Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Saturday, 20 July 2013

11 Ramadhan 1434H - Roti Puri Kelapa & Kari Ayam Mentua


Our all time favourite.




Roti Puri Kelapa:

1 1/2 cawan tepung gandum 
3 sudu besar kelapa parut (putih sahaja)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil yis segera
3/4 cawan air
1 sudu kecil gula
secubit garam

Larutkan yis dalam air berserta gula untuk ransang yis mengembang. Set aside and wait for about 15mins.
Campur semua bahan kering - tepung, kelapa parut, garam dalam mangkuk. Masukkan minyak dan tuang campuran yis sedikit demi sedikit. Uli doh seperti buat roti hingga doh tidak melekat pada jari. Let it rest for 1 hour or so.

Bila doh dah naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan udara. Boleh bahagikan doh kepada 5-6 doh kecil. Bulatkan. Panaskan minyak dalam kuali sekadar yang perlu untuk gorengan separa tenggelam. Canaikan doh setebal 1cm. Goreng sambil balik-balikkan roti. Roti akan menggelembung di bahagian tengah. Bila kuning keperangan boleh angkat dan toskan.






Kari Ayam Mentua ini adalah salah satu resipi tinggalan arwah mak mentua saya yang sangat saya gemari. The first time she made it, I love it instantly. Saya tak tau apa rahsia beliau coz she use serbuk kari sama je macam kari lain but later I found out mak adds jintan manis dan ketumbar dalam kari yang dibuatnya. I believe kari bukanlah susah sangat nak masak, semua orang pun tau masak kari. Tapi setiap orang ada preference kari macam mana yang mereka suka. Some likes it hot, some likes it mild. As for me I likes it medium-hot. Tapi bila masak untuk anak-anak saya kena adjust jadikan mild. Fahmi loves kari ayam mentua so much, kalau makan nasi sure banjir pinggan dia. Mr Hubby (yang suka masakan pedas) pula dah boleh adjust to mild version of curry for the sake of his children. 


Ini resipi kari untuk 1 ekor ayam.

Rendam 3 sudu besar jintan manis dengan 1 sudu besar ketumbar. Kisar bersama 7 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 8 tangkai cili kering. Tumis rempah 3 sekawan i.e. kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis 1 labu bawang besar yang dihiris halus hingga layu kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 3 sudu besar rempah kari yang dilarutkan dengan air menjadi pes. Tambah 1 sudu kecil serbuk kunyit. Tumis hingga naik bau. Masukkan ayam dan 1 sudu kecil garam berserta ubi kentang saiz sederhana yang dipotong 4. Biar air ayam kering sedikit, kalau masih belum empuk tambahkan air. Biar ayam dan kentang 3/4 empuk kemudian masukkan air asam jawa dalam 1/2 cawan. Biar mereneh sekejap kemudian boleh masukkan santan (sederhana cair, saya suka guna santan kurang lemak) dalam 300ml. Tambahkan air jika pekat. Rasakan garam jika kurang masin. Biarkan mereneh dengan api kecil hingga minyak berkumpul dipermukaan. Sedia untuk dihidang dengan roti puri atau nasi.



I made them very often, like once a week. Belum pernah jemu. Saya memang jarang makan nasi. Lebih-lebih lagi malam. Jadi bila masak kari mesti lawannya roti puri. Kadang masak gulai ikan tongkol pun saya buat roti puri untuk dimakan bersama. Kalau buat chicken stroganof pun begitu, saya makan dengan garlic bread while yang lain-lain makan dengan nasi.




Thursday, 2 August 2012

13 Ramadhan 1433H - Hazabnya Mencari Atta

Atta tu bukan nama orang. Nama orang Hatta
Bukan juga jenama kasut. Jenama kasut tu Bata
Dan bukan jenama baju raya. Yang itu designer terkenal Hatta Dolmat

Yang saya maksudkan adalah tepung atta
Sejenis tepung yang digunakan untuk membuat roti naan
Ada orang cakap juga digunakan untuk buat capati
tapi setahu saya capati dibuat pakai tepung gandum biasa je
Nak buat capati yang lembut? Pi belajar dengan Bangla yang kerja kat kompeni saya dulu
Wife dia habaq kalau mau bikin capati lembut, tepung gandum diuli dengan air panas
Tapi saya bukan mau buat capati, saya mau buat naan untuk iftar semalam

