Friday 30 August 2013

Lemang Kukus, Rendang Ayam Berempah


Saja lepas gian teringin buat lemang sendiri. Tapi sungguh saya memang teringin benar nak bakar lemang gaya tradisional, yang dalam buluh tu. Teringin nak merasa cara-cara buat lemang sebenar. Teringin nak jaga api. Padahal bau asap orang membakar lemang sikit pun tak tahan... ha ha ha. Tapi setakat tinggal teringin jelah. Nak membakar lemang di rumah mak saya, tanah dah habis disimen letak jubin segala. Kau jangan buat pasal hitam jubin kudaputih abah tu nanti. Nak ajak membakar lemang kat rumah mentua, kau jangan nak macam-macam. Merasa sekali merendang daging 5kg pun kau trauma, tiap kali Syawal kau demam parkinson. Te he he...
Melemang lah kat rumah sendiri ye! 





Buat lemang kukus ni rumitnya kurang banyak lah dari bakar lemang sebenar. Tapi tetap banyak prosesnya. Kukus je dulu pulut macam biasa tapi biar 3/4 masak. Saya suka guna pulut susu, ia lebih berlemak dan mudah lembut. Hasilnya anda akan dapat lemang yang padat dan sedap.


Bila pulut dah 3/4 masak kita sediakan aluminium foil yang dialas dengan sehelai daun pisang muda yang sudah dilayur. Pulut yang 3/4 masak tadi saya gaulkan dengan sedikit santan yang sedia masin - ini untuk mudahkan proses memasak seterusnya, kalau tak nak letak pun takpe. Kemudian letakkan pulut di atasnya dan balut kemas-kemas membentuk seperti roll. Saya selalunya lipat satu hujung foil, kemudian tegakkan lemang dan hentak-hentak sedikit bagi lemang padat kemudian baru lipat hujung foil satu lagi. Bila dah siap membungkus, panaskan air dalam periuk kukus dan bolehlah kukus semula sehingga betul-betul masak.


Sementara lemang siap dikukus, panaskan oven ke 180 darjah. Setelah keluarkan lemang dari periuk kukus terus pindahkan ke dalam oven selama 20-30minit. tujuannya untuk keringkan lemang dan beri effect sedikit garing di tepi-tepi lemang. Biar sejuk dulu baru potong. Kalau potong tengah panas alamat lemang penyek dowh... baik buat pulut impit je terus!




Makan lemang mesti ada rendang kan? Saya lepaskan hajat cik Yaya yang teringin nak makan rendang ayam. Saya buat 1/2 ekor ayam saja. Cukuplah bukannya ramai pun orang dalam rumah ni. Rendang saya guna resipi campak-campak. Tapi mesti letak ketumbar dan jintan manis serta jintan halus yang disangai dan kisar halus. Itu rempah penyedap yang wajib saya guna bila buat rendang. Sebab buat rendang main campak-campak jadi bila nak tulis resipi terasa payah. Sebenarnya pada saya buat rendang ni takde lah rigid sangat undang-undang dia. Wahhh siap pakai undang-undang you! Bahan asas seperti bawang, serai, cili dan santan. Lain-lain seperti halia, lengkuas, kunyit, kerisik dan lain-lain rempah tu boleh tambah tolak darab bahagi ikut suka. Sebab kalau tengok resipi yang bertebaran di majalah atau internet ada pelbagai versi rendang. Ada orang letak lengkuas, ada yang tidak. Tapi bawang, serai, cili dan santan wajib ada. Lain-lain tu ikut kaedah masing-masing.


Rendang Ayam Berempah kaedah saya:

1/2 ekor ayam
7 biji bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
5 batang serai dihiris putihnya saja - kisar
10 tangkai cili kering - rebus/rendam air panas - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 inci kunyit - kisar
2 keping asam gelugor
kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 sudu besar ketumbar - sangai dan kisar halus
1 sudu besar jintan manis - sangai dan kisar halus
1 sudu kecil jintan halus - sangai dan kisar halus
2 cawan santan/ 2x200ml santan kotak
1 helai daun kunyit - hiris halus
3 helai daun limau purut - koyak2 je
3 sudu besar gula melaka diracik
garam


Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan kisar kecuali rempah kering. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan rempah kering dan gaul rata. Masukkan ayam yang dah dibersihkan berserta santan, sedikit garam dan asam gelugor. Biarkan merenih hingga ayam empuk dan kuahnya separuh kering. Tambahkan garam jika perlu dan gula melaka. Masukkan juga daun kunyit serta daun limau purut. Bila kuah rendang 3/4 kering dan cantik pecah minyak bolehlah padamkan api. Kalau mau kering lagi boleh teruskan hingga tercapai hajat di hati... (*_^). Saya suka rendang ayam yang agak basah. Kalau suka boleh tambah kerisik masa letak gula melaka tadi. Saya kalau ada kerisik saya guna, kalau takde tak jadi hal.


Seperkara lagi, bila buat rendang ayam saya gemar goreng dulu ayam tu separuh masak. Tujuannya supaya isi ayam tak mudah hancur kalau terlama sangat masak. Pada saya dapat juga elakkan rendang ayam saya daripada cepat basi. Tapi kalau ayam dah digoreng separuh masak, kita renihkan santan bersama bahan tumisan hingga separuh pekat baru masukkan ayam ye. Kalau masukkan ayam dari awal alamat lunyai ayam tu. 


Ada macam-macam kaedah masak rendang ni. Ada kaedah yang tak perlu tumis dan tak pakai minyak pun. Cuma dump everything sekaligus dalam kuali dan biarkan sampai masak. Dah tak payah pening-pening nak fikir eh lepas ni letak apa? 
Entah ikutlah selera dan kaedah masing-masing. Janji rasa rendang. 
Kalau masak rendang terasa mee bandung tu memang benda ajaib. Meh sini ahkak pun nak gak try resipi tu... ;-)








Monday 26 August 2013

Anekdot Syawal Lagi : Raya Pun Ada Mainan?!


Sebelum habis musim raya ni eloklah saya post anekdot ini. Kalau tak kena tunggu raya tahun depan pulak baru boleh post he he he.


A couple of days before raya saya hantar maid saya bercuti di rumah mak cik dia, tak jauh dari ofis lama saya di Saujana Resort dulu. Jangan salah baca. Ofis lama saya di saujana resort. Bukan rumah mak cik dia di saujana resort. Dalam perjalanan ditemani anak-anak saya, dalam tekak yang perit dan suara yang serak dengan memakai face mask saya layan Fahmi berborak.


Fahmi : Mama, kenapa mama tak belikan kitaorang hadiah raya? Bagilah kitaorang hadiah...

Erkk!!! Raya pun ada hadiah? Sudahhh... ni fahaman apa ni?

Eh... kejap. Perhatikan di situ, dia guna ganti diri plural - 'kitaorang', bukan singular ye puan-puan. Padahal adik dia langsung tak ambil port pun hal hadiah-hadiah ni. Itu bermakna dia tau soalan dia tu agak kurang masuk akal tapi tetap nak cuba try test Mama dia jugak. Jadi kalau backlash nanti bukan dia sorang kena tempias. Atau kemungkinan dia cuba memancing adiknya untuk turut sama mendesak saya belikan hadiah. Malangnya adik dia buat tak heran!


