Monday 28 February 2011

Panasss

The hot and humid weather has finally taken its toll on us. My Fahmi was the first to be struck with hi fever and infected tonsils. It begins on Thursday night, nampak dia layu sedikit. But come Friday morning he was all ok. Then mid afternoon I received a phone call from kakak telling me that Fahmi won't be going to his religious class because he wasn't feeling well - sakit kepala kata Fahmi. Eloklah dia berehat sebab it was so hot on Friday and the school pulak buat perarakan Maulidur Rasul. Agak kurang sesuai untuk dia join di tengah hari buta, nanti melarat pulak sakit kepala dia.

Saya sendiri pulak sudah beberapa hari rasa panas badan terutamanya waktu tengah malam. Kadang-kadang terjaga malam dengan peluh keliling leher. Hubby pun merungut bila sentuh kulit saya panas sangat kata dia. Mata pun terasa pedih, panas dalam agaknya. Apart from warm body temperature badan saya pun sakit-sakit, sudahlah pms ditambah dengan dedar nak demam selsema ni lagilah aching. Sudahnya semalam saya skip jogging. Padahal selalunya bila saturday off saya akan bantai jogging 2 days berturut-turut, tapi weekend ni memang flat tak larat nak drag badan bangun dari katil. Tak jogging pun sepanjang hari semalam saya berpeluh-peluh. Maklumlah rumah tak pasang aircon kecuali bilik tidur sahaja. Cuaca pula memang betul-betul freaking hot yesterday. Saya keluar pagi cari barang at a few places pun terasa berbahang, ikutkan hati memang tak kuasa dah tapi sebab ada barang penting tu yang saya gagahkan juga. Saya ajak Yaya je temankan saya, Fahmi saya tak kasi ikut sebab dia baru nak baik demam. Itupun after the 2nd stop kat kedai Yaya dah surrender dia tak mau keluar kereta lagi dah tak larat katanya rasa tak sedap badan. Saya sambung beli barang di bagus & mydin sambil dia tunggu dalam kereta yang berkunci dari dalam.

Malam tadi, temperature badan Yaya pula yang naik mendadak. Bersambung-sambung sakit dalam rumah ni. It seems like both my children ni took after me, both tak tahan panas, both have weak tonsils which makes them prone to fever. As for me, I can't afford to fall sick. That's why saya minta bekalan ubat selsema yang kuat tapi tak mengantuk dari doktor pagi tadi. Belum kena full bout of flu lagi tapi just in case ada terasa saya nak telan ubat awal-awal.

Dalam panas-panas dan berpeluh tu menjadi juga project baking saya di dapur. Saya buat sausage bun untuk bekalan anak-anak je. Saya google resipi roti bun, ingat nak buat bun berinti kaya tapi yang menarik perhatian saya adalah roti sausage blossom oleh mat gebu dari blog tiffinbiru.blogspot.com. Bila tengok rupa sausage bun yang mekar macam kuntum bunga tu mula-mula rasa macam complicated je nak buat, tapi bila dah buat dalam hati saya kata "...laa senang je nak buat roti sosej macam kat kedai tu".


Anak-anak saya yang sungguh bertuah sebab mama dia rajin buat makanan sendiri sungguhlah bermaharajalela semalam. Si abang nak roti sausage yang dicurah sos tomato saja, while si adik nak roti yang dicurah sos tomato berserta sos cili dan mayonaise. Bukan main demand padahal kalau beli kat kedai takde siapa pun merungut pedas sos cili ke apa.

Dapatlah Fahmi bawa bekal ke sekolah pagi tadi. Yaya punya makan kat rumah jelah sebab dia MC.

Wednesday 23 February 2011

Entri Khas Untuk Puan Shida : Aiskrim Goreng

Khas untuk puan shida yang tengah mengidam aiskrim goreng. Sibuk dia dok mencari aiskrim goreng frozen tak jumpa lagi. Saya suruh pergi order kat kedai mamak (yang ada jual menu western sure ada aiskrim goreng) dia tak mau. Penat dia cari supplier yang jual online tak jumpa juga. Saya suruh dia buat sendiri pun dia penyegan kata orang penang. Ko nak tau apa makna penyegan tu pi lah tanya orang penang ye hihi.