Lepas balik dari dentist Yaya saya singgah beli tepung atta jenama pillsbury
Owner kedai habaq jenama ini yang terbaik
tapi sayang dekat 10 kampit tepung saya belek, yang terbaik itu semuanya berlubang
digigit bugs agaknya

Saya pergi kedai runcit mamak satu lagi
dia kata tak jual tepung atta
aiyoyo... macam mana kedai mamak tak jual tepung atta
korang punya restoran kat sebelah jual naan confirm lah hari-hari mau pakai atta jugak

Saya pergi jelajah sampai ke saujana utama
masuk mydin penuh harapan, keluar hampa!
tetiba terasa diri tersangat lah anak an'ne nya daku
daku seorang saja yang kemaruk makan naan orang lain tak heran
patah balik teringat ada satu supermarket milik orang India
puh puh.... dijamin ada ni kalau takde memang aku bakorrrr
masuk penuh harapan, keluar menjijit beg plastik kiri kanan
rambang mata tengok tepung atta pelbagai jenama
bukan tepung atta je ada segala jenis tepung pun ada
rasa nak melompat-lompat dalam kedai
alang-alang membeli saya rembat tepung thosai sekali
nak buat from scratch renyah lah






Alhamdulillah... dah selamat
makan dengan tandoori ayam, buat sos pencicah pudina
dan panaskan semula kari bebiri baki iftar Ahad lepas
takpe recycle jangan membazir
(*_^)

Saturday, 28 April 2012

Roti Puri

Roti puri is a popular wheat based dish among the Indians. Ramai yang salah sangka, keliru or salah bagi nama kepada roti yang menggelembung macam bola ni sebagai roti arab.

My olympus masih sakit. So saya terpaksa snap pics with hubby's phone camera. Not bad eh? Saya godek-godek and found a function yang makes this photo looks like it was snapped using a normal digital camera. Dah bertahun pakai phone camera baru sekarang ko tahu? Kuikuikui...

Kalau anda google image, roti arab yang sebenar isinya padat dan tidak berlohong kosong atau menggelembung seperti puri. Nah, ni dia roti arab sebenar.


Saya pun tak faham kenapa kekeliruan ini berlaku. Berkerut dahi kawan berbangsa India saya bila dia dapat tahu orang Melayu re-named roti puri as roti arab. Pastu kalau Indian friend ni tahu mak mentua saya re-named roti ni sebagai 'jewer' lagilah berkerut pipi! Ha ha ha. Maaf lah kawan, saya mula mengenal roti puri dengan nama 'jewer'. Lepas digoogle barulah saya tahu sebenarnya ianya adalah roti puri.

Saya suka buat roti puri ni dimakan dengan kari ayam. Lebih-lebih lagi kalau kari ayam dimasak ikut style mak mentua with coriander seeds coarsely grounded. Mak mentua lalu pun tak perasan he he. But my friend cakap kalau orang India suka makan dengan kari ikan. Saya rasa nak cicah apapun boleh, sambal sardin ke, sambal ikan bilis, rendang. Sapu mentega masa roti panas dan tabur gula pun boleh! Ikutlah tekak masing-masing.



I made this roti puri twice last week. Sekali buat bekal kerja. Kali kedua buat dengan sukatan yang banyak kat rumah my mum jap tadi. Saya malas nak bancuh banyak sebab tak fikir orang lain suka. Cuaca pun panas sangat hari ni, tak kuasa nak memerap di dapur. Tapi my mum suruh buat banyak, maka lencunlah badanku dengan peluh. Rupa-rupanya habis licin 25biji roti puri dan seperiuk sederhana kari ayam dibedal adik beradik dan anak-anak saudara semua. Anak buah yang liat bila disuruh makan pun boleh bertambah. Ok, semua orang boleh jadi anak an ne ;-)