Mama : Abang, kita ni bukannya raya krismas nak bagi-bagi hadiah. Kita nak sambut Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam menahan hawa nafsu. 

Fahmi : Yelah, belikanlah mainan raya kat Abang, sebab Abang puasa penuh kan...

Mama : Mainan? Mama bagi duit raya jelah , macam biasa... tak yah mainan-mainan lah Abang bukannya budak kecik

Fahmi : Alahhh... tak bestlah macam ni...

Mama : Err? Tak nak? Tak nak lagi bagus

Fahmi : Alahhh belikanlah mainan...

Hmmm... he sounds so persistent ni mesti ada lah apa-apa mainan yang dia idamkan sangat ni. Bukan boleh dilayan sangat. Nak kena tackle betul-betul kalau tak alamatnya selagi tak dapat selagi itu dia mengharuk. Kang tak dapat dengan saya dia haruk kat Daddy dia pulak.

Mama : Mainan ye? 

Muka dia dah bercahaya.

Mama : Ok. Bunga api dan mercun.

Fahmi : Alahhhh... itu bukan mainan. Abang nak mainan...

Mama : Yelah, mainan lah tu. Tau sebab apa Mama kata bunga api tu mainan? Sebab bunga api kita main kan? Bukan makan atau pakai kan? Jadilah ia mainan.  

Tengok Fahmi dah layu semula. Ini lah masa nak nail it habis-habis supaya dia tak bersuara lagi.

Mama : Lagi satu, tau sebab apa bunga api dan mercun tu jadi Mainan Raya? Sebab orang tak main bunga api musim lain. Orang main bunga api time raya or dekat nak raya je. Lagipun daripada dulu Abang dok minta nak sangat main bunga api dengan mercun tapi Daddy tak bagi. Sampaikan awak nak main mercun pop-pop tu pun Mama tak berani beli. Tengok tahun ni, jangankan Mama, awak berdua pun langsung tak berani buka mulut nak mercun pop-pop. Tiba-tiba Daddy bawa balik bunga api dan mercun bagi awak main. Tak sempat awak minta. Hah! akhirnya dah dapat kan? Hadiah Mainan Raya!!!


Maid saya kat belakang dah mengekek ketawa. Cik Yaya selamba je baca komik dia macam tak terkesan langsung dengan perbualan kami. Fahmi? Monyok!

Fahmi : ... ok. Kalau macam tu bagilah mainan puasa pulak.


Ehhhh pulak... tak habis lagi? Panjang akal.
Ni betul nak kena ni.


Mama : Mainan Puasa? Mainan puasa pun Mama dah bagi dah...

Fahmi : Mana ada?.

Mama : Ada. Cuba Abang ingat balik. Yang tiap-tiap malam waktu Mama dengar tazkirah (ramadhan) lepas solat Isyak kat surau tu, yang Abang duk bantai main kat luar dengan kawan-kawan sementara tunggu terawih, sampai lencun basah satu badan tu... Ingat tak?

Fahmi angguk-angguk kepala.

Mama : ... itulah M.A.I.N.A.N puasa Abang!

Monyok. Terkena kau Jang!

Mama : Tau kenapa itu mainan puasa?

Fahmi tak bereaksi. Lantak, Mama nak bagi tazkirah cukup-cukup.

Mama : Sebab, benda tu (bermain) Abang tak dapat waktu lain. Abang cuma dapat tiap kali bulan puasa je. Tiap-tiap malam bulan puasa Abang dapat main dengan kawan-kawan sampai puas. Mainan Puasa lah namanya tu!!!!!


Ngeh...ngehh...ngehhh. 
Sambil buat gaya sapu kedua-dua belah tangan, bayangkan dalam minda je sebab in reality tangan tengah pegang stereng kereta. Dah, selesai!!!
Takde hutang. Kihkihkihkih...




Wednesday 21 August 2013

Dilema (...bukan Delima) Raya


Balik dari Raya break saya terus pergi market - stock up fresh and dry food. Memandangkan saya berpuasa qada' dan sunat bermula Raya ke 2 jadi saya masih belum berkesempatan indulge juadah-juadah raya seperti rendang, lontong, ketupat, sambal goreng jawa, kuah kacang, nasi minyak, ayam masak merah, kari ayam etc. Masa beraya di rumah pakcik raya pertama tu pun saya tak melantak sangat. Makan ala-ala je. Hatta nasi minyak dan ayam merah air tangan my mum pun saya tak sempat jamah. Sebulan awak berpuasa tiba-tiba raya terus nak bulldoze semua adalah satu tindakan yang kurang bijak. Mau terkejut tali perut yang kuncup tu nanti. Jadi bila stock up fresh food tempohari saya pun belilah mince meat - cadangnya nak masak beef kofta curry makan dengan nasi minyak untuk berbuka, ayam, chicken carcass (rangka ayam) - cadang nak buat soto, saya juga beli kacang tanah - nak buat kuah kacang sebab yang saya masak kat rumah my mum tu pun saya tak merasa!


Tapi... tapi kan... beli punya beli ... sampai lah ke hari ini sudah masuk 18 hari raya, satu hapa pun yang saya sebut kat atas tu saya tak masak pun lagi!!! Ada satu hari tu mr hubby terrrajin buka peti sejuk bahagian freezer tu, dia punya terkejut badak tengok ada mince meat, chicken carcass 2 ekor termasuk lain-lain bahan mentah i.e ikan etc. "Banyak nya daginggggg!!!" kata dia. Dia pelik macam itu punya banyak bahan mentah tapi hari-hari saya masak biasa-biasa je. He he he... macam mana lah saya tak masak biasa-biasa je kalau dah hampir setiap hari lepas raya dia pergi kursus dijamu hidangan enak-enak yang tahap boost cholestrol punya. Lepas tu hujung minggu je tak putus jemputan open house raya. Memang confirm tak henti-henti hidangan daging, rendang, santan etc tu kan? Jadi saya tidak mahu jadi penyumbang kepada kenaikan tahap kolestrol isi rumah ini when you can get them in abundance out there. Saya dok masak ikan dengan sayur saja. Buat sementara waktu ini, biarlah saya peram dulu bahan-bahan tu dalam freezer. Dan biarlah saya pendam dulu hajat nak masak hidangan-hidangan yang saya sebutkan kat atas. 
Kurangkan daging merah dan lemak dalam makanan. At least sehingga musim raya ni habis.


Pilihlah makanan anda dengan betul. Jangan ikut sangat nafsu. Maaf, saya bukan anti-sosial tapi agak kurang mood nak hadiri open house. Sebab takut tak terkawal nafsu. Dah sebulan kita berjaya kawal nafsu kan? Sayang kalau masuk Syawal je terbang semua self-control tu. 