Sudahnya saya yang terjebak buat aiskrim goreng sendiri. Alah bukan susah pun. Ambik roti 2 keping, potong bulat tekanlah pakai mulut cawan pun apa susah kita yang buat dia, bukan dia buat kita iye tak? ;-). Pastu letaklah sesudu padat aiskrim perisa kegemaran anda. Tutup dengan sekeping lagi roti tapi sapu dengan air sekeliling roti supaya dia mudah lekat atau katup. Tekan-tekan sikit, kalau rasa nak kelim ala karipap pun boleh... kalau menjadi lah kuikuikui. Simpan dalam freezer semalaman. Esok nak makan goreng dengan minyak yang betul-betul panas sampai kekuningan. Tak yah lelama.
Daun basil tu buat hiasan je, bidaah lah kalau nak dimakan.

Saya goreng lama sikit pasal tu aiskrimnya cair. Whatever lah janji anak-anak enjoy dapat makan aiskrim goreng.

Ok puan shida, jamulah mata sepuasnya.

Monday 21 February 2011

Segalanya Kelapa

Kalaulah saya diberi pilihan untuk masuk rancangan iron chef (alah rancangan bertanding memasak melawan tukang masak terhandal Jepun tu) yang mana jika cabaran pada hari tersebut adalah kelapa, maka sudah tentu saya akan sediakan hidangan terkenal pantai timur ini - Nasi Kerabu ;-).

Oh ya, saya pasti anda kata saya ni tak sudah-sudah dengan kerabu. Memang tengah kemaruk kerabu lah katakan. Bukan saya seorang kemaruk kerabu, kakak juga yang sudah kehabisan idea nak masak hidangan sayur selesa menyediakan kerabu sebagai lauk dinner kami malam ini. Alahhh dah berjangkit kat dia lah pulak, sah lepas ni menu kerabu top dalam list masakan dia sampai incik hubby mengomel muak nanti. Macam tulah style lauk kat rumah kami ni, kalau asam pedas tu seingat saya yang saya ajar sejak dia datang dari kampung sampailah sekarang dah jadi menu mingguan. Takdelah menu lain asyik asam pedas, ayam masak merah, tom yam dan sup yang dia ulang tayang setiap minggu. Sebab itu jelah yang sempat saya ajar pun :-).



Kenapa saya pilih Nasi Kerabu andaikata lah saya masuk iron chef? Wehh perasan tinggi benar! Sebab masa saya buat hidangan ini kali pertama semalam, barulah saya sedar bahawa hampir setiap condiments nya dibuat menggunakan kelapa ataupun santan sebagai bahan utama mahupun sampingan. Nak buat sambal ikan pun pakai kelapa yang disangai sedikit garing. Nak buat kuah atau sambal cilinya pula letak santan. Nak buat solok lada pun guna kelapa parut yang digaul bersama isi ikan. Dan dalam hidangan kerabu ulam saya pula, juga saya gaulkan bersama kelapa sangai kering. Dah gitu, tak semuanya kelapa? Cukuplah tu nak lawan iron chef hehe.

Serius cakap, saya tak pernah makan nasi kerabu. Untuk kali pertama ini memang lengkap dengan solok ladanya sekali - memang marvelous. Bersemangat sikit nak buat nasi kerabu ni sebab incik hubby memang suka makan nasi kerabu. Saya pula, cuma mula teringin nak makan nasi kerabu sejak saya belajar makan kerabu ulam! Terus datang kemaruk nak buat nasi kerabu sendiri. Tau tak saya berkelentung kelentang di dapur sejak jam 9 pagi membakar ikan nak dibuat sambal ikan hinggalah kepada menggoreng ikan jam 1.30 tengahari baru kami dapat makan. Tapi kena ambil kira waktu break 1 jam sebab kalau siap awal sangat takut lauk dah sejuk sementara tunggu incik hubby balik. Agak renyah juga, tapi saya puas hati sebab sedap! Aduhh kalau dah duduk berjam-jam kat dapur tapi hasilnya tak sedap maunya panjang sedepa muncung tukang masak.