Tuesday, 21 February 2012

Bun Sosej - Teknik Water Roux

Bun sosej ini dibuat menggunakan resipi 'blossom sausage bun' milik Cik Mat Gebu.
kali ni malas nak buat bentuk kelopak bunga, maka doh roti saya balutkan aja pada sosej yang telah direbus sekejap
cuma kali ini instead of meletakkan bread improver dan bread softener seperti di dalam resipi asal, saya gantikan dengan 'water roux'
saja mencuba 'water roux'
water roux selalu digunakan dalam pembuatan roti sebagai pengganti kepada bread improver/softerner
it makes roti lembut dan 'springy', bila ditekan permukaan roti dengan jari roti akan menganjal balik macam spring
kebetulan bread improver kat rumah dah melepasi its expiry date
that gives me a good excuse untuk bereksperimen dengan water roux
saya ikut resipi water roux Ros jintanmanis.com

Abaikan permukaan roti yang sedikit 'geseng' (hangus kata orang jawa), roti tetap kekal lembut tidak berkerak walaupun nampak burnt


Saya cuma buat 6 biji bun sosej, baki adunan saya buat 2 biji bun berintikan sambal tempe+kentang (tak pasal-pasal lauk dinner kena sebat) dan 2 biji lagi berintikan kaya

Lembut dan gebu. Roti-roti ni semua saya buat untuk bekal anak-anak ke sekolah

Orang kata "alahai setakat bun sosej buang masa je nak menguli"
Nak beli memang senang, pergi je ke kedai dan beli
tapi buat sendiri lagi puas hati
saya kan an Advocate of Home Cooked Meal
sedaya upaya segala benda saya akan cuba buat sendiri di rumah
secara tak langsung kita tau apa yang kita makan, apa bahan-bahan yang digunakan dalam satu-satu makanan
anggaplah ia sebagai pertambahan ilmu
saya tak pernah merasa susah dan menyusahkan setiap kali menyediakan sendiri from scratch hidangan untuk keluarga termasuk bekal anak-anak ke sekolah

Wednesday, 16 March 2011

Bila Dia Kata Gedik

Dah cuti sekolah ni tak dapat nak bawa anak-anak berjalan ke mana-mana, jadi apa salahnya saya indulge lebih sikit permintaan istimewa diaorang terutamanya Fahmi. Alah bukannya benda pelik pun yang dia minta. Roti canai je. Tapi roti canai buatan sendiri!

Hari Ahad lepas masa kami breakfast kat anjung rumah bermenukan lempeng kelapa, Fahmi dah silap sangka bila tengok lempeng dia ingatkan roti canai. Apalagi sukalah dia sebab memang dia cukup minat makan roti canai. Silap saya juga, buat lempeng tak pakai acuan (memang takde acuan pun!), saiz melebar dan nipis sangat takde ISO, sudahnya rupa ada le sikit-sikit macam roti canai segera size mini tu kan. Sudahnya kan terliur budak tu bayangkan roti canai. Terus dia minta "roti canai takde ke?"... sadis sungguh saya nak menjawabnya. Sudahlah perut dia asyik bergelora je hari tu, makan pun tak berapa berselera sebab semua benda masuk mulut akan keluar balik ikut bawah.

Malamnya pula masa saya put him to bed, timbul lagi cerita roti canai dari mulut dia. Kali ni dia tanya "mama tau tak buat roti canai?". Alahaiii you tell me kalau anak dah beriya-iya dari pagi sampai nak tidur sebut roti canai tu agak-agak sampai hati ke nak kecewakan hasrat dia? Anak oiii kalau mama tak reti pun akan mama usahakan jugak ok. Kena pulak mama dia tu, jenis yang tak reti nak mengaku tak tahu buat, mesti nak cuba dulu (bukan tak reti, too proud to say tak reti!). Saya pun cakaplah kat dia, boleh je kalau nak mama buat, mama tak pandai tapi boleh cuba. Senang hati Fahmi dengar barulah dia mau tidur lepas tu.

