbow, dia makan pintu, dia makan stroberi dan tiny flowers. Dia juga minta saya korek keluar peeble stones laluan ke pintu tu! And I was wrong... the fondant, err MY fondant sedap rupanya! Baunya pun wangi. Chewahhh promote lebih nampak.

Bila saya umpil tingkap dan pintu pada kek ni terasa macam masuk dalam cerita dongeng Hansel & Gretel sekejap ;-)
Jadi, anda nak cuba makan tingkap? Hubungi saya :-)