Sunday 20 February 2011

Canelloni

Setelah puas mencari dan setelah cuba membuatnya menggunakan lasagna sheets barulah kini saya temui canelloni shell yang sebenar-benarnya. Jenama Buittoni, di cold storage subang parade. Itupun saya rasa memang recently saja canelloni dijual di pasaraya, barangkali sebab hidangan canelloni ni agak kurang popular di dapur-dapur di rumah kita compared to other pasta dish i.e spaghetti, lasagna, macaroni.

Canelloni shell saya kurang padat dengan inti, sebab tu bentuknya jadi leper bila dah masak. Saya bikin untuk dinner malam sabtu lepas.

Wednesday 16 February 2011

The Things That I Missed...


Macam laju sangat pulak masing-masing berjalan sampai bertabur sana sini


The Maulidur Rasul parade yesterday where my children were smartly dressed for the occasion. I'm quite surprise with hubby's fashion sense because experience tells me dia tak kisah sangat about matching the right clothes for the right occasion. Tapi kali ni sejuk sikit mata memandang bila Fahmi lengkap bersampin (walaupun sampin nya kaler purple while baju melayu dia biru ;-)). Yaya pula manis berkurung sifon biru (walaupun tudung dia kaler coklat!) Ini kes tak jumpa cari tudung walhal ada elok terletak kat kabinet bilik saya. What would they do without me?!

This was their first parade. Lewat petang semalam masa saya pick them up from surau (sebab hari hujan) both were talking non stop dan berebut-rebut nak cerita kat saya pasal the parade sampai saya pun lost track apa yang diaorang cakap. Whatever it is, I know they had a blast. You can tell by looking at their face :-).

And here is the tiramisu cheesecake that I made last monday. Tema pms craving saya kali ni adalah cheesecake. Kalau ikutkan saya ni bukanlah die hard fan cheesecake pun, tapi dah craving nak buat macam mana. Layan jelah tekak. ;-)

Tuesday 15 February 2011

Esok Cuti Nak Bangun Pukul 12!!!

Selamat bercuti to all ... kecuali saya lah sebab saya kerja macam biasa. Petang ni surau kat rumah saya buat perarakan Maulud Nabi saw jam 5 petang. Melepaslah saya kiranya. Tak tau lah pulak if hubby going to bring the kids to join the parade, bagus juga kalau budak-budak tu ikut.

Bila sebut pasal cuti ni ada cerita lucu pasal anak-anak saya. Taulah kan sejak diaorang bersekolah ni kena bangun pagi awal termasuk lah Yaya. Walaupun dia cuma ke sekolah tadika tapi sebab saya kena keluar jam 7 pagi maka dengan dia sekali kena bersiap awal pagi. Pulak tu dia ni jenis tidur lewat, tak reti nak tidur awal, kalau selagi dia boleh lawan mata, dia akan tahan tidur. Kita suruh dia masuk tidur pun dia tak mau, mesti dia nak kita temankan. Kalau kita teman dia terus tidur takpe lah juga, ni dia duk dalam bilik bermain lah, melukis lah. Kena pulak kita ni waktu malam lah nak siapkan baking, kemas baju etc mana dapat nak temankan dia. Jawabnya tidur lambat dan esoknya mata kelat payah nak buka. Pasal tu bila rest day atau cuti public holiday Yaya dan Fahmi mesti seronok lebih sikit. Both akan buat plan bangun lewat dan siap pesan kat kami jangan kacau diaorang tidur. Aduii as if saya suka diaorang bangun awal, saya lagi suka diaorang sleep in bolehlah saya berkemas, berjogging tanpa gangguan, buat breakfast etc. Selalunya Fahmi pesan kata nak bangun pukul 10 pagi. Tapi malam tadi Yaya pesan kat kami, kata dia "Esok cuti, adik nak bangun pukul 12!". Oh wow, itu rekod melampau kalau dapat bangun pukul 12! Bila saya cerita kat hubby ketawa besar dia nak terburai isi perut.