Malam tadi lepas balik kerja, saya masuk dapur memulakan proses menguli tepung. Google resipi dapatlah satu resipi yang mudah ni, tapi hasilnya tak taulah lagi. Sambil menguli tu sambil mengacau kari daging mamak atas dapur. Haa kari ni bukan regu roti canai ye, kari ni lain ceritanya. Tengah syok menguli tepung tu datanglah incik hubby menegur saya. Kata dia "gedik buat roti canai, macamlah tak boleh beli kat kedai". Saya tau dia saja mengusik, bukan dia tak tau wife dia ni memang pesen gatal tangan kalau tak ke dapur boleh angau. Owhh tapi memang saya mengaku saya gedik. Dan memang mudah sangat tugas saya sebagai IBU kalau semuanya saya rembat dari kedai je. Agak-agak kalau makan minum incik hubby 100% saya sub kan kat maid or kedai, dia happy tak? Saya bagitau kat dia, si anak tak minta yang di kedai, dia tanya kalau-kalau mama dia tau buat jadi saya cubalah. Apa salahnya kan. Lagipun saya bukan buat makanan untuk anak je, tu kari daging mamak tu khas untuk incik hubby. Terus dia tak mengusik dah... yelah sukalah tu dalam sibuk-sibuk kita tunaikan hasrat si anak, dalam dia ada juga kita selit satu special untuk dia. Penat pun penatlah tapi kena pancing hati cik abe juga, takdelah nanti dia jeles kat anak hihi jangan marah.

Dah selamat dah pun masuk perut Fahmi. Tak lah sesedap mamak punya, dah namanya pun saya baru 1 malam belajar menebar, kalau dah 1 tahun lain cerita boleh buka kedai terus. Tapi anak kata sedap, cukuplah tu motivasi diri untuk cuba lagi. Eiii dia ni kalau masak tak sedap tak pernah nak mengaku!!! :-P

Kenapa saya sanggup bersusah payah semata-mata nak buat roti canai 2-3 keping ni padahal kalau beli kat kedai kejap je boleh dapat? Sebab pendirian saya begini, macam saya cakap kat atas, mudah sangat tugas saya sebagai IBU kalau semua saya sub kat orang. Kalau segalanya di sub kan at the end of the day, semua orang tak perlukan ibu - matilah saya! The roti canai making is not about delivering food ke pinggan anak-anak, it is more than that. It is about making my loved ones happy, feel loved dan cherished. Tau tak apa reaksi Fahmi bila dia tau saya sedang buat roti canai untuk dia semalam? Bersinar-sinar muka dia, terus dia berlari peluk pinggang saya dengan muka semban ke midrift saya. Reaksi di wajah dia... priceless!

Kita yang kerja kat ofis pun perlukan motivation and boost every now and then kan? Baru bersemangat nak kerja. Samalah macam kat rumah dengan anak-anak. It's about giving and taking.

note: sarat dengan falsampah kah entry kali ini? falsampah di sebalik tajuk dia kata gedik hihihi... apaapaje janji roti canai saya tak masuk tong sampah! ;-)

Monday, 28 February 2011

Panasss

The hot and humid weather has finally taken its toll on us. My Fahmi was the first to be struck with hi fever and infected tonsils. It begins on Thursday night, nampak dia layu sedikit. But come Friday morning he was all ok. Then mid afternoon I received a phone call from kakak telling me that Fahmi won't be going to his religious class because he wasn't feeling well - sakit kepala kata Fahmi. Eloklah dia berehat sebab it was so hot on Friday and the school pulak buat perarakan Maulidur Rasul. Agak kurang sesuai untuk dia join di tengah hari buta, nanti melarat pulak sakit kepala dia.

Saya sendiri pulak sudah beberapa hari rasa panas badan terutamanya waktu tengah malam. Kadang-kadang terjaga malam dengan peluh keliling leher. Hubby pun merungut bila sentuh kulit saya panas sangat kata dia. Mata pun terasa pedih, panas dalam agaknya. Apart from warm body temperature badan saya pun sakit-sakit, sudahlah pms ditambah dengan dedar nak demam selsema ni lagilah aching. Sudahnya semalam saya skip jogging. Padahal selalunya bila saturday off saya akan bantai jogging 2 days berturut-turut, tapi weekend ni memang flat tak larat nak drag badan bangun dari katil. Tak jogging pun sepanjang hari semalam saya berpeluh-peluh. Maklumlah rumah tak pasang aircon kecuali bilik tidur sahaja. Cuaca pula memang betul-betul freaking hot yesterday. Saya keluar pagi cari barang at a few places pun terasa berbahang, ikutkan hati memang tak kuasa dah tapi sebab ada barang penting tu yang saya gagahkan juga. Saya ajak Yaya je temankan saya, Fahmi saya tak kasi ikut sebab dia baru nak baik demam. Itupun after the 2nd stop kat kedai Yaya dah surrender dia tak mau keluar kereta lagi dah tak larat katanya rasa tak sedap badan. Saya sambung beli barang di bagus & mydin sambil dia tunggu dalam kereta yang berkunci dari dalam.