Dan dah jadi kebiasaan segelintir orang kita, kalau tak buat open house time raya ni depa tak mau mai beraya. Kalau buat open house baru datang. Pada saya kalau nak mai berziarah time raya ni tak perlu tunggu open house. Mai sajalah bila-bila masa. Inshaa Allah tak lapar perut balik dari rumah saya. Malah saya lebih suka entertain tetamu dalam kumpulan kecil. Datang berdua pun tak apa. Lagi seronok, saya beri kebebasan pilih hidangan apa yang nak sangat saya masakkan, saya sudi! Nak 3 course, 5 course pun boleh. Sambil makan kita sembang. Lepas tu pekena kopi vietnam kaw kaw punya. Lebih intim begitu kan? 


Tuesday 20 August 2013

Kahwin Raya


Kahwin Raya = Kahwin musim raya.
Sebut pasal kahwin raya ni teringat my ex-bos dulu, pernah terima kad jemputan kahwin musim raya dia mengomel. Bukan tak suka orang mendirikan masjid, itu kan sunnah. Tapi kurang berkenan kan pilihan tarikh. Musim raya kan orang sibuk berjalan raya. Well, everyone is entitled to have their personal opinion kan.


Dulu-dulu kalau nak buat kenduri kahwin, orang selalu pilih musim cuti sekolah kan? Sebab nak mudahkan berkumpul saudara-mara, senang berjalan time cuti sekolah sebagai menghormati mereka yang ada anak-anak bersekolah. Tapi laa ni orang nak kahwin dah tak kira cuti sekolah ke, sabtu pertama keempat ke hapa, hujung minggu ke... hari Isnin pun orang belasah buat kenduri kahwin. Mana nak dapat buat time cuti sekolah dah, berebut-rebut orang pilih tarikh sama. Kalau tarikh cuti sekolah dewan semua dah fully booked. Hujung minggu pun khemah sold out. Tok kadi pun tak menang tangan nak henjut tangan pengantin lelaki dik non! 


Saya berpendapat kenduri kahwin musim raya ni ada down side nya. Kalau dah nak buat kenduri time raya tu memang automatik lah mood raya semua terbang kan? You tend to look forward to the wedding itself daripada menghayati kehadiran Syawal. 


On-site assembling the 2 tier wedding cake for hubby's nephew last Sunday. Buat kek is not always a piece-of-cake kind of thing. Ada masanya stress juga, lenguh tangan. Tapi saya rasa saya tak boleh tidak buat kek. Menggigil badan. It's my passion. My flame. I found happiness in baking and decorating. And the fact that my cakes brought smile and happiness to others, the feeling is indescribable!


It was very hectic, we just got back from celebrating our Raya with hubby's dad in Segamat the week before and had to come back again for this wedding. But since I've made a promise to the groom's mother to make a wedding cake, tak boleh miss lah kena balik juga. She squeaked with happiness upon looking at my cakes.  So pleased with how the cakes look like. I did to. So the tiring journey paid off.




This girl, she just love weddings! Bukan setakat gazing at the bride and groom je. Dia akan jalan sana sini observe the whole majlis. Macam mandur. Bukan reti penat. 


Saya dulu kahwin sebulan sebelum puasa. Jadi kain hantaran raya sempat dibuat baju raya. Itu untungnya kahwin sebelum musim raya atau dekat-dekat musim raya. Baju nikah pun boleh buat melaram raya. Jimat belanja he he. Maklum poket pun dah kering. Tapi kalau kahwin lepas raya alamat 5 tahun lagi pun belum tentu dapat sarung balik baju tu kot. Tambahan kalau kilang produce setahun satu! Te he he... 
Ikutlah masing-masing. Tiada halangan. ;-)


Thursday 15 August 2013

Jalan Raya... Bukan Jalanraya


I've never had so much fun celebrating Syawal like the one we had this year around. Sungguhpun saya demam selsema. Sungguhpun Mr Hubby were missing during the hype of Syawal eve. Sungguhpun dia cuma join kami semula pagi nak bersolat sunat hari raya bersama due to his work commitment. Sugguhpun tayar kereta saya pancit dalam kekalutan hari akhir Ramadhan. But all in all I had a blast hari raya.


Raya has always been a quiet celebration for me and family. Sejak kecil lagi our Raya celebration was a low key one. Saya tak pernah merasa balik kampung for Raya. Tak pernah merasa berkumpul beramai-ramai kerana my family tinggal jauh dari keluarga besar my mum di Terengganu. Nak balik beraya di kampung makan belanja besar, nak berebut book tiket bas lagi. Diluar kemampuan kami. Bila dah dewasa dan berkerja sendiri barulah merasa bawa my parents balik beraya kat sana sekali dua. Tapi sejak Mok dan Bak (grandpa and grandpa) meninggal, takde lagi dah berkumpul ramai-ramai raya di sana.


But this year thanks to my uncle dari Kelantan yang decided to celebrate Syawal with us in Seremban and another uncle yang dah balik dari Shanghai dan menetap di Seremban 2 tak jauh dari rumah my parents, merasa juga menyambut Syawal dengan lebih meriah. Saya tak jangka pun sebenarnya. Bila balik je rumah my mum tengok dah ada my uncle with his family. Ok, my mum nak buat surprise lah tu. Lebih meriah lagi kali ini my sister and dua adik lelaki saya dapat beraya bersama. Bukan senang nak dapat berkumpul adik beradik begini. Padahal kami bukan ramai pun, cuma 4 beradik je. Tapi komitmen kerja my sister dan my youngest brother yang kerja ikut shift buat kami sukar nak berkumpul serentak waktu raya. Memang Allah nak bagi berkumpul, both of them dapat cuti raya. Bukan cuti sekejap, lama pulak tu. Sesuatu yang jarang berlaku.




Berjalan Raya @ Beraya adalah satu tradisi yang masih diamalkan sehingga kini. For me, beraya bersama kaum kerabat sebelah my mum tidak pernah membosankan. Ada saja gelagat mereka hingga tak kering gusi dibuatnya. Dulu masa baru kahwin, Mr Hubby berasa canggung dan kadang tercengang juga dengan gelagat 'gila-gila' my paks and maks sedara. Sekarang, dia pun sama!





Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian. Apalah ertinya raya tanpa solat sunat, kan? Syawal tidak lengkap tanpa nya.



 Alhamdulillah syukur. Saya rasa senang sekali lihat wajah my mum berseri sikit. Penat memasak untuk jumlah yang bertambah bagai tak terasa. Tambah seronok bila anak-anak dan menantu berebut ambil giliran memasak juadah Raya.  My mum wajib masak her rendang daging, kari ayam, ayam merah dan nasi minyak. Bukanlah masak seorang, dengan bantuan saya dan isteri pak cik of course. Wife adik-adik saya memasak di rumah masing-masing. Alah diaorang pun duduk dekat-dekat dengan my mum, kang kejap-kejap mari menjenguk. Tak cukup bahan saling pinjam meminjam. Isteri adik yang tengah dah chop masak her signature rendang hijau. Isteri adik yang bongsu masak kuah lodeh dan rebus ketupat segera. Memang sesuai benarlah dengan dia sebab kuah lodeh memang hidangan wajib orang Johor. Saya sendiri tak mau ketinggalan. My mum minta masakkan nasi minyak guna beras basmathi - tiba-tiba my abah berhajat nak makan beras basmathi pulak kali ini. Saya juga berjaya potong jalan adik ipar - masak kuah kacang singature saya. Mula-mula dia yang nak buat, tapi sebab saya balik berbekalkan kacang tanah siap bergoreng dan semua bahan i.e serai, udang kering etc jadi dia pun surrender lah. Ha ha ha... masak pun berebut!
Mana tak seronok?