Nak tau apa jadi pagi tadi masa saya tengah bersiap nak pergi kerja? Yaya bangun pukul 7 pagi! Dia tak tahan nak wee wee, lepas wee wee terus tak nak sambung tidur. Jadi plan nak sleep in sampai pukul 12 tu cuma angan-angan jelah ye. Macam lah saya tak kenal anak saya sorang ni, she's a light sleeper macam saya juga - payah nak tidur, senang terjaga.

Ni nak tunjuk gambar lauk dinner kami malam tadi. Saya kan puasa, pulak tu tengah hit by pms craving. Tetiba terasa nak makan kerabu. Kalau nak tahu saya ni memang tak pernah makan kerabu! Maklumlah saya kan sejak kecil penakut makan sayur, harap dah besar ni je sejak kahwin dengan hubby baru belajar makan sayur dan ulam semua tapi belum pernah makan kerabu ulam. PMS punya pasal tetiba nak makan kerabu ulam. Mujur hubby tak kerja bolehlah saya memujuk rayu minta dia carikan ulam. Balik kerja malam tadi terkejut saya tengok bermacam jenis ulam sebemban kat dapur. Ada daun selom (my favourite), daun pegaga yang saya takut nak makan sebab pahit, ulam raja yang saya tak berapa gemar sebab permukaan daunnya berbula dan rasa dia yang tengik sikit, pucuk paku dan taugeh. Semuanya dalam kuantiti banyak - sebemban kata saya! Perli saya ke incik hubby ni?

Saya buat kerabu daun selom. Sebab daun selom is my favourite ulam, maka saya gunakan kesemuanya dicampur daun pegaga separuh, taugeh segenggam. Saya campur juga hirisan bunga kantan sebab saya cukup suka makan bunga kantan. Bunga ni kalau letak dalam asam pedas memang licin saya kutip dulu sebelum berebut dengan incik hubby.


Tu diaaa, ni baru half portion ada separuh lagi dalam pinggan lain. Bila dah dihiris ulam-ulam tu jadi selambak lah pulak. Takut juga kalau hubby bising saya buat banyak. Selalunya dia akan kata "ni masak banyak-banyak siapa nak makan?" . Yelah kan kalau tak habis saya juga yang membebel sebab orang tak habiskan masakan saya - siapa orang yang kena bebel tu kalau bukan dia hehehe...

First time makan kerabu ulam, ya rabbi sedap rupanya sampaikan bila makan dengan nasi panas terus tak pandang lauk lain. Incik hubby pun sama tak makan lauk lain dah. Lepas tu saya pujuk Fahmi rasa kerabu saya, termakan pujukan saya Fahmi terus minta nasi sejemput makan dengan kerabu. Dia suka tapi pedas sikit katanya padahal saya dah kurangkan cili api. Takpelah dia pun baru belajar makan pedas :-)

By the way, resipi paste kerabu ni saya ikut resipi chef hanieliza tapi bahan-bahan ulamnya saya tambah ikut selera. Selain bunga kantan saya tambah hirisan serai, biar wangi sikit.

Pada saya kerabu dan salad banyak persamaan. Ada dedaun, ada dressing. You can use almost segala jenis sayur, dedaun, ulam (herba) dan sesuaikan lah dengan dressing pilihan. Kalau salad mat salleh mesti letak sedikit olive oil, kadangkala perahan lemon tak banyak bezanya dengan kerabu kita kebiasaannya digaul dengan jus limau kasturi. Kalau mat salleh ada salad buah - kita pun ada kerabu mangga dan betik. Kalau mat salleh ada salad chicken or beef kita pulak ada kerabu perut. Salad tu adalah kerabu mat salleh while kerabu adalah salad orang melayu! Boleh gitu?