Malam tadi, temperature badan Yaya pula yang naik mendadak. Bersambung-sambung sakit dalam rumah ni. It seems like both my children ni took after me, both tak tahan panas, both have weak tonsils which makes them prone to fever. As for me, I can't afford to fall sick. That's why saya minta bekalan ubat selsema yang kuat tapi tak mengantuk dari doktor pagi tadi. Belum kena full bout of flu lagi tapi just in case ada terasa saya nak telan ubat awal-awal.

Dalam panas-panas dan berpeluh tu menjadi juga project baking saya di dapur. Saya buat sausage bun untuk bekalan anak-anak je. Saya google resipi roti bun, ingat nak buat bun berinti kaya tapi yang menarik perhatian saya adalah roti sausage blossom oleh mat gebu dari blog tiffinbiru.blogspot.com. Bila tengok rupa sausage bun yang mekar macam kuntum bunga tu mula-mula rasa macam complicated je nak buat, tapi bila dah buat dalam hati saya kata "...laa senang je nak buat roti sosej macam kat kedai tu".


Anak-anak saya yang sungguh bertuah sebab mama dia rajin buat makanan sendiri sungguhlah bermaharajalela semalam. Si abang nak roti sausage yang dicurah sos tomato saja, while si adik nak roti yang dicurah sos tomato berserta sos cili dan mayonaise. Bukan main demand padahal kalau beli kat kedai takde siapa pun merungut pedas sos cili ke apa.

Dapatlah Fahmi bawa bekal ke sekolah pagi tadi. Yaya punya makan kat rumah jelah sebab dia MC.

Monday, 30 August 2010

20 Ramadhan 1431H - Semai Hari Ini Petik Di Akhirat

sudah 20 hari kita berpuasa. staying awake longer hours than usual has finally taken its toll on fahmi and yaya. mereka berdua sudah semakin liat bangun sahur. awal pagi semalam rasa kesian dan lucu bercampur baur melihat anak-anak saya bersahur dengan mata terpejam rapat. mereka kepenatan, sebab banyak aktiviti di siang hari tanpa makan dan minum, waktu malam ikut ke surau berterawih dan tidur lewat. jadi penat berkumpul sedikit demi sedikit, bila hari berganti hari meninggalkan kesan juga pada tubuh kita. saya sendiri pun cepat mengantuk sekarang.

cuma tinggal 9 hari saja lagi kita berpuasa. cepatnya masa berlalu, banyaknya masa yang telah saya bazirkan. belum dapat ambil kesempatan melipatgandakan ibadah sepuasnya lagi, masih sibuk dengan hal-hal lagho. bila difikirkan terasa macam nak gantung apron dan seal oven 100% di bulan puasa ini, lebih-lebih lagi bila dah tiba ke 10 malam terakhir. tapi kalau saya buat sombong tolak order saya bimbang rezeki makin liat. bila dah fikir sampai ke situ, saya cepat-cepat ingatkan diri, sekarang saya takut kering duit ringgit yang nampak dengan mata kasar tapi saya lupa untuk takut kering dengan pahala yang akan dikutip sebagai bekalan di akhirat nanti jika saya kurang lipatgandakan ibadat.

kalau cakap pasal nak kumpul duit, bulan puasa ni banyak peluang untuk kumpul duit dengan berniaga. yelah, kalau kat negara kita bulan puasa ni rata-rata orang lebih banyak berbelanja. agaknya kalau tengok statistik tentu terkeluar biji mata. jadi peluang berniaga dan kumpul duit sangat lah luas. Lebih-lebih lagi di penghujung ramadhan, lagi dekat nak raya lagi sakan orang bershopping, lagi ligatlah peniaga semusim bekerja. saya dengar ada yang buka gerai di bazar ramadhan sampai jam 4 pagi. hebatnya orang kita bershopping, tak reti tidur ke? atau bajet masa terus bersahur aja.

teringat juga komen seseorang tempohari, kita semua sedar beribadat pada 10malam terakhir ganjaran pahalanya bersamaan dengan beribadat 1000 bulan. lumayan bukan? jadi rugilah orang-orang yang sibuk berniaga tak dapat kejar pahala qiamulail, terawih dan lain-lain. secara berjenaka juga dia berkata, kalau berniaga 10 malam terakhir sampai ke subuh bersamaanlah dengan kita berniaga 1000 bulan. wow penat 1000 bulan dimampatkan dalam 10 malam? penat sungguh.

i was thinking more in the line of 'berniaga 10 malam terakhir, pendapatannya sama lumayan dengan hasil berniaga 1000 bulan!'. wow! tinggi sungguh elemen motivasi dalam statement ini. nak counter balik komen seseorang secara bergurau tu, saya rasa kalau kita bersikap tamak (ini tamak yang baik) sedikit dalam bulan ramadhan ini saya tak nampak halangan kenapa sambil berniaga tak boleh ambil peluang lipatgandakan pahala. berterawih misalnya, tidak semestinya di surau atau secara berjemaah sahaja. sambil menjaga kedai bergilir-gilir lah untuk perform terawih bersendirian. insyaAllah, $$$ dapat, pahala pun dapat. jadi tak ada siapa yang rugi ;-).


hari ini saya masak simple for iftar. kerutuk ayam yang boleh dimakan dengan nasi gemuk atau roti naan, again. tapi tak lengkap kalau tak ada sayur, seringkas-ringkas sayur adalah brokoli, lobak merah dan cauliflower goreng.

Saturday, 28 August 2010

18 Ramadhan 1431H - Nasi Gemuk & Kari Kambing

apa pulak lah nasi gemuk ni ye? macam gempak je nama nasi ni. tapi nama sopan dia yang sebenarnya adalah nasi mentega. saya nampak panjang muncung 'oooo' kat bibir puan-puan ;-). ada sejarah disebalik pemberian nama nasi gemuk ni yang berhubung kait dengan cerita saya di zaman U dulu. sebelum bercerita saya minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa, saya sekadar berkongsi koleksi anekdot dalam ruang lingkup keluarga saya.

nasi gemuk @ nasi mentega yang saya buat ni mudah aja, anda cuma perlu masak nasi seperti biasa. kemudian di dalam frying pan panaskan 2 sudu mentega dengan crushed garlic disertai secubit garam. bila dah cair dan garlic pun dah agak layu, gaulkan adunan mentega pada nasi. maka terhasillah nasi mentega versi saya.

versi asal saya kutip daripada kisah seorang teman di U dulu. mulut saya yang agak celupar sedikit di zaman muda mudi tanpa segan silu bertanya kepada dia macam mana badan dia boleh jadi montel sebegitu sedangkan adik beradiknya yang lain bersaiz biasa saja. lalu dia yang faham dengan keceluparan mulut saya tanpa rasa tersinggung menceritakan bagaimana masa dia kecil dulu, mak dia selalu buatkan nasi yang digaul planta untuknya. dipercayai nasi planta tersebut telah menyumbang kepada tumbesaran bagai johan terhadap batang tubuhnya.

dan saya, yang so desperate nak melihat anak dara saya si yaya ni berisi sedikit badannya, telah mengambil inspirasi daripada nasi planta yang dibuat oleh mak teman saya dengan mengubah sedikit menjadi nasi mentega. pada hari saya mula memperkenalkan nasi mentega ini kepada hubby dan anak-anak, saya berterus terang kepada mereka tentang kemungkinan kesan yang akan diperolehi hasil kekerapan memakan nasi mentega ini. iaitu wujudnya kemungkinan mereka menjadi montel, itupun jika benar telahan teman saya dulu. sejak itu, nasi mentega lebih popular sebagai nasi gemuk - for yaya's benefit ia digelar sedemikian.

hahaha, begitulah cerita si penglipur lara. dah puas bercerita, marilah tengok gambar hidangan iftar saya semalam.
kari lamb campur mutton ala mamak

saya tak makan dengan nasi gemuk. i had the lamb curry with roti naan instead.

gambar nasi gemuk tiada di sini. sila buat sendiri ye :-)