And my sister? Dia memang kurang pegang sudip. Bukan tak pandai or malas masak tapi selalunya dia berada di rumah dalam keadaan penat baru habis shift malam tak sempat berehat, tidur apatah lagi. Dia ambil bahagian kupas mengupas saja dan dia juga dipertanggungjawabkan untuk pergi ke kedai top up bahan basah dan kering yang kehabisan. Adil bukan? Yang lelaki? Sila mind your children ye (*_^).


Usai menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan, kami pulang ke rumah untuk sesi bermaaf-maafan pula. Gamat sungguh kali ini dengan gelagat cucu-cucu yang ramai. Maklumlah kali pertama benar-benar dapat berkumpul kesemuanya. Bila dah selesai sesi bermaafan barulah mula merencanakan aktiviti Jalan Raya. Rumah yang wajib diserang semestinya rumah my pak sedara sebelah Abah.





Hidangan wajib untuk tetamu ini adalah hasil air tangan my pak sedara sebelah Abah saya anak beranak. Memang superb! Dia sekeluarga memang suka menjamu tetamu dengan hidangan yang enak-enak belaka sampaikan tak sempat berjalan raya. Dan memang menjadi kemestian untuk kami berkunjung ke rumah mereka pada hari raya pertama.





Peminat sate No.1!




Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut sukahati!
Panjang umur jumpa lagi...



Wednesday 14 August 2013

Anekdot Syawal : Borak


Anak buah Mr Hubby memang ramai. Him being the 3rd last in the family means dia ada ramai older abangs and kakaks with grown up children with a few of them married and have young children of their own. Oh wow! Now only I realised saya bukan setakat mak sedara lagi dah, tapi dah tahap nenek sedara!!! Uarghhh... oh takpe, nenek sedara yang vogue gitu :-P. Ada anak sedara yang hampir sebaya saya itu bukanlah sesuatu yang pelik dalam keluarga sebesar ini. Malah kalau hampir tidak mengenali mereka juga bukanlah sesuatu yang pelik. Dan tidak pelik juga kalau saya lebih tahu siapa abang dan siapa adik di kalangan mereka, siapa bersekolah di mana berbanding Mr Hubby sendiri kerana Mr Hubby pun confused dengan keluarga besar dia. Ngeh ngehh ngehhhh... Mereka sendiri sebenarnya tidaklah begitu rapat dengan anak-anak sedara, nak tengok mereka berborak dengan anak-anak sedara pun susah apatah lagi bergurau senda. Memang lain sikit cara pergaulan antara mak dan pak sedara dengan anak-anak sedara dalam family Mr Hubby ni. Ada protokol yang tidak disedari, mewujudkan satu gap. Lega hal ini tidak wujud sama sekali dalam keluarga sebelah saya!


Dalam ramai-ramai anak sedara Mr Hubby, ada 3 beradik lelaki ini yang bukan hanya fizikal mereka sangat berlainan dengan yang lain kerana mak mereka berketurunan Pakistan Kelantan (while Pak mereka (abang Mr Hubby) tak perlu dicanang lagi memang confim JaWorld). Unlike Mr Hubby's other nieces and nephews, these 3 mewarisi their mother's features with dark skinned and very long and sharp nose. Nama pun pakistan kan. Mereka juga sangat jarang saya jumpa 10 tahun yang lalu kerana mereka tinggal jauh - mengikut Pak mereka yang kerja dalam bidang perladangan menyebabkan mereka sering berpindah randah dan sering tercampak ke kawasan pedalaman. Saya tidak ingat ever seeing them as a kid. Kalaupun jumpa hanya mak pak mereka saja sebab balik kampung tak bawa anak. Except for the eldest saja yang saya jumpa itupun bila dah habis sekolah. The youngest lagilah saya tak pernah tahu macam mana rupa dia, hanya raya baru ini saja dapat bersua muka. Jangan cakap pasal rupalah... nama betul pun tak tahu, tahu Along Angah dan Adik saja.


And these 3 are very quite. Kalau nak kata segan dengan kami sebab jarang berjumpa dan berborak tu understandble lah. Tapi mereka juga very quite among themselves!!! Susah nak tengok mereka bertiga bercakap sesama sendiri. They are close with each other, I assume lah coz the 3 of them can share the same tilam. Bukan senang nak jumpa lelaki yang mau tidur bertepek 3 beradik bila dah besar panjang dan tahap boleh menikah dah! They are very well behaved, they make no fuss about everything - be it sleeping arrangement, food, mak pak ajak ke kiri depa ke kiri, no fuss. Senyap je. Sampai saya pulak naik hairan.


So, one day while we were in the car heading towards my distant uncle's house selepas ketiga-tiga anak sedara hubby dan mak paknya berangkat balik, saya voiced out perkara ini kepada Mr Hubby. Of course, while we were having this conversation, cik Yaya dan Fahmi ada di belakang.


Me : Pelik betul dengan anak-anak Abang El. Saya tak pernah tengok diaorang berborak. Berborak bertiga pun tidak. Diam je.

Mr Hubby : Tulah... Abang pun pelik.

We didn't realised our subject of conversation caught Yaya's attention. I know she has a soft spot for the eldest one sebab adalah sekali Along mengusik dia. So she can't resist to interrupt.

Yaya : Ada lah... Baru je tadi adik dengar diaorang berborak.


Me : Ye ke? Cakap apa?


Myself thinking "Wahhh... menarik ni." Tapi rasa macam tak percaya pun ada. Maklumlah 2 hari duduk kat kampung tak pernah dengar pun!
Cuping telinga dah kembang macam piring astro ni.


Tau apa jawapan Yaya? Apa yang mereka bertiga borak kan?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Yaya : "Angkat beg"



Owh.
Masa nak balik tadi lah tu.
So much for a conversation ye?




Saya pandang Mr Hubby. Mr Hubby pandang saya. Tak tau nak gelak ke nak menangis. Kami pandang cik Yaya kat belakang.
Raya pun sempat awak pekena mak pak awak. 



Kuncup semula cuping telinga mak.


Tuesday 13 August 2013

Memburu Hujan Meteor


We stayed up until late last night. Hoping to catch the glimpse of the Meteor Shower di ruang angkasa Malaysia. I was on fb when I stumble upon the news that we will be able to glimpse the meteor shower starting from 11pm last night until the early hours of  this morning. So I told Mr Hubby and the kids and they were very excited about it. It was almost 11pm when I break the news and none of them were sleepy after having a blast bermain bunga api dan mercun depan rumah. Jadi kami pun terus bersiap dan keluar rumah. 


Kalau nak tengok hujan meteor Perseid itu, kita dinasihatkan pergi jauh dari perbandaran, find a dark place, dengan langit yang cerah dan pandanglah ke arah timur laut, one would be able to catch a glimpse of debu-debu komet Swift-Tuttle yang memasuki atmosfera bumi menghasilkan pancuran cahaya.