Sunday 13 February 2011

My PMS Craving - Mars Bar Cheesecake

Saya tak gemarkan kacang, maka saya tak suka makan snickers chocolate bar atau apa juga coklat berkacang. Sebab itu saya ubah resipi cheesecake ni daripada snickers cheesecake kepada mars bar cheesecake. Resipinya sama je, Cuma saya gantikan snickers kepada mars.

Saya buat separuh adunan sebab itu cheesecake saya leper. Untuk crust base pula saya guna lebihan biskut oreo tak payah nak pergi cari digestive biscuit (padahal dulu pernah beli tapi duk terperam sampai lemau tak buat juga cheesecake).


Ini kes orang tamak topping. Hubby beli Korean strawberry kat mydin, punyalah mahal harga dia kalau beli on weekday RM13.99 sepeket. Tapi masih berbaloi sebab strawberries nya lebih daripada 20 biji dan paling manis yang pernah saya makan sepanjang 2 tahun ni. Untungnya dapat merasa strawberry ranum. Yang bersusun atas kek ni pun saki baki yang terselamat dari terkaman anak-anak.

Wednesday 9 February 2011

Selamat Datang

Just a couple of weeks ago somebody whine pasal baju yang dibasuh tak kering-kering, stokin yang cuma dua pasang tak sempat berganti;

Baru a couple of weeks ago somebody whine about leaving the office late, sebab seringkali separuh perjalanan terperangkap bila langit melimpahkan isi perutnya;

Baru beberapa minggu lepas, somebody bersorak ria sebab tak perlu nak basuh kereta setiap hari bila balik kerja, sebab dalam perjalanan pun dah umpama masuk drive through car wash - habis bersih semua;

Nah tak lama beberapa minggu selepas itu, sidai baju baru 2 jam pun kain dah nak rentung;

Keringkan rambut rasanya baru sekejap dihalakan dryer tapi sudah kering rambutnya, tak sempat nak tersengguk mata sebab sudah lewat sangat baru mandi - mata pun dah mengantuk;

Bekalan air pun sudah dua hari terputus, dalam hati saya berkata aisyyy baru beberapa hari panas takkan dah kering air di empangan - owh rupa-rupanya paip pecah di greenhill maka kering kontanglah tangki air alam budiman;

Sudah dua hari jugalah kereta saya tak mandi, dek kerana cuaca sudah beralih panas dan juga kerana bekalan air terputus - maafkan lah saya andai anda sakit mata melihat kereta yang sudah tak serupa kereta kerana diselimuti debu - satu lagi kesan cuaca panas apatah lagi berhadapan laut seperti ofis saya;

Selamat datang musim panas, el nino, el nina dan yang sewaktu dengannya...

Apple Puff

Fahmi teringin sangat nak makan apple pie sejak dia merasa apple pie kat open house raya rumah kawan hubby last year. Tapi mama dia belum sempat buat lagi. Memang teruklah mama dia, bercinta sungguh nak sampaikan hajat anak. Dah berkali-kali juga dia duk sebut-sebut kat saya, kadang bila pergi makan kat luar pun dia tanya ada jual apple pie tak kat situ. Punyalah teringin sampai dia tak boleh tahan tunggu mama dia buat (sebab dia tau mama dia memang liat!).

Sabtu lepas masa saya ajak budak berdua tu temankan saya shopping groceries, sekali lagi dia sebut bila ternampak apples. Huh, saya pun apa lagi, terus sambar apple besar gedabak jenis pink lady dan royal gala 2 biji. Lepas tu saya cari ready made puff pastry, tak berapa rajin nak uli kulit pastri sendiri! Balik rumah siapkan apple filling dulu bagi sejuk. Malamnya baru saya bakar apple puff. Puaslah saya pujuk Fahmi suruh dia makan apple puff tu pagi esok je sebab puff masih panas dan malam pun dah lewat. Teruk betul mama dia ni terseksa jiwa raga Fahmi. Nasib lah anak oiii dapat mama macam ni.

The next morning, celik je biji mata terus Fahmi terkam apple puff!
Since pastry nye bersaiz kecil tak dapatlah nak buat seketul pie, takpe dapat apple pie dapat apple puff pun Fahmi dah seronok.

Tapi saya rasa lebih baiklah buat sweet pastry sendiri, baru lah ngam dengan apple filling ni because it meant to be sweet pastry pun. Sebabb ready made pastry ni tawar, sebenarnya lebih sesuai untuk savoury pastry. Saya siap tabur gula aising kat atas puff tapi masih tak terasa manis. Tabur banyak sangat nanti rupa tepung gomak lah pulak :-)

Monday 7 February 2011

Chicken Parmigiana @ Parmesan

The chicken normally breaded and fried but I like mine oil-free so I always had them pan-grilled. The only carb we had comes from the corn.


Kononnya nak kurangkan carb intake, tapi lepas makan perut masih terasa kosong ;-). Tahankan jelah, nak jaga diet punya pasal.

Yang bestnya, it was so easy peasy nak prepare this dish for dinner, tak yah tunggu lama.

Saturday 5 February 2011

Welcoming the 12th

Keluarga syed ali menyambut kedatangan ahli baru yang ke 12 penghujung Januari baru-baru ini. Cuti CNY anak cucu berkumpul ramai-ramai nak tengok ahli baru,anak lelaki yang juga anak ke 3 to middle brother.
All smiles for Atuk. My father is one proud Atuk to be blessed with 12 grandchildren - 6 girls and 6 boys. So proud he is that he asked all 9 out of 12 yang available to gathered di pagi hari Jumaat for a photo session. The 2nd eldest cucu holds the youngest one on her lap.

Two mischievious cucu yang kadang-kadang bercakaran, kadang-kadang get along too well they make me worry they'd be up to a mischief. Kalau mandi mesti nak berdua, si kecik lah yang suka menempel mandi sama-sama dengan 'abang' (fahmi). Air yang jatuh ke badan sikit je, yang melimpah dan disembur ke lantai lebih banyak. While the boys mandi kat luar, the girls pulak berhimpit-himpit mandi sama kat bilik air dalam rumah. Mandi mesti nak berjemaah, kalau ada yang tak nak ikut mandi berjemaah nanti kena boikot! Teringat saya zaman kanak-kanak dulu. Sesekali jumpa all my cousins macam tu jugaklah saya, berkepit ke mana saja. Kalau sorang tak makan, semua tak nak makan, kalau sorang lead makan barulah semua berhenti bermain dan makan.

So, that's how we spent our CNY holidays, melepak dengan keluarga.

Thursday 3 February 2011

Chocolate Ball


Commercially known as cake pop. But it is down right same as chocolate ball cuma bezanya ia disalut chocolate diluarnya. Bila mengeras it's like you are eating chocolate with soft insides sebab dalamnya adalah kek. I used left over cakes yang digaul dengan cream cheese. Dibulat-bulatkan kemudian simpan dalam fridge sekejap. Sambil tu, cairkan coklat secara double boil, celup chocolate ball yang sejuk tu, keringkan atas redai. Sekejap je dah kering sebab chocolate ball tu sejuk it helps to harden the coklat cair. Yang ni saya buat untuk makan sendiri je, comot pun tak kisah :-).

Hubby bawa balik ke kampung sikit untuk jamu anak-anak saudara. Kesian kat diaorang sejak banjir ahad lepas hingga sekarang putus bekalan makanan. Yang ada hanyalah beras. Hari-hari makan nasi tak berlauk. Hubby balik seorang kali ini walaupun asalnya kami memang dah plan nak balik sekeluarga sempana cuti tahun baru cina. Tapi mil kata tak payahlah balik semua, sebab bukan setakat putus bekalan makanan, bekalan elektrik pun belum disambungkan lagi. Tau jelah, bila bawa anak-anak tentu mereka tak selesa. Jadi hubby balik kali ini siap shopping barang dapur banyak-banyak daripada barang kering sampailah barang basah i.e. sayur, ikan, ayam etc. Jokingly hubby kata, ni kalau borong sayur banyak-banyak kat Mydin jual kat kampung tentu licin!