Friday 4 January 2013

Rupa Tiada, Rasa Ada...

Currently the whole isi rumah is addicted to this biscuit.





Sempoi je rupa dia takde lawa mana. Biskut cikai je pun tapi RM21.90 juga sekilogram. Biskut nenas. Biskut ni favourite saya masa zaman kanak-kanak dulu. Dulu lepas habis kelas agama petang, saya dan seorang kawan baik Idah namanya akan berjalan kaki keluar dari kawasan kuarters polis Jalan Yazid Ahmad. Kami keluar ikut pagar belakang - seluruh kuarters terletak dalam kawasan berpagar walapun ada lot-lot banglo milik persendirian dalam kawasan yang sama. Sekolah agama tu pun terletak menghala ke jalan keluar belakang, jadi mak kami tak nampak apa anak dia buat lepas habis kelas. He he he.


Keluar pagar kami belok ke kanan. Berjalan meuju ke Limbok. Satu kawasan penempatan kaum Cina. Ada rumah-rumah kedai 2 tingkat gaya lama. Ada kedai runcit, ada pembekal pelbagai jenama aiskrim dan salah satu yang saya selalu pergi adalah kedai menjual pelbagai jenis biskut secara runcit dan borong. Tak ambil tau pulak nama kedai. Dulu kalau hulur duit 50sen dah boleh dapat sebungkus biskut nenas. Bungkus pun dalam kertas surat khabar je, takde plastik macam sekarang. Cukuplah buat makan seorang sambil berjalan balik ke rumah sempat habis!





Saya suka yang corak beroda ni. While Yaya suka yang corak bunga berpusing tu.



Itu zaman dulu lah. Bila dah dewasa saya tak minat makan biskut lagi. In fact kat rumah saya ni tak ada bekalan biskut dan saya tak ajar anak-anak makan biskut for snack or tea time except masa raya je ada biskut raya. So unlike my father yang masa saya kecil dulu tak pernah putus top up bekalan biskut. Barangkali sebab my mum sibuk menjahit kot, jadi bila-bila kami lapar ada juga kudapan.

Kegilaan pada biskut nenas ini kembali melanda sejak 3 minggu akhir musim cuti sekolah. Entah kenapa tiba-tiba saya tertarik nak beli masa lalu kat section biscuits di giant. Beli 200gm je dulu. I took a bite... dan terus rasa terawang-awang. Serta merta saya rasa terbang balik ke zaman kanak-kanak... uhhh heaven! Ha ha ha poyo sangat tau!


Biskut nenas batch pertama saya beli habis saya bedal seorang! Fahmi sempat makan beberapa keping. Yaya tak ambil pusing. Bila saya beli kali kedua Yaya pula start membantai. Dia balas dendam sebab katanya batch pertama dulu dia tak sempat rasa langsung. She took 1 bite and terus hooked! Sekarang dia dah tak boleh stop munching this biscuit. Setiap kali beli mesti ambil 1/2kg... cuma tahan 2 hari saja. Dengan mr hubby sekali makan tapi tak macam saya dan Yaya yang makan biskut macam makan nasi!!! Dan setiap minggu saya kena top up bekalan 2 kali!






Bukan itu saja, saya ada bawa bekal biskut nenas untuk anak-anak makan dirumah my mom tempohari. Yaya bagi my 1 year old nephew, Syahmi makan seketul. Tiba-tiba si kecil ni terkedek-kedek masuk dapur sebut "...nakkk... nakkk..." sambil tangan tunjuk ke timbunan bekas pelbagai jenis biskut - ye cucu-cucu my mom yang lain ada bekalan biskut masing-masing. Jadi bila semua balik macam-macam bekas penuh meja. Masa Syahmi kata "nakkk... nakkk..." tu saya dah terdetik dalam hati, dia ni nak biskut nenas kot sebab ternampak Yaya beri dia seketul. Belum sempat saya kata apa, my sis in law keluarkan bekas biskut tiger. Syahmi geleng kepala. Datang pula my mom tunjuk biskut lain. Pun geleng juga. Haisyyyyy ummi dan nenek nya tak faham-faham! Saya pun ambil bekas biskut nenas yang sudah kosong itu. Tunjuk kan padanya, "Syahmi nak biskut ni?" Adehhh rasa kejam pun ye, biskut ke menda... 'bekas biskut' je tu. Laju je dia angguk. Kan betul saya cakap. Mummy dia jugak yang lebih memahami... he he he. Sayangnya biskut dah habis. Bila saya cakap dah habis sambil buka penutup tunjuk kat dia. Terus layu muka dia. Hampa. Alahaiiiiiiii... kijam Mummy (panggilan anak-anak sedara pada saya) dia ni.


The week after that saya beli 1.3kg terus! Terkejut mr hubby. Saya bawa balik 1 bekas untuk Syahmi. Sukanya dia dapat biskut nenas. So you see, saya tak tau lah apa magisnya biskut ini sampaikan semua yang rasa mesti hooked! Atau yang hooked with this biscuits sebenarnya punya selera yang sama? Ada banyak biskut jem nenas di pasaran. Malah ada yang jem nya lebih tebal 1 inci tapi yang ini juga paling menangkap selera. Aroma nenasnya terasa dalam kerongkong. Setiap kali membeli mesti saya terlajak ambil lebih. Bukan apa, saya ralit memilih yang berinti penuh. Nampak yang ini inti penuh saya ambil, kemudian eh yang itu pun penuh juga, eh... yang ini walau sememeh tapi penuh you! Macam budak-budak! Hahaha... tau-tau dah sekilo!


Kerana biskut ini muka saya jadi familiar di giant shah alam. Dan kerana biskut ini juga berat saya naik sekilogram! This addiction has to stop. Sangat tidak menyihatkan. Tapi ughhhh... susah nak stop. Sedap!