Heading to somewhere dark, jauh dari perumahan. Tapi tak tau nak ke mana. Fahmi tak berhenti-henti bertanya macam mana rupa hujan meteor itu. He wanted to be sure of what he was going to see, manalah tau kalau-kalau dia ternampak. Kenalah tahu bezakan antara lampu kapal terbang yang berkelip-kelip tu kan ha ha ha.We went as far as Puncak Alam only. It was neither a dark nor a quite place. Mr Hubby was reluctant to drove farther. We shifted from one place to another. The last one we ended up dekat kawasan lapang berhampiran masjid Kg. Budiman. The clock ticked 1am. Katanya itulah peak time untuk melihat pancuran hujan meteor. Tapi sayang we didn't see any. Rasanya, we were at the wrong place last night. The kids were tired of waiting. They had fallen asleep. Yaya woke up for sahur (dia nak join kami puasa 6) bertanyakan kalau kami ada ternampak hujan meteor masa dia tertidur. Poor them. Mereka nak sangat lihat hujan meteor.


Should I show them this photos taken by Mr Hubby? Untuk mengubat kekecewaan mereka tak dapat melihat meteor shower secara live?



They look convincing enough to pass as meteor shower te he he...



But they are not. Ini bukan percikan debu-debu komet Swift-Tuttle. Tetapi snapshots of percikan mercun yang diambil oleh Mr Hubby. Kalau dah tak dapat tengok rupa hujan meteor sebenar, bayangkan sajalah rupanya seakan-akan ini. Kuang3x...


Monday 12 August 2013

5 Syawal 1434H - Feel Good


Saya nak jerit 2 perkara.


Pertama

Phewww!!! It feels so good coming back home again.

Walau ke mana pun saya pergi, hatta bercuti ke tempat yang menarik sekalipun sampai rasa tak nak balik,  nothings beats rasa lega dapat balik ke sarang sendiri. Home sweet home. I didn't realised how much I miss my home until I came back petang tadi. Terus rasa nak depangkan tangan dan peluk rumah ketat-ketat. Boleh? Hihihi


Kedua

Yeayyy!!! Malam ini alam budiman kami yang punya!

Perumahan ini masih sunyi. Rupa-rupanya kami antara orang yang awal balik semula ke rumah lepas cuti raya. Jiran belah kiri dan belakang rumah masih bergelap rumah mereka. Harapkan rumah Wong, Daniel dan Diana ajalah terang benderang. Jadi kami cuba gamatkan suasana dengan bermain bunga api dan mercun. Sunyi... sebab takde orang nak ajak berlawan bunga api. Huhu... still, I am so relieved to be coming home.


Okay got to go now. Nak pi tengok Hujan Meteor. Yeayyy!







Wednesday 7 August 2013

29 Ramadhan 1434H - Hadirnya DiNanti, Perginya Dirindui...


pic courtesy google

Assalamualaikum readers,

This will be my last post for this Ramadhan. Seperti kebanyakan orang, I will be taking a break to celebrate Eid-ul-Fitr with my loved ones. Sungguhpun anak-anak cuti sekolah almost 2 weeks tapi saya won't be away for that long. Nak kena balik ke base secepat mungkin untuk persiapan wedding cake pula.


Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana kami sekeluarga diberi kesihatan yang sangat baik sepanjang menjalani ibadah puasa kali ini. Sungguhpun berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas, kering dan sedikit berjerebu tapi anak-anak saya yang sedia maklum sangat sensitif dengan cuaca yang panas kekal sihat walafiat, tak demam hingga ke penghujung. Itu dah cukup buat saya rasa bersyukur sebab saya dah bersedia kalau-kalau mereka demam kerana bengkak tonsil. But that didn't happen. MasyaAllah tabarakallah. Rasanya inilah Ramadhan yang paling mudah dari segi fizikal buat kami. Insaf kalau dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang berpuasa di musim summer yang panas dan panjang tempoh siangnya. Apatah lagi yang menyambut Ramadhan dalam kancah peperangan seperti di Syria, saudara-saudara Islam etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar, saudara kita di Palestin yang kita ketahui penuh debaran menunggu masa Israel melancarkan perang mengambil kesempatan huru-hara di Mesir dan tertutupnya pintu masuk bantuan akibat dari kejatuhan kerajaan Morsi. Jangan lupa pada mereka.


Sementara itu, saya ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri... hari kemenangan kita menahan godaan hawa nafsu. I sincerely hope setiap kita telah mendapat kejayaan mensucikan hati dan jiwa, mendapat keampunan Allah swt... Teringatkan doa malaikat Jibril as "Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni", buat saya sedih. Dan pesan seorang ustaz, nak tahu dimana ketaqwaan kita lihat semula diri kita selepas Ramadhan. Wallahu a'lam.


Kelip-kelip kusangka api
Terang bercahaya hiasi laman
Ramadhan berlalu tetap dirindui
Tibanya Syawal tanda kemenangan

Pasang pelita di tujuh likur
Anak muda bermain mercun
Sepuluh jari rapat dihulur
Segala kekhilafan harap diampun

Selamat menyambut Eid-ul-fitri. Moga Ramadhan yang kita lalui telah mendidik jiwa dan meningkatkan ketaqwaan serta mendapat keampunan Allah swt. 

Ingatan untuk diri sendiri, teruskan istiqamah dalam beribadat, jadi hamba Allah bukan hamba Ramadhan. Wallahu a'lam.

Hati-hati dijalanraya. Be safe.

Taqabbalallahu minna wa minkum

Tuesday 6 August 2013

28 Ramadhan 1434H - Hat Ni Mak Tak Suka...




Pasal tak pernah bagi anak-anak main bunga api kan, jadi awak pun tak pernah lah standby stok lilin. Pelita/panjut jauh sekali. Kot ada pun simpan stok lilin scented buat perhiasan. Ataupun lilin sebesar pemeluk bersumbu tiga yang saya beli dekat Ikea bajet untuk pakai time blackout tu adalah. 

Jadi pasal tu lilin scented yang paling saya sayang dan paling lama dalam koleksi saya jadi mangsa!
Tengok ni...



Dia balun dengan kaki lilin Ikea mak sekali nok. Macam mana lah mak tak terpekik malam-malam. Rasanya inilah lilin main bunga api paling stylo pernah dibuat dek orang.




Hazab rupa lilin saya. Dah macam kawah gunung berapi tangkuban perahu!
Sengih-sengih je culprit nya. Dah bising-bising macam tu pun malam kedua 'dia' ambil lagi! Siapa lagi kalau bukan mr Hubby!!!
Sabarlah midah...


Monday 5 August 2013

27 Ramadhan 1434H - Bunga Api, Mercun & Memori


Kebiasaan kita nak menyambut raya mesti ada bunga api. Dari dulu lagi bila nak hujung bulan puasa je mula lah orang main bunga api. Budak kecil main bunga api, budak besar main mercun. Kalau yang Bapak budak main meriam buluh. Tak gitu? ;-). Saya masa kecil dulu main bunga api dan beberapa jenis mercun seperti mercun katak je yang saya ingat. Zaman dulu bunga api paling murah ialah bunga api besi cap kucing tu. Dan bunga api 'bomba' ... tak tau apa nama standard dia tapi saya panggil bunga api bomba sebab warna merah dari pangkal sampai ke hujung lepas tu bunga api dia macam pancuran pili bomba gitu. Dua-dua bunga api ni saya ada memori pedih. Pedih lah kalau dah terpegang besi bunga api kucing yang panas tu. Lepas tu pedih lah tapak kaki melecur terpijak bunga api bomba yang dipatahkan pendek-pendek tu. Bunga api bomba tu kalau kita patahkan pendek-pendek lepas tu kita cucuh api dan baling ke pantai dia akan bergerak liar kejar orang. Suka benor bebudak buat macam gitu dulu.


Tapi, bila giliran kita ada anak, pandai pulak tak bagi anak sendiri main bunga api. Hatta mercun pop-pop yang tak pakai api tu pun tak bagi. Yang ni paling kuat larang ialah mr hubby lah. Dari dulu lagi dia tak bagi main dan beli. Bakar duit katanya. Yelah betul lah tu. Tapi kekadang saya nak juga bagi anak-anak seronok sebab diaorang tengok je budak lain main. Tapi sebab Daddy diaorang tak bagi, saya jadi tak berani nak beli. Punyalah takut kena marah dan tazkirah dengan mr hubby pernah saya bawa anak pergi kedai runcit mamak kat depan tu, depa ternampak mercun pop-pop atas kaunter bayaran terus depa minta. Saya tergerak nak beli tapi takut lah kena marah nanti bernanah telinga den. Sampaikan saya terus berhenti bawa anak pergi kedai runcit time bulan puasa nak elak dari depa minta mercun pop-pop.


Dah begitu, alih-alih tahun ni Daddy dia bawa balik stok bunga api dan mercun 1 beg tak kau terkejut dik non? Buang tabiat ke apa?

Tapi dah rezeki budak-budak kan? Memula rasa nak je tanya, "Err bukan bakar duit ke?" tapi saya telan je soalan tu. Tok sah cari pasal. Rezeki jangan ditolak, tak gitu?



Memang raya sakanlah depa tahun ni. Tiap-tiap malam lepas balik dari surau masing-masing salin baju dan cepat-cepat keluar semula. Saing diaorang main bunga api bertukar-tukar tiap malam. Tiga malam lepas main dengan Diana. Dua malam lepas dengan Adeena dan adik-adiknya. Semalam dengan Firdaus. Malam ini saya dengar Yaya dah pakat dengan Maidini dan Adeena jam 10.30 berkumpul depan rumah kami. Aduhhh nampak gayanya kenalah saya jadi tukang pantau. Selama ni Daddy dia dok pantau sebab saya memang tak kuasa. Tak tahan bau asap, tekak masih sakit hidung pun pedih lagi ni. Macam manalah depa ni boleh tahan ye?


Oh... yang main meriam pun ada saya kira. Sebab tiap malam time terawih tu lah selalu berdentum dentam betul-betul kat tepi surau. Entah sapa punya kerja. Masa saya kecil dulu takde orang main meriam buluh. Sebab takde pokok buluh. Kot ada pun pokok buluh kat kawasan lapang bekas tapak pejabat polis lama betul-betul belakang rumah saya yang juga merupakan tapak tinggalan bekas perang komunis dulu. Banyak hantu kat situ sapa berani masuk? Kot ada pun anak-anak polis main mercun buatan sendiri. Bubuh belerang dalam tin. Tapi itu kerja budak lelaki lah. Ada satu jenis lagi mercun budak baik. Letak air dalam tin milo kosong dan letak ais batu (frost) yang penjaja aiskrim guna dalam bekas aiskrim depa tu. Nanti meletup dan tercampak lah penutup tin milo. Itu mercun habis baik lah tu. Tak melibatkan api dan selamat. Jangan pulak ko pergi tadah muka dekat penutup tin milo, itu memang cari azab namanya. Kalau tak pesek hidung tu tak taulah nak cakap. Apek jual aiskrim cukup suka lalu kuarters time raya. Bukan pasal bebudak beli aiskrim tapi yang lebih laku ialah frost dia. Tapi mak-mak cukup tak suka. Padah apek aiskrim tu kena hambat!





27 Ramadhan 1434H - Pulut Kuning Penghujung Ramadhan ... Syurga Sudah Tidak Merindui Kita




Pulut kuning.
Masa saya budak-budak dulu sangat sinonim dengan acara khatam al-Quran. Tapi dulu-dulu masa kecil saya tak merasa pun diraikan dengan pulut kuning bila khatam al-Quran. Maklum je, khatam pun mengaji sendiri dengan my mum. Masa mengaji dengan tok guru saya tak sempat habis. Orang lain sebaya saya habis serentak, terus tok guru buat majlis berarak dengan bunga manggar dan pulut kuning. Orang mengaji bulan Ramadhan, saya mengelat datang tak datang. Sudahnya bila geng sebaya khatam saya jadi malu, terus berhenti.


Sebelum bulan puasa saya habaq kat Fahmi, saya dah khatam al-Quran untuk kali pertama tahun ini, dia bila lagi? Cakap kat dia bukan sebab apa, nak bagi dia semangat supaya lebihkan rajin mengaji dan mesti letak target bila nak khatam. Bukannya dia teruja nak tambah rajin mengaji, alih-alih dia pula cakap kat kita, "Hah, mama buat lah kenduri, masak pulut".  Adoiiiiiiii... dah tua bangka macam ni kenduri apa benda nya sayang oii. Buat malu kaum je. Saya bagitau dia, orang Melayu kita buat kenduri khatam al-Quran untuk kali pertama je. Kalau dah berkali-kali takde maknanya kenduri bagai. Hamboi lumayan lah belanja tiap kali khatam je kenduri. Khatam je kenduri. Agak macam gitu tiap-tiap hari lah kita dapat jemputan kenduri khatam al-Quran ye? Terus hampa muka dia bila saya kata takde kenduri or pulut kuning.


 Tapi dalam hati saya pendamkan niat, nak tunaikan juga hajat dia nak makan pulut kuning. Dalam hati saya kata inshaaAllah kalau panjang umur saya khatam lagi bulan Ramadhan ni nanti saya masakkan pulut kuning. Alhamdulillah tepat jam 12.32 semalam lengkaplah tilawah saya. Tercapai hasrat nak sudahkan tadarus, dan tercapai dah target untuk tahun ini. Jadi saya hadiahkan pulut kuning untuk Fahmi, terbalik pulak kan? Takpelah kita buat orang gembira apa salahnya. Cuma saya minta orang dalam rumah ni vote nak makan dengan kari ayam atau rendang. Cik Yaya memang saya sedia maklum nak rendang. Tapi nampaknya vote untuk kari ayam mendahului. Mr Hubby kata buat yang mudah saja sebab dia pun tau saya penat sangat semalam, ada aura selsema ditambah dengan bahu dan lengan bisa bonar!




Peha ayam besar lengan Fahmi! Ayam ke ayam belanda ni?  Hehe... kes stok ayam saiz kecil habis sebab lambat pergi pasar. Yang tinggal ayam besar gedabak je, seekor lebih dari 2kg!


Hari ini sudah masuk 27 Ramadhan. Sebaik menginjak ke 15 Ramadhan tempohari terasa cepat je hari berlalu kan? Saya rasa belum puas bertemu Ramadhan. Rasa nak berhentikan masa. Kalau boleh 11 bulan Ramadhan, aci tak? Surprisingly, jemaah solat terawih di surau saya makin ramai. Nampak anak-anak remaja bertambah, barangkali sebab cuti sekolah sudah bermula. Tazkirah Ramadhan di tempat saya yang terakhir malam tadi :-(. Dalam masa 2 hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Syurga sudah tidak merindui kita lagi. Teringat kuliah Ustaz Hidayatullah. Katanya syurga merindukan 4 golongan manusia:

Orang yang ahli derma
Orang yang berpuasa
Orang yang membaca al-Quran
Orang yang menjaga lisan


Keempat-empat golongan ini agaknya mudah nak jumpa dalam bulan Ramadhan kot. Kerana bila berpuasa kita dianjurkan perbanyakkan sedekah (derma). Kita juga bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga menjaga tingkah laku serta tutur kata. Dan seterusnya kita dianjurkan membaca al-Quran di mana pahala orang yang mengaji sebagaimana sabda Nabi saw:

"Barangsiapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan sebanding sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf"


MasyaAllah hebatnya ganjaran amal ibadat kita di bulan puasa ni kan. Dah begitu, macam mana tak rasa sayang nak lepaskan Ramadhan? Moga amalan kita di bulan ini diteruskan... terus istiqamah.




Sunday 4 August 2013

26 Ramadhan 1434H - Mee Rebus Ekor Lembu



Dah 3-4 hari terfikir nak buat mee rebus tapi belum ter buat-buat lagi sebab sibuk hal lain. Tak buat rasa ralat pula. Mee kuning Mariam berbaki sepeket lagi dalam fridge. Nak digoreng rasa bosan. Nak dibiarkan dah hujung Ramadhan sangat ni, sayang terbuang begitu saja sebab entah esok lusa dah nak kena kosongkan fridge sebab tuan rumah pun nak bercuti Raya. Tapi nak dibuat mee rebusnya rasa sepeket mee macam tak cukup, nak balas juadah yang jiran-jiran bagi tempohari.

Cakap pasal berbalas juadah berbuka ni, saya kira memang kebiasaan orang Melayu kita. Masa kecil dulu saya duduk kat kuarters polis memang meriah bab berbalas juadah ni. Hampir tiap hari ada je juadah yang jiran beri. Kita orang Melayu tinggi budi bahasa, orang memberi kita merasa, dah merasa mesti ada balasannya tanda terima kasih. Tapi seingat saya sejak duduk sini belum pernah lagi saya merasa berbalas juadah. Mungkin sebab kedudukan rumah saya yang jauh sikit dengan jiran-jiran Muslim yang lain. Jiran depan rumah (Wong) bukan Muslim. Jiran sebelah dan dua buah rumah seterusnya juga bukan Muslim. Harap jiran Muslim yang paling dekat dengan kami iaitu Diana yang rumahnya sebelah dengan rumah Wong. Sebelah Diana pulak budak-budak bujang yang belajar kat UiTM tu. Pasal tu kami lebih akrab dengan keluarga Diana sebab merekalah paling dekat. Hujung baris rumah saya agaknya lebih meriah berbalas juadah sebab majoritinya orang kita.

Tapi Ramadhan kali ini lain pula senarionya. Sudah dua kali saya terima juadah dari keluarga Diana. Dan baru-baru ini Yaya bawa balik rendang ayam hasil air tangan nenek Adeena, classmate Yaya yang duduk sama baris dengan rumah kami tapi rumahnya agak towards the end of the row. Saya rasa seronok pula sebab terasa pemebrian juadah itu umpama huluran salam penyambung silaturrahim. 

Jadi malam tadi saya sudah congak-congak barang nak dibeli. Kalau selalu buat mee rebus guna air rebusan tulang tapi kali ini tak perlu sebab rebusan ekor lembu dan tulang masih ada berbaki dalam peti beku. Cuma saya agak pening sikit fikir mana nak cari mee Muslim. Saya punya cuma berbaki 1 peket saja. Tak cukup. Alang-alang buat teringin juga nak bagi dekat Daniel dan Wong. Tempohari isteri Daniel bagi secekak serai pun tak berbalas lagi. Bertuahnya aku! Akhirnya saya lelapkan mata dengan rasa sebal dalam hati sebab terpaksalah guna mee kuning biasa je huhu.

Nak jadi cerita sebelum ambil anak-anak balik dari sekolah ganti (sebab cuti jerubu tempohari) saya singgah beli barang kat kedai Acheh. Beli tauhu, taugeh, udang kering dan taucu semua... last sekali pergi rak mee. Hati sebal sebab rasa takde pilihan. Sampai je kat rak tau apa saya nampak?


Nah, tu dia... apa yang saya sebut dalam hati Allah beri.



Tak pernah-pernah lah kan depa nak jual mee keluaran Muslim. Dulu kedai runcit mamak tu jual sekejap tapi bila ada orang komplen kata kuat sangat rasa asid borik nya terus stop. Tiba-tiba selepas 5 hari saya tak jejak kedai Acheh ni hari ni mai ada pulak jual mee Muslim. Saya pun rembatlah 2 peket terus. Lepas tu singgah kedai runcit mamak tu sebab cari keledek tak jumpa lagi. Eh... tup tup saya tengok dalam bakul kat kedai mamak tu ada pulak jual mee kuning khas untuk vegetarian! Kalau ikut pemahaman saya produk vegetarian ni takde lah letak bahan-bahan dari sumber haiwan kan. Contoh telur depa tak bubuh lah pastu minyak haiwan tak bubuh kan? Pemahaman saya lah. Hambik nak sangat mee yang halal terus banyak pulak option.


Saya kata apa? Tak terkata apa. Speechless sangat. Bulan posa ni kan pintu langit terbuka. Nasib niat tu baik Dia permudahkan. Ehhh perasan baik ye? ;-) . Syukur Alhamdulillah je yang mampu diucapkan. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang mahu kamu nafikan? Saya tepuk dada saya sendiri. 



Saturday 3 August 2013

25 Ramadhan 1434H - Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali

Subhanallah... Maha Suci Allah, Dia yang memiliki Kebesaran dan Keagungan,
Dia yang Maha Besar, Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui

Bila kita bangun untuk bersahur pagi ini, pernah ke kita menjangka itulah makanan terakhir yang masuk ke perut kita, yang mana sahur kita itu tadi TIADA berbuka nya?
Yang kita akan terus BERPUASA untuk selama-lamanya?

Bila kita menghantar suami/isteri atau anak pergi kerja/sekolah pagi tadi bolehkah kita menjangka tidak akan bertemu mereka di meja bersama-sama menghadap iftar Maghrib nanti?

Atau waktu kita awal-awal tempohari mengucapkan syukur kerana dipanjangkan usia bertemu Ramadhan sekali lagi, mampukah kita menjangka bahawa kita MUNGKIN dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan sahaja tetapi TIDAK AKAN bertemu Syawal?

Kita bukan siapa-siapa, tiada kebolehan dan kemampuan untuk menjangka kedatangan sakratulmaut kita.
Apatah lagi kalau pemergian itu bukan kerana sakit berpanjangan. Sukar untuk kita menebak apatah lagi bersedia bila mendengar berita pemergian orang-orang di sekeliling kita.
Kerana itu adalah lumrah bagi kita merasa terkejut.
Sebagaimana kami dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat dan jiran akibat kemalangan sebelum waktu berbuka semalam. Berita pemergian beliau diwar-warkan di laman facebook surau Raudhotul Firdaus (tempat kami). Screenshotnya di whatsapp ke handphone Mr Hubby. Reaksi? Ada yang menafikan berita tersebut sebagai tidak benar. Ada yang kata cuma kemalangan saja. Reda sebentar rasa terkejut dalam hati. Tapi cuak juga, tak mungkin admin surau berani keluarkan berita yang belum sahih?

Tuan punya badan yang dimaksudkan muda sekurang-kurangnya 2-3 tahun dari saya. Bayangkan saya ni muda lagi (sempat perasan lagi tu), jadi dia lagi lah muda. Pengamatan saya terhadap dia yang saya kenali awalnya cuma di laman forum penduduk, dia agak lucu orangnya. Antara orang yang awal saya dan mr hubby kenali atas nama saja sebelum kami berpindah ke sini. Dulu dia sahabat geng basikal mr hubby, Saya ingat lagi dulu-dulu masa dia baru berjinak-jinak mengayuh basikal (mountain bike) petang-petang hujung minggu kami sering terserempak dia berkayuh seorang diri. Katanya persiapkan stamina sebelum join geng basikal sebab segan kalau mengayuh tertinggal di belakang. Gigih dia berkayuh seorang diri. Mr Hubby pun banyak bagi dia tips jenis basikal yang sesuai untuk MTB. Anak sulungnya sempat ke tadika yang sama dengan Yaya tetapi 2 years her junior lah. 

Kerapkali bila saya luangkan masa yang lama di dapur, saya pasti teringatkan apa yang pernah dituliskannya dalam forum - beliau letak sebiji tv di dapur sebagai peneman isterinya memasak, takdelah boring sangat. In fact seminggu dua ini perkara itulah yang kerap terngiang-ngiang dalam kepala saya. Sudah agak lama juga beliau tak join geng basikal lagi dah. Baru saya tahu minat sudah beralih kepada motorsikal berkuasa tinggi.

Jadi, lepas solat terawih tadi bila pengerusi surau mengesahkan kematian beliau, saya rasa sebak dan sedih sangat. Terbayang-bayangkan wajah anak sulungnya yang comel tu memakai kostum harimau masa persembahan akhir tahun tadika. Terbayang-bayangkan wajah isteri arwah yang beberapa kali terserempak makan di restoran yang sama. Terkenangkan perginya beliau tanpa sempat berbuka dengan keluarga. Cerita yang saya dengar dari mr hubby, arwah dan geng motorsikalnya berhenti sebentar di tepi highway dalam perjalanan nak berbuka puasa di Bagan Lalang. Berhenti tu pun sebab tunggu geng lain yang tertinggal di belakang. Datang sebiji kereta toyota wish yang dipandu seorang wanita dipercayai dalam keadaan mengantuk (balik kerja) terbabas lalu menghentam arwah dan seorang kawannya. Arwah mengalami kecederaan teruk pada tulang belakang dan tulang rusuknya patah menusuk jantung. Kawannya cedera parah juga. Pemandu wanita tidak cedera tetapi a disturbing story yang saya dengar pemandunya keluar dari kereta sambil tertawa? Saya mahu berbaik sangka, dia barangkali terlalu terkejut dengan kejadian itu, macam-macam reaksi pelik boleh berlaku.

Saya tengok anak-anak sendiri. Rasa insaf. Kita tak tahu bila nyawa kita pula diambil. Entah kan sempat entah kan tidak melihat mereka membesar dan faham tujuan hidup kita ni. Sudahnya saya pula yang tak boleh tidur, terbawa-bawa sangat dengan rasa sedih ni. Saya ambil kesempatan berpesan kepada Fahmi, andai saya pergi nanti saya mahukan anak-anak saya memandikan jenazah saya. Tolong ingatkan adiknya bila sampai masa itu nanti. Dan walau saya sedar ajal dan maut bukan hak saya, tetapi dalam hati saya berharap dia dan adiknya cukup besar untuk melaksanakan amanah itu nanti.

AlFatihah untuk arwah Mohd Helmi.


Anak-anak ini terlalu kecil untuk bersedih dengan berita pemergian sahabat tadi.
Mereka seronok beratur ambil duit raya sumbangan surau tempat saya. Ini acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu kanak-kanak. Setiap malam bulam Ramadhan memang hingar bingar dengan gelagat kanak-kanak. Tetapi malam pengagihan duit raya selalunya lebih gamat lagi umpama market bila acara kemuncak tiba. Selalunya kutipan sumbangan penduduk untuk aktiviti surau di bulan Ramadhan akan ada lebihan. Lebihan tersebut digunakan untuk tampung belanja utiliti dan aktiviti bulan-bulan seterusnya dan sebahagian kecil disumbangkan kembali kepada anak-anak kecil ini. Moga anak-anak ini berjaya di dunia dan akhirat. 

Thursday 1 August 2013

23 Ramadhan 1434H - Chicken Cordon Bleu


Minggu ini tak kerap ke pasar. Minggu lepas ada beli ayam tak luak pun lagi. Jadi menu iftar this week semuanya akan berasaskan ayam jelah. Malas nak beli ikan sebab saya dah tak tau nak diapakan ikan tu. Lagi satu takut terperap je dalam fridge sudahnya sebab minggu depan dah minggu akhir puasa. Malas nak simpan stok lauk pauk, kasi clear fridge tu.

Since chicken chop belum pecah masuk senarai menu iftar lagi, kita bagi laluan kat dia lah. Kalau buat chicken chop saya beli deboned peha ayam for hubby sebab dia sangat particular bahagian ayam yang dimakannya. While for myself and the rest saya lebih suka beli boneless chicken breast saja. Bebas lemak ;-). Dalam kepingan dada ayam tu saya cilok sekeping, butterflied, sumbat cheese dah sekeping beef streaky kemudian gulung menjadi Chicken Cordon Bleu. Main panggang je dalam oven. Less oily. Konon menu sihat lah tu.




Ada belahan pada dada ayam yang saya butterflied, jadi cheese mencair mengalir keluar. Bila dipotong dah tak nampak cheese ye. Malas nak buat parmesan cheese sauce to go eith the chicken saya makan dengan mushroom sauce saja. Lagipun stok grated parmesan dah habis sebenarnya